Anda di halaman 1dari 2

TEKS SAMBUTAN PENGETUA BAHARU

TARIKH : 30 OKTOBER 2019


TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN SMKBBA

QUE PERKARA CATATAN


Aluan juruacara Assalam, salam sejahtera dan salam perpaduan

Yang berusaha
- Puan Rabiya bt Mohd Sultan, Pengetua SMK Bandar Baru Ampang
- Pn. Norzah bt Suhor, Penolong Kanan Pentadbiran
- Pn. Zarinah bt Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Pn. Suzana bt Suhaimi, Penolong Kanan Kokurikulum
- barisan guru kanan mata pelajaran
- guru-guru seterusnya
- pelajar- pelajar yang dikasihi sekalian

Hadirin hadirat sekalian,


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul
bersama-sama dalam perhimpunan pada pagi ini. Terlebih dahulu warga
SMK Bandar Baru Ampang amat mengalu-alukan kehadiran Puan Rabiya bt
Mohd Sultan, Pengetua SMK Bandar Baru Ampang. Marilah sama-sama kita
memberikan tepukan gemuruh kepada tuan pengetua.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan pengetua yang kita rai

Bacaan doa Kalimah suci pembuka bicara


Kata disusun untuk keberkatan
Semoga kebaikan datang jua
Doa tulus pinta dilafazkan

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini dipersilakan


__________________________ untuk memimpin bacaan doa.

Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Zikir Asmaul husna Baiklah hadirin sekalian


Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama mengalunkan zikir asma ul husna.

Lagu Negaraku dan Seterusnya hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu negaraku dan
lagu Negeri Selangor lagu negeri Selangor

Terima kasih atas nyanyian itu tadi


Ikrar rukun negara Seterusnya dipersilakan saudara _____________________________ untuk
mengetua lafaz ikrar rukun negara

Ikrar murid Seterusnya dipersilakan saudara _____________________________ untuk


mengetua lafaz ikrar murid
Hadirin duduk Terima kasih atas lafaz ikrar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk
1
Ucapan PK Hadirin sekalian, majlis perhimpunan pada pagi ini diteruskan dengan
pentadbiran mempersilakan Puan Norzah bt Suhor, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan

Terima kasih diucapakn kepada Puan Norzah bt Suhor, Penolong Kanan


Pentadbiran atas ucapan sebentar tadi

Ucapan Tn.Pengetua Puisi dialun madah termetrai


Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Pihak majlis serta seluruh warga SMK Bandar Baru Ampang berbesar hati
dan mengucapkan selamat datang kepada tuan pengetua.
Kecil tapak tangan nyiru kami warga SMK Bandar Baru Ampang tadahkan.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis seterusnya mempersilakan Puan Rabiya bt Mohd Sultan, Pengetua
SMK Bandar Baru Ampang untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rabiya bt Mohd Sultan, Pengetua SMK
Bandar Baru Ampang atas ucapan dan amanat beliau sebentar tadi.

Penyerahan Hadirin sekalian,


jambangan bunga
kepada tuan pengetua Terbang si helang di hujung salang
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Majlis sekali lagi mempersilakan Puan Rabiya bt Mohd Sultan, Pengetua


SMK Bandar Baru Ampang diiringi Puan Norzah bt Suhor, Penolong Kanan
Pentadbiran dan barisan pentadbir untuk bersama –sama menyampaikan
jambangan bunga sebagai simbolik mengalu-alukan kedatangan tuan
pengetua ke SMK Bandar Baru Ampang. Berikan satu tepukan yang
gemuruh kepada tuan pengetua.

Begitulah tadi berakhirnya penyerahan jambangan bunga simbolik


mengalu-alukan kedatangan tuan pengetua ke SMK Bandar baru Ampang

Nyanyian lagu sekolah Hadirin sekalian


Perhimpunan kita telah sampai ke penghujungnya. Hadirin diminta berdiri
untuk sama-sama menyanyikan lagu sekolah. Dipersilakan
Bersurai Pengawas beri arahan ikut barisan kelas