Anda di halaman 1dari 5

BINCANGKAN ISU-ISU SELEPAS MERDEKA DI ASIA TENGGARA

1. Pemilihan pemimpin
2. Pertahanan
3. Keselamatan
4. Hubungan antara bangsa

1. Pemilihan pemimpin
Tidak dinafikan bahawa terdapat isu pemilihan pemimpin selepas merdeka di Asia
Tenggara. Isu pemilihan pemimpin ini jelas berlaku di beberapa buah negara di Asia
Tenggara. Pemilihan pemimpin penting bagi memastikan keamanan dan perkembangan
sesebuah negara di Asia Tenggara. Sebagai contoh, isu pemilihan pemimpin ini boleh
dilihat di negara seperti Kampuchea dan Filipina. Pertama sekali, isu pemilihan pemimpin
di Kampuchea boleh dijelaskan dengan pengulingan kuasa dalam pemerintahan negara.
Kampuchea atau kemboja telah mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 9
November 1953 dan telah melantik Sihanaouk menjadi pemerintah. Beliau telah
melepaskan tampuk pemerintahan dan memberikan tanggungjawab tersebut kepada
Ayahandanya. Kemboja yang tidak terlibat dalam peperangan sejak mereka merdeka
tetapi keadaan berubah apabila berlakunya perang saudara di antara rejim Lon Nol dan
Pol Pot yang mengakibatkan ribuan nyawa terkorban. Lon Nol telah mengambil alih
pentadbiran daripada Sihanaouk pada Mac 1970 yang membawa ideologi komunisme.
Lon Nol telah menjalankan pembersihan etnik Vietnam di Kemboja sebelum pentadbiran
tersebut di ambil alih oleh Pol Pot. Pol Pot memimpin persatuan Khmer Merah untuk
melakukan gerakan gerila bagi mengulingkan pemerintahan Sihanaouk dan Lon Nol.
Khmer Merah telah mengambil alih Kampuchea pada 17 April 1975. Contoh seterusnya,
isu pemilihan pemimpin di Filipina. Pada Jun 1898 kemerdekaan Filipina telah
diisytiharkan dengan penuh istiadat di Ibu Pejabat milik Aguinaldo di Kawet. Pada 23 April
1946 telah berlaku pilihan umum yang bertama di negara ini. Isu pemilihan pemimpin ini
dapat dilihat pilihan umum yang dilaksanakan. Kaum petani di Daerah Luzon Tengah
misalnya menyokong partai Democratic Alliance Party dengan calon ketua Luic Tarruc
dan wakil Jesuus Lava. Namun, mereka telah ditolak menjadi Presiden dan wakil presiden
kerana dituduh menggunakan penggelapan wang dan kekerasan untuk memenangi
pemilihan ini. Oleh itu, Manuel Roxas telah terpilih menjadi Presiden pertama negara
Filipina. Selesai sahaja tampuk pemerintahan Presiden Roxas, Filipina telah mengalami
beberapa isu dalam pilihan raya yang menjurus kepada pemilihan pemimpin iaitu Presiden
yang baharu.

2. Pertahanan
Kemerdekaan yang dikecapi oleh negara-negara Asia Tenggara sama ada bebas
daripada penjajahan British, Amerika Syarikat, Perancis, Belanda dan sebagainya
membawa kepada penekanan dalam pertahanan negara. Misalnya, sebelum
pembentukan Malaysia, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju untuk
menandatangani satu perjanjian pertahamam dan akan menerima bantuan serta kerjasam
daripada United Kingdom (UK). Melalui perjanjian pertahanan ini ianya dapat membantu
Persekutuan Tanah Melayu dalam pertahanan luar yang mana turut membantu
mempertahankan anggota komanwel. Pembentukan Malaysia pada 1963 membawa
kepada pengenalan Dasar Pertahanan Negara (DPN) yang sebenarnya telah diamalkan
sejak tahun 1957. DPN ini menekankan pelbagai aspek seperti kepentingan kawasan
serantau kepada Malaysia, konsep pertahanan dan prinsip pertahanan negara bagi
melindungi dan mempertahankan kepentingan Malaysia kepada negara berteraskan
kepada keutuhan wilayah, kedaulatan negara serta kesejahteraan ekonomi. Dari segi
pertahanan ini juga, dapat dilihat melalui negara Filipina. Sebagai contoh, Filipina telah
menghadapi masalah berkaitan pemberontakan Hubalahap yang telah membawa kesan
negatif kepada perkembangan Filipina. Akibat daripada penyebaran pemberontakan
tersebut, maka Filipina telah mengatur langkah dengan mengadakan hubungan dengan
Amerika Syarikat. Dalam konteks ini,General Headquarters Armed Forces telah
bertanggungjawab untuk menyusun dan mengatur semula angkatan tentera dan
Angkatan Tentera Pertahanan Kebangsaan. Di Filipina juga mempunyai jawatan
Setiausaha Pertahanan Negara yang dikenali sebagai Ramon Magsaysay yang diberikan
kepercayaan untuk menentang komunis di Luzon demi menjaga keselamatan dan
pertahanan negara tersebut daripada ancaman komunis. Melalui pimpinan Ramon
Magsaysay menampakkan keberhasilan penyelarasan pasukan tentera di bawah Jabatan
Pertahanan Nasional Jika ditelusuri semula semasa pemerintahan Presiden Rexos, beliau
telah banyak mengadakan perjanjian dengan Amerika Syarikat antara perjanjian tersebut
termasuklah Perjanjian Pengkalan Tentera, Perjanjian Bantuan Tentera dan Persetiaan
Pertahanan Bersama.

3. Keselamatan

Umum mengetahui bahawa sesebuah negara yang berjaya mencapai kemerdekaan akan
menekankan aspek keselamatan bagi negara mereka yang mana ianya turut berlaku di
negara-negara Asia Tenggara sendiri. Selepas mencapai kemerdekaan daripada penjajah
maka negara-negara Asia Tenggara ini menunjukkan matlamat mereka untuk
mengukuhkan dan menstabilkan keselamatan negara mereka daripada sebarang campur
tangan asing. Sebagai contoh, negara Myanmar telah menyertai perjanjian ASEAN yang
terdiri daripada negara-negara Asia Tenggara yang lainnya. Perjanjian ini berkonsepkan
ZOPFAN iaitu Zon Aman,Bebas dan Berkecuali. Penubuhan ZOFPAN ini adalah bertujuan
untuk menjadikan rantau Asia Tenggara aman dan bebas daripada senjata nuclear.
Menurut Paridah Abdul Samad dan Mokhtar Muhammad (1995) “ASEAN’s Role and
Development as a Security Community” yang menerangkan ASEAN boleh bertindak
sebagai sebuah organisasi keselamatan dan pertahanan. Malahan berdasarkan artikel
“Security Co-operation in ASEAN” juga membincangkan peranan ASEAN dalam
kerjasama keselamatan. Artikel ini juga mengatakan kerjasama di rantau Asia seperti
perjanjian mengenai pertahanan antara negara anggota serta isu yang timbul seperti
masalah komunis, campur tangan negara-negara besar, masalah kemboja dan
sebagainya. Contoh lain dapat dilihat dalam isu keselamatan ini adalah seperti masalah
mengenai tuntutan Filipina terhadap Sabah. Isu yang timbul membawa kepada penekanan
soal keselamatan selepas menunjukkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan diplomasi.
Isu Filipina ini sehingga sekarang masih belum ditutup meskipun tidak ada sebarang
tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib.

4. Hubungan Antarabangsa
Rantau Asia Tenggara pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an merupakan sebuah rantau
yang bergolak serta menghadapi beberapa masalah dalaman. Perang Dingin yang
menyaksikan persaingan ideologi Timur dan Barat turut memberikan tempias kepada
rantau ini. Maka, apabila berhadapan dengan keadaan ini, setiap negara tersebut
mendapati mereka memerlukan satu mekanisme untuk mengurangkan masalah mereka.
Oleh itu, mereka menubuhkan ASEAN secara tidak langsung menerima konsep ini untuk
kepentingan mereka. Isu utama yang berlaku di negara anggota ini pada peringkat awal
termasuklah hampir kesemua negara yang menyertai pertubuhan ini pernah dijajah oleh
kuasa besar kecuali Thailand. Indonesia misalnya pernah dijajah oleh Belanda, Filipina
oleh Sepanyol serta Malaysia dan Singapore pernah dijajah oleh Britain. Selain itu, isu
bangsa dan agama turut mempengaruhi keadaan ini. Melayu dan Islam misalnya
mendominasi Indonesia dan Malaysia, Thai/Buddha di Thailand, Melayu/Kritisan di
Filipina dan Cina/Buddha-Confucius di Singapura. Malah Indonesia dan Malaysia
diburukkan lagi dengan masalah etnik yang wujud. Sebagai contoh, Malaysia diburukkan
lagi dengan Peristiwa 13 Mei 1969 manakala Indonesia pula menghadapi krisis ekonomi
pada Mei 1998. Terdapat juga isu seperti Malaysia-Indonesia berhadapan isu Pulau
Sebatik dan hubungan Malaysia-Filipina juga terganggu oleh isu Sabah dan pelarian di
negeri ini. Akibat daripada keadaan ini, pertubuhan ASEAN yang ditubuhkan pada 1967
ini meletakkan Dasar Tidak Campurtangan (DTC) sebagai asas penubuhan kerjasama
tersebut. Dalam hhal ini DTC merujuk kepada penerimaan konsep kedaulatan dalam
hubungan antara negara di samping hak sesebuah negara bebas untuk bertindak dalam
hal ehwal domestic mereka tanpa mendapat tentangan, teguran atau ugutan daripada
mana-mana negara lain. Melalui prinsip ini, sesebuah negara jiran akan menghormati
segala keputusan atau tindakan yang diambil oleh negara yang terbabit.

Azizah Baharudin. ASEAN dan Keselamatan Serantau. Fakulti Sains Sosial. Universiti
Malaysia Sarawak. (1997).
Ben Kiernan. Conflict And Change In Cambodia. Routledge, Taylor & Francis Group. (2007).
Hlm Vii.
Benedict J. Kerkvliet. The Huk Rebellion : A Study of Peasant Revolt in the Philippines.
(University of California Press, 1977)
Christopher Paul, Colin P. Clarke, Beth Grill and Molly Dunigen. Paths to Victory. Detailed
Insurgency Case Studies : Philippines (Huk Rebellion). 1946-1956.
Hamzah Mohamed. “Clarifying the Claim on Sabah”. Asean Review. 19 Jun 1976.
Mohd. Rizal Mohd. Yaakop. Dasar Keselamatan Dan Pertahanan Malaysia: Warisan
Penjajahan Dan Era Pasca Kemerdekaan. (2007). JEBAT 34. 17-28.
Satria Krisnaditya Permana. Perkembangan Demokrasi Kemboja. (2015). Hlm 4.
Zrul Azlan Abdul Rahman dan Sharifah Munirah Alata. Hubungan ASEAN-SINO: Antara
Order Asia atau Dilema “China’s Rise”. Faculty Social Sciences and Humanities. Universiti
Kebangsaan Malaysia. (2017). Vol. 12 (1).

Respon 1 : Ikmal
Assalammualaikum saudara. Terima kasih atas perkongsian saudara. Namun saya ingin
berkongsi sedikit mengenai ASEAN yang mana wujudnya isu-isu seperti isu bangsa dan
agama turut mempengaruhi keadaan ini. Melayu dan Islam misalnya mendominasi Indonesia
dan Malaysia, Thai/Buddha di Thailand, Melayu/Kritisan di Filipina dan Cina/Buddha-
Confucius di Singapura. Terdapat juga isu seperti Malaysia-Indonesia berhadapan isu Pulau
Sebatik dan hubungan Malaysia-Filipina juga terganggu oleh isu Sabah dan pelarian di negeri
ini. Akibat daripada keadaan ini, pertubuhan ASEAN yang ditubuhkan pada 1967 ini
meletakkan Dasar Tidak Campurtangan (DTC) sebagai asas penubuhan kerjasama tersebut.
Respon 2 :Saiyi
Assalammualaikum saudari. Saya bersetuju dengan apa yang saudari bincangkan. Lon Nol
telah mengambil alih pentadbiran daripada Sihanaouk pada Mac 1970 yang mana beliau membawa
pemikiran komunisme. Lon Nol juga menjalankan pembersihan etnik Vietnam di Kemboja sebelum
rejim Lon Nol berjaya diambil alih oleh Pol Pot. Pol Pot telah memimpin persatuan Khmer Merah yang
melakukan gerakan gerila menentang pemerintahan Sihanaouk dan Marsekal Lon Nol sehinggalah
berjaya menggulingkan pemerintahan Sihanaouk pada tahun 1975. Tidak dinafikab, Khmer Rouge
mengambil alih Kemboja pada 17 April 1975 yang mana dibawah parti Demokratik Kampuchea, mereka
telah memecahkan kumpulan mereka kepada enam zon yang utama dan 32 kawasan. Tujuan utama
mereka adalah untuk menubuhkan unit yang besar dan kuat di setiap peringkat zon untuk
menggulingkan pemerintahan Lon Nol.

Respon 3 : Maisyarah

Assalammualaikum saudari. Saya bersetuju dengan apa yang saudari utarakan. Berdasarkan
pembacaan saya juga memperolehi kefahaman da nisi yang hampir sama. . Pemilihan
pemimpin penting bagi memastikan keamanan dan perkembangan sesebuah negara di Asia
Tenggara. Sebagai contoh, isu pemilihan pemimpin ini boleh dilihat di negara seperti Filipina.
Sebagai contoh, isu pemilihan pemimpin di Filipina. Pada Jun 1898 kemerdekaan Filipina
telah diisytiharkan dengan penuh istiadat di Ibu Pejabat milik Aguinaldo di Kawet. Pada 23
April 1946 telah berlaku pilihan umum yang bertama di negara ini. Isu pemilihan pemimpin ini
dapat dilihat pilihan umum yang dilaksanakan. Kaum petani di Daerah Luzon Tengah misalnya
menyokong partai Democratic Alliance Party dengan calon ketua Luic Tarruc dan wakil Jesuus
Lava. Seperti yang saudari nyatakan, mereka telah ditolak menjadi Presiden dan wakil
presiden kerana dituduh menggunakan penggelapan wang dan kekerasan untuk memenangi
pemilihan ini. Maka, Manuel Roxas telah terpilih menjadi Presiden pertama negara Filipina.
Berdasarkan pembacaan saya juga selesai sahaja tampuk pemerintahan Presiden Roxas,
Filipina telah mengalami beberapa isu dalam pilihan raya yang menjurus kepada pemilihan
pemimpin yang baharu bagi memastikan keamanan dan perkembangan negara tersebut.

Respon 4 : Hasanatulakma
Assalammualaikum saudari. Saya bersetuju dengan idea yang saudari katakan. Berdasarkan
kepada perkembangan dalam bidang ekonomi dan politik di rantau Asia Tenggara ini tidak
begitu menjanjikan keamanan dan kedamaian kepada rantau ini. Benar bahawa sebuah
pertubuhan yang berbentuk keselamatan dan pertahanan amat penting ditubuhkan di rantau
ini selain daripada berperanan untuk meningkatkan ekonomi dan sosial di rantau Asia
Tenggara. Izinkan saya berkongsi sedikit mengenai negara Myanmar. Misalnya, negara
Myanmar telah menyertai perjanjian ASEAN yang terdiri daripada negara-negara Asia
Tenggara yang lainnya. Perjanjian ini berkonsepkan ZOPFAN iaitu Zon Aman,Bebas dan
Berkecuali. Penubuhan ZOFPAN ini adalah bertujuan untuk menjadikan rantau Asia Tenggara
aman dan bebas daripada senjata nuclear. Menurut penulisan Paridah Abdul Samad dan
Mokhtar Muhammad (1995) “ASEAN’s Role and Development as a Security Community” yang
menerangkan ASEAN boleh bertindak sebagai sebuah organisasi keselamatan dan
pertahanan. Malahan berdasarkan artikel “Security Co-operation in ASEAN” juga
membincangkan peranan ASEAN dalam kerjasama keselamatan. Artikel ini juga mengatakan
kerjasama di rantau Asia seperti perjanjian mengenai pertahanan antara negara anggota
serta isu yang timbul seperti masalah komunis, campur tangan negara-negara besar, masalah
kemboja dan sebagainya.
Respon 5: piyah
Assalammualaikum saudari. Izinkan saya berkongsi sedikit dapatan saya. Seperti yang kita
sedia maklum rantau Asia Tenggara pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an merupakan
sebuah rantau yang bergolak serta menghadapi beberapa masalah dalaman. Negara-negara
yang terlibat menubuhkan ASEAN secara tidak langsung menerima konsep ini untuk
kepentingan mereka. Isu yang berlaku di negara anggota ini pada peringkat awal termasuklah
hampir kesemua negara yang menyertai pertubuhan ini pernah dijajah oleh kuasa besar
kecuali Thailand. Terdapat juga isu seperti Malaysia-Indonesia berhadapan isu Pulau Sebatik
dan hubungan Malaysia-Filipina juga terganggu oleh isu Sabah dan pelarian di negeri ini.
Akibat daripada keadaan ini, pertubuhan ASEAN yang ditubuhkan pada 1967 ini meletakkan
Dasar Tidak Campurtangan (DTC) sebagai asas penubuhan kerjasama tersebut. Dalam hhal
ini DTC merujuk kepada penerimaan konsep kedaulatan dalam hubungan antara negara di
samping hak sesebuah negara bebas untuk bertindak dalam hal ehwal domestic mereka
tanpa mendapat tentangan, teguran atau ugutan daripada mana-mana negara lain.

Anda mungkin juga menyukai