Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

SK SERI KENANGA SESI 2019

Tarikh: 27 Januari 2019


Masa: 8.00 pagi
Tempat: DEWAN PERMATA SK SERI KENANGA

Diumumkan ketibaan __________________________________diiringi Guru Besar SK


SERI KENANGa ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
1.
Ketibaan ** Semua hadirin dipersilakan duduk.
jemputan
dan ibu bapa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
2.
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan
doa yang akan diketuai oleh Ustaz _____________________. Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1


Malaysia
Yang Berusaha, En. AB HADI BIN DAUD, Guru Besar SK Seri Kenanga,
Yang Dihormati, Pn. Saliha binti Jaa’far, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri
Kenanga,
En. Azali bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
3. Pn. Mastura binti Dollah , Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Pembukaan / Barisan para guru,
Aluan Ibu Bapa,
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi Tahun
1 SK SERI KENANGA SESI 2019. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para
jemputan, ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Program Transisi
Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan daripada
pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan lebih formal di
Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharap
telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-
kawan baru dalam masa yang singkat.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
4. Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan Guru
Besar Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. AB HADI BIN DAUD selaku
Guru Besar SK Seri Kenanga untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.

5. Seterusnya, sama-samalah kita mendengar ucapan dan taklimat Jadual Waktu oleh
TAKLIMAT Puan Saliha binti Jaa’far, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Kenanga,
JADUAL Majlis dengan ini mempersilakan.
WAKTU
**********(taklimat)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Saliha atas penerangan


6. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat Undang-undang dan Peraturan oleh En. Azali bin
TAKLIMAT Abdullah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Seri Kenanga.
undang2 Majlis dengan ini mempersilakan.

**********(taklimat)

Terima kasih diucapkan kepada En. Azali atas penerangan


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi murid-murid Tahun 1 .
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Buat pengetahuan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian, ________________


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
7. ______________________________________________________________________
Penyampaian
Hadiah Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Yang Berusaha En. AB Hadi bin Daud ke pentas
untuk menyampaikan anugerah.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada penerima anugerah minda


cerdas dan minda dan mata bercahaya bagi tahun 1 Arif. Dipersilakan.

Penerima anugerah minda bercahaya,


______________________________
______________________________
Penerima anugerah Mata Bercahaya,
______________________________
______________________________

Seterusnya, penyampaian hadiah kepada penerima anugerah minda cerdas dan minda
dan mata bercahaya bagi tahun 1 Bestari. Dipersilakan.

Penerima anugerah minda bercahaya,


______________________________
______________________________

Penerima anugerah Mata Bercahaya,


______________________________
______________________________

Seterusnya, penyampaian hadiah kepada penerima anugerah minda cerdas dan minda
dan mata bercahaya bagi tahun 1 Cemerlang. Dipersilakan.

Penerima anugerah minda bercahaya,


______________________________
______________________________

Penerima anugerah Mata Bercahaya,


______________________________
______________________________

** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Ab Hadi atas


kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari murid-murid Tahun 1 yang telah
dipimpin oleh Pn Salmah dan Pn. Siti Arziana. Dipersilakan.

7. Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.


Persembahan
Murid
Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah program transisi
tahun 1 sk seri kenanga bagi sesi 2019

Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
9.
Penutup & Merdu bertingkah alunan suara,
Jamuan Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutupan Program Transisi dan
Tahun 1, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
bagi menjayakan majlis ini.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai