Anda di halaman 1dari 4

Pendirian Pembangkang : KELESTARIAN ALAM SEKITAR BUKAN TANGGUNGJAWAB

BERSAMA MELIHAT KEPADA TINDAKAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN TIDAK


MENYOKONG USAHA KELESTARIAN ALAM SEKITAR.

Hujah 1 : SIKAP MASYARAKAT YANG TIDAK PRIHATIN TERHADAP USAHA KELESTARIAN


ALAM SEKITAR

Hujah 2 : SIKAP SYARIKAT SWASTA YANG MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN BERBANDING


USAHA KELESTARIAN ALAM SEKITAR.

Hujah 3 PENGUATKUASAAN KERAHAAN YANG LEMAH MENYEBABKAN UNDANG-


UNDANG TIDAK EFEKTIF

Pendirian Pembangkang : : KELESTARIAN ALAM SEKITAR BUKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA


MELIHAT KEPADA TINDAKAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN OLEH KOMPONEN MASYARAKAT
YANG TIDAK MENYOKONG USAHA KELESTARIAN ALAM SEKITAR.

Hujah 1 : : SIKAP MASYARAKAT YANG TIDAK PRIHATIN TERHADAP USAHA KELESTARIAN ALAM
SEKITAR

Isu 1 : Sikap masyarakat yang sering melanggar peraturan berkaitan kelestarian alam
sekitar.
- Kita perlu menyedari bahawa sekuat mana usaha melestarikan alam sekitar tetap
berdepan kegagalan apabila tiada pihak yang berkerjasama menyelesaikan isu.
- Walaupun sudah banyak kempen-kempen yang dijalankan namun susah untuk kita
mengubah mentaliti masyarakat kita yang suka mengambil mudah sesuatu perkara.
- contohnya; di kawasan yang terang-terangan diletakkan papan tanda dilarang
membuang sampah adalah kawasan paling kotor dengan sampah sarap yang dibuang.
 Begitu juga dalam isu, pembakaran terbuka yang sering diamalkan oleh masyarakat kita
sama ada di desa atau di taman-taman perumahan.
 Malah, lebih memburukkan keadaan lagi ialah situasi-situasi di kawasan peranginan
seprti pantai,sungai dan air terjun yang cukup banyak sampah walaupun papan tanda
larangan serta kempen telah banyak dihebahkan melalui media massa.
 Lalu, kita boleh simpulkan bahawa tindakan menjaga kelestarian alam sekitar ini
hanyalah seolah-olah usaha kerajaan yang dipandang sepi oleh sebahagian masyarakat.
- Kita akui bahawa ada masyarakat yang menyahut kempen-kempen kesedaran ini, tetapi
sebahgian besar masyarkat masih lagi sambilewa dan sebab itu kita melihat impak
negatif sikap masyarakat ini lebih besar daripada impak positif.
- Buktinya, Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar yang mendapati bahawa
i) 1,456 kes saman telah dikeluarkan di seluruh Malaysia pada tahun 2013,
ii) 297 saman ini masih tertunggak di belum diselesaikan
iii) 435 kes saman ini adalah kes yang berulang membabitkan individu yang sama

- Apakah kesan daripada masalah masyarakat yang masih rendah kesedaran ini hingga
apabila disaman pun masih tiada unjuran perubahan ke arah yang lebh positif.
- Kesannya, menurut Jabatan Alam Sekitar, laporan pada tahun 2015 mendapati bahawa

1. terdapat 12 buah sungai yang tercemar akibat sampah sarap


2. 30 buah pantai yang tercemar akibat sampah sarap

Isu 2 : inisiatif kerajaan yang tidak mendapat sambutan masyarakat.


- Tatkala kerajaan kita sibuk merangka usaha-usaha yang boleh dilakukan dengan
sokongan masyarakat, masyarakat kita tidak menyahut seruan kerajaan sebaliknya
melepaskan tanggungjawab itu kepada kerajaan semata-mata
- Contohnya, pada tahun 2014, kerajaan telah memperkenalkan polisis mewajibkan
pengasingan sampah mengikut jenis bahan yang boleh dikitar semula.
- -> Menurut kajian Jabatan Alam Sekitar pada 2015, Keberkesanan mekanisme ini
hanyalah 13.8%. ini membuktikan masyarakat tidak mengamalkan polisi kerajaan
malah melepaskan tanggungjawab kepada pihak kerajaan pula.
- Selain itu, kerajaan negeri Selangor pada 2015 telah memperkenalkan polisi
memansuhkan beg plastik di pasaraya di negeri itu, namun membenarkan penggunaan
beg plastik dengan caj 20 sen.
- Hasilnya, menurut laporan Kumpulan Darul Ehsan Waste Management, hanya 11.2%
sahaja yang tidak menggunakan beg plastik sebaliknya 79.5% sanggup membayar 20
sen dan menghiraukan situasi alam sekitar yang tercemar akibat beg plastik yang
mengancam hidupan marin.

- Kajian persepsi daripada Institut Sosial Malaysia terhadap 4,718 responden berusia 25-
55 tahun mendapati bahawa

1. 65.8% masyarakat lebih sanggup berbelanja untuk beg plastik kerana sudah terbiasa
dengan penggunaannya.
2. 76.3% masyarakat tidak mengamalkan pengasingan sampah kerana menganggap
sebagai membebankan.
3. 73.4% masyarakat menganggap bahawa kerajaan memainkan tanggungjawab yang
lebih besar terhadap alam sekitar.

- hal ini jelas membuktikan bahawa sikap lepas tanggungjawab yang dimainkan oleh
masyarakat kepada kerajaan adalah faktor utama mengapa kelestarian alam sekitar
terjejas.

Hujah 2 : : SIKAP SYARIKAT SWASTA YANG MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN BERBANDING USAHA


KELESTARIAN ALAM SEKITAR.

Isu 1 : Polisi syarikat swasta yangmengabaikan usaha kelestarian alam sekitar.

- Pembangunan adalah sebuah faktor yang cukup memberi pengaruh besar kepada
perubahan alam sekitar.
- Pensyarah Sains Alam Sekitar Universiti Malaysia Terengganu, Dr. Lam Shu Siung
berkata kita tidak dapat menolak hakikat bahawa pembangunan dan perindustrian
memberi kesan kepada alam sekitar dari segi perubahan iklim hasil fenomena kesan
rumah hijau dan pulau haba.
 Syarikat-syarikat swasta yang menjalankan kegiatan perindustrian banyak melepaskan
zarah-zarah kimia yang merbahaya seperti Karbon Monoksida ke atmosfera yang
menyumbang kepada pemanasan global.
 Namun, Kerajaan telah berusaha menangani isu ini melalui penglibatan dalam Konvensyen
Pemanasan Global dan Perubahan Iklim (COP21) di Copenhagen, Denmark di mana,
konvensyen tersebut menekankan keperluan sektor perindustrian untuk mengawal
pelepasan karbon dengan menggunakan teknologi hijau yang mesra alam.
- Namun, menurut Dato’ Maximus Ongkili, mantan menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air, sewaktu membentangkan kertas kerja Simposium Hala Tuju Teknologi dalam
Perindustrian 4.0 (IR 4.0), beliau menjelaskan perkembangan teknologi hijau kini
masih lagi rendah di mana banyak syarikat-syarikat pembuatan tidak memasang alat
penapis “cataltic” pada cerobong asap kilang.
- Sehubungan itu, beliau berasa kesal kerana tindakan tersebut seolah olah sektor swasta
melepaskan tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada kerajaan dan tidak
memainkan tanggungjawab bersama.
- Menurut laporan kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 2014, penggunaan
alat tapisan asap pada cerobong asap kilang hanya sebanyak 12.8% sahaja walaupun
kerajaan telah menggalakkan syarikat-syarikat swasta untuk mengikut polisi kerajaan
demi menjaga kelestarian alam sekitar.
- Hal ini jelas menunjukkan bahawa kegagalan pihak swasta mengikut polisi alam sekitar
kerajaan menyababkan usaha melestarikan alam sekitar tertangguh dan peranan yang
sepatutnya dimainkan bersama gagal berlaku.

Isu 2 : pembangunan yang mengancam alam sekitar.

- Syarikat swasta juga banyak yang mementingkan keuntungan semata-mata dan demi
mencapai matlamat tersebut, mereka telah menggadaikan kelestarian alam sekitar.
- Menurut kajian Jabatan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, sejak 2011, sebanyak 28
projek pembangunan “chalet” dan resort di kawasan persisiran pantai di Pulau
Perhentian telah menghakis kawasan liputan Batu Karang di mana kawasan liputan batu
karang telah merosot sebanyak 6.3%
- Hal ini disebabkan oleh kegiatan menambak pantai yang tidak terkawal dan berlebihan
serta pencemaran sisa buangan tapak binaan di kawasan sekitar yang telah
menyebabkan kawasan liputan batu karang ini mengalami kemerosotan.
- Kemerosotan kawasan liputan batu karang ini adalah sangat merbahaya kerana menjadi
habitat kepada puluhan hidupan marin dan juga keseimbangan ekosistem marin.
- Inilah bukti bagaimana projek pembangunan yang diserahkan kepada syarikat swasta
gagal memelihara alam sekitar disebabkan oleh ketidak patuhan kepada garis panduan
yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
- Rangkumannya, pihak swasta dilihat tidak serius dalam menjalankan tanggungjawab
dalam isu iini dan melepaskan tanggungjawab ini kepada kerajaan sedangkan usaha
kelestarian alam sekita ini adalah tanggungjawab bersama.

Hujah 3 : PENGUATKUASAAN KERAHAAN YANG LEMAH MENYEBABKAN UNDANG-UNDANG


TIDAK EFEKTIF

Isu 1 : Kurang pemeriksaan sehingga membuka ruang kepada penerokaan haram.

- Kelemahan penguatkuasaan undang-undang memberi kesan kepada aktiviti-aktiviti


haram yang menyebabkan alam sekitar terjejas teruk malah adakalanya menjadi
musibah bencana untuk kita sama-sama insafi.
- Kita pasti tidak melupakan tragedi tanah runtuh dan banjir lumpur yang melanda
kawasan tanah tinggi Cameron Highland.
- Laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Disember 2011 menyaksikan kira-kira 7
orang maut dalam kejadian tanah runtuh yang menghempap 3 buah rumah orang asli
dan disusuli oleh banjir lumpur yang serius hingga melumpuhkan sebahagian besar
kawasan Brinchang.
- Hasil siasatan daripada Majlis Bencana Negara mendapati, berlaku kegiatan pembukaan
tanah pertanian haram yang dikendalikan oleh pendatang asing tanpa izin.
- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tuan Haji Hashim b. Daud mengakui
kelemahan pemantauan membuka ruang perkara tersebut.
- Seterusnya, tragedi banjir besar di Kuala Krai Kelantan yang juga disebabkan oleH
aktiviti pembalakan tanpa kawalan. Hasil kajian Kementerian Air, Tanah dan Sumber
asli menyatakan kelemahan pihak penguatkuasaan kerajaan negeri yang gagal
memantau aktiviti pembalakan selepas memberikan lesen kemajuan.
- Hal ini membuktikan bagaiman kelemahan penguatkuasaan menyebabkan
keseimbangan alam sekitar terjejas. Dalam konteks tanah runtuh yang berlaku, struktur
kekuatan tanah yang selama ini dicengkam oleh akar-akar pokok menjadi lemah akibat
pembalakan dan penerokaan tanpa kawalan undang-undang.
- Tambahan pula, kedua-dua tragedi ini menyebabkan musibah bencana melanda
manusia dan harus menjadi peringatan bahawa apabila tanggungjawab melestarikan
alam swkitar diambil mudah dan tidak dilaksanakan secara bersama, semua manusia
akan mendapat implikasi negatif.

Anda mungkin juga menyukai