Anda di halaman 1dari 4

PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR


DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA
SAMAN PEMULA NO. 24FNCvC-1043-06/2012
PELAKSANAAN NO. 38-803-09/2012
Dalam Perkara mengenai Gadaian bertarikh 26.11.2007 dan didaftarkan menurut Perserahan
No. 5080/2007 ke atas tanah yang terkandung di dalam H.S (M) 6617, PT No. 8881, Bandar
Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah berserta sebuah rumah di atasnya.
Dan
Dalam Perkara mengenai Sijil Rujukan bertarikh 3.5.2012 yang dikeluarkan oleh Pentadbir
Tanah Kuala Muda, Kedah.
Dan
Dalam Perkara Seksyen 265(3)(c) Kanun Tanah Negara, 1965
Dan
Dalam perkara mengenai Aturan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
ANTARA
RHB BANK BERHAD (No. Syarikat: 6171-M) …Plaintif
Dan
1) Subramaniam a/l Kalley
2) Kaliama a/p Munusamy …Defendan-defendan

Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Alor Setar mengenai Perintah Jualan dan Saman minta arahan bertarikh
pada 01/04/2013, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah
Tinggi Malaya di Alor Setar dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah
AKAN MENJUAL SECARA
LELONGAN AWAM
PADA HARI SELASA 07HB MEI 2013 PADA JAM 10.30 PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR,
KOMPLEKS MAHKAMAH, JALAN SUKA MENANTI, 05150 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
No. Hakmilik : HSM 6617
No. Lot : PT 8881
Bandar/Tempat/Daerah/Negeri : Sungai Petani / Bakar Arang / Kuala Muda / Kedah Darul Aman
Taraf Pegangan : Pajakan 99 tahun
Keluasan Tanah : 111.4837 meter persegi
Pemilik Berdaftar : Subramaniam a/l Kalley
Kaliama a/p Munusamy
Cukai Tahunan : RM50.00
Kategori Kegunaan Tanah : Bangunan
Syarat Nyata : RUMAH BERDERET KOS RENDAH
Tanah yang terkandung dalam hak milik ini hendaklah digunakan sebagai tapak satu bangunan untuk
kediaman sahaja
Sekatan kepentingan : Ditegah tuan tanah membuat sebarang perkiraan (dealings) di atas tanah yang hendak dimajukan
sebagai tapak perumahan itu melainkan tuan tanah bina dan peliharakan simpanan jalan itu dan taruh
batu dan tar menurut taraf Jabatan Kerja Raya serta perbuat parit-parit dengan sepuas hati Penguasa
Tempatan dan Jabatan Kerja Raya bahawa jalan-jalan dan parit-parit itu dapat disempurnakan
Bebanan : Digadaikan kepada RHB Bank Berhad melalui No. Perserahan 5080/2007, didaftarkan pada 26/11/2007

Nota: Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah
tersebut sebelum jualan lelong.
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Harta tersebut adalah sebuah Rumah Teres Satu Tingkat Kos Rendah Unit Tengah yang beralamat di No. 347,
Lorong Zamrud 10/2, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM45,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: EMPAT
PULUH LIMA RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakkan di Perisytiharan
Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga
rizab dalam bentuk bank draf di atas nama RHB BANK BERHAD sebelum jam 9.30 pagi pada
hari lelongan awam. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada RHB
BANK BERHAD dalam tempoh Seratus Dua Puluh (120) hari dari tarikh jualan.
Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan :-
Nama Pelelong : KOVINDA RAJ NARAINAH
Syarikat Pelelong : R & U Management Consultant
Alamat : No. 7A, (Opposite LHDN), Lorong PS 2, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau
Pinang
No. Telefon : 04-530 9616 / 7 / 012-408 9616
No. Fax : 04-538 8104
No. Rujukan : R&U/(K)/RHB/ASHC/0113/13
Firma Guaman : Tam, Shukri & Associates
Alamat : No. 132B & C, 1 st & 2 nd Floor, Jalan Masjid-1, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani,
Kedah
No. Tel : 04-4227291
No. Fax : 04-4229444
No. Rujukan : TS/RHB/27/2010 (C)/RS/sns

SYARAT-SYARAT JUALAN
1. i. Penawar yang berminat untuk membuat tawaran pada hari lelongan hendaklah hadir sendiri ke Mahkamah.
Penawar hanya boleh diwakili oleh ejen hartanah yang berlesen atau ahli keluarga yang terdiri daripada suami,
isteri, ibu, bapa, anak atau adik-beradik kandung sahaja.

ii. Penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki mendaftar diri dan mendepositkan kepada
Mahkamah satu jumlah wang sebanyak 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif.
Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang atau melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank
Draf tersebut akan ditolak oleh Mahkamah. Bank Draf hendaklah dimasukkan sebelum jam 9.30 pagi pada
hari lelongan dan penerimaan Bank Draf selepas jam 9.30 pagi tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.

iii. Penawar yang ingin membuat tawaran dikehendaki memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan
penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama
penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes perlaksanaan hendaklah ditulis di
belakang Bank Draf tersebut. Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat 1965, Memorandum
dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani oleh kesemua pengarah hendaklah
disertakan. Nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan kes
perlaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.

iv. Penawar yang telah memasukkan Bank Draf tidak boleh menarik diri daripada lelongan kecuali dengan
kebenaran Mahkamah.

v. Bank Draf yang dimasukkan akan dikembalikan kepada Penawar yang tidak berjaya, manakala Bank
Draf bagi penawar yang berjaya pula akan diserahkan kepada Peguam Plaintif selepas lelongan selesai.

2. Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas. Kelayakan penawar adalah tertakluk kepada peruntukkan
undang-undang yang sedia ada.

3. Mana-mana Penawar yang ingin membuat bidaan bagi orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat
adalah dikehendaki mengemukakan surat wakil kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi pada hari
lelongan. Surat wakil tersebut hendaklah mengesahkan penawar telah diberi kuasa untuk membuat bidaan dan
menandatangani semua dokumen yang berkaitan.

4. Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi melainkan pada masa lain yang ditetapkan oleh
Mahkamah.

5. Mana-mana warganegara asing atau syarikat asing tidak boleh menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk
kepada sekatan di bawah mana-mana undang-undang kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa berkenaan.

6. Penawar adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti hartanah dan memastikan butir-butir dan juga segala
tanggungan dan bebanan hartanah adalah betul dan tepat.

7. Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar melalui perintah Mahkamah boleh membuat bidaan semasa
lelongan dan Plaintif juga adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat Jualan.

8. Jika Penawar yang mendaftar diri dan membayar deposit gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan
dijalankan, penawar tersebut bolehlah disenaraihitamkan dan dihalang daripada menjadi penawar selama
satu (1) tahun dan lelongan akan ditangguhkan.

9. Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada harga kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada
masa lelongan.

10. Lelongan adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul atau bunyi loceng terakhir.

11. Plaintif hendaklah menyedia dan menyerahkan Borang 16Q Kanun Tanah Negara 1965 kepada Mahkamah
dan Defendan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.

12. Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong dalam empat (4) salinan dan hendaklah
ditandatangani oleh penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang
menyaksikan proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan setem hasil bolehlah dimatikan di Pejabat
Hasil atau dimatikan sendiri oleh penawar yang berjaya di hadapan Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan
Berdaftar yang menyaksikan lelongan.

13. Memorandum Jualan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada penawar yang berjaya,
Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan satu salinan untuk simpanan Pelelong.

14. Penawar yang berjaya hendaklah menandatangani Memorandum Jualan dan membuat pembayaran baki
harga belian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Kegagalan untuk memenuhi
kedua-dua syarat tersebut akan menyebabkan jualan lelongan terbatal dan wang deposit 10% daripada
harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan
lelongan tersebut.

15. Setelah Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut akan menjadi tanggungjawab penawar yang
berjaya. Mahkamah atau Plaintif tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau
kemusnahan hartanah tersebut.

16. Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari
selepas baki harga belian diterima, satu Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian beserta salinan resit
bayaran.

17. Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada penerimaan baki
harga belian:

i) membayar semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika
gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan semua bayaran-bayaran lain kepada
Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.

ii) membayar semua perbelanjaan lain yang disahkan oleh Pendaftar Mahkamah atau Pentadbir Tanah
(jika ada), yang berkaitan dengan pelaksanaan perintah jualan.

iii) memberi salinan-salinan resit untuk pembayaran perbelanjaan-perbelanjaan di para (i) di atas kepada
penawar yang berjaya.

iv) memberi kepada penawar yang berjaya salinan yang diakui sah perintah-perintah perletakhakkan (jika ada),
Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta Syarikat (jika ada) dan dokumen-dokumen lain bagi
membolehkan penawar yang Berjaya mendaftarkan Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara
1965 dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.

18. Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan baki
harga belian menyerahkan kepada Mahkamah suatu Penyata Akaun Penerimaan dan Bayaran.

19. Mahkamah hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan Perakuan Bertulis
penerimaan baki harga belian daripada Plaintif menyerahkan kepada Penawar yang berjaya dokumen-
dokumen berikut:

i) Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 yang mana telah disediakan dan
dilengkapkan terlebih dahulu oleh penawar yang berjaya; dan

ii) Salinan asal dokumen Ikatan Gadaian atau Geran Hak Milik Tanah atau dokumen hak milik keluaran
yang dicetak oleh computer atau salinan pendua pajakan mengikut mana yang berkenaan.

20. Jika terdapat lebihan baki harga belian setelah ditolak jumlah yang yang terhutang oleh Defendan di atas
gadaian tersebut dan segala perbelanjaan lelongan, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian menyerahkan kepada Defendan lebihan baki harga belian
tersebut

21. Hartanah yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan
dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau
terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah atau
deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.

22. Plaintif atau peguam Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemuka dan menyerahkan milikan
kosong hartanah tersebut kepada penawar yang berjaya.

23. Bagi tujuan pendaftaran Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965, sebarang keperluan
untuk memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan
hartanah tersebut adalah tidak terpakai.
24. Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan yang salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan
butir-butir dan Syarat-Syarat Jualan ke bahasa-bahasa lain, Syarat-Syarat Jualan dalam versi Bahasa
Melayu adalah terpakai.

Anda mungkin juga menyukai