Anda di halaman 1dari 2

*Semua ibu bapa diminta untuk ke meja pendaftaran bagi sesi pendaftaran nama anak-anak

anda.

*Diminta semua ibu bapa dan penjaga untuk berada di dalam dewan kerana majlis akan
bermula sebentar lagi.

TEKS MAJLIS TRANSISI TAHUN 1 SESI 2020

Yang Dihormati, En Hisamudin bin Saru, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Ayer
Manis.

Yang Berusaha, cikgu Aisah Binti Bakri, Guru Besar Sekolah Ayer Manis

Yang Dihormati, Cikgu Mariatulkiptiah Binti Mohammed, Penolong Kanan Pentadbiran, cikgu
Rozi Binti Omran, Penolong Kanan HEM, Cikgu Hj Fakhrurrazi Bin Hj Hashim, Penolong Kanan
Kokurikulum, guru-guru kanan, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Ayer Manis, para ibu
bapa dan penjaga, murid-murid Tahun 1 serta hadirin yang dihormati sekalian

Syukur kepada tuhan kerana kita diberikan kekuatan dan kesempatan untuk berhimpun dalam
Majlis Transisi Tahun 1 SK Ayer Manis bagi sesi 2020.

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, ibu bapa, penjaga dan
murid-murid ke majlis pada hari ini. Program Transisi Murid Tahun 1 bertujuan untuk membantu
murid-murid menghadapi perubahan dari pendidikan tidak formal di tabika atau prasekolah ke
pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-
murid diharap dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-
kawan baharu dalam masa yang singkat.

Seterusnya, para hadirin diminta untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu bangsa Johor
dan lagu Negaraku

Hadirin dipersilakan duduk.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput al fadhil Ustaz Ferdaus
Thoha Mohd Hamidin untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Ferdaus
Thoha atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung ini akan
diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

Bagi memulakan majlis Transisi Tahun 1 sesi 2020 ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput cikgu Aisah Binti Bakri, Guru Besar SK Ayer Manis untuk menyampaikan sepatah
dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada cikgu Aisah atas ucapan beliau sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis transisi Tahun 1 kita ini diteruskan lagi dengan menjemput Encik Hisamudin bin Saru,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Ayer Manis, untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan YDP)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Hisamudin atas kesudian


menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis mempersilakan cikgu Mariatulkiptiah, Penolong
Kanan pentadbiran untuk menyampaikan taklimat Kurikulum, diikuti cikgu Rozi, Penolong kanan
HEM untuk berkongsi sedikit banyak maklumat tentang unit HEM.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada cikgu Maria dan cikgu Rozi atas maklumat yang
telah disampaikan. Diharapkan para ibu bapa dan penjaga dapat memahami maklumat yang
telah disampaikan dengan jelas. Sekiranya ada sebarang soalan atau kemusykilan, boleh
merujuk pihak pentadbiran sekolah ataupun guru kelas tahun 1.

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga. Selepas tamat majlis kita pada hari ini, para
ibu bapa boleh bergerak ke kelas tahun 1 untuk menjemput anak masing-masing. Seterusnya,
boleh menguruskan pengambilan buku teks dan pembelian keperluan sekolah.

Hadirin yang dimuliakan,

KERJASAMA TUAN PUAN SANGAT DIHARGAI,


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI;
KENANGAN INDAH SIMPANLAH DI HATI,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.

Dengan ini, maka berakhirnya majlis kita pada pagi ini.Kepada semua ibu bapa dan penjaga,
kami warga SKAM mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan anda kepada kami
untuk mendidik anak-anak ini. Semoga kerjasama dari semua pihak akan dapat
memberikan pendidikan yang terbaik demi memartabatkan pendidikan di peringkat yang lebih
tinggi. Akhir kata dari kami, bagi pihak warga SKAM dan semua yang terlibat bagi mengurus
dan menjayakan majlis ini, kami memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kesilapan. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai