Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Kecergasan merupakan satu keadaan seseorang individu itu yang berkebolehan


menyaingi kehidupan yang seimbang serta lengkap secara keseluruhan yang melibatkan
social,psikologi,dan fisiologi.Ini dipengaruhi oleh keterunan (baka), persekitaran alam sekitar
dan gaya hidup ataupun tingkah laku.Kecergasan yang merangkumi aspek-aspek
kecergasan fizikal, mental, emosi, dan rohani.Hidup dengan selesa, sempurna, dan
bahagia.Hak setiap individu perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjamin
kehidupan yang lebih sihat, cergas dan lebih bermakna.Seseorang individu memerlukan
kesihatan tubuh badan dan kecergasan tubuh badan bagi mencapai hidup yang bahagia
dan harmoni.Menurut Haji Gapor Ahmad (2007), kecergasan adalah keupayaan dan
kemampuan melakukan sesuatu dengan sempurna.Kecergasan keseluruhan boleh
digambarkan sebagai keupayaan menjalani kehidupan sempurna serta mampu memberi
sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik.

Seseorang yang cergas akan dapat melakukan sesuatu perkara dalam keadaan yang
baik.Ini kerana tahap kecergasan yang ada pada individu tersebut adalah tinggi dan mampu
menandingi kerja yang dilakukan oleh individu tersebut.Kecergasan fizikal melibatkan fungsi
pergerakan anggota badan.Jika seseorang itu cergas tubuh badan mereka akan berfungsi
secara efisien menjalankan sebarang tugas atau aktiviti harian disamping mempunyai
tenaga untuk beriadah dan mengatasi kecemasan.Kecergasan fizikal boleh dinilai dengan
cara ujian kecergasan berbentuk perlakuan atau kemampuan jasmani.Untuk mengetahui
tahap kecergasan seseorang individu itu,mereka akan menjalani ujian kecergasan jasmani
kebangsaan.Ujian kecergasan jasmani kebangsaan.

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan yang diperkenalkan adalah untuk mengetahui


sejauh mana tahap kecergasan yang ada dalam diri setiap individu tersebut.Contoh ujian
yang dilakukan dalam ujian kecergasan jasmani kebangsaan adalah seperti,lompat jauh
berdiri, tekan tubi, duduk dan jangkau, lari ulang alik,dan larian 2.4 KM.Instrumen ini adalah
diambil daripada Kementerian Belia dan Sukan yang digunakan untuk program kecergasan
jasmani kebangsaan.Ujian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan.Latihan
larian adalah bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, tekan tubi dan
lompat jauh berdiri adalah untuk menguatkan kekuatan otot, manakala latihan duduk dan
jangkau bertujuan untuk meningkatkan tahap kelenturan.Ujian ini mestilah dilakukan dengan
keadaan yang betul atau mengikut susunan yang betul.Yang utama untuk dilakukan
mestilah didahului,kerana ini akan mempengaruhi dari aspek yang lain juga nanti.

1
2.0 UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK)

NAMA: MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL

NO KP: 951105-13-6435

IMBANGAN TEKAN LOMPAT LARI DUDUK LARI LARI


AKTIVIT TUBI JAUH ULANG DAN SETEMPAT 2.4
I BERDIRI ALIK JANGKAU KM
(minit) (minit)

MATA 10 22 9 8.45 1 minit 252 12


MATA
MATA
Kadar Nadi Rehat:64 denyut seminit

NAMA: ABDUL KARRIM BIN ABD.GHANI

NO KP: 950504-13-6753

AKTIVIT IMBANGA TEKA LOMPAT LARIA DUDUK LARI LARIA

I N N TUBI JAUH N DAN SETEMPAT N 2.4

BERDIRI ULANG JANGKA KM

ALIK U (MINIT)

(MINIT)
MATA 10 30 8 10.30 1 MINIT 225 12.48
MATA
MATA
Kadar Nadi Rehat: 66 denyut seminit

3.0 JADUAL LATIHAN PERIBADI

2
HARI AKTIVITI YANG WAKTU TEMPOH MASA
DILAKUKAN

SELASA Joging petang 40 minit

KHAMIS Senaman petang 30 minit

JUMAAT Latihan ujian kecergasan petang 30 minit


(tekan tubi,lompat
jauh,larian ulang alik & lain- (cukup satu set lengkap)
lain)

AHAD Latihan kekuatan otot(tekan pagi 15 kali sekurang-kurangnya bagi


tubi bangkit tubi,& lain-lain) setiap latihan)

NAMA: MOHD.FIRDAUS BIN ISMAIL

NO.KP: 951105-13-6435

JADUAL LATIHAN KECERGASAN PERIBADI

NAMA: ABDUL KARRIM BIN ABD.GHANI

NO.KP: 950504-13-6753

3
JADUAL LATIHAN KECERGASAN PERIBADI

HARI AKTIVITI YANG WAKTU TEMPOH MASA


DILAKUKAN

ISNIN Bermain bola sepak Petang 1 jam

SELASA Bermain Futsal Petang 1 jam

RABU Joging Petang 15-30 minit

KHAMIS Senaman Petang 30 minit

JUMAAT Bermain Futsal Petang 1 jam

4.0 HURAIAN TENTANG KECERGASAN

Berdasarkan pemerhatian daripada hasil kajian terhadap tahap kecergasan melalui


latihan ujian kecergasan jasmani kebangsaan,kedua-dua individu tersebut menunjukkan
rekod atau memperolehi mata yang baik dalam ujian tersebut.Ini menunjukkan kedua-dua
individu tersebut mempunyai kecergasan yang positif iaitu memenuhi aspek kecergasan

4
fizikal iaitu, berkebolehan menyaingi kehidupan yang seimbang dan mampu melakukan
ujian tersebut dengan baik sekali.Walaupun terdapat perbezaan sedikit daripada bilangan
mata yang mereka perolehi, namun kedua-dua individu ini sememangnya mempunyai
kecergasan yang tinggi.

Selain itu juga, apa yang dapat diperhatikan dalam ujian ini.Mohd Firdaus bin Ismail
menunjukkan prestasi yang lebih bagus berbanding dengan Abdul Karrim bin Abd.
Ghani.Hal ini demikian kerana,kecergasan yang ada pada diri setiap individu adalah
berbeza.Namun demikian jika mereka berdua bijak mengatur masa untuk melakukan latihan
kecergasan peribadi,mungkin mata untuk ujian yang seterusnya akan menunjukkan prestasi
yang positif seterusnya membawa kepada tahap kecergasan yang baik pada diri
sendiri.Dalam ujian ini kedua-dua individu tidak mencapai tahap kecergasan yang ‘’sangat
cergas’’ iaitu mencapai nadi rehat bawah 50 denyutan seminit.Kedua-dua mereka
memperolehi dalam enam puluh denyut ke atas dalam masa seminit.Mereka berdua
diklaskan sebagai individu yang cergas sahaja.

Bagi menentukan kecergasan seseorang berada pada tahap di mana, iaitu dengan
mengambil kadar nadi rehat.Kadar nadi rehat individu yang sangat cergas adalah pada
bawah 50 denyutan seminit,Individu yang cergas pula adalah pada 51-69 denyutan
seminit,manakala sederhana pada kadar denyutan nadi 70-80 denyutan seminit.Manakala
orang yang tidak cergas adalah lebih dari 80 denyutan seminit.Dalam ujian ini pencapaian
kedua-dua individu begitu memuaskan.

Berdasarkan jadual latihan kecergasan peribadi.Mohd Firdaus bin Ismail mempunyai


latihan kecergasan yang sangat tersusun dan bersesuaian dengan kehendak untuk
meningkatkan kecergasan pada diri.Ini kerana dia melakukan latihan secara yang betul iaitu
melakukan setiap selang satu hari.Ini akan membolehkan otot untuk berehat juga apabila
mempunyai masa selang sehari sebelum melakukan latihan kecergasan.Berbeza pula
dengan Abdul Karrim bin Abd. Ghani yang banyak melakukan aktiviti permainan empat hari
berturut-turut tanpa rehat.Kaedah yang seperti ini tidak berapa membantu dalam
meningkatkan kecergasan dengan baik.Sebab otot juga hendaklah mempunyai masa untuk
direhatkan juga,supaya badan kita tidak berasa lesu dan letih.

5.0 PENULISAN AKEDEMIK

Setiap individu mempunyai tahap kesihatan masing-masing,ada tahap kesihatan mereka


yang tinggi da nada juga yang rendah.Ini sudah tentu berlaku kerana manusia mempunyai
tahap kecergasan dan kesihatan yang berbeza.Namun kecergasan setiap individu itu tidak
semesti menjamin seseorang individu itu cergas.Sihat tidak semestinya cergas.Seseorang

5
yang sihat perlu mempunyai kecergasan dalam dirinya untuk melakukan apa jua
perkara.Kedua-dua aspek kecergasan dan kesihatan ini tidak dapat dipisahkan untuk
melahirkan kesejahteraan hidup kita.Seseorang individu yang melakukan latihan kecergasan
untuk dirinya sendiri adalah individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri.Hal ini
demikian kerana latihan kecergasan amat penting bagi melahirkan kecergasan dan
mewujudkan kesihatan tubuh badan.Terdapat beberapa faktor gaya hidup yang
mempengaruhi tahap kesihatan diri dan kesihatan seseorang.Contohnya dari amalan gaya
hidup yang mengamalkan senaman sebagai rutin hariannya.

Amat jelas di sini, bahawa ramai di kalangan rakyat Malaysia kini sudah mulai sedar
akan kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri.Oleh itu gaya hidup yang positif
memang membantu kea rah melahirkan modal insan yang sihat sejahtera dan cergas
sentiasa.Oleh itu sekiranya kita berpeluang untuk mengunjungi taman-taman rekreasi pada
waktu petang kita akan dapat melihat ramai orang yang melakukan pelbagai jenis aktiviti
riadah sama ada berjalan, berjoging, atau bersenam dengan menggunakan kemudahan-
kemudahan yang disediakan khas. Kini telah menjadi perkara biasa sekiranya kita melihat
orang berjoging di lebuh raya, di tebing sungai, di tepi pantai, di laluan kereta api, dan
sebagainya. Dalam kegairahan kita berjoging, kita perlu berwaspada kerana sekiranya
aktiviti tersebut dilakukan secara membabi buta, buruk akibatnya.Teknik yang betul perlu
ada untuk melakukan senaman.Hal ini demikian kerana takut perkara yang tidak baik boleh
berlaku.Setiap individu mahupun masyarakat yang melakukan aktiviti senaman dengan cara
yang salah akan membawa kesan yang tidak baik pada diri mahupun tidak memberi kesan
positif lagsung terhadap diri mereka sendiri.

Melakukan senaman secara berjoging memang banyak faedahnya dari segi kesihatan.
Sekiranya dilakukan dengan betul, daya ketahanan badan akan meningkat. Ini kerana
‘berlari-lari anak’ ini dapat mencepatkan perjalanan darah kerana degupan jantung kita juga
turut bekerja keras. Kita akan dapat menyedut oksigen yang banyak dan ini juga bermakna
semua organ di dalam badan kita akan dapat berfungsi dengan lebih baik termasuklah
sesuatu yang sangat penting dalam tubuh kita iaitu otak. Berjoging juga telah terbukti dapat
menambah stamina para atlet yang berjaya sehingga aktiviti ini telah menjadi sesuatu yang
wajib dilakukan hampir setiap hari, terutamanya pelari jarak jauh.

6
Selain itu, berjoging merupakan sesuatu yang dapat dilakukan tanpa perlu
mengeluarkan modal yang besar kerana kita tidak perlu menyediakan peralatan-peralatan
yang mahal-mahal. Seseorang peminat joging hanya perlu menyediakan pakaian yang
sesuai, sarung kaki, dan sepasang kasut. Kita tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak
seperti yang dikenakan kepada pengunjung jimnasium, atau pemain golf. Oleh yang
demikian berjoging sesuai dilakukan oleh semua masyarakat Malaysia tanpa mengira taraf
hidup atau taraf ekonomi mereka. Di samping itu, berjoging juga seperti aktiviti riadah yang
lain, dapat mengurangkan ketegangan dan tekanan sama ada bagi golongan yang bekerja
atau para pelajar.

Berjoging juga merupakan senaman yang ringan dan boleh dilakukan oleh semua
golongan sama ada tua atau muda termasuklah kanak-kanak. Oleh itu aktiviti ini sering
dilakukan secara beramai-ramai, biasanya seluruh keluarga. Malah, jarang-jarang sekali kita
melihat senaman ini dilakukan secara perseorangan. Pada tahun yang lalu, kerajaan
Malaysia telah melancarkan “Larian Mesra” yang melibatkan beribu-ribu rakyat Malaysia
berjoging secara serentak di seluruh negara. Secara tidak langsung acara berjoging seperti
ini telah berfungsi sebagai alat untuk mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang
kaum di negara ini.

Faktor gaya hidup sihat merangkumi permakanan dan persekitaran. Untuk menjalani
gaya hidup yang sihat, cara permakanan seharusnya diambil dengan cara dan kuantiti yang
betul dan seimbang berdasarkan piramid makanan. Sekiranya cara permakanan tidak
menepati keperluan badan, maka individu tersebut akan mudah untuk diserang penyakit
seperti obesiti dan tekanan darah tinggi. Bagi persekitaran pula, untuk menjadi seorang
yang sihat dan cergas, individu tersebut mestilah hidup dalam keadaan dan suasana
persekitaran yang bersih serta kondusif. Persekitaran yang positif boleh mencegah diri
seseorang itu dari sebarang penyait sekali gus membawa kepada gaya hidup yang sihat dan
cergas. Ketidakperihatinan terhadap persekitaran boleh menyebabkan seseorang itu
diserang penyakit contohnya denggi. Tidur yang cukup juga amat penting dalam menjalani
kehidupan yang cergas, sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Tambahan pula, amalan bersenam juga merupakan salah satu faktor untuk
mencapai kehidupan yang sihat dan cergas. Bersenam dikategorikan sebagai aktiviti

7
mencergaskan badan. Ianya boleh dilakukan dalam beberapa jenis aktiviti seperti senaman
aerobik, beriadah dan berekreasi. Amalan bersenam juga akan mengeluarkan peluh hasil
pembakaran kalori di dalam badan. Ini akan membuatkan seseorang individu itu senang
untuk melakukan aktiviti harian dengan lancar dan tanpa masalah. Amalan bersenam juga
merangkumi amalan bersukan. Terdapat beberapa jenis sukan yang boleh diamalkan demi
meningkatkan tahap kecergasan diri seperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menghasilkan peluh yang dikeluarkan disebabkan kalori-kalori
dan lemak-lemak yang terbakar di dalam badan.

Jelaslah di sini bahawa gaya hidup dan amalan bersenam sangat mempengaruhi
tahap kesihatan diri dan kecergasan seseorang.Oleh itu setiap individu dalam masyarakat
haruslah mengamalkan gaya hidup yang positif dan mengamalkan budaya bersenam dalam
kehidupan untuk melahirkan manusia yang sihat dan cergas.Jika ini tidak diambil berat oleh
individu itu sendiri,nescaya individu mudah mendapat penyakit dan tidak berada dalam
keadaan yang cergas dalam melakukan sesuatu perkara.

6.0 KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kesihatan dan kecergasan dala diri setiap
individu amat penting bagi mewujudkan kehidupan yang sejahtera.Kita hendaklah
mengambil langkah positif bagi mengekalkan kesejahteraan dalam diri kita ini dengan
mengambil langkah untuk melakukan senaman sebagai rutin hidup kita dan mengamalkan
gaya hidup yang bersesuaian dengan kehidupan dalam mengejar kesihatan dan kecergasan
dalam diri kita sendiri. Kesihatan dan kecergasan diri menjadi pemangkin utama dalam
kehidupan seseorang. Jika kita tidak mengetahui tahap kesihatan dan kecergasan diri,
sudah pasti kita tidak akan berusaha untuk menjadi lebih sihat dan cergas.Janganlah kita
biarkan diri kita mudah dijangkiti penyakit,hanya kerana kita tidak mengamalkan senaman
dan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian kita.Kita harus memupuk semangat
cinta akan diri kita sendiri agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan menjadi
seorang yang cergas.

7.0 REFLEKSI MOHD.RAFI AMIRUL BIN RAHIM

8
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya saya Mohd.Rafi
Amirul bin Rahim dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya iaitu tugasan
matapelajaran Kesihatan Diri dan Kecergasan (GKK1043) iaitu tentang membuat satu kajian
tentang tahap kecergasan dalam diri individu.

Sudah sedia maklum,bahawa setiap kumpulan mesti menyiapkan tugasan


matapelajaran ini mengikut tajuk tugasan yang telah ditentukan terhadap kumpulan masing-
masing.Walaupun tugasan ini dibuat secara berkumpulan,saya telah mengambil langkah
untuk membahagikan tugasan kepada rakan kumpulan saya supaya tugasan ini dapat
disiapkan dengan mudah dan sistematik.Bagi saya,ini adalah pengalaman saya yang
pertama untuk menyiapkan tugasan berbentuk ini.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini,banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan


yang baru yang saya perolehi.Saya dapat mengetahui tentang bagaimana hendak
mengumpul data dan memasukkan ke dalam jadual.Pengalaman yang saya dapat dari
tugasan ini adalah,saya dapat mencari maklumat dengan menggunakan internet .Walaupun
terpaksa tidur lewat untuk mencari maklumat tentang tugasan ini,namun ia tidak pernah
mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini,dan bukan alasan untuk tidak
dapat menyiapkan sesuatu tugasan.

Dalam menyiapkan tugasan ini,saya bukan sahaja membuat kajian menggunakan


internet dan pusat sumber sahaja,malah saya mengajukan soalan-soalan kepada rakan
saya.Dari pencarian bahan rujukan dari internet,pusat sumber dan rakan-rakan saya mudah
untuk membuat tugasan ini dengan lebih baik dan bersemangat.Saya telah mendapat tahu
bagaimana untuk meningkatkan tahap kecergasan dalam diri dan bagaimana melakukan
latihan kecergasan peribadi dengan betul.

Disamping pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya perolehi,terdapat juga


kekangan yang saya alami.Antaranya kelajuan internet yang tidak begitu laju.Tugasan-
tugasan yang lain juga memberi sedikit kesukaran kepada saya untuk membuat tugasan
ini.Perisian “word” yang tidak sama digunakan oleh rakan saya juga menyukarkan untuk
pemindahan maklumat dari computer.

Dengan siapnya tugasan ini,ia telah memberi satu dimensi yang baru kepada saya
mengenai kesihatan dan kecergasan dalam diri seseorang individu.Tugasan ini mengajar
saya supaya menjadi seorang yang berdisiplin dalm melakukan sesuatu tugasan yang diberi
dan menjadikan saya seorang yang belajar dari kesilapan yang dilakukan.Sikap yang seperti

9
ini akan saya aplikasikan dalam kehidupan saya sebagai seorang guru pelatih di Institut
Perguruan Kampus Batu Lintang dan sebagai seorang manusia di dunia ini.

REFLEKSI ABDUL KARRIM BIN ABD.GHANI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya


berjaya menyiapkan kerja kursus bagi subjek GKK 1043 iaitu Generik Kesihatan dan
Kecergasan Diri, dengan jayanya pada tempoh yang telah ditetapkan. Subjek ini telah
banyak mengajar saya sesuatu yang baru lebih-lebih lagi berkenaan gaya hidup sihat dalam
kehidupan.

Bagi subjek ini, kami telah diarahkan untuk mengendalikan satu ujian melalui Ujian
UKJK untuk menentukan tahap kecergasan pasangan masing-masing berdasarkan salah
satu komponen iaitu sama ada kesihatan diri, kecergasan atau gaya hidup dan amalan
bersenam. Setelah berbincang bersama rakan kerja saya, kami telah memutuskan untuk
memilih saya sebagai orang untuk dikaji disediakan dalam bentuk laporan bertulis.Kami juga
diarahkan untuk menghasilkan satu perancangan program kesihatan diri, latihan kecergasan
dan amalan bersenam bagi mengatasi tahap kecergasan pasangan masing-masing.

Namun, setiap apa yang kita usahakan, sudah pasti akan ada kekangan dan
halangan yang menjadikan kita lebih matang untuk menghadapinya. Semenjak diarahkan
untuk melaksanakan kerja kursus ini, begitu lambat untuk saya memahami apa yang perlu
saya lakukan, Tetapi saya tetap berusaha untuk menyiapkannya. Seperti kebiasaannya,
saya mengalami masalah dalam membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan ini.
Tempoh masa yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini tidaklah begitu singkat, namun
saya juga terpaksa menyiapkan tugasan-tugasan lain kerana kebanyakannya perlu dihantar
pada hari yang sama.

Hasil daripada kerja kursus ini, saya menyedari bahawa betapa pentingnya
pengurusan masa yang sistematik untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini
pada masa yang telah ditetapkan. Selain itu, saya perlu berbincang dengan lebih teliti
dengan rakan sekumpulan supaya lebih mudah untuk saya memahami apa yang saya perlu
lakukan. Namun, saya tetap bersyukur kerana mendapat rakan sekumpulan yang cekap dan

10
pantas. Semoga saya dapat melakukan tugasan dengan lebih cekap dan berkesan pada
tugasan yang seterusnya.

REFLEKSI MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL

Tugasan ini telah meninggalkan beberapa kesan yang baik ke dalam kehidupan saya
dari sesetengah aspek seperti aspek kesihatan dan kecergasan. Sebelum membuat tugasan
ini, terdapat juga beberapa perkara yang saya kurang pasti dan ada juga yang saya tidak
tahu. Namun begitu, selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat lebih banyak
maklumat berkaitan dengan tajuk ini serta maklumat tambahannya. Tugasan ini juga telah
memberi banyak kesedaran dalam diri saya lebih-lebih lagi dari sudut kecergasan diri.

Saya seorang yang sihat tetapi tidak cergas. Pada awalnya, memang rasa terpaksa
dan sangat memenatkan untuk melakukan aktiviti fizikal walaupun ianya demi meningkatkan
kecergasan diri. Namun, dengan adanya ilmu yang telah pensyarah kongsikan, ianya telah
memberi banyak kesedaran kepada saya dan saya kini dalam proses untuk menjalani
kehidupan yang sihat sekali gus cergas dan sejahtera.Saya menjadi bahan sampel dalam
tugasan kali ini,ini menjadi pengalaman baru buat saya.

Di samping itu, walaupun terdapat juga beberapa masalah dan cabaran dalam
tempoh menyiapkan tugasan ini seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat, tetapi,
dengan izin Allah s.w.t. dan juga bantuan daripada pensyarah pembimbing dan rakan
seperjuangan, segala kesukaran dapat diatasi dengan jayanya. Tugasan ini mengajar saya
erti ketabahan dalam menempuhi segala rintangan yang ada. Ini adalah kerana, saya tahu,
Allah s.w.t. sentiasa menyayangi hamba-Nya. Sesungguhnya, Allah s.w.t. itu Maha
penyayang.

Akhir sekali, samada subjek teras ataupun generik, tugasan ini memang amat
memberi manfaat bagi diri saya,dan banyak ilmu yang saya dapat pelajari. Disebabkan
tugasan ini tugasan berkumpulan,saya dan rakan saya bekerjasama dalam menyiapkan
tugasan ini.Ini berkat izin daripada Allah.Tanpa izinnya mungkin saya dan rakan saya tidak
dapat menyiapkan tugasan ini.

11
12