Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Hal ini
amat signifikan kerana bahan-bahan buangan atau barangan terpakai tidak akan dibuang ke tempat
yang sepatutnya. Sampah sarap dan bahan buangan yang tidak berada di tempat pelupusan sampah
boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang yang menetap berhampirannya. Hal ini demikian
kerana longgokan sampah tersebut akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit dan berbahaya
seperti nyamuk, tikus, ular dan lipas. Tamsilnya, bahan buangan domestik akan menarik perhatian tikus
yang kelaparan dan pembuangan tayar terpakai akan mengakibatkan pembiakan nyamuk kerana
terdapat takungan air hujan di dalamnya. Oleh yang demikian, masyarakat harus menyahut seruan
kerajaan untuk melakukan kitar semula yang dapat dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti gotong-
royong perdana. Kesannya, masalah pencemaran yang berlaku di negara Malaysia dapat diatasi dengan
lebih efektif dan pragmatik. Sudah terang lagi bersuluh, pengurangan pencemaran alam sekitar
merupakan salah satu kepentingan amalan kitar semula.
Seandainya dipandang pada perspektif yang lain, amalan kitar semula dapat menjimatkan kos
perbelanjaan pelupusan sampah .Perkara ini lebih menjimatkan berbanding usaha menyelenggara tapak
pelupusan sampah yang makin meningkat di negara ini. Oleh itu, caj untuk pelupusan sampah akan
dikurangkan selain dapat meningkatkan ekonomi negara agar setaraf dengan negara maju yang lain.
Melalui jumpaan carian di Internet, fakta ada menyatakan bahawa plastik mengambil masa 500 tahun
untuk dilupuskan. Apabila aktiviti kitar semula dilaksanakan, pembuatan plastik yang menggunakan
petroleum yang dijumpai melalui hasil cari gali di dasar lautan dapat dikurangkan sekali gus
mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini kepada hidupan akuatik. Pusat pelupusan sampah yang
tidak diurus akan menyebabkan pencemaran bau akibat pelepasan gas semasa pereputan semula jadi
sampah berlaku. Rakyat Malaysia yang ingin hidup bebas daripada sampah perlulah berusaha
membuang secara sistematik dan terus istiqamah melaksanakannya persis peribahasa Melayu, berakit-
rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Izharnya,
salah satu kepentingan amalan kitar semula adalah menjimatkan kos pelupusan sampah.
Pada perspektif yang lain, kepupusan sumber alam dapat dielakkan merupakan antara kepentingan
amalan kitar semula. Hal ini demikian kerana sebanyak 17 pohon pokok yang matang terpaksa ditebang
untuk menghasilkan satu tan kertas. Oleh yamg demikian, masyarakat perlulah mengguna semula
barang terpakai atau barang-barang buangan selain dapat mengubah fungsinya dengan mereka cipta
sesuatu yang baru dan boleh memberi manfaat. Hal ini persis peribahasa Melayu yang menyatakan,
ingat sebelum kena jimat sebelum habis agar seseorang itu tidak akan menyesal di kemudian hari.
Tambahan pula, bahan mentah yang dieksploitasi di negara ini dapat dikurangkan dan digunakan oleh
generasi pada masa akan datang dan menjamin kelangsungan ekonomi negara, Masyarakat Malaysia
terutamanya perlu memelihara hutan hujan tropika yang terdapat di bumi bertuah ini kerana pokok-
pokok tersebut membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan melalui proses fotosintesis yang
memerlukan cahaya matahari dan karbon dioksida . Kesan daripada kepupusan sumber alam akan
menyebabkan bumi menjadi gondol dan bencana alam akan berlaku dengan kerap seperti banjir kilat
dan tanah runtuh. Tuntasnya, salah satu kepentingan amalan kitar semula adalah dapat mengelakkan
kepupusan sumber alam yang indah ini.
Seterusnya, kepentingan amalan kitar semula adalah menambahkan pendapatan masyarakat. Hal
ini diutarakan demikian kerana sesetengah masyarakat beroleh pendapatan tetap atau sampingan
melalui amalan jual beli bahan terbuang dan terpakai sekali gus dapat menurunkan peratus
pengangguran di Malaysia. Perkara ini dapat meningkatkan ekonomi individu dan sesebuah organisasi
keluarga terutama yang mempunyai banyak tanggungan. Tamsilnya, masyarakat terutama pihak ibu
bapa bokeh menjual majalah dan surat khabar lama ke kilang atau kedai membeli kertas untuk dikitar
semula selain dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak kerana melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Tin-tin minuman yang sering digunakan juga dapat dijual dengan harga yang tinggi
mengikut beratnya. Sering kali kita dipaparkan dengan panorama yang tidak enak dilihat di kawasan
rekreasi iaitu bekas-bekas tin ditinggalkan apabila isinya sudah selamat masuk ke perut manusia. Tin-tin
tersebut lebih baik dihantar ke kilang untuk diproses menjadi bahan baru berbanding menjadi hiasan di
taman rekreasi yang akan mengundang pelbagai kesan negatif. Jelaslah bahawa pendapatan masyarakat
dapat ditambah merupakan kepentingan amalan kitar semula.
Akhir sekali, persekitaran alam yang ceria merupakan kepentingan amalan kitar semula. Perkara ini
dapat dilaksanakan melalui kaedah guna semula barangan terpakai. Barangan terpakai tersebut dapat
dimanfaatkan untuk menceriakan persekitaran berbanding hanya berada di pusat pelupusan sampah.
Sebagai contohnya, botol-botol plastik terpakai dapat digubah dan dijadikan sebagai sebuah pasu mini
selain dapat menghiasi pagar rumah dengan terdapat pokok bunga bervariasi warna di dalamnya.
Kesannya, jiran tetangga akan mengikuti kaedah yang ditunjukkan kerana penggunaan botol plastik
untuk menghasilkan pasu mini lebih menjimatkan kos daripada membeli pasu sebenar di kedai yang
jauh lebih tinggi harganya. Tambahan pula, melalui Sambutan Hari Bumi yang disambut pada setiap
tahun, masyarakat dapat mengubah fungsi pelbagai barang terpakai dan mendapat impak yang baik
daripadanya. Tegasnya, antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat menceriakan alam sekitar
melalui penghasilan produk baru.
Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan.
Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti
tikus dan gagak.
Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya
mengawal penyakit daripada merebak.
Kurang Pencemaran
Jimat Kos
Jimatkan Sumber
Umum mengetahui bahawa dengan bersukan, ia dapat meningkatkan disiplin murid.Sebagai analoginya,
para murid akan menepati masa untuk menghadari sesi latihan mengikut waktu yang ditetapkan. Selain
itu, para murid akan rajin berlatih serta patuh akan araha yang diberikan oleh guru ataupun jurulatih
mereka.
Bertitik tolak daripada itu, para murid dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti
yang bermanfaat seperti bersukan. Ini dapat menghindari mereka daripada melakukan gejala buruk
seperti vandalisma, gengsterisme, dan sebagainya yang dapat memberikan kesan yang negatif kepada
mareka dan masyarakat.
Dalam konteks ini,melalui bersukan, ia dapat melahirkan murid yang sihat. Dengan ini, kesihatan
para murid akan terjamin dan tidak mudah dijangkiti penyakit.Disamping itu, fikiran para pelajar juga
menjadi cedas.Seperti yang kira lihat, kebanyakan para murid yang aktifdalam sukan juga cemerlang
dalam pelajaran mereka.
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, ini telah membuktikan bahawa
sukan mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan bersukan kepada para murid. Oleh demikian,
kerajaan perlu menyediakan lebih banyak prasarana sukan demi mengglakkan rakyat bersukan sekaligus
melahirkan atlet yang dapat menbangunkan sukan negara ke persana antarabangsa.
Selamat pagi saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana,
guru besar, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi
ini ialah "Kepentingan Bersukan".
Sukan merujuk kepada segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran
serta tenaga seperti berenang, bermain bola, berjoging, berbasikal dan sebagainya. Bersukan
ialah satu aktiviti yang baik kerana boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Kita
boleh bersukan di mana-mana sahaja. Misalnya di padang, taman rekreasi ataupun di rumah.
Hadirin sekalian,
Bersukan boleh menyihatkan badan kita. Semasa menjalankan aktiviti sukan, badan kita
akan mengeluarkan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh tubuh dalam bentuk air peluh.
Selepas berpeluh, kita akan berasa segar dan lebih bersemangat. Kita tidak akan mudah
dijangkiti penyakit berjangkit seperti batuk dan selesema. Jika badan kita cergas, minda
kita juga akan menjadi cerdas.
Di samping itu, bersukan membolehkan kita mengekalkan berat badan yang ideal.
Semasa bersukan, kita boleh menegangkan otot-otot dan membakar lemak dalam badan. Dengan
itu, kita dapat mengelakkan penyakit obesiti justeru menghindari penyakit-penyakit kronik
seperti penyakit jantung, kencing manis dan sakit buah pinggang.
Aktiviti sukan juga boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Kita tidak akan
terperuk di dalam rumah atau terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat seperti merokok,
berjudi dan melepak.
Pendek kata, budaya bersukan sewajarnya dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat
dalam kehidupan harian. Tepuk dada, tanya selera. Sekian, terima kasih.
dea
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?
Orang Kurang Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal
atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal
dan mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial,
rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya
dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang
upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada, masyarakat kurang upaya ini
tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh
sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan
sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang
upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini
kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang
tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang
Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang
sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna.
Pepatah ada mengatakan,“berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Namun begitu kita
harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu
mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan
sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan
nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan dan tolong menolong agar mereka
dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan
penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan
artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3
seperti Bersamamu kerap kali memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian
masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak
langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung
khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan
kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian, nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati
berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka. Sesungguhnya, “tangan
yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada mereka
untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kurang Upaya
(OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan
elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat
Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam
pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan
gaji atau berniaga sendiri. Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan
orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan
elaun dalam bentuk wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan
pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan
Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat
meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan
kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan
sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang
susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan
modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan
masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan
golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada
orang lain bak kata pepatah, “ada padi semua jadi, ada beras semua deras”.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat
yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang
berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang
menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah
ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah
pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kuota pengajian di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini
akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah
yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat dalam
syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu
menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya
sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani di
mana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Selain itu,
usaha murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya
ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang kepada OKU dan membantu
mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk
meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan
hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu
menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan
ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti.
Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam
usaha membantu golongan OKU.
Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka dilahirkan
dalam keadaan cacat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang
menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana
kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat
pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang
hina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi
dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang
sebelah mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang mentertawakan OKU akibat kecacatan yang
mereka alami ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak
supaya menghormati OKU.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan
kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat
penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas
amat wajar diberiakan pujian. Jelaslah bahawa pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam
membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri
Najib bin Tun Abdul Razak ,’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani
kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap
OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah yang menyediakan
kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat
dihargai. Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab
mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat
tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan
disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang
dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Maklumat
tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan
mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya
peranan media massa.
Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu
mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan
OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan. Hal ini
bertepatan dengan maksud peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu
memikul’. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu
golongan ini.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan
untuk membantu OKU. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.
Pada pendapat soalan ini agak sukar kerana memerlukan pelajar menjelaskan peranan anda untuk
membantu golongan rakan sebaya kurang upaya. Penulisan anda perlu menggunakan kata ganti
nama saya.
Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik dan memerlukan
bantuan berterusan daripada pelbagai pihak supaya mereka turut memberi sumbangan
berkesan kepada negara.
Sebagai seorang pelajar, apakah peranan yang dapat anda mainkan untuk membantu atau
menghargai golongan Orang Kurang Upaya (OKU)?
Takrif orang kurang upaya (OKU) ialah insan yang kurang bernasib baik kerana
mengalami kecacatan kekal sama ada dalam bentuk kecacatan fizikal atau mental. Kecacatan
fizikal seperti buta, pekak, cacat anggota, manakala cacat mental seperti ‘sindrom down’ dan
tergencat akal. Mereka terpaksa mengharung suatu perjalanan sukar untuk hidup sempurna seperti
golongan normal dek kecacatan yang dialami. Mereka mengalami perasaan rendah diri, tersisih
daripada arus perdana masyarakat, dan sukar menghadapi kehidupan hari-hari mendatang tanpa
sokongan ahli keluarga terdekat. Pada hari ini jumlah OKU di negara ini dalam semua kategori
telah meningkat sehingga 4000 orang. Hal yang demikian, menunjukkan golongan tersebut tidak
boleh dibiarkan meneruskan kehidupan dalam kedaifan. Mereka sepatutnya diberikan peluang
untuk meneruskan hidup atas kudrat yang ada pada mereka atau dengan perkataan lain mereka
harus berdikari.
Sebagai seorang insan yang sempurna fizikal dan mental saya haruslah bersukur kepada
Allah kerana mengurniakan kesempurnaan anggota badan. Namun begitu, saya akan menghargai
keberadaan insan orang kurang keupayaan yang hidup bersama-sama saya. Saya akan cuba untuk
memotivasi mereka agar mereka meneruskan usaha sehingga berjaya dalam kehidupan mereka.
Hal ini kerana orang kurang upaya juga mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Sebagaimana
kita sedia maklum, terdapat orang kurang upaya yang berjaya di negara kita, antaranya Prof. Ismail
Saleh, pakar ekonomi negara, seorang penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat pertama
memperoleh ijazah kedoktoran, Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D Strike Solution
pemasangan karpet terkenal di Malaysia, dan pernah memenangi anugerah OKU Kecemerlangan
bahagian Keusahawanan Malaysia, dan Tuan Atan merupakan seorang peguam dan berperanan
menggubal akta OKU di Malaysia. Oleh sebab itu, saya akan memberikan motivasi kepada rakan-
rakan OKU yang berada di sisi saya untuk meneruskan kecemerlangan yang mereka ada
berdasarkan kecemerlangan orang kurang upaya seperti saya nyatakan di atas. Sekiranya saya
mampu memberikan motivasi kepada rakan-rakan OKU, saya yakin mereka mampu berjaya dalam
kehidupan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Mereka juga boleh berjaya seperti
orang lain sekiranya ada usaha kerana usaha itu tangga kejayaan. Tegasnya, saya akan cuba untuk
memotivasi mereka agar meneruskan usaha mereka sehingga berjaya.
Selain itu, saya juga akan menggalakkan golongan sahabat OKU untuk menyertai mana-
mana persatuan OKU yang terdapat di daerah, negeri ataupun peringkat kebangsaan. Hal ini kerana
melalui persatuan seperti ini, golongan sahabat OKU akan dapat bertemu dengan rakan-rakan
seperti mereka. Di tempat sebegini juga mereka dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman
sebagai orang kurang upaya terutama berkongsi pengalaman kejayaan mereka dala kehidupan.
Selain itu, di tempat-tempat sebegini juga mereka sedar bahawa mereka bukan keseorangan dan
mereka mempunyai sahabat yang berusaha untuk terus berjaya dalam suasana negara yang sedang
membangun. Bahkan juga, dengan adanya persatuan seperti ini, mereka akan mendapat banyak
info berkaitan golongan orang kurang upaya malah mereka juga akan tahu bantuan-bantuan yang
boleh mereka dapati sekarang sama ada melalui bantuan badan bukan kerajaan dan kerajaan seperti
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan dan sebagainya. Sesunggunhya, dengan menyertai badan-badan atau
persatuan OKU, sahabat-sahabat OKU akan dapat memotivasikan diri mereka untuk berjaya
sebagaimana kejayaan sahabat OKU lain. Bahkan juga mereka akan berasa diri mereka tidak
dipinggir oleh masyarakat dan mereka juga boleh berjaya seperti orang lain. Sekiranya, sahabat
OKU dapat menyertai persatuan OKU, mereka akan mampu berjaya seperti orang lain kerana
mereka juga mempunyai hak untuk berjaya. Tegasnya, sebagai rakan saya akan menggalakkan
golongan sahabat OKU untuk menyertai mana-mana persatuan OKU yang terdapat di daerah,
negeri ataupun peringkat kebangsaan.
Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan menggalakkan mereka untuk mendaftar diri
ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan pelajar OKU.
Selain itu, saya akan cuba menyedarkan rakan-rakan OKU betapa pentingnya mereka mengikuti
pembelajaran di sekolah pendidikan khas ini. Sebagaimana kita sedia maklum Kementerian
Pendidikan Malasyia telah mewujudkan sekolah pendidikan khas untuk mengelakkan pelajar OKU
tercicir dari aliran pendidikan perdana. Di sekolah pendidikan khas, pelajar OKU akan mendapat
pendidikan sejajar dengan kebolehan mereka, di samping mereka akan didedahkan kepada
kemahiran sama ada teknik atau vokasional untuk mereka dapat meneruskan kehidupan. Oleh
sebab itu, objektif sekolah pendidikan khas adalah untuk mendedahkan mereka kepada
pembelajaran mengikut kebolehan agar pendidikan yang mereka terima dapat mendedahkan
mereka untuk berdikari apabila dewasa nanti tanpa memerlukan bantuan daripada ibu bapa.
Sekiranya, sahabat-sahabat OKU saya dapat mengikuti pendidikan di sekolah pendidikan khas ini,
mereka akan dapat meneruskan kehidupan mereka seperti rakan-rakan mereka yang lain.
Tegasnya, Sebagai seorang sahabat OKU, saya juga akan cuba menggalakkan mereka untuk
mendaftar diri ke Kementerian Pendidikan untuk mengikuti pendidikan khas yang menempatkan
pelajar OKU.
Selain itu, sebagai seorang rakan OKU, saya akan cuba untuk memberi penerangan yang
jelas kepada ibu bapa rakan OKU supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah
pendidikan khas. Hal ini kerana ada sebilangan ibu bapa tidak mahu anak-anak mereka digelar
sebagai OKU kerana mereka beranggapan bahawa anak-anak mereka perlu menerima
pembelajaran seperti pelajar-pelajar yang lain. Oleh sebab itu, saya akan cuba untuk menjelaskan
betapa ruginya ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menerima pendidikan aliran
perdana. Namun, saya bukan bertujuan untuk memperlekeh sahabat OKU atas kekurangan yang
mereka alami tetapi saya cuma perlu meyakinkan ibu bapa OKU bahawa kerajaan amat prihtain
dan cuba sedaya upaya membantu golongan OKU. Sekiranya ibu bapa terus menghantar anak-
anak mereka mengikuti pendidikan aliran perdana, sudah pasti anak-anak mereka akan tercicir
berbanding pelajar-pelajar lain bukan OKU. Tambahan pula, sekiranya anak-anak mereka dapat
menerima pembelajaran di sekolah berpendidikan khas banyak agensi kerajaan akan memberikan
bantuan kepada mereka setelah mereka menamatkan pengajian di sekolah aliran pendidikan khas.
Bahkan juga, anak-anak mereka akan dapat bersaing dengan rakan-rakan OKU yang lain untuk
mendapat tempat dalam peperiksaan antara pelajar OKU. Tegasnya, sebagai seorang rakan pelajar
OKU, saya saya akan cuba untuk memberi penerangan yang jelas kepada ibu bapa rakan OKU
supaya mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah pendidikan khas.
Akhirnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan
pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid bekerperluan khas terutama apabila
program pemerkasaan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) dijalankan oleh pihak kerajaan.
Sebanyak 23 program khusus boleh disertai rakan-rakan pelajar OKU seperti kemahiran yang
ditawarkan antaranya penyediaan dan pembuatan makanan, operator pengeluaran pemprosesan
makanan dan proses kimpalan arka kepingan logam dan sebagainya. Dengan ada pendidikan khas
seperti di atas, murid berkeperluan khas akan dapat menimba ilmu untuk mereka gunakan apabila
mereka dewasa nanti. Sekiranya, rakan-rakan OKU, dapat meneruskan pelajaran di Sekolah
Vokasional mereka akan dapat menimba ilmu dan menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingan
mereka apabila dewasa nanti. Perlu diingat, sebagaimana saya nyatakan di atas banyak golongan
OKU berjaya d Malaysia seperti antaranya Prof. Ismail Saleh, pakar ekonomi negara, seorang
penyarah dan beliau juga menjadi orang cacat pertama menerima memperoleh ijazah kedoktoan,
Saudara Syukur Saleh, pemilik Syarikat D Strike Solution pemasangan karpet terkenal di
Malasyia, dan pernah memenangi anugerah OKU Kecemerlangan bahagian Keusahawanan
Malaysia, dan Tuan Atan merupakan seorang peguam dan berperanan menggubal akta OKU di
Malaysia. Tegasnya, sebagai rakan OKU, saya akan memotivasikan mereka untuk meneruskan
pelajaran di Sekolah Menengah Vokasional untuk murid berkerperluan khas.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sebagai rakan pelajar OKU saya
perlu memainkan peranan untuk membantu mereka untuk berjaya seperti orang lain. Semua pihak
perlu berganding bahu, bak kata peribahasa Melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,
bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Mereka juga berhak untuk berjaya seperti
rakan-rakan mereka di aliran perdana tetapi perlu betul caranya. Diharapkkan dengan usaha-usaha
yang saya lakukan di atas saya akan dapat membantu rakan OKU untuk berjaya. Semoga mereka
akan berjaya seperti rakan-rakan seangkatan dengan mereka
Hari ini dengan internet mudah alih yang begitu mudah diakses, lebih ramai pengguna kini
beralih kepada pembelian barangan secara talian (shopping online) untuk semua keperluan
mereka. Pakaian, kasut, produk elektrik, malah barangan runcit kini boleh dibeli melalui internet.
Disamping anda berbelanja, anda juga boleh membuat duit secara online dengan
mempromosikan barangan tertentu di internet melalui program affiliate terbaik Malaysia.
Kita semua tahu sebab-sebab yang tersendiri untuk membeli-belah dalam talian. Kedai perabot,
elektrik, barangan sukan online juga meningkat sejak akhir-akhir ini disebabkan sambutan
menggalakan pengguna. Ianya diramal akan terus meningkat sejajar dengan keselamatan
bertransaksi internet dan juga perkembangan industri telekomunikasi masa kini.
Anda biasanya perlu menunggu jangka masa yang lama untuk menerima barangan anda.
Kadang-kadang, ini juga boleh mengambil masa sehingga sebulan atau lebih lama jika
dihantar dari luar negara. Mungkin terdapat kelewatan dalam penghantaran, atau salah
faham dan anda tidak boleh pergi bersemuka dengan pemilik kedai untuk penjelasan.
Kos Penghantaran pada barangan adalah ditanggung oleh pengguna kecuali melalui
pembelian yang banyak atau tawaran percuma daripada penjual. Kadang-kadang kos
akan menjadi tinggi yang menjadikan pembelian di talian tidak berbaloi.
Anda tidak dapat menguji produk sebelum anda membeli. Unsur penipuan mungkin
boleh terjadi jika penjual tidak jujur. Apa yang kelihatan cantik di dalam gambar
mungkin tidak secantik atau sebaik yang kita inginkan.
Orang risau tentang penipuan atau kecurian pembelian dengan kad kredit. Pastikan setiap
laman web anda berurusan, keselamatan disahkan selamat dan dilindungi dan mempunyai
maklumat ini dipaparkan dengan jelas di laman web mereka. Juga, membaca dasar
privasi pada laman web untuk melihat apa yang mereka akan lakukan dengan maklumat
anda. Sila berurusan dengan lawan web perniagaan yang telah terbukti keberkesanannya.
Hello...kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang kelebihan dan keburukan
pembelian dalam talian . Sekarang di dunia yang serba canggih ini semua yang diperlukan
hanya di hujung jari sahaja. Anda boleh mengakses ke internet dengan mudah melalui
telefon pintar. Melalui internet juga pembelian secara dalam talian semakin popular di
zaman sekarang kerana kebanyakan sesetengah orang sibuk dengan kerja sehingga sukar
meluangkan masa untuk pergi ke kedai atau juga kerana kedai terlalu jauh dan terpaksa
membeli secara dalam talian sahaja untuk mengurangkan kos pengangkutan.
Setiap orang ada sebab tersendiri dan bagi saya sendiri jika saya inginkan sesuatu barang
itu ,saya akan membuat kajian sedikit adakah harga barang itu sama atau perbezaannya
terlalu tinggi jika membeli di kedai atau dalam talian. Okey mari kita lihat perbezaan yang
saya terangkan di bawah.
Pembelian dalam talian merupakan salah satu cara mudah untuk kita membeli sesuatu
barang tanpa bersusah payah pergi ke merata tempat ,dengan hanya menggunakan telefon
pintar anda dan buka penyemak imbas anda dan taip nama barangan yang kita kehendaki
dan senarai laman web pembelian popular akan muncul . Jika di Malaysia ini laman web
pembelian popular seperti Lazada , Shopee, Lelong.com ,Mudah.com dan lain -lain lagi
begitu banyak anda boleh cari barangan anda jika barangan yang anda cari tidak jumpa
juga.
Bagi saya kelebihan membeli dalam talian ini ialah kita boleh dapat harga yang murah
dari pasaran di kedai-kedai ,contoh jika di kedai harga telefon pintar Samsung J2 Prime
berharga lingkungan RM 450.00 - RM 499.00 tetapi di online kita mungkin boleh dapat
dalam lingkungan RM 370.00 ke atas sahaja. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri
yang membeli handphone ini 3 bulan lepas. Jika kita membuat sedikit kajian sebelum
membeli mungkin kita akan dapat harga yang murah sedikit dari kedai dengan kualiti
yang sama .
Keburukan membeli dalam talian ini ialah kita tidak boleh memeriksa dahulu barang
tersebut kerana kita hanya lihat di laman-laman web sahaja gambar atau video barang
yang kita kehendaki itu . Kebanyakan sekarang kita dengar ramai pembeli tertipu setelah
membeli dalam talian kerana penjual yang tidak jujur ,menghantar barangan kotak
dengan barangan berisi benda lain. Membeli dalam talian juga sukar sedikit
proses tuntutannya jika barangan yang kita beli itu rosak ketika masih waranti
,kemungkinan kita perlu mengepos semula barangan tersebut ke alamat penjual tersebut
dan kita tidak tahu bila akan dapat semula barangan yang kita beli itu . Ada yang
berminggu atau berbulan masih tidak dapat lagi sehinggakan terpaksa mengambil
tindakan undang-undang .
Oleh itu ,nasihat saya sebelum anda membeli barangan dari dalam talian pastikan anda
membuat kajian dahulu dan memilih laman yang boleh dipercayai . Saya sendiri hanya
pernah membeli di Lazada dan Shopee sahaja kerana berdasarkan pengalaman saya
sebelum ini kedua-dua laman ini anda boleh mendapatkan pemulangan semula wang anda
jika berlaku masalah seperti barangan anda terima tidak dalam keadaan yang baik ,
barang tidak berfungsi , barang pecah dan lain-lain masalah . Syukurlah setakat ini
semua barangan yang saya beli berfungsi dengan baik dan tiada masalah ,jika anda ingin
membeli barangan yang bernilai beribu-ribu lebih baik anda membeli di kedai sahaja
kerana memudahkan anda jika berlaku apa-apa masalah anda hanya boleh terus rujuk
kepada kedai tersebut . Berdasarkan kajian yang saya lihat ,semuanya kadang-kadang
bergantung pada nasib juga sebab sesetengah pembeli mendapat barangan yang baik dan
sesetengah pembeli tidak mendapat barangan yang baik walaupun membeli di penjual
yang sama. Kebanyakan pembeli membeli online ini hanya barangan elektronik atau
barangan fizikal sahaja,jika anda ingin membeli barangan makanan lebih baik anda pergi
ke pasaraya sahaja .Saya harap pengkongsian saya ini berguna buat anda yang baru ingin
membeli dalam talian ,jika anda pernah membeli dalam talian rasanya tidak perlulah anda
membaca ini . Terima kasih sudi membaca ,jika ada apa-apa ulasan anda boleh terus
komen di ruangan di bawah.