Anda di halaman 1dari 35

NAMA

JAWATAN
JAWATAN

GURU AKADEMIK BIASA


NAMA SEKOLAH
JAWATAN
KESELURUHAN FALSAFAH BERPAKSIKAN KETUHANAN
"PENDIDIKAN Dl MALAYSIAADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH
MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI
SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN
KEPATUHAN KEPADA TUHAN,. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT
MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA,
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI
SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN
MASYARAKAT DAN NEGARA."
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya
demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak muridnya memahami kebudayaan mereka, memperoleh
pengetahuan yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada
masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR


•Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
•Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,
keturunan atau agama.
•Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
•Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang
diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
•Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah Iaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada
pelajar.
•Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

ll. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA


•Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
•Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dan rumah tangga.
•Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak boleh membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
•Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi dengan kedudukan sosial atau ekonomi ibu bapa pelajar.
•Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA


I. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
•Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
•Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
•Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
•Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawanan
masyarakat.
•Berpegang kepada tingkah Iaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-
hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN


•Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi
seseorang guru di hadapan pelajar, ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
•Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
•Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
•Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya yang baru dalam profesion perguruan.
•Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan profesion perguruan.
•Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di
sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah atau tinggi (termasuk guru yang terlatih yang bertugas
dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan).
Peraturan-peraturan
Pendidikan

1997*
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat
peraturan‐peraturan yang berikut:

1. Nama dan mula berkuat kuasa. Peraturan‐peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan‐ Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.

2. Tafsiran. Dalam Peraturan‐Peraturan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bahan kurikulum” ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;

“guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua
Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang
bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah;

“jadual waktu” ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari
persekolahàn dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya
mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu;

“jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;

“kegiatan kokurikulum” ertinya apa‐apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah;

“mata pelajaran” ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;

“mata pelajaran elektif” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah
menengah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka;

“mata pelajaran tambahan” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar menurut Akta di
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;

“mata pelajaran teras” ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh semua
murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;

“mata pelajaran wajib” ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata
pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;

“sukatan pelajaran” ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang
tahun persekolahan atau mana‐mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu;

“sukatan pelajaran yang diluluskan” ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.

3. Kurikulum Kebangsaan.
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dan segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

(2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang benikut:
(a) mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5;
(b) mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7;
(c) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8;
(d) mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;
(e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan
(f) mata pelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam
Jadual 10.

(3) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
(a) penyertaan dalam sukan dan permainan;
(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;
(c) penyertaan dalam badan beruniform; dan
(d) lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

(4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan da1am Jadual 11 hingga 15.
4. Bahan kurikulum dan kokurikulum. Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan
pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

5. Perubahan jadual, sukatan pelajaran, dan jadual waktu. Tertakluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar
boleh mengubah atau meminda suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan
pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda
hendaklah terpakai di sekolah itu.

6. Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk pemeriksaan.


(1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan serta‐merta mengadakan untuk
pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan
sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran.

(2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh,
hendaklah dengan serta‐merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal
persekolahan semasa.

(3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, melalui suatu notis secara bertulis, untuk
mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau
jadual waktu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu.

7. Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan, dan senarai murid‐murid untuk pemeriksaan.
Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta‐ merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua
Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid
di bawah tanggungjawabnya

8. Buku rekod guru. Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh,
hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat
daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau
bahagian‐bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan
suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta‐merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua
Pendaftar.

9. Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa
kebangsaan. Jika mana‐mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau
mana‐mana salinannya yang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk
pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang
guru besar atau pengetua hendak mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran,
jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh 30
hari daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar.

10. Jadual waktu perlu dipamerkan. Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan
sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang
mudah dilihat di sekolah itu.

11. Penalti.
(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu
yang diluluskan dan mana‐mana guru yang mengajar murid atau mana‐mana orang yang membenarkan
seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual
waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda TIDAK MELEBIHI
LIMA RIBU RINGGIT ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA BULAN ATAU
KEDUA‐DUANYA.
(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh DIDENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RATUS RINGGIT.

12. Pemansuhan. Peraturan‐Peraturan (Kursus‐Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah‐Kaedah Sekolah
Lepas—Rendah (Kursus‐Kursus Pengajian) 1962 adalah dimansuhkan.

Diterbitkan sebagai PU(A)531/97.


Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6 Tahun 1985 -
Peraturan Pakaian Guru dan Pensyarah di Maktab
serta lain-lain Pegawai JPN, PPD

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 1986 -


Panitia Mata Pelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 1987 -


Penyeliaan Pengajaran & Pembelajaran Di Dalam
Kelas Oleh Pengetua atau Guru Besar Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 1999 -


Penyediaan Rekod Pengajaran & Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2001 -


Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di
Sekolah
MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
PENGGAL
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU
02.01.2020 31.01.2020 19
01.02.2020 29.02.2020 20
11
01.03.2020 13.03.2020 10
JUMLAH HARI 49
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
1
14.03.2020 22.03.2020 9
23.03.2020 31.03.2020 7
01.04.2020 30.04.2020 22
9
01.05.2020 22.05.2020 11
JUMLAH HARI 40
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
2
23.05.2020 07.06.2020 16
08.06.2020 30.06.2020 17
7
01.07.2020 24.07.2020 18
JUMLAH HARI 35
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
1
25.07.2020 02.08.2020 9

03.08.2020 31.08.2020 19
16
01.09.2020 30.09.2020 21
01.10.2020 31.10.2020 21
01.11.2020 20.11.2020 13
JUMLAH HARI 74
CUTI AKHIR TAHUN
6
21.11.2020 31.12.2020 41
TAHUN BARU CINA
23.01.2020 (Khamis)
25.01.2020 (Sabtu)
dan
26.01.2020 (Ahad)
24.01.2020 (Jumaat)

HARI RAYA AIDILFITRI


21.05.2020 (Khamis)
24.05.2020 (Ahad)
dan
25.05.2020 (Isnin)
22.05.2020 (Jumaat)

13.11.2020 (Jumaat)
HARI DEEPAVALI
14.11.2020 (Sabtu)
16.11.2020 (Isnin)

HARI KAAMATAN
30.05.2020 (Sabtu)
dan 31.05.2020 (Ahad)

PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI : 24 & 25 Mei 2020 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun)

PERAYAAN HARI KAAMATAN : 30 & 31 Mei 2020 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun)

31 Julai & 1 Ogos 2020


PERAYAAN HARI RAYA QURBAN : (Dalam Cuti Pertengahan Penggal 2)

PERAYAAN HARI KRISMAS : 25 Disember 2020 (Dalam Cuti Akhir Tahun)


(Hal Ehwal Murid)
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk


Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT PENDIDIKAN
• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia
dan bersatu padu.
• Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia
untuk keperluan kemajuan Negara.
• Memberi peluang pendidikan kepada
semua warganegara Malaysia.
BIL. TAJUK BUKU PENULIS

03
TARIKH TANDATANGAN CATATAN

03
Memo/Surat/Lain-lain
REKOD
PERSEDIAAN
MENGAJAR

Tahun
2020

Anda mungkin juga menyukai