Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BUKIT GELUGOR Kod Sekolah: PBB1023

CIK HEMANANTHINI A/P KRISHNAN


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: KAUNSELING


MENGURUS DISIPLIN PELAJAR
4. Tarikh Pembacaan 15/11/2019 5. Masa: 6.40 PM
TIADA
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membincangkan disiplin pelajar dan menjadi panduan untuk menanganinya.
Kandungannya pula merujuk Laporan Kabinet 1979.Buku ini menjelaskan pelbagai masalah
disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan
interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin
dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku,
peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin
pelajar.
Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi
orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi dan tidak melihat institusi sekolah sebagai
tempat tahanan dan kongkongan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di
rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak
membentuk perilaku pelajar,
Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus
dengan baik, merokok dan dadah. Permasalahan ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri,
pengaruh rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan
masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
Di samping itu, terdapat saranan untuk membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam
bilik darjah, pemupukan nilai di rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan nilai
di sekolah dan membudayai ilmu.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar
yang banyak menimbulkan masalah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap
kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya
permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal
disiplin dengan bijak supaya tidak akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing
pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan nilai-nilai
yang baik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HEMANANTHINI A/P KRISHNAN ) ( )