Anda di halaman 1dari 3

TEKS MC PENUTUP MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

PROGRAM ‘ARCHERY & SOCIETY’ OLEH PELAJAR KOKORIKULUM UPM

16 &17 NOV 2019

Mengumumkan ketibaan Yang dihormati Encik Sodikin Ali, Pegawai Pejabat Belia dan
sukan, Alor Gajah, Encik Azlan Ibrahim, pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM.

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Putra
Gemilang. Para hadirin dipersilakan duduk.

Dari Serdang ke Melaka,

Merealisasikan projek mega,

Terimalah kami dengan hati terbuka,

Eratkan ukhwah, silaturrahim terjaga.

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat


sejahtera.

Selamat datang ke majlis penutupan 'unity through archery' tahun 2019.

Salutasi

Yang Berbahagia,

En Sodikin Ali

Pegawai Pejabat Belia dan Sukan, Alor Gajah.

Yang berhormat

En Azlan Ibrahim

Pegawai Bhep Upm

Barisan ahli jawatankuasa pelaksana program ‘Unity through archery’ anjuran Pelajar
Kursus Kokurikulum Berkredit Memanah kumpulan 1&2, Universiti Putra Malaysia.

Dan seterusnya para peserta yang dikasihi sekalian.

Kata aluan
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Illahi atas hadrat limpah dan kurnia-Nya kita dapat
bersama-sama berkumpul pada hari ini bagi menghadiri majlis perasmian penutupan
program ‘Unity through archery’ .

Bacaan doa

Hadirin/ hadirat sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan mengaminkan bacaan doa oleh saudara muhammad Saleem.

Majlis ini dengan segala hormatnya dipersilakan.

Aamin ya rabbal alamin.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan wakil

Bagi membuka tirai majlis pada hari ini, majlis mempersilakan saudara Lim Yong Wei,
pengarah program ‘Unity through archery’ bagi menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Lim Yong Wei atas ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan Yang Berhormat

Hadirin/Hadirat yang dimuliakan,

Dengan sukacitanya menjemput Yang dihormati Encik Sodikin Ali, Pegawai Belia & sukan
Alor Gajah bagi menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan majlis
penutupan program ‘Unity through archery’ 2019. Dengan penuh tunduk kasihnya,
dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan itu tadi.

'dengan ini saya merasmikan pelaksanaan program..'

Penyampaian sijil/hadiah

Para hadirin sekalian,

majlis sekali lagi menjemput Yang dihormati Encik Sodikin Ali diiringi oleh Encik Muhd Asraf
Zainuddin, penasihat Program Unity Through Archery bagi sesi penyampaian sijil
penyertaan kepada para peserta. Dipersilakan.

Peserta yang pertama,

Terima kasih diucapkan.


Seterusnya, Majlis mempersilakan yang dihormati Encik Azlan Ibrahim bagi sesi
penyampaian hadiah. dengan penyampaian hadiah 'mini Competition' bagi kategori:
perempuan & lelaki

Tempat ke-3 jatuh kepada..

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Penyampaian cenderamata

Sebelum berakhirnya majlis kita pada hari ini, dijemput Encik Sodikin Ali untuk menerima
cenderamata daripada pihak kami.

Terima kasih diucapkan.

Penutupan.

Dengan itu, maka berakhirlah majlis penutupan 'Unity Through Archery' pada hari ini.

Kami ingin memohon maaf atas segala kesilapan & kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung.

pantun

Dijemput tetamu kehormat untuk menjamu selera hidangan yg disediakan di dewan makan.

Mengumumkan perarakan keluar Yang Berhormat bersama tetamu iringan.

Wabilahitaufikwalhidayah wassalamualaikum wbt.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai