Anda di halaman 1dari 5

Hamidah binti Ahmad

Unit BMM1

Bincangkan sejauh mana globalisasi dalam pendidikan menyumbang ke arah


kecemerlangan pendidikan di Malaysia.

Sebagaimana tajuk tugasan yang diberi kali ini iaitu sejauh mana globalisasi dalam
pendidikan menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Konsep isu dan
cabaran pendidikan perlu dinyatakan terlebih dahulu. Mengikut Kamus Dewan (2007), isu
merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika
yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur
yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru
khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM. Dalam
merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bermatlamat
melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama, banyak isu-isu
semasa pendidikan yang dihadapi oleh guru.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Era modenisasi dan globalisasi memberikan
impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar.
Pengaruh media massa yang mengambil peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan
budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk
sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana
desakan luar kawalan media massa yang turut mempengaruhi sosio budaya pelajar. Oleh
itu, pelajar merupakan golongan yang sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial.
Antara gejala sosial di sekolah yang sering kita dengar ialah gengsterisme, buli,
vandalisme, merokok, berjudi, melepak dan ponteng sekolah. Masalah ini mencabar
kewibawaan dan kredibiliti guru dalam menangani sikap dan tingkah laku pelajar yang
negatif ini.

Antara isu dan cabaran dalam pendidikan ialah Pengurusan pendidikan yang juga
telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global
terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa
inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat
sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Contohnya adanya
aplikasi e-splg, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak
pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti :
 Membantu dan mempermudahkan pentadbir sekolah membuat keputusan.

 Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

 Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.

 Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

 Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan


menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar dan sebagainya.

 Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.

 Penempatan pelajar dalam kelas.

 Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.

 Pembinaan jadual waktu guru.

 Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.

Paling utama bagi seseorang guru ialah cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi
pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk
menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Guru juga
menghadapi cabaran dalam menghadapi arus perubahan dasar. Pembangunan pendidikan
sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting dalam pembentukan Negara
bangsa untuk menuju ke arah status pendidikan Negara maju.

Melalui pendidikan akan lahir warga yang berilmu dan ientelektual bagi memacu
Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara
berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang
bahawa pendidikan merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan.
Pemerintah yang sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan
dengan meperkenalkan pelbagai dasar dasar demi pembangunan pendidikan Negara. Andai
terganggu gugat sistem politik sedia ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang telah
ditentukan dari saban tahun yang dikaji dan digubal demi memantantapkan suasana
pendidikan Negara akan terjejas, kerana kita masih kabur tentang bawaan suasana baru
sistem politik yang akan mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar
untuk kita berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri tidak tahu
kesannya. Kini isu dan cabaran pendidikan semasa juga ialah dalam mengekalkan
kestabilan ekonomi.

Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status ekonomi
Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat
membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara. Banyak kemudahan-
kemudahan pendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan –
banguan yang selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program
boleh dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun 2007,
apabila berlaku krisis ekonomi, banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan
terbantut, banyak peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor
pendidikan ditarik balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.

Guru juga menghadapi cabaran dalam menangani isu social. Dewasa ini, isu sosial
menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial
remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama
sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara kes masalah sosial seperti
buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng sekolah, merokok, dadah,
minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor
pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara positif.
Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari kesehari ia
membiak bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan. Andai ia tidak
ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem
pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain peperti ponteng sekolah,
pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah seperti juga diatas, ia perlu ditangani
dengan sebijak mungkin.

Selain itu, Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa
Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat
melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan
sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk
mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan
Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta
Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara
praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang
berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum
Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah.
Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Sabah dan serawak.masih ada
diantara murid – murid disana masih ketinggalan dari segi kemudahan insfrastruktur dan
sebagainya. Sehingga kini jurang pendidikan antara desa dan Bandar masih ketara.

Akhir sekali ialah cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum. Dasar Pendidikan
Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu
perpaduan masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih
berlakunya kerengangan hubungan antara kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu
dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara.

Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini
dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti
yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum
yang bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan
antaranya penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta
penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan
sepanjang persekolahan pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi
ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat
membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk
perpaduan. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan
Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP)

Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang


berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum
atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa
pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi
kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan
mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan
menggunakan jambatan penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan
persekitaranyang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum
untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat
Sekolah Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-
bagai bangsa dan latar belakang.