Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan.

1. Lee sangat disenangi oleh masyarakat setempat kerana sikapnya yang ___________.
A. tidak berat sebelah
B. suka menuduh tanpa bukti
C. suka bercakap bohong
D. tidak suka bergaul

2. Sebagai anggota masyarakat, kita patut ________________ dan memahami agama


dan kepercayaan masyarakat sekeliling.
A. bertelagah
B. menghormati
C. mengeji
D. mengejek

3. Apakah kesan mengamalkan sikap adil dalam masyarakat setempat ?


A. merenggangkan silaturahim
B. mengukuhkan perpaduan
C. masyarakat yang harmoni
D. keadaan huru-hara

4. Wei Wei sangat ___________________ oleh masyarakat setempat dan dijadikan


contoh teladan kerana sikapnya yang menghormati penganut agama lain.
A. dibenci
B. disayangi
C. dihina
D. dikeji

5. Sikap tidak menghormati amalan agama dan kepercayaan masyarakat setempat akan
_____________ .
A. mengukuhkan perpaduan
B. hidup harmoni
C. mengeratkan hubungan
D. merenggangkan silaturahim
1
6. Sebagai anggota masyarakat yang mengamalkan sikap baik hati. Sikap baik hati yang
manakah bukan cara kamu memberikan bantuan kepada mangsa banjir.
A. Menghulurkan sumbangan wang
B. Mengukir senyuman
C. Menziarahi mereka
D. Mengejek mereka

7. _______ yang sopan dan lemah lembut akan memudahkan komunikasi yang berlaku.
A. Perasaan
B. Pergaulan
C. Pertuturan
D. Pertelingkahan

8. Apakah kebaikan yang diperolehi apabila mengamalkan sikap baik hati terhadap
masyarakat setempat?
A. Meringankan beban anggota masyarakat.
B. Menyusahkan diri sendiri.
C. Membebankan diri sendiri
D. Membanggakan diri sendiri.

9. Kamu ternampak beberapa orang kanak-kanak menconteng alat permainan di taman


permainan. Apakah tindakan kamu?
A. Memarahi dan memukul mereka
B. Tidak mempedulikan mereka
C. Menegur perbuatan mereka secara baik
D. Bersikap mementingkan diri sendiri

10. Ketekunan dan ___________ perlulah diamalkan dalam diri setiap individu agar
setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan sempurna?
A. kegigihan
B. kemalasan
C. keupayaan
D. ketenangan

2
11. Orang yang sentiasa mengamalkan nilai baik hati akan sentiasa memberikan
sumbangan dengan ___________________ untuk kebaikan orang lain.
A. ikhlas
B. sambil lewa
C. berani
D. Bertanggungjawab

12. Murid yang menghormati guru akan memberi ___________ ketika guru mengajar.
A. tumpuan
B. layanan
C. jeritan
D. wang

13. Pembakaran secara terbuka boleh menyebabkan pencemaran ________ dan


merosakkan kualitinya.
A. air
B. udara
C. tanah
D. sungai

14. Berbaik-baik dengan jiran akan mewujudkan _________ dalam kehidupan


bermasyarakat.
A. perselisihan
B. pergaduhan
C. kemesraan
D. kemarahan

15. Individu yang bekerjasama dengan pihak berkuasa akan dapat mengurangkan
jenayah dan menjamin ____________ Negara.
A. maruah
B. keamanan
C. kepimpinan
D. keruntuhan

16. Berikut merupakan amalan-amalan yang baik dan mulia, kecuali ____________.
A. memukul haiwan
B. membantu ibu
C. bersedekah
D. menderma

3
17. Amalan __________________dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham
dalam sesuatu majlis yang diadakan
A. bertegur sapa
B. Mengumpat
C. menengking
D. Membuka aib
18. ________________ketika berjalan di hadapan orang yang lebih tua supaya mereka
selesa dan senang dengan sikap kita.
A. Berlari
B. Menjerit
C. Menghentak kaki
D. Tunduk dan hormat

19. Sikap peramah dan berbudi bahasa dapat menjadikan hubungan sesama anggota
masyarakat lebih ________________________
A. rengang
B. erat
C. bermasalah
D. Bermasam muka

20. Sentiasa __________________ dapat mengukuhkan silaturahim sesama masyarakat.


A. bertanya khabar
B. bermusuhan
C. mengadu domba
D. Bertengkar

BAHAGIAN B
Jawab semua soalan.
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan .

selesai gotong royong cabaran

tugasan dapat melibatkan

bekerjasama bangga

1. Saya sentiasa bersungguh-sungguh dan bersemangat menyertai setiap aktiviti


___________________.

4
2. Saya sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk ____________________
diri dalam aktiviti masyarakat setempat.

3. Saya sentiasa bersemangat melakukan sesuatu _________________________.

4. Jika kita mengamalkan toleransi, masalah yang besar ____________________


diselesaikan.

5. Saya akan berusaha melakukan sesuatu kerja hingga ___________________


walaupun letih.

6. Saya akan menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun menghadapi pelbagai


_________________________.

7. Saya berpuas hati apabila dapat _______________________________ dengan


masyarakat setempat dalam menyelesaikan sesuatu program.

8. Saya berasa _________________________ kerana dapat mempertahankan


nama baik masyarakat setempat.

[ / 8 markah ]

B. Garis jawapan yang betul.


1. Saya dan penduduk kampung yang lain akan ( gigih / mengeluh ) untuk
membersihkan kawasan semak-samun berhampiran kawasan kejiranan kami.
2. Saya akan berasa ( bangga / kecewa ) apabila semua ahli masyarakat berganding
bahu untuk membantu mengindahkan kawasan balai raya kami.
3. Mengamalkan sikap rajin dapat membentuk individu menjadi seorang yang
( cekal/berputus asa ) dalam melakukan sesuatu perkara.
4. Masyarakat akan memandang ( keji / mulia ) apabila kamu mengamalkan sikap
rajin dalam menjalani kehidupan seharian.
5. Tan Ee Mo akan ( mengetuk / menendang ) pintu sebelum masuk ke dalam
pejabat Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga.

5
6. Mazlan menggunakan bahasa yang ( kasar / sopan ) semasa berkomunikasi
dengan pemimpin masyarakat setempat.
[ / 6 markah ]

C. Tulis BETUL atau SALAH pada penyataan yang berikut.


Bil Penyataan Betul / Salah
Saya akan melakukan sesuatu tugasan yang diberikan dengan
1.
bersungguh-sungguh agar menjadi teladan kepada orang lain.

Menggunakan bahasa yang sopan dan lembut semasa


2.
menjalankan urusan di kaunter perkhidmatan.

Saya mengharapkan ganjaran apabila membantu masyarakat


3.
setempat melakukan sesuatu pekerjaan.

Memakai pakaian yang mencolok mata semasa menghadiri


4.
undangan sesebuah majlis.

Amalan berhemah dalam kalangan masyarakat setempat dapat


5.
memupuk sikap perpaduan.

Kamu bersungguh-sungguh melakukan aktiviti yang dianjurkan


6.
oleh masyarakat setempat.

Mengucapkan tahniah kepada ahli keluarga yang meninggal


7.
dunia.

8. Beratur semasa hendak membeli makanan di kantin.

[ / 8 markah ]
D. Fahami situasi yang diberikan. Kemudian, jawab soalan yang diberikan.

Sebuah kedai serbaneka baru dibuka di kawasan taman perumahan Nizam.


Pemilik kedai serbaneka itu menyerahkan 20 keping baucar yang bernilai RM100
kepada Pengerusi Persatuan Penduduk taman perumahan tersebut, iaitu Haji
Deraman untuk diedarkan kepada penduduk yang kurang mampu. Haji Deraman
meminta Nizam dan abangnya mengedarkan baucar tersebut. Walau
bagaimanapun, Nizam dan abangnya telah memberikan sebahagian baucar itu
kepada saudara-mara mereka.

1. Kepada siapakah baucar itu perlu diedarkan?

__________________________________________________________________
6
2. Pada pendapat kamu, wajarkah tindakan yang dilakukan oleh Nizam dan
abangnya?
__________________________________________________________________

3. Mengapakah kamu berpendapat sedemikian?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

4. Apakah perasaan kamu apabila bersikap adil dalam masyarakat?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

[ / 8 markah ]

- Kertas soalan tamat -

Anda mungkin juga menyukai