Anda di halaman 1dari 29

- REVIEW COPY –

Versi Penuh di:

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Faktor kegagalan Utama Calon


Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara
'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)

Legal Notice

 Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya


Resources (002091193-K)
 Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula
naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya
menyalahi Akta Hakcipta.
 Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web
www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam, sila laporkan kepada
kami melalui email support@rujukankerjaya.com dan
ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda
 Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip
penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang
akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan
kami

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Penguasa Kastam W41
ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
Pakej Rujukan Peperiksaan ONLINE Penguasa Kastam W41 ini adalah tepat pada
masa ianya diterbitkan.

Infokerjaya Resources, SEPTEMBER 2014

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 2
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Pengenalan
(Maklumat ini adalah edaran umum SPA)

Jawatan Penguasa Kastam untuk sesi peperiksaan 6 SEPTEMBER 2014 ini adalah jawatan yang
mempunyai capaian besar di seluruh negara. Jawatan ini adalah di bawah Kastam Diraja Malaysia
yang mempunyai unit gerakan di seluruh negara

Berikut adalah maklumat asas yang berkaitan dengan jawatan ini.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional


Kementerian/Jabatan: Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia

Gaji minimum Gaji maksimum Kadar kenaikan gaji tahunan


RM1,925.00 RM8,685.00 RM225.00
Jadual Gaji W41

Syarat Lantikan (edaran umum SPA) :

 Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
 Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
 Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
 Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan
Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
 Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
 lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 3
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak
dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- Mempunyai kelayakan di atas; atau
- Lulus peperiksaan khas; dan
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas
 Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti
kastam/cukai jualan

 Memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti


tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon
Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

 Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang


pengilangan berlesen.

 Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai
Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

 Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan


penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti
kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan
menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan
dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan
lain-lain tugas penguat kuasaan.

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 4
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

RUJUKAN PANTAS

Nota Ringkas ini adalah himpunan


tajuk-tajuk penting berkaitan tugas,
skop Penguasa Kastam
Nota 1: Maklumat Am

 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di
bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia berfungsi sebagai pemungut cukai
import/eksport negara.

 KDRM diterajui oleh YBhg. Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam
Malaysia, Dato' Hj. Matrang bin Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Penguatkuasaan/Pematuhan), Dato' Haji Zainul Abidin bin Taib, Timbalan Ketua Pengarah
Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Dato' Abdul Rahman bin Othman, Timbalan
Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) dan Dato' Hj Hassan bin Ibrahim, Penolong Ketua
Pengarah Kastam (Penguatkuasaan).

 KDRM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta
kesejahteraan rakyat iaitu, Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian
Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan/Pematuhan.

 Piagam pelanggan KDRM ialah komited untuk memberi perkhidmatan yang profesional
kepada pelanggan, bersedia menambahbaik perkhidmatan selaras dengan jangkaharap dan
memberi penekanan kepada kriteria berikut :
o Berlunaskan undang-undang
o Tepat dalam membuat keputusan
o Menepati masa yang dijanjikan
o Layanan yang mesra dan adil

 Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) merupakan sebuah NGO di bawah jabatan Kastam
Diraja Malaysia (KDRM) yang mengkoordinasi serta menguruskan perkara berkaitan hal
ehwal kebajikan Islam bagi anggota Jabatan. Selain itu, BAKISKA juga turut menjalankan
program-program dakwah dan penerapan kefahaman Islam khususnya untuk warga JKDM.

 Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) adalah sebuah pusat latihan bagi kakitangan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ia berfungsi sebagai sebuah institusi latihan yang
melatih dan mendidik warga kerja JKDM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Di samping

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 5
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

memberi latihan kepada kakitangan JKDM, ia juga telah diperaku oleh World Customs
Organization (WCO) sebagai training arm untuk latihan perkastaman di rantau Asia Pasific.

Nota 2 : 5 Teras Strategik Utama Digubal

Lima Teras Strategik utama telah digubal bagi membantu JKDM melaksanakan fungsi dan tugas yang
dipertanggungjawabkan serta menangani isu-isu kritika dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi
dalam merealisasikan Visi dan Misi yang ditetapkan.

Lima Teras Strategik tersebut adalah :

1. Memperkasakan Tadbir Urus Organisasi Dan Pembudayaan Nila-nilai Murni Ke Arah


Kecermelangan Organisasi Berasakan Konsep Satu Kastam
2. Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan KEcekapan Sistem
Penyampaian Perkhidmatan
3. Memeprtingkatkan KEcekapan Dan Keberkesanan Pungutan Hasil Bagi Kemakmuran Negara
4. MEmantapkan Fasilitasi Kepada Komuniti Perdagangan Dan Perindustrian Bagi
Meningkatkan Daya Saing Negara
5. MEmpertingkatkan Pematuhan Undang-undang Untuk Memelihara Kepentingan Ekonomi,
Sosial dan Keselamatan Negara.

Nota 3 : Fungsi Dan Peranan JKDM

1. Memungut Hasil Negara


Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti
import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.

2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian


JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai
insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk
menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih
mengutamakan sektor perindustrian.

3. Memastikan Pematuhan Perundangan


JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam
1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon
Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah
menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang
dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan
dengannya.

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 6
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Nota 4 : SLOGAN KASTAM

“Anda Ceria Kami Gembira”

‘Anda’ bukan sahaja bermaksud pelanggan luaran tetapi juga pelanggan dalaman dan stakeholders

Pelanggan Dalaman

 Pegawai-pegawai JKDM
 Kelaurga Pegawai

Pelanggan Luarana

 Pengimport/Pengeksport
 Pengilang/Pengusaha/Peniaga
 Agen Penghantaran
 Pelawat/Pelancong
 Badan Berkanun Persekutuan
 Rakyat/Orang Awam

Nota Ringkas 5:

Nota Ringkas 6:

Nota Ringkas 7:

Nota Ringkas 8:

Nota Ringkas 9:

Nota Ringkas 10:

Nota Ringkas 11:


.
.
.
Nota Ringkas 20:
Nota KHAS: GST

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 7
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Huraian Format
Format untuk peperiksaan 6 SEPTEMBER 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan Gred 41. Jika
sebelum ini peperiksaan berkisar kepada dua penilaian utama iaitu berkaitan pengetahun Am dan
daya menyelesaikan masalah, format kali ini ditambah dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik.

Medium peperiksaan online kali ini agak mendebarkan calon terutama kepada calon yang ada
pengalaman peperiksaan online SPA bermula MEI 2014. Mengikut rekod, peperiksaan Online SPA
yang lalu memberikan pengalaman yang kurang baik kepada ‘first-timer’. Banyak masalah teknikal
yang dihadapi. Tetapi harapannya sesi kali ini berjalan dengan lancar

Untuk tahun ini tapisan nampaknya dilakukan lebih awal dengan mengadakan sesi peperiksaan pada
hari SELASA. Pastinya ianya akan memberikan kesan kepada mereka yang sudah bekerja di mana
kesukaran mendapat cuti pelepasan pasti muncul terutamanya bagi mereka yang mengambil cuti
sempena Hari Raya Aidilfitri baru ini. Juga memberi kesan kepada mereka yang dah bercadang untuk
mohon cuti sempena cuti sekolah yang bakal tiba.

Jika anda dipanggil dan mendapat pelepasan cuti, cuba hadir dan buat sehabis baik kerana peluang
mereka yang hadir lebih cerah kerana dijangkakan % mereka yang hadir adalah kurang

Anda harus tahu juga yang Gred 41 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum
ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi beberapa jawatan khusus Gred 41 seperti Pegawai
Tadbir Diplomatik. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat
saringan iaitu peperiksaan bertulis/online (yang bakal anda hadapi) dan sekiranya berjaya anda akan
dibawa menduduki sesi “Program Assessment Center (PAC)” sebelum ke sesi temuduga.

Anda tak perlu risau mengenai PAC ini kerana kami di Tim Infokerjaya sudah membantu ramai calon
menduduki sesi PAC ini. Risalah PAC akan menjadi milik anda secara percuma sebagai BONUS
pembelian anda kali ini sejurus selepas panggilan PAC dikeluarkan nanti. Ianya akan dihantar melalui
email yang anda gunakan semasa pembelian. Jadi buat masa ini, fokus untuk berjaya dalam
peperiksaan online ini terlebih dahulu. Jadi bagaimana dengan format yang anda tahu?

Formatnya 3 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Tim Infokerjaya sepanjang lebih kurang 5
tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan
awam, setiap seksyen dipecahkan lagi. Anda beruntung kerana memilih untuk memiliki pakej ini
kerana hal ini tidak diketahui oleh calon yang lain kecuali mereka yang memiliki naskhah ini. Kami
namakan ianya sebagai “pecahan dalam pecahan”!

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 8
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Seksyen A:
Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan
Alam Sekeliling

Penerangan Format
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang
mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit untuk
menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format
yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun
2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan).
Sekali lagi formatnya;

 Tempoh: 40 minit
 Jumlah Soalan: 50 soalan

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali
berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan
sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu
kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu
penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam,
sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada
pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang
dikemukakan soalan dalam seksyen A ini.

Antara skop pengkhususan (PENTING) soalan dalam bahagian ini ialah;

 Soalan KHUSUS berkaitan jawatan (PENTING!)


o Untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam, seharusnya ada soalan berkaitan
jawatan dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 9
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

o Juga bidang-bidang perlaksanaan khas Kastam


o Ianya khusus untuk menguji kepekaan pemohon terhadap kementerian/jabatan
terlibat. Buat persediaan khusus tertumpu pada pecahan ini
 Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat……………………………

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah
Penerangan Format

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab
dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan
sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah
sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi. Sekali lagi, format tahun ini
untuk sesi 5 Ogos 2014 adalah;

 Tempoh: 45 minit
 Jumlah Soalan: 40 soalan

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik,
interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Melalui
pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen B ini kepada 4 bahagian
utama iaitu;

 Penyelesaian Masalah
 Menginterpretasi Data
 Soalan Matematik
 Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Seperti pada huraian sekyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam tentang
bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan contoh dan tips
bagaimana untuk anda melakukan persediaan. Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi
kami, bahagian ini adalah satu bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi bemula 2009
sehingga Februari 2014, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi
kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 10
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Tetapi untuk peperiksaan Online, tiada pengawas mengawasi anda. Siapkan kalkulator di
sebelah anda... tiada masalah! ................................................................

Huraian Seksyen B:
Pecahan 1 – Penyelesaian Masalah

Dalam bahagian ini, soalan yang diberikan merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda
mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru. Baca dengan
teliti dan cuba dengan pantas ‘grab’ apa yang disampaikan. Persediaan untuk bahagian ini ialah anda
boleh cari set-set soalan yang khusus tentang penyelesaian masalah. Tapi secara umumnya ianya
bukanlah susah, anda perlu sedikit masa dan proses ‘reasoning’ yang waras untuk menjawab soalan
ini. Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh soalan dalam
bahagian ini ialah; ............................................................

Huraian Seksyen B:
Pecahan 2 – Menginterpretasi Data
Interpretasi data atau menafsirkan data yang diberikan merupakan aktiviti di mana anda
diberikan data seperti jadual, graf, plot dan pernyataan yang kemudiannya disusuli dengan soalan
yang menghendaki anda menganalisis data yang diberikan untuk mendapat jawapannya. Apa yang
membezakannya dengan pecahan ‘penyelesaian masalah’ ialah dalam pecahan tersebut anda
menggunakan logik dan kecekapan menyerap informasi manakala dalam bahagian ini ianya adalah
fakta semata-mata yang mana tiada unsur logik yang perlu dinilai.

Kebiasaannya, ianya mencakupi pengiraan, congakan dan unjuran melalui data yang
diberikan. Contohnya, anda diberikan satu situasi pembayaran cukai tahun ini berserta peratusan
yang perlu dibayar dan anda disuruh mengira berapa jumlah yang harus dibayar untuk tahun
seterusnya pula. Untuk memudahkan pemahaman anda, di sini disertakan antara contoh soalan
dalam bahagian ini yang menguji aspek bagaimana anda ‘menginterpretasi data’;
...........................................

Huraian Seksyen B:
Pecahan 3 – Soalan Matematik
www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 11
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Soalan-soalan dalam seksyen B juga menerapkan masalah-masalah Matematik. Ianya


mencakupi sehingga ...................................................

Huraian Seksyen B: Pecahan 4


Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Dalam pecahan ini sebenarnya anda dikehendaki menggunakan kepintaran anda dalam
memerhati dan berfikir. Anda akan diberikan pelbagai ……………………………………………..

Seksyen C:
Ujian Psikometrik

Penerangan Format

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 60
minit, sebanyak 200 soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi
percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 5 Ogos ini.

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini.
Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;

 Tempoh: 60 minit
 Jumlah Soalan: 200 soalan

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu
kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin
dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah
dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda. Bagi kertas

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 12
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan
situasi di mana ……………………………………..

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 13
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Huraian Seksyen C:
Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometri

Kami selalu katakan dan banyak kali juga diutarakan oleh penulis Tim Infokerjaya
yang anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk
mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang
bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal
menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa
konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap


calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.

Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif
'menerima kritikan dan pandangan orang lain';

1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.


2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah
kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai 'aura negatif' dalam diri dan ….
……………………………

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 14
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Huraian Seksyen C:
Cara Menjawab yang Bakal MEMBUNUH Anda!
JANGAN IKUT CARA INI!

Ramai yang kata yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun.

Kami setuju dengan pernyataan tersebut, tetapi ramai yang salah erti yang membawa
kepada kesimpulan ini;

"Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!"

Bahagian 'jangan tinggal satu pun' itu betul TETAPI jangan hentam/tembak. Memang ianya akan
membunuh anda. Kenapa? Dalam helaian sebelum ini tip yang paling penting adalah KONSISTEN dan
kami berikan anda 5 soalan yang jawapannya sama. Cuba bayangkan begini situasinya;
………………………………..

Seksyen A:
60 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang diletakkan di bawah;

A. Jabatan Perdana Menteri


B. Kementerian Kewangan
C. Kementerian Dalam Negeri
D. Perbendaharaan Negara

2. Sebuah Akademi yang dinamakan ____________ ditubuhkan berfungsi sebagai institusi


latihan yang melatih wargakerja KDRM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Ianya di
peraku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai ‘training arm’ di rantau Asia Pasifik

A. KDRMForce

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 15
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

B. AKMAL
C. BAKISKA
D. ForceMY

3. Op-Outlet adalah kerjasama KDRM bersama KPDNKK beroperasi sejak tahun 2010. KDRM
menghantar pasukan operasi yang dinamakan;

A. Multees
B. PenguasaPDNKK
C. Aimdash Team
D. Strike Team

4. Penubuhan Pustaka Perkhidmatan Awam pada tahun 1995 adalah

A. Didorong oleh perkembangan pesat sektor perkhidmatan awam di negara ini yang
berperanan besar dalam menggerakkan pembangunan negara ke arah kejayaan yang
gemilang
B. Perkembangan pesat sektor ini telah melahirkan kesedaran tentang perlunya ditubuhkan
satu pustaka bagi mengumpul dan mendapatkan segala bentuk maklumat terdiri daripada
bahan dokumen, objek dan terbitan yang bersangkutan dengan perkhidmatan awam untuk
makluman, rujukan dan kajian
C. Penubuhan pustaka ini sebagai satu pusat yang mempamerkan segala memorabilia yang
bersangkutan dengan perkhidmatan awam adalah sebagai satu daya usaha murni ke arah
menerapkan rasa keinsafan dan penghargaan di kalangan rakyat atas jasa dan sumbangan
besar sektor perkhidmatan awam terhadap negara.
D. Pameran di sini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pentadbiran Awal Kerajaan,
Pentadbiran British Malaya, Pentadbiran Selepas Merdeka dan Pembaharuan Dalam
Perkhidmatan Awam

5. Rekod merujuk kepada

I. Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa
atau selainnya merakamkan maklumat.
II. Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
III. Pelan, lukisan, gambar foto, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV. Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau
apa-apa salinannya.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 16
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

8. Di antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan Kabinet

I. Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara


II. Fungsi Kabinet menggubal dasar-dasar negara
III. Semua menteri dan timbalan menteri menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali
IV. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

A. I, II sahaja
B. III, IV sahaja
C. I, II, IV sahaja
D. I, II, III, IV

9. Pilih jawapan yang tepat mengenai peranan dan tugas Yang Dipertua Negeri
A. Ahli Majlis Raja-Raja
B. Memilih Yang di-Pertuan Agong
C. Melantik Ketua Menteri
D. Mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri

10. Dalam merangka perpaduan nasional yang mempunyai berbilang kaum ini, Dasar Pendidikan
telah dirangka bagi menggembleng usaha perpaduan. Berikut adalah antara inisiatif yang
telah dilakukan dalam mencapai hasrat ini:

I Sistem persekolahan yang sama bagi semua


II Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.
III Sukatan pelajaran yang seragam
IV Peperiksaan dan kurikulum yang seragam

A I, II sahaja B I, II IV sahaja
C II, III, IV sahaja D I, II, III, IV

11. Bukan semua Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi Perdana Menteri tetapi semua
Perdana Menteri kecuali Tunku Abdul Rahman pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Siapakah antara berikut tidak pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri
Malaysia?
A. Tun Dr Ismail Abdul Rahman
B. Tan Sri Mohamad Ghazali Shafie
C. Tun Ghafar Baba
D. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

…………………….

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 17
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Seksyen B:
40 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1. Untuk menyaksikan suatu pertunjukkan sarkas di ibu negara, jumlah bayaran yang perlu
dibayar bagi 5 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak ialah RM 160, manakala bayaran
bagi seorang kanak-kanak ialah RM 15. Jumlah bayaran bagi seorang dewasa dan
seorang kanak-kanak ialah

A 30 B 45

C 35 D 50

2. Pecutan sebiji bola yang dilepaskan daripada keadaan rehat ialah 9.8 ms-1 sesaat.
Pertambahan laju batu itu, dalam ms-1 selepas 2.1 saat dilepaskan ialah

A 20.58 B 26.46

C 21.32 D 27.9

3. John memandu keretanya dengan kelajuan 110 km/jam. Kirakan anggaran masa yang
digunakan John untuk bergerak 380 km.

A 3 jam 45 minit B 3 jam 27 minit

C 3 jam 20 minit D 3 jam 14 minit

4. Sebuah set meja makan dijual dengan harga RM 1940 selepas diskaun 20% diberi.
Apakah harga asal set meja makan itu?

A RM 2540 B RM 2350

C RM 2425 D RM 2285

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 18
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

5. Bilangan telur ayam dalam sebuah reban ternakan ayam ditambah daripada 700 biji
kepada 1330 biji. Berapakah peratus tambahan telur ayam itu?

A 90.3% B 90%

C 91% D 91.5%

6. Gaji bulanan Sani ialah RM 1600. Setelah ditambah dengan RM 200, apakah peratus
kenaikan gajinya?

A 21.3% B 23%

C 14% D 12.5%

7. 20% sesuatu nombor ialah . Apakah nombor itu?

A 42.5 B 10.625

C 50.25 D 56.75

8. Fairuz telah melabur sebanyak RM 11,000 dalam Syarikat Mega. Jika syarikat itu
membayar 6% dividen pada pertengahan tahun dan 9% pada hujung tahun, jumlah
dividen yang diterima oleh Fairuz dalam tahun itu ialah

A 1450 B 1650

C 1750 D 1250

9. 80% daripada panjang sebuah terowong telah siap dibina. Jika bahagian yang telah siap
dibina ialah 16 km, panjang keseluruhan terowong itu, dalam km ialah

A 12.8 B 28.8

C 20.0 D 28.0

10.

A B

C D

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 19
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

11.

A B

C D

12. Harga bagi seguni beras ialah RM 18.00, harga bagi sebotol cecair sabun basuh ialah RM
12.00 dan harga bagi sebotol kicap ialah RM 3.00. Cari rumus jumlah harga RM T bagi
guni beras, botol cecair sabun basuh dan botol kicap.

A T = 18 + 12 + 3 B T = 33

C T= D T=

13. Panjang sebidang tanah yang berbentuk segiempat tepat ialah 4 kali ganda lebarnya.
Perimeter tanah itu ialah 160 m. Panjang tanah dalam m ialah:

A 16 m B 64 m

C 128 m D 32 m

………………………………………….

Seksyen C:
50 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1. Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

A. Setuju B. Tidak setuju

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 20
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

2. Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat
fahami.

A. Ya B. Tidak

3. Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati
dengan kerja seseorang.

A. Ya B. Tidak

4. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

A. Ya B. Tidak

5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Setuju B. Tidak setuju

6. Saya perlu bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang berisiko dan
mencabar.

A. Setuju B. Tidak setuju

7. Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.

A. Setuju B. Tidak setuju

8. Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.

A. Ya B. Tidak

9. Pemalu adalah sifat saya.

A. Ya B. Tidak

10. Apabila mendapat arahan dan nasihat dari ketua kumpulan saya, ia membuatkan
saya rasa tidak selesa.

A. Ya B. Tidak

11. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur.

A. Setuju B. Tidak setuju

12. Buku psikologi boleh digunakan sebagai rujukan untuk mengawal orang.

A. Setuju B. Tidak setuju


www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 21
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

………………………………

Soalan KHAS GTP:


Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

1. Membanteras rasuah adalah salah satu cabang dalam NKRA di bawah program
transformasi kerajaan (GTP). Menteri yang bertanggungjawab dalam NKRA Rasuah
adalah

A. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz

B. Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal

C. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn

D. Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil

2. Usaha mempertingkatkan infrastruktur asas luar Bandar yang diterajui oleh Datuk Seri
Mohd Shafie bin Haji Apdal merujuk kepada

A. NKRA RBI

B. NKRA LIH

C. NKPI

D. NKRA UPT

3. Global Peace Index mengiktiraf Malaysia sebagai

A. Negara keempat paling selamat dan aman di Asia Pasifik

B. Negara kedua belas paling selamat dan aman di Asia Pasifik

C. Negara kelapan paling selamat dan aman di Asia Pasifik

D. Negara ketiga paling selamat dan aman di Asia Pasifik

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 22
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

- TAMAT REVIEW COPY -


Dapatkan Versi Penuh di;

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam
www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 23
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Contoh Langkah Pembelian


STEP 1 of 4

Terus ke laman www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam dan pilih pakej pilihan anda.


Anda akan dibawa ke laman ini setelah pakej dipilih. Isikan EMAIL ANDA

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 24
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

STEP 2 of 4

Isikan maklumat anda di sini dan pilih mode pembayaran (Bank Tempatan / Kad
Kredit)

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 25
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

STEP 3 of 4
Selepas klik ‘PAY NOW’, anda akan di bawa ke laman ini untuk maklumat bank.
SIMPAN URL laman ini.

Setelah selesai pembayaran, kembali ke laman ini dan isikan BANK PILIHAN anda
ketika pembayaran dan KLIK HANTAR.

p/s Pastikan anda simpan bukti pembayaran (Slip transaksi/printscreen transaksi)

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 26
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

STEP 4 of 4
Selesai isi maklumat pembayaran di borang pada STEP 3, anda akan mendapat email
dalam tempoh 3-5 minit. Semak email anda.

REPLY email tersebut dengan bukti pembayaran dan selepas itu Tim Infokerjaya akan
buat semakan dan hantarkan akses dalam tempoh 24 – 48 jam

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 27
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Sebarang masalah anda boleh emailkan ke


hi@profhariz atau Whatsapp Prof Hariz di
Whatsapp 011-32274824 dengan
memperkenalkan nama anda.

Terima Kasih

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 28
Whatsapp 011-32274824
Penguasa Kastam W41 – Sesi 6 SEPTEMBER 2014

Dapatkan Versi Penuh di;

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam

www.ProfHariz.com/PeperiksaanKastam | hi@profhariz.com | 29
Whatsapp 011-32274824

Anda mungkin juga menyukai