Anda di halaman 1dari 29

KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA SEKITAR

KAWASAN BAHAGIAN PANTAI BARAT SABAH

FATIN NAZIRA BINTI ABD SALIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


i

KAJIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA SEKITAR


KAWASAN BAHAGIAN PANTAI BARAT SABAH

FATIN NAZIRA BINTI ABD SALIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi


syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI, 2012
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………
Nama : FATIN NAZIRA BINTI ABD SALIM
Tarikh : 14 JANUARI 2012
iii

Teristimewa buat ayah saya yang disayangi, Abd Salim Bin Fathul.

Adik beradik yang dikasihi Haslinah, Zairani, Ernie, Ikwan, Yusmizar dan Anna
Mardhia

Terima kasih atas berkat doa, sokongan serta dorongan daripada anda semua
iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas berkat usaha, akhirnya saya dapat juga
menyiapakAn laporan projek ini. Terima kasih setinggi-tinggi penghargaan buat
Penyelia saya iaitu Cik Rafeizah Binti Mohd Zulkifli dari Jabatan Pendidikan Teknikal
dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Berkat nasihat,
panduan, bimbingan serta tunjuk ajar daripada beliau, saya mampu menyiapkan kertas
kerja Projek Sarjana Muda saya ini dengan jayanya mengikut masa yang telah
ditetapkan.

Terima kasih juga kepada pihak majikan Harapan Konsep Sendirian Berhad,
Afie Sendirian Berhad dan Hidayah Permai Sendirian Berhad serta para pekerja atas
kerjasama yang baik serta memberi kebenaran untuk menjalankan kajian di tapak bina
projek pembinaan mereka.

Terima kasih juga buat rakan-rakan yang banyak memberi bantuan, tunjuk ajar
serta pendapat yang membina sepanjang menjalankan Projek Sarjana Muda ini bersama-
sama.

Semoga Allah memberkati anda semua. Sekian, terima kasih.


v

ABSTRAK

Kepesatan industri pembinaan di negara kita telah mencapai kemuncak


kemajuannya. Walau bagaimanapun dengan kepesatan tersebut, industri pembinaan juga
telah mencatatkan rekod kemalangan di tempat kerja yang tidak memuaskan dimana ia
juga menyumbangkan kepada antara bilangan kemalangan industri yang tertinggi.
Adalah menjadi persoalan disini, kenapakah budaya kerja selamat dan sihat masih
kurang memuaskan di tapak-tapak bina Malaysia? Justeru itu kajian ini dijalankan agar
dapat mengenalpasti pengetahuan pekerja tentang punca-punca kemalangan, pematuhan
mereka terhadap peraturan, pelaksanaan amalan keselamatan mereka, serta pendapat
mereka tentang aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak majikan mereka.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan dengan menggunakan teknik
metodologi kertas soal selidik yang diedarkan kepada para pekerja yang bekerja di tapak
bina. Item-item pada soal selidik telah disemak oleh dua orang pensyarah yang
bertauliah dalam bidang ini. Tahap kebolehpercayaanpada soal selidik ini juga telah
dijalankan dimana nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.877. Data-data
tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social
Science ataupun SPSS versi 16.0. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan secara
keseluruhan para pekerja yang bekerja di tapak-tapak bina tahu akan punca-punca
kemalangan, patuh terhadap peraturan-peraturan di tapak bina, melaksanakan amalan
keselamatan, serta bersetuju tentang aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak
majikan mereka. Konklusinya, adalah diharapkan aspek-aspek penting ini akan sentiasa
diambil berat dan dilaksanakan untuk membina ruang kerja yang sihat dan selamat di
tapak bina untuk menjamin kehidupan pada masa yang akang datang.
vi

ABSTRACT

The rapid growth of our country construction industry has been reached its peak
of development. However, the rapidity of this industry as well has records of accidents
at work that is not satisfactory, where it is about contributes the high number of
industrial accidents. It shall to be questioned here, why is the safe and healthy of work
culture is still unsatisfactory in our country construction site? Therefore this study is
order to identify the knowledge of the worker about the causes of accident, their
compliance in safety and healthy regulation, the implementation of their safety practices,
as well as their opinions about the aspects of safety implemented by their employers In
this studies we are using the survey research methodology by using methodological
techniques of questionnaires that has been distributed to employees work at construction
sites. The items on the questionnaires were had been reviewed already by two of
qualified lecturers in this field. This level of reliability in this survey has been conducted
by Alpha Cronbach and the value obtained was 0877. Then, the data were analyzed
using the Statistical Software Packages for the Social Science or SPSS version 16.0.
Findings of studies have shown that overall workers working in construction sites know
that the causes of accidents, they’re are compliance with rules, practice the safety
practices, and agree on the security aspects undertaken by their employers. As the
conclusion, that is hoped that these important aspects are always taken seriously and
implemented to build the safe and healthy environment at construction sites to ensure
that life at the same time of the future.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI GRAF xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
vii

1.5.1 Kepentingan Kepada Para Pekerja Di Tapak 8


Bina
1.5.2 Kepentingan Kepada Pihak Majikan 8
1.5.3 Kepentingan Kepada Agensi-Agensi Yang 9
Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan Di Malaysia
1.5.4 Kepentingan Kepada Pengkaji 9
1.6 Batasan Kajian 10
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Keselamatan 12
1.8.2 Kesihatan 12
1.8.3 Kesihatan Pekerjaan 13
1.8.4 Keselamatan Pekerjaan 13
1.8.5 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 13
1.8.6 Tapak Bina 14
1.8.7 Kemalangan 14
1.8.8 Hazard 14
1.9 Penutup 15

2 SOROTAN KAJIAN 16
2.0 Pengenalan 16
2.1 Hazard dan Kawalan Di Tapak Bina 17
2.1.1 Tempat Kerja Yang Selamat 18
2.1.2 Pengorekkan 18
2.1.3 Perancah 19
2.1.4 Tangga 20
2.1.5 Kerja Bumbung 20
2.1.6 Perobohan 21
2.1.7 Bising 22
2.2 Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) 23
viii

2.2.1 Cermin Mata Perlindungan dan Goggle 24


2.2.2 Pelindung dan Topi Keledar 24
2.2.3 Pemilihan Kasut dan But Keselamatan 25
2.2.4 Pemilihan Sarung Tangan Pelindung 26
2.3 Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di 27
Malaysia
2.3.1 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 29
1994 (Akta 514)
2.3.2 Tujuan Akta 514 30
2.3.3 Tanggungjawab Majikan Dan Pekerja 30
2.3.3.1 Tanggungjawab Majikan 31
2.3.3.2 Tanggungjawab Pekerja 32
2.3.4 Keperluan Lantikkan Pegawai Keselamatan Dan 32
Kesihatan Pekerjaan
2.3.4.1 Tugas Pegawai Keselamatan dan 33
Kesihatan Pekerjaan
2.3.4.2 Kuasa Pegawai Keselamatan 34
Dan Kesihatan Pekerjaan Dalam
Siasatan
2.3.5 Keperluan Lantikkan Penyelia Keselamatan 34
Tapak Bina (Menurut Akta 139, Peraturan
BOWEC 1986)
2.4 Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 37
2.4.1 Kepentingan Penubuhan JKK 37
2.4.1.1 Keperluan Undang-Undang 38
2.4.1.2 Mewujudkan Usahasama 38
Majikan-Pekerja
2.4.2 Penubuhan JKK 39
2.4.3 Perhubungan Tugas-Tugas Dengan Faktor Masa 40
2.4.4 Ciri-Ciri JKK Yang Cekap Dan Berkesan 42
2.4.5 Jawatankuasa Keselamatan di Tapak Bina 42
ix

(Menurut Akta 139)


2.5 Penutup 43

3 METODOLOGI 44
3.0 Pengenalan 44
3.1 Rekabentuk Kajian 45
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 46
3.3 Tempat Kajian 47
3.4 Instrumen Kajian 48
3.4.1 Bahagian A – Latar Belakang Responden 49
(Demografi)
3.4.2 Bahagian B – Persoalan-Persoalan Kajian 49
3.5 Kesahan Kandungan 50
3.5 Kajian Rintis 50
3.6 Analisis Data 51
3.7 Prosedur Menjalankan Kajian 52
3.8 Carta Alir Proses Menjalankan Kajian 54
3.9 Penutup 55

4 ANALISIS DATA 56
4.0 Pengenalan 56
4.1 Latar Belakang Responden 57
4.1.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58
4.1.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 59
4.1.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 60
Bekerja
4.1.4 Taburan Responden Mengikut Umur 61
4.1.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 62
4.1.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 63
4.2 Analisis Item Kajian Bahagian B 63
4.2.1 Soalan Kajian 1: Adakah pekerja mengenalpasti 64
x

tentang punca-punca yang sering menyebabkan


kemalangan di tapak bina?
4.2.2 Soalan Kajian 2: Adakah pekerja patuh terhadap 67
peraturan keselamatan di tapak bina?
4.2.3 Soalan Kajian 3: Adakah pelaksanaan 70
amalan keselamatan dan kesihatan dilaksanakan
dikalangan pekerja di tapak bina?
4.2.4 Soalan Kajian 4: Adakah aspek keselamatan 72
yang dilaksanakan oleh pihak majikan untuk
memupuk tingkah laku bekerja selamat di
tempat kerja?
4.3 Analisis Keseluruhan 75
4.4 Penutup 76

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 77


5.0 Pengenalan 77
5.1 Perbincangan 78
5.1.1 Latar Belakang Responden 78
5.1.2 Persoalan Kajian 1: Adakah Pekerja 81
Mengetahui Tentang Punca-Punca Yang Sering
Menyebabkan Kemalangan Di Tapak Bina?
5.1.3 Persoalan Kajian 2: Adakah Pekerja Patuh 83
Terhadap Peraturan Keselamatan Di Tapak
Bina?
5.1.4 Persoalan Kajian 3: Adakah pelaksanaan 86
Amalan keselamatan dan kesihatan
dilaksanakan dikalangan pekerja di tapak bina?
5.1.5 Persoalan Kajian 4: Apakah Persepsi Pekerja 89
Terhadap Aspek Keselamatan Yang
Dilaksanakan Oleh Pihak Majikan Untuk
Memupuk Tingkah Laku Bekerja Selamat Di
xi

Tempat Kerja?
5.2 Rumusan 92
5.3 Cadangan 93
5.3.1 Cadangan Kajian 94
5.3.1.1 Cadangan Kajian untuk Pihak Pekerja 94
5.3.1.2 Cadangan Kajian untuk Pihak Majikan 95
5.3.1.3 Cadangan Kajian untuk Pihak JKK 96
5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 96
5.4 Penutup 97

RUJUKAN 99

LAMPIRAN A 102
LAMPIRAN B 106
LAMPIRAN C 108
LAMPIRAN D 113
LAMPIRAN E 114
LAMPIRAN F 115
LAMPIRAN G 116
LAMPIRAN I 117
xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN


2.1 Jadual Perhubungan Tugas-tugas Dengan Faktor Masa 41
3.1 Bilangan Populasi Kajian Mengikut Lokasi Kajian 46
3.2 Bilangan Sampel Kajian Mengikut Lokasi Kajian 47
3.3 Jenis Konstruk dan Bilangan Item Dalam Soal Selidik 50
3.4 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 51
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 59
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bekerja 60
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 61
4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 62
4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 63
4.7 Darjah Penilaian Terhadap Responden Berdasarkan 64
Peratus
4.8 Taburan Mengikut Peratus Bagi Persoalan Kajian 1 (N 64
= 118)
4.9 Taburan Mengikut Peratus Bagi Persoalan Kajian 2 (N 67
= 118)
4.10 Taburan Mengikut Peratus Bagi Persoalan Kajian 3 (N 70
= 118)
4.11 Taburan Mengikut Peratus Bagi Persoalan Kajian 4 (N 72
= 118)
xiii

4.13 Darjah Penilaian Terhadap Responden Berdasarkan 75


Peratus
4.13 Darjah Penilaian Terhadap Responden Berdasarkan 75
Peratus
xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN


1.1 Kemalangan Pekerjaan Mengikut Negeri Bagi Kategori 3
HUK (Hilang Upaya Kekal) sehingga Disember 2010
(Disiasat)
1.2 Kemalangan Pkerjaan Mengikut Negeri Bagi Kategori 4
HUK (Hilang Upaya Kekal) Sehingga Disember 2009
(Disiasat)
2.1 Hazard dan Kawalan 23
2.2 Kelengkapan Perlindungan Diri 27
2.3 Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di 36
Malaysia
2.4 Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan 40
yang diperuntukkan dalam Peraturan JKK, 1996
3.1 Kerangka Operasi 54
xv

SENARAI SINGKATAN

RMK9 - Rancangan Malaysia Kesembilan


SOGT - Projek Terminal Gas Luar Pesisir Sabah
Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad
PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial
JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Akta 514 - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Akta 139 - Akta Kilang dan Jentera 1967
PPE - Kelengkapan Pakaian Pelindung
OSH-MS - Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan
CIDB - Lembaga Industri Pembinaan
NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
WHO - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health
Organization)
IAPA Institute Accident Prevention Association of Canada
BOWEC 1986 Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Bangunan
(Keselamatan) 1986
LRT - Transit Rel Ringan
SHO - Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
SSS - Penyelia Keselamatan Tapak Bina
JKK - Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan
xvi

SPSS - Statistical Packages for the Social Science


STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
CREAM - Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia
xvi

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK HALAMAN


4.1 Tahap Purata Peratusan Setiap Persoalan Kajian 76
xvii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN


A Borang Soal Selidik Kajian 102
B Surat Pengesahan Item Soalan 106
C Hasil Pekali Keboleh Percayaan Alpha Gronbach 108
Kajian
D Surat Pengesahan Pelajar 113
E Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 114
F Surat Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat 115
PERKESO
H Surat Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat 116
JKKP
I Permohonan Untuk Menjalankan Kajian Soal 117
Selidik Di Tapak Bina
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sektor pembinaan di negara ini, dijangka akan mengalami ledakan pembangunan


sekali lagi seperti yang berlaku pada pertengahan tahun 1990an, apabila semua projek
infrastruktur dan pembangunan yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK9) telah benar-benar diselesaikan sepenuhnya. Apa yang kita ketahui
bahawa sektor pembinaan di Malaysia telah mengalami kemuncak kemajuan iaitu pada
1994 hingga 1999 lalu, yang dipacu oleh pembangunan projek-projek berkaitan
infrastruktur, pengangkutan dan pembinaan bangunan-bangunan yang diklasifikasikan
oleh banyak pihak sebagai projek-projek mega, termasuk pembangunan pusat
pentadbiran negara, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di
Sepang (Bernama, 2007).
2

Pada kali ini kerajaan dan sektor swasta telah bertekad untuk melaksanakan
kerja-kerja pembinaan infrastruktur selanjutnya dengan melibatkan pembangunan
landasan keretapi, pembekalan air bersih, usaha pembangunan wilayah serta ekonomi
sektor minyak dan gas. Contohnya adalah pembinaan Projek Terminal Gas Luar Pesisir
Sabah (SOGT) yang terletak di Kimanis dan dilaksanakan oleh Petronas Carigali Sdn
Bhd. Kepesatan pembangunan dalam sektor pembinaan termasuklah projek ini telah
menjadikan industri pembinaan sebagai salah satu sektor utama yang menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Disamping itu pencapaiannya dalam
membangunkan negara industri ini juga memberikan kuasa, perkhidmatan, dan
komunikasi untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat dengan harapan diberi
manfaat oleh setiap lapisan masyarakat.

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam mengejar kepesatan pembangunan negara, industri pembinaan


mencatatkan rekod yang tidak memuaskan dimana ia juga menyumbangkan kepada
bilangan kemalangan industri yang tinggi. Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial atau
PERKESO (2009), industri pembinaan mencatatkan bilangan kes kemalangan
dilaporkan adalah sebanyak 3643 kes. Dari kejadian dan perangkaan ini jelas tahap
keselamatan dan kesihatan di tapak-tapak bina masih belum berada pada tahap yang
memuaskan. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh semua pihak yang terlibat
bagi memastikan kemalangan yang berlaku dapat dikurangkan atau di hapuskan sama
sekali.

Pada tahun 2010, industri pembinaan ini juga telah mencatatkan jumlah kes yang
paling tinggi dalam statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor dimana ianya
mencatatkan sebanyak 66 kematian (JKKP, 2010). Seterusnya menurut laporan JKKP
3

(2010) juga, terdapat 13 kes kemalangan yang melibatkan kematian di industri


pembinaan dicatatkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi
kawasan sekitar Kota Kinabalu. Berbanding pada tahun 2009 kes ini mencatatkan hanya
mencatatkan 8 kematian. Jika dilihat ianya mungkin hanyalah jumlah peningkatan
kematian yang amat sedikit namun begitu kesan kemalangan ini terhadap mana-mana
pihak yang terlibat amatlah mendalam. Sebagai contoh keluarga si mangsa akan
kehilangan orang yang disayangi dan sumber pendapatan mereka. Bagi pihak kontraktor
pula, mereka akan kehilangan pekerja yang terlatih dan terpaksa menanggung kos yang
tinggi akibat aktiviti projek tergendala, merosotnya moral pekerja, dan peningkatan kos
perubatan dan premium insuran. Carta bar berikut adalah berdasarkan Laporan Tahunan
JKKP (2010 dan 2009);

Rajah 1.1: Kemalangan Pekerjaan Mengikut Negeri Bagi Kategori HUK


(Hilang Upaya Kekal) sehingga Disember 2010 (Disiasat)
4

Rajah 1.2: Kemalangan Pkerjaan Mengikut Negeri Bagi Kategori HUK (Hilang
Upaya Kekal) Sehingga Disember 2009 (Disiasat)

Adalah menjadi persoalan di sini bahawa, kenapa budaya kerja selamat dan sihat
masih kurang memuaskan di tapak bina di Malaysia? Kenapa kemalangan di tapak bina
yang menyebabkan kehilangan nyawa masih tinggi? Terdapat banyak peraturan patut
dipatuhi oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam industri pembinaan ini seperti yang
termaktub didalam akta-akta seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
(Akta 514) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139). Pengubalan undang-undang
ini penting kerana ketidakpatuhan peraturan akan menyebabkan berlaku kemalangan di
tapak bina. Contohnya menurut laporan JKKP (2010) pada Mac 2010, seramai 6 orang
pekerja asing maut akibat lemas terhidu gas beracun (karbon monoksida) di dalam
tangki air (ruang terkurung) di Sabah. Jelas disini menunjukkan bahawa peraturan
pemakaian Kelengkapan Pakaian Pelindung (PPE) tidak laksanakan mahupun
dipraktikkan disini. Sedangkan pemakaian PPE ini ada termaktub di dalam akta-akta
tersebut.

Majikan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Berdasarkan pada


laporan NSTP (2010), menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Malaysia, Datuk Dr Johari Basri sikap sambil lewa majikan dan pekerja
5

mengenai aspek keselamatan menjadi punca utama kemalangan maut di tempat kerja
apabila prosedur keselamatan serta kesihatan tidak dipatuhi. Tambahnya lagi, kerajaan
menggalakkan majikan dan kontraktor melaksanakan sistem pengurusan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan (OSH-MS) bagi mencegah bencana ditempat kerja bermula dari
peringkat mereka bentuk bangunan lagi. Kecuaian dan pandangan remeh pihak majikan
dalam soal keselamatan dan kesihatan di tapak bina boleh menyebabkan kemalangan
berlaku sekaligus boleh merugikan mereka sendiri.

Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan hendaklah mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam usaha untuk mengurangkan serta mengelakkan lagi kemalangan
disamping mengenal pasti akan faktor-faktor yang mendorong ke arah masalah ini.

1.2 Pernyataan Masalah

Adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk bekerja dalam keadaan yang sihat
dan selamat. Justeru itu, pihak yang terlibat hendaklah menunjukkan inisiatif masing-
masing dalam menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing di tapak bina dengan
mengetahui serta mengambil berat akan risiko dan punca-punca kemalangan. Namun
begitu, adakah mereka benar-benar mengetahui akan punca-punca kemalangan tersebut?
Jika benar mereka mengetahui akan punca-punca tersebut mengapa nilai kemalangan
yang dilaporkan oleh agensi-agensi keselamatan masih berada di tahap yang kurang
memuaskan? Begitu juga pada pematuhan peraturan-peraturan yang dikenakan di tapak
bina. Pematuhan akta seperti Akta 514 atau Akta 139 antara akan menjadi tunjang
kepada pemastian suasana kerja yang sihat dan selamat serta berkualiti produktivitinya.
Namun begitu, adakah mereka yang terlibat benar-benar mengetahui dan mematuhi akan
peraturan ini? Masalah ini menjadi perdebatan kerana jumlah kemalangan di tapak bina
yang masih tinggi, ketara serta seringkali dilaporkan. Jika kita lihat, amalan keselamatan
6

menjadi tunjang utama bagi pihak pekerja serta majikan dalam memastikan suasana
tempat kerja yang selamat. Amalan keselamatan ini saling berkaitan dengan peraturan.
Dimana ianya hendaklah dilaksanakan dan dipatuhi setiap masa dalam menjamin amalan
keselamatan pekerjaan yang terjamin di tapak bina. Pihak majikan bertanggungjawab
memberikan maklumat, arahan, latihan serta penyeliaan yang diperlukan bagi menjamin
keselamatan persekitaran kerja serta pekerjanya. Namun begitu adakah amalan
keselamatan serta tanggungjawab majikan ini benar-benar dilaksanakan dengan
baiknya? Justeru itu, terdapat beberapa aspek yang menjadi persoalan disini dan patut
dikaji berikutan dengan masalah kemalangan di tapak bina ini yang membimbangkan
ini. Oleh satu kajian berkaitan telah dijalankan bagi mengetahui apakah aspek-aspek
yang berkaitan dengan persoalan-persoalan yang telah dibincangkan tadi.

1.3 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji isu keselamatan di dalam industri
pembinaan. Untuk mencapai tujuan ini beberapa objektif telah dikenalpasti termasuk;

i. Mengenalpasti pengetahuan pekerja tentang punc-punca yang sering


menyebabkan kemalangan di tapak bina.
ii. Mengenalpasti pematuhan pekerja terhadap peraturan keselamatan di tapak
bina.
iii. Mengenalpasti pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di kalangan
pekerja di tempat kerja.
iv. Mengenalpasti aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak majikan
untuk memupuk tingkah laku bekerja selamat di tempat kerja.
7

1.4 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penulis mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan


objektif kajian tercapai, di antaranya ialah;

i. Adakah pekerja mengenalpasti tentang punca-punca yang sering


menyebabkan kemalangan di tapak bina?
ii. Adakah pekerja patuh terhadap peraturan keselamatan di tapak bina?
iii. Adakah pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan dilaksanakan
dikalangan pekerja di tapak bina?
iv. Adakah aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak majikan dalam
memupuk tingkah laku bekerja selamat di tempat kerja?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai pelbagai kepentingan berdasarkan aspek-


aspek persoalan yang dibincangkan. Adalah menjadi harapan tinggi sekiranya hasil
kajian yang diperolehi nanti memberikan faedah yang besar kepada pihak-pihak yang
berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai