(KRITIKAN JURNAL)
KANDUNGAN HALAMAN
TAJUK TUGASAN 3
1.0 PENGENALAN 4
4.0 KESIMPULAN 20
BIBLIOGRAFI 21
LAMPIRAN 22
KRITIKAN ARTIKEL
Antara kekuatan yang terdapat dalam artikel ini ialah penulis artikel telah
mendedahkan kepada pembaca tentang pendidikan pembangunan lestari yang
diamalkan dalam Malaysia secara terperinci. Pembaca juga dapat mengetahui dan
memahami aspek-aspek berkaitan pendidikan pembangunan lestari yang
dilaksanakan di Malaysia melalui artikel ini dengan baik. Daripada kajian ini, penulis
dapat mencapai objektif kajian melalui hasil kajian menunjukkan bahawa tingkah
laku ESD ibu bapa atau penjaga di Bandar adalah lebih baik berbanding dengan luar
bandar. Seterusnya, terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan Program
SLAAS dan pengetahuan kandungan ESD pelajar dan pengetahuan ESD ibu bapa
atau penjaga. Artikel ini berinformasi dan sesuai dengan pembaca yang ingin
mendalami pendidikan pembangunan lestari serta hubungan kesedaran antara ibu
bapa dengan pelajar terhadap ESD.
Selain itu, kekuatan yang ada pada artikel ini ialah penulis telah mendalami
dan mengaitkan kajian-kajian yang berkenaan pembangunan lestari yang
mengupasnya dengan baik. Penulis amat peka terhadap perubahan dan cara
pelaksanaan yang berlaku dalam pendidikan. Penulis mempunyai pengetahuan dan
fikiran yang tersendiri untuk mengemukakan pendapat beliau. Dari situ, penulis
dapat merumuskan serta menghubungkan konsep kajian tersendiri. Penulis
menyediakan kenyataan untuk menyokong hujah beliau. Pembaca yakin dengan
olahan penulis kerana sokongan daripada bahan bacaan atau kajian yang lain telah
diselitkan. Rujukan penulis juga didapati mencukupi. Dengan memasukkan jurnal,
artikel dan kajian yang lebih banyak sebagai rujukan, artikel ini menjadi lebih
menyakinkan.
Cara susunan fakta dan maklumat penulis juga merupakan salah satu
kekuatan dalam artikel ini. Penulis menyusun maklumat beliau dengan menarik di
mana tajuk utama dan sub topik dipisahkan. Perenggan fakta juga penting dalam
sesuatu artikel dan penulis telah membuat yang terbaik dalam memudahkan ayat-
ayat dan idea supaya lebih senang difahami oleh pembaca.
Di samping itu, antara kekuatan artikel ini adalah penulis selitkan data-data
sokongan emperikal untuk artikel beliau. Data-data emperikal berkenaan hasil kajian
dan perbincangan telah ditunjukkan dalam bentuk jadaul. Jadual-jadual seperti nilai
kebolehpercayaan item soal selidik pelajar dan ibu bapa atau penjaga, latar
belakang pelajar, taburan kekerapan demografi responden ibu bapa atau penjaga,
latar belakang pendidikan alam sekitar ibu bapa atau penjaga, perbezaan
pengetahuan, tingkah laku dan komitmen ESD ibu bapa atau penjaga Bandar dan
luar Bandar serta hubungan pembolehubah kesedaran ESD pelajar dengan
kesedaran ESD ibu bapa atau penjaga. Rajah-rajah seperti interaksi SLAAS dengan
pelbagai pihak dan penglibatan ibu bapa atau penjaga mengikuti aktiviti SLAAS
Bandar dan luar Bandar untuk mengukuhkan hujahan beliau. Data-data yang
ditunjukkan merupakan salah satu cara untuk meyakinkan pembaca dalam
membaca huraian penulis.
Kekurangan artikel ini boleh dilihat dari segi penulis tidak memeriksa kesalahan
menaip dan ejaan. Kesalahan sebegini merendahkan nilai jurnal ini. Sebelum
menerbitkan jurnal, penulis perlu memurnikan dengan meminta pendapat pengkaji
yang lain. Selain itu, penulis tidak mengaitkan kajian dengan teori. Terdapat
beberapa teori yang berkaitan dengan tingkah laku seperti skinner dan sebagainya.
4.0 KESIMPULAN
5.0 BIBLIOGRAFI
Huckle J (2010) ESD and the current crisis of capitalism: teaching beyond green new
deals. Journal of Education for Sustainable Development 4(1), 135–142.
Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Alam Sekitar dan
Pembangunan (LESTARI) (2012) Asas pembentukan Sekolah Lestari
Anugerah Alam Sekitar.(Ed.ke-3). Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya.
Norshariani AR (2009) Kajian tingkah laku terhadap amalan penjagaan alam sekitar
dalam kalangan pelajar (Tesis Sarjana). Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nurul Hidayah LA, Haryati S, Seow Ta Wee (2013) Pengetahuan murid dan
perkaitan ibu bapa terhadap kesedaran alam sekitar: Satu kajian awal. Jurnal
Teknologi 64 (1), 51-57.
Economics 7, 1-15.