Anda di halaman 1dari 2

SALAM MESRA PEMBUKA KATA

BAGI MEMULAKAN PIDATO SAYA


SALAM SEJAHTERA MADAH BERMULA
KEPADA HADIRIN PENDENGAR BICARA
Terima kasih pengacara majlis, yang berusaha Tuan Pengetua
SMK Bongawan, En. Ahamad nin Jais, Penolong kanan PPKI, En.
Mohd Hiruan bin Maulah, barisan penolong-penolong kanan,
barisan guru-guru, rakan-rakan seperjuangan dan para hadirin yang
dihormati sekelian. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada
semua.
Berdirinya saya dihadapan ini yang serba indah ini adalah
untuk menyampaikan sebuah Pidato yang bertajuk “Makna
kemerdekaan sebenar”
Para para pendengar yang budiman
Sudah lebih setengah abad Malaysia mencapai kemerdekaan
daripada cengkaman penjajah. Laungan “Merdeka” oleh Perdana
Menteri pertama kita, Tungku Abdul Rahman masih tergiang-
ngiang di telinga anak pra merdeka yang pernah melalui kehidupan
terseksa pada zaman penjajahan. Persoalan yang sentiasa timbul
dalam benak fikiran kita ialah, apakah makna keerdekaan yang
sebenar?
Kemerdekaan dapat ditafsirkan sebagai keadaan yang bebas
daripada semua aspek. pada era globalisasi ini, remaja dilihat
sering terikut-ikut dengan cara percakapan, cara berpakaian dan
gaya hidup artis dari Negara barat. hakikatnya, budaya ini
sememangnya tidak sesuai untuk Negara timur terutamanya
masyarakat Malaysia. Hal ini bermaksud kita masih belum
mencapai kemerdekaan dari segi mental.
Siding hadirin yang dimuliakan
Disamping itu kemerdekaan bermaksud rakyat hidup bersatu
dalam keadaan yang harmoni. Perpaduan kaum merupakan faktor
utama untuk kemerdekaan dan juga pembangunanmnegara. Hal ini
amat berkenan dengan tema hari kemerdekaan 2017 “Negaraku
Sehati Sejiwa”

Merdeka!!!
Merdeka!!!
Merdeka!!!

Soalan
Soalan ini saya tujukan kepada adik saya iaitu adik syuhadah
tingkatan 5 sains
1. Soalan ialah apakah maksud kemerdekaan?
Jawapan
Bebas daripada semua aspek

Soalan ini saya tujukan kepada semua dan sila angkat tangan

2. Bilakah tarikh kemerdekaan tanah melayu dan sabah


Jawapan
Tanah melayu 31ogos 1957
Sabah 31 ogos 1963

Anda mungkin juga menyukai