Anda di halaman 1dari 4
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Block E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Govemment Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Faks: 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA, Laman Web: www.moe.govmy KPM.100-/1/9/6 (43) ZGLDisember 2019 Senarai Edaran YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan, PELAKSANAAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) TAHUN 2020 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) adalah alat Pengurusan yang boleh dijadikan panduan dalam pengoperasian sekolah. Pihak sekolah diminta melaksanakan SKPMg2 secara teliti supaya impak pelaksanaannya dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta kemenjadian murid yang menyeluruh. 3. SKPMg2 menggalakkan pihak sekolah menyimpan dokumen_pengurusan sekolah dalam bentuk (format) digital. Dokumen berkenaan hendaklah disimpan mengikut folder yang sistematik mengikut tahun dan bidang supaya mudah diakses oleh pihak sekolah apabila pertu. 4, Pengisian portal SKPMg2 akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pada bulan Januari hingga Mac 2020 dan pada bulan Ogos hingga 15 November 2020. Perincian pengisian portal boleh dirujuk dalam Lampiran 1. 5. Semua sekolah di bawah KPM dikehendaki melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan SKPMg2 melalui portal NKRA KPM (httos:/nkra,moe.gov.my/). Pihak sekolah juga dimohon merujuk Prosedur Pelaksanaan SKPMg2 dan Edaran PPS (PPSEP) bertarikh 1 Januari 2020 yang boleh dimuat turun dari portal berkenaan bagi memastikan pengisian skor PKS dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 6. Pihak YBhg. Datuk/Dato/Dr/Tuan/Puan diminta_memastikan arahan ini disampaikan kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar dengan kadar SEGERA. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, MAL DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM b.p. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Senarai Edaran: Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Semua Pengarah Pendidikan Negeri Salinan Kepada: Menteri Pendidikan Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Ketua Nazir Sekolah Pengarah Bahagian Penasihat Undang-undang Pegawai Perhubungan Awam Lampiran 1 PERINCIAN PENGISIAN PORTAL SKPMg2 2020 PERKARA PELAKSANAAN 2020 | TEMPOH PENGISIAN Pengisian portal SKPMg2 dalam 2 fasa iaitu: 1. Januari hingga 31 Mac 2020 2. Ogos hingga 15 November 2020 (Pengisian April hingga 31 Julai tidak wajib namun digalakkan pengisian bagi membolehkan pihak sekolah melinat perkembangan pencapaian pertengahan tahun masing-masing dan membuat intervensi). PENGISIAN ‘SKOR PdP Januari hingga 31 Mac 2020: Penilaian Kendiri PdP guru April hingga 15 November 2020: Pengisian skor dalam portal hendaklah dibuat mengikut ruangan | pengisian berikut: Pencerapan 1: Jalur April-Julai Pencerapan 2: Jalur Ogos-November “sila muat turun MS Excel SKPMg2 PdPc Ver 1.2 EVIDENS PELAKSANAAN | Pengisian evidens pelaksanaan dalam portal: 1. Dinyatakan mulai Fasa ‘(Januari hingga Mac) 2. Berdasarkan dokumen/persekitaran semasa/sedia ada pihak sekolah 3. Secara spesifik, relevan dan sesuai dengan sesuatu Aspek/TUMS, Contoh: - Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil. 1/2020 - Jadual Pencerapan PdPo 2020 4. Digalakkan dalam bentuk dokumen digital yang disimpan dalam “folder” yang sistematik mengikut tahun dan bidang yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai