Anda di halaman 1dari 81

KOLEKSI SENI WIRAWAN

ILMU BATIN PAHLAWAN


OLEH : SUHADI SAHARI

TIADA DI
PASARAN !

“ BUKU INI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KOLEKSI


KITAB-
KITAB-KITAB SENI WIRAWAN YANG LUAR BIASA
DARIPADA KAMI ”.
© Suhadi Sahari 2007
ILMU BATIN
PAHLAWAN
OLEH : SUHADI SAHARI

© Suhadi Sahari 2007


HAKCIPTA TERPELIHARA

Semua hak adalah terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh diterbitkan
semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk
dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada pemiliknya.

© Suhadi Sahari.

Edisi pertama 2007

PERINGATAN

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini disediakan seperti seadanya tanpa sebarang waranti sama
ada dinyatakan atau sebaliknya, termasuk tanpa sebarang pembatasan waranti mengenai ketepatan,
kelengkapan atau keputusan yang diperolehi daripada penggunaan maklumat ini. Kami tidak akan
bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kekurangan atau ketidaktepatan mengenai maklumat tersebut
dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan sama ada secara langsung, tidak
langsung atau secara kebetulan akibat daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam buku ini.

© Suhadi Sahari 2007


KANDUNGAN MUKA SURAT

KATA PENDAHULUAN 7

A) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB 8

GIMBARAN MELALUI ISIM DAN KALIMAH: 8

PEDANG SAIYIDINA ALI 8


TELAPAK BESI 8
NAMPAYAN BESI 9
ISIM PENGUAT ANGGOTA 10
ISIM BUDOH 11
KALIMAH PUTIH 11
ISIM FATIHAH 12

GIMBARAN MELALUI JAMPI MENTERA: 13

PEDANG LAKSAMANA 13
HAWA JAUL PAKAR SAIYIDINA ALI 14
DOA KUAT BAGINDA ALI 15
PAKAM ALLAH 15

GIMBARAN MELALUI SERUAN: 16

ROHANI YASIN 16
KHADAM AYATUL KURSI 17
KHADAM QULHUALLAH 18
DOA MALAIKAT 4 DAN WALI-WALI 18
SERU WALI-WALI 19
PEMBANTU GHAIB 20
MALAIKAT PENJAGA TIDUR 20
KHADAM PENJAGA BADAN 21
KHADAM PENGGERAK 21
KHADAM PENJAGA WAKTU 21

GIMBARAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA: 21

PEMELIHARA TIDUR 21
ISIM ‘AZAM 22
PEMBANTU GHAIB 2 22
AMALAN 1 MINGGU 22

B) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA 25

ILMU KEBAL: 25

MANDI MINYAK UNTUK KEBAL 25


SERI KEBAL BESI KHARSANI 26
DOA KEBAL 26
DOA KULIT TEMBAGA 27
DOA HARIMAU ALLAH 27
DOA PERISAI 28
DOA SANGA MARA 28
PENGAMPOL ALLAH 29

1 © Suhadi Sahari 2007


PENGAMPOL NAGA 29
KOTA ALLAH 29
KOTA PENJURU ALAM 30
KOTA DALAM KALIMAH 30
KOTA SULAWESI 30
PERISAI BISMILLAH 31
PAYUNG BISMILLAH 31
PAGAR SHEIKH ALI 31
RIJAL SITI FATIMAH SAIYIDINA ALI 32
SALAM LANGIT BUMI 32

ANTI-KEBAL: 32

DOA ANTI-KEBAL 32

PENOLAK SENJATA: 33

CEMPELIAS 33
DOA SELISIH 33
DOA SELISIH 2 33

PENGUAT TANGAN: 34

DOA SAHABAT 4 34
PENJAGA TANGAN 34
RACUN TANGAN 34

PEMBISA TUMBUK: 35

SENI GAYOMAN 35
SIMBOR GAYONG 35
SIMBOR GAYONG 2 35
PENUMBUK 35
PENUMBUK 2 35
PENUMBUK MAUT 36
HAK MAUJUD 36
ALAM TARAKAI 36
BINA PATAH 36
TUMPAH DARAH 37
PENDERAS ANGGOTA 37
PENAMPAR 37

KEKUATAN DIRI: 37

PELAMPAS QULHU 37
DOA PERKASA AMIR HAMZAH 38
DOA KHURSANI 38

PEMBALIK ILMU HITAM: 38

RATENA TERBALIK 38

PEMBINASA: 39

BAHANG KALIMAH 39

2 © Suhadi Sahari 2007


MERINGANKAN BADAN: 39

DOA LAYANG 39

HALIMUNAN: 40

ENGKELIMUN 40
DOA ALI MUNAN 40
JAMPI MERESAP 40
DOA MERESAP 41
PENGABUR MATA 41

PENDANGAN MAKRIFAT: 41

TEMBUS MATA 41
PANDANGAN ROHANI 41

PUKAU: 41

BANGKAI PECAH 4 42

PENUNDUK: 42

DOA SI RIMAU GARANG 42


DOA LEMAH URAT 42
JAPAI BESI 7 43

PELEMAH ANGGOTA: 43

TARIK 1999 URAT 43


PEMBUNGKAM URAT 44
TARIK ANGGOTA 44

PENDINDING TIDUR: 44

DOA ILMU ALLAH 44


KELAMBU ADAM 45
KELAMBU BESI 45

SERBAGUNA: 45

PUSAKA NABI SULAIMAN 45


KALIMAH SERBAGUNA 46
ILMU PANGKAS 46
ILMU BELIAN 46

LAIN-LAIN: 46

ILMU BUDI SUCI 46


GURIS LAKSAMANA 47
DOA TAWAR KACA 47
DOA TAHAN BADAN 48

C) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT 49

ILMU KEBAL: 49

3 © Suhadi Sahari 2007


TANGKAL KEBAL 49
AZIMAT KEBAL 49
PENOLAK SENJATA BESI 49
SELAMAT DARI BAHAYA 49
PAGAR TAHMID 50

PANDANGAN MAKRIFAT: 50

MELIHAT DALAM MIMPI 50

MENENTANG MAKHLUK GHAIB: 50

GANGGUAN JIN 50

SERBAGUNA: 51

TANGKAL BISMILLAH 51
WAKAF FATIHAH 51
ASHABUL KAHFI 52
SYAIR MUHAMMAD 52
AYAT 5 52

LAIN-LAIN: 52

TIDAK TERKALAH 52

D) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA 54

KEKUATAN DIRI: 54

KUAT KETIKA PERLU 54

PENGUAT TANGAN: 54

PEMBISA PUKULAN 54
PEMBISA TUMBUK 54
PENUMBUK BISA 54

ILMU KEBAL: 54

KEBAL SEHARI 54
DOA PAHLAWAN 55
BENTENG KURSI 56
KOTA LAM ALIF 56
SELAMAT DALAM PERTEMPURAN 57
SENJATA TIDAK BERKESAN 57
MUSUH BERSENJATA 57
PENDINDING TEMBAK 57
PENJAGA HELAH SETERU 58

KESELAMATAN: 58

DOA SELAMAT 58
PENOLAK SEGALA ANCAMAN 59
PENANGKIS KEJAHATAN 59

4 © Suhadi Sahari 2007


PENOLAK BENCANA 59
PERISAI FATIHAH 59
PERISAI YASIN 60
PAGAR LIILA 60
PAGAR KAUTSAR 60
PAGAR TIDUR 60
ASMA PERISAI 60
ASMA PELINDUNG 60
ASMA PENJAGAAN 60
ASMA PENJAGAAN 2 60

PENOLAK API: 61

DOA NABI IBRAHIM 61


DOA EMBUN 61

MENENTANG MUSUH: 61

KALIMAH ALLAH 61
DOA TEMPUR 61
MUSUH RAMAI 62
MUSUH SALING BERBUNUH 62
JAMPI KEMENANGAN 62
ZIKIR KEMENANGAN 63
AYATUL AZMI 63

MENANGKAP MUSUH: 63

PAKU BUMI 63
PAKU BUMI 2 63
TUMBUK ANGIN 64

MENENTANG HAIWAN BUAS DAN BERBISA: 64

PENGUNCI MULUT HAIWAN BUAS 64


PEMBUNGKAM HAIWAN 64
MENGUNCI MULUT ANJING 64
PENUNDUK BUAYA DAN ULAR 65
PENGUNCI SENGATAN HAIWAN BERBISA 65

PANDANGAN MAKRIFAT: 65

PENGLIHATAN MATA BATIN 65


PEKA SEWAKTU TIDUR 65

PENUNDUK: 66

PENUNDUK BISMILLAH 66
PENGUNCI MULUT MANUSIA 67
PENGGERUN MUSUH 67
DIHORMATI 67
ASMA PENGGERUN 68
KHATAMUN NUBUWAH 68

HALIMUNAN: 68

5 © Suhadi Sahari 2007


YASIN MERESAP 68
AJI PANGLIMUNAN 69
PELIMUN 70
TIDAK KELIHATAN 70
PENGGELAP MATA MUSUH 70

SERBAGUNA: 70

RAHSIA BISMILLAH 71
RAHSIA BISMILLAH 6 71
BISMILLAH 9 72
RAHSIA BACAAN KURSI 72
AYAT 7 73
AYAT 5 73
AYAT 1 74
ISIM ‘AZAM 2 74
ISIM ‘AZAM 3 75
AYAT 1000 DINAR 75
KAF 40 76

LAIN-LAIN: 76

MEMBALIKKAN ILMU HITAM 76


TAKUTKAN MUSUH 77

PENUTUP 78

6 © Suhadi Sahari 2007


KATA PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para
pembaca sekalian.

Buku ini merupakan salah satu daripada kitab-kitab “Koleksi Seni Wirawan” (rujuk lampiran) yang luar
biasa daripada kami. Koleksi tersebut meliputi pelbagai tajuk yang sukar ditemui dan jarang didengar.

Buku ini diberi nama “Ilmu Batin Pahlawan” dan ia tidak akan anda temui di mana-mana kedai buku
sekalipun. Ia diberi nama sedemikian bersesuaian dengan jumlah isi kandungan di dalamnya yang
mempunyai 4 tajuk utama, 39 tajuk lanjutan, 180 tajuk kecil dan pelbagai jenis amalan ilmu kebatinan
khusus untuk pahlawan sebagai pelengkap.

Buku ini telah diilhamkan berdasarkan catatan dan koleksi peribadi penulis sendiri yang mula dihimpun
sejak tahun 1989 lagi. Kini, ia telah dibukukan buat pertama kalinya untuk tatapan umum.

Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menambah serta mempelbagaikan ilmu pengetahuan masyarakat
kita selain menjadikannya sesuatu yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat. Dengan kata lain,
kerana Allah Ta’ala.

Sebelum para pembaca meneliti serta melakukan amalan-amalan yang terkandung di dalam buku ini,
terlebih dahulu kami memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang
boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik
jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan.

Sekian. Terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang benar,

……………………………

Suhadi Sahari
(Penulis)

7 © Suhadi Sahari 2007


A) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB

GIMBARAN MELALUI ISIM DAN KALIMAH:

PEDANG SAIYIDINA ALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Qul malikal haq! (3 kali)

Cara mengamalkannya:

Semasa makan nasi gunakanlah tangan. Selepas habis makan cucilah tangan anda dengan air bersih.
Setelah itu, ‘asah’lah tangan anda seperti ilustrasi di bawah sambil membaca kalimah di atas sebanyak 3
kali (1 kali baca, tiup dan asah 1 kali).

Kesan amalan ini:

Amalkanlah selalu sehingga ia sebati dengan diri anda. Ini adalah jurus pukulan jarak jauh untuk para
pahlawan. Sekiranya dilakukan semasa berlawan dengan musuh, insya-Allah ia akan memutuskan organ-
organ dalaman musuh. Malah kedua-dua telapak tangan anda akan menjadi sangat berbisa dan merbahaya.

Pantang :

Jangan sekali-kali menampar anak, isteri atau anggota keluarga anda sendiri. Boleh menyebabkan orang
tersebut gila.

TELAPAK BESI

Bismillahirrahmanirrahim.

8 © Suhadi Sahari 2007


Abul haq! (3 kali)

Cara mengamalkannya:

Bacakan isim di atas 3 kali dan ambilkan air liur di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kanan anda.
Sapukan ke telapak tangan kiri. Kemudian, bacakan lagi isim di atas 3 kali dan ambilkan lagi air liur anda
di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kiri anda. Sapukan ke telapak tangan kanan anda. Makrifatkan yang
kedua-dua tangan anda menjadi kuat dan keras seperti besi. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan temukan
kedua-dua telapak tangan dan gosok berkali-kali. Lanjutkan menggosok-gosok (menyapu) telapak tangan
kiri bermula dari penumbuk tangan kanan ke pergelangan tangan, ke lengan sehinggalah ke siku kanan, dan
balik semula ke atas seperti sebelumnya (keadaan di mana ke-2 telapak tangan ditemukan). Kemudian,
sambungkan gosokan tersebut ke sebelah tangan kiri (menggunakan tangan kanan pula). Ulangi sehingga 3
kali untuk kedua-dua belah tangan.

Pilihlah waktu-waktu yang mustajab untuk mengamalkan amalan ini seperti 1/3 malam (jam 2.00 pagi
sehingga Subuh), selepas sembahyang fardu, selepas habis laungan azan dan seumpamanya. Amalkan
sekurang-kurangnya selama 40 hari berturut-turut.

Kesan amalan ini:

Insya-Allah, kedua-dua tangan anda akan menjadi bertambah kuat. Anda akan menjadi pemberani dan
tidak akan mudah takut dengan sesiapa. Anda juga mungkin akan selalu didatangi oleh cubaan-cubaan yang
akan menguji kesabaran anda. Jika anda tidak cukup sabar, anda mungkin akan menjadi seorang yang
pemarah.

Dalam masa anda mengamalkan isim ini, anda mungkin akan didatangi oleh ‘penjaga’ isim tersebut
(dalam pelbagai rupa). Janganlah takut! Teruskan.

Pantang:

Kedua-dua telapak tangan anda akan menjadi senjata yang amat merbahaya dan berbisa. Jangan sekali-
kali anda menampar atau memukul anak-anak anda, isteri atau keluarga terdekat. Boleh menyebabkan
orang tersebut menjadi gila. Jika tidak mampu sabar, lepaskan sahaja ke dinding.

NAMPAYAN BESI

Bismillahirrahmanirrahim.

Nursani! (3 kali)

Cara mengamalkannya:

Bacakan isim di atas 3 kali dan ambilkan air liur di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kanan anda.
Sapukan ke telapak tangan kiri. Kemudian, bacakan lagi isim di atas 3 kali dan ambilkan lagi air liur anda
di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kiri anda. Sapukan ke telapak tangan kanan anda. Makrifatkan yang
kedua-dua tangan anda menjadi kuat dan keras seperti batu. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan temukan
kedua-dua telapak tangan dan gosok berkali-kali. Lanjutkan menggosok-gosok (menyapu) telapak tangan
kiri bermula dari penumbuk tangan kanan ke pergelangan tangan, ke lengan sehinggalah ke siku kanan, dan
balik semula ke atas seperti sebelumnya (keadaan di mana ke-2 telapak tangan ditemukan). Kemudian,
sambungkan gosokan tersebut ke sebelah tangan kiri (menggunakan tangan kanan pula). Ulangi sehingga 3
kali untuk kedua-dua belah tangan.

Pilihlah waktu-waktu yang mustajab untuk mengamalkan amalan ini seperti 1/3 malam (jam 2.00 pagi
sehingga Subuh), selepas sembahyang fardu, selepas habis laungan azan dan seumpamanya. Amalkan
sekurang-kurangnya selama 40 hari berturut-turut.

9 © Suhadi Sahari 2007


Kesan amalan ini:

Insya-Allah, kedua-dua tangan anda akan menjadi bertambah kuat. Anda akan menjadi pemberani dan
tidak akan mudah takut dengan sesiapa. Anda juga mungkin akan selalu didatangi oleh cubaan-cubaan yang
akan menguji kesabaran anda. Jika anda tidak cukup sabar, anda mungkin akan menjadi seorang yang
pemarah.

Dalam masa anda mengamalkan isim ini, anda mungkin akan didatangi oleh ‘penjaga’ isim tersebut
(dalam pelbagai rupa). Janganlah takut! Teruskan.

Pantang:

Kedua-dua telapak tangan anda akan menjadi senjata yang amat merbahaya dan berbisa. Jangan sekali-
kali anda menampar atau memukul anak-anak anda, isteri atau keluarga terdekat. Boleh menyebabkan
orang tersebut menjadi gila. Jika tidak mampu sabar, lepaskan sahaja ke dinding.

ISIM PENGUAT ANGGOTA

Bismillahirrahmanirrahim.

Hak ki fa kaf

Cara mengamalkannya:

Selepas sembahyang fardu 5 waktu atau selepas mandi pagi (atau bila-bila masa), kuncikan sendi-sendi
anda sambil membaca isim di atas.

Dimulai dengan mengunci sendi tangan kanan (menggunakan telapak tangan kiri) sambil menyebut
“Hak!”. Kemudian, kuncian sendi pergelangan tangan kanan sambil menyebut “ki!”, kuncian sendi siku
kanan sambil menyebut “fa!” dan kuncian sendi bahu kanan sambil menyebut “kaf!”. Kemudian, tarik
nafas mendalam, tahan nafas, keraskan tangan dan tumbuk-tumbukkan ke hadapan sebanyak 3 kali.
Lakukan di sebelah tangan kiri juga (menggunakan telapak tangan kanan). Teruskan mengunci sendi kaki
kanan (menggunakan telapak tangan kiri) sambil menyebut “Haq!”. Kemudian, kuncian sendi pergelangan
kaki kanan sambil menyebut “ki!”, kuncian sendi lutut kanan sambil menyebut “fa!” dan kuncian sendi
pangkal paha kanan sambil menyebut “kaf!”. Kemudian, tarik nafas mendalam, tahan nafas, keraskan kaki
dan tendang-tendangkan ke hadapan sebanyak 3 kali. Lakukan di sebelah kaki kiri juga (menggunakan
telapak tangan kiri). Amalkan sekurang-kurangnya 40 hari, sehingga ia sebati dengan diri anda. Dalam
tempoh mengamalkannya, ada kemungkinan anda akan didatangi oleh ‘penjaga’ amalan ini (pelbagai rupa).
Jangan takut! Teruskan. Dia adalah sahabat anda pada saat-saat yang anda perlukan.

Kesan amalan ini:

Insya-Allah, anda akan menjadi pemberani dan tidak mudah takut. Cuba anda rasakan sendiri
perbezaannya, bila-bila masa terutamanya semasa anda ingin tidur atau berehat. Kadang-kadang tangan
atau kaki anda tergerak-tergerak ke sisi secara sendiri. Jangan takut! Ia adalah sebahagian daripada
kesannya, tiada apa yang mudarat. Namun, anda mungkin akan kerap menghadapi cubaan yang akan
menguji kesabaran anda. Jika boleh, sabarlah. Jika tidak tahan, lepaskan pukulan anda ke dinding (atau ke
sesuatu yang tidak bernyawa).

Pantang:

Jangan melepaskan sesuka hati pukulan tangan dan kaki anda kepada orang lain lebih-lebih lagi anak,
isteri dan anggota keluarga. Boleh menyebabkan mangsa menjadi gila atau sukar diubati. Sekiranya anda
tidak dapat mengawal kemarahan anda, lepaskanlah tumbukan anda pada dinding atau benda yang tidak
bernyawa.

10 © Suhadi Sahari 2007


ISIM BUDOH

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya budduhun isim budoh,


Ya budduhun isim budoh,
Ya budduhun isim budoh.

Sabbizin izazin farba’in.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Untuk mengamalkan isim ini, lakukanlah seperti berikut: Pada malam Jumaat, sediakan air sederhana
panas di dalam bekas (baldi, besin dan seumpamanya) dan bacakan ucapan di atas sebanyak 3 kali. Tiupkan
sehabis nafas ke dalamnya. Kemudian, celupkan tangan anda sambil berulang membacanya. Tahan selama
mungkin dan jika tidak tahan, angkat dan tepuk-tepukkan tangan anda. Ulangi beberapa kali (3, 5, 7, 11
atau seumpamanya). Amalkanlah selama 7 Jumaat berturut-turut. Insya-Allah, penampar anda akan
menjadi sangat berbisa sehingga siapa yang terkena akan menjadi bodoh dengan izin Allah.

Kesan amalan ini:

Semasa dalam tempoh mengamalkannya, ada kemungkinan anda akan didatangi oleh penjaga amalan ini.
Jangan takut, teruskan.

Pantang:

Jangan melepaskan sesuka hati pukulan tangan dan kaki anda kepada orang lain lebih-lebih lagi anak,
isteri dan anggota keluarga. Boleh menyebabkan mangsa menjadi gila atau sukar diubati. Sekiranya anda
tidak dapat mengawal kemarahan anda, lepaskanlah tumbukan anda pada dinding atau benda yang tidak
bernyawa.

KALIMAH PUTIH

Bismillahirrahmanirrahim.

Asyhaduan Lailahaillallah,
Wa asyhaduanna Muhammaddar rasulullah.

Kalima…, lima…, limah pu…tih.

Asyhaduan Lailahaillallah,
Wa asyhaduanna Muhammaddar rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Lakukanlah sembahyang fardu 5 waktu setiap hari. Selepas sembahyang, tetaplah dalam keadaan duduk
seperti bertahayat akhir. Bacalah kalimah di atas dan tarik nafas anda sedalam-dalamnya sehingga tiada lagi
yang dapat ditarik (seperti ilustrasi di muka surat seterusnya).

Ulangi sehingga 3 kali. Amalkan sehingga 40 hari. Semasa dalam tempoh mengamalkannya,
berkemungkinan anda akan didatangi oleh ‘penjaga’ kalimah ini (pelbagai rupa). Jangan takut! Teruskan.
Itulah sahabat anda sewaktu anda memerlukan bantuan. Sewaktu anda berhadapan dengan musuh,
amalkanlah ia sebelum berlawan.

11 © Suhadi Sahari 2007


Kesan amalan ini:

Insya-Allah, hati anda akan sentiasa tenang dan tidak mudah takut menghadapi sesiapa atau sesuatu.
Aliran darah anda akan menjadi deras dan hangat sehingga boleh dirasa di kelopak mata (semasa anda
menutup mata). Namun, anda akan kerap menghadapi cubaan-cubaan yang akan menguji kesabaran anda.

Pantang:

Jangan melakukan maksiat terutamanya zina dan meminum arak. Tidak digalakkan mengamalkannya di
rumah yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa henti
dan terkejut semasa tidur.

ISIM FATIHAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillah akan jalanku,


Ya Allah, ya Rasulullah.
Ar-Rahman akan tempatku,
Ya Allah, ia akan lindungku ya Rasulullah.
Alhamdulillahir rabbil ‘alamin akan seorang badanku,
Ya Allah, ya Rasulullah.
Maa likiyau mid din akan darahku,
Ya Allah, ya Rasulullah.
Iyya kana’ budu akan tulangku,
Ya Allah, ya Rasulullah.
Waiyya kanas tain akan uratku,
Ya Allah, ya Rasulullah.
Ihdinas siratal mustaqim akan miyakku,
Ya Allah, ya Rasulullah.
Siratal lazina an-‘am taa ‘alaihim, ghairil maghdu bi ‘alaihim, walad-dholin akan jantung hatiku,
Ya Allah, ya Rasulullah.

Aku di dalam kalimah Lailahaillallah,


Jibrail saksi hatiku,
Mikail imamku,
Israfil akan khatibku,
Izrail akan saudaraku,
Malaikat 44 akan sahabatku,
Abu Bakar, Omar, Uthman, Ali gimbaranku.

Katibin karaman di kananku,


Katiban di kiriku,

12 © Suhadi Sahari 2007


Taulan salihin di hadapanku,
Mala salihin di belakangku,
Asmallah tempat meliputi Tuhanku.

Berkat Lailahaillallah,
Berkat Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalan ini perlu diamalkan pada kira-kira jam 2.00 pagi (iaitu waktu di mana akan kedengarannya bunyi
kokokan ayam). Ambillah air sembahyang dan lakukanlah sembahyang Hajat 2 rakaat. Setelah selesai,
bacakan mentera di atas 1 kali disertai dengan 1 kali tarikan nafas sedalam-dalamnya (sehingga tiada lagi
yang dapat ditarik). Lakukan berulang kali sekurang-kurangnya 40 kali (digalakkan sehingga ke Subuh)
selama 40 hari.

Kesan amalan ini:

Dalam tempoh anda mengamalkannya, , anda mungkin akan didatangi oleh ‘penjaga’ amalan ini. Jangan
takut, teruskan. Insya-Allah, dia akan menjadi sahabat pada waktu-waktu yang tertentu.

Insya-Allah, anda tidak akan mudah menjadi takut dan tidak akan mudah dikalahkan oleh sesiapa. Insya-
Allah, anda akan peka dengan persekitaran anda (walaupun anda tidur) dan mendapat kudrat dariNya
terutamanya semasa keadaan yang terdesak (yang tidak disangka-sangka). Namun, kesabaran anda
mungkin akan kerap diuji.

Pantang:

Jangan melakukan maksiat terutamanya berzina dan meminum arak. Tidak digalakkan mengamalkannya
di rumah yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa
henti dan terkejut semasa tidur.

GIMBARAN MELALUI JAMPI MENTERA:

PEDANG LAKSAMANA

Bismillahirrahmanirrahim.

Langit ayahku,
Bumi ibuku.

Mataku seperti angin,


Tanganku seperti kilat,
Uratku seperti besi keluli,
Tulangku seperti besi laksamana,
Bajuku seperti tembaga.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas pada tengah malam (selepas jam 12.00 tengah malam). Kemudian, tarik nafas
sedalam-dalamnya dan tahan. Urutkan ke-2 tangan (kanan dan kiri) sehingga ke paras siku (kanan 3 kali,
kiri 3 kali) seperti dalam ilustrasi yang sama di atas. Barulah melepaskan nafas secara perlahan-lahan.
Lakukanlah amalan ini selama 40 hari. Kemudian (setelah serasi), bolehlah diamalkan pada bila-bila masa
sahaja. Untuk mengamalkannya, bacakanlah mentera ini 1 kali dan pukul bahu kanan (menggunakan

13 © Suhadi Sahari 2007


telapak tangan kiri) untuk ‘memanggilnya’. Untuk ‘menyimpannya’, pukullah bahu kiri anda (dengan
telapak tangan kanan).

Kesan amalan ini:

Insya-Allah, anda akan menjadi pemberani dan tidak akan takutkan sesiapa atau sesuatu. Namun,
mungkin anda akan selalu diuji dengan kesabaran.

Semasa tempoh anda beramal dengan mentera ini, insya-Allah anda mungkin akan didatangi oleh
‘penjaga’ amalan ini (pelbagai rupa) atau mungkin didatangi melalui mimpi. Jangan takut! Teruskan. Itulah
sahabat yang bersama anda.

HAWA JAUL PAKAR SAIYIDINA ALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Nasrun kumullah,
Ma wa ifa tuhauni kariim.

Deras seperti angin,


Pantas seperti kilat.

Berkat aku memakai Hawa Jaul Pakar Saiyidina Ali.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalkan mentera di atas selepas sembahyang fardu atau pada jam 12.00 tengah malam (ke atas) dalam
keadaan berwuduk. Bacakan mentera di atas 1 kali lalu menarik nafas anda sedalam-dalamnya sambil
mengeraskan seluruh tubuh (bermula dari kedua tangan, ke bahu, dada dan seterusnya). Tahan nafas anda
dan urutkan tangan kanan anda 3 kali bermula dari penumbuk kanan sehingga ke siku (seperti dalam
ilustrasi di atas). Kemudian, sambungkan mengurut tangan kiri 3 kali juga. Ulangi sekurang-kurangnya 3
kali dan amalkan sehingga 40 hari agar ia sebati dengan diri anda.

14 © Suhadi Sahari 2007


Kesan amalan ini:

Insya-Allah, anda akan menjadi pemberani dan tidak akan takutkan sesiapa atau sesuatu. Namun,
mungkin anda akan selalu diuji dengan kesabaran.

Semasa tempoh anda beramal dengan mentera ini, insya-Allah anda mungkin akan didatangi oleh
‘penjaga’ amalan ini (pelbagai rupa) atau mungkin didatangi melalui mimpi. Jangan takut! Teruskan. Itulah
sahabat yang bersama anda.

Pantang:

Jangan menampar anak atau isteri (atau keluarga terdekat). Boleh menyebabkan gila.

DOA KUAT BAGINDA ALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Kun kata Allah,


Fayakun kata Muhammad,
Rabbukum kata Jibrail.

Kuat tulangku seperti besi kharsani,


Kuat uratku seperti kawat,
Kuatku seperti Baginda Ali.

Berkat Aku memakai Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalkan mentera di atas selepas sembahyang fardu atau pada jam 12.00 tengah malam (ke atas) dalam
keadaan berwuduk. Bacakan mentera di atas 1 kali lalu menarik nafas anda sedalam-dalamnya sambil
mengeraskan seluruh tubuh (bermula dari kedua tangan, ke bahu, dada dan seterusnya). Tahan nafas anda
dan urutkan tangan kanan anda 3 kali bermula dari penumbuk kanan sehingga ke siku (seperti dalam
ilustrasi di atas). Kemudian, sambungkan mengurut tangan kiri 3 kali juga. Ulangi sekurang-kurangnya 3
kali dan amalkan sehingga 40 hari agar ia sebati dengan diri anda.

Kesan amalan ini:

Insya-Allah, anda akan menjadi pemberani dan tidak akan takutkan sesiapa atau sesuatu. Namun,
mungkin anda akan selalu diuji dengan kesabaran.

Semasa tempoh anda beramal dengan mentera ini, insya-Allah anda mungkin akan didatangi oleh
‘penjaga’ amalan ini (pelbagai rupa) atau mungkin didatangi melalui mimpi. Jangan takut! Teruskan.

Pantang:

Jangan menampar anak atau isteri (atau keluarga terdekat). Boleh menyebabkan gila.

PAKAM ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Tangan kananku Ali,


Tangan kiriku Omar,
Lutut kananku Abu Bakar,

15 © Suhadi Sahari 2007


Lutut kiriku Abu Seman,
Allah di depanku,
Muhammad akan payungku.

Ah! Aku inilah harimau Allah,


Ah! Aku inilah pakam Allah.

Hok!

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalkan bacaan mentera ini sebanyak 40 kali selama 40 hari selepas jam 12.00 tengah malam. Semasa
bacaan sampai ke perkataan “… pakam Allah.”, tarik nafas anda sedalam-dalamnya sehingga tiada lagi
yang dapat ditarik. Di akhir sedutan tersebut, bunyikan anak tekak anda sehingga berbunyi “Hok!”
beberapa kali. Ulangi dan amalkan sehingga selesai. Selepas selesai 40 hari (malam) mengamalkannya,
anda bolehlah membacanya bila-bila masa yang dirasakan sesuai seperti sewaktu ingin berhadapan dengan
musuh dan seumpamanya. Amalan ini jika dilakukan bersungguh-sungguh, insya-Allah berkemungkinan
anda akan didatangi oleh ‘penjaga’ amalan ini (dalam pelbagai rupa). Jangan takut! Teruskan. Itulah
pembantu anda di saat anda terdesak.

Kesan amalan ini:

Insya-Allah, hati anda akan sentiasa tenang dan tidak mudah takut menghadapi sesiapa atau sesuatu.
Aliran darah anda akan menjadi deras dan hangat sehingga boleh dirasa di kelopak mata (semasa anda
menutup mata). Namun, anda akan kerap menghadapi cubaan-cubaan yang akan menguji kesabaran anda.

Pantang:

Jangan melakukan maksiat terutamanya berzina dan meminum arak. Tidak digalakkan mengamalkannya
di rumah yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa
henti dan terkejut semasa tidur.

GIMBARAN MELALUI SERUAN:

ROHANI YASIN

Jika anda ingin dibantu oleh rohani Yasin (iaitu mu’akal yang menjadi khadam, pesuruh atau penjaga
Surah Yasin) terutamanya di waktu kesusahan, lakukanlah amalan ini:

1. Berwuduklah dan bacalah Surah Yasin dengan berhati-hati sebanyak 7 kali.


2. Pada akhir setiap bacaan itu, serulah mu’akalnya seperti berikut:

16 © Suhadi Sahari 2007


3. Sekiranya susah membacanya dalam bahasa Arab, serulah dengan bahasa Melayu seperti berikut:

“Hai golongan yang taat setia yang telah ditugaskan bagi surah yang berkat ini. Dengan hak nabi-nabi,
para wali dan dengan izin Allah, hendaklah perkataanku dijalankan dan perintahku didengar lagi terdiam.
Tolonglah aku dalam kegentinganku. Berilah bantuan kepadaku. Laksanakanlah segala perintahku,
kesemuanya, banyak dan sedikit.

Cepat! Cepat! Segera! Segera! Sekarang juga!”.

Tatkala diucap seruan ini, akan timbul rasa seram dan tegak bulu roma. Insya-Allah, ia telah datang dan
jangan takut. Teruskan. Jangan berhenti menyeru. Jika tidak akan terbatallah amalan ini. Apabila terbatal
kali pertama, ulangilah untuk kali ke-2 atau ke-3 sehinggalah benar-benar menepati syaratnya.

KHADAM AYATUL KURSI

Bagi seseorang yang menghadapi sesuatu perkara yang meragukan, atau menakutkan sedang dia tidak
tahu buruk baiknya dan tiada menemui penyelesaian daripadanya, lalu ingin mendapatkan pertolongan
khadam Ayatul Kursi bagi menyelesaikan perkara tersebut. Maka, serulah khadam tersebut untuk memberi
pertolongan atau menerangkan kepada anda. Insya-Allah, anda akan menemuinya di dalam tidur anda.

Cara untuk menyeru khadam Ayatul Kursi adalah seperti berikut:

Selepas sembahyang Isya (bila-bila masa), hendaklah anda bersembahyang 2 rakaat (sembahyang Hajat).
Setelah membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah Ayatul Kursi 21 kali, Surah Inna an-zalnahu
1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan Surah An-Naas 1 kali. Pada rakaat ke-2
lakukanlah bacaan serupa.

Apabila selesai membaca salam, bacalah salawat 11 kali dan Al-Fatihah 1 kali dihadiahkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w, para ambia dan as-salihin serta malaikat-malaikat Al-Muqarrabin dan muslimin-
muslimat sekalian.

Kemudian, serulah dengan seruan berikut: “Ya Allah, Ya Tuhan kami, hambaMu bersempena dengan
kalamMu yang qadim. HambaMu memohon diperlihatkan di malam perkara-perkara yang terlindung dan
tersembunyi dari pengetahuan hambaMu, perkara-perkara yang sedang berlaku dan akan berlaku.
HambaMu memohon dengan kemurahanMu. Tunjukkanlah kepada hambaMu ini jalan yang benar dan
jalan keluara dalam perkara-perkara yang membimbangkan. Ya Allah, sekiranya perkara itu baik tunjukkan
kepada hambaMu teserlah putih atau hijau dan sekiranya merbahaya, jahat, menyusahkan, sia-sia dan tidak
berfaedah, tunjukkanlah kepada hambaMu ini dengan terangnya hitam dan merah. Hantarkanlah kepada
hambaMu khadam yang mulia ini bertugas dengan seberapa segera. Wa sallallahu ‘ala saiyidina
Muhammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi wasalam. Wal hamdulillahi rabbil ‘alamin”.

Ulangi seruan di atas berkali-kali dengan penuh yakin diperkenankan. Lakukan dengan sempurna seorang
diri. Insya-Allah, khadam Ayatul Kursi akan datang di dalam tidur anda dan menjelaskan apa yang perlu
dan menolong sekiranya diminta. Sekiranya dia tiada datang, amalkan lagi pada malam-malam yang
seterusnya sehingga berjaya. Jangan susah kerana dia pasti datang, cuma awal atau akhir bergantung
kepada keyakinan dan kekuatan semangat anda sendiri.

17 © Suhadi Sahari 2007


KHADAM QULHUALLAH

Untuk segala hajat, anda boleh menyeru Khadam QulhuAllah seperti berikut:

1. Bangunlah di tengah malam (sekurang-kuragnya selepas jam 12.00 tengah malam di waktu yang
sunyi sepi). Pilihlah malam Selasa atau malam Jumaat.
2. Lakukanlah sembahyang Tahajjud 2 rakaat (selepas berwuduk).
3. Hadiahkanlah Surah Al-Fatihah kepada:

i) Nabi Muhammad s.a.w 1 kali.


ii) Sekalian Nabi 1 kali.
iii) Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w 1 kali.
iv) Para wali Allah, aulia dan salihin 1 kali.
v) Ibu-bapa 1 kali.
vi) Guru yang memberi amalan atau ilmu ini 1 kali.
vii) Sekalian muslimin muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal 1 kali.

4. Bacakan Surah Al-Ikhlas (QulhuAllah) sebanyak 1000 kali.


5. Kemudian, bacakan doa di bawah 1 atau 3 kali:

6. Bacakan semula Surah Al-Ikhlas 1000 kali (atau lebih, sebaik-baiknya 70,000 kali). Insya-Allah,
anda akan didatangi oleh khadam tersebut. Sampaikanlah hajat atau niat anda.

DOA MALAIKAT 4 DAN WALI-WALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah! (3 kali).
Ya Rahman! (3 kali).
Ya Rahim! (3 kali).

Ya Jibrail! (3 kali).
Ya Mikail! (3 kali).
Ya Israfil! (3 kali).
Ya Izrail! (3 kali).

Ya wali Allah! (3 kali).

18 © Suhadi Sahari 2007


Ya aulia Allah! (3 kali).

Ya Jabarut! (3 kali).
Ya Nuuqabbah! (3 kali).
Ya Nuuhabbah! (3 kali).
Ya Ruqaiyah! (3 kali).
Ya ‘Utadda! (3 kali).
Ya Anur! (3 kali).
Ya ‘Amanna! (3 kali).
Ya Ifrah! (3 kali).
Ya Futub! (3 kali).
Ya Ifraq! (3 kali).
Ya Ghus! (3 kali).

Sesiapa yang beramal asma di atas dengan hati yang tulus ikhlas dan khusyuk, insya-Allah akan terkabul
segala hajatnya. Jika diamalkan sebanyak 7 kali pada 7 malam Jumaat berturut-turut, lebih lagi khasiatnya.
Jika beramal di tengah-tengah malam, insya-Allah akan didatangi oleh salah seorang daripada wali-wali
Allah tersebut dan mendapat kurnianya.

SERU WALI-WALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Astur, ya ahlal waktu!,


Ya Rijalal Ghaib!,
Ya Atqiya!,
Ya Nuqba!,
Ya Nujba!,
Ya Abdal!,
Ya Autar!,
Ya Ghauth!,
Ya Qutdub!,
Ya Bulya ibnul Mulkani ibnul Sam ibnu Nuh!.

Cara mengamalkannya:

Setiap kali selepas mengambil air sembahyang atau selepas bersembahyang, serulah wali-wali tersebut
dan niatkan hajat anda (apa-apa sahaja). Pada tengah malamnya pula dalam keadaan seorang diri,
berwuduklah dan bersembahyanglah 2 rakaat (Hajat). Setelah selesai, ulangi seruan tersebut berulang-ulang
sambil meniatkan (atau memakrifatkan) hajat anda. Amalkan sekurang-kurangnya 40 kali selama 40
malam.

Kesan mengamalkannya:

Semasa anda menyeru nama-nama wali tersebut (dalam jangka masa anda beramal), pada suatu ketika
mungkin anda akan merasa bulu roma anda meremang bermula dari tengkuk. Insya-Allah, Itulah masanya
‘mereka’ atau salah seorang daripada mereka datang kepada anda (mungkin nampak atau tidak nampak).
Atau mungkin anda akan didatangi di dalam mimpi oleh salah seorang daripada mereka. Jangan takut,
teruskan. Dialah sahabat anda di waktu anda memerlukan bantuan.

19 © Suhadi Sahari 2007


Pantang:

Jangan meninggalkan sembahyang dan cuba jauhi dosa. Tidak digalakkan mengamalkannya di rumah
yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa henti dan
terkejut semasa tidur.

PEMBANTU GHAIB

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Syufaikhutha

Cara mengamalkannya:

20 © Suhadi Sahari 2007


nyamuk (semasa tidur) pun boleh anda pinta. Anda juga boleh meminta ‘penjaga’ ini untuk tolong
menggerakkan anda pada jam-jam tertentu untuk bangun.

Kesan amalan ini:

Walaupun seruan anda dikhususkan untuk permintaan tertentu, anda mungkin akan digerakkan semasa
tibanya waktu bersembahyang Subuh. Bangunlah untuk bersembahyang Subuh. Jika telah berkali-kali anda
digerakkan (untuk bersembahyang Subuh) tetapi anda mengabaikannya. Jadi, hubungan anda dengan
‘penjaga’ tersebut mungkin tidak akan menjadi seerat yang anda harapkan.

KHADAM PENJAGA BADAN

Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam. Insya-Allah, badan anda akan dijaga oleh khadam yang
diseru itu. Insya-Allah, anda akan tidur lena tanpa sebarang gangguan atau bencana. Insya-Allah, anda akan
selamat.

KHADAM PENGGERAK

Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam. Insya-Allah, sekiranya ada sesuatu yang memudaratkan
bakal terjadi semasa anda tidur (seperti kecurian, kebakaran dan seumpamanya), anda akan digerakkan oleh
khadam tersebut sehinggalah anda sedar.

KHADAM PENJAGA WAKTU

Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam lalu menyebut masa (jam) berapa anda ingin dibangunkan.
Insya-Allah, anda akan dibangunkan oleh khadam tersebut sehingga sedar pada jam yang disebutkan itu.

GIMBARAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA:

PEMELIHARA TIDUR

Sebelum tidur atau sekiranya anda berasa terganggu oleh sesuatu, bacalah ayat di atas 3 kali dan Ayatul
Kursi 3 kali sambil mengulang-ulangkan ayat ini 3 kali:

21 © Suhadi Sahari 2007


Kemudian, mengiringlah ke sebelah kanan dan bacalah apa sahaja zikir sehingga anda terlena. Insya-
Allah, anda akan tidur dalam keadaan dikawal oleh khadam Ayatul Kursi. Tidur anda akan aman dari
sebarang gangguan.

ISIM ‘AZAM

Maknanya: “Ya Allah, Tuhanku yang Maha Pengasih, Tuhanku yang memiliki Arasy yang Mulia, Tuhan
yang menzahirkan dan mengembalikan, Tuhan yang membuat apa yang dikehendakiNya. Aku memohon
kepadaMu dengan cahaya zatMu yang memenuhi seluruh penjuru ArasyMu dan dengan kudratMu yang
telah Engkau takdirkan kepada semua makhlukMu dan dengan rahmatMu yang luas kepada seiap sesuatu.
Tiada Tuhan yang wajib disembah, hanya Engkau wahai TuhanKu yang memberi pertolongan kepada
orang yang meminta pertolongan. Berilah aku pertolongan”.

Ketika anda dalam keadaan diancam pembunuhan atau terdesak oleh ancaman maut, bersembahyanglah 2
rakaat. Kemudian, bacalah isim ‘azam di atas sekurang-kurangnya 3 kali. Insya-Allah, akan datang
‘penjaga’ isim tersebut untuk memerangi musuh tersebut. Amalan ini telah diriwayatkan oleh Zaid Bin
Harisah r.a.

PEMBANTU GHAIB 2

Apabila anda dalam keadaan terdesak dan mengalami ancaman maut, bersembahyanglah 2 rakaat (Hajat).
Setelah membaca Al-Fatihah, bacalah ayat di atas dengan mengangkat suara anda sambil di dalam hati
berniat memdapatkan bantuan Allah. Insya-Allah, akan datang ‘penjaga’ ayat ini untuk menyelamatkan
anda.

AMALAN 1 MINGGU

22 © Suhadi Sahari 2007


Amalan ini harus dimulakan pada petang Ahad (selepas Maghrib) dan diakhiri pada petang Ahad juga. Ia
hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut, jika terputus maka batallah amalan tersebut dan perlu
diulang mengamalkannya.

Hari Ahad: Selepas Maghrib, hadiahkan Surah Al-Fatihah 1 kali kepada guru yang memberi amalan ini
dan bacalah sebanyak 500 kali ucapan:

Anda akan dipelihara seramai 5000 malaikat.


Pantang: Jangan makan sirih pinang dan ramuannya seperti gambir, kapur, jintan dan seumpamanya
selama sehari semalam.

Hari Isnin: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 400 kali ucapan:

Anda akan dipelihara seramai 4000 malaikat.


Pantang: Jangan makan makanan bernyawa termasuk ikan dan telur selama sehari semalam.

Hari Selasa: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 500 kali ucapan:

Anda akan dipelihara oleh 5000 malaikat.


Amalan: Berpuasalah selama sehari semalam.

Hari Rabu: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 700 kali:

Anda akan dipelihara seramai 7000 malaikat.


Pantang: Jangan memakan makanan bergaram sehari semalam.

Khasiatnya: Dibukakan hati oleh Allah dan dilimlpahi kurniaan Nabi Ibrahim a.s.

Hari Khamis: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 800 kali:

Anda akan dipelihara oleh 8000 malaikat.


Pantang: Tidak boleh minum air untuk sehari semalam.
Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian haiwan buas dan mendapat limpah kurnia Saiyidina Ali
k.w.

Hari Jumaat: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 600 kali:

23 © Suhadi Sahari 2007


Anda akan dipelihara oleh 6000 malaikat.
Pantang: Jangan makan makanan yang dimasak dengan api sehari semalam.
Khasiatnya: Dilepaskan daripada sebarang bahaya dan diterangkan hati dan mendapat syafaat Nabi
Muhammad s.a.w.

Hari Sabtu: Selepas Maghrib, ucaplah sebanyak 400 kali:

Anda akan dipelihara oleh 4000 malaikat.


Pantang: Tidak boleh tidur sehari semalam.
Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian makhluk bernyawa yang boleh memudaratkan dan
dilimpahi kurnia Nabi Nuh a.s.

24 © Suhadi Sahari 2007


B) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA

ILMU KEBAL:

MANDI MINYAK UNTUK KEBAL

Cara mandi minyak:

1. Hendaklah di kuali besi (tidak boleh di kuali tembaga).


2. Kelapanya sebaik-baiknya semua kelapa hijau. Jika tiada, cukup 1 biji kelapa hijau dan yang
lainnya kelapa biasa (tua).
3. Seorang 1 biji kelapa, 2 orang 3 biji kelapa, 3 orang 3 biji kelapa, 4 orang 5 biji kelapa, 5 orang 5
biji kelapa dan begitulah seterusnya (kiraan ganjil).
4. Jika orang yang mandi itu lelaki, kelapa tersebut perlu dikupas oleh diri lelaki itu sendiri. Jika
wanita yang mandi, kelapanya perlu dikupas dan diparut oleh wanita itu sendiri.
5. Mandian untuk lelaki tidak boleh dicampur dengan mandian untuk wanita.
6. Selepas diparut santannya, hidupkan api dan jerangkan sehingga menjadi minyak.
7. Kemudian, kecilkan sedikit api dan bacakan ucapan dan mentera di bawah sebanyak 3 kali (jika
kelapa biasa (tua) + 1 biji kelapa hijau, bacakan 7 kali):

Hai minyak selembai tunggal,


Ditanank di kuali besi,
Minyak menjadi tulang,
Tulang menjadi besi,
Urat kawat,
Kulit tembaga,
Daging batu hitam.

Batu hitam tidak berjodoh,


Batu hitam tidak berlawan.

Aku hulubalang Allah,


Batu hitam yang berkata Allah.

Bismillah.”

8. Lalu, celupkan ke-2 tangan ke atas permukaan minyak (yang mengelegak tersebut) sambil berniat
di dalam hati seperti berikut:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Engkau peliharakan aku daripada segala senjata sama ada yang deras atau yang
tajam.”.

9. Urutlah minyak yang panas itu dari bawah tangan membawa ke atas (dahulukan sebelah kanan,
barulah sebelah kiri) dan ke seluruh tubuh badan.

25 © Suhadi Sahari 2007


SERI KEBAL BESI KHARSANI

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai Besi Kharsani,


Besi melilit 7 anggota aku,
Tulang menjadi besi,
Uratku menjadi batu,
Teguh tegap sekalian badan aku.

Ah!
Besi datang besi ku nanti,
Timah datang timah ku nanti,
Kayu datang kayu ku nanti.

Hai Seri Kebal,


Berkat doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.”.

Cara mengamalkannya:

Pada awal pagi (selepas mandi) ambillah air liur pada anak tekak (uvula) menggunakan ibu jari kanan
sambil berniat, “Aku tahan kulit aku agar kebal dan tak dimakan oleh peluru atau senjata”.
Kemudian, letakkan (calitkan) ke telapak tangan kiri dan dijampi 3 kali dengan mentera di atas.

Temukan ke-2 telapak tangan dan gosok sedikit. Kemudian, sapukan ke-2 tangan anda ke serata tubuh
sambil berniat di dalam hati, “Kulit aku menjadi besi yang tebal dan batu yang pejal.”. Bermula dari
ibu jari kaki (tangan kanan ke ibu jari kanan dan tangan kiri ke ibu jari kiri) sehingga ke seluruh tubuh iaitu
ke buku lali, lutut, paha, punggung (depan belakang), perut, pinggang, dada (depan belakang), ke-2 tangan,
leher, kepala dan muka.

Amalkan selama 30 hari berturut-turut, barulah berhenti. Insya-Allah, anda akan menjadi kebal dengan
izin Allah.

DOA KEBAL

Bismillahirrahmanirrahim.

Ingat Dia baru ingat kita,


Bukan kau menjadikan aku,
Hu yang menjadikan aku.

Punji saudaraku,
Kau jangan merosakkan aku,
Allah yang memasang,
Allah yang menetak.

Zat Allah,
Jasad Muhammad,
Muhammad batin,
Sifat Allah Ta’ala sejati.
Yakni, sifatMu tidak akan binasa.

Nyatakanlah!
Nyatakanlah!
Nyatakanlah!

26 © Suhadi Sahari 2007


…(kunci)…

77 kempunanku sehari semalam.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa (digalakkan selepas sembahyang Subuh, sewaktu keluar rumah
dan seumpamanya). Semasa membaca, setelah menyebut “Nyatakanlah!”, tarik nafas dalam dan
sempitkan (kunci) rongga tekak anda kuat dan buka mengejut (berbunyi “hok!” di lelangit dalam).
Iktikadkan yang anda sedang mengunci seluruh badan anda agar menjadi kebal daripada segala jenis
senjata tajam. Lakukanlah amalan ini setiap hari sehingga 40 hari. Setelah itu, amalan ini bolehlah
diamalkan bila-bila masa. Pantang: Jangan melangkah parit.

DOA KULIT TEMBAGA

Bismillahirrahmanirrahim.

Wala lat-luhum wala kin,


Allahu wa-kata’ luhu.

Rama’in! Rama’in!
Tawalat-kin! Tawalat-kin!
Ar-Rahman! Ar-Rahman!
Ya Quddus! Ya Quddus!

Uratku menjadi kawat,


Tulangku besi kharsani,
Kulitku menjadi tembaga.

Berkat doa Rasul.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah,


Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah,
Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Carilah atau buatlah sebuah telaga yang dalamnya separas pinggang. Pada awal pagi (sebaik-baiknya)
sebelum Subuh, masuklah ke dalamnya dan bacakan mentera di atas sebanyak 3 kali. Kemudian,
menyelamlah sambil membaca sebanyak mungkin (selama yang mampu) Surah Al-Ikhlas (Qulhu) dan
berniat agar kulit anda menjadi kebal daripada segala jenis senjata. Lakukanlah sebanyak 3, 5, 7 atau 11
kali. Amalkannya sehingga 40 hari. Insya-Allah, kulit anda akan menjadi kebal daripada sebarang senjata
atau pukulan musuh (manusia, haiwan buas, jin syaitan dan sebagainya) dengan izin Allah.

DOA HARIMAU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Sheikh Ali Baginda Ali,


Ali berdiri di depanku,
Ali berdiri di belakangku,
Ali berdiri di kananku,
Ali berdiri di kiriku.

Aku berkota batu,

27 © Suhadi Sahari 2007


Aku berpagar besi.

Sah!
Aku jadi harimau Allah.

Berkat aku memakai doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalkanlah mentera di atas selalu terutamanya sebelum keluar rumah, sebelum pergi ke hutan, selepas
sembahyang, sebelum tidur malam dan seumpamanya. Amalkanlah sehingga sebati. Insya-Allah, segala
kemudaratan dan bencana tidak akan mampu membinasakan anda dengan izin Allah.

DOA PERISAI

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah!
Allah Tuhanku,
Nabi Muhammad guruku.

Hai segala yang bernyawa,


Kenal olehmu tah semata,
Kalimah Allah perisai tubuhku,
Badanku terlindung dikandung Muhammad,
Badanku tersandar dikandung Allah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala jenis kecelakaan dan senjata merbahaya dengan izin Allah.

DOA SANGA MARA

Bismillahirrahmanirrahim.

Nurjali kemara Allah,


Mujur lalu melintang patah.

Membara Allah maka aku membara,


Membara Muhammad maka aku membara,
Membara Saiyidina Ali maka aku membara.

Allah melindungkan aku,


Nabi Muhammad melindungkan aku,
Malaikat 4 melindungkan aku,
Malaikat 44 melindungkan aku.

Aku memakai Doa Sanga Mara.

Berkat Lailahaillallah,
Berkat Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

28 © Suhadi Sahari 2007


Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang sesuai (sewaktu keluar rumah, selepas sembahyang, sewaktu
rasa terancam dan seumpamanya). Amalkan selalu sehingga serasi. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala mara bahaya serta kebinasaan dengan izin Allah.

PENGAMPOL ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Na katol si katol,
Katol kadim,
Hadrat Allah Ta’ala.

Berkat aku memakai Pengampol Allah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas 3 kali pada air mandian dan air minuman. Amalkan setiap hari sehingga 40 hari.
Kemudian, bacalah juga mentera ini sewaktu keluar rumah, sewaktu kecemasan atau bila-bila masa. Insya-
Allah, badan anda akan menolak segala jenis sesuatu yang boleh mencederakan dengan izin Allah seperti
senjata, besi, kayu dan seumpamanya.

PENGAMPOL NAGA

Bismillahirrahmanirrahim.

Naga Ulit Naga Ulang,


Timbal dengan Naga Sala,
Tahan kulit teguh tulang,
Kapas datang batu menanti.

Sukat seperti batu,


Cepat seperti kilat.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas pada air minuman atau mandian sebanyak 3 kali. Setiap selesai membacanya,
hembuskan sehabis nafas ke dalam air tersebut dan di akhir hembusan ucaplah “Allah!”. Lakukan sehingga
3 kali. Kemudian, minumlah air tersebut atau jadikan ia sebagai mandian. Amalan ini perlu dilakukan
selama 41 hari berturut-turut agar ia serasi dan sebati dengan diri anda. Insya-Allah, kulit anda tidak akan
binasa oleh apa jua senjata atau ancaman dengan izin Allah.

KOTA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillah kota Lailahaillallah Muhammaddur rasullullah.

Kota Allah 7 lawang,


Bertutup 7 pintu terkunci,
Aku tersimpan di dalam Kota Lailahaillallah,
Kota Allah kota Muhammad.

29 © Suhadi Sahari 2007


Berkat aku memakai Kota Lailahaillallah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalkan membaca mentera di atas sebanyak 3 kali setiap pagi. Insya-Allah, anda akan menjadi kebal dan
kuat sepanjang hari tersebut dengan izin Allah.

KOTA PENJURU ALAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Langit ayahku,
Bumi ibuku,
Air saudaraku,
Angin pulang nafasku.

Jibrail sebelah kiriku,


Sarafil sebelah kananku,
Allah payungku,
Muhammad di hadapanku,
Mikail di belakangku.

Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang sesuai (sewaktu keluar rumah, selepas sembahyang, sewaktu
rasa terancam dan seumpamanya). Selepas membaca, sedutlah nafas mendalam dan hembuskan perlahan-
lahan. Lakukan 3 kali dan amalkan selalu sehingga serasi. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada
segala mara bahaya serta senjata tajam dan merbahaya dengan izin Allah.

KOTA DALAM KALIMAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Ali kiriku Ali kananku,


Jibrail Mikail Israfil Izrail,
Bumikum nama ibuku,
Ayahku langit.

Aku berjalan dalam kalimah Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, sebelum memulakan langkah bacalah mentera di atas.
Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada segala jenis mara merbahaya dan kebinasaan dengan izin
Allah.

KOTA SULAWESI

Ikola bae dungu ikolangka alam,


Akonaku tesaposu hengkedu,
Dilaronu kota tembaga,

30 © Suhadi Sahari 2007


Kalambunaku hitu tapi.

Allahu akbar!

Barkati Bismillahirrahmanirrahim.
Barkati Bismillahirrahmanirrahim.
Barkati Bismillahirrahmanirrahim.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas 1 kali dan tiupkan pada air minum. Ulangi 3 kali. Kemudian, minumlah air
tersebut. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang bencana dengan izin Allah.

PERISAI BISMILLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillah akan payungku,


Ar-Rahman akan pagarku,
Ar-Rahim akan biniku.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Amalkan membaca mentera di atas bila-bila masa yang anda rasakan perlu terutamanya semasa keluar
rumah, semasa ingin tidur, semasa bermusafir dan seumpamanya. Insya-Allah, tiada satu pun musibah atau
senjata yang mampu membinasakan anda dengan izinNya.

PAYUNG BISMILLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillahirrahmanirrahim payung aku,


Jibrail kuat aku,
Malaikat 44 pagar aku.

Aku berjalan dengan kuasa Allah,


Aku melenggang dengan melenggang Muhammad,
Bukan kata aku,
Kata Allah.

Berkat doa Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala jenis kecelakaan dan menjadi kuat pada waktu-waktu kecemasan dengan izin Allah.

PAGAR SHEIKH ALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Sheikh Ali Baginda Ali,


Ali berdiri di kiriku,
Jibrail di kananku,

31 © Suhadi Sahari 2007


Mikail di depanku,
Israfil di belakangku,
Allah payungku,
Muhammad akan tongkatku.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bila-bila masa yang sesuai terutamanya semasa melangkah keluar rumah, semasa ingin tidur, semasa rasa
terancam dan seumpamanya, bacakan mentera di atas dan tiupkan ke tubuh. Insya-Allah, anda akan
terpelihara daripada segala kebinasaan dan senjata merbahaya dengan izin Allah.

RIJAL SITI FATIMAH SAIYIDINA ALI

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku berjalan di dalam kandung Allah,


Aku duduk di dalam kandung Muhammad,
Aku berlindung di dalam kelambu Ka’abah Baitullah,
Aku terkandung di dalam kalimah Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Keluar siang hari aku memakai Rijal Saiyidina Ali,


Langit ayahku.

Keluar malam aku memakai Rijal Siti Fatimah,


Bumi ibuku.

Cara mengamalkannya:

Semasa anda ingin keluar dari rumah, bacakan mentera di atas. Selepas sampai ke bacaan “…Langit
ayahku.”, langkahkan kaki kanan ke tanah dan selepas sampai ke bacaan “…Bumi ibuku.”, langkahkan
kaki kiri ke tanah. Kemudian, teruskan berjalan. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang
kecelakaan, gangguan dan senjata merbahaya dengan izin Allah.

SALAM LANGIT BUMI

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum,
Bumi ibuku 7 lapis jaga badanku.

Assalamu’alaikum,
Langit 7 lapis jaga badanku.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum anda melangkah untuk keluar rumah (sebelum memijak tanah), bacakan mentera di atas 3 kali.
Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang kemudaratan.

ANTI-KEBAL:

DOA ANTI KEBAL

32 © Suhadi Sahari 2007


Bismillahirrahmanirrahim.

Selagi asalmu dari langit dan bumi,


Selagi asalmu dari Adam dan Hawa.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Jika anda bertarung dengan musuh dan didapati musuh tidak lut oleh senjata, bacakanlah mentera di atas
dan kemudian, tusukkan senjata anda ke bumi. Kemudian, teruskan pertarungan. Insya-Allah, akan hilang
ilmu kebalnya dengan izin Allah.

PENOLAK SENJATA:

CEMPELIAS

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Haiyah! (tarik ke kanan)


Ya Haiyah! (tarik ke kiri)
Ya Haiyah! (tarik ke depan)

Cara mengamalkannya:

Bacakan seruan di atas bila-bila masa yang sesuai (sewaktu keluar rumah, selepas sembahyang, sewaktu
rasa terancam dan seumpamanya). Amalkan sehingga serasi. Insya-Allah, sekiranya ditembak atau ditikam,
peluru atau senjata akan terpesong ke lain dengan izin Allah.

DOA SELISIH

Bismillahirrahmanirrahim.

Saliah salasah,
Saliseh salamun.

Allah!

Cara mengamalkannya:

Semasa anda rasa terancam oleh keadaan tembak-menembak, perkelahian bersenjata, atau apa jua
ancaman, bacakanlah mentera di atas sebanyak 3 kali. Insya-Allah, segala senjata merbahaya, peluru dan
seumpamanya tidak akan mampu mengenai diri anda, malah berselisih ke tepi dengan izin Allah.

DOA SELISIH 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Salisih salasah,
Salamun salah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

33 © Suhadi Sahari 2007


Semasa anda ingin keluar rumah, semasa rasa terancam oleh keadaan tembak-menembak, perkelahian
bersenjata, atau apa jua ancaman, bacakanlah mentera di atas sebanyak 3 kali dan tiupkan ke kanan, kiri
dan tengah. Insya-Allah, segala senjata merbahaya, peluru dan seumpamanya tidak akan mampu mengenai
diri anda, malah berselisih ke tepi dengan izin Allah.

PENGUAT TANGAN:

DOA SAHABAT 4

Bismillahirrahmanirrahim.

Abu Bakar, Omar, Othman, Ali gimbaranku.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Genggam penumbuk kanan anda seerat-erat sambil mengeraskan seluruh tangan anda hingga ke bahu.
Bacakan seruan di atas 1 kali, tarik nafas sedalamnya dan tiupkan dari penumbuk kanan hingga ke atas
(bahu). Lakukan 3 kali. Kemudian, lakukan juga di sebelah tangan kiri. Amalan ini lebih elok sekiranya
dilakukan selepas sembahyang 5 waktu atau pada tengah malam (selepas jam 12.00). Amalkan sehingga
anda benar-benar sebati dengannya. Insya-Allah, anda akan rasa perbezaannya.

PENJAGA TANGAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Wa Ali karamullah menjaga tangan sebelah kananku,


Wa Ali karamullah menjaga tangan sebelah kiriku,
Ah! Jagalah hatiku.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa terutamanya selepas sembahyang 5 waktu atau setelah jam 12.00
tengah malam. Bacakan 1 kali, tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan nafas, tiupkan ke tangan kanan
(dari penumbuk ke atas hingga ke bahu). Mulai tangan kanan kemudian ulangi untuk tangan kiri. Lakukan
3 kali. Amalkanlah selama 30 hari. Insya-Allah, dalam keadaan yang memerlukan, anda akan melihat
kesannya.

RACUN TANGAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang hitam racun,


Yang merah api.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas 3 kali. Ambilkan air liur di anak tekak menggunakan ibu jari kanan dan calitkan
ke telapak tangan kiri. Kemudian, ambilkan pula air liur di anak tekak menggunakan ibu jari kiri dan
calitkan ke telapak tangan kanan. Gosok-gosokkan kedua-dua telapak tangan anda sehingga merasa panas
(untuk beberapa lama). Amalan ini sesuai diamalkan setiap kali selepas selesai sembahyang (atau waktu-

34 © Suhadi Sahari 2007


waktu lain yang mustajab) dan amalkanlah ia selama 40 hari agar sebati dengan diri anda. Pantang: Jangan
sekali-kali menampar anak atau isteri (atau keluarga terdekat). Boleh menyebabkan gila.

PEMBISA TUMBUK:

SENI GAYOMAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Haq!

Cara mengamalkannya:

Semasa anda melayangkan pukulan anda ke arah musuh (sama ada manusia, jin atau haiwan buas),
ucaplah kalimah di atas. Insya-Allah, pukulan anda akan menjadi begitu berbisa dan merbahaya sehingga
mampu membinasakan musuh dengan cepat.

SIMBOR GAYONG

Bismillahirrahmanirrahim.

Kulli nafsin zaa ikatul maut.

Ah! Patah.
Ah! Rapuh.

Cara mengamalkannya:

Bacakan ucapan di atas semasa melayangkan pukulan atau penumbuk ke arah musuh. Insya-Allah, musuh
tersebut akan parah sekiranya terkena.

SIMBOR GAYONG 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Kulli nafsin zaa ikatul maut.

Cara mengamalkannya:

Bacakan ucapan di atas semasa melayangkan pukulan atau penumbuk ke arah musuh. Insya-Allah, musuh
tersebut akan parah sekiranya terkena.

PENUMBUK

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah ya Tuhanku.

Cara mengamalkannya:

Bacakan ucapan tersebut semasa anda melayangkan tangan untuk menumbuk musuh. Insya-Allah, musuh
yang berniat jahat akan binasa teruk.

PENUMBUK 2

Bismillahirrahmanirrahim.

35 © Suhadi Sahari 2007


Allahu Akbar (3 kali)

Cara mengamalkannya:

Semasa anda menghadap musuh, bacakan kalimah di atas 3 kali dan tiupkan ke ke-2 penumbuk anda.
Insya-Allah, penumbuk tersebut akan menjadi sangat berbisa sehingga mampu menundukkan musuh dalam
masa yang singkat dengan izin Allah.

PENUMBUK MAUT

Bismillahirrahmanirrahim.

Qaalallahu wata’ala,
Kulli nafsin zaa ikatul maut.

Cara mengamalkannya:

Bacakan kalimah di atas semasa anda ingin melepaskan pukulan atau tumbukan ke arah musuh (sama ada
manusia, haiwan buas, jin syaitan dan seumpamanya). Insya-Allah, musuh tersebut akan cedera parah yang
boleh membawa maut.

HAK MAUJUD

Bismillahirrahmanirrahim.

Hak maujud,
Lailahaillallah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan kalimah di atas semasa anda menumbuk atau membuat pukulan ke atas musuh. Insya-Allah, dia
akan cedera teruk sekiranya terkena.

ALAM TARAKAI

Bismillahirrahmanirrahim.

Alam tarakai fa-fa’ala rab!

Cara mengamalkannya:

Semasa anda melayangkan pukulan anda ke arah musuh (sama ada manusia, jin, haiwan buas dan
seumpamanya), bacalah ayat di atas. Insya-Allah, pukulan anda akan menjadi begitu berbisa dan
merbahaya sehingga mampu membinasakan musuh dengan cepat.

BINA PATAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Sin joli kullikup katul maut,


Ka patah bina patah.

Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!

36 © Suhadi Sahari 2007


Cara mengamalkannya:

Sebelum atau semasa anda bertempur dengan musuh, bacakan ucapan di atas dan tiupkan pada penumbuk
anda. Kemudian, barulah menumbuk. Insya-Allah, musuh (sama ada manusia, haiwan buas, jin syaitan dan
seumpamanya) akan binasa teruk kerana tumbukan tersebut.

TUMPAH DARAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Tumpah piah terlanjur darah,


Aku tumbuk dengan kata Bismillah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas semasa anda melayangkan penumbuk ke arah musuh. Insya-Allah, musuh (sama
ada manusia, haiwan buas, jin dan seumpamanya) akan binasa teruk.

PENDERAS ANGGOTA

Bismillahirrahmanirrahim.

Sobbihu rokdu wal mala ikatihi minhu fattih za ikatul maut.

Ya aiyuhal kafirun (kafiru).

Cara mengamalkannya:

Semasa berhadapan dengan musuh, bacakan ayat di atas 1 kali dan tiupkan ke tangan kanan dan kiri 1 kali
(setiap tangan). Lakukan sebanyak 3 kali. Jika anda berhadapan dengan musuh yang bukan muslim
sebutkan “… Ya aiyuhal kafirun.”. Dan jika musuh tersebut adalah muslim (Islam), sebutkan “… Ya
aiyuhal kafiru.”. Insya-Allah, pukulan anda akan menjadi sangat berbisa.

PENAMPAR

Bismillahirrahmanirrahim.

Alah Norjinas Selikong Kadim.

Cara mengamalkannya:

Bacakan isim di atas dan tiupkan ke seluruh telapak tangan. Amalkan selama 40 hari selepas sembahyang.
Sebelum berlawan dengan musuh, amalkan. Insya-Allah, penampar anda akan menjadi amat berbisa.

Pantang:

Jangan menampar anak atau isteri. Boleh menyebabkan gila.

KEKUATAN DIRI:

PELAMPAS QULHU

Semasa mandi (di sungai atau telaga) masuklah ke dalamnya, tarik nafas mendalam dan menyelamlah.
Bacakan Surah Al-Ikhlas (Qulhu) sebanyak yang mampu. Setelah itu, angkatlah dan sedut nafas
mendalam beberapa kali. Tahan nafas, keraskan tangan (serta badan) dan urut-urutkan kedua tangan hingga

37 © Suhadi Sahari 2007


ke siku (kanan dan kiri) sebanyak 3 kali. Amalkanlah selalu sehingga 40 hari. Insya-Allah, anda akan
sentiasa bertenaga, tidak mampu dicederakan oleh senjata tajam, menjadi pemberani, digeruni musuh,
dihormati umum dan seumpamanya dengan izin Allah.

DOA PERKASA AMIR HAMZAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Tembakau dari Mekah,


Kirim Baginda Ali,
Kuat aku seperti Amir Hamzah,
Gagah seperti Saiyidina Ali.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sediakan sebungkus tembakau. Pada waktu Subuh, bacakan mentera di atas 3 kali pada air mandian
sambil menaruhkan sedikit tembakau ke dalam air mandian (sebaiknya sehingga air sedikit berubah
warnanya). Mandilah. Lakukan amalan ini selama 40 Subuh berturut-turut. Insya-Allah, anda akan rasa
perbezaannya.

DOA KHURSANI

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau pergi pakai sah,


Kalau dalam rumah aku,
Hak baha hatiku baka.

Tetap aku seperti tetap bumi,


Gagah aku seperti gagah batu.

Aku anak senggeringsing Besi Khursani,


Sah! Aku anak harimau Allah dalam dunia.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Setiap hari terutamanya semasa keluar rumah, bacalah mentera di atas. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala jenis kecelakaan dan kemudaratan dengan izin Allah.

PEMBALIK ILMU HITAM:

RATENA TERBALIK

Bismillahirrahmanirrahim.

Summa Rakiah terbalik Rakiah,


Summa Ratena terbalik Ratena,
Ratena terbalik kepada kamu sendiri,
Makanlah jantung hati kamu sendiri.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

38 © Suhadi Sahari 2007


Cara mengamalkannya:

Sekiranya anda terkena sihir (ilmu hitam) seperti racun santau, tuju angin, patak, polong, hantu raya,
serangan gimbar kafir, dimatakan dan seumpamanya, bacakan mentera di atas pada segelas air minuman
atau pada air mandian. Kemudian, berilah minum atau mandi (sebaiknya mandilah pada waktu Maghrib).
Insya-Allah, akan hilang dan disembuhkan Allah, malah diterbalikkan ilmu hitam itu kepada yang
empunyanya sendiri dengan izin Allah.

PEMBINASA:

BAHANG KALIMAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasa olehmu …(sebutkan namanya)…,


Panas di depan panas di belakang,
Bahang di kanan bahang di kiri,
Azab di atas azab di bawah.

Zukuu ‘azabal hariiq.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sekiranya musuh terlalu merbahaya dan mengancam nyawa, pada tengah malam Jumaat jam 2.00 pagi,
lakukanlah sembahyang Hajat 2 rakaat. Selepas sembahyang, bacakan mentera di atas terus-menerus
dengan bilangan ganjil (sekurang-kurangnya 33 kali). Insya-Allah, musuh yang dimaksudkan akan
kepanasan dan tersiksa sehingga sanggup menghentikan segala perbuatan buruknya serta-merta dengan izin
Allah. Awas! Memaafkan adalah lebih baik daripada membinasakan.

MERINGANKAN BADAN:

DOA LAYANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.


Innama amruhu iza arada-syai an ay-yakula lahu kun-fayakun.

Aku terbang umpama garuda,


Aku melayang umpama nasar,
Aku hinggap umpama helang,
Kun fayakun,
Zat Allah meliputi sekalian tubuhku.

Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Allah!

Cara mengamalkannya:

Untuk meringankan diri agar mampu berdiri di atas pucuk pisang, mampu melompat jauh lebih tinggi,
selamat terjun dari tempat tinggi dan sebagainya, bacakanlah mentera di atas dan sewaktu hendak
memulakan lompatan sebutlah “Allah!”. Insya-Allah, makbul.

39 © Suhadi Sahari 2007


HALIMUNAN:

ENGKELIMUN

Bismillahirrahmanirrahim.

Hukku ketahui di dalam timur laut,


Wujudku diketahui dalam hati bumi,
Allah tiada mati, aku tiada mati,
Muhammad tiada binasa, aku tiada binasa,
Telah ghaiblah aku dalam kalimah Lailahaillallah.

Cara mengamalkannya:

Untuk melindungi diri anda daripada pandangan musuh, bacalah mentera di atas dan kemudian
tongkatkan (dirikan) lidah anda ke langit-langit. Insya-Allah, musuh tidak akan nampak wujudnya anda.

DOA ALI MUNAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Ali Bat Ali Munan,


Jika ku ke laut jadi batang beranyut,
Jika ku ke darat jadi ugak dan tunggul,
Bukan aku punya silap,
Silap turun dari malaikat,
Jika malakat kata nampak,
Barulah aku nampak.

Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.


Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Untuk melindungi diri daripada pandangan musuh, ambilkan ranting kayu dan bacakan mentera tersebut.
Kemudian, balingkan ranting tersebut ke balakang anda dan carilah tempat untuk bersembunyi. Insya-
Allah, musuh tidak akan nampak anda.

JAMPI MERESAP

Bismillahirrahmanirrahim.

Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.


Innama amruhu iza arada-syai an ay-yakula lahu kun-fayakun.

Hilang lesap umpama asap,


Ghaib aku bagai malaikat,
Kun fayakun,
Zat Allah meliputi sekalian tubuhku.

Asyhaduan Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Allah!

40 © Suhadi Sahari 2007


Cara mengamalkannya:

Sewaktu anda ingin menghaibkan diri daripada pandangan musuh (pada waktu-waktu terdesak), bacalah
mentera di atas dan dirikan lidah anda sambil berniatkan di dalam hati agar anda terlindung oleh pandangan
mata musuh. Insya-Allah, makbul.

DOA MERESAP

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku masuk di dalam zat Allah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan ucapan di atas sewaktu anda memerlukan. Insya-Allah, anda tidak akan terlihat oleh pandangan
mata musuh atau orang-orang yang khianat.

PENGABUR MATA

Bismillahirrahmanirrahim.

Ghairil maghdu bi’alaihim

Cara mengamalkannya:

Sekiranya anda terkepung oleh musuh, bacaan kalimah di atas pada segenggam pasir dan hamburkan ke
arah musuh. Insya-Allah, pandangan mata musuh akan menjadi gelap dan kabur. Itulah masa yang sesuai
untuk bertindak atau menyelamatkan diri.

PANDANGAN MAKRIFAT:

TEMBUS MATA

Ambilkan air hujan yang turunnya terus dari langit pada malam Jumaat ke dalam sebuah bekas.
Kemudian, pada tengah malamnya sediakanlah sebuah pinggan atau mangkuk putih dan tuliskan kalimah
“Allah” dengan tulisan Jawi seperti di atas menggunakan tinta Jafaran, air mawar, air kunyit, air madu dan
seumpamanya. Insya-Allah, pada malam tersebut anda akan bertemu dengan sesuatu yang luar biasa atau
benda-benda yang ghaib (sama ada dalam sedar atau dalam mimpi). Amalkanlah amalan ini setiap Jumaat
sehinggalah anda benar-benar sebati dengannya. Jika anda telah sebati dengan amalan ini, dengan izin
Allah anda dapat melihat, mendengar dan merasa sesuatu yang ghaib dan terlindung yang tiada dapat
dicapai oleh manusia biasa (atau mata kasar) dengan izin Allah.

PANDANGAN ROHANI

Bacalah Ayatul Kursi sebanyak 1000 kali sehari semalam (atau terus-menerus) selama 40 hari. Insya-
Allah, anda akan diberikan pandangan rohani oleh Allah iaitu mengetahui, melihat, mendengar dan merasa
sesuatu dengan upaya batin. Amalkanlah.

PUKAU:

41 © Suhadi Sahari 2007


BANGKAI PECAH 4

Bismillahirrahmanirrahim.

Ma indakum wa indallah,
Hikbak ya ahti junur nillahu wata’ala.

Pasu bunga pasu bangkai,


Alat menyata dengan bangkai,
Bangun bangkai 7 tahun,
Barulah engkau tergerak tersedar,
Bangun bersuara kepada aku.

Berkat aku memakai doa Lailahaillallah,


Berkat Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacalah mentera di atas sebanyak 3 kali dan pusingkan rumah yang dimaksudkan sebanyak 3 kali. Insya-
Allah, kesemua orang di dalam rumah tersebut akan tertidur tidak sedarkan diri. Setelah itu, tutup mulut
anda dari berkata-kata. Pantang: Jangan bercakap, mereka akan bangun.

PENUNDUK:

DOA SI RIMAU GARANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai Nuk Tapah,


Aku anak si rimau jantan,
Aku anak si gajah putih,
Aku anak khalifah yang besar,
Duduk di dalam dunia.

Barang siapa tidak mendengar kata-kataku,


Menderhaka kepada Allah.

Allah tudungku,
Muhammad akan payungku,
Jibrail kiri kanan ku,
Malaikat 40 mendindingku.

Ah! Aku anak harimau yang garang.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas sewaktu ini keluar rumah. Insya-Allah, anda akan dipatuhi dan digeruni oleh
sekalian orang yang berniat jahat. Semua orang akan tunduk apabila berhadapan dengan anda.

DOA LEMAH URAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Wa man-takum bi-rasulillah,

42 © Suhadi Sahari 2007


Nasratuhu in-tallakahu,
Husydu fi-haza tajumin.

Lemah tulang uratmu segala anggota kau,


Rang sudah ku tukang,
Lidah sudang ku patah,
Hati sudah ku kunci.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa yang anda fikirkan perlu sebagai penunduk hati seseorang. Insya-
Allah, akan tunduk dan menjadi lemah orang yang anda maksudkan dengan izin Allah.

JAPAI BESI 7

Bismillahirrahmanirrahim.

Tunjuk induk ke lidah,


Tunjuk kelingking ke-2 lubang hidung,
Tunjuk penunjuk tertutup 2 lubang telinga,
Tunjuk manis ke mata.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas dan tiupkan ke ke-2 belah telapak tangan anda. Tangan tersebut nanti gunakan
untuk menyentuh orang yang anda maksudkan. Insya-Allah, akan lemah hatinya dan tunduk sekalian jiwa
raganya kepada anda dengan izin Allah.

PELEMAH ANGGOTA:

TARIK 1999 URAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku tahu susunan uratmu,


Turun daripada Allah,
Dari uri dari tembuni,
1999 uratmu.

Jika mati kata Allah,


Matilah rasa uratmu.

Bukan aku punya tarik,


Allah menarik,
Mati-mati rasamu.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

43 © Suhadi Sahari 2007


Semasa anda berhadapan dengan musuh, bacakanlah mentera di atas. Tiupkan ke telapak tangan kanan
dan lakukan isyarat anda ‘menarik’ (‘merampas’) urat musuh tersebut. Insya-Allah, akan lemahlah sekalian
anggota tubuhnya dan tidak akan mampu bertindak dengan izin Allah.

PEMBUNGKAM URAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Ah sanam yamu danam,


Mani setitik tidak bergerak bejerjak di bumi Adam,
331 uratmu ku ambil darimu …(sebut namanya)…

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera ini bila-bila masa yang difikirkan sesuai (untuk melemahkan anggota musuh) dan
tiupkan ke telapak tangan. Tangan tersebut gunakan untuk menyentuh musuh secara mengejut. Jika tidak
mampu untuk menyentuhnya, cukup dengan membacanya sambil menghembuskan nafas ke arahnya sahaja.
Insya-Allah, dia akan menjadi lemah dan tidak berdaya untuk bertindak-balas.

TARIK ANGGOTA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum,
Himuk Putih,
Bistambar Zaman,
Nurjani Putih,
Nuk Hak,
Minal Hak.

Aku tarik anggota …(sebut namanya)…,


Orang yang bersifat mata putih.

Hu…, Allah!

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas semasa berhadapan dengan musuh. Selepas bacaan “Orang yang bersifat mata
putih.”, tarik nafas secara mendalam serentak menyebut “Hu…”. Kemudian, akhiri dengan sebutan
“Allah!”. Insya-Allah, akan lemah musuh itu dan tidak berdaya untuk bertindak dengan izin Allah.

PENDINDING TIDUR:

DOA ILMU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Ussalli far’ie yatallah,


Jasad aku dikandung Rasulullah,
Roh aku di tempat Allah,
Tidur aku di dalam ilmu Allah.

Tuhan menjadikan engkau,


Maka engkau menjadi,

44 © Suhadi Sahari 2007


Tuhan tidak menjadi engkau,
Maka engkau tidak menjadi.

Terus jernih,
Tidak beruras-ruras,
Wadi-wadi mani-manikam.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Berkat aku memakai Doa Ilmu Allah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum anda tidur, bacakan mentera di atas 5 kali. Iaitu setiap 1 pada 4 penjuru rumah dan 1 kali bacaan
di tengah-tengah rumah. Insya-Allah, segala penghuni rumah tersebut akan selamat daripada sebarang
ancaman dan gangguan semasa tidur (pada malam tersebut) dengan izin Allah.

KELAMBU ADAM

Bismillahirrahmanirrahim.

Ha di kiri ha di kanan,
Ha Lam Lailahaillallah.

Aku tidur di gua batu,


Aku tidur di kelambu besi,
Aku tidur di kelambu Adam.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum anda tidur, bacakan mentera di atas dan tiupkan ke seluruh tubuh. Insya-Allah, anda akan
terpelihara daripada segala gangguan dan mudarat semasa anda tidur.

KELAMBU BESI

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku tidur di tepak Allah,


Aku tidur ya Rasulullah,
Aku tidur di dalam gua batu,
Aku tidur di kelambu besi.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Sebelum anda tidur malam (atau bila-bila masa), bacakan dulu mentera di atas. Insya-Allah, anda akan
terlindung daripada segala gangguan dan mudarat selama anda tidur dengan izin Allah.

SERBAGUNA:

PUSAKA NABI SULAIMAN

Bismillahirrahmanirrahim.

45 © Suhadi Sahari 2007


Innahu min Sulaiman,
Wa innahu bismillahirrahmanirrahim.

7 petala langit 7 petala bumi,


Yang tajam jadi tumpul,
Yang bisa jadi penawar,
Yang keras jadi lembut,
Yang gagah jadi penakut,
Yang panas jadi sejuk,
Yang berat jadi ringan,
Yang bernyawa tunduk patuh,
Mendengar seruanku.

Berkat Pusaka Nabi Sulaiman.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:

Bacakan mentera di atas bila-bila masa terutamanya sewaktu ingin keluar rumah. Insya-Allah, anda akan
dipatuhi oleh semua orang, tidak akan binasa oleh semua musibah, digeruni oleh musuh-musuh dan orang
yang berdengki dan seumpamanya. Insya-Allah. Amalkanlah.

KALIMAH SERBAGUNA

Bacakan kalimah “Lailahaillallah” sebanyak 300,000 kali dalam jangka masa 30 hari (berturut-turut).
Bermakna 10,000 kali untuk sehari semalam. Atau 2,000 kali setiap selesai sembahyang fardu. Kalimah ini
boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk keselamatan diri dan pelindung diri (dan
keluarga) daripada pandangan musuh, malah untuk menolak senjata. Setelah lengkap 30 hari
mengamalkannya, pada masa anda memerlukannya, cukup dengan membacanya 3 kali dan berniat di dalam
hati akan hajat anda. Insya-Allah, akan dimakbulkan Allah.

ILMU PANGKAS

Untuk menjadi perisai diri, penggerun, penunduk musuh, kekuatan diri dan pelbagai khasiat yang lain,
lakukanlah amalan ini: Pada pagi Jumaat (kira-kira jam 7 hingga 8 pagi sewaktu matahari sedang naik),
ambillah segenggam nasi yang sedang menggelegak di dalam periuk dan berdirilah di hadapan pintu
mengadap matahari terbit. Bacakan Surah Al-Ikhlas 7 kali dan suapkan nasi tersebut 7 kali juga.
Amalkanlah selama sekurang-kurangnya 1 minggu (dari hari Jumaat ke hari Jumaat) atau selama 44 hari
berturut-turut (bermula hari Jumaat). Insya-Allah, anda akan menjadi bertenaga terutamanya di saat-saat
anda memerlukan, terlindung oleh perisai yang kukuh, digeruni oleh musuh, dihormati oleh semua orang
dan pelbagai hajat akan dimakbulkan dengan izin Allah.

ILMU BELIAN

Amalkanlah membaca Surah Al-Ikhlas (Qulhu) sebanyak 70,000 kali (iaitu sebanyak 1750 kali setiap
hari atau 350 kali setiap selesai sembahyang fardu selama 40 hari berturut-turut). Dalam tempoh beramal
(40 hari), anda perlulah membaca Ayat 9 sebanyak 17 kali setiap hari. Insya-Allah, anda akan dikurniakan
oleh Allah dengan pelbagai kelebihan di antaranya, mempunyai pendinding yang kukuh daripada segala
ancaman, kemuliaan di mata rakyat, digeruni oleh musuh atau seseorang yang berniat jahat, diberikan
pandangan dan deria rohani, terkabul segala hajat dan seumpamanya.

LAIN-LAIN:

ILMU BUDI SUCI

46 © Suhadi Sahari 2007


Bismillahirrahmanirrahim.

In kaanat illa soihatan waa hidatan faizaa hum khaamidun.

Cara mengamalkannya:

Ini adalah jurus pukulan jarak jauh. Sekiranya diamalkan, anda boleh menolak musuh dari jauh tanpa
menyentuh tubuhnya, insya-Allah. Caranya: Semasa berhadapan dengan musuh (jauh atau dekat) tadahkan
tangan (jangan buka ketiak), bacakan ayat di atas dan tolaklah ke arah musuh. Insya-Allah, musuh tersebut
akan terpelanting ke belakang dengan izin Allah

GURIS LAKSAMANA

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai malaikat Mambani,


Si Kerat Raya Si Jatas Buih,
Hai malaikat Mambani Tinggi,
Sajekar serta melindung di hadapan lawanku.

Berkat aku memakai Guris Laksamana,


Siapa melangkah muntah darah,
Siapa menyorok muntah nanah.

Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah.

Cara mengamalkannya:
(Kedudukan musuh)

(Kedudukan anda)

Sewaktu anda berhadapan dengan musuh (sebelum atau semasa bertempur), bacakan mentera di atas dan
isyaratkan jari telunjuk kanan anda membuat gurisan seperti di atas. Insya-Allah, musuh akan binasa
sekiranya dia keluar dari lingkaran garisannya sendiri. Pantang: Anda sendiri tidak boleh undur lebih
daripada 2 langkah ke belakang.

DOA TAWAR KACA

Bismillahirrahmanirrahim.

Kul alat amil alat,


Kipas mandi judu-judu,
Aku tajam minta tumpul,
Aku bisa minta tawar.

Sah tawar! (3 kali)

Bukan tawar aku,


Tawar Allah.

Cara mengamalkannya:

47 © Suhadi Sahari 2007


Untuk menawarkan kaca agar menjadi tumpul dan tidak mencederakan (semasa persembahan dan
seumpamanya), bacakan mentera di atas dan tiupkan ke kaca tersebut. Insya-Allah, ia akan menjadi tumpul
dan tidak melukakan dengan izin Allah.

DOA TAHAN BADAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alat pukul Ba saya Alif,


Ba di atas saya sabdu.

Hempeduku,
Tutuplah lidah kau.

Berkat Allah,
Berkat doa Nabi Muhammad.

Lailahaillallah! (2 kali)

Tahan badanku,
Allah sembahanku,
Kabul doa ku.

Cara mengamalkannya:

Sebagai penahan diri dari kecederaan, bacakanlah mentera di atas. Insya-Allah, segala senjata tidak akan
memberi kesan dengan izin Allah.

48 © Suhadi Sahari 2007


C) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT

ILMU KEBAL:

TANGKAL KEBAL

Tuliskan azimat di atas dan pakaikan. Insya-Allah, anda akan kebal daripada sebarang senjata tajam atau
peluru dengan izin Allah.

AZIMAT KEBAL

(Tuliskan nama pemakai berbin/ berbintikan ibunya)

Tuliskanlah ayat di atas dan jadikanlah sebagai azimat. Pakaikan. Insya-Allah, segala senjata yang
diperbuat daripada besi tidak akan mampu mencederakan kulitnya dengan izin Allah.

PENOLAK SENJATA BESI

Pada Hari Jumaat Kliwon selepas Isya, tulislah ayat di atas dan jadikan ia sebagai tangkal. Insya-Allah,
anda akan selamat daripada segala mara bahaya yang datangnya daripada senjata besi seperti parang, keris,
tombak dan sebagainya dengan izin Allah (selama anda memakainya).

SELAMAT DARI BAHAYA

49 © Suhadi Sahari 2007


Ayat ini ditulis pada sepotong kertas bersih dan jadikan sebagai tangkal. Insya-Allah, anda akan selamat
daripada segala bahaya zahir mahupun batin.

PAGAR TAHMID

Tuliskan ayat di atas dan ikatkan di lengan kanan. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang
musibah dan kemudaratan.

PANDANGAN MAKRIFAT:

MELIHAT DALAM MIMPI

Ketika anda ingin tidur, berwuduklah dan pakailah pakaian putih bersih serta wangi-wangian. Lalu,
bacalah Surah Wasyamsi, Surah Wadh-Dhuha, Surah Wallaili, Surah Wat-Tiin dan Surah Al-Ikhlas
(semuanya 7 kali bacaan). Kemudian, teruskan bacaan salawat seperti di bawah sebanyak 7 kali juga:

(Sebutkan apa yang anda ingin lihat di dalam mimpi)

Kemudian, buatlah wifiq seperti di bawah:

Letakkan ia di bawah bantal ketika hendak tidur. Semasa tidur hendaklah anda mengadap kiblat dan
mengiring ke kanan.

MENENTANG MAKHLUK GHAIB:

GANGGUAN JIN

50 © Suhadi Sahari 2007


Tuliskan Surah Al-Hasyr dan ayat pertama sampai ke-4 daripada Surah Al-Jinn pada kertas putih tanpa
garisan. Jadikanlah azimat dan ikatkan pada lengan kanan. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada
segala gangguan jin, syaitan dan ilmu hitam.

SERBAGUNA:

TANGKAL BISMILLAH

Tuliskan ucapan “Bismillahirrahmanirrahim” di atas sebanyak 625 kali pada kertas putih dan
jadikanlah sebagai azimat. Insya-Allah, anda akan hebat di mata sekalian makhluk, menjadi penggerun
pada jin dan manusia (yang berniat jahat) dan memelihara diri daripada sebarang kecelakaan.

WAKAF FATIHAH

Tulislah wakaf Al-Fatihah di atas dan gunakanlah sebagai tangkal. Insya-Allah, anda akan terpelihara
daripada segala bala bencana yang ghaib atau yang nyata.

51 © Suhadi Sahari 2007


ASHABUL KAHFI

Tulislah azimat di atas dan gunakan sebagai tangkal. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada bencana
maut.

SYAIR MUHAMMAD

Maknanya: “Untuk selama-lamanya Taha s.a.w tidak pernah bermimpi buruk. Di sepanjang zaman sama
sekali beliau tidak pernah menguap. Binatang apa pun terhadap beliau tidak akan lari. Juga lalat tidak
hinggap sama sekali ke tubuh indah beliau. Dalam pandangan beliau muka dan belakang adalah sama boleh
dilihat. Bekas air kecil beliau tidak berbekas ditelan bumi. Hati beliau tidaklah tidur walaupun mata sudah
mengantuk. Bayangan beliau tidak terlihat di pancaran matahari. Bila duduk di khalayak ramai, bahu beliau
paling tinggi. Telah dikhatankan sejak lahir lagi. Kekhususan ini jika di hafal amanlah selalu. Baik dari api,
pencuri mahu pun pelbagai bencana”.

Bacalah syair ini atau jadikanlah ia sebagai tangkal. Insya-Allah, akan terjauh segala bencana.

AYAT 5

Tuliskan Ayat 5 (juga dikenali sebagai Ayat Nashr) di atas pada kertas putih dan jadikan azimat.
Pakailah selalu. Insya-Allah, ia akan menjadi benteng yang tidak akan ditembusi oleh apa jua mara bahaya.

LAIN-LAIN:

TIDAK TERKALAH

52 © Suhadi Sahari 2007


Tuliskan ayat di atas pada sekeping kertas sebanyak 60 kali dan letakkan di dalam songkok. Insya-Allah,

53 © Suhadi Sahari 2007


D) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA

KEKUATAN DIRI:

KUAT KETIKA PERLU

Ya Ali, ya Ali, ya Ali.”.

Amalkan membaca ayat di atas sebanyak 11 kali selama 21 hari setiap selepas sembahyang. Insya-Allah,
anda akan menjadi kuat dan gagah pada waktu-waktu yang diperlukan serta akan menjadi penolak segala
kezaliman dan mara bahaya.

PENGUAT TANGAN:

PEMBISA PUKULAN

Semasa anda menghadapi musuh (sama ada manusia, haiwan buas, jin dan seumpamanya), bacakanlah
ayat di atas dan tiupkan ke seluruh tangan. Insya-Allah, setiap pukulan anda akan memberi kesan yang
mengkagumkan sehingga mampu mengalahkan musuh tersebut dengan izin Allah.

PEMBISA TUMBUK

Semasa anda menumbuk atau memukul musuh (sama ada manusia, jin, haiwan buas dan seumpamanya),
bacalah ayat di atas. Insya-Allah, pukulan anda akan menjadi sangat berbisa sehingga mampu mengalahkan
dan membinasakan musuh dengan pantas dengan izin Allah.

PENUMBUK BISA

Semasa anda melayangkan penumbuk atau pukulan ke arah musuh (manusia, haiwan buas, jin dan
seumpamanya), bacakan ayat di atas. Insya-Allah, penumbuk atau pukulan anda akan menjadi sangat
berbisa sehingga mampu mematahkan ancaman musuh dengan izin Allah.

ILMU KEBAL:

KEBAL SEHARI

54 © Suhadi Sahari 2007


Bacakan Ayatul Hisni di atas sebanyak 7 kali setiap hari. Insya-Allah, anda akan kebal daripada sebarang
senjata, tidak binasa oleh kebakaran atau lemas, dijauhkan segala mudarat, dihormati, diberi kewibawaan
dan rezeki serta tidak akan menemui ajal pada hari tersebut. Kecuali jika telah sampai masanya anda
terlupa membacanya atau dilupakan oleh Allah.

DOA PAHLAWAN

55 © Suhadi Sahari 2007


Amalkan doa di atas. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala ancaman musuh walaupun di
tengah-tengah peperangan.

BENTENG KURSI

Ketika anda rasa terancam oleh sesuatu (ghaib dan nyata), bacalah Ayatul Kursi 7 kali sambil
memakrifatkan adanya benteng-benteng di sekeliling anda. 1 bacaan benteng di bawah, 1 bacaan benteng di
kanan, 1 bacaan benteng di kiri 1 bacaan benteng di atas, 1 bacaan benteng di hadapan, 1 bacaan benteng di
belakang dan 1 bacaan benteng yang kukuh di segenap 6 penjuru tersebut. Insya-Allah, tiada satu musibah
pun yang mampu membinasakan anda kerana adanya benteng tersebut. Amalkanlah.

KOTA LAM ALIF

Sebagai perisai diri, kekebalan daripada segala senjata dan agar musuh menjadi gerun, bacalah ayat di
bawah:

Dan hembuskan ke barat.


Bacakan lagi ayat di bawah:

Dan hembuskan ke timur.


Bacakan ayat di bawah:

56 © Suhadi Sahari 2007


Dan hembuskan ke utara.
Bacakan ayat di bawah:

Dan hembuskan ke selatan.


Bacakan ayat di bawah:

Dan hembuskan ke atas.

Akhirnya, bacakan “Li ila fi-quraisyin…” (sehingga akhirnya) dan hembuskan ke bawah.

SELAMAT DALAM PERTEMPURAN

Bacakan ayat di atas sekiranya anda berada dalam medan peperangan. Insya-Allah, anda akan
diselamatkan oleh Allah.

SENJATA TIDAK BERKESAN

Sekiranya tiba-tiba anda bertembung dengan musuh yang merbahaya dan bersenjata, bacalah ayat di atas
dan hembuskan ke arah musuh. Insya-Allah, apa pun senjatanya tidak akan memberi kesan. Jika senjata api
tidak akan meletup, jika tajam tidak berbekas.Malah, jatuh ia ke tanah dengan izin Allah.

MUSUH BERSENJATA

Jika anda ingin mengadap musuh bacakan ayat di atas 7 kali. 1 kali baca hembus ke kanan, 1 kali baca
hembus ke kiri, 1 kali ke hadapan, 1 kali ke belakang, 1 kali ke atas, 1 kali ke bawah dan 1 kali ke dalam
diri. Apabila sampai kepada musuh, didapati musuh bersenjata dan merbahaya, bacakan 1 kali lagi dan
hembuskan ke arahnya. Insya-Allah, anda akan selamat daripada sebarang kebinasaan.

PENDINDING TEMBAK

57 © Suhadi Sahari 2007


Ucapkan ayat di atas 3 kali sebelum keluar rumah atau semasa bertemu dengan keadaan tembak-
menembak. Insya-Allah, ia akan menjadi pendinding diri anda daripada terkena tembakan peluru dengan
izin Allah.

PENJAGA HELAH DAN SENJATA MUSUH

Menurut Imam Al-Ghazali, sesiapa yang mengamalkan sembahyang Sunat Subuh 2 rakaat, pada rakaat
pertama membaca “Inna anzalna hufi lailatil qadr…” (sehingga akhirnya) dan pada rakaat ke-2 membaca
“Alam tarakaifa fa’ala rabbuka biash-ha bilfil…” (sehingga akhirnya). Insya-Allah, musuh tidak akan
mampu memperdayakannya melainkan dinampakkan Allah jua. Malah, sekiranya musuh menikamnya
sekali pun, akan tertahan tangannya dan tidak tersampai senjata itu pada tubuhnya dengan izin Allah.

KESELAMATAN:

DOA SELAMAT

58 © Suhadi Sahari 2007


Amalkan doa di atas bila-bila masa. Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala bahaya.

PENOLAK SEGALA ANCAMAN

Amalkan membaca doa di atas sebagai pelindung daripada segala ancaman musuh, haiwan buas, haiwan
berbisa, serta jin dan syaitan.

PENANGKIS KEJAHATAN

Untuk menangkis segala kejahatan dan melindungi diri daripada mara bahaya, mengadaplah ke kiblat
sambil membaca Ayatul Muqawamah di atas 3 kali. Kemudian, beralihlah ke kanan sambil membaca 3
kali lagi. Beralihlah ke kiri sambil membaca 3 kali lagi, dan ke belakang sambil membaca 3 kali lagi.
Kemudian, tiupkan dari atas ke bawah dan ke sekeliling sambil membaca ayat di bawah:

PENOLAK BENCANA

Bacalah ayat di atas 10 kali pagi, 10 kali petang dan 10 kali sebelum tidur sambil meminta agar ditolakkan
segala bala bencana dunia dan tipu daya syaitan. Insya-Allah, anda akan terjauh daripada sebarang mala
petaka.

PERISAI FATIHAH

59 © Suhadi Sahari 2007


Sekiranya ada keluarga anda yang ingin pergi berburu ke hutan atau bermusafir. Bacalah Al-Fatihah
sebanyak 41 kali dan hembuskan ke belakangnya. Insya-Allah, dia akan selamat daripada segala musuh,
haiwan buas, mara bahaya dan seumpamanya sehinggalah dia kembali semula ke rumah.

PERISAI YASIN

Sekiranya anda berada dalam ancaman musuh, bacalah Surah Yasin 1 kali dan sambungkan dengan
bacaan di bawah:

“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Pemurah Penyayang. Dengan nama Allah yang tiada
Tuhan selain Dia, hidup dan berdiri sendiriNya. Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Dengan nama Allah yang tiada membinasakan dengan namaNya
akan sesuatu di bumi dan di langit. Dialah yang amat berkuasa dan mengetahui.
Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung dari kejahatan …(sebut namanya (jika tahu))…

Insya-Allah, anda akan selamat daripada segala ancaman tersebut dan jauh daripada sebarang bencana.

PAGAR LIILA

Sebagai penjaga keselamatan diri, bacakan “Li-ila fi quraisyin…” (sehingga akhirnya) sebanyak 3 kali
dan niatkan hajat anda. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang kecelakaan dengan izin Allah.

PAGAR KAUTSAR

Sebagai penjaga diri dan keselamatan, bacalah Surah Al-Kautsar sebanyak 7 kali dan dan niatkan agar
anda selamat daripada segala bencana. Insya-Allah, anda akan selamat.

PAGAR TIDUR

Sebagai penjaga diri agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini atau mara bahaya semasa anda sedang
tidur, bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan Surah An-
Naas 1 kali. Insya-Allah, segala-galanya akan selamat dengan izin Allah.

ASMA PERISAI

Amalkan mengucapkan “Ya Raafi’” sebanyak 70 kali siang dan 70 kali malam. Insya-Allah, ia akan
menjadi pelindung dan perisai yang kukuh dari sebarang bencana dengan izin Allah.

ASMA PELINDUNG

Bila-bila masa yang sesuai, sebagai pelindung diri daripada sebarang ancaman dan mara bahaya, bacakan
“Ya Adzim” sebanyak 12 kali dan tiupkan ke dalam diri. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada
sebarang bencana dan kemudaratan.

ASMA PENJAGAAN

Apabila anda berada di kota atau pekan yang ramai perompak, pembunuh atau pencurinya, usahlah anda
khuatir. Sebelum tidur, amalkanlah membaca “Ya Qayyum” sebanyak 1560 kali. Insya-Allah, anda akan
selalu dalam penjagaan Allah dan selamat daripada berbagai gangguan. Maknanya: “Allah yang berdiri
sendiriNya”.

ASMA PENJAGAAN 2

Jika anda diancam dan cuba dibinasakan oleh musuh sama ada secara ghaib atau nyata, ucaplah “Ya
Maani’” sebanyak 161 kali setiap hari sebelum sembahyang Subuh. Insya-Allah, anda akan selamat
daripada sebarang ancaman mereka. Maknanya: “Allah yang mempertahankan”.

60 © Suhadi Sahari 2007


PENOLAK API:

DOA NABI IBRAHIM

Ucapkanlah ayat di atas (ucapan Nabi Ibrahim semasa dilempar ke dalam api) bila-bila masa yang
dirasakan perlu seperti semasa rasa terancam, semasa keluar rumah, semasa ingin tidur, semasa pergi ke
dalam sungan dan seumpamanya. Insya-Allah, anda akan berada di dalam lindungan Allah.

DOA EMBUN

Amalkanlah membaca ayat di atas sebanyak 3 atau 11 kali selama 21 hari setiap selepas sembahyang
fardu. Insya-Allah, api yang panas boleh menjadi sejuk dengan izin Allah.

MENENTANG MUSUH:

KALIMAH ALLAH

Bahu kanan Bahu kiri

Pinggang kanan Pinggang kiri

Bacakan kalimah “La-ila-ha illallah” sambil menulis huruf Jawi “Lam Alif” ke hadapan badan (seperti
ilustrasi). Ucaplah “La” sambil menulis garisan dari bahu kiri ke pinggang kanan, ucapkan “ila” sambil
menulis garisan dari pinggang kanan ke pinggang kiri dan ucapkan “ha illallah” sambil menulis garisan
dari pinggang kiri ke bahu kanan. Amalkan sebelum keluar rumah atau sebelum bertemu untuk menghadapi
musuh. Insya-Allah, tiada suatu pun yang akan dapat membinasakan anda dengan izin Allah.

DOA TEMPUR

Maknanya: “Cukup aku berpegang kepada Allah daripada segala sesuatu. Allah mengalahkan segala
sesuatu, tidak terhenti sesuatu kerana perintah Allah. Tiada daya kekuatan, hanya daya kekuatan Allah yang
Maha Tinggi dan Maha Besar”.

61 © Suhadi Sahari 2007


Apabila anda terpaksa untuk menghadapi musuh, ambillah 3 biji batu dan bacakan doa tersebut serta
tiupkan padanya. 1 lemparkan ke kanan, 1 ke kiri dan 1 ke hadapan. Insya-Allah, anda di dalam
pemeliharaan Allah.

MUSUH RAMAI

Sekiranya anda bertembung atau bertempur dengan musuh yang ramai, bacalah ayat di atas 1 kali. Insya-
Allah, anda akan berada di dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah.

MUSUH SALING BERBUNUH

Semasa anda ditawan oleh sekumpulan musuh, untuk melepaskan diri lakukanlah kaedah ini: Pungutlah
segenggam tanah (atau pasir) dan bacakan ayat di atas. Tiupkan dan lemparkan kepada mereka. Dengan
izin Allah, mereka akan berselisih sesama sendiri dan saling berbunuhan. Dapatlah anda melepaskan diri.

JAMPI KEMENANGAN

Untuk menang dalam apa jua perkara (perang, perbicaraan, temuduga dan seumpamanya), amalkanlah
seperti berikut:

Ambilkan 3 ketul batu, 1 batu bacakan ayat di bawah dan lemparkan ke kanan.

Kemudian, 1 batu lagi bacakan ayat di bawah dan lemparkan ke hadapan.

1 batu lagi bacakan pula ayat di bawah fan lemparkan ke kiri.

62 © Suhadi Sahari 2007


Akhirnya, majulah dengan berani dan bersemangat sambil terus-menerus membaca ayat di bawah:

ZIKIR KEMENANGAN

Apabila anda perlukan kemenangan daripada menghadapi lawan, perbanyakkanlah berzikir “Ya Mumiit”
sebanyak-banyaknya. Insya-Allah, anda akan sentiasa menang. Maknanya: “Allah yang Maha
Menghidupkan”.

AYATUL AZMI

Sewaktu anda menghadapi sesuatu kecemasan, bacakan Ayatul Azmi di atas. Insya-Allah, anda akan
terselamat daripada segala kecemasan tersebut dan dikuatkan hati sehingga mampu mematahkan ancaman
tersebut.

MENANGKAP MUSUH:

PAKU BUMI

Sekiranya anda ingin menangkap pencuri atau musuh supaya dia tidak mampu bergerak dari tempatnya,
lakukanlah amalan ini:

1. Kelilingi tempat mereka berada (rumah, pondok dan seumpamanya).


2. Bacalah ayat di bawah 1 kali atau 3 kali:

(Teruskan sehingga sampai pada bacaan…)

3. Kemudian, bacakan Ayat 7.


4. Dan, bacakan mentera di bawah:

“Bergerak 7 petala langit dan bumi barulah engkau bergerak dariku.”.

5. Kemudian, barulah anda dan rakan-rakan menangkapnya. Insya-Allah, mereka tidak akan
bergerak dengan izin Allah. Memudahkan anda dan rakan-rakan menangkapnya.

PAKU BUMI 2

63 © Suhadi Sahari 2007


Ayat ini boleh digunakan semasa mengunci rumah, memagar tanaman, mengunci peti wang simpanan,
memasang perangkap, meletak barangan dan seumpamanya. Contohnya: Semasa anda mengunci rumah
(ingin keluar atau tidur), bacakan ayat di atas dan semasa menyebut “…Muhammad.”, gantungkan lidah
anda ke lelangit sambil berniat dengan mentera di bawah:

“Bergerak 7 petala langit dan bumi barulah bergerak …(hati pencuri daripada mengganggu rumah ini)…”.

Insya-Allah, tiada sesiapa akan berniat jahat dan ingin mencuri atau merompak di rumah tersebut dengan
izin Allah.

TUMBUK ANGIN

Sekiranya berlaku kecurian, namun anda tidak sempat untuk mengejar pencurinya, patahkan sedikit
ranting kayu dan tuliskan huruf-huruf ini:

Kemudian, genggamlah ranting itu dan bacakan ayat di bawah:

Lalu, lakukan pukulan beberapa kali ke tanah. Insya-Allah, pencuri tersebut akan menerima pukulan
tersebut dengan izin Allah. Maka, dapatlah anda menangkapnya.

MENENTANG HAIWAN BUAS DAN BERBISA:

PENGUNCI MULUT HAIWAN BUAS

Bacakan ayat di atas 3 kali sebaik sahaja sampai ke sempadan hutan (untuk mencari kayu, rotan, berburu,
mencari akan dan lain-lain). Insya-Allah, akan terkuncilah sekalian mulut harimau, beruang, serigala dan
seumpamanya.

PEMBUNGKAM HAIWAN

Jika anda bertemu dengan haiwan garang atau anjing gila, bacakan ayat di atas sebanyak 3 kali dalam 1
nafas dan hembuskan kepadanya. Insya-Allah, ia tidak akan mengganggu.

MENGUNCI MULUT ANJING

64 © Suhadi Sahari 2007


Jika terdapat di kawasan anda anjing tidak berhenti menyalak atau melolong atau bertemu dengan anjing
garang yang cuba menyerang, bacalah ayat di atas sambil menemukan ibu jari dan jari manis anda rapat-
rapat. Berniatlah agar terkunci mulutnya daripada terbuka. Insya-Allah, tertutuplah mulutnya dengan izin
Allah.

PENUNDUK BUAYA DAN ULAR

Jika anda bertemu dengan buaya atau ular, kalau anda cukup berani atau kalau anda tiada jalan lain
kecuali berdepan dengannya, bacalah ayat di atas 1 kali dan ludahkan ke kepala atau ekornya. Insya-Allah,
buaya atau ular tersebut tidak akan bergerak dari tempatnya. Terpukau atau tergamam berkat ayat tersebut
sehingga boleh disentuh. Insya-Allah.

PENGUNCI SENGATAN HAIWAN BERBISA

Bacakan ayat di atas 1 kali sebelum turun dari rumah atau sebelum pergi ke kebun atau semak. Insya-
Allah, akan terkuncilah sekalian sengatan dan bisa patukan ular, kala, lipan dan lain-lain haiwan berbisa.

PANDANGAN MAKRIFAT:

PENGLIHATAN MATA BATIN

Amalkan membaca “Ya Baathin” (maknanya: “Zat Allah yang tidak dapat dilihat”) sebanyak 300 kali
setiap selepas sembahyang fardu yang 5 selama 1 bulan. Insya-Allah, anda akan dikurniakan penglihatan
‘mata batin’ iaitu mengetahui segala rahsia batin dan ghaib yang ada di dalam alam, mampu melihat apa
yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Dengan izin Allah, meskipun suatu yang berada di dasar laut
akan diketahui dengan ‘mata hati’. Pantang semasa beramal: Jangan makan makanan yang bernyawa
termasuk daging dan telur.

PEKA SEWAKTU TIDUR

65 © Suhadi Sahari 2007


Wiridkan ayat-ayat di atas sebelum tidur. Insya-Allah, anda akan menjadi peka walaupun anda tidur.
Walaupun dalam tidur yang lena, anda akan sedar sekiranya terdapat gangguan yang nyata atau ghaib bakal
mengenai diri anda.

PENUNDUK:

PENUNDUK BISMILLAH

66 © Suhadi Sahari 2007


Bacakan “Bismillah” sambil menulisnya (dalam tulisan Jawi) ke dahi anda. Lakukan sebelum keluar
rumah atau sebelum bertemu dengan musuh. Insya-Allah, semua yang berniat buruk akan gerun dan tunduk
memandang anda dan tidak berani untuk membuat mudarat.

PENGUNCI MULUT MANUSIA

Jika anda bimbang dizalimi oleh seseorang kerana pengaruhnya atau pengkatnya, bacakan Ayatul Kursi 1
kali dan sambungkan dengan ayat di atas sebelum bertemu dengannya. Insya-Allah, akan terkuncilah
mulutnya, jika berkata-kata pun akan menjadi kebaikan. Insya-Allah.

PENGGERUN MUSUH

Bacakan ayat di atas semasa mengambil air sembahyang. Insya-Allah, akan takut sekalian orang yang
berniat jahat dan gentar musuh untuk menghampirinya. Jika bertempur, insya-Allah akan menang dan
binasa musuh tersebut.

DIHORMATI

Sekiranya anda ingin berhadapan dengan seseorang. Lakukanlah kaedah ini: Ketika anda berangkat,
bacalah:

Lalu menggenggam tangan kanan dan di dalam hati bacalah:

Aku dicukupi”.

Lantas, bacalah:

67 © Suhadi Sahari 2007


Lalu menggenggam tangan kiri dan di hati bacalah:

Aku dijaga”.

Genggamlah terus ke-10 jari-jari anda dan setibanya di tempat tujuan, barulah dibuka. Insya-Allah, anda
akan dihormati oleh sesiapa sahaja.

ASMA PENGGERUN

Jika anda terancam oleh bahaya musuh-musuh anda, ucaplah “Ya Jabbar” sebanyak 226 kali setiap pagi
dan petang. Insya-Allah, musuh-musuh anda tidak akan berdaya dan tunduk di hadapan anda dengan izin
Allah. Maknanya: “Allah yang Maha Memaksa”.

KHATAMUN NUBUWAH

Sebelum keluar rumah, lakukanlah amalan ini: Bacakan ayat di bawah (Khatamun Nubuwah):

“Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu wahdahu laa syariika-lah, muhammadun ‘abduhu wa rasuuluh, ta wajjahu haitsu syikta, fa-
innaka manshuur.”.

Maknanya: “Allah Tuhan yang Esa, yang tiada sekutu bagiNya, Muhammad adalah hambaNya dan
rasulNya. Ke mana saja engkau hadapkan, maka engkau tetap dibantu.”.

Bacakan ayat di atas 1 kali dan bayangkan ia tertulis di kening, bacakan 1 kali dan bayangkan ia tertulis di
dada, bacakan 1 kali lagi dan bayangkan ia tertulis di bahu kanan, bacakan lagi 1 kali dan bayangkan ia
tertulis di bahu kiri. Insya-Allah, anda akan sentiasa dipandang hebat, berwibawa dan dihormati oleh
sekalian manusia.

HALIMUNAN:

YASIN MERESAP

Apabila anda ingin meresapkan diri daripada pandangan orang atau musuh, apatah lagi sewaktu
kecemasan, bacalah Surah Yasin sebanyak 7 kali dan setiap kali sampai bacaan ayat 9 iaitu:

Yakinlah dan makrifatkan yang diri anda telah terlindung daripada penglihatan orang atau musuh tersebut,
lalu bacalah:

68 © Suhadi Sahari 2007


Jika sukar membacanya dalam bahasa Arab, bacalah menggunakan bahasa Melayu, iaitu:

“Ya Allah, cahayanya pada rahsianya, rahsianya pada kejadiannya. Resapkanlah aku daripada pandangan
mata dan hati orang-orang yang hasad dengki, sebagai mana Engkau telah memelihara nyawa di dalam
tubuh badan. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu”.

Insya-Allah, anda tidak akan terlihat oleh musuh-musuh anda.

AJI PANGLIMUNAN

Untuk meresapkan anda dan rakan-rakan (atau keluarga) daripada pandangan mata musuh, lakukanlah
kaedah ini: Buatlah 1 lingkaran dan garislah. Anda dan rakan-rakan (atau keluarga) anda duduklah dengan
belakang punggung dirapatkan. Bacalah Ayat Kursi 7 kali dan ketika sampai ke bacaan “Wa la ya-
uuduhu hifdzuhuma wa huwal ‘aliyyul adziim..”, lanjutkanlah dengan bacaan berikut:

69 © Suhadi Sahari 2007


Kemudian, duduklah diam-diam dan jangan berbisik. Insya-Allah, musuh tidak akan nampak anda dan
rakan-rakan (atau keluarga) anda.

PELIMUN

Lakukanlah amalan ini selepas mandi. Duduklah bertinggung dengan ke-2 lutut dan punggung diangkat
separas dengan perut. Letakkan telapak tangan kanan memegang pergelangan keki kanan dan telapak
tangan kiri memegang pergelangan kaki kiri. Bacakan ayat di atas sebanyak 3 kali semasa dalam
kedudukan ini. Kemudian, urut ke-2 tangan ke atas, melalui rusuk atas (antara puting dada dan ketiak), ke
atas hingga ke tengkuk. Temukan ke-2 tangan (tangan kanan di atas tangan kiri) di tengkuk. Kemudian,
kaitkan ke-2 kelingking dan sambung urutan ke kepala, ke muka terus ke dagu.

Untuk menggunakannya, carilah tempat berlindung dan bacakan ayat di atas. Iktikadkan yang diri anda
‘hilang’ daripada pandangan mata musuh. Jika tiada tempat bersembunyi, cukup dengan meletakkan jari
telunjuk di hadapan hidung (dirikan) sambil membayangkan yang anda berlindung di hadapan benteng
yang besar. Insya-Allah, musuh tidak akan dapat melihat kita dengan izin Allah.

TIDAK KELIHATAN

Maknanya: “Kami jadikan sekatan di hadapan mereka dan sekatan di belakang mereka serta Kami
tutupkan matanya, mata mereka tidak akan melihat sesuatu”.

Sekiranya anda terkepung oleh musuh-musuh, ambillah segenggam pasir dan bacakan ayat di atas.
Hembuskan ke arah musuh-musuh tersebut. Insya-Allah, anda tidak akan terlihat oleh mereka, malah
mereka akan tergamam dan terpukau berkat ayat tersebut dengan izin Allah. Amalan ini pernah dilakukan
oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda dikepung oleh orang-orang kafir Quraisy.

PENGGELAP MATA MUSUH

Semasa anda dikepung oleh musuh atau berhadapan dengan musuh, ambilkan debu atau pasir dan bacakan
ayat di atas sebanyak 7 kali. Kemudian, taburkan ke arah muka musuh. Insya-Allah, akan gelap
pandangannya, hilang pendengarannya (untuk seketika). Itulah masa yang sesuai untuk anda melepaskan
diri.

SERBAGUNA:

70 © Suhadi Sahari 2007


RAHSIA BISMILLAH

Sesiapa yang yakin dengan tulus ikhlas pada bacaan di atas (“Bismillahirrahmanirrahim”), insya-Allah
akan mampu berjalan di atas air, menjadi penawar jika termakan racun, senjata tajam tidak memberi kesan,
penawar baginya segala bisa, syaitan tidak mampu bersubahat dalam pekerjaannya, diberkati segala
usahanya, sentosa sebarang perkara dan mustajab segala hajatnya.

RAHSIA BISMILLAH 6

Malaikat Jibrail telah menjelaskan khasiat-khasiat Bismillah 6 ini kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti
berikut:

Barang siapa membaca dengan hati yang ikhlas dan yakin sepenuhnya kepada Allah, insya-Allah
segalanya akan dimakbulkan. Di antaranya:

1. Makbul segala hajat dan cita-citanya.


2. Luas rezekinya.
3. Jika dihembuskan pada wanita, akan wujud kasihnya.
4. Menang dalam peperangan.
5. Penerang hati.
6. Dijauhkan daripada penyakit.
7. Dibacakan 70 kali setiap hari, amanlah kita daripada segala ancaman raja-raja atau pembesar zalim
yang hendak membunuh kita.
8. Dibacakan pada tempat yang suci boleh melihat malaikat, jin dan syaitan.
9. Dibacakan pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang yang di dalam kubur.
10. Aman daripada haiwan buas.
11. Air laut menjadi tawar.
12. Terlepas daripada pembunuhan jika dibacakan pada tubuh badan.

71 © Suhadi Sahari 2007


13. Jika ditulus dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah, akan amanlah ia daripada sebarang
gangguan haiwan dan manusia.
14. Selamat daripada bahaya ancaman musuh.
15. Selamat daripada karam di laut.
16. Bacakan pada minyak di malam Jumaat 3 kali boleh memudahkan wanita bersalin (untuk
diminum).
17. Bacakan pada apa-apa benda, kemudian direndam ke dalam air selama 3 atau 7 hari, insya-Allah
akan mendapatkannya.
18. Jika dibaca pada telinga kanan orang yang pekak 7 hari berturut-turut. Insya-Allah, boleh
mendengar semula.
19. Dibacakan 3 kali pada orang gila akan hilang gilanya.
20. Dibacakan 3 kali pada orang yang dirasuk iblis, akan lari iblisnya.
21. Boleh menawarkan segala jenis bisa.
22. Terlepas dari penjara jika dibacakan bersungguh-sungguh.
23. Dan sebagainya.

BISMILLAH 9

Amalkanlah membaca Bismillah 9 setiap selepas sembahyang fardu atau bila-bila masa yang difikirkan
sesuai kerana khasiatnya sangat besar. Di antaranya:

1. Menjadi pagar dalam sebarang kecemasan.


2. Tidak terbinasa oleh musuh melainkan beroleh kemenangan.
3. Segala hajat dan keinginan akan dihasilkan oleh Allah.
4. Dan sebagainya.

RAHSIA BACAAN KURSI

72 © Suhadi Sahari 2007


Barang siapa membaca Ayatul Kursi 1 kali (sebelum memulakan sesuatu atau sebagai amalan), maka
akan terhapuslah segala kecelakaan dan mara bahaya. Dibacakan 2 kali, akan tertulis di kalangan orang
yang bahagia. Dibacakan 3 kali, akan meminta keampunan baginya para malaikat. Dibacakan 4 kali, para
ambia akan memintakan syafaat baginya daripada Allah. Dibacakan 5 kali, akan tertulis di kalangan orang-
orang yang beroleh kebajikan. Dibacakan 6 kali, sekalian ikan di laut akan meminta keampunan untuknya
dan dipelihara dirinya daripada segala kejahatan syaitan. Dibacakan 7 kali, ditutupkan Allah baginya 7
pintu neraka. Dibacakan 8 kali, dibukakan Allah baginya 7 pintu syurga. Dibacakan 9 kali, disampaikan
dan dimakbulkan permintaannya dunia dan akhirat dan jika dibacakan 10 kali, Allah akan melimpahi
rahmat dan belas kasihan kepadanya, dikasihi Allah dan dijauhkan segala azabNya.

AYAT 7

Amalkanlah membaca Ayat 7 ini pada pagi, petang dan bila-bila masa yang perlu. Insya-Allah, anda akan
terpelihara daripada segala kebinasaan dan bala bencana sama ada daripada perbuatan ghaib atau pun yang
nyata, jin, syaitan, haiwan, manusia dan bencana lain.

AYAT 5

73 © Suhadi Sahari 2007


Ayat 5 di atas juga dikenali sebagai Ayat Nashr. Ayat ini jika diamalkan membacanya (bila-bila masa)
akan menjadi penolak kejahatan jin, syaitan dan haiwan buas. Jika dibaca semasa berhadapan dengan
musuh, insya-Allah terpelihara daripada kejahatannya. Apabila dibaca (atau dijadikan azimat) semasa
berperang, akan menjadi pelindung yang tiada ditembusi.

AYAT 1

Maknanya: “Allahlah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan
kamu. Tiada perbalahan antara kita dan Allah menghimpunkan kita dan kepadaNyalah kita kembali.”.

Amalkan membaca Ayat 1 di atas ketika berhadapan dengan musuh, orang-orang zalim atau haiwan buas.
Insya-Allah, anda akan terlepas daripada aniaya dan kejahatannya.

ISIM ‘AZAM 2

74 © Suhadi Sahari 2007


Maknanya: “Ya Allah, Tuhan yang hidup, Tuhan yang berdiri sendiri, ya Tuhan kami. Tuhan segala
sesuatu, Tuhan yang Maha Esa. Tiadda Tuhan yang patut disembah, hanya Engkau wahai Tuhan kami”.

Diriwayatkan bahawa semasa zaman Nabi Sulaiman a.s, istana Ratu Balqis dari negeri Saba’ (kerajaan
jin) telah dipindahkan ke dalam kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Menurut riwayat, pemindahan tersebut telah
dilakukan oleh seorang wali Allah yang bernama Usthum Al-Arif Billah. Inilah isim ‘azam (seperti di atas)
yang sering diamalkan oleh wali Allah tersebut sehingga mampu melakukan sesuatu yang luar biasa.
Amalkanlah sambil berniat akan hajat anda. Insya-Allah, dimakbulkan Allah.

ISIM ‘AZAM 3

Maknanya: “Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu, tiada Tuhan yang patut disembah, hanya Dia
yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alif Laam Miim. Allah, Dialah Tuhan yang mutlak disembah, tiada
Tuhan selain Dia, hanya Dia yang Maha Hidup dan berdiri sendiri. Aku meminta kepadaMu ya Allah,
bahawa aku menyaksikan tiada Tuhan yang patut disembah selain Engkau yang Maha Esa. Engkau
tempatku meminta, Engkau tidak dilahirkan dan tidak melahirkan dan tiada sesiapa pun jua yang
menyekutui Engkau”.

Bacalah isim ‘azam di atas dan niatkan hajat anda. Insya-Allah, segala-galanya akan dimakbulkan.
Diriwayatkan oleh Imam Abi Hamid Al-Ghazali.

AYAT 1000 DINAR

Ayat ini banyak faedahnya, di antaranya:

1. Jika diamalkan setiap selepas sembahyang sekurang-kurangnya 3 kali, insya-Allah akan mendapat
1000 faedah.
2. Akan diberikan jalan keluar oleh Allah daripada sebarang kesukaran hidup dan kesusahan.
3. Akan disampaikan segala hajat dan cita-cita oleh Allah.
4. Terlindung daripada sekalian bala di laut mahu pun di darat.
5. Jika bertempur, tidak akan binasa oleh senjata musuh.
6. Tidak akan binasa oleh sebarang pemukul besi atau apa jua benda bahaya.
7. Tidak akan binasa oleh api kebakaran.
8. Dan seumpamanya.

75 © Suhadi Sahari 2007


Amalkanlah membacanya sekurang-kurangnya 3 kali selepas sembahyang fardu, semasa keluar rumah,
sebelum tidur dan sebagainya.

KAF 40

Kaf 40 di atas mempunyai 40 khasiat, di antaranya adalah:

1. Semasa ingin melangkah, bacalah 3 kali dan hembuskan ke kanan, kiri dan hadapan. Kemudian,
genggamkan tangan dan kuncikan jari-jari kaki. Berjalanlah dan sesudah beberapa langkah,
barulah dibuka genggaman tersebut. Insya-Allah, anda akan terpelihara daripada sebarang
gangguan musuh.
2. Untuk menggelapkan mata musuh, bacakan 3 kali pada pasir dan hamburkan pada musuh. Insya-
Allah, musuh tidak akan nampak anda.
3. Bacakan 7 kali pada pasir dan hamburkan pada sekumpulan musuh. Insya-Allah, mereka akan
berkelahi sesama sendiri.
4. Sekiranya musuh terlalu ramai, bacakan sebanyak 40 kali dan hembuskan pada musuh-musuh.
Insya-Allah, mereka tidak akan nampak anda.
5. Dan sebagainya.

LAIN-LAIN:

MEMBALIKKAN ILMU HITAM

Untuk membalikkan ilmu hitam (serangan gimbar kafir, polong, santau, roh jahat, hantu raya dan
seumpamanya), amalkanlah sebagai berikut:

1. Lakukanlah sembahyang hajat 2 rakaat di waktu tengah malam.


2. Selesai sembahyang, bacalah sebanyak 1153 kali ayat di bawah (Surah An-Najm, ayat 58):

3. Setiap 100 kali bacaan, selangkan dengan bacaan doa di bawah:

(Sebutkan namanya)

76 © Suhadi Sahari 2007


Maknanya: “Ya Allah, dengan berkat ayat yang mulia ini serta rahsia-rahsia murni yang terdapat
padanya, Engkau palingkanlah daripadaku tipu daya …(sebutkan namanya)… dan kejahatannya. Ya Allah,
kembalikanlah tipu jahatnya kepadanya sendiri. Ya Allah, berilah kebimbangan kepadanya dengan suatu
kebimbangan yang tiada mampu dikembalikannya. Ya Allah, ya Allah, ya Allah.”.

4. Setelah selesai, bacalah ayat di bawah (dari Surah Yasin, ayat 58) ssebanyak 818 kali:

Maknanya: “Selam sebagai ucapan selamat daripada Tuhan yang Maha Penyayang”.

Insya-Allah, akan binasalah pengamal ilmu hitam yang zalim tersebut terkena ilmunya sendiri dengan izin
Allah.

TAKUTKAN MUSUH

Letakkan apa-apa senjata di hadapan anda (keris umpamanya). Lakukanlah sembahyang Istiharah 2
rakaat. Setelah selesai, bacakan “Ya zal jalali wal ikram” sebanyak 7 kali dan angkat senjata tersebut ke
udara dan bertindak seakan menyerang-nyerang musuh tersebut. Iktikadkan di dalam hati seperti berikut:
“Ya Allah, ya Tuhanku. Engkau nampakkanlah perbuatanku ini kepada si …(sebutkan
namanya)…”. Insya-Allah, musuh akan ketakutan dan apabila bertemu dengan anda dia akan menjauhkan
diri dan tidak berana membuat mudarat.

77 © Suhadi Sahari 2007


PENUTUP

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para
pembaca sekalian.

Kami berharap anda berpuas hati dengan isi kandungan buku “Ilmu Batin Pahlawan” ini yang telah
diolah seperti seadanya agar tidak mengecewakan mana-mana pihak. Namun begitu, kami memohon ribuan
maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana
pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik jadikanlah panduan dan apa yang kurang
baik jadikanlah sempadan.

Sekian. Terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

78 © Suhadi Sahari 2007