Anda di halaman 1dari 15

Peta pengurusan grafik Tugasan 2

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan komitmen dan keberkesanaan


seseorang guru di tempat mereka bertugas

dalaman luaran

interpersonal kendiri persekitaran kerja pentadbiran, pengurusan


yang negatif tidak kondusif dan organisasi sekolah

 Sering terasa  ruang kerja  Jika pentadbiran


tersisih, rasa tidak kurang selesa, pengurusan sekolah
berkemampuan sempit, gagal dalam menjalankan
menggalas tugas kelengkapan tugas mereka ini akan
 sikap guru lain yang kelas tidak menyebabkan bebanan
memandang rendah mencukupi , terletak pada bahu
terhadap rakan tiada seorang guru.
sekerja kemudahan ICT  guru terpaksa berkorban
 menyebabkan masa bersama keluarga
tahap stress untuk menyiapkan
guru meningkat tugasan yang
Kecerdasan diamanahkan
emosi yang
rendah
disiplin pelajar sangat teruk bebanan kerja
 Kurang dapat
kawal emosi  Pelajar terdedah dengan  Tugas mengajar
 Mudah marah tingkah laku yang negatif.  Tugas sampingan
 Mudah tertekan  Faktor ibu bapa yang seperti melengkapkan
 Komitmen dan meletakkan 100 peratus folio murid, rekod
keberkesanan tanggungjawab mendidik kecerian dan kebersihan
guru terjejas anak mereka kepada guru kelas, memasukkan
menyebabkan emosi guru maklumat ke pengkalan
terganggu
 sikap pelajar seperti suka
membuli, ponteng sekolah,
melawan cakap guru
menyebabkan guru semakin
terbeban
kemahiran-kemahiran professional guru dan
pembelajaran sepanjang hayat

kemahiran sosial yang kemahiran belajar,


tinggi kemahiran berfikir,
kemahiran merancang
 guru boleh dan kemahiran
berkomunikasi dengan pemudahcaraan
baik dengan pelbagai
pihak  pelajar akan lebih
 hubungan interpersonal memandang tinggi
antara guru dengan kepada guru
rakan sekerja dan pihak
pentadbir akan menjadi
baik
 mewujud persefahaman
antara pihak
Tugasan 1: Ulasan Kritis

Profesion keguruan masa kini perlu sentiasa seiring dengan perkembangan


semasa dan futuristik yang memerlukan sikap, komitmen dan kemahiran-
kemahiran pedagogi yang tinggi dalam kalangan penjawatnya. Ini sejajar dengan
hasrat untuk meletakkan golongan guru sebagai pendidikan yang bertaraf
profesioanal.

Berdasarkan penyataan di atas, dalam pengamatan anda semasa di sekolah,


bincangkan secara kritis faktor-faktor dalaman dan luaran yang boleh
menjejaskan komitmen dan keberkesanan seseorang guru di tempat mereka
bertugas. Jelaskan bagaimana kemahiran-kemahiran profesional guru dan
pembelajaran sepanjang hayat dapat dimanipulasikan untuk membantu
mengekalkan reputasi seseorang guru yang berkaliber profesional dan bijaksana.

Pengenalan

Guru merupakan insan biasa yang diberi amanah yang sangat besar dalam
membimbing, mendidik dan membentuk sahsiah dan keperibadian individu menjadi
seorang insan yang berilmu seperti ynag dihasratkan dalam falsafah pendidikan guru
dan falsafah pendidikan negara. Cabaran seorang guru dalam memenuhi tuntutan
mendidik anak bangsa semakin hari semakin mencabar. Guru bukan sahaja
berhadapan dengan perubahan dasar pendidikan sahaja malah berhadapan dengan
perubahan tingkah laku pelajar yang semakin hari semakin menguji ketahanan mental
dan fizikal seorang guru. Cabaran yang wujud ini secara langsung dan tidak langsung
akan menjejaskan keberkesanan seseorang guru di tempat mereka bertugas. Apabila
dikaji dan diamati, terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang boleh
menyebabkan terganggunya keberkesanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa.

Faktor Dalaman1 : Interpersonal Kendiri

Berdasarkan pengamatan saya di SK Lundang, interpersonal kendiri yang positif


dapat menjamin keberkesanan seseorang guru di tempat mereka bertugas. Hubungan
positif antara rakan sekerja akan memberi impak yang positif kepada setiap guru seperti
boleh melaksanakan tugas bersama, menyelesaikan masalah secara berpasukan,
bertukar pendapat dan sebagainya. Namun, saya mendapati terdapat segelintir guru
mengalami stress kerana interpersonal kendiri yang semakin hari semakin tidak
seimbang. Sering terasa tersisih, rasa tidak berkemampuan menggalas tugas dan
sebagai menjadi penyebab mengapa terganggunya prestasi guru tersebut. Aziz,
Fawziah, Zurihanmi & Noordin (2005) menyatakan sememangnya wujud golongan guru
yang stress kerana interpersonal kendiri yang negatif. Malah ianya lebih teruk apabila
sikap guru lain yang memandang rendah terhadap rakan sekerja yang dianggap tidak
mempunyai potensi budaya kerja yang cemerlang. Penyisihan dan percanggahan
komunikasi ini biasanya akan berterusan sehingga memberi kesan yang buruk dan
mengganggu prestasi guru terbabit samaada dalam pencapaian sebagai seorang
pendidik mahupun pencapaian sebagai seorang pekerja.

Faktor Dalaman 2 : Kecerdasan emosi yang rendah

Faktor dalaman yang kedua ialah kecerdasan emosi yang rendah. Menurut
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007), kompetensi
kecerdasan emosi guru amat penting untuk menjamin mutu dan kualiti pendidikan yang
diberikan oleh guru kepada anak-anak murid selaras dengan perkembangan dunia pada
masa kini. Guru yang mempunyai kecerdasan emosi yang rendah akan mudah berasa
tertekan dengan tugasan yang dipertanggungjawab, mudah naik marah dan sentiasa
tidak dapat mengawal emosi diri sendiri. Ini dapat dibuktikan melalui pengamatan saya
di SK Lundang di mana ada seorang guru selalu marah pada murid di hujung-hujung
kelas dan guru tersebut berasa tertekan apabila mengajar kelas mereka kerana murid di
hujung-hujung kelas tidak takut dan hormat kepada guru tersebut. selain itu, dapatan
kajian Iskandar, Rohaty Majzub dan Zuria Mahmud (2009) menunjukkan bahawa
kecerdasan emosi seseorang pensyarah didapati mempunyai hubungan dengan
komitmen kerja. Faktor kecerdasan emosi ini menyebabkan guru tidak dapat
melaksanakan tanggungjawab dengan baik malah tidak dapat menunjukkan komitmen
yang sepenuh kepada kerjayanya. Sehubungan itu, guru sewajarnya mengembangkan
kecerdasan emosi diri sendiri sebagai salah satu amalan etika kerja profesion sebagai
seorang pendidik yang cemerlang.
Faktor Luaran 1: Bebanan kerja

Bukan sahaja faktor dalaman malah faktor luaran juga turut memberi kesan
terhadap keberkesanan seorang guru. Faktor luaran yang pertama ialah bebanan kerja
menjelaskan komitmen dan keberkesanan seseorang guru. Guru disarankan untuk
mengamalkan gaya kerja yang cemerlang seiring dengan perkembangan pemodenan
dunia akan tetapi perubahan yang mendadak dan kerap kali berlaku di dalam sistem
pendidikan di Malaysia menyebabkan guru terbeban dengan tugasan yang baharu.
Berdasarkan pemerhatian saya semasa praktikum di Sekolah Kebangsaan Lundang,
saya mendapati tugas guru hari ini semakin banyak, guru bukan tugas sebagai pendidik
semata-mata malah tugas sebagai guru penasihat, melengkapkan folio murid, rekod
kecerian dan kebersihan kelas, memasukkan maklumat ke pengkalan data dan
sebagainya. Saya mendapati guru di SK Lundang selalu balik lewat dan membawa
banyak fail murid balik ke rumah untuk menyiapkan. Kerja yang bertimbun-timbun telah
menyebabkan guru tidak mempunyai cukup masa bersama keluarga. Keadaan ini akan
mengganggu emosi guru menyebabkan murung, hilang minat untuk mengajar dan
emosi mudah terganggu. Kesannya keberkesanan sebagai seorang guru terjejas akibat
daripada bebanan kerja yang semakin hari semakin meningkat. Menurut Abdull Sukor
Shaari et al. (2006), ekoran lambakan tugas yang berat, didapati bahawa perlakuan
mengajar guru tidak mencapai tahap yang baik seperti yang diharapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Jelaslah beban tugas guru yang terlalu berat akan
menjejaskan komitmen dan keberkesanan seseorang guru.

Faktor Luaran 2: Persekitaran kerja yang tidak kondusif

Melalui pengalaman saya berada di sekolah, persekitaran kerja yang kondusif


dapat meningkatkan komitmen dan keberkesanan guru. Di SK Lundang, guru-guru dan
saya sebagai guru pelatih telah ditempatkan di tempat yang selesa misalnya ruang bilik
guru yang besar dilengkapi kemudahan penyaman udara dan tempat bilik guru yang
bersih. Guru-guru di sekolah ini dapat berkerja dengan selesa dan ini telah
meningkatkan komitmen dan keberkesanan guru di tempat mereka bertugas. Seperti
mana yang kita tahu, profesion perguruan bermatlamat melahirkan generasi yang
berilmu. Jika persekitaran tempat kerja iaitu sekolah tidak kondusif secara langsung
ianya akan menyebabkan tahap stress guru meningkat. Guru tidak diberi ruang kerja
yang selesa, ruang pembelajaran yang sempit, kelengkapan kelas tidak mencukupi,
pengudaraan bilik guru tidak diselenggara dengan baik dan kemudahan seperti ICT
untuk kelangsungan kerja tidak disediakan dengan sebaiknya. Semua ini membataskan
kerja-kerja guru dan menyebabkan keberkesanan pembelajaran terjejas.

Faktor Luaran 3 : Pentadbir, Pengurusan dan Organisasi

Berdasarkan pengamatan saya semasa di sekolah, bebanan guru akan


bertambah dengan wujudnya pentadbiran dan pengurusan yang tidak cekap. Di SK
Lundang, orang atau pihak yang selalu saya dan guru-guru berurusan adalah
kakitangan pentadbiran sekolah. Bagi kerja-kerja rasmi, guru akan berurusan terus
dengan kakitangan pentadbiran sekolah. Akan tetapi, pentadbiran, pengurusan dan
organisasi sekolah juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan emosi guru
terganggu. Kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah bergantung kepada
pentadbiran dan pengurusan yang cekap. Jika pentadbiran pengurusan sekolah gagal
dalam menjalankan tugas mereka ini akan menyebabkan bebanan dan impaknya
terletak pada bahu seorang guru. Sebagai contoh, apabila pentadbir mengarahkan
sesuatau tugas di luar bidang seseorang guru menyebabkan guru tersebut tidak dapat
melakukan kerja itu sebaiknya. Bukan itu sahaja tempoh masa yang diberikan juga
amatlah singkat di mana memerlukan guru tersebut berkorban masa bersama keluarga
semata-mata untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Dilema ini terkadang
memberi impak yang sangat besar kerana guru bukan sahaja mempunyai
tanggungjawab di sekolah malah mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk
keluarga mereka. Perkara-perkara yang kita lihat seperti tidak memberi kesan besar
tetapi sebenarnya ialah penyebab profesion guru semakin hari semakin suram.

Faktor Luaran 4: Disiplin pelajar sangat teruk

Ketika berada di sekolah, sememangnya saya sebagai guru tidak akan terlepas
berdepan dengan masalah disiplin pelajar. Bagi praktikum fasa ketiga, saya diarahkan
mengajar kelas yang hujung-hujung iaitu murid yang mempunyai masalah disiplin yang
teruk. Saya menghadapi tekanan apabila mengajar murid yang mempunyai masalah
disiplin yang teruk. Hal ini kerana murid-murid ini selalu menunjukkan tingkah laku yang
negatif misalnya meninggalkan kelas semasa saya sedang mengajar atau bergaduh
dengan rakan sekelas di hadapan saya. Guru-guru yang mengajar kelas yang hujung-
hujung selalu marah dan rotan pada murid-murid tersebut dan emosi guru mudah
terganggu. Era pembangunan yang semakin berkembang memberi impak besar kepada
sikap dan personaliti pelajar di mana mereka terdedah dengan tingkah laku yang
negatif. Faktor ibu bapa yang meletakkan 100 peratus tanggungjawab mendidik dan
membentuk anak mereka kepada guru menyebabkan emosi guru terganggu. Ibu bapa
berpendapat bahawa pembentukan peribadi mereka bermula dari sekolah. Sedangkan
masa pelajar berada di sekolah sangat sedikit berbanding dengan masa mereka berada
di rumah. Bukan itu sahaja, sikap pelajar yang suka membuli, ponteng sekolah,
melawan cakap guru dan sebagainya menyebabkan guru semakin terbeban kerana
tunggakkan kerja yang banyak sebagai kaunselor, guru pembimbing kepada pelajar
yang bermasalah. Biarpun sebilangan guru akur dengan gangguan ini namun secara
tidak langsung ianya memberi impak kepada perkembangan pembangunan profesion
perguruan.

Kemahiran bersosial

Kemahiran-kemahiran profesinal guru wajib ada pada setiap individu yang


bergelar guru. Dengan adanya kemahiran ini saya sebagai guru akan dapat
mengekalkan reputasi seorang guru walaupun mempunyai pelbagai masalah. Menjadi
seorang guru sememangnya memerlukan kemahiran sosial yang tinggi. Hal ini kerana
dengan adanya kemahiran sosial, saya boleh berkomunikasi dengan baik dengan
pelbagai pihak terutamanya dengan pihak pentadbir dan pelajar. Adanya kemahiran
komunikasi ini, hubungan interpersonal antara saya dengan rakan sekerja dan pihak
pentadbir akan menjadi baik dan akan wujud persefahaman antara dua pihak. Apabila
persefahaman antara dua pihak telah dicapai maka lebih senang untuk saya
menjalankan tugas. Goleman (1999) menyatakan dengan adanya kemahiran sosial ini,
membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan.
Bukan itu sahaja malah saya juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan
jaringan selain mahir memujuk dan memimpin. Bukan itu sahaja, jika saya sebagai guru
yang mempunyai kemahiran sosial ynag tinggi boleh menjadi pakar runding yang baik di
samping berkebolehan menyelesaikan konflik yang ada.
Kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran merancang dan kemahiran
pemudahcaraan

Selain daripada kemahiran sosial, kemahiran yang lain seperti kemahiran


belajar, kemahiran berfikir, kemahiran merancang dan kemahiran pemudahcaraan
merupakan antara kemahiran yang perlu dan sepatutnya ada dalam diri saya sebagai
seorang guru. Kemahiran ini boleh digunakan dalam menjalankan pembelajaran
sepanjang hayat yang sepatutnya dilakukan oleh semua guru bagi memastikan
kelangsungan pembelajaran dan pengajaran. Dengan ini dapat mengekalkan reputasi
saya sebagai seorang guru. Bukan itu sahaja dengan adanya kemahiran ini, pelajar
akan lebih memandang tinggi pada saya kerana pelajar menganggap saya sebagai guru
yang serba boleh dan hebat dari pelbagai aspek.

Kesimpulan

Sebagai guru sewajarnya tahu tentang sejauh mana dan sedalam mana peranan
dan tanggungjwab dalam organisasi sekolah dan pendidikan itu sendiri. Tugasan yang
dilaksanakan tidak perlu melangkaui tahap kobolehan dan jawatannya. Pembelajaran
sepanjang hayat dan ilmu pedagoginya mengcakupi apa yang disarankan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerokaan dan pengkayaan ilmu merupakan
pembelajaran sepanjang hayat yang membolehkan seseorang guru meningkatkan tahap
kebolehannya secara terancang. Jadi, tidak mustahil jikalau guru tersebut menjadi guru
yang gemilang dan terbilang dalam apa jua yang dilakukan bagi membina dan mendidik
anak bangsa.

1196 patah perkataan


Tugasan 2: Penulisan Akademik

Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab utama di sekolah yang rencam dan
mencabar. Pelbagai teori, pemikiran, strategi dan pendekatan telah diketengahkan
dan boleh diadaptasi ke arah membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan
secara bersepadu dan berterusan.

Bingcangkan implikasi-implikasi terhadap anda sebagai guru dan murid-murid di


bawah seliaan anda sekiranya anda gagal melaksanakan akauntabiliti-akauntabiliti
terhadap diri sendiri dan ibu bapa secara profesional dah berhikmah.

Pengenalan

Dalam konteks pendidikan, sebagai seorang guru adalah menjadi


tanggungjawab dan tugas mereka untuk melahirkan dan membimbing pelajar yang
berwawasan serta mempunyai etika dan moral yang tinggi. Setiap guru harus sedar
bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas semata-
mata, malah perlu mengganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor
kepada pelajar. Sistem hubungan dua hala yang terjadi di antara guru dengan pelajar
bukan sahaja melibatkan masalah akademik mahupun perkara dalam ruang lingkungan
sekolah malah ia juga melibatkan masalah peribadi pelajar yang membolehkan pihak
sekolah mengesan segala tidak sihat di peringkat awal. Oleh yang demikian,
sememangnya seorang guru perlu ada dan wajib mempunyai akauntabiliti-akauntabiliti
yang tinggi bagi menjadi contoh yang baik kepada diri sendiri dan pelajar.

Akauntabiliti

Akauntabiliti mengikut kamus dewan (edisi ke-3, 2000) dihuraikan sebagai


“bertanggungjawab terhadap sesuatu”. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep
akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai
sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan
dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga mengenai disiplin dan keperluan untuk
memberikan justifikasi dan menerima tanggungjawab terhadap sesuatu keputusan yang
diambil (S. Ismail & A.Subki, 2010). Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
berkenaan dengan tanggungjawab seorang guru terhadap profesion keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabiliti seorang guru
terhadap pelajar, diri sendiri, sekolah, masyarakat, negara dan profesion keguruan
amnya. Ia juga bermaksud perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pengetua
atau guru besar mengikut masa yang ditetapkan. Owings dan Kaplan (2001)
menyatakan akauntabiliti guru adalan merujuk kepada tanggungjawab seorang guru
dalam memperlihatkan kualiti guru itu sendiri dan kualiti pengajarannya.

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak isu yang mempertikaikan akauntabiliti


seorang guru dan akauntabiliti perguruan diutarakan di media sosial (Gokina Morganan,
2012). Sebagai contoh satu kes yang melibatkan guru besar digomol kerana menegur
kelas yang dikendalikan oleh seorang guru tidak dikawal dan agak bising. Kes ini
berlaku di Pulau Pinang, yang menyebabkan pelajar menonton perbalahan antara guru
besar dan guru kelas mereka selepas berlaku perselisihan faham anatara dua orang
pendidik berkenaan. Pergaduhan itu tercetus apabila guru besar menegur guru tersebut
gagal mengawal murid mereka daripada membuat bising. Suasana menjadi tidak
terkawal dan menyebabkan guru lain terpaksa campur tangan bagi meleraikan
pergaduhan. Jika dilihat disini, kejadian seperti pergaduhan di antara dua pendidik boleh
menyebabkan kesan yang buruk kepada profesion perguruan. Guru yang dianggap
pendidik anak bangsa, pembentuk sahsiah murid akan dipandang serong oleh
masyarakat luar dan profesion perguruan tidak lagi di anggap bersifat profesional. Jika
seseorang guru gagal dalam mengawal emosi, bagaimana guru tersebut mahu
mengawal emosi jika berhadapan dengan pelajar yang bermasalah. Kejadian seperti ini
memberi impak yang sangat besar kepada profesion perguruan yang selama ini
dihormati dan disangjungi.

Akauntabiliti ini boleh dilihat dari dua sudut iaitu akauntabiliti guru itu sendiri dan
akauntabiliti guru terhadap ibu bapa. Guru bertanggungjawab ke atas diri sendiri kerana
untuk menjadi seorang guru ynag dedikasi, guru tersebut perlulah mempunyai
perwatakan yang menarik, minat mendidik, boleh menjadi “role model” kepada pelajar,
bijak mengendalikan masalah dan mengawal emosi dan mementingkan kejayaan
pelajarnya. Manakala akauntabiliti guru terhadap ibu bapa adalah dengan mewujudkan
hubungan baik dengan ibu bapa pelajar, menghornati ibu bapa pelajar, pandai untuk
mendekatkan diri dengan keluarga pelajar dan pandai bermain psikologi jika
berhadapan dengan ibu bapa yang bermasalah. Semua akauntabiliti ini sememangnya
penting dalam menjadi guru yang cemerlang. Berjaya atau tidak seseorang pelajr
bergantung kepada berjayanya pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh
guru tersebut.

Implikasi 1 : Imej dan prestasi guru terjejas

Jika disebut profesion perguruan, semestinya di dalam gambaran kita terbayang


seorang yang berpewatakan menarik dan segak bergaya. Saya sebagai seorang guru,
saya perlu menjaga keterampilan diri supaya pandangan pertama pelajar dan ibu bapa
terhadap saya adalah positif. Bukan itu sahaja, saya perlu pandai mengawal emosi dan
mengawal segala jenis gangguan yang berbentuk peribadi jika berada di sekolah.

Jika kegagalan ini berterusan, maka peristiwa seperti yang dinyatakan di atas
akan berlaku. Kegagalan mengawal emosi punca utama mengapa isu antara guru dan
pelajar terjadi, perbalahan antara guru dan pentadbir meningkat. Emosi yang tidak stabil
dibawa ke sekolah dan apabila emosi yang negatif ini semakin bertambah maka ianya
akan menyebabkan perkara tidak diigini berlaku. Kesannya guru tidak dapat
menumpukan pengajaran di dalam kelas dan akhirnya pelajar tidak mendapat input dan
ilmu yang cukup daripada guru berkenaan. Proses pembelajaran akan menjadi merosot
dan akibatnya pelajar akan kurang minat untuk terus belajar dan belajar. Secara tidak
langsung imej guru dan prestasi guru yang terjejas.

Implikasi 2 : Sahsiah pelajar merosot

Bukan itu sahaja, tempias kejadian ini bukan sahaja memberi implikasi buruk
kepada guru itu sendiri malah, memberi kesan buruk kepada sahsiah pelajar. Jika saya
terlibat dalam pergaduhan tersebut, pelajar akan hilang hormat dan kepercayaan
kepada saya. Dari aspek akauntibiliti terhadap murid, saya sepatutnya mengutamakan
kebajikan dan menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar. Akan tetapi jika perkara
sebegini berlaku, pelajar dapat melihat cara perbahasan tidak sopan yang saya
tunjukkan dalam kelas.
Sekiranya ada segelintir pelajar yang tidak mempunyai disiplin yang tinggi,
mereka akan terikut-ikut tindak tanduk yang saya tunjukkan. Hal ini kerana pelajar
mengganggap saya sebagai role model mereka, maka apa yang saya lakukan boleh
diikuti bab kata pepatah “ jika guru kencing berdiri maka pelajar kencing berlari” dan
tidak berlaku seperti “ketam mengajar anaknya berjalan lurus”.

Implikasi 3 : Hubungan guru dengan ibu bapa terjejas

Seterusnya implikasi terhadap ibu bapa. Jika saya sebagai guru yang
mempunyai akauntabiliti yang tinggi, maka saya tidak akan mengeluarkan kata-kata
yang tidak sopan atau kata-kata kesat yang membolehkan imej saya sebagai guru
tercemar. Hal ini kerana jika perkara seperti itu berlaku, ianya akan merosakkan seluruh
kepercayaan pelajar terhadap saya malah lebih membimbangkan kepercayaan ibu bapa
terhadap saya juga akan semakin berkurang. Saya sebagai guru boleh dikatakan
merupakan individu yang kedua terpenting dalam hidup seseorang pelajar.

Pelajar yang sedang belajar mengenal dunia, sedang dalam proses membina
identiti mereka sendiri, akan menjadikan guru mereka sebagai penasihat dan contoh
dalam hidup mereka selain daripada ibu bapa mereka. Akan tetapi, jika perkara yang
kurang elok terjadi seperti perbalahan dan pergaduhan, akan menyebabkan pelajar
tersebut melihat dan mendengar kejadian itu dan mereka akan menyampaikan perkara
tersebut kepada ibu bapa masing masing-masing. Jadi, bukan salah ibu bapa jika
mereka semakin kurang percaya dengan profesion perguruan sekarang. Tempias
kurangnya kepercayaan ibu bapa terhadap guru bukan sahaja terkena kepada guru
terbabit, malah juga terkena kepada guru lain yang berada di bawah bumbung yang
sama.

Implikasi 4 : tugas dan kerja guru terjejas

Akauntabiliti atau tanggungjawab terhadap tugas dan kerja juga perlu diambil
kira oleh individu yang bergelar guru. Hal ini kerana saya sebagai guru merupakan
pendidik yang akan mendidik anak bangsa supaya boleh berjuang untuk negara pada
masa hadapan. Jadi pembelajaran sepanjang hayat sangat penting bagi seorang
pendidik supaya ilmu yang mereka ada tidak hilang dan lapuk bahkan penambahan ilmu
dari masa ke semasa sangat diperlukan. Sebagai seorang guru, saya perlu membaca
buku dengan lebih mendalam mengenai sesuatu perkara, memhami dengan tepat
mengenai ilmu yang hendak dipelajari dan merancang dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran.

Akan tetapi jika saya tidak mengamalkan cara ini akan memberi kesan kepada
saya sendiri dan pelajar saya. Jika perancangan dalam pengajaran tidak dilakukan,
maka ilmu yang di sampaikan tidak teratur dan boleh menyebabkan pelajar saya keliru.
Oleh yang demikian, Kementerian menyediakan Buku Rancangan Mengajar untuk
setiap guru bagi memastikan guru bertanggungjawab ke atas tugas dan pengajarannya.
Jika saya gagal merancang dan melaporkan aktiviti pengajarannya di dalam Buku
Rancangan Mengajar, maka pembelajaran yang dijalankan adalah seperti tidak
bersistematik. Pihak pentadbir juga susah untuk menilai prestasi murid dan juga prestasi
saya.

Bukan itu sahaja, prestasi saya yang gagal menjalankan akuantabiliti tugas dan
kerja ini tidak akan menghasilkan pelajar saya yang cemerlang dan prestasi saya akan
merosot. Ingat, prestasi seseorang guru bergantung kepada prestasi pelajar. Jika tinggi
dan cemerlang prestasi pelajarnya, maka tinggi jugalah prestasi guru tersebut. Jadi
tanggungjawab terhadap tugas dan kerja perlu dititikberatkan oleh guru bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Kesimpulan

Dengan memahami konsep kauntabiliti, saya akan lebih bertanggungjawab dan


melaksanakan tanggungjawab saya dengan lebih berdedikasi. Penghayatan
akauntabiliti perlu dipertingkatkan supaya tahap profesional perguruan semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Akauntabiliti seorang guru bukan sahaja kepada diri
guru itu sendiri, malah merangkumi diri pelajar, ibu bapa, sekolah, masyarakat, negara
dan profesion perguruan. Jadi, jika peningkatan dalam melaksanakan akauntabiliti
semakin meningkat, maka kualiti seorang guru juga akan meningkat. Kefahaman
perlaksanakan akauntabiliti seorang guru ini perlu bagi mengelak kejadian yang tidak
diigini terjadi yang boleh menyebabkan profesion perguruan dipandang serong. Implikasi
yang terjadi jika kegagalan melaksanakan akauntabiliti ini dan boleh menjejaskan
seluruh warga pendidikan dan sistem pendidikan di Malaysia. Jadi, tidak sepatutnya
kegagalan melaksanakan akauntabiliti ini berpanjangan ianya perlu diperbaiki dari
semasa ke semasa bagi melahirkan anak bangsa yang berilmu dan berintegrasi di masa
akan datang kelak.

(1415 patah perkataan)


3.0 Rujukan

Azizi, Y., Fawziah, Y., Zurihanmi, Z., & Noordin, Y. (2005). Pembangunan Kendiri.
Skudai: Penerbit UTM.

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin & Muhamad Kushairi Jusoh. (2015). Asas
Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Pelangi Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle & Mohamad Yazi Kerya. (2006). Beban Tugas
Guru Sekolah Rendah. Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan
Sekolah. Diakseskan daripada http://repo.uum.edu.my/80/1/beban_tugas.pdf

Goleman, D. (1999). Emotional competence excecutive excellent. New York: Bantam


Books.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2000). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Sinar
Harian, Gokina Morganan. Diakseskan daripada http//'www.sinarharian.com.my'
semasa'guru-besar-kena-gomol-sebab-tegur-kelas-bising

Iskandar, Rohaty Majzub & Zuria Mahmud. (2009). Kecerdasan Emosi dan Komitmen
Pekerjaan dalam Kalangan Pensyarah Universiti di Indonesia. Jurnal Pendidikan
Malaysia 34(1), 173 - 186

Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan Dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Owings, W. A. and Kaplan, L. S. (2001). Alternatives to retention and social promotion.


PDK Fastback, Bloomington, IN: Phi Delta Kappa

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Buku Guru dan
Cabaran Semasa. Terbitan Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2007). Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Zain. (2012). Etika profesion keguruan dan akauntabiliti. Diakseskan daripada http://
www.slideshare.net/zain72/etika-profesion-keguruan-dan-akauntablilti

Anda mungkin juga menyukai