Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAAT

PERPADUAN MENJANA KECEMERLANGAN UMAT


(02 Januari 2015M/ 11 Rabiulawal 1436H)
____________________________________________________________________________________________________________

: ‫الـاحلمدد لهللهه الاقاَئههل‬


        
   

‫ اوأالشـ ـاهدد أالن اسـ ـياداناَ دمـ ـاحلمددا اعلبـ ـددهد‬،‫ك لـا ـهد‬ ‫أالشـ ـاهدد أالن ال إهلاـل ـها إهلل الـد ـ اولحـ ـادهد لا اشـ ـهريل ا‬
‫ك اس ـ ـيهداناَ دمـ ـ ـاحلمدد اواعلاـ ــىَ آلهـ ـهه‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫ اال ل‬. ‫ورسـ ــوُلده‬
‫ص ـ ـيل اواس ـ ـليلم اعلاـ ــىَ اعلب ـ ـداك اواردس ـ ـلوُل ا‬ ‫م‬
‫ل‬ ‫ـ‬ ‫ـ‬
‫اا د د د ا‬ ‫ه‬ ‫ل‬
‫ي‬ َ‫ـا‬
‫ل‬ ‫ي‬‫ اهتِلـدقـوُا الاـ أدوهصـليدكم وإه‬،‫ل‬ ‫ فاـيـاَ هعبـاَد ا ه‬،‫ أالمـاَ بـعـدد‬.‫ضـهل العهظيـهم‬
‫ا‬ ‫ل‬ ‫ف‬
‫ا‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ل‬ ‫ه‬‫أو‬‫د‬ ‫وأاصحاَبهه‬
‫ه‬
‫لا ا‬ ‫ل‬ ‫ال ا ا‬ ‫ا ل‬ ‫ا لا‬
.‫ل اواطاَاعتههه لااعلدكلم تِدـلفلهدحلوُان‬ ‫هبتاـلقوُىَ ا ه‬
‫ا‬
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan sebenar-benar takwa iaitu melaksanakan segala
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan
khutbah bertajuk: "Perpaduan Menjana Kecemerlangan Umat".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Islam adalah agama perpaduan dan persaudaraan sehinga Allah subhanahu
wata’ala mengisyaratkan bahawa setiap orang mukmin adalah bersaudara.
Oleh itu, ciri utama dalam semua ibadat adalah berpaksikan dengan
ukhuwah dan persaudaraan. Di antara hikmah kewajipan ibadah khusus
seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah untuk membina ukhuwwah dan
perpaduan di antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan firman Allah
subhanahu wata’ala dalam surah al-Hujurat ayat 10:
        
  

1
Maksudnya : Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang beriman diikat oleh tali
kekeluargaan seagama, satu ikatan yang mengatasi hubungan darah dan
kekeluargaan. Mereka berkewajipan untuk memelihara persaudaraan dengan
saling menghormati, bekerjasama dan saling membantu dalam kehidupan
seharian. Bak kata pepatah “Hati Gajah Sama Di Lapah, Hati Kuman Sama
Di Cicah”. Inilah ciri persaudaraan Islam unggul yang dibina oleh Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wasalam ketika berhijrah ke Madinah.

Semasa di Madinah, Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah berjaya


menyatukan masyarakat Madinah yang terdiri daripada berbagai pegangan
agama dan kabilah melalui konsep persaudaraan yang berasaskan akidah.
Sejarah mencatatkan kehebatan dan tingginya tahap persaudaraan dan kasih
sayang yang dihayati oleh masyarakat Madinah ketika itu terutama di antara
golongan Ansar dan Muhajirin. Adalah dinyatakan bahawa keluarga Ansar
yang memiliki dua helai pakaian telah memberikan sehelai kepada
saudaranya daripada golongan Muhajirin. Mereka yang memiliki dua buah
rumah menghadiahkan sebuah kepada keluarga Muhajirin dan mereka yang
mempunyai dua bidang tanah, sebidang diwakafkan kepada Muhajirin.

Di zaman ini, persaudaraan Islam yang bercirikan roh kekeluargaan dan


semangat kekitaan nampaknya semakin berkurangan, malah terdapat
sesetengah ahli keluarga tidak mengenali ahli keluarga sendiri, dan jarang
sekali berjumpa. Sesetengah jiran tetangga pula tidak mengenali dan
bertegur sapa dengan jiran tetangga yang lain. Sesetengah golongan
peniaga pula memeras golongan pengguna. Sesetengah majikan
mengabaikan kebajikan para pekerja. Sesetengah golongan fakir dan miskin
yang lemah tidak dipedulikan oleh golongan berada. Fenomena hasad

2
dengki, khianat, dendam dan buruk sangka berleluasa dalam masyarakat.
Dalam perkembangan semasa, apa yang membimbangkan lagi ialah
berlakunya permusuhan dan perbalahan di kalangan para pemimpin dan
pengikut parti politik yang pastinya akan mengancam kekuatan dan
kedaulatan umat. Persoalan besar timbul dan terus menjadi tanda tanya ialah
mengapa umat Islam terus berpecah walaupun kekuasaan kita terus semakin
mengecil?

Mimbar berpendapat antaranya ialah kerana pegangan akidah dan taqwa


umat Islam sedang dilanda krisis. Kehidupan harian sebahagian umat Islam
tidak dikuasai oleh iman dan akhlak tetapi dipengaruhi oleh nafsu yang
mengutamakan kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan agama,
masyarakat dan negara. Kehidupan mukmin yang diibaratkan oleh Nabi
sallallahu alaihi wasalam sebagai satu anggota badan yang jika salah satu
daripada anggota badan itu sakit maka seluruh anggota badan lain juga akan
merasai sakit, seakan sudah tidak dirasai kewujudannya lagi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Dalam menangani permasalahan yang membimbangkan ini, minbar menyeru
segenap lapisan masyarakat Islam agar sama-sama menghayati budaya
ukhuwwah dan perpaduan dengan kaedah yang digariskan oleh Allah
subhanahu wata’ala, antaranya:

Pertama, mengikis perbuatan saling mencaci, mengeji, mengadu domba dan


berprasangka buruk antara satu sama lain yang menjadi punca perselisihan
dan perbalahan. Ini selaras dengan perintah Allah subhanahu wata’ala,
melalui firman-Nya dalam surah al-Hujurat, ayat 11:
          
           
        
         


3
Maksudnya : Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari
kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,
(kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak
yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah
kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang
buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang
melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik
(kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak
bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang
zalim.

Kedua, memastikan hak-hak sosio-ekonomi dan politik dalam masyarakat


dipenuhi dengan adil dan saksama. Hindarilah amalan diskriminasi dan
double standard dalam apa jua aspek yang menyentuh kepentingan setiap
individu. Dengan terlaksananya keadilan akan timbullah kepuasan yang
mewujudkan persefahaman, penghormatan dan kerjasama yang sekaligus
mengukuhkan perpaduan. Ini selaras dengan firman Allah subhanahu
wata’ala dalam surah al-Ma’idah, 8 :
        
         
          

Maksudnya : Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa


menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum
itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu
berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada

4
taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui Dengan Mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Dan ketiga, setiap individu perlulah menjadi anggota masyarakat yang


berfikiran positif iaitu bersedia bekerjasama dan saling membantu dalam apa
jua kebajikan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja selagi kegiatan-kegiatan
tersebut berlandaskan tuntutan syarak, berkebajikan dan mendatangkan
maslahah umat. Hindarilah sikap ego dan fanatik kepada fahaman sendiri
serta serba tidak kena dengan pendapat dan usaha orang lain. Ini selaras
dengan firman Allah yang memerintahkan kita supaya saling membantu
dalam perkara kebajikan seperti tersebut dalam surah al-Maidah ayat 2:
         ...
         
Maksudnya : ... dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada
Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa
yang melanggar perintahNya).

Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru, marilah kita sama-sama menyedari


bahawa pada masa ini terdapat tanda-tanda kekuatan politik umat Islam
semakin lemah, penguasaan ekonomi umat Islam juga tertinggal di belakang
kaum lain dan kualiti sosial umat Islam juga merosot. Dengan demikian kita
tiada pilihan lain kecuali kembali bersatu menguatkan persaudaraan yang
bercirikan ketaatan kepada ajaran al-Qur’an dan as-Sunnah. Firman Allah
dalam Surah Ali-Imran, ayat 103 :

‫ل ِممطن ِال ر‬
‫شييططاَمن ِالرمجييمم‬ ‫أطعذوذذ ِمباَ م‬
‫ي‬
         
       
        
         
5
‫‪Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah‬‬
‫‪(agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat‬‬
‫‪Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah‬‬
‫‪dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-‬‬
‫‪padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu‬‬
‫‪orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang‬‬
‫‪neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan‬‬
‫‪kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah‬‬
‫‪menjelaskan‬‬ ‫‪kepada‬‬ ‫‪kamu‬‬ ‫‪ayat-ayat‬‬ ‫‪keteranganNya,‬‬ ‫‪supaya‬‬ ‫‪kamu‬‬
‫‪mendapat petunjuk hidayahNya.‬‬

‫ت اوالـيذلكهر‬ ‫باَراك ال دهل ولادكم هف الدقرءآهن العهظيهم‪ ،‬وناـافعهن وإهلياَدكم بهـماَ فهيهه همـن الليــاَ ه‬
‫لا ا ل ا ا ا ل ا ل ا ا‬ ‫ا ل‬ ‫اا‬
‫ال ـاحهكليهم‪ ،‬اوتِاـاقبلـال هم ي لن ـ اوهملندك ـلم تِهلااوتِاـده‪ ،‬إهنلـهد ده ـاوُ اللس ـهمليدع الاعلهلي ـدم‪ .‬أاقَد ـلوُدل قَا ـلوُهل اه ـاذا‪،‬‬
‫هه‬ ‫ه ه‬ ‫هه‬ ‫ه ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬
‫ي‬‫ي اوالدملس ـ ـلاماَت‪ ،‬اوالدم ـ ـلؤمن ل ا‬ ‫اوأالسـ ــتاـلغفدر الاـ ـ الاعظلي ـ ـام هل ـ ـ اولادك ـ ـلم‪ ،‬اولاسـ ــاَئهر الدملس ـ ـلم ل ا‬
‫ت‪ ،‬افاَلستاـلغهفدرلوهد إهنلهد دهاوُ الغادفلوُدر اللرهحليدم ‪.‬‬ ‫والملؤهماناَ ه‬
‫ا د‬

‫‪KHUTBAH JUMAAT KEDUA‬‬


‫____________________________________________________________________________________________________________‬

‫هل‬ ‫هل‬
‫ك لاـده‪،‬‬ ‫الـاحلمدد للهه‪ .‬الـاحلمدد للهه احلددا اكثهديا اكاماَ أاامار‪ .‬أالشاهدد أالن ال إهلالـها إهلل الد اولحادهد ال اشـهريل ا‬
‫صـيل اواسـليلم اوباـاَهرلك اعلا لىَ اسـيهداناَ دم ـاحلمدد اواعلاـلىَ أللهـهه‬ ‫م‬
‫ل‬ ‫ه‬‫ل‬‫وأالشهدد أالن مـحلمددا عبدده ورسوُلده‪ .‬اال ل‬
‫د ا ال د ا ا د ل د د ا‬ ‫ا ا‬
‫لـ‪ ،‬اهتِلـدقـوُا الاـ اح لق تِدـاقـاَتِههه لااعلدكـلم تِدـلفلهدحـلوُان‪ .‬قَاـاَال الدـ‬
‫وأاصحاَبههه أالجعهي‪ .‬أالماَ بـعدد‪ ،‬فاـياَ هعباَد ا ه‬
‫ال ا ا ا‬ ‫ا لا‬ ‫ا لا‬
‫تِاـاعاَ ا لل‪:‬‬
‫‪         ‬‬
‫‪   ‬‬

‫‪6‬‬
،‫ت اعلاـلىَ هإبلـاراههليـام اواعلاـلىَ ألهل هإبلـاراههليـام‬ ‫صـللي ا‬
‫د‬ ‫له‬ ‫د‬
‫ اكامــاَ ا‬،‫صيل اعلاـلىَ دم ـاحلمد اواعلاـلىَ أل دم ـاحلمد‬ ‫االلدهلم ا‬
‫ل‬
‫ ه لف ـ‬،‫ت اع للاــىَ هإبلـاراههلي ـام اواعلاـلىَ ألهل هإبلـاراههلي ـام‬ ‫د‬ ‫له‬ ‫د‬
‫ اكامــاَ بـاـاَارلك ا‬،‫اوبـاـاَهرلك اعلاـلىَ دم ـاحلمد اواعلاـلىَ أل دم ـاحلمد‬
‫ اسـاَاداتِهاناَ أاه لبـ‬،‫ي‬ ‫ه‬ ‫ه هه‬ ‫ وار ل‬.‫حيدد م ـهجيدد‬ ‫ إهنل ا ه‬،‫العاَلاهمي‬
‫ض اللدهـلم اعـهن ال ـدخلاافاَء اللراشـديلان الاملهـد ـي ل ا‬ ‫ك ال ا ل ال ا‬ ‫ا لا‬
‫االللدهـلم‬.‫ي الـدلم به ـهإلحاساَدن إه ا للـ ياـلوُهم الـيديلهن‬ ‫ه‬ ‫ وعـهن ال ل ه‬،‫بلكـدر وعمـر وعثلمــاَان وعلهـي‬
‫صـاحاَباة اوالتـلـاَبهع ل ا‬ ‫ا ا داا ا د ا ا ا ي ا ا‬
‫ك اهسـليدع‬ ‫ت اللاحيـآَهء هملنـهـم واللامـوُا ه‬ ‫ت والمـؤهمنهي والمؤهمناـاَ ه‬ ‫الغهفر لهلمسلههمي والمسـلهماَ ه‬
‫ إهنـل ا‬.‫ت‬ ‫لا د ل ا ل ا‬ ‫ل‬ ‫ل‬
‫ل د ل لا ا د ل ا ا د لا ا د‬
‫ت وياَ قَااَهضي اللاَجاَ ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬
.‫ت‬ ‫ا ا ا‬ ‫ب اللداعاوُا ا ا‬ ‫ب دمـجلي د‬ ‫قَاهريل د‬
Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami,
ibubapa kami, ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah
kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam
kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada


kami semua dan juga kepada semua dan setiap pemimpin Negara kami,
khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan
juga semua pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-
Pertua Negeri Sarawak.
Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat
dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah
memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,
sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru, kami pohon ke
hadratMu ya Allah, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,
eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat.
Suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti yang mulia, bimbinglah kami
ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir
besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan
7
kebuluran. Kami berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga
negeri kami akan sentiasa bertambah aman, makmur dan berkat.

Pada hari yang mulia ini juga, kami memohon kepada-Mu ya


Allah, supaya Engkau kurniakan kepada kami jiwa yang
mantap, iman yang teguh, khususnya di kalangan remaja dan
belia generasi pelapis negara dan negeri kami. Kami memohon
kepadamu ya Allah, jadikanlah setiap individu generasi muda
ini golongan yang beramanah, bertanggungjawab, dan
berakhlak mulia agar dapat membentuk sebuah masyarakat
yang baik, aman dan bertamadun, serta mendapat keampunan,
keredhaan dan berkat daripadaMu, ya Allah. Peliharalah kami
serta generasi yang mewarisi kami, daripada terlibat dalam
apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri,
keluarga, masyarakat dan negara.

‫ ألهمليـ ـ ياــاَ ار ل‬،‫ ألهملي ــ‬.‫ب النلــاَهر‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫له‬


‫ب‬ ‫اربـلنا ــآَ أتِنا ــاَ هفـ ـ الـ ـددنلـاياَ احاسـ ـناةد اوهفـ ـ لالخـ ـارهة احاسـ ـناةد اوقَنا ــاَ اعـ ـاذا ا‬
‫ اوهإيتـا ــآَهء هذي الدقلرا لبـ ـ اوياـلنـاهـ ـلىَ اعـ ـهن‬.‫ إهلن الاـ ـ ياـ ـألدمدر هباَلاعـ ـلدهل اوالهللحاسـ ــاَهن‬.‫لـ ــ‬ ‫ هعبـ ــاَد ا ه‬.‫العـ ــاَلاهمي‬
‫ا لا ا ا‬
.‫ فاـ ــاَذلدكدروا الـا ـ ـ الاعهظليـ ـ ـام يـاـ ـلذدكلردكلم‬.‫ ياعهظددكـ ـ ـلم لااعلدكـ ـ ـلم تِـاـ ـاذلكدرلوان‬.‫الافلحاشـ ــآَهء اوالدملناكـ ـ ـهر اواللباـلغـ ـ ـهي‬
َ‫ اوالدـ ياـلعلاـدم امـا‬.‫لـ أالكبا ـدر‬ ‫ ولاـهذلكر ا ه‬.‫ضـلههه يـعهطدكـم‬ ‫ل‬ ‫ف‬
‫ا‬ ‫ن‬ ‫ـ‬ ‫ واسأالدـوُه ه‬.‫والشدكروه علاىَ نهعهمهه يهزلددكـم‬
‫م‬
‫د ل ا د‬ ‫ل‬ ‫ا دل د ا ل ا ا ل ا ل ل د ل‬
.‫صلااة‬ ‫أاقَهليدموُا ال ل‬.‫صناـدعوُان‬ ‫تِا ل‬

Anda mungkin juga menyukai