Anda di halaman 1dari 120

Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)


PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI NAMA ALLAH AL-HADI


DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN
MODEL KURIKULUM STENHOUSE DAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Amni Syaakirah binti Nor Azman


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Dewasa ini, menyantuni kanak-kanak merupakan nilai yang sangat penting dan diperlukan
dalam bidang pendidikan oleh para guru agar objektif penyampaian dapat disampaikan
dengan jelas dan berkesan serta mampu membentuk kemenjadian murid. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2010), santun membawa maksud halus, beradab, sopan serta berbudi
bahasa dan berbudi pekerti begitu juga perkataan menyantuni bermaksud suka menolong
orang lain. Hal ini penting dalam mencegah isu-isu ketidakmenjadian murid dalam
kalangan pelajar yang hangat diperbincangkan dari bibir ke bibir masyarakat pada hari ini
daripada berleluasa. Tamsilnya, isu murid tidak berakhlak dengan guru dan ibu bapa.
Perkara ini berpunca daripada kurangnya penghayatan ilmu agama dan tidak
mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian terutamanya ilmu
Pendidikan Islam.
Dalam pengajaran dan pembelajaran kurikulum pendidikan Islam, guru-guru juga perlu
menyantuni murid-murid dan menerapkan nilai keimanan kepada Pencipta (Allah) sehingga
timbul perasaan ingin tahu dan rasa sayang terhadap Allah dalam diri setiap pelajar. Hal ini
selari dengan pendapat Yusuf Al-Qardhawi (1987) yang menyatakan bahawa akidah Islam
merupakan akidah yang sesuai dengan fitrah manusia, akal yang sihat serta menimbulkan
rasa tanggungjawab dengan tidak melupakan kekuasaan Allah. Menurut al-Ghazali,
pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran para pelajar dengan ilmu
pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk akhlak yang murni. Hal yang demikian kerana
setiap penyerapan ilmu ke dalam diri murid mampu mencorakkan perlakuan atau tingkah
laku yang baik. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan atau model kurikulum
sebagai kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap-tahap perkembangan kanak-kanak di
antara umur 7 hingga 12 tahun. Antara kaedah pengajaran atau model kurikulum yang dapat
digunakan ialah model kurikulum Stenhouse mengikut teori perkembangan kanak-kanak
yang relevan contohnya teori kognitif Jean Piaget bagi merealisasikan kehendak Falsafah
Pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, dan
intelek.

DEFINISI

i. Model Kurikulum Stenhouse

Kurikulum didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah,
senarai kesemua mata pelajaran di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2007). Selain itu, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kurikulum
ialah segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi
pendidikan untuk mencapai matlamat Pendidikan. Terdapat dua model kurikulum, iaitu
model objektif dan model proses. Antara model kurikulum objektif ialah model kurikulum
Tyler (1949) yang dipelopori oleh Ralph Tyler dan model kurikulum Taba (1962) yang

1
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

dipelopori oleh Hilda Taba serta model kurikulum proses, iaitu model kurikulum Stenhouse
(1975) yang dipelopori oleh Lawrence Stenhouse. Perbezaan antara dua model kurikulum
ini ialah model objektif merupakan kurikulum yang merujuk kepada objektif hasil
pembelajaran dan berdasarkan keperluan murid. Manakala, model proses merupakan model
kurikulum yang menekankan interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid dan
guru dengan bahan.
Dalam penyerapan nama Allah Al-Hadi dalam diri pelajar, saya memilih model
kurikulum proses, iaitu model kurikulum Stenhouse sebagai metode pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Model Stenhouse menekankan model proses yang lebih
mengutamakan keadaan sebenar yang berlaku di dalam dan di luar kelas dan pelajar
berperanan untuk melakukan proses pembelajaran yang aktif, iaitu dengan menilai dapatan
yang mereka peroleh. Model ini merupakan model yang berpusat kepada pelajar serta
mementingkan kebijaksanaan dan intervensi guru bagi kemajuan pelajar dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang dapat membina kefahaman mereka. Dalam model kurikulum
Stenhouse, terdapat tiga bahagian pembentukan kurikulum, iaitu dalam perancangan
kurikulum, guru menentukan bahan pengajaran yang akan diajar, prinsip-prinsip yang akan
dipraktikkan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip dalam membuat
urutan bahan pembelajaran dan kriteria-kriteria mengenai kekuatan dan kelemahan murid.
Kedua, dalam pembelajaran empirikal, guru menentukan apa yang harus dipelajari oleh
murid dan cara-cara menilai pencapaian murid, melihat kesesuaian mengimplementasikan
kurikulum dalam konteks sekolah dan persekitaran yang berlainan. Akhir sekali,
pembentukan dalam pembelajaran proses, guru mesti memilih isi kandungan dari segi
kriteria dan tidak perlu bergantung kepada objektifnya, merancang aktiviti yang
membolehkan murid terlibat secara aktif dalam proses PdP dan peranan guru sebagai
penyelidik dengan tujuan meningkatkan kemahiran guru. Antara kebaikan model ini ialah
menekankan peranan yang aktif oleh guru dan pelajar, kemahiran belajar dan beberapa
aktiviti yang penting serta berguna untuk kehidupan.

ii. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Perkembangan menurut Crow ialah perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah
yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Setiap kanak-kanak
mengalami perubahan mengikut proses perkembangan dan pertumbuhan tersendiri dari
aspek fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Dengan itu, perkembangan kanak-kanak sangat
mempengaruhi proses pembelajaran mereka mengikut tahap-tahap perkembangan masing-
masing. Oleh itu, guru mesti memahami aspek dan proses perkembangan yang dialami oleh
murid-murid agar guru dapat merancang, mengurus dan melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara berkesan mengikut kesesuaian tahap perkembangan mereka.
Dalam memahami proses perkembangan kanak-kanak dalam pembelajaran, saya
memilih teori perkembangan kognitif Jean Piaget yang merupakan seorang tokoh psikologi
yang berpengaruh dalam kajian perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Piaget
mencadangkan empat konsep utama tentang proses pembelajaran, iaitu skema yang
merupakan struktur kognitif asas yang mewakili pengetahuan mental seseorang untuk
memahami dan menyusun maklumat baharu. Keduanya ialah asimilasi yang merupakan
proses kognitif, iaitu individu mengintegrasikan maklumat atau pengalaman baharu ke
dalam skema sedia ada. Seterusnya, akomodasi ialah mengasimilasikan maklumat baharu
ke dalam skema yang sedia ada dan ekuilibrasi merupakan keseimbangan antara asimilasi
dan akomodasi menentukan interaksi individu dengan persekitaran untuk memahaminya.

2
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Dalam pada itu, Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut
empat peringkat, iaitu peringkat Sensori Motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi
konkrit dan peringkat operasi formal. Bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 11 tahun,
mereka berada pada peringkat operasi konkrit di mana kanak-kanak dapat
mempertimbangkan beberapa ciri objek secara serentak dan tidak lagi berfokus kepada satu
ciri sahaja. Guru-guru perlu menerangkan pelajaran secara konkrit atau maujud serta aktiviti
hands-on agar mereka mudah fahaminya relevan dengan model Stenhouse yang menekankan
pembelajaran bersama aktiviti-aktiviti yang meningkatkan kefahaman pelajar.

iii. Nama Allah Al-Hadi

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam


sekolah rendah, guru-guru perlu menerapkan sifat-sifat dan nama-nama Allah dalam bidang
akidah terhadap murid-murid. Antara sifat-sifat dan nama-nama Allah ialah Sama’, Basar,
Kalam, Al-Rahman, Al-Rahim, Al-Ahad, Al-Samad dan lain-lain. Hal ini menunjukkan
bahawa akidah amat penting diterapkan dalam diri murid-murid bagi membentuk
kemenjadian murid agar mereka menjadi seorang yang berakhlak mulia dan mempunyai
nilai murni yang tinggi. Menurut pendapat Imam Al-Ghazali (1988), akidah adalah
berpegang dalam hati dan membenarkan secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan
syak. Dengan itu, saya mengambil nama Allah Al-Hadi bermaksud Allah Ta’ala yang Maha
Pemberi Petunjuk untuk diterapkan dalam diri pelajar. Nama Allah AL-Hadi dijelaskan
dalam Al-Quran

‫َوالَّذي قَد ََّر فَ َهدى‬


(3:87; ‫)سورة األعلى‬
Maksud: “Dan yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan
hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya)”.
(Surah Al-A’la; 87:3)

Berdasarkan firman Allah di atas, sifat Al-Hadi menunjukkan setiap pergerakan


makhluknya itu sudah ditentukan oleh Allah SWT. Allah SWT telah memberi petunjuk
kepada setiap hambaNya tentang semua perkara di dunia ini sesuai dengan kemampuan
manusia. Contohnya, biji benih terbelah apabila ia tumbuh dan akarnya menjalar ke arah
bawah dan daunnya terhulur ke atas. Kejadian ini menunjukkan bahawa Allah SWT
memberi petunjuk atau memberi tahu kepada manusia bagaimana proses kejadian sesuatu
tumbuhan itu membesar mengikut cara fitrahnya yang telah ditentukan oleh Allah. Dalam
menyantuni kanak-kanak bagi membentuk kemenjadian murid, guru mestilah menerapkan
nama Allah Al-Hadi dengan penuh santun dan berhikmah agar mereka mampu menghayati
dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian serta mempunyai pegangan akidah yang
kukuh sebagai benteng dalam mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran kini.

PENERAPAN NAMA ALLAH AL-HADI DENGAN MENYANTUNI KANAK-


KANAK BERDASARKAN MODEL KURIKULUM STENHOUSE DAN TEORI
PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Dalam mengharungi arus kemerdekaan, isu ketidakmenjadian murid menjadi isu yang tidak
lekang diperkatakan dari mulut ke mulut masyarakat sebagai topik perbahasan. Antaranya
ialah isu keruntuhan akhlak dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sebagai contohnya,
isu tidak menghormati atau tidak beradab dengan guru dan ibu bapa. Berdasarkan Dokumen

3
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam tahun empat, salah satu
nama Allah, iaitu Al-Hadi perlu diterapkan dalam diri pelajar melalui sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) bagi memantapkan akidah murid-murid. Mengikut skop yang diberi
dalam DSKP Pendidikan Islam tahun empat, para pelajar perlu memahami dan meyakini
konsep asas nama Allah Al-Hadi sehingga dapat mengaplikasikan konsep tersebut dalam
kehidupan mereka. Dengan itu, guru memainkan peranan yang penting dalam menyantuni
para pelajar dengan memahamkan dan menanamkan nama Allah Al-Hadi dalam diri pelajar
yang menjadi pokok kepada pembinaan individu yang bersahsiah dan bermoral tinggi
menggunakan pelbagai metode penyampaian. Antara kaedah yang dipilih dan diguna pakai
ialah model proses, iaitu model kurikulum Stenhouse selari dengan perkembangan kognitif
kanak-kanak mengikut teori kognitif Jean Piaget.
Menurut Piaget (1975), kanak-kanak yang berumur 7 hingga 11 tahun dapat
memanipulasi dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka juga mempunyai
pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit, mampu berfikir secara
logik dengan memberi jawapan yang munasabah serta boleh menguasai konsep
pemuliharaan. Dengan itu, guru hendaklah menerapkan nama Allah Al-Hadi dengan
berfokuskan kepada model kurikulum Stenhouse, iaitu melakukan aktiviti soal menyoal
antara guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru
mengemukakan soalan tentang nama Allah Al-Hadi kepada pelajar serta pelajar bertanya
kepada guru apa yang tidak difahami oleh mereka. Persoalan para pelajar perlulah dijawab
dengan perkataan yang baik dan lembut agar mereka merasai bahawa akidah membentuk
seseorang menjadi individu yang baik dan sopan santun serta dapat menerima segala
penerangan guru. Perkara ini selari dengan perkembangan kognitif kanak-kanak yang
berumur sekitar 7 hingga 11 tahun yang memerlukan penerangan tentang sesuatu perkara
dengan jawapan yang munasabah dan berhikmah daripada orang sekitarnya. Dengan itu,
para pelajar betul-betul memahami dan yakin terhadap nama Allah Al-Hadi serta mampu
melahirkan perasaan takut dalam diri mereka untuk melakukan perkara yang dilarang oleh
Allah. Di samping itu, model ini juga memberi penekanan kepada kebijaksanaan guru dan
intervensi dalam menilai kemajuan pelajar.
Metode penyerapan nama Allah Al-Hadi dalam diri murid-murid melalui model
kurikulum Stenhouse mempunyai pendekatan yang sama dengan kaedah Rasulullah SAW,
iaitu metode interaktif atau soal jawab. Menurut Abdul Fattah Abu Ghuddah (2011),
Baginda menggunakan metode ini bagi menghadirkan tumpuan dan perhatian terhadap anak
didik, sekaligus memberikan dorongan kepada jiwa dan akal mereka untuk dapat
menjelaskan apa yang mereka telah ketahui. Selain itu, kaedah Rasulullah melalui
pertanyaan untuk menyedarkan seseorang tentang suatu kebenaran agar mudah diungkap
melalui cara logik fikiran. Seterusnya, Rasulullah mengajukan pertanyaan demi menyelami
kecerdasan dan pemahaman murid atas penerangan atau penyampaian yang telah
disampaikan. Kaedah ini sangat berkesan bagi menerangkan nama Allah Al-Hadi dalam diri
murid-murid sehingga mereka benar-benar faham maksud Al-Hadi dan peranan Al-Hadi
kerana mengikut Piaget, kanak-kanak pada tahap ini baru membina kefahaman terhadap
maklumat baharu dan bertindak menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan sosial
untuk mempertingkatkan kefahaman. Dengan itu juga, kaedah soal menyoal mampu
memantapkan kefahaman pelajar tentang sesuatu perkara yang dipelajari serta dapat
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Perkara ini dapat membantu menyelesaikan
masalah serta membentuk pelajar menjadi orang yang berakhlak serta mengaplikasikan
nama Allah Al-Hadi dengan mempamerkan sikap yang mulia dan baik apabila mereka betul-
betul memahami erti nama Allah Al-Hadi.

4
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Seterusnya, dalam menerapkan nama Allah Al-Hadi dalam diri pelajar, para guru
perlu melakukan satu aktiviti yang dapat melahirkan sifat Al-Hadi dari diri pelajar tersendiri.
Misalnya, perbincangan melalui aktiviti berkumpulan dan setiap orang mestilah
membentangkan perbincangan yang telah dibuat di hadapan kelas. Secara tidak langsung,
aktiviti ini dapat membimbing murid-murid mempunyai sifat Al-Hadi, iaitu memberi
petunjuk atau menyampaikan pengetahuan mereka terhadap orang lain. Dalam pada itu,
murid-murid dapat mengaplikasikan nama Allah Al-Hadi dengan menyampaikan sesuatu
ilmu pengetahuan yang baik terhadap rakan-rakan dan individu di sekelilingnya serta
menghayati nilai Al-Hadi agar mereka terhalang daripada melakukan perkara yang
meruntuhkan akhlak. Perkara ini selari dengan pendapat O’Neill (2010) yang menekankan
bahawa pelajar lebih banyak menentukan aktiviti pembelajaran mereka dengan sedikit
penglibatan guru mengikut model kurikulum Stenhouse. Lantaran itu, kemahiran sosial
dalam kehidupan pelajar dapat diasimilasikan sedikit demi sedikit melalui pengalaman
pembelajaran mereka. Perkara ini bertepatan dengan teori perkembangan kanak-kanak Jean
Piaget pada peringkat operasi konkrit, kanak-kanak mempunyai semangat ingin tahu dan
keinginan untuk belajar tetapi jangka masa penumpuan amat singkat. Oleh itu, guru perlu
mengambil kira aspek ini dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan
tempoh masa yang lama serta membuat simulasi dengan berhikmah dan penuh santun.
Selain itu, Stenhouse (1975) juga menekankan model proses lebih mengutamakan
keadaan sebenar yang berlaku di dalam dan di luar kelas dan pelajar berperanan untuk
melakukan proses pembelajaran yang aktif iaitu dengan menilai dapatan yang mereka dapati.
Menurut teori Piaget, kanak-kanak pada peringkat 7 hingga 11 tahun akan melalui proses
pembelajaran secara berperingkat, iaitu skema di mana kanak-kanak akan memahami dan
menyusun maklumat baharu. Kemudian, asimilasi, iaitu mengenal pasti sesuatu maklumat
atau konsep melalui pengalaman dan pemerhatian mereka. Seterusnya, akomodasi, iaitu
menyesuaikan maklumat baharu dengan konsep atau maklumat yang telah dipelajari, jika
tidak mereka akan menjadikan maklumat baharu sebagai sesuatu yang baru dipelajari.
Akhirnya, ekuilibrasi, iaitu kanak-kanak dapat mewujudkan keseimbangan terhadap kedua-
kedua proses kognitif. Perkara ini dapat dibentuk secara berperingkat melalui kefahaman
murid-murid di dalam kelas dan diaplikasikan pada aktiviti sama ada di dalam dan di luar
kelas. Pada akhir pembelajaran, guru memberi penilaian terhadap kefahaman murid-murid
dengan cara mereka tersendiri dan melalui keaktifan murid-murid ketika sesi pembelajaran.
Dengan ini, guru dapat melihat sama ada pelajar betul-betul memahami nama Allah Al-Hadi
atau tidak serta mengaplikasikan dalam diri pelajar sehinggalah mereka meningkat dewasa.
Sekaligus, meningkatkan dan memantapkan akidah mereka serta menjadi benteng kepada
mereka daripada melakukan perkara yang tidak memberi manfaat.

KESIMPULAN

Rumusannya, jelaslah pemantapan akidah dalam diri seseorang dapat membina keyakinan
dan keteguhan terhadap nama Allah Al-Hadi serta membentuk kemenjadian murid yang
berketerampilan sekaligus memberi manfaat terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat,
negara dan agama. Oleh itu, setiap guru memerlukan kaedah pendekatan atau penggunaan
model kurikulum yang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak agar kurikulum
dapat disampaikan mengikut objektif pembelajaran serta berkesan. Dalam pada itu, saya
melihat model kurikulum Stenhouse mampu dan sesuai untuk dilaksanakan bagi penyerapan
nama Allah al-Hadi ke dalam diri murid-murid. Ia mampu memantapkan akidah murid-
murid berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Dengan itu, murid-murid
mampu memahami pembelajaran secara holistik dan berkesan sehingga mereka mampu

5
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian. Hal ini mampu merealisasikan


matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah untuk melahirkan Muslim yang berilmu,
beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-
Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah
mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di akhirat. Di
samping itu, negara kita akan hidup dalam aman damai dan harmoni dengan lahirnya
masyarakat yang berakhlak mulia dan mantap akidahnya. Dengan itu, guru mestilah
menyantuni kanak-kanak dalam setiap pembelajaran dan disampaikan secara berhikmah
diiringi dengan perkataan-perkataan yang baik. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam
surah An-Nahl Ayat 125:

َ ‫ظ ِة ْال َح‬
‫سنَ ِة‬ َ ‫س ِبي ِل َر ِبكَ ِب ْال ِح ْك َم ِة َو ْال َم ْو ِع‬
َ ‫ع ِإلَى‬
ُ ‫ا ْد‬
)125:16 ‫(سورة النحل‬
Maksud; “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang
baik.
(Surah An-Nahl; 16:125)

RUJUKAN

Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2011). 40 strategi pendidikan Rasulullah. Selangor: Pelima
Media.
Abdul Majid Az Zindani. (2008). Al-Iman. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.
AL-ghazali (1988). Ihya’ Ulum al-Din. Kaherah.
Al-Quran Karim. Selangor: Humaira Bookstore Enterprise.
Kamus Dewan. Edisi keempat, (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. Edisi keempat, (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka bentuk kurikulum. Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Muhammad Abu Zahrah. (2010). Pengembaraan intelektual dan pemikiran Imam Syafi’I
dalam masalah akidah, politik dan fiqh. Selangor: Crescent News (K.L.).
Stenhouse. (1975). An introduction to curriculum research and development. London:
Heinemann.
Yusuf Al Qardlawi. (1987). Iman, revolusi dan reformasi kehidupan. Surabaya: P.T. Bina
Ilmu.
Badrul Mat Jusoh. (2017). Model proses (Stenhouse). Dimuat turun daripada
https://kupdf.net/download/model-proses-stenhouse_599b8b6fdc0d60014153a1fb_pdf
Dokumen standard kurikulum standard sekolah rendah (kssr) pendidikan Islam tahun 4.
(n.d.). Dimuat turun daripada http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum
sekolah-rendah/category/6-dskp-tahun-4?download=1068:dskp-kssr-pendidikan-islam-
kssr-tahun-4
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul pendidikan islam. Dimuat turun daripada
http://www.ipbl.edu.my/intra/sistem/academic/Modul_PDPM_S1/5%20%20MODUL
%20PDPM_%20PIMKD2013%20Pengajian%20Kurikulum%20Pend%20Islam%20di
%20Malaysia.pdf
Mohd Asnawi Satdimin, Md Shufian Awang, Avelyn Siang & Nur Atiqah Basri. (2010).
Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum. Bincangkan pendapat
dan pandangan pakar- pakar tentang kurikulum. Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/12007072/APAKAH_YANG_DIMAKSUDKAN_DENGA

6
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

N_KURIKULUM._BINCANGKAN_PENDAPAT_DAN_PANDANGAN_PAKAR-
PAKAR_TENTANG_KURIKULUM
Nur Syahidah Abdul Jalil. (2018). Cabaran bimbingan awal kanak-kanak. Dimuat turun
daripada https://www.utusan.com.my/rencana/utama/cabaran-bimbingan-awal-kanak-
kanak-1.582545
O’Neill, Geraldine. (2010). Programme design: overview of curriculum models. Dimuat
turun
daripada http://www.ucd.ie/t4cms/ucdtlp00631.pdf.
Perkembangan Kanak-kanak (Jean Piaget & Vygotsky). (n.d.). Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/31878789/Perkembangan_Kanak-kanak Jean Piaget and
Vygotsky
Siok Qing. (n.d.). Perbezaan antara model objektif dengan model proses. Dimuat turun
daripada https://www.scribd.com/document/166504477/Perbezaan-Antara-Model-
Objektif-Dengan-Model-Proses

7
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI NAMA ALLAH AL-SABUR


DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN
MODEL KURIKULUM TYLER DAN TEORI MORAL KOHLBERG

Anis Farieza binti Zuraimi


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN
Dalam era globalisasi ini, perkembangan teknologi semakin berkembang dengan pesat
menyebabkan Malaysia turut mengalami anjakan paradigma dalam beberapa aspek
kehidupan. Hal ini menyebabkan beberapa isu yang tidak diingini berlaku di sekolah,
sebagai contoh ialah isu keruntuhan akhlak dalam kalangan murid seperti gejala buli. Hal ini
berlaku adalah kerana kurangnya penerapan akidah dalam diri murid. Dalam pembinaan
modal insan yang cemerlang, penerapan akidah dalam diri murid-murid adalah amat penting
dan dapat dibuktikan dengan penurunan Al-Quran dengan yang bersifat Rabbani iaitu
ketuhanan yang telah menekankan pendekatan dari aspek akidah sebagai dasar yang
terpenting dalam pembinaan komuniti Islam pada peringkat permulaan (Mohd Shafiee et al.,
2015). Dalam konteks ini, guru-guru perlu menerapkan akidah yang utuh dalam diri murid-
murid dengan cara menyantuni murid seperti melayan murid dengan santun melalui teori
perkembangan menggunakan model kurikulum yang sesuai. Dalam Teori Kohlberg,
individu menyelesaikan konflik dan memberikan justifikasi terhadap tindakan penyelesaian
yang diambil. Dalam konteks ini, murid perlu berfikir secara kritikal untuk menyelesaikan
konflik sekaligus mengutuhkan akidah mereka. Mengikut Model Kurikulum Tyler dalam
Wan Ezielia, (2014) tujuan sebenar pendidikan ialah untuk membawa perubahan dalam
tingkah laku murid-murid. Murid-murid yang diterapkan dengan akidah yang mantap akan
berperilaku baik berbanding dengan murid yang kurang penerapan akidahnya. Oleh yang
demikian, guru perlulah menyantuni murid-murid dalam mendidik murid berteraskan akidah
secara khusus mengikut Model Kurikulum Tyler dalam menyantuni kanak-kanak mengikut
Teori Perkembangan Moral Kohlberg supaya dapat melahirkan murid yang mantap
akidahnya dan mengelakkan mereka daripada terlibat dengan isu keruntuhan akhlak.

DEFINISI
i. Nama Allah Al-Sabur
Allah Al-Sabur bererti Allah Maha Sabar dan Maha Penyantun. Al-Sabur ialah antara nama-
nama Allah dan ianya tidak terbatas, berbeza dengan sifat sabar manusia yang tidak kekal
dan terbatas. Antara ciri yang menunjukkan bahawa Allah bersifat Al-Sabur ialah Allah
tidak menyegerakan azab kepada hambanya yang telah melakukan kesalahan dan
mengingkarinya. Malahan lagi, Allah memberi peluang kepada hambanya untuk bertaubat
dan beribadat kepada-Nya. Tambahan lagi, Allah telah mengurniakan pelbagai nikmat
kepada semua manusia tidak kira siapa, hatta orang yang menderhakainya. Nama Allah Al-
Sabur ini berkait dengan sifat Al-Qadim Allah iaitu Allah melewatkan hukuman ke atas
hambanya. Terdapat juga ulama aqidah yang mengatakan bahawa Dialah Tuhan yang tidak
terdorong dan tidak tergesa-gesa menyegerakan sesuatu tindakan sebelum sampai waktunya.
Allah Al- Sabur ini juga boleh dikaitkan dengan sifat Al-Halim, iaitu tidak tergesa-gesa
untuk menjadi marah, bertindak keras, mempercepatkan hukuman agar mereka diberi
peluang untuk bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukan.

8
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Sifat sabar diterangkan dalam Al-quran

َ‫ص ِب ِرين‬ َّ ‫َب ِري ُح ُك ۡۖۡم َوٱصۡ ِب ُر ٓو ْۚاْ ِإ َّن‬


َّ ‫ٱَّللَ َم َع ٱل‬ َ ‫شلُواْ َوت َ ۡذه‬
َ ‫عواْ فَت َۡف‬
ُ َ‫سولَ ۥهُ َو ََل تَنَز‬ َّ ْ‫َوأ َ ِطيعُوا‬
ُ ‫ٱَّللَ َو َر‬
(46:8; ‫)سورة األنفال‬
Maksud; “Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan
yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah.
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Surah Al-Anfal; 8:46)

Penerapan akidah dalam diri murid-murid penting bagi menghindari masalah


keruntuhan akhlak seperti gejala buli di sekolah. Menurut Hassan al-Banna, beliau
mendefinisikan akidah ialah hal yang berhubung kepercayaan dan keyakinan dalam hati
yang akan mendorong hati dan jiwa berasa tenang, tidak bimbang dan ragu, bersih dan
murni daripada segala perasaan syak wasangka. Akidah mempunyai banyak kepentingan
dan kesan buruk yang akan berlaku jika seseorang tidak mempunyai akidah yang kukuh
khususnya dalam menghayati sifat Al-Sabur ini. Sebagai contoh, murid sekolah bergaduh
sehingga menyebabkan kecederaan yang serius hanya kerana perkara yang remeh akibat
sikap tidak sabar dan panas baran mereka. Isu ini juga mendorong murid kepada berlakunya
gejala buli. Hal ini berlaku kerana mereka tidak menghayati nama Allah Al-Sabur dalam
kehidupan serta kurang pemantapan akidah dalam diri. Akhlak seseorang perlu dibentuk
berdasarkan akidah yang mantap. Menurut al-Ghazali dalam (Hasrul & Fauzi, 2015) akhlak
ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, kemudian terbentuk perbuatan dengan
mudah dengan tidak berkehendakkan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Dalam penulisan
ini saya akan mengkhususkan kepada nama Allah Al-Sabur supaya murid dapat menghayati
dan mengaplikasikan sifat sabar dalam diri.

ii. Model Kurikulum Tyler


Terdapat banyak jenis model kurikulum dalam pendidikan. Menurut Robert S. Zain dalam
bukunya Curriculum Principles and Foundation (Dakir, 2004: 95-99) berbagai model dalam
pengembangan kurikulum seperti Model Administratif (Line Staff), Model dari Bawah
(Gross-Roots), Model Demonstrasi, Model Tyler, Model Taba, Model Beauchamp, Model
Nicholls dan Model Dynamic Skilbeck. Kurikulum berasal daripada perkataan latin iaitu
currere yang bermaksud laluan dalam satu pertandingan. Definisi kurikulum menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk
mencapai matlamat pendidikan. Menurut Tyler (1949) dalam (M. Mohsin, 2010), kurikulum
sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk
mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Bagi mengatasi isu keruntuhan akhlak
dalam kalangan murid, guru perlu menerapkan sifat Allah Al-Sabur dalam proses
pembelajaran dan pengajaran melalui Model Tyler yang diterapkan menggunakan Teori
Moral Kohlberg dengan penuh berhikmah. Dalam penulisan ini saya akan fokuskan kepada
Model Kurikulum Tyler kerana model ini menekankan kepada objektif pembelajaran dalam
perkembangan kurikulum yang membolehkan guru mengubahsuai objektif pembelajaran
supaya selari dengan situasi pembelajaran dan keperluan pelajar.

iii. Teori Moral Kohlberg

9
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Untuk menerapkan sifat akidah dalam diri murid, guru perlu menggunakan pendekatan yang
sesuai dengan murid secara santun. Teori Moral Kohlberg boleh digunakan dalam
pendekatan ini kerana teori ini melibatkan perubahan pemikiran dan tingkah laku terhadap
nilai kebenaran atau kesilapan. Perkembangan merupakan suatu proses semula jadi dalam
kehidupan manusia. Proses ini dipengaruhi oleh dua faktor iaitu genetik dan persekitaran.
Menurut Diamond (2013), perkembangan adalah sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat persenyawaan sehingga
akhir hayat. Menurut Kohlberg, individu menyelesaikan konflik dan memberi justifikasi
terhadap tindakan penyelesaian yang diambil.
Penaakulan moral berkait rapat dengan perkembangan kognitif seseorang.
Menurutnya lagi, perkembangan moral ini terbahagi kepada tiga tahap dan setiap tahap
mempunyai dua peringkat. Tahap pertama ialah Prakonvensional iaitu kanak-kanak yang
berumur dari 0-9 tahun. Pada tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat satu ialah
orientasi kepatuhan dan hukuman serta tahap dua ialah orientasi ganjaran peribadi. Tahap
yang kedua pula ialah konvensional yang berlaku pada usia 9 tahun dan ke atas. Pada tahap
ini, peringkat ketiga ialah orientasi perlakuan baik dan peringkat empat ialah akur kepada
sistem sosial dan etika peraturan. Dalam penulisan ini, saya akan fokuskan hanya kepada
peringkat perkembangan kanak-kanak sekolah rendah sahaja iaitu pada tahap pertama dan
kedua. Melalui nama Allah Al-Sabur, pemantapan akidah dapat dilakukan bersesuaian
dengan Teori Moral Kohlberg menggunakan Model Tyler yang diajar oleh guru secara
santun.

PENERAPAN SIFAT ALLAH AL-SABUR DENGAN MENYANTUNI KANAK-


KANAK BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TYLER DALAM TEORI
PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Keperluan kepada model kurikulum amat signifikan dalam dunia pendidikan masa kini
dalam menyantuni kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan khususnya dalam
penerapan bidang akidah. Berdasarkan nama Allah Al-Sabur, Model Kurikulum Tyler amat
sesuai digunakan untuk membimbing guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran diikuti
dengan pendekatan Teori Moral Kohlberg untuk mengatasi isu keruntuhan akhlak dalam
kalangan murid seperti gejala buli di sekolah.
Menurut Tyler, 1949 dalam (M. Mohsin, 2010), terdapat empat komponen yang
dianggap asas bagi mengembangkan kurikulum. Langkah pertama dan yang paling penting
ialah objektif pengajaran. Objektif ini bertujuan untuk memberikan arah kepada segenap
kegiatan pendidikan dan merupakan sesuatu yang ingin dicapai oleh segenap kegiatan
pendidikan. Setiap pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang bagi setiap mata pelajaran
dan perlu mempunyai matlamat untuk mencapai objektif. Dalam pengkhususan akidah,
guru-guru perlu menerangkan tentang tujuan mempelajari tajuk nama-nama Allah secara
lemah lembut dan penuh berhikmah supaya murid rasa disantuni dan dikasihi. Sebagai
contoh, topik yang diajarkan ialah nama-nama Allah dan objektif yang ingin dicapai ialah
murid-murid dapat menyebut 10 daripada nama-nama Allah. Jika murid dapat mencapai
objektif, berikan murid tersebut pujian kerana menurut Teori Kohlberg, pada tahap satu iaitu
prakonvensional ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan
diterima akibat perlakuan tersebut. Guru perlu memberi peneguhan seperti ganjaran terhadap
tingkah laku positif kepada murid-murid serta menyantuni mereka dengan pendekatan secara
baik. Sebagai contoh yang lain, guru boleh memberi ganjaran kepada murid yang
menunaikan solat lengkap lima waktu sehari. Dengan pemberian ganjaran ini, murid akan

10
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

rasa seronok dan merasakan guru-guru dekat dengan mereka. Penerangan tentang akidah ini
amat penting kerana objektif pembelajaran akidah berdasarkan Dokumen Standard dan
Kurikulum Pentaksiran (DSKP) ialah murid dapat memahami dan meyakini asas akidah
sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama. Akidah memainkan peranan
yang amat penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang dan merupakan penggerak
dalam mencorakkan kehidupan seseorang muslim (Rosdam, 2014). Oleh yang demikian,
jelas menunjukkan bahawa penerapan akidah ini perlu diajar kepada murid yang berada
dalam lingkungan ini iaitu pada murid sekolah rendah kerana pada umur begini, mereka
mudah dibentuk dan dididik.
Langkah kedua pula ialah kandungan kurikulum. Pemilihan tajuk pengajaran adalah
berdasarkan sukatan pelajaran yang dirujuk pada Dokumen Standard dan Kurikulum
Pentaksiran (DSKP) yang telah disusun dan ditetapkan. Bagi memastikan sesuatu
pembelajaran dan pengajaran berjaya dan mencapai objektif, guru perlu memahami dan
menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran dengan jelas dan tepat. Tajuk ini
juga perlu disusun mengikut urutan berdasarkan tahap perkembangan murid tersebut iaitu
dari aras yang rendah ke aras yang lebih tinggi. Berdasarkan DSKP, topik Allah Al-Sabur
diajar pada Pendidikan Islam Tahun Lima. Antara isi kandungan pembelajaran yang
dimasukkan ialah dimulakan dengan aras rendah iaitu menyatakan pengertian Al-Sabur
kepada murid-murid diikuti dengan menyatakan dalil naqli yang membuktikan Allah Al-
Sabur. Kemudian, setelah memberikan makna dan dalil yang bersesuaian, murid perlu
menganalisis kesan meyakini nama Allah Al-Sabur boleh mempengaruhi tindakan manusia,
menganalisis kelebihan orang yang sabar, kemudian merumuskan maksud meyakini nama
Allah Al-Sabur dan akhir sekali dapat membuktikan keyakinan diri tentang nama Allah Al-
Sabur dengan bersegera melakukan kebaikan.
Pada tahap yang terakhir, murid berada pada tahap kefahaman yang tinggi. Guru
perlulah mendidik murid dengan penuh kesantunan supaya dapat menarik perhatian mereka
untuk belajar. Dapat kita lihat bahawa topik ini sesuai diajar pada umur begini kerana
menurut teori Kohlberg, pada umur 9 tahun dan ke atas, murid berada pada tahap
konvensional iaitu pada peringkat tiga dan empat. Pada tahap ini, murid dilatih dengan
perlakuan yang baik untuk mendapatkan penghargaan. Pada tahap ini, guru boleh
menggunakan pendekatan seperti mengatakan bahawa Allah bersifat Al-Sabur iaitu sabar,
jadi sebagai seorang hamba Allah perlulah sentiasa sabar dalam melakukan semua perkara.
Jika seseorang hamba itu bersabar, maka Allah akan memberi ganjaran di akhirat kelak.
Guru perlu menyantuni mereka dengan memberi penerangan mengenai ganjaran Allah di
akhirat kelak secara berhikmah supaya mereka sentiasa melakukan amal kebaikan sekaligus
menghindari gejala buli di sekolah. Allah akan mengurniakan ganjaran iaitu pahala untuk
orang-orang yang bersabar, ini dapat dibuktikan dalam Surah al-Zumar;10 yang bermaksud
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka
dengan tidak terkira.”
Seterusnya langkah ketiga ialah kaedah pengajaran yang digunakan. Penyesuaian
kaedah pengajaran seperti bahan bantu mengajar serta aktiviti yang dilakukan perlulah
selaras dengan minat dan usia murid. Kemahiran guru mengaplikasikan pendekatan, kaedah
dan teknik dalam proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam akan membantu
guru mencapai standard kandungan dan pembelajaran yang ditetapkan. Dalam penerapan
nama Allah Al-Sabur, pelbagai aktiviti boleh dijalankan bagi menerapkan sifat sabar dalam
diri murid. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah aktiviti bermain puzzle secara
berkumpulan mengenai nama-nama Allah. Setiap puzzle tersebut akan dilekatkan dengan
nama Allah dan mereka perlu memadankan dengan maksudnya. Aktiviti ini memerlukan
murid untuk berkolaborasi antara rakan-rakan mereka untuk melengkapkan puzzle tersebut.

11
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Melalui aktiviti ini berdasarkan Teori Moral Kohlberg peringkat konvensional, guru perlu
mendidik murid supaya menghormati pandangan orang lain untuk mengelakkan sebarang
konflik. Berdasarkan aktiviti ini, guru dapat melihat tahap kesabaran murid dalam
berkomunikasi sama ada mereka boleh berbincang dengan baik atau tidak serta kerjasama
antara murid di dalam kumpulan. Jika mereka tidak dapat bekerjasama dengan baik untuk
melengkapkan puzzle tersebut bermakna mereka tidak dapat mengaplikasikan Al-Sabur
dalam kehidupan seharian, sebaliknya jika penerapan akidah iaitu Al-Sabur dapat diterapkan
dalam diri, mereka, mereka akan berjaya melengkapkan puzzle tersebut tanpa pergaduhan.
Jika terdapat murid yang bergaduh, guru perlu menasihati murid dengan baik supaya mereka
dapat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka. Hal ini kerana, guru merupakan
insan istimewa yang diberi mandat untuk melentur nilai intelektual dan juga keperibadian
murid selain diamanahkan dengan tanggungjawab yang besar untuk mengangkat status
dirinya sebagai pendidik yang berjasa dalam menzahirkan murid yang cemerlang ilmu dan
akhlak.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah permainan mengasingkan manik mengikut
warna, di mana aktiviti ini menguji kesabaran murid-murid kerana saiz manik yang kecil
menyukarkan mereka untuk mengasingkannya. Melalui aktiviti yang dilakukan, guru boleh
mengaitkan dengan Teori Moral Kohlberg tahap pertama iaitu prakonvensional pada usia 0-
9 tahun. Di mana pada tahap ini murid menerima peraturan dan menilai pelakuan
berdasarkan akibat yang diterima selepas perlakuan tersebut. Misalnya, melalui aktiviti yang
dijalankan, guru-guru boleh memberikan pujian kepada murid jika berjaya
menyelesaikannya dengan cemerlang manakala jika mereka gagal, berikan mereka sokongan
dan motivasi untuk terus berusaha. Guru tidak boleh memarahi mereka sebaliknya
menyantuni murid dan mengajar secara berhikmah. Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi
suri teladan dengan menunjukkan sifat sabar yang tinggi terhadap murid supaya dapat
menjadi contoh yang baik kepada murid.
Langkah terakhir dalam Model Tyler ialah penilaian pengajaran. Berdasarkan
keseluruhan komponen yang lain, penilaian adalah untuk menunjukkan keberhasilan objektif
pembelajaran sama ada tercapai atau tidak. Kaedah penilaian yang digunakan mestilah
menjurus kepada objektif pembelajaran dan kemahiran yang ditekankan. (Kamarul Azmi
Jasmi et al., 2012). Penilaian merupakan proses yang berterusan di sepanjang sesi
pengajaran seseorang guru. Penilaian terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan
sumatif. Tujuan penilaian formatif ialah untuk mengesan dan mengetahui sejauh mana
kemajuan dan penguasaan pelajar manakala sumatif pula digunakan untuk mengesan dan
mengetahui pencapaian pelajar. Antara contoh penilaian formatif yang boleh digunakan
ialah kuiz, memeriksa hasil kerja pelajar dan secara lisan manakala penilaian sumatif pula
ialah secara formal iaitu dengan menggunakan kertas ujian. Guru boleh menilai berdasarkan
markah keputusan peperiksaan murid-murid.
Dalam konteks penerapan Al-Sabur, guru juga boleh menilai dari segi penerimaan
murid terhadap markah ujian yang mereka perolehi sama ada mereka bersabar dan menerima
markah tersebut seadanya ataupun murid itu memberontak dengan markah ujian tersebut.
Jika terdapat murid yang tidak berpuas hati terhadap markah ujiannya, guru perlu memberi
motivasi dan semangat supaya mereka berusaha lagi pada masa akan datang. Melalui
penilaian ini, murid-murid berada pada tahap dua iaitu konvensional di mana mengikut teori
Kohlberg, murid-murid pada tahap ini bersifat orientasi perlakuan baik dan akur kepada
sistem sosial dan etika peraturan. Pada tahap ini, kanak-kanak bertingkah laku baik untuk
mendapatkan penghargaan. Mereka cuba menunjukkan sikap baik, rajin, beradab dan
mengaplikasikan nilai moral yang telah ditetapkan. Jadi, apabila murid tahu bahawa guru
akan menilai mereka, murid-murid akan bertingkah laku baik untuk mendapatkan pujian.

12
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Oleh yang demikian, guru perlulah menyantuni mereka dengan sentiasa memberikan
motivasi dan nasihat yang berhikmah kepada murid-murid.

PENUTUP

Secara rumusannya, jelas menunjukkan bahawa akidah yang mantap terhadap kepercayaan
kepada nama Allah Al-Sabur dapat membentuk kemenjadian murid. Hal ini dapat memberi
impak yang positif terhadap murid, guru serta masyarakat di luar sana. Oleh yang demikian,
pendekatan yang digunakan oleh guru berdasarkan model kurikulum yang sesuai amat
penting bagi memastikan kurikulum disampaikan dengan berkesan sekaligus dapat mencapai
hasrat kerajaan dalam memperkasakan kemenjadian murid. Secara keseluruhannya,
penggunaan Model Kurikulum Tyler dalam pengajaran dalam menyantuni kanak-kanak
berdasarkan Teori Moral Kohlberg dalam menerangkan nama Allah Al-Sabur amat berkesan
dalam membentuk akidah murid yang teguh serta mengatasi masalah keruntuhan akhlak
dalam kalangan murid. Oleh yang demikian, guru perlulah bijak dalam menggunakan model
yang bertepatan dengan bidang pengkhususan berdasarkan teori perkembangan yang sesuai
dalam menyantuni mereka untuk melahirkan murid yang dihasratkan.

RUJUKAN

Alias Mahmud (2013). Konsep dan model penilaian dalam pelaksanaan kurikulum.
Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia
(PPPS M 2013), 28 - 29 Februari 2012 , Universiti Putra Malaysia
Diamond, A. (2013). Executive Functioning, Anual Review of Psychology, Vol. 64. Pao
Alto,
California: Annual Reviews.
Hassan al-Banna (t.t), al-‘Aqaid, Kuwait: Maktabah al-Manar al-Islam, h. 7.
Ismail A. M. & Jasmi, K. A. (2016). Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam. Skudai
Johor: Penerbit UTM Press. ISBN: 978-983-52-1215-4.
Ismail, S. H. (2015). Pembangunan Insan dalam falsafah, 8(2), 83-100.
Jasmi, K. A., Naim, S. H. & Muhamad, H. (2012). Kaedah Penilaian Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam (Assessment of Teaching and Learning in Islamic
Education) in Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam
[SEAPPI2012] (International Seminar on Teacher and Islamic Education
[SEAPPI2012]) at Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru on 8-9 March 2012,
pp. 77-89. ISBN 99917-44-89-4.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk Kurikulum . Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009)
Kementerian Pendidikan Malaysia (t.t.). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun
5. Dimuat turun pada 14 Ogos 2019 daripada https://moe.gov.my
M. Mohsin. (2010). Sorotan kajian. Dicapai pada 13 Ogos 2019 daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/3133/5/Bab_II_Tesis.pdf
Mohamad Zarifi Mohammad Daud (2018). Menyantuni Umat Membawa Rahmat. Dimuat
turun pada 14 Ogos 2019 daripada www.moe.gov.my .

Mohd Asnawi Satdimin, Md Shufian Awang & Nur Atiqah Basri. (2010). Apakah yang
dimaksudkan dengan Kurikulum. Bincangkan pendapat dan pandangan pakar-pakar

13
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

tentang kurikulum. Dimuat turun pada 13 Ogos 2019 daripada


https://www.academia.edu/12007072/APAKAH_YANG_DIMAKSUDKAN_DENG
AN_KURIKULUM._BINCANGKAN_PENDAPAT_DAN_PANDANGAN_PAKA
R-PAKAR_TENTANG_KURIKULUM
Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari. (2015). Nilai-nilai penting individu muslim
menurut al-ghazali. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mohd Shafiee Hamzah, Azli Fairuz Laki, Rahimah Embong & Nik Murshidah Nik Din.
(2015). Penerapan Akidah dalam dasar pendidikan Malaysia: Analisis terhadap
falsafah pendidikan Negara dan Islam Hadhari, 11-1. Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016).
Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar.
Ranita Manap, Norziah Othman, Siti Nurashidah Roslan, Khairunnisa Ismail & Aimi
Fadzirul Kamarubahrin (2018). Konsep Dan Model Penilaian Terhadap
Keberkesanan Program Kerohanian Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam (Ipti)
Di Malaysia. Putrajaya: International Research Management & Innovation
Conference.
Rosdam Hanabi Bin Hj. Mohamed (2014). Peranan akidah dalam hala tuju hidup muslim.
Dimuat turun pada 12 Ogos 2019 daripada
http://jakimsabah.islam.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1
33:peranan-akidah-dalam-hala-tuju-hidup-muslim&catid=32&Itemid=180&lang=ms
Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago, IL:
University of Chicago Press.
Wan Ezielia Binti Wan Aziz. (2016). Pelaksanaan Pengurusan Kurikulum Dalam Kalangan
Guru-Guru Sekolah Menengah Kluster Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi
Malaysia.
Zuraida Zulkapli. (2013). Kajian Kemenjadian Murid Di Sekolah Menengah Islam Hidayah
Johor Bahru, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

14
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI NAMA ALLAH AL-MUNTAQIM


DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN
MODEL KURIKULUM TYLER DAN TEORI MORAL KOHLBERG

Auni Faqihah binti Mohamad


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Kebelakangan ini, banyak masalah isu ketidakmenjadian murid yang timbul dalam kalangan
pelajar. Misalnya, murid yang sering meninggalkan solat. Faktor yang menyumbang kepada
salah laku murid tersebut adalah disebabkan kurangnya penghayatan ilmu agama dalam diri.
Ini kerana murid tersebut sendiri tidak diterapkan dengan akidah yang kukuh. Bagi
melahirkan murid yang mantap pegangan akidahnya maka, amat penting untuk para guru
menyantuni murid-murid dengan memupuk peribadi dan akhlak yang mulia dalam diri
mereka. Perkara tersebut perlu disemai sejak dari zaman persekolahan lagi. Maka demikian,
pendidikan dalam Islam khususnya bidang Akidah pada peringkat sekolah rendah dilihat
antara instrumen penting yang perlu diberi penekanan oleh para pendidik. Hal ini kerana,
menurut (Fathi, 2002), penghayatan agama dilihat sebagai asas pembangunan pelajar yang
dapat melahirkan generasi rabbani dalam setiap aspek kehidupannya. Dalam usaha untuk
mencapai hasrat tersebut para guru hendaklah bijak untuk melaksanakan model kurikulum
yang tepat serta menyesuaikannya mengikut teori perkembangan kanak-kanak. Hal ini
supaya perkara tersebut kongruen mengikut tahap intelek dan umur murid-murid.
Perbincangan dalam penulisan ini saya akan menghuraikan penerapan nama Allah al-
Muntaqim untuk membentuk kemenjadian murid yang mempunyai aqidah yang mantap
dengan menggunakan model kurikulum Tyler dalam konteks menyantuni kanak-kanak
mengikut teori perkembangan moral Kohlberg.

DEFINISI

i. Nama Allah Al-Muntaqim

Para guru boleh mengukuhkan pemahaman akidah murid dengan mengenalkan mereka
kepada Asmaul Husna (nama-nama Allah). Setiap bait-bait nama Allah yang sempurna dan
indah itu dapat diajarkan kepada para murid bukan setakat penghayatan lahiriah malahan
turut penghayatan batiniah. Kita ambil sebagai contoh al-Muntaqim ( ‫ )المنتقم‬yang
bermaksud Maha Penyiksa atau Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan
orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT
sahajalah yang layak dalam memberikan pembalasan, ancaman kepada para hambanya yang
melakukan sebarang kemungkaran. Ia merupakan asmaul husna yang ke-81 (Shafiq, 2012).
Allah akan memberi balasan pada setiap perbuatan yang dilakukan manusia.
Balasan yang diberikan Allah berupa siksaan bagi mereka yang derhaka ketika di dunia.
Allah akan memberikan balasan kepada orang yang terus-menerus berbuat maksiat, yang
merasa senang terhadap kelalaian dan keangkuhan, yang senang merosak, serta yang berbuat
zalim terhadap orang lain dan makhluk-Nya. Nama al-Muntaqim diterangkan dalam al-
Quran

15
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

‫ع ْن َها ِإنَّا ِمنَ ْال ُمجْ ِر ِمينَ ُم ْنت َ ِق ُمونَك‬ َ ‫ت َر ِب ِه ث ُ َّم أَع َْر‬
َ ‫ض‬ ْ َ ‫َو َم ْن أ‬
ِ ‫ظلَ ُم ِم َّم ْن ذُ ِك َر ِبآ َيا‬
)22:32; ‫(سورة السجدة‬
Maksud; “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan
ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan memberikan
balasan kepada orang-orang yang berdosa.”
(Surah As-Sajdah; 32:22)

Maka akhlak para murid yang perlu dilaksanakan sebagai bukti penghayatan
terhadap sifat al-Muntaqim seperti menjauhkan diri dari perbuatan dosa. Oleh yang
demikian para guru perlu menyantuni mereka dengan sentiasa memberikan nasihat supaya
murid-murid sentiasa mengingati Allah sehingga merasakan selalu diawasi. Guru juga
mendidik mereka bahawa perlulah untuk bergaul dengan orang yang berakhlak mulia.
Hasilnya, murid-murid tersebut akan selalu takut akan ancaman Allah sehingga menjauhi
segala yang dilarang Allah. Apabila mereka menerapkan asmaul husna tersebut dalam
kehidupan mereka tentu sekali mereka tidak lagi berani untuk meninggalkan solat kerana
takut dengan siksaan dan azab dari-Nya.

ii. Model Kurikulum Tyler

Kurikulum dianggap sebagai bidang paling strategik untuk membina generasi yang akan
mengisi keperluan dan pembangunan masa depan negara (Saedah, 2008). Ini bermaksud ia
juga merupakan agenda penting dalam pembangunan dan pembentukan masa depan generasi
dan bangsa di seluruh dunia. Oleh yang demikian terdapat banyak model kurikulum yang
boleh diaplikasi dalam proses pembelajaran. Menurut Stufflebeam dan Shinkfield (2007),
terdapat lebih 40 model penilaian kurikulum seperti Model Penilaian Objektif Tyler, Model
Kontinen Stake, Model Penilaian Illuminatif, Model KIPP (Context, Input, Process and
Product) dan Model Penilaian Responsif. Kurikulum pendidikan juga merupakan satu
wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga
memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua
aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).
Oleh yang demikian, saya memilih untuk menghuraikan tentang model
kurikulum yang telah disusun oleh Tyler. Model penilaian ini adalah kesinambungan
daripada model kurikulum yang dibangunkan oleh Tyler melalui penulisannya The Basic
Principles of Curriculum and Instruction yang secara jelas menerangkan bahawa proses
penilaian kurikulum adalah berdasarkan kepada objektif yang perlu dicapai dan dapat
dicapai pada akhir perlaksanaan kurikulum. Menurut model ini secara umumnya bermula
dengan peringkat menentukan objektif berdasarkan kepada tingkahlaku pelajar. Tyler
menyarankan agar objektif ditentukan perlu berdasarkan kepada skop keperluan pelajar dan
masyarakat yang juga melibatkan pihak industri. Penggubal program kurikulum seterusnya
perlu dijalinkan dengan falsafah pendidikan dan psikologi pembelajaran. Seterusnya,
peranan penilai kurikulum berdasarkan kepada model ini adalah untuk menentukan objektif
yang mana telah dicapai oleh pelajar dengan melihat kepada perubahan tingkahlakunya.
(Rohana., et al, 2017).

Saya memilih model Tyler kerana ia lebih menumpukan kepada pembentukan


objektif. Dengan penetapan objektif yang kukuh tentu sekali lebih memudahkan untuk

16
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

proses pelaksanaan berikutnya. Ini bertepatan dengan dengan pendapat Tyler dalam
(Rohana et al., 2017) bahawa dengan adanya pernyataan objektif pelajaran dalam sesuatu
kurikulum guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran
yang dinyatakan dalam kurikulum itu.

iii. Teori Perkembangan Moral Kohlberg

Untuk melaksanakan penerapan penghayatan akidah yang mantap dalam diri murid guru
perlulah menyantuni murid dengan menggunakan teori perkembangan kanak-kanak yang
sesuai dan tepat bagi menghasilkan kesan yang menyeluruh. Oleh yang demikian, saya
memilih untuk menghuraikan teori yang dikemukakan oleh Lawrence Kohlberg. Menurut
Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul
dan apa yang salah. Oleh yang demikian, para guru perlu menyantuni mereka dengan
memberikan role model yang terbaik. Misalnya, guru tersebut menunjukkan cara-cara yang
betul untuk mendirikan solat. Apabila kanak-kanak itu sendiri tahu untuk melaksanakan
solat dengan betul tentu sekali mereka tidak lagi mengabaikan solat. Bagi penulisan ini saya
akan memfokuskan kepada dua peringkat utama sahaja yang mana ia lebih sesuai dengan
peringkat umur kanak-kanak sekolah rendah.
Tahap yang pertama ialah Pra-Konvensional dan merupakan tahap yang paling bawah
dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan
hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Peringkat pertama merupakan
orientasi kepatuhan dan hukuman. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah
untuk mengelakkan dendaan. Misalnya, guru menyantuni mereka dengan bersikap sabar dan
tidak terburu ketika menjatuhkan hukuman atau denda kepada mereka. Peringkat kedua pula
ialah Orientasi ganjaran peribadi. Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan
perasaan sendiri. Misalnya, guru menyantuni mereka dengan menawarkan ganjaran yang
menarik sebagai suatu penghargaan buat diri murid-murid. Guru boleh memberikan hadiah
sekiranya mereka berjaya melaksanakan solat dengan sempurna. Perkara ini mendorong
mereka untuk bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah solat. Saya memilih teori moral
ini kerana ia lebih memfokuskan kepada perkembangan moral yang mana dapat membantu
para guru untuk mengubah pemikiran dan tingkah laku murid terhadap nilai kebenaran atau
kesilapan. Ini kerana sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian
terhadap kesan ke atas mereka. (Agus, 2010).

PENERAPAN NAMA ALLAH AL-MUNTAQIM DENGAN MENYANTUNI


KANAK-KANAK BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TYLER DALAM
TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Bagi mengenalkan murid kepada nama Allah al-Muntaqim tersebut para guru terlebih
dahulu perlu menentukan objektif pembelajaran yang disasarkan kepada pelajar. Menurut
Tyler dalam (Noriah dan Darwis, 2013) menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif,
seseorang pendidik harus memastikan bahawa objektif pelajaran yang dipilih mestilah
selaras dengan keperluan pelajar di samping isi kandungan yang sesuai dengan keperluan
masyarakat. Satu ciri objektif yang jelas pula haruslah realistik dan sejajar dengan aras
kebolehan serta minat pelajar. Misalnya, objektif yang ditetapkan hendaklah selaras dengan
Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP) yang menyatakan salah satu daripada
objektifnya bahawa murid boleh untuk menjelaskan konsep asas nama Allah tersebut serta
mengaplikasikan kesan meyakininnya dalam kehidupan seharian. Sekiranya murid dapat
menghayati sifat al-Muntaqim dengan mendalam, maka murid dapat menghindari daripada

17
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

melakukan perkara yang dilarang Allah dan perkara negatif kerana mereka tahu bahawa
Allah Maha Memberi Ancaman.
Dalam usaha untuk mencapai objektif tersebut, guru hendaklah memastikan
objektif tersebut sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Misalnya, matlamat
yang ditetapkan hendaklah selaras dengan tahap intelektual murid tersebut. Guru tidak boleh
meletakkan sesuatu matlamat yang jauh dari tahap inteleknya. Ini menyukarkan objektif
pembelajaran untuk tercapai. Menurut teori perkembangan moral Lawrence Kolhberg
menyatakan bahawa tahap satu ialah Pra-Konvensional. Ia merupakan tahap yang paling
bawah dalam penaakulan moral. Peringkat satu pada tahap ini merupakan orientasi
kepatuhan dan hukuman. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk
mengelakkan dendaan. Ini bermaksud guru menyantuni kanak-kanak dengan mendidik
mereka untuk mengenal pasti bahawa tindakan atau perlakuan yang negatif yang akan
menyebabkan mereka memperolehi denda atau hukuman. Sebagai contoh, murid yang
meninggalkan solat. Guru menyantuni dengan menjelaskan akibat daripada perbuatan
tersebut, hasilnya murid tersebut akan patuh kepada perintah tersebut kerana yakin dengan
nama Allah al-Muntaqim yang Maha memberi ancaman seperti hukuman dosa bagi setiap
perbuatan mungkar.
Maka pertimbangan seterusnya ialah menentukan apakah kandungan atau jenis
ilmu pengetahuan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif (Noriah dan Darwis,
2013). Ia merupakan aras kedua dalam pembentukan kurikulum Model Tyler. Kandungan
kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan dan perancangan pembelajaran oleh
pendidik. Masalah aqidah yang lemah dalam diri murid ini boleh berlaku disebabkan
wujudnya masalah lain seperti murid tidak dapat memahami isi kandungan pembelajaran
dengan seoptima mungkin. Oleh itu, dalam memilih isi kandungan, ia menuntut kreativiti
yang mendalam seseorang pendidik. Ia juga harus mengambil kira aspek pengalaman sedia
ada pelajar. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum
harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke aras yang lebih
kompleks. Misalnya, pada peringkat awal para guru mengenalkan kepada murid tentang
pengertian al-Muntaqim berserta dalil naqli. Setelah itu, guru hendaklah menerangkan dan
menganalisis kesan meyakini nama Allah al-Muntaqim yang boleh mempengaruhi tindakan
manusia. Sebagai contoh, apabila mereka meyakini nama Allah tersebut tentu sekali mereka
akan memperolehi ganjaran pahala dengan melaksanakan ibadah solat dengan penuh
keikhlasan. Perkara ini dapat disesuaikan dengan peringkat kedua pra-konvensional yang
mana murid-murid lebih cenderung untuk ganjaran peribadi. Sebagai pengukuhan, guru
boleh menyantuni mereka dengan memberikan pujian setiap kali mereka menunjukkan sifat-
sifat mahmudah. Ini menunjukkan murid mempunyai penghayatan dan aplikasi al-Muntaqim
dalam kehidupan sehariannya.
Seterusnya, kaedah juga perlu ditentukan oleh para guru proses pembelajaran.
Model Tyler berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah pengajaran yang dipilih oleh
seseorang guru. Pemilihan kaedah pengajaran merupakan suatu yang sangat penting kerana
pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan akan membawa
kesan terbaik kepada pembelajaran pelajar (Noriah dan Darwis, 2013). Perkara tersebut
berkait rapat dengan kaedah yang diguna pakai oleh para pendidik. Oleh yang demikian,
pemilihan alat bantu mengajar yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
akan memberikan impak yang terbaik. Untuk mengatasi masalah murid yang gemar abaikan
solat, maka guru perlulah menunjukkan tatacara solat secara praktikal. Dengan kaedah
tersebut murid lebih mudah untuk memahaminya. Guru menyantuni murid dengan
menunjukkan simulasi solat dengan penuh kesabaran. Selepas itu, guru perlu menyediakan
satu senarai yang dapat memeriksa bahawa murid tersebut sudah berjaya melepasi suatu

18
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

rukun dalam solat misalnya. Guru pada saat ini perlu menyatuni dengan tidak terburu-buru
memarahi mereka sekiranya mereka tersalah dalam rukun ataupun bacaan dalam solat.
Malahan, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kerana pada peringkat kedua konvensional ini
kanak-kanak cenderung kepada orientasi gelaran baik yang mana mereka gemar sekiranya
guru-guru memberi pujian dan kata semangat kepadanya. Selain itu, untuk mengukuhkan
pemahaman akidah murid, guru boleh membuat aktiviti berkumpulan yang menggunakan
aplikasi nama Allah al-Muntaqim tersebut. Kaedah seperti aktiviti berkumpulan yang
melibatkan penerapan sifat-sifat amanah, tanggungjawab, kerjasama dan sebagainya. Guru
menyantuni mereka dengan menerangkan dengan penuh berhikmah bahawa bagi sesiapa
yang amanah dalam setiap tugasan yang diberikan dalam kumpulan akan mendapat ganjaran
pahala serta sesiapa yang ingkar arahan akan mendapat dosa. Ini memberikan kesan kepada
murid bahawa dengan berpegang nama Allah al-Muntaqim tersebut dapat membimbing diri
mereka untuk menjadi mukmin yang mempunyai akidah yang mantap.
Aras keempat dalam Model Tyler ialah penilaian. Untuk melihat kesan
ketercapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya, maka
penilaian akan dilakukan. Penilaian ini pula boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai
kaedah dan pada pelbagai peringkat bagi mendapatkan pembuktian keberkesanan
pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Guru boleh menilai
keberkesanan nama Allah al-Muntaqim dalam diri murid melalui penilaian secara formatif
atau sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian secara berterusan yang dilakukan
selepas selesai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran manakala penilaian sumatif ialah
penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan umum. Misalnya, para
guru boleh menilai murid itu dengan melihat dari segi tingkah laku murid di dalam bilik
darjah mahupun di sekolah. Sekiranya murid tersebut menunjukkan kepatuhannya dengan
menyiapkan kerja sekolah, menghormati guru, bergaul baik dengan rakan sebaya, sentiasa
berdisiplin maka objektif untuk menerapkan aqidah yang kukuh kepada mereka tercapai.
Apabila murid tersebut mempunyai akidah yang mantap sudah tentu murid itu tidak lagi
mengabaikan solat malahan lebih dikukuhkan dengan penambahan amalan-amalan sunat
yang lain. Ini menunjukkan murid tersebut berjaya menunjukkan pentabiatan kefahamannya
tentang nama Allah al-Muntaqim serta murid itu berjaya menjadikannya sebagai asas dalam
tindakan kehidupan seharian serta boleh dicontohi sekaligus membantu untuk membimbing
orang lain.
Namun demikian, sekiranya murid tersebut masih lagi tidak berjaya menunjukkan
sifat bahawa mereka berjaya menerapkan nama al-Muntaqim dalam diri mahupun kehidupan
seharian, guru tersebut perlu menyantuni murid tersebut dengan penuh kesabaran, memberi
nasihat dengan penuh berhikmah, tidak mudah melenting serta menunjukkan contoh
tauladan yang baik agar murid itu tidak berasa terasing. Oleh yang demikian, dapat kita
fahami bahawa penilaian merupakan salah satu daripada proses berterusan dalam
perlaksanaan kurikulum bagi mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanan dan
kelancaran perlaksanaan sesuatu kurikulum atau program akademik (Marsh & Willis, 2007).

RUMUSAN

Secara kesuluruhannya, isu murid yang gemar meninggalkan solat berlaku oleh sebab
kurangnya penerapan akidah yang mantap serta tidak menghayati nama-nama Allah dan
sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Jelaslah dengan ini bahawa menyantuni mereka dengan
mendidik nama Allah al-Muntaqim berupaya untuk mengukuhkan pegangan akidah para
pelajar yang telah ditunjukkan dan dibuktikan dalam penggunaan pendekatan model Tyler
dan teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg. Dengan ini, negara Malaysia akan

19
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

menjadi sebuah negara yang berintegriti dan maju kehadapan sekiranya mempunyai generasi
akan datang yang mempunyai pegangan akidah yang mantap. Oleh sebab demikian, perlu
para guru menyantuni kanak-kanak dengan penuh hikmah dan kesabaran yang tinggi
sewaktu mereka masih muda lagi agar pembelajaran itu lebih mudah diterima dan diserap.
Melalui gabungan ketiga-tiga elemen tersebut akan berjaya melahirkan murid yang
berpontensi ke arah yang memberangsangkan. Murid yang yang menjadi cemerlang ialah
murid yang berjaya memimpin dirinya di dunia dan di akhirat (Al Ghazali dalam Abu
Muhammad Iqbal, (2013). Perkara ini selari dengan firman Allah dalam surah al-A’laa, ayat
14 yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan diri (dari syirik,
kezaliman dan akhlak yang buruk dengan beriman).” (al-Quran 87:14). Maka demikian,
keyakinan teguh terhadap nama al-Muntaqim dapat membentuk kemenjadian murid yang
dapat memberi manfaat kepada negara, agama dan bangsa.

RUJUKAN

Abu Muhammad Iqbal, (2013). Konsep Pemikiran Al-Ghazali Tentang Pendidikan.


Madiun:Jaya Star nine.
Agus Abdul Rahman. (2010). Teori Perkembangan Moral dan Model Pendidikan Moral.
Jurnal Ilmiah Psikologi. Vol(3):37-44. Diperolehi pada 31 ogos 2019 dari
https://www.researchgate.net/publication/323610627_TEORI_PERKEMBANGA
N_MORAL_DAN_MODEL_PENDIDIKAN_MORAL Al-Quran Karim. Kuala
Lumpur: Zafar Sdn Bhd.
Fathi. (2002). Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21. Terj.Ibnu Ghazali. Kuala
Lumpur: Jasmin Enterprise.
Mastura Bazdis (2008), Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan
Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-
kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia. Diperolehi
pada 28 ogos 2010 dari http://www.mindamadani.my /content/view /186/2/
Noriah Mohamed, Darwis Harahap. (2013). Mutiara Budi. Batu Caves, Selangor: PTS
AKADEMIA
Rohana Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiim, Zuraina Ali dan Nur Qistina Abdullah.
(2017). Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal
bagi Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan: Satu Kerangka
Konseptual. Journal of Humanities Technology and Civilization Vol(2): 50-
61. Diperolehi pada 24 ogos 2019 dari
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20165/1/Pembangunan%20Model%20Penilaia
n%20Kurikulum%20Berteraskan%20Nilai%20Universal%20bagi%20Program%2
0Pendidikan%20Berasaskan%20Teknologi%20&%20Kejuruteraan-
%20Satu%20Kerangka%20Konseptual.pdf
Saedah Siraj (2008). Kurikulum Masa Depan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Shafiq. (2012). Makna Asmaul-Husna. Dimuat turun daripada
https://shafiqolbu.wordpress. com/asmaa-ul-husna/maksud-dan-makna-asmaul-
husna/
Sistem Guru Online. (2019). DS & DSKP Semua Subjek Tahun 1 hingga Tahun 5. Dimuat
turun daripada https://www.sistemguruonline.my/dskp-semua-subjek-kssr
Stufflebeam, D. L., & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation Theory, Models, &
Applications. SanFrancisco, CA: Jossey-Bass

20
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI NAMA ALLAH AL-HASIB


DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN
MODEL KURIKULUM TABA DAN TEORI MORAL KOHLBERG

Fatim Aqilah binti Hashim


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Umum mengetahui, sistem pendidikan di negara kita sangat memberi tumpuan terhadap
dasar pendidikan bagi melahirkan insan yang holistik dan bersepadu dari pelbagai aspek.
Pendidikan dilihat sebagai mekanisma utama yang paling berkesan untuk membentuk
kemenjadian modal insan yang berkualiti. Penerapan ini bermula dengan memurnikan fitrah
insan agar berasaskan keimanan sepenuhnya terhadap keesaan Allah (Mohd Syafiee Hamzah
et.al., 2015). Sejajar dengan itu, keperluan menyemai kekuatan akidah yang utuh iaitu
ketauhidan kepada Allah dalam kalangan murid-murid haruslah bermula di peringkat
sekolah rendah lagi melalui penerapan kurikulum Pendidikan Islam dalam bidang akidah
khususnya. Hal ini kerana akidah diibaratkan tunjang bagi sepohon pokok (Ismail A. M. &
Jasmi, K. A., 2016). Hal ini terbukti keperluannya hari ini apabila negara dibebani dengan
pelbagai isu ketidakmenjadian murid seperti ponteng sekolah (Raja Noraina, 2019). Gejala
ini dianggap barah dalam kalangan pelajar kerana menjadi batu loncatan kepada masalah
tingkah laku berisiko yang lain. Masalah ini berlaku ekoran kurangnya penilaian sebelum
membuat tindakan. Menurut Kohlberg, proses penaakulan menentukan pertimbangan
seseorang dalam tindakan. Dengan ini, murid perlu mengalami pengalaman pembelajaran
secara objektif supaya proses pertimbangan tindakan berlaku secara berkesan di samping
akidah yang mantap menjadi tunjang utama dalam memandu tingkah laku murid. Dalam hal
ini, pembelajaran secara objektif dapat dilaksanakan melalui model kurikulum Taba. Konsep
menyantuni kanak-kanak menjadi kunci utama dalam memastikan keberkesanan proses
penerapan aqidah bagi memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak.
Perbincangan dalam penulisan ini menjurus kepada penerapan nama Allah al-Hasib
untuk membentuk kemenjadian murid menggunakan model kurikulum Taba dalam
menyantuni kanak-kanak mengikut teori perkembangan moral Kohlberg.

DEFINISI

i. Nama Allah Al-Hasib

Al-Hasib menurut bahasa diambil dari perkataan Al-Hisab membawa maksud Yang Maha
Menghisab atau Yang Maha Menentukan Perhitungan (Al-Jauziyzh & Ibnu Qayyim, 2003).
Terdapat beberapa pengertian lain nama Allah al-Hasib. Antaranya ialah Maha Mengawasi,
Maha Mengcukupkan keperluan hambanya dan Maha Menjaga (Abdulfatah, 2008).
Kesemua pengertian ini membawa maksud yang hampir sama. Jadi, dapat disimpulkan nama
Allah al-Hasib bermaksud Allah menghitung setiap perbuatan hambanya dengan memberi
balasan di atas setiap perbuatan hambanya sama ada baik atau buruk dengan seadil-adilnya
kerana Allah bersifat mengawasi untuk mencukupkan segala keperluan hambanya. Dalam
penulisan ini, penekanan makna Al-Hasib adalah Allah Maha Menghitung berdasarkan
kandungan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam tahun 6

21
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

iaitu makna Alhasib diambil daripada sudut Allah maha menghitung setiap amalan dan
perbuatan sama ada baik atau tidak baik pada setiap masa dan tempat. Jadi, Al-Hasib Allah
menunjukkan bahawa setiap amalan dan perbuatan akan diberi balasan yang setimpal oleh
Allah dengan seadil-adilnya tanpa terlepas sedikitpun. Dalilnya ialah,

‫ب‬ َ ‫س ِري ُع ْال ِح‬


ِ ‫سا‬ َّ ‫َّللاِ فَإ ِ َّن‬
َ َ‫َّللا‬ َّ ‫ت‬ ِ ‫َو َم ْن يَ ْكفُ ْر بِآيَا‬
‫)سورة ال‬
)14:3 ;‫عمران‬
Maksud: Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan
Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya
(Surah Aali-Imran 3:14)

Apabila nama Allah al-Hasib ini tidak dihayati oleh murid, mereka akan mudah
untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berakhlak kerana tidak takut dan tidak yakin
Alllah membalas dan menghitung perbuatan mereka kerana perhitungan Allah meliputi
segala aspek termasuklah dalam hati manusia. Buktinya, dalam HR. Muslim (no. 129 [205])
disebutkan:

، ‫سنَةً َما لَـ ْم يَ ْع َم ْل‬ َ ‫سنَةً ؛ فَأَنَا أ َ ْكتُبُ َها لَهُ َح‬ َ ‫ِي ِبأ َ ْن يَ ْع َم َل َح‬
ْ ‫ع ْبد‬ َ ‫َّث‬ َ ‫ ِإذَا ت َـ َحد‬: ‫ع َّز َو َج َّل‬ َ ُ‫قَا َل هللا‬
َ َ ً
‫ فَأنَا أ ْغ ِف ُرهَا لَهُ َما لَـ ْم‬، ‫س ِيـئَة‬ َ
َ ‫َّث ِبأ ْن ْي َم َل‬ َ َ َ
َ ‫ َو ِإذَا ت َـ َحد‬، ‫ع ِملَ َها فَأنَا أ ْكتُبُ َها ِب َع ْش ِر أ ْمثَا ِلـ َها‬
َ ‫فَإِذَا‬
ْ َ َ
‫ع ِملَ َها فَأنَا أ ْكتُبُ َها لَهُ ِب ِمث ِل َها‬ ْ
َ ‫ فَإِذَا‬، ‫يَ ْع َمل َها‬
Maksud: Allah SWT berfirman, ’Jika hamba-Ku berniat mengerjakan kebaikan, maka Aku
menuliskan baginya satu kebaikan selagi ia tidak mengerjakannya. Jika ia sudah
mengerjakannya, Aku menuliskan baginya sepuluh kali kebaikannya itu. Jika ia berniat
mengerjakan kesalahan, maka Aku mengampuninya selagi ia tidak mengerjakannya. Jika ia
sudah mengerjakan kesalahan tersebut, maka Aku menulisnya sebagai satu kesalahan yang
sama.
Contohnya, murid yang tidak yakin dengan al-Hasib Allah akan berani untuk
melakukan vandalisme kerana yakin tiada sesiapa yang mengetahui untuk memberi
hukuman. Dengan adanya keyakinan terhadap al-Hasib, murid akan sentiasa berwaspada
dalam tindakannya bahawa segala amalannya di dunia akan dihisab dan diberi balasan pada
Hari Akhirat. Oleh itu, untuk menyantuni kanak-kanak guru perlu menerapkan nama Allah
Al-Hasib dengan penuh hikmah agar mereka mempunyai pegangan akidah yang kukuh
terhadap kebenaran nama Allah ini.

ii. Model Kurikulum

Kurikulum ialah isi kandungan dan proses formal dan tidak formal di mana pelajar
memperoleh ilmu dan kefahaman, mengembangkan kemahiran dan mengubah sikap serta
menghargai dan mempelajari nilai-nilai murni di sekolah (Doli,R. 1996). Terdapat banyak
model yang dapat digunakan dalam pengembangan kurikulum. Model kurikulum terdiri
daripada model Proses dan model Objektif. Antaranya ialah Model Administratif (Line
Staff), Model dari Bawah (Gross-Roots), Model Demonstrasi, Model Tyler, Model Taba,
Model Model Beauchamp, Model Wheeler, Model Nicholls dan Model Dynamic Skilbeck
(Dakir, 2004). Perbezaan antara kedua-kedua model tersebut ialah model objektif lebih

22
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

menekankan proses menjalani pengalaman pembelajaran manakala model Model Produk


menekankan hasil pembelajaran (O’Neill, 2010).
Model kurikulum yang dipilih untuk menerapkan nama Allah Al-Hasib ialah model
kurikulum Taba. Model Taba dipilih dalam perkembangan kurikulum Al-Hasib kerana
pendekatannya yang bersesuaian iaitu pendekatan grass-root (guru) dan bersifat induktif
(Mubarok, Sapuan & Sukron Makmun, 2018) . Taba percaya guru yang harus memulakan
proses dengan menciptakan suatu unit belajar mengajar khusus bagi murid-murid di sekolah
(Husni et. al., 2018). Antara kelebihan model induktif ialah mengembangkan kemahiran
pemikiran pelajar serta membolehkan menguasai topik-topik yang dibincangkan (Winahyu
Arif et.al., 2016). Hal ini membuktikan model Taba lebih berkesan untuk penerapan akidah
dalam membentuk kemenjadian murid kerana kaedahnya berbentuk induktif iaitu bermula
daripada spesifik kepada umum. Taba (1962) mengusulkan tujuh langkah dalam
mengembangkan sesuatu kurikulum (Norlidah Alias et al., 2014).

iii. Teori Perkembangan Moral Kohlberg

Teori yang dikemukakan oleh Kohlberg adalah berasaskan kepada pemikiran Jean Piaget
dan John Dewey yang menekankan pertumbuhan manusia berkembang secara falsafah dan
psikologi dalam bentuk yang positif (Anata Ikrommullah, 2015). Menurut Lawrence
Kohlberg (1976), penaakulan moral terbahagi kepada tiga tahap dan setiap tahap
dibahagikan kepada dua peringkat. Tahap-tahap tersebut ialah pra konvensional,
konvensional dan post-konvensional. Tahap pertama terdiri daripada peringkat orientasi
kepatuhan dan hukuman serta peringkat orientasi ganjaran peribadi. Tahap ini ialah
peringkat perlakuan moral individu dikawal oleh faktor luaran. Tahap kedua pula terdiri
daripada peringkat orientasi perlakuan baik dan peringkat akur kepada sistem sosial dan
etika peraturan di mana peringkat individu bertingkah laku berdasarkan keperluan sosial.
Akhir sekali, tahap terakhir ialah peringkat etika kontrak sosial dan hak individu serta
peringkat etika prinsip sejagat pula merupakan peringkat individu melihat konsep moral
sebagai nilai moral dan prinsip yang diamalkan dalam setiap keadaan. Penulisan ini hanya
berfokus kepada peringkat dua dan peringkat tiga sahaja iaitu pada peringkat kanak-kanak
dan awal remaja. Teori Kohlberg dipilih untuk melihat sejauh mana pembuktian Kohlberg
bahawa tingkah laku dan penaakulan seseorang menentukan pertimbangan seseorang dalam
tindakannya dengan peranan aqidah sebagai asas tindakan seseorang.

PENERAPAN NAMA ALLAH AL-HASIB DENGAN MENYANTUNI KANAK-


KANAK BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TABA DALAM TEORI
PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Model kurikulum Taba menyatakan perkembangan kurikulum dimulakan dengan


mengdiagnos keperluan pelajar. Mengdiagnos keperluan pelajar memerlukan proses
mengenal pasti keperluan pelajar dengan menganalisis kepentingan pembelajaran.
Berdasarkan DSKP, kepentingan pengajaran Al-Hasib ialah agar murid dibekalkan dengan
konsep asas Al-Hasib sehingga berkebolehan menjadikannya sebagai asas dalam tindakan.
Melalui nama Allah al-Hasib murid meyakini Allah menghitung setiap tindakan hambanya
dengan memberi ganjaran berdasarkan perbuatan menyebabkan murid terdorong untuk
menilai tindakan mereka. Dalam Islam, ganjaran yang dimaksudkan ialah pahala mengikut
dalil dalam surah Al-An’am ayat 160: “Dan barangsiapa yang membuat satu kebaikan, dia
akan mendapat 10 kali ganda (balasan pahalanya)…”

23
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Perkara ini bertepatan dengan teori moral Kohlberg pada peringkat kedua iaitu
orientasi ganjaran peribadi, kanak-kanak akan mengikut kata jika perkara itu memenuhi
kepentingan diri. Dalam hal ini, apabila kanak-kanak mengetahui ganjaran yang diperolehi
apabila berbuat baik, pastinya mereka akan sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan.
Hal ini kerana pada peringkat perkembangan sebelum ini, pemikiran moral kanak-kanak
berasaskan dendaan semata-mata iaitu bertingkah laku baik bukan dari kehendak diri dan
hanya untuk mengelakkan daripada menerima hukuman. Oleh itu, dalam proses membentuk
tingkah laku, guru menyantuni kanak-kanak dengan cara menyelami perasaan dan pemikiran
mereka seperti tidak mudah mengenakan hukuman apabila mereka ponteng sekolah. Hal ini
kerana realiti hari ini, dendaan merupakan kaedah yang kurang berkesan untuk membentuk
tingkah laku dalam jangka masa yang panjang dan hanya membawa kepada perasaan tidak
puas hati, dendam dan ingin memberontak (Muhammad Faizal et.al., 2014).
Langkah lain yang digariskan dalam perkembangan model Taba ialah pembentukan
objektif. Selepas guru mengenal pasti keperluan pelajar, guru menetapkan objektif yang
ingin dicapai seperti objektif tingkah laku. Taba berpendapat bahawa hakikat tujuan akan
menentukan jenis pelajaran yang perlu diikuti. Pembentukan objektif haruslah jelas dan
komprehensif. Al-Qabisi (1955) dan Robert Glaser (1983) menyatakan teori permulaan
pengajaran merangkumi elemen objektif pengajaran (Mohd Syaubari & Ahmad Yunus,
2017). Berdasarkan DSKP, tahap penguasaan tertinggi yang perlu dicapai dalam pengajaran
Al-Hasib adalah tahap pentabiatan iaitu murid dapat meyakini dan merumuskan asas Al-
Hasib untuk diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas
dalam tindakan. Hal ini kerana keimanan yang teguh terhadap namaNya ini akan
menumbuhkan dalam hati seseorang itu perasaan takut kepada Allah untuk melakukan
kemungkaran dan berlumba-lumba membuat kebaikan kerana meyakini bahawa Allah akan
sentiasa menghitung setiap amalan yang dilakukan sama ada baik atau buruk. Pernyataan ini
bertepatan dengan teori Kohlberg pada peringkat pra konvensional, perkembangan kelakuan
kanak-kanak lebih menumpukan terhadap ganjaran iaitu untuk menerima ganjaran yang
memuaskan. Dalam hal ini, bagi proses menyantuni kanak-kanak, guru hendaklah memberi
peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan dan motivasi kepada murid-murid agar
mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka.
Selain itu, langkah lain yang ditekankan dalam Model Taba untuk perkembangan
kurikulum ialah pemilihan isi kandungan. Objektif yang telah dipilih atau yang dibentuk
akan menentukan kandungan kurikulum. Razali Arof (1996) menyatakan terdapat beberapa
kriteria dalam memilih isi kandungan. Antaranya ialah isi kandungan yang dipilih mestilah
selari dengan objektif mata pelajaran, sah dan bersifat mutakhir serta sesuai dengan
kehendak murid. Dalam teori Kohlberg pada tahap pra konvensional, kehendak kanak-kanak
akan mendorong tingkah laku mereka. Contohnya, murid sanggup ponteng sekolah untuk
memenuhi kehendak diri seperti pengaruh kafe siber yang menawarkan permainan yang
lebih menarik berbanding pelajaran yang terdapat di sekolah. Hal ini menunjukkan perlunya
pemilihan kandungan al-Hasib yang bersesuaian dengan kehendak pelajar untuk menarik
minat kanak-kanak mempelajari Al-Hasib. Hal ini kerana kesediaan pelajar dari segi kognitif
amat penting dalam mempelajari sesuatu isi kandungan. Isi kandungan yang tidak selari atau
tidak relevan dengan objektif mata pelajaran menyebabkan pengajaran tidak berkesan. Jadi,
dalam proses menyantuni kanak-kanak, guru prihatin terhadap kehendak murid dengan
menggunakan cara yang boleh menarik minat murid-murid terhadap pengajaran al-Hasib.
Selain itu, langkah lain yang diambil kira oleh Model Taba ialah pengurusan
kandungan iaitu menyusun isi kandungan secara tersusun. Guru hendaklah mengambil kira
kematangan pelajar, pencapaian pelajar dan minat mereka. Misalnya menggunakan
pendekatan menguasai isi kandungan secara berperingkat secara mudah kepada susah

24
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

bersesuaian dengan kemampuan akal murid. Menurut DSKP, terdapat enam standard
pembelajaran Al-Hasib yang disusun kepada murid iaitu bermula dengan pengertian Al-
Hasib, maksud meyakini Al-Hasib, dalil naqli nama Allah Al-Hasib, kesan meyakini Al-
Hasib, pembuktian keyakinan nama Al-Hasib melalui tindakan dan akhir sekali rumusan
kefahaman dan keyakinan tentang nama Allah Al-Hasib sebagai asas dalam tindakan harian.
Apabila murid mempunyai kefahaman Al-Hasib yang kukuh, murid akan dapat menilai
setiap tindakan mereka. Sejajar dengan teori Kohlberg yang menyatakan seseorang individu
dapat memutuskan tingkah laku tersebut betul atau salah berdasarkan proses pemikiran
mereka (Craig, R.,1972). Contohnya, murid yang pertama kali ingin ponteng sekolah akan
membuat penaakulan sama ada tindakan ponteng tersebut tidak mengapa kerana pertama
kali dilakukan dan tidak menjadi kerugian jika tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut atau
memutuskan tidak melakukan perkara tersebut kerana menyalahi peraturan sekolah serta
bertentangan dengan kehendak ibu bapa mereka. Jadi, guru hendaklah menyantuni kanak-
kanak dengan menggalakan pemikiran rasional kanak-kanak supaya mereka dapat menilai
kesan tindakan mereka bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada orang sekeliling.
Di samping itu, model Taba juga mengambil kira pemilihan pengalaman
pembelajaran. Penentuan pengetahuan sedia ada murid membolehkan guru menilai
kesesuaian objektif yang dirancang. Bagi pengajaran al-Hasib, pengetahuan sedia ada murid
ialah dapat membezakan antara amalan baik dan buruk. Misalnya, menolong orang yang
yang dalam kesusahan adalah perbuatan baik dan mencuri adalah perbuatan tidak baik.
Menurut teori Kohlberg (1976) pada peringkat ini, kanak-kanak dikatakan menghakimi
akhlak atau tindakan berdasarkan bagaimana ia memenuhi keperluan individu pelaku.
Contohnya, seseorang mencuri wang orang lain kerana memerlukan wang untuk membeli
makanan untuk kawan yang lapar. Jadi, berdasarkan teori tersebut kanak-kanak cenderung
mengatakan bahawa tindakan ini adalah betul secara moral kerana keperluan yang mendesak
walhal perbuatan tersebut salah kerana mengambil hak orang lain. Jadi, guru menyantuni
kanak-kanak dengan tidak bersikap terburu-buru memberikan hukuman kepada mereka.
Sebaliknya, guru mendengar penjelasan mereka terlebih dahulu. Jika mereka didapati
bersalah, guru perlu menjelaskan dengan memberi sebab mengapa sesuatu perkara tidak
boleh dilakukan. Dengan cara ini, secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam
memperkembang tingkah laku mereka ke tahap yang baik dengan bantuan dan sokongan
moral daripada guru.
Seterusnya ialah pengelolaan aktiviti pembelajaran. Menurut Tobin dan Fraser
(1990), guru-guru hendaklah memiliki kebolehan menterjemahkan isi kandungan mata
pelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan cara penyampaian isi mata
pelajaran supaya pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Terdapat beberapa kaedah
pengajaran yang dicadangkan dalam DSKP untuk menterjemahkan pendekatan pengajaran
yang dipilih oleh guru. Contohnya, kaedah sumbang saran mengenai kesan meyakini nama
Allah al-Hasib seperti orang yang meyakini al-Hasib disayangi oleh Allah dan disukai oleh
orang sekeliling. Kaedah pemerhatian dan berfikir seperti sumbang saran akan menjadikan
kefahaman lebih mendalam dan keyakinan seseorang semakin kuat (Adi Syahid, 2013). Jadi,
dalam proses menyantuni kanak-kanak, guru memberi penghargaan apabila terdapat
perubahan tingkah laku positif yang dilakukan oleh mereka menyebabkan semangat untuk
berubah meningkat apabila perubahannya mendapat perhatian guru. Contohnya, guru
memuji atau meraikan pendapat yang diberikan oleh murid yang mempunyai masalah
tingkah laku seperti ponteng sekolah dan tidak sesekali meminggirkan mereka agar berasa
dihargai. Hal ini bertepatan dengan teori Kohlberg pada peringkat ketiga iaitu orientasi
perlakuan baik, kanak-kanak akan bertingkah laku baik untuk mendapatkan penghargaan
daripada orang sekeliling (Anata Ikrommullah, 2015).

25
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Akhir sekali, langkah dalam model Taba ialah penilaian. Penilaian dilakukan
sebagai proses kayu ukur untuk menentukan sejauh mana keberkesanan objektif
pembelajaran Al-Hasib kepada murid dicapai. Oleh kerana Taba tidak menentukan jenis
penilaian dan ia bergantung kepada kebijaksanaan guru, penilaian dapat dibuat bukan sahaja
di dalam kelas secara formal (Tariq Mehmood et.al., 2018). Bahkan juga di luar kelas.
Contohnya, menurut DSKP, dua bentuk pentaksiran yang dapat dijalankan ialah pentaksiran
formatif dan sumatif seperti melalui lembaran kerja, tugasan dan kuiz. Penilaian juga dapat
dilaksanakan melalui pengaplikasian nama Allah alHasib dalam kehidupan. Contohnya,
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tahap satu yang menilai kemenjadian murid sebagai bukti
keberhasilan pembelajaran. Misalnya melalui akhlak semasa yang ditonjolkan di luar waktu
pembelajaran seperti tidak melakukan vandalisme menconteng meja rakan. Kemenjadian ini
terhasil apabila mereka yakin bahawa Allah mengawasi setiap apa yang dilakukan dengan
memberi balasan berdasarkan amalan mereka. Hal ini kerana menurut teori Kohlberg, pada
peringkat ketiga, kanak-kanak mula mengaplikasikan aqidah yang telah ditetapkan oleh ibu
bapa atau guru. Hal ini bermaksud kanak-kanak akan bertingkah laku berdasarkan apa yang
dipelajari dan ditetapkan kepadanya. Oleh itu, guru menyantuni kanak-kanak dengan
menjadi model yang terbaik kepada anak didiknya supaya murid terpengaruh untuk menjadi
pelajar yang baik tingkah lakunya (Abdul Muhsein, 2014).

PENUTUP

Kesimpulannya, perlaksanaan kurikulum Al-Hasib dengan menyantuni kanak-kanak


menerusi kerangka langkah model Taba mengikut teori Kohlberg merupakan pendekatan
penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi segala isu yang melingkari kemenjadian pelajar.
Oleh itu, keperluan mengadaptasi perkara tersebut memerlukan kesunggguhan yang
mendalam oleh guru. Hal ini kerana penghayatan Al-Hasib yang mantap terhadap kekuasaan
Allah yang maha menghitung mampu merangsang dan memotivasikan murid untuk
melakukan perkara baik dan mulia dalam hidupnya. Dengan ini, keyakinan yang teguh
terhadap kebenaran nama Allah Al-Hasib akhirnya berjaya membentuk kemenjadian murid
yang berketerampilan dan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, bahkan
kepada agama, masyarakat, serta negara. Secara tidak langung, sekaligus menangani isu
ponteng sekolah yang berlaku kerana kurang penghayatan nama Allah bahawa Allah
menghitung amalan manusia. Tegasnya, pandangan Kohlberg dan nama Allah Al-Hasib
masing-masing mempunyai satu persamaan iaitu membawa manusia ke arah kehidupan yang
lebih baik dengan melahirkan individu yang mempunyai peribadi yang mulia.

RUJUKAN
Abdul Muhsien Sulaiman. (2014). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Pembentukan
Akhlak Murid Dari Aspek Hubungan Guru-Murid Berasaskan Abu Talib Al-Makki
(W.386h/996m). Dicapai pada 2 Ogos 2019 daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/4728/1/HHB10002_ABDUL_MUHSIEN_SULAIMA
N.pdf
Abdulfatah Haron Ibrahim. (2008). Allah antara tasawuf dengan akidah. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

26
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Adi Syahid Mohd Ali. (2013). Keberkesanan Pembelajaran Aqidah Berasaskan Strategi
Inkuiri Terbimbing Terhadap Saudara Baru. Dimuat turun pada 4 Ogos 2019
daripada http://umkeprints.umk.edu.my/3843/1/IR-
SYAHID%20KEBERKESANAN%20PEMBELAJARAN%20AQIDAH%20BERAS
ASKAN%20STRATEGI%20INKUIRI%20TERBIMBING%20TERHADAP%20SA
UDARA%20BARU.pdf
Al-Jauziyzh & Ibnu Qayyim. (2003). Asma-ul Husna. Cet III. [terjemahan Samson Rahman]
Pustaka Al-Kautsar : Jakarta.
Al-Quran Karim. Kuala Lumpur: Zafar Sdn.Bhd.
Agus, Andi Aco (2016) Teori Perkembangan Moral menurut Pieget dan Lawrence Kohlberg
serta Implikasinya Bagi Pendidikan. Birokrasi, 1(6). pp. 8-17. ISSN 2354-5925
Anata Ikrommullah. (2015). Tahapan perkembangan moral santri mahasiswa menurut
Lawrence Kohlberg. Jurnal Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan, 2(28), 77
Craig, R. (1972). An analysis of the psychology of moral development of Lawrence
Kohlberg. The National Catholic Guidance Conference Journal, 17(1), 10-17.
http://dx.doi.org/10.1002/j.2164-5183.1972.tb00206.x
Dakir. H. (2004). Perencanaan dan Pengembangan Kurikulum. Jakarta :PT. Rineka Cipta.
Ismail A. M. & Jasmi, K. A. (2016). Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam. Skudai
Johor: Penerbit UTM Press. ISBN: 978-983-52-1215-4.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan
dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 [ Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3] Di Sekolah
Rendah KPM Mulai Tahun 2019 . [Rujukan Sumurat Siaran KPM Bil. 14 Tahun
2018]
Kohlberg, L. (1976). Moral stages and moralization: The cognitive- developmental
approach. In T. Lickona (Ed.), Moral development and behavior. New York: Holt,
Rinehart and Winston.
Mohd Shafiee Hamzah, Azli Fairuz Laki, Rahimah Embong & Nik Murshidah Nik Din.
(2015). Penerapan Akidah Dalam Dasar Pendidikan Malaysia:Analisis Terhadap
Falsafah Pendidikan Negara Dan Islam Hadhari. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari, 9(1), Dimuat turun pada 4 Ogos 2019 daripada
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/79
Mubarok, Sapuan & Sukron Makmun. (2018). Pengembangan Kurikulum. Dimuat turun
pada 10 Ogos 2019 daripada
https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/55528000/MAKALAH_PENGE
MBANGAN_KURIKULUM.pdf.pdf?response-content-
disposition=inline%3B%20filename%3DPENGEMBANGAN_KURIKULUM_REVI
SI_MAKALAH.pdf
Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu
Kenayatullah & Mokhtar Muhammad. (2014). Pengurusan Disiplin Murid di Sekolah
Kawasan Bandar dan Luar Bandar: Persektif Pemimpin Sekolah. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 1(1), 7-40.
Norlidah Alias, Abu Bakar Nordin, Saedah Siraj, & Mohd Nazri Abdul Rahman. (2014).
Kurikulum: Satu disiplin yang dinamik. Kuala Lumpur, Malaysia: Pearson.

27
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

O’Neill, Geraldine. (2010). Programme design: overview of curriculum models. Diakses


pada 1 Ogos 2019 daripada http://www.ucd.ie/t4cms/ucdtlp00631.pdf.
Raja Noraina Raja Rahim. (2019) 10,154 kes disiplin babit pelajar tahun lalu. Dicapai pada
2 Ogos 2019 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/10154-kes-disiplin-
babit-pelajar-tahun-lalu.
Taba, H. (1962). Curriculum development: theory and practice. New York, NY: Harcourt,
Brace & World.
Tobin, K., Kahle, J.B. & Fraser, B.J. (Eds.). (1990). Windows into science classes: problems
associated with higher-level cognitive learning. London: Falmer Press
Tariq Mehmood Bhuttah, Chen Xiaoduan, Hakim Ullah, Amna Bibi. (2018). Curriculum
Development: “An Analysis of The Tyler and Taba Model”. North American
Academic Research. 1 (7),109-118
Winahyu Arif Wicaksono, Moh Salimi, Imam Suyanto. (2016). Model Berpikir
Induktif:Analisis Proses Kognitif Dalam Model Berpikir Induktif. Dimuat turun pada
2 Ogos 2018 daripada
http://www.jurnal.fkip.uns.ac.id/index.php/snip/article/viewFile/8936/6497

28
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI NAMA ALLAH ZUL JALALI WAL IKRAM


DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN
MODEL KURIKULUM STENHOUSE DAN TEORI KOGNITIF VYGOTSKY

Fatin Athirah Nazihah binti Fauziman,


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Kualiti dan ketamadunan sesebuah bangsa dan negara sangat dipengaruhi oleh pendidikan
yang dikecapi. Sejajar dengan perkara tersebut, sistem pendidikan di Malaysia yang
bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) amat menitikberatkan perkembangan
emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari sudut
jasmani, emosi, rohani dan intelek (Hussin, Rohana & Amirmudin, 2010). Isu kemenjadian
murid secara holistik diberi tumpuan yang khusus dalam memacu pendidikan yang
seimbang dari segenap sudut.
Penerapan akidah dan iman yang mantap amat penting kepada kanak-kanak bermula
dari peringkat rendah demi membentuk peribadi dan jati diri kanak-kanak ke tahap yang
sesuai dengan cabaran globalisasi kini. Hal ini demikian untuk mengelakkan isu-isu yang
membabitkan keruntuhan akhlak dan seumpamanya berlaku. Secara hakikatnya, akidah
merupakan perkara yang paling dasar dalam pembinaan modal insan yang cemerlang (Mohd
Shafiee, Azli Fairuz, Rahimah & Nik Murshidah, 2015).
Pendekatan pengajaran Pendidikan Islam menerusi bidang Akidah khususnya hendaklah
diajar secara selari mengikut teori perkembangan kanak-kanak dengan menggunakan model
kurikulum yang relevan dan bersesuaian dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan
mereka. Perbincangan dalam penulisan ini menjurus kepada penerapan nama Allah Zul
Jalali Wal Ikram menggunakan Model Kurikulum Stenhouse berdasarkan perkembangan
kognitif mereka dalam lingkungan usia 7 hingga 12 tahun mengikut teori perkembangan
Vygotsky. Peranan guru amat penting dalam menyantuni kanak-kanak untuk melahirkan
masyarakat yang berakhlak mulia dan membentuk kemenjadian murid.

TAKRIFAN MENGENAI NAMA ALLAH ZUL JALALI WAL IKRAM, MODEL


KURIKULUM STENHOUSE DAN TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
VYGOTSKY

i. Nama Allah Zul Jalali Wal Ikram

Zul Jalali Wal Ikram merupakan salah satu nama Allah yang wajib diketahui oleh semua
umat Islam. Nama Allah Zul Jalali Wal Ikram ini telah terakam di dalam al-Quran, firman
Allah,

ِ ْ ‫َويَ ْبقَى َوجْ هُ َربِكَ ذُو ْال َج ََل ِل َو‬


‫اْل ْك َر ِام‬
(27:55; ‫(سورة الرحمن‬
Maksud: Dan tetap kekal zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
(Surah Ar-Rahman;55:27)

29
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Oleh itu, Zul Jalali Wal Ikram dapat didefinisikan bahawa Allah mempunyai
keagungan dan kemuliaan yang luas terhadap seluruh makhluk-Nya (Nur Suhana, Siti
Fadhilah & Fadhilah, 2015). Antara tanda-tanda keagungan dan kemuliaan Allah adalah
seperti kejadian alam yang teratur dan penciptaan-Nya yang sempurna. Selain itu, bukti
Allah memiliki nama Zul Jalali Wal Ikram juga ialah Allah berkuasa menghidupkan dan
mematikan, Allah sebagai pemberi rezeki dan kehendak-Nya yang tiada batasan. Nama
Allah ini adalah antara sukatan pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang perlu dipelajari oleh murid tahun enam.

ii. Model Kurikulum Stenhouse

Keperluan kepada model kurikulum sangat signifikan kepada dunia pendidikan. Hal ini
adalah untuk memastikan kurikulum yang telah dirancang dapat mencapai matlamatnya.
Menurut Abu Bakar (2003) & Ikhsan Othman (2008) dalam M Mohsin, 2010), di Malaysia,
kurikulum di sekolah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara. Justeru itu,
model kurikulum diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan yang wujud
berkaitan dengan pelajar dan pembelajaran. Terdapat tiga model kurikulum yang dipelajari,
antaranya Model Tyler, Model Taba dan Model Kurikulum Stenhouse. Model Kurikulum
Stenhouse dipilih dalam menerapkan nama Allah Zul Jalali Wal Ikram untuk membentuk
kemenjadian murid dalam mengenal Allah.
Model Kurikulum Stenhouse merupakan model proses yang lebih mementingkan
pembinaan pengalaman pembelajaran, berbeza dengan model Taba dan Tyler yang dikenali
sebagai model produk yang lebih menitikberatkan penggunaan objektif dalam
perkembangan kurikulum dan pendidikan untuk mencapai suatu tujuan (Wan Ezielia, 2014).
Kebolehupayaan individu dari aspek kecenderungan iaitu sikap, moral, dan nilai, serta
kapasiti kanak-kanak dapat dibina melalui kemahiran mencari maklumat, memproses
maklumat, menyelesaikan masalah, pemerhatian dan komunikasi menggunakan model ini.
Tambahan pula, model proses yang dibentuk lebih mengutamakan keadaan sebenar berlaku
di dalam dan di luar bilik darjah. Pelajar berperanan untuk melakukan proses pembelajaran
yang aktif iaitu dengan menilai dapatan yang mereka peroleh.

iii. Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

Kognitif adalah sebahagian daripada taksonomi pendidikan yang merangkumi kognitif,


afektif dan psikomotor (Shokibhul, n.d.). Kajian Vygotsky memberi tumpuan kepada
hubungan antara manusia dan konteks sosio-budaya di mana mereka memainkan peranan
dan berinteraksi antara satu sama lain dalam berkongsi pengalaman atau pengetahuan. Teori
Vygotsky dikenal sebagai teori perkembangan sosiokultural yang menekankan interaksi
sosial dan budaya berhubung dengan pembangunan kognitif (Sri Wulandari, 2015). Beliau
percaya kanak-kanak aktif dalam perkembangan sendiri, mereka mempelajari sesuatu
melalui aktiviti.
Vygotsky menyatakan tiga idea penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
iaitu internalization, scaffolding dan juga zon perkembangan proksimal (ZPP).
Internalization merupakan proses di mana seseorang beransur-ansur menyebatikan aktiviti-
aktiviti yang dilaluinya ke dalam proses kognitifnya. Kerangka yang menyokong proses
pembelajaran individu pula dikenali sebagai scaffolding. ZPP merupakan lingkungan
kemampuan seseorang untuk melakukan tugas dengan berjaya. Dalam erti kata mudah,

30
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

jarak di antara tahap perkembangan sebenar dan tahap perkembangan berpotensi ialah ZPP
(Sisca Rahmadonna, n.d.).

iv. Konsep Menyantuni Kanak-Kanak


Kanak-kanak bagaikan kain putih dan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru-
guru untuk mencorakkan kain tersebut dalam membina sahsiah diri, akal budi, emosi dan
rohani kanak-kanak. Dalam membentuk keperibadian kanak-kanak, konsep menyantuni
kanak-kanak sangat signifikan dan perlu diberi perhatian yang lebih bagi setiap pendidik.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), santun bererti halus budi bahasa atau budi
pekerti, beradab, sopan, berasa kasihan dan dan suka menolong. Manakala menyantuni pula
bermaksud menaruh belas kasihan dan suka menolong orang lain. Pengertian-pengertian
yang dijelaskan membawa erti bahawa kanak-kanak perlu disantuni dan diselami untuk
melahirkan masyarakat yang berkebolehan dan berkeperibadian tinggi dalam sesuatu
perkara, mereka perlu didorong oleh pendidik untuk mengekalkan kendiri ke tahap yang
sentiasa positif lebih-lebih lagi pada zaman kini yang penuh dengan pancaroba kehidupan.
Antara contoh sikap menyantuni kanak-kanak adalah bersabar, mendalami jiwa mereka,
memberi tunjuk ajar dengan lemah lembut dan sebagainya.

PENERAPAN NAMA ALLAH ‘ZUL JALALI WAL IKRAM' DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK BERDASARKAN BERDASARKAN MODEL
KURIKULUM STENHOUSE DALAM TEORI PERKEMBANGAN VYGOTSKY
Mutakhir ini, kita dapat melihat pelbagai isu pendidikan yang melibatkan akhlak dan nilai
moral seseorang seperti membuli, merokok, bergaduh, memukul guru, dan sebagainya. Hal
ini telah menjadi topik perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, pendekatan
pendidikan Islam awal kanak-kanak sangat penting kerana kanak-kanak merupakan aset
penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Nama Allah Zul
Jalali Wal Ikram wajib diterapkan dalam diri kanak-kanak untuk membentuk akidah dan
pegangan yang kukuh dalam mendepani arus perdana kini. Penglibatan aktif dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum menjadi antara pemangkin utama transformasi sikap dan jati
diri pelajar dalam mengenal nama Allah lebih-lebih lagi nama Allah Zul Jalali Wal Ikram ini
terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) darjah enam
(Kementerian Pendidikan Malaysia, n.d.). Kanak-kanak perlu mengetahui bahawasanya
Allah merupakan penciptanya yang memiliki kekuasaan yang begitu hebat. Namun
persoalannya, bagaimanakah seseorang guru dapat menyantuni kanak-kanak dalam
menerapkan nama Allah Zul Jalali Wal Ikram mengikut DSKP yang ditetapkan?
Teori Vygotsky menegaskan bahwa perolehan kognitif individu terjadi pertama kali
melalui interpersonal iaitu interaksi dengan lingkungan sosial dan intrapersonal iaitu
internalisasi yang terjadi dalam diri sendiri (Sisca Rahmadonna, n.d.). Sebagai langkah
penyelesaiannya, guru berperanan membentuk pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak dengan
menyusun persekitaran pembelajaran mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Pdp) iaitu dengan mengambil kira pengalaman dan aktiviti sosial yang dilalui mereka
menggunakan model Stenhouse. Model kurikulum Stenhouse sangat memberi fokus kepada
aktiviti-aktiviti dan peranan guru (Rosaidi, n.d.). Melalui aktiviti yang diadakan,
penghayatan kepada nama Allah Zul Jalali Wal Ikram seperti yang dikehendaki dalam
DSKP dapat diperoleh dengan mudah. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan penciptaan
setiap makhluk yang sangat dekat dengan kehidupan mereka oleh Sang Pencipta untuk
memahami dan meyakini nama Allah ini. Sifat tawadduk akan terbina dalam diri kanak-

31
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

kanak melalui penghayatan terhadap penciptaan-Nya yang begitu sempurna (Nur Suhana et
al., 2015). Sebagai contoh, sifat tawadduk ini akan terserlah apabila kanak-kanak didapati
tidak meninggi diri ketika mendapat keputusan yang lebih cemerlang berbanding rakan-
rakannya yang lain malah memberi dorongan kepada rakan lain untuk terus berusaha
mencapainya. Dalam menyantuni kanak-kanak, para guru boleh memberikan penghargaan
kepada mereka dengan ucapan tahniah kepada murid yang cemerlang mahupun yang kurang
cemerlang bagi menaikkan semangat mereka.
Seterusnya, Lev Vygotsky berpandangan bahawa alat budaya seperti alat kognitif dan
alat fizikal turut menyokong pembinaan pemikiran kanak-kanak yang kompleks dan
seterusnya menyumbang ke arah pembinaan pengetahuan, sikap dan nilai seseorang
individu. Justeru itu, Model Kurikulum Stenhouse yang memfokuskan aktiviti-aktiviti murid
dalam sesuatu kurikulum dilihat dapat menggunakan alat-alat tersebut dalam menerapkan
nama Allah Zul Jalali Wal Ikram bagi menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak
(Rosaidi, n.d.). Contoh bagi alat fizikal dan alat kognitif adalah seperti alat lukisan dan
lakaran. Kanak-kanak boleh diminta untuk memberikan contoh-contoh tanda keagungan
dan kemuliaan-Nya dengan bimbingan guru melalui pemerhatian dan pengalaman yang
berlaku di luar bilik darjah (Nur Suhana et al, 2015). Guru perlu membimbing pelajar
dengan penuh kesabaran untuk menarik minat mereka. Pelajar berperanan untuk melakukan
proses pembelajaran yang aktif iaitu dengan menilai dapatan yang mereka peroleh dalam
menyatakan tanda-tanda Allah yang memiliki nama Zul Jalali Wal Ikram melalui aktiviti-
aktiviti yang disediakan untuk membentuk kemenjadian murid. Kesan penerapan nama
Allah ini akan melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sifat syukur dengan segala nikmat
dan pemberian yang diperoleh (Nur Suhana et al., 2015). Zahir sifat syukur ini dapat dilihat
apabila kanak-kanak sentiasa menunaikan kewajipan solat yang diperintahkan oleh Allah
untuk mengungkapkan ucapan terima kasih kepada-Nya kerana diberikan hidup yang
sempurna.
Isu untuk membentuk kemenjadian murid dalam menerapkan diri mereka dengan nama
Allah Zul Jalali Wal Ikram perlu disampaikan mengikut tahap kefahaman mereka. Hal ini
adalah berdasarkan peringkat pertama rangka kerja Vygotsky yang menyatakan bahawa
kanak-kanak perlu disesuaikan penyampaiannya mengikut tahap perkembangan mereka
menggabungkan pelbagai bidang genetik seperti philogenesis, sejarah sosiobudaya,
ontogenesis dan sebagainya serta berinteraksi dengan cara yang agak khusus untuk
memahami proses-proses mental (Lee, 1999). Selaras dengan teori tersebut, pembentukan
kurikulum Stenhouse menekankan guru untuk melihat ‘feasibility’ kesesuaian
mengimplementasikan kurikulum dalam pelbagai konteks antaranya konteks murid (Azizi,
Abd. Razak & Awang, 2015). Guru perlu menyelami hati kanak-kanak dan memahami
mereka untuk mendapatkan proses pembelajaran yang baik. Sebagai contohnya, nyanyian
99 nama Allah yang melibatkan pembentukan pengalaman kepada kanak-kanak dapat
meransang perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Vygotsky. Apabila
kemahiran ini diperoleh, kanak-kanak akan memperoleh cara tertentu untuk pembelajaran
terarah-kendiri (self-guided learning). Amalan pembelajaran cara ini dikenali sebagai
rancahan scaffolding (Shahril, 2016). Guru yang dapat menerapkan nama Allah Zul Jalali
Wal Ikram ini dapat melahirkan kanak-kanak yang akan sentiasa menginsafi kelemahan diri
kerana sesungguhnya Allah jualah yang memiliki keagungan dan kemuliaan. Kanak-kanak
akan berasa malu untuk berbuat perkara yang tidak baik seperti mencuri, ponteng kelas dan
sebagainya kerana kepercayaannya kepada nama Allah ini.
Di samping itu, penerapan nama Allah Zul Jalali Wal Ikram dalam amalan kanak-kanak
boleh terlaksana dengan pembuktian yang jelas daripada guru kepada murid-murid. Murid-
murid perlu diberikan sokongan dan interaksi dengan orang-orang yang lebih berkebolehan

32
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

mengenai nama Allah Zul Jalali Wal Ikram dalam mencapai had atas zon perkembangan
proksimal dalam teori Vygotsky (Shahril, 2016). Tambahan pula, pembuktian tersebut lebih
bermakna dengan mewujudkan strategi pembelajaran secara koperatif. Strategi
pembelajaran tersebut memberi peluang untuk kanak-kanak berinteraksi, berkomunikasi dan
berkolaborasi mengenai keagungan dan kemuliaan Allah untuk membina pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang baharu sesuai dengan pendapat Marsh dan Willis (2003) dalam
Siti Nur Aishah (2013). Mereka menyebut bahawa keutamaan model Stenhouse adalah
kepada pemerolehan kemahiran berfikir, bekerjasama, dan koperatif dalam menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi. Guru mesti menentukan apa yang harus dipelajari oleh murid
seperti mengadakan pemerhatian di luar kelas mengenai nama Allah Zul Jalali Wal Ikram
dan cara-cara menilai pencapaian murid dengan meminta murid mengenal pasti bukti-bukti
keagungan dan kemuliaan nama Allah (Rosaidi, n.d.). Kesan meyakini nama Allah Zul
Jalali Wal Ikram akan terserlah dalam penghayatan diri kanak-kanak selaras dengan
kehendak DSKP apabila kanak-kanak dapat menunjukkan sifat redha dalam diri masing-
masing. Pengaplikasian sifat redha ini dapat dilihat apabila kanak-kanak menerima
keputusan peperiksaan dengan hati yang terbuka tanpa merungut dengan keputusan yang
diberikan sesuai dengan tahap usaha mereka.
Teori pembelajaran Vygotsky meletakkan guru dalam peranan yang aktif dalam
perkembangan mental pelajar dengan menyediakan pelbagai situasi pembelajaran secara
penemuan dan sokongan (Lee, 1999). Dalam proses ini, guru bertindak sebagai fasilitator
kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, teori ini dilihat bersesuaian dengan penggunaan
Model Kurikulum Stenhouse yang mengamalkan konsep pembelajaran yang berpusatkan
murid (Rosaidi, n.d.). Proses pembelajaran menjadi fokus utama guru dalam pelaksanaan
PdP kerana tumpuan pengajaran kini telah beralih kepada pembelajaran. Penggunaan Model
Kurikulum Stenhouse sangat relevan untuk kanak-kanak memahami dan meyakini nama
Allah Zul Jalali Wal Ikram sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian. Hal ini
demikian kerana model ini menekankan pembelajaran berpusatkan murid yang akan
merangsang pemikiran kanak-kanak untuk memikirkan kekuasaan Allah yang sinonim
dengan sifat-Nya Zul Jalali Wal Ikram. Guru berperanan menyantuni kanak-kanak dengan
menjawab sesuatu kemusykilan yang timbul secara bijaksana dan yakin untuk memastikan
mereka memahaminya dengan lebih jelas. Kesan beriman dengan nama Allah Zul Jalali
Wal Ikram akan menjadikan murid sebagai manusia yang patuh akan perintah Allah.
Kanak-kanak akan berasa takut untuk melakukan kesalahan apabila nama Allah ini berjaya
diterapkan oleh guru (Nur Suhana et al., 2015).

PENUTUP
Secara tuntasnya, keyakinan terhadap nama Allah Zul Jalali Wal Ikram dapat membentuk
kemenjadian setiap murid. Kemenjadian murid perlu menjadi fokus utama bagi mewujudkan
generasi masa depan berkemahiran tinggi dan mampu mendepani cabaran globalisasi yang
akan mendatang. Tegasnya, akidah yang kuat dapat menjadi benteng kepada perkara-perkara
yang tidak baik (Mohd Shafiee et al., 2015). Pelajar mestilah mengetahui keagungan dan
kekuasaan penciptanya yang begitu hebat dan Allah tidak menjadikan hidup ini hanya sia-
sia. Oleh itu, keberhasilan untuk membentuk sahsiah pelajar dan memastikan proses
kemenjadian pelajar menjadi satu realiti bergantung kepada keupayaan guru melaksanakan
tugas sebagai seorang guru yang beretika ketika di sekolah (Muhamad Suhaimi et al., 2014).
Model kurikulum Stenhouse secara holistiknya dilihat membantu murid dalam menghayati
nama Allah Zul Jalali Wal Ikram mengikut teori perkembangan kanak-kanak Vygotsky.
Guru perlu mengambil berat dalam isu menyantuni kanak-kanak untuk melahirkan
masyarakat yang cemerlang dan menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan

33
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

mereka. Jelaslah bahawa kaedah pendekatan pengajaran yang bertepatan dengan


perkembangan kanak-kanak merupakan perkara utama untuk mengukuhkan akidah mereka.

RUJUKAN
Azizi Jaafar, Abd. Razak Abdul Kadir & Awang Abdullah. (2015). Siri teks profesional
IPG: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Wilayah Persekutuan.
Pelangi Professional Publishing Sdn Bhd.
Hussin Sarju, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin. (2010). Pendidikan: Matlamat Dan
Fungsinya. Diambil daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/14919/1/ Pendidikan_-
_eprint4.pdf.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d.). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Tahun Enam. Diperoleh daripada https://moe.gov.my.
Mohd Shafiee Hamzah, Azli Fairuz Laki, Rahimah Embong & Nik Murshidah Nik Din.
(2015). Penerapan Akidah dalam Dasar Pendidikan Malaysia: Analisis terhadap
Falsafah Pendidikan Negara dan Islam Hadhari. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Diambil daripada
file:///C:/Users/a%20d%20m%20i%20n/Downloads/79-291-1-PB%20(2).pdf.
M Mohsin. (2010). Jenis-jenis kurikulum. Diambil daripada http://studentsrepo.um.
edu.my/3133/5/Bab_II_Tesis.pdf.
Muhamad Suhaimi Taat, Mohd Yusef Abdullah, Baharom Mohamad, Roslee Talip, Abdul
Said Ambotang & Shukri Zain. (12 Februari 2014). Kemenjadian guru dan murid.
Diambil daripada http://eprints.ums.edu.my/8265/1/nc0000003820.pdf.
Noriati A. Rashid, Lee K C., Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Siri
pendidikan guru: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (edisi ketiga). Shah
Alam:Selangor. Oxford Fajar.
Nur Suhana Abdullah, Siti Fadhilah Muhammad Nuskhah & Fadhilah Ahmad. (2015).
Pendidikan Islam Kssr Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pc Lee. (1999). Teori Vygotsky. Diambil daripada http://studentsrepo.um.edu.
my/1147/5/BAB_2.pdf.
Rosaidi Mohamad. (n.d.). Produk kandungan proses. Diambil daripada
https://www.academia.edu/14288601/Produk_Kandungan_Proses.
Shahril Ismail. (2016). Aktiviti pengaturan menggunakan Zone of Proximal Development
dalam menstruktur ayat bahasa Sepanyol. GEMA Online® Journal of Language
Studies Volume 16(3). Diambil daripada
file:///C:/Users/a%20d%20m%20i%20n/Downloads/ 11998-43165-1-PB%20(2).pdf.
Shokhibul Arifin. (n.d.). Perkembangan kognitif manusia dalam perspektif psikologi dan
Islam. Diambil daripada file:///C:/Users/a%20d%20m%20i%20n/Downloads/350-978-
1-SM.pdf.
Siti Nur Aishah. (18 April 2013). Analisis model pembentukan kurikulum: Model produk
dan proses. Diambil daripada https://www.scribd.com/document/136628705/Model-
Produk-Dan-Proses.
Sri Wulandari Danoebroto. (2015). Teori belajar konstruktivis Piaget dan Vygotsky.
Indonesian Digital Journal of Mathematics and Education 2(3). Diambil daripada
http://idealmathedu.p4tkmatematika.org/wp-content/uploads/2016/01/7_SriWulandari-
D.pdf.

34
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Wan Ezielia Wan Aziz. (2014). Pelaksanaan pengurusan kurikulum dalam kalangan
guru-guru Sekolah Menengah Kluster Daerah Johor Bahru. (Ijazah Sarjana
Pendidikan: Kurikulum dan Pengajaran), Universiti Teknologi Malaysia. Diambil
daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/48562/1/WanEzieliaBintiWanAzizMFP2014.pdf.

35
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH WUJUD


DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN
MODEL KURIKULUM TABA DAN TEORI KOGNITIF PIAGET

Intan Nur Qamarina binti Samsudin


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Utuhnya sebuah negara adalah kerana rakyatnya. Antara asbab hebatnya rakyat adalah
kerana keberkesanan pendidikannya. Pendidikan yang baik adalah pendidikan yang mampu
membentuk masyarakat menjadi masyarakat yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani dan ianya bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kerajaan
Malaysia sentiasa memastikan pelajar-pelajar di dalam negara kita akan diberikan sesuatu
yang terbaik bagi menangani dan juga mendepani suatu perkembangan yang amat mencabar
dalam bidang pendidikan dan juga bidang pekerjaan (Samsudin, 2019). Hal ini
menunjukkan bahawa pendidikan di Malaysia bukanlah hanya sekadar pembelajaran di bilik
darjah malah ianya juga merupakan pembelajaran ilmu sepanjang hayat yang akan
membantu urusan seharian pelajar. Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan mengenai
cara mengenalkan murid kepada sifat wujud Allah berdasarkan model kurikulum Taba dan
teori perkembangan Piaget yang bersesuaian dengan konteks menyantuni kanak-kanak.
Aspek menyantuni kanak-kanak amat penting dalam usaha menerapkan akidah dalam diri
kanak-kanak kerana dengan adanya kesantunan, kanak-kanak lebih mudah untuk menerima
pengajaran yang disampaikan oleh guru dan proses pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan. Penerapan akidah ini amat perlu dilaksanakan. Lebih-lebih lagi pada zaman ini,
telah wujudnya pelbagai isu dalam pendidikan yang mengganggu-gugat keberkesanan
proses pembelajaran pelajar seperti isu pelajar yang dibuang sekolah kerana runtuhnya
akhlak mereka sehingga sanggup melakukan masalah disiplin.

DEFINISI

i. Isu Pendidikan

Semakin hari, semakin lali kita disaji mengenai isu tidak kemenjadian murid yang
mencerminkan sikap dan akhlak murid yang semakin membimbangkan bagaikan tidak
pernah mempelajari apa-apa ilmu akidah di sekolah yang seharusnya mendidik jiwa dan
sikap murid-murid. Antara isu pendidikan yang terbaharu dan hangat diperkatakan ialah isu
pelajar dibuang sekolah yang disebabkan oleh kegagalan dalam peperiksaan dan masalah
disiplin. Isu ini dibangkitkan di dalam akhbar Kosmo pada 14 Januari 2019 yang lalu.
Penulis menyatakan kebimbangan terhadap hala tuju pelajar selepas dibuang sekolah lebih-
lebih lagi bagi pelajar yang terlibat dengan penggunaan dadah dan jenayah.
Lebih memeranjatkan apabila akhbar Kosmo melaporkan seramai 1,709 pelajar
sekolah menengah didapati positif dadah dalam ujian saringan yang dilakukan Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK) pada Januari hingga Oktober 2018. Kehangatan isu seperti
ini tular dalam kalangan masyarakat Malaysia bagaikan cendawan yang tumbuh selepas
hujan. Antara faktor berlakunya perkara ini adalah kerana kurangnya kesedaran dan

36
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

keyakinan mengenai sifat wujud Allah. Mereka berani untuk melakukan kemungkaran dan
apa sahaja yang disukai tanpa memikirkan akibatnya kerana mereka menganggap tiada siapa
yang melihat perlakuan mereka. Justeru itu, penerapan sifat wujud Allah berdasarkan model
kurikulum dan teori perkembangan dengan menyantuni kanak-kanak perlulah digiatkan
untuk mengatasi masalah dan isu ini.

ii. Sifat Allah Wujud

Wujud bermaksud ada. Allah bersifat dengan sifat wujud. Kewujudan Allah SWT itu wajib
ada sejak azali lagi. Wujudnya Allah sebagai pencipta dapat dilihat dengan wujudnya
penciptaan makhluk-makhluk yang lain. Hal ini kerana, mustahil untuk makhluk mencipta
makhluk itu sendiri kerana sesungguhnya sifat makhluk itu sendiri lemah dan tidak berkuasa
ke atas apa-apa pun. Sifat makhluk yang lemah ini yang memerlukan tuhan yang maha
mencipta iaitu Allah SWT agar mereka tercipta.
Bukan itu sahaja, mustahil juga bagi makhluk untuk wujud tanpa pencipta. Hal ini
kerana, jika tidak, ianya berlawanan dengan rasional akal manusia. Sebagai contoh, menurut
Amilia Aminuddin (2019), pensyarah di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM), mereka yang percaya dunia dan makhluk ini tercipta tanpa pencipta sudah pasti
tidak bermasalah untuk menerima sebuah kereta tiba-tiba hilang tanpa ada sebab. Walau
bagaimanapun, ianya jelas tidak dapat diterima akal.
Apabila kanak-kanak tidak meyakini dengan sifat wujud Allah, maka kanak-kanak
lebih mudah tersasar dan terpengaruh dengan pelbagai unsur negatif kerana tiadanya
keyakinan bahawa kita sentiasa dinilai di dunia oleh Allah yang maha wujud. Kesannya,
kanak-kanak akan melakukan apa sahaja perkara yang disukai tanpa memikirkan kesan
daripada tindakannya itu. Sehubungan dengan itu, bersesuaian dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Islam untuk memperkukuhkan pemupukan dan penerapan iman secara sepadu ke
dalam jiwa anak didik di sekolah rendah, pendekatan tentang Khaliq (pencipta) serta
ketauhidan perlu difikirkan, diolah sebaik mungkin supaya para murid tersemai dengan
benteng keimanan yang utuh (Yong, 1994).
Sifat wujud Allah ini telah dijelaskan dan dinyatakan di dalam al-Quran sejak sekian
lama dan al-Quran yang mulia ini sudah semestinya dijaga oleh Allah dari sebarang
penyelewengan sehingga ke hari kiamat. Antara dalil dan firman Allah yang bersesuaian
dengan sifat wujud Allah terdapat di dalam Surah At-Tur ayat yang ke-35 dan 36. Firman
Allah SWT:

َ ‫ت َو ْاأل َ ْر‬
‫ض بَ ْل ََل‬ َّ ‫) أ َ ْم َخلَقُوا ال‬35( َ‫َيءٍ أ َ ْم ُه ُم ْالخَا ِلقُون‬
ِ ‫س َم َاوا‬ َ ‫أ َ ْم ُخ ِلقُوا ِم ْن‬
ْ ‫غي ِْر ش‬
(36) َ‫يُوقِنُون‬

-36 :52;‫الطور‬ ‫)سورة‬


)35

Maksudnya: “(Mengapa mereka tidak beriman?) (i) Adakah mereka telah tercipta dengan
tiada yang menciptanya, atau (ii) adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (iii)
Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) (iv) Bahkan mereka
adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah
mengakuinya).”

37
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

(Surah At-Tur; 52: 35-36)

Serta dalam Surah al-Hadid ayat ketiga:

)3)ٌ ‫ع ِليم‬ ِ ‫الظاه ُِر َو ْال َب‬


َ ‫اط ُن ۖۡ َو ُه َو ِب ُك ِل‬
َ ٍ‫ش ْيء‬ َّ ‫ُه َو ْاأل َ َّو ُل َو ْاْل ِخ ُر َو‬

‫(سورة‬
)3:57;‫الحديد‬
Maksudnya : “Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia
Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(Surah al-Hadid; 57: 3)

Dalil-dalil ini jelas menunjukkan bukti kewujudan Allah bagi mereka yang berfikir kerana
mustahil bagi makhluk untuk wujud dengan sendirinya tanpa wujudnya pencipta. Justeru
itu, guru perlulah memupuk keyakinan sifat wujud Allah dalam diri kanak-kanak dengan
penuh santun dan hikmah agar akidah kanak-kanak terpelihara.

iii. Perancangan Model Kurikulum Taba Dalam Penerapan Akidah

Menurut kamus Dewan (2005), kurikulum merupakan suatu skop atau isi kandungan sesuatu
mata pelajaran di sebuah sekolah institusi pendidikan. Model kurikulum terbahagi kepada
dua iaitu model objektif (Model Tyler dan Taba) serta model proses (Model Stenhouse). Di
dalam tugasan ini, saya memilih untuk menggunakan model kurikulum Taba. Hal ini
kerana, model kurikulum Taba mementingkan objektif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Bagi saya, apabila adanya objektif, lebih mudah untuk melaksanakan
sesuatu perkara dengan lebih berkesan dan teratur kerana kita sudah mempunyai sesuatu
target untuk dicapai. Menurut Hilda Taba dalam Muhammad Fawwiz (2018), kaedah
pengajaran adalah berdasarkan autonomi guru. Pembinaan kurikulum haruslah mengambil
kira pandangan dan pendapat guru. Guru merupakan faktor utama dan memainkan peranan
aktif dalam pengembangan sesuatu kurikulum.
Saya merasakan model ini adalah model yang terbaik untuk memastikan para pelajar
mampu menguasai apa yang dipelajari seterusnya mencapai objektif pembelajaran yang
ditetapkan. Model ini juga selaras dengan kurikulum di Malaysia. Di Malaysia, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) diciptakan untuk dijadikan rujukan para guru
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. DSKP merupakan dokumen
lengkap kurikulum untuk sepanjang tahun pembelajaran yang mengandungi penerangan
kurikulum, lajur standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi.

iv. Menyantuni Kanak-Kanak Dalam Aspek Akidah Berdasarkan Teori


Perkembangan Kanak-Kanak Piaget

Guru perlu bijak mendidik dan melayan para pelajar mengikut tahap perkembangan pelajar
tersebut agar pelajar mampu menerimanya dengan baik. Di dalam tugasan ini, saya
menyesuaikan kaedah pengajaran dengan mengikuti tahap perkembangan kanak-kanak

38
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

menerusi teori perkembangan kognitif. Teori perkembangan kognitif yang saya pilih ialah
Teori Piaget kerana teori ini lebih bersesuaian untuk tujuan memberi pemahaman terhadap
pelajar mengenai sifat wujud Allah. Menurut E. Claparede (1959), Jean Piaget merupakan
ahli perkembangan psikologi yang amat penting pada abad kedua puluh. Beliau merupakan
seorang pakar psikologi dan perintis dalam kajian kecerdasan kanak-kanak.
Menurut Piaget dalam Fatimah Ibda (2015), kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 11
tahun mengalami peringkat operasi konkrit. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula
boleh berfikir secara logik. Namun, penguasaan penaakulan logik ini terikat kepada
pengalaman deria dan motor yang konkrit sahaja. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak
sudah mula menguasai konsep kekekalan iaitu keupayaan untuk memahami bahawa
walaupun sifat fizikal sesuatu objek berubah, namun ciri asalnya tidak berubah. Kanak-
kanak juga mula menguasai konsep kebalikan, mengaplikasi dan seriasi. Justeru itu, antara
kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam usaha menerangkan sifat wujud Allah terhadap
kanak-kanak terutamanya pelajar sekolah rendah ialah kaedah soal jawab sambil
mengaitkannya dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid.

v. Konsep Menyantuni Kanak-Kanak

Menurut kamus Dewan edisi keempat, santun bermaksud halus budi Bahasa atau budi
pekerti dan berasa kasihan akan orang lain. Konteks menyantuni kanak-kanak sangat
meluas. Menurut Hanifah (2010), Allah berfirman di dalam Surah Al-Nisa’, ayat ke 36:

‫سانًا َوبِذِي ْالقُ ْربَى َو ْاليَت َا َمى‬ َ ْ‫ش ْيئًا ۖۡ َوبِ ْال َوا ِلدَي ِْن إِح‬َ ‫َّللاَ َو ََل ت ُ ْش ِر ُكوا بِ ِه‬َّ ‫َوا ْعبُدُوا‬
‫سبِي ِل َو َما‬َّ ‫ب َواب ِْن ال‬ ْ ْ
ِ ‫ب بِال َجن‬ ِ ‫اح‬ ِ ‫ص‬ َّ ‫ب َوال‬ ُ
ِ ‫ار ال ُجن‬ ْ ْ ُ ْ
ِ ‫ار ذِي الق ْربَى َوال َج‬ ِ ‫ين َو ْال َج‬ َ ‫َو ْال َم‬
ِ ‫سا ِك‬
‫ورا‬ً ‫َّللاَ ََل ي ُِحبُّ َم ْن َكانَ ُم ْخت ًَاَل فَ ُخ‬ َّ ‫ت أ َ ْي َمانُ ُك ْم ۗ إِ َّن‬
ْ ‫َملَ َك‬

)36 :4 ;‫النساء‬ ‫(سورة‬

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia
dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan
kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang
dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar,
dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”

(Surah al-Nisa’; 4:36)

Ayat di atas menerangkan keperluan menyantuni masyarakat sekitar. Dalam konteks


tugasan ini, para pendidik perlulah mengajar kanak-kanak dengan penuh santun. Guru
perlu mengeluarkan perkataan yang baik ketika bercakap dengan kanak-kanak, melayan
mereka dengan baik dan membantu mereka apabila mereka memerlukan dan berada dalam
kesusahan. Usaha ini perlulah dilakukan oleh guru kerana guru sewajarnya menjadi model
dan contoh teladan yang baik untuk para pelajar.

39
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENERAPAN SIFAT ALLAH WUJUD BERDASARKAN MODEL OBJEKTIF


TABA DAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET DENGAN
MENYANTUNI MEREKA

Menyantuni kanak-kanak dengan penerapan sifat wujud Allah perlulah dilakukan dengan
berstrategi dan berhikmah agar proses penyampaian dapat berlangsung dengan lebih
berkesan. Penerapan sifat wujud Allah ini ada disertakan di dalam DSKP Pendidikan Islam
Tahun 2. Jadi, proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan berpandukan DSKP
tersebut berlandaskan teori perkembangan kognitif Piaget dan pengaplikasian model
kurikulum Taba dengan cara menyantuni kanak-kanak tersebut.
Menurut Nor Hazwani (2017), terdapat beberapa langkah yang digunakan dalam
model kurikulum Taba. Langkah yang pertama ialah guru sewajarnya mendiagnosis
kepentingan pembelajaran. Secara umumnya, kepentingan untuk mengenal sifat wujud
Allah amat-amatlah diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, dengan
keyakinan bahawa tuhan yang maha berkuasa, yang menghidupkan dan mematikan, yang
maha pengasih lagi maha penyayang dan kaya dengan sifat-sifat kesempurnaan-Nya itu
wujud akan mampu membentuk masyarakat yang lebih berakhlak mulia dan taat kepada
perintah. Contohnya, masyarakat akan lebih mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh kerajaan. Secara khususnya, penerapan sifat wujud Allah terhadap kanak-
kanak terutamanya pelajar sekolah rendah adalah supaya terbentuknya peribadi unggul
dalam diri kanak-kanak sejak dari kecil lagi. Justeru itu, kanak-kanak perlulah dididik
dengan baik dan diberi pendedahan mengenai sifat wujud Allah agar sifat-sifat mahmudah
iaitu sifat-sifat terpuji dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak. Menurut Piaget dalam E.
Claparede (1959), bahagian penting dalam kehidupan intelektual kanak-kanak itu berlaku
bukan sahaja antara hubungan dengan mana-mana bahan yang benar-benar dalam
jangkauannya, tetapi juga mana-mana imej konkrit. Dalam menerangkan sifat wujud Allah
terhadap kanak-kanak, memang mustahil untuk menunjukkan imej konkrit iaitu zat Allah
itu sendiri sebagai bukti wujudnya Allah, tetapi guru boleh menyemai keyakinan itu dengan
cara mencetuskan persoalan agar murid berfikir serta mampu mengaitkannya dengan
pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid.
Langkah yang kedua dalam model kurikulum Taba pula ialah membentuk objektif
tingkah laku. Objektif tingkah laku yang perlu dicapai dalam usaha penerapan sifat wujud
Allah ini adalah supaya kanak-kanak sedar dan tahu bahawa manusia hidup bertuhan. Dan
tuhan kita iaitu Allah itu wujud. Maka, mereka akan melaksanakan perintah Allah seperti
solat lima waktu sehari semalam dan meninggalkan larangan-Nya seperti tidak mencuri dan
sebagainya. Objektif ini dapat dicapai dengan memberi penerangan kepada pelajar dengan
santun serta mengaitkannya dengan perkara yang telah berlaku dan dialami oleh diri pelajar
itu sendiri. Sebagai contoh, dalam menerangkan sifat wujud Allah, guru perlu
mengaitkannya dengan penciptaan makhluk seperti haiwan, tumbuhan, alam semesta dan
sebagainya. Guru boleh menyantuni mereka dengan bertanya adakah mereka pernah
melihat keindahan alam? Pada waktu siang, ada awan, matahari dan langit manakala pada
waktu malam pula ada bulan dan bintang. Dan bertanya, adakah mereka pernah terfikir
siapakah yang menciptakan semua keindahan alam itu? Jadi di sini, kaedah soal jawab
secara santai berfungsi untuk mencetuskan persoalan dan perasaan ingin tahu dalam diri
kanak-kanak terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Menurut Piaget dalam
George (2015), melalui interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, mereka mengatur
sensasi dan pengalaman. Kualiti persekitaran dan pengalaman semulajadi kanak-kanak
memainkan peranan penting dalam pembangunan kecerdasan mereka.

40
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Seterusnya, pemilihan bahan pembelajaran yang sesuai semasa sesi pembelajaran


dan pengajaran merupakan langkah yang ketiga di dalam modul kurikulum Taba. Dalam
mengharungi zaman millenium ini, pelbagai teknologi dan kemudahan telah berkembang
dengan sangat pesat. Justeru itu, guru perlulah bijak dan kreatif dalam menjayakan proses
pembelajaran setiap hari di dalam kelas. Antara bahan pembelajaran yang sesuai semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran ialah guru boleh menggunakan kaedah nyanyian supaya
murid-murid mudah mengingati nama dan sifat Allah terutamanya sifat wujud. Selain itu,
teknik menyoal seperti yang dinyatakan di atas juga boleh digunakan untuk menarik minat
murid dan menyebabkan murid mula berfikir untuk mendapatkan jawapan. Kaedah bersoal
jawab bersama murid bersesuaian dengan teori perkembangan kognitif kanak-kanak pada
peringkat itu kerana menurut Piaget dalam George (2015), pada usia murid 7 hingga 11
tahun, murid sudah mula boleh berfikir dengan logik dan mampu menerima maklumat yang
disampaikan dengan baik.
Kemudian, selepas guru menimbulkan persoalan kepada murid, murid perlulah
menyatakan jawapan yang sebenarnya iaitu sesungguhnya, Allahlah tuhan kita, tuhan yang
satu dan yang paling berhak disembah oleh sekalian manusia. Apabila murid menyatakan
sedemikian, akan terhasilnya sebuah skema di dalam minda kanak-kanak atau murid
tersebut. Skema ini merupakan antara empat konsep utama yang dicadangkan oleh Piaget
dalam penyelidikan terhadap proses pembelajaran menurut teori pembelajaran. Skema
merupakan struktur kognitif asas yang mewakili pengetahuan mental seseorang untuk
memahami dan menyusun maklumat baharu. Jika murid gagal menyatakan jawapan yang
tepat, barulah guru perlu membantu murid dengan menyatakan jawapan yang sebenarnya
dengan berhikmah. Kaedah ini bertepatan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang menekankan pembelajaran berpusatkan kepada pelajar. Apabila murid
memahami, mengetahui dan mengingati Allah bersifat dengan sifat wujud, maka sekaligus
ianya membolehkan murid menepati apa yang telah ditetapkan di dalam DSKP Pendidikan
Islam Tahun 2 di bawah tajuk akidah iaitu murid boleh menyenaraikan sifat-sifat Allah dan
antara sifat-sifat Allah itu ialah sifat wujud.
Langkah model kurikulum Taba yang seterusnya ialah menyusun bahan
pembelajaran iaitu bermula dengan pengetahuan asas yang kanak-kanak perlu ketahui dan
kemudian barulah didedahkan dengan pengetahuan yang lebih mendalam. Guru juga
perlulah memilih pengalaman pembelajaran agar kanak-kanak lebih mudah untuk faham
apa yang guru ajarkan. Guru boleh menyantuni kanak-kanak dengan menerangkan bahawa
Allah bersifat wujud dengan mengaitkannya dengan kehidupan pelajar. Contohnya, guru
berkata kepada murid, “Cuba bayangkan, awak buka peti ais dan nampak ada sebatang
aiskrim dan terus makan aiskrim tersebut. Keesokan harinya, awak buka peti ais, dan
mendapati ada lima batang aiskrim lagi di dalamnya. Jadi, awak rasa bagaimana perkara
tersebut boleh berlaku?” Mungkin murid akan menjawab, “Aiskrim tu sudah tentu ayah
atau ibu yang buat atau beli, kan.” Kemudian, guru perlu menjawab “Sama juga jika dilihat
pada alam ini. Awak rasa apakah kaitannya?”. Kemudian, murid perlu menjawab, “Awan,
langit, laut, gunung ganang, semuanya juga ada yang penciptanya, iaitu Tuhan, manusia
sudah tentu tidak mampu melakukannya.” Melalui teknik ini, murid akan mula memahami
apa yang diertikan dengan sifat wujud Allah dan ini bertepatan dengan DSKP Pendidikan
Islam Tahun 2 yang kedua iaitu murid mampu menyatakan maksud bagi setiap sifat Allah.
Menurut teori Piaget pula, kanak-kanak pada masa itu sedang mengalami proses asimilasi
iaitu proses kognitif di mana individu mengintegrasi maklumat atau pengalaman baharu ke
dalam skema sedia ada. Seorang individu dikatakan melakukan proses adaptasi melalui
asimilasi, jika individu tersebut menggabungkan informasi baru yang dia terima ke dalam
pengetahuan mereka yang telah ada. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mampu

41
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

mengaitkan antara pengetahuan yang diketahui dengan pengetahuan yang baharu


diterimanya.
Di samping itu, guru juga perlu menyusun pengalaman pembelajaran agar kanak-
kanak mampu mengaitkan setiap pengetahuan yang diterimanya. Ianya merupakan langkah
model kurikulum Taba yang seterusnya. Dalam situasi menerangkan sifat wujud Allah
kepada kanak-kanak, seringkali timbulnya soalan jika Allah wujud, mengapa kita tidak
boleh melihatNya? Jadi, di sini guru memainkan peranan untuk menerangkan kepada
murid dengan penuh kesabaran agar fahaman mereka sentiasa berada di landasan yang
betul dengan menyatakan bukan semua benda yang ada itu boleh dilihat dengan pandangan
mata zahir. Contohnya seperti angin dan udara. Kita tidak boleh melihat angin dan udara
tetapi kita boleh merasai kewujudan angin dan udara. Apa tanda angin itu ada? Kita lihat
daun pokok bergoyang. Begitu juga dengan kewujudan Allah, bukti wujudnya Allah dapat
dilihat menerusi penciptaan semua makhluk di muka bumi ini dan pergerakan-pergerakan
alam semesta yang mustahil diaturkan oleh manusia itu sendiri. Kita tidak dapat melihat
Allah kerana Allah tidak mengizinkannya sekarang dan itu merupakan ujian kepada orang
yang beriman sama ada ingin mempercayai kewujudan Allah atau tidak. Penerangan yang
diberikan kepada kanak-kanak perlulah secara berstrategi dan berhikmah. Menurut teori
Piaget, dalam situasi ini, kanak-kanak sedang melalui proses akomodasi iaitu mengubah
suai skema sedia ada untuk menerima maklumat baharu. Proses ini akan menghasilkan
perubahan kualitatif dan perkembangan skema (development of schema).
Langkah yang terakhir dalam model kurikulum Taba ialah menentukan bahan
pembelajaran yang akan dinilai dan cara-cara untuk menilai. Menerusi langkah ini, guru
perlu menilai murid mengenai pemahaman dan pengaplikasian sifat wujud Allah dalam
kehidupan seharian murid. Jadi, guru perlu menekankan kepada murid-murid dengan
santun bahawa Allah itu wujud dan tidak mempunyai semua sifat-sifat kekurangan. Guru
boleh menilai dengan memerhatikan akhlak dan sahsiah murid. Selain itu, guru juga boleh
menilai murid melalui penilaian bilik darjah untuk memantapkan pemahaman murid. Murid
yang mencapai objektif ini akan membentuk sikap yang baik dan berpekerti mulia. Ibu
bapa juga boleh melihat perkembangan kanak-kanak dari aspek rohani di mana kanak-
kanak akan rajin untuk mendirikan solat dan melakukan ibadah fardhu yang lain.
Perkembangan ini juga selari dengan apa yang ditetapkan di dalam DSKP Pendidikan Islam
Tahun 2 yang ketiga iaitu membuktikan keimanan terhadap sifat-sifat Allah melalui
tindakan dalam kehidupan seharian. Menurut teori Piaget dalam Fatimah Ibda (2015), pada
peringkat ini, kanak-kanak telah mencapai ekuilibrasi di mana pemikiran kanak-kanak
beralih dari satu peringkat ke peringkat yang berikutnya dan berada dalam keadaan
seimbang. Pada masa ini, kanak-kanak telah mengubah perspektifnya kepada paradigma
yang baharu.
Dengan tercapainya ekuilibrasi di dalam pemikiran kanak-kanak, maka kanak-
kanak sudah boleh menerima dan meyakini bahawa Allah bersifat dengan sifat wujud.
Justeru itu, telah terbuktilah bahawa penggunaan model kurikulum yang tepat iaitu model
kurikulum Taba dengan mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak yang sesuai iaitu
Teori Piaget, disulami dengan kaedah penyampaian yang menyantuni kanak-kanak mampu
menyemai kekuatan akidah dalam diri kanak-kanak seterusnya mampu mengurangkan
masalah disiplin dan isu tidak kemenjadian murid di dalam sekolah dan di luar sekolah.

42
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENUTUP

Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh, guru-guru memainkan peranan yang penting
dalam mengukuhkan pemahaman akidah murid-murid berlandaskan model kurikulum Taba
dan bertepatan dengan teori perkembangan kanak-kanak Piaget seterusnya membolehkan
pembelajaran di kelas mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kanak-kanak.
Penerapan dan pengenalan mengenai pencipta sewajarnya didedahkan dengan penuh
hikmah terhadap kanak-kanak sejak mereka kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak lebih mudah dididik di usia muda kerana tahap
kemantapan akidah mereka di usia dewasa bergantung kepada persekitaran mereka semasa
mereka kecil. Jika mereka dididik dengan suasana agama sejak dari kecil, maka lebih
mudah untuk mereka aplikasikannya apabila dewasa kelak. Jadi, para guru perlulah
melaksanakan inisiatif untuk memastikan para pelajar terdidik dengan akidah kerana
merekalah generasi yang akan memegang negara pada masa hadapan. Kestabilan dan
kekuatan negara kita pada masa akan datang bergantung kepada kemenjadian mereka
sebagai seorang insan. Usaha ini amat wajar dilakukan dari sekarang agar negara kita dapat
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

RUJUKAN
Amilia Aminuddin. (Februari 28, 2019). Bagaimanakah cara untuk menerangkan
bahawa Allah wujud? Dimuat turun pada 2 September 2019 dari
https://awal.my/allah-wujud/
E. Claparede. (1959). Jean Piaget; The language and thought of the child. Great Britain:
Routledge Classics.
Fatimah Ibda. 2015. Perkembangan Kognitif: Teori Jean Piaget. Dicapai pada 3
September 2019 dari file:///D:/Admin/Downloads/197-352-1-SM.pdf
George S. Morrison. 2015. Early childhood education today. Thirteenth edition. United
States: Pearson Education.
Hanifah Sazali. (2010). Pendidikan awal kanak-kanak menurut al-Qur’an:
Pelaksanaan di Pusat Pendidikan Prasekolah di Bandar Triang, Pahang. Dicapai
pada 2 September 2019 dari
http://studentsrepo.um.edu.my/5211/1/Disertasi_MUs_2010
Hanifah_binti_Sazali.pdf
Kamus Dewan. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
Dicapai pada 3 September 2019 dari https://www.moe.gov.my
Kosmo Online. (2019 Januari 14). Ambil berat isu pelajar dibuang sekolah. Dicapai
pada 4 September 2019 dari https://www.kosmo.com.my/k2/rencana-
utama/ambil berat-isu-pelajar-dibuang sekolah-1.822040
Lee Lam Thye. (2018). Salah laku pelajar kian serius. Utusan Online. Dicapai
pada 4 September 2019 dari https://m.utusan.com.my/rencana/forum/salah
laku-pelajar-kian-serius-1.738288
Muhamad Nasir Arshad, Azlan Maiz dan Mariah Mansor. (2012). Pendidikan
Islam Tahun 2 Buku teks. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhamad Razif Mohamad Fuad. (2018, Julai 9). Al-Afkar #16: Logik kewujudan Allah
untuk agnostik dan ateis. Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Dimuat turun pada 5 September 2019 dari

43
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/2504-al-afkar-16logik-kewujudan
allah-untuk-agnostik-dan-ateis
Muhammad Fawwiz Bakri. (2018). Pembinaan semula asas Bahasa Melayu bagi
pelajar Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris: Penilaian dari aspek
peruntukan masa pembelajaran. Dicapai pada 4 September 2019 dari
http://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/305
Nor Hazwani Shuib. (2017). Reflective 3: Taba -Model of curriculum development &
Efland-Theory Cognitive. Dicapai pada 1 September 2019 dari
https://norhazwanishuib.wordpress.com/2017/06/18/reflective-3-taba-model-of
curriculum-development-efland-theory-cognitive/
Piaget, J. (1974). Understanding causality. (D.Miles & M.Miles, Trans.) New York:
Norton
Al-Quran al-Karim.
Samsudin Mohd Aripin. (2019, July 21). Temu ramah persendirian.
Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar. Sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah SWT.
Dicapai pada 4 September 2019 dari
https://www.slideshare.net/mobile/wk_aiman/21-sifat-wajibmustahildan-harus
bagi-allah
Yong Mohd. Jiwa. (1994). Pendekatan pengajaran akidah dalam Pendidikan Islam,
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

44
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH AL-QADIM DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TYLER DAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Masitah binti Morhad


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Dewasa ini, terdapat pelbagai isu ketidakmenjadian murid yang berlaku secara
berleluasa dari semasa ke semasa. Malah isu-isu tersebut turut banyak bertebaran di
dada akhbar menunjukkan isu-isu seperti ini berlaku secara kerap dan memerlukan
inisiatif yang berkesan untuk menanganinya (Chin Pek Lian et.al, 2015). Contohnya,
isu murid yang berkelakuan buruk terhadap guru yang kerap berlaku di sekolah.
Perkara utama dalam kehidupan sebagai seorang murid yang beragama Islam iaitu
penghayatan mereka dalam ilmu agama yang sepatutnya diterapkan sejak kecil lagi.
Hal ini berdasarkan kata pepatah “melentur buluh biarlah rebungnya”. Di samping itu
juga, penerapan akidah dalam diri kanak-kanak merupakan perkara yang perlu
difokuskan kerana akidah ialah pemurnian fitrah insan agar kanak-kanak itu kembali
kepada Allah SWT lalu membentuk insan yang berkualiti sebagaimana yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) (Mohd Shafiee bin Hamzah et.al, 2015).
Jean Piaget yang merupakan tokoh psikologi perkembangan kognitif dan bahasa
kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak ini umpama sainstis yang sentiasa
meneroka dunianya untuk mencapai kefahaman perkara yang berlaku di persekitaran
mereka (Fatimah Ibda, 2015). Oleh itu, kanak-kanak yang berumur antara 7-12 tahun
merupakan antara insan yang sepatutnya berada dalam sekolah dan mereka perlulah
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kepada penerapan
akidah supaya isu yang seperti disebutkan tidak berlaku malah murid-murid akan
menunjukkan tingkah laku yang baik kepada gurunya. Selain itu, kurikulum yang
dilaksanakan secara berkesan turut menjadi inisiatif yang rasional bagi menyelesaikan
isu akidah dalam diri kanak-kanak. Jadi saya memilih satu kurikulum yang merujuk
kepada segala pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh
pihak sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Akhir sekali, guru
juga perlulah mengelola kelas dengan berhikmah dan penuh kesabaran supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar .

DEFINISI

i. Sifat Allah Al-Qidam

Qidam adalah sifat wajib yang kedua dari dua puluh sifat Allah SWT. Qidam
bermaksud ‘Sedia’ iaitu Allah itu wujud dan wujudnya Allah itu tanpa permulaan.
Maka, mustahil bagi Allah itu jika berpermulaan (Siti Sa'adiah Shafik & Nor Suhaily
Abu Bakar, 2009). Hal ini kerana, jika Allah berpermulaan bermaksud ada sesuatu
yang menjadikan atau menciptakan Allah swt . Selain itu, Qidam juga merujuk
bahawa Allah swt itu tidak beranak dan juga tidak pula diperanakkan, hal ini kerana
Allah Dia-lah yang awal dan Dia lah yang akhir. Di samping itu, wujudnya Allah itu

45
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

dengan sifat Qidam adalah jelas dan nyata serta Allah swt itu berkuasa atas segala-
galanya sama ada zahir atau batin. Oleh itu wajib bagi tiap-tiap mukalaf itu
mengetahui serta mengakui dengan hati mereka bahawa Allah itu bersifat Sedia ada
serta menafikan bahawa Allah itu bersifat Huduth iaitu iaitu baharu atau berpermulaan.
Sifat Qidam diterangkan dalam Al-Quran,

‫ع ِل ْي ٌم‬ َ ‫اط ْۚ ُن َو ُه َو ِب ُك ِل‬


َ ٍ‫ش ْيء‬ ِ ‫الظا ِه ُر َو ْال َب‬
َّ ‫ُه َو ْاَلَ َّو ُل َو ْاَل ِخ ُر َو‬

(3:57; ‫(سورة الحديد‬


Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha
Mengetahui segala sesuatu.
(Surah Al-Hadid; 57:3)

Maka, ayat atau dalil di atas menunjukkan bahawa Allah itu sememangnya
bersifat sedia ada. Oleh itu, Allah itu mengetahui akan segala sesuatu dan sebaliknya
dengan sifat manusia yang merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah swt. Maka,
manusia itu bersifat lemah dan mustahil mengetahui segala sesuatu .

ii. Model Kurikulum Tyler

Model Tyler merupakan satu model dalam pendekatan teknikal-saintifik yang terbaik.
Buku yang bertajuk Basis Principles of Curriculum and Instruction yang diterbitkan
oleh beliau (1949) telah menggariskan rasional bagi menyelidik masalah-masalah
kurikulum dan pengajaran. Tyler menegaskan bahawa mereka yang terlibat dalam
kurikulum inkuiri seharusnya berusaha mendefinisikan beberapa perkara berikut iaitu,
tujuan sekolah membawa maksud objektif sesebuah sekolah. Perancang kurikulum
seharusnya mengenal pasti objektif umum ini dengan mengumpul data daripada tiga
sumber iaitu, mata pelajaran, pelajar dan masyarakat. Setelah data berikut telah
dikumpulkan dan setelah dapat mengenal pasti pelbagai objektif umum ini, perancang
kurikulum itu seharusnya memperincikannya dengan membuat saringan melalui dua
tapisan iaitu falsafah sekolah berkenaan dan psikologi pembelajaran. Apa yang terhasil
daripada saringan atau tapisan itu ialah objektif pengajaran yang khusus. Seterusnya
Tyler membincangkan bagaimana untuk memilih pengalaman pembelajaran yang
memungkinkan objektif pengajaran tadi tercapai. Pengalaman pembelajaran perlu
mengambil kira pengalaman lampau dan pandangan pelajar berhubung perkara yang
dipelajari atau situasi yang dialami. Selain itu, pengalaman pembelajaran perlu dipilih
berdasarkan pandangan berhubung proses pembelajaran dan perkembangan atau
pembangunan insan. Berhubung tentang organisasi dan urutan pengalaman pula, Tyler
mendakwa bahawa tertib atau aturan pengalaman itu seharusnya sistematik agar dapat
menghasilkan kesan terkumpul yang maksimum. Beliau menyatakan bahawa unsur
penyusunan seperti idea, konsep, nilai dan kemahiran seharusnya disulam sebagai
benang di dalam struktur kurikulum. Unsur-unsur utama seharusnya bertindak sebagai
pengurus, jalan dan kaedah pengajaran dan unsur tadi seharusnya dapat mengaitkan
pengalaman dan pembelajaran yang berlainan dalam subjek yang berlainan. Prinsip
Tyler yang terakhir mengambil kira proses menilai keberkesanan proses perancangan
dan perlaksanaan kurikulum. Penilaian adalah penting untuk perkembangan kurikulum

46
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

mengikut pendapat Tyler. Akhir sekali, penilaian menjadi panduan sama ada program
itu harus dikekalkan atau diperbaiki.

iii. Teori Perkembangan Kognitif (Jean Piaget)

Jean Piaget merupakan tokoh psikologi yang amat berpengaruh dalam kajian
perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Selain itu, Jean Piaget (1896-1980)
yang berasal dari Switzerland memulakan profesionnya dalam bidang biologi.
Malahan, penulisan beliau tentang psikologi pembelajaran banyak menggunakan idea
berdasarkan konsep biologi. Selain itu, Piaget amat berminat dengan perubahan
struktur dan evolusi pengetahuan dalam pemikiran kanak-kanak. Oleh itu, teori
pembelajaran Piaget adalah berlandaskan premis bahawa setiap kanak-kanak umpama
saintis yang sentiasa aktif meneroka dunianya untuk mencapai kefahaman. Maka,
Piaget mencadangkan empat konsep utama dalam penyelidikan tentang proses
pembelajaran iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi. Akhir sekali, Piaget
juga percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut satu siri turutan
yang berperingkat-peringkat. Hal ini, perkembangan kognitif ini bergerak sehala yang
terdiri daripada empat peringkat iaitu peringkat sensori motor, peringkat praoperasi,
peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal. Oleh itu, dalam penulisan saya
akan mengulas perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi
formal kerana melibatkan kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH AL-QADIM DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TYLER DAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Model kurikulum Tyler merupakan satu kurikulum yang merujuk kepada segala
pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah
bagi mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Oleh itu, model ini sangat sesuai
untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menangani masalah
murid-murid yang berkelakuan buruk terhadap guru disebabkan penerapan akidah
mereka yang tidak mendalam. Maka beberapa langkah perlu dilakukan sebelum,
semasa dan selepas proses pengajaran pembelajaran terlaksana berdasarkan kepada
model kurikulum Tyler.
Langkah pertama dalam model kurikulum Tyler ialah menentukan tujuan
pendidikan Maka, dalam penyusunan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,
langkah yang paling penting dan yang pertama yang perlu dilakukan adalah
menentukan tujuan. Fungsi tujuan tersebut adalah memberikan arah kepada guru dan
merupakan sesuatu yang ingin dicapai oleh guru. Oleh itu, dalam konteks ini
seseorang guru perlu menetapkan objektif atau tujuan di mana sifat Allah Qidam perlu
diterapkan. Contohnya, guru menetapkan objektif supaya murid-murid dapat
mengaplikasikan konsep serta kesan jika meyakini bahawa Allah itu bersifat Qidam.
Hal ini kerana, jika murid-murid yakin bahawa Allah SWT itu bersifat sedia ada maka
mereka akan mengelakkan daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
seperti bertingkah laku buruk terhadap guru. Maka, sesuai dengan pernyataan Jean
Piaget bahawa murid tahap ini berada di peringkat operasi formal. Hal ini kerana pada
peringkat murid mampu untuk membuat hipotesis dan meneroka cara penyelesaian

47
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

sesuatu masalah. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid akan lebih pintar untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, jika murid tersebut diminta untuk
mengetuai sesuatu kumpulan di dalam kelas, maka murid tersebut akan bijak
menentukan hala tuju kumpulannya jadi jelaslah penerapan akidah atau sifat Allah
Qidam ini diterapkan dengan cara yang berkesan dapat melahirkan insan yang
berketerampilan dan berwibawa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Selain itu,
dalam proses ini memerlukan guru supaya menerangkan kepada murid-murid dengan
berhikmah dan bijaksana. Hal ini kerana, penyampaian secara berhikmah mampu
meningkatkan kefahaman murid-murid tentang sifat Allah Qidam.
Langkah kedua ialah guru perlu menentukan proses pembelajaran yang akan
dilaksanakan kepada murid tidak kira luar atau di dalam kelas (Ali Usmar , 2017).
Maka, proses pembelajaran ini pandangan dan latar belakang murid-murid harus
diambil kira. Pengetahuan sedia ada yang dimiliki murid tentang sifat Allah Qidam
perlu dijadikan pertimbangan dalam menentukan proses pembelajaran selanjutnya.
Maka, konteks ini proses pembelajaran iaitu penerapan kepada akidah akan melibatkan
interaksi antara pelajar dengan persekitaran atau sumber belajar yang bertujuan untuk
membentuk sikap, pengetahuan dan keterampilan sehingga membentuk tingkah laku
yang baik. Oleh sebab itu, proses penerapan akidah perlu diorganisasikan secara
berkesan agar dapat memberikan gambaran terhadap pelaksanaan kegiatan belajar.
Pembelajaran yang berkesan terletak pada proses pembelajaran yang dijalankan. Maka
benarlah seperti yang dinyatakan oleh Jean Piaget bahawa kanak-kanak menyatakan
kanak-kanak akan mengubah dirinya agar bersesuaian dengan apa yang diterima dari
persekitarannya. Kanak-kanak akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan
dengan pengalaman baru ke dalam skema sedia ada dikenali sebagai Asimilasi (Azizi
Yahaya & Zainuddin Abu Bakar, 2014). Oleh itu, guru memainkan peranan dalam
menjayakan proses pembelajaran itu. Guru perlu membimbing dan memberi tunjuk
ajar dengan berhikmah dan penuh kelembutan kepada pelajar selaras dengan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Hal ini supaya objektif pembelajaran
dapat dicapai dari semasa ke semasa. Malahan, penentuan aktiviti pembelajaran
dikembangkan berdasarkan pada tujuan yang lebih umum ke khusus berdasarkan
tujuan yang telah ditetapkan. Menurut Tyler lagi, ada beberapa prinsip dalam
menentukan pengalaman belajar pelajar. Pertama, pengalaman pelajar harus sesuai
dengan tujuan yang ingin dicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman
pembelajaran. Kedua, setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar. Ketiga,
setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar. Keempat,
mungkin dalam satu pengalaman belajar dapat mencapai tujuan yang berbeza.
Langkah yang ketiga ialah, menentukan organisasi isi atau bahan pelajaran
setelah proses pembelajaran ditentukan. Oleh itu, penentuan isi kandungan atau bahan
adalah bagi mencapai tujuan sebenar iaitu untuk menerapkan sifat Allah Qidam dalam
diri murid-murid dan ini diserta berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah
dimiliki oleh murid-murid. Maka, bahan yang dipelajari murid perlulah disusun pada
unit-unit yang dapat menggambarkan suatu urutan pengalaman serta dapat
memudahkan dalam implementasi dan memberikan gambaran terhadap penilaian
pembelajaran. Apa yang dikamsudkan, ini berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam bahawa isi kandungan pelajaran disusun dengan
baik di mana setiap isi tersebut disertakan dengan kemahiran yang akan dicapai oleh
pelajar sekali gus dapat menentukan standard prestasi pelajar tersebut. Malahan,
penyusunan pengalaman belajar dapat dilakukan dengan berbagai cara, salah satunya
adalah dengan pengembangan bentuk vertikal dan horizontal serta kesinambungan.

48
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Pengorganisasian secara vertikal iaitu menghubungkan pengalaman belajar dalam satu


kajian yang sama dalam aras yang berbeza. Contohnya, pengorganisasian pengalaman
belajar yang menghubungkan antara bidang Pendidikan Islam tahun empat dan tahun
lima. Pengorganisasian secara horizontal pula iaitu menghubungkan pengalaman
belajar dalam bidang matematik dan sains dalam tingkat yang sama. Jean Piaget
menyatakan kanak-kanak peringkat ini boleh melakukan proses mental ke atas idea-
idea dan membuat andaian berdasarkan fakta. Murid memahami fakta bahawa Allah
Maha Melihat tanpa menggunakan apa-apa alat walaupun mereka tidak boleh
melihatnya. Dalam hal ini juga, guru perlulah menjelaskan kepada murid secara
hikmah dan bijaksana supaya pembelajaran mereka lebih lancar dan mudah difahami .
Langkah terakhir dalam model kurikulum Tyler ialah menentukan penilaian
pembelajaran Penilaian boleh didefinisikan sebagai satu kaedah untuk mengumpul,
merekodkan, menganalisis serta menggunakannya untuk membantu proses
pembelajaran (Harlen et al. 1992). Menentukan penilaian pembelajaran merupakan
langkah yang terakhir dalam model Tyler dan juga merupakan langkar terpenting. Ini
kerana langkah penilaian ini menentukan sama ada penerapan akidah tentang sifat Allah
Qidam itu dapat diaplikasikan oleh murid-murid dalam kehidupan seharian atau tidak.
Sebagai contoh, penilaian haruslah menilai sama ada berlaku atau tidak perubahan
tingkah laku pelajar sesuai dengan objektif pembelajaran yang telah dirumuskan.
Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dari satu alat penilaian dalam suatu waktu
tertentu seperti penilaian sumatif dan penilaian formatif. Hal ini kerana penilaian
sumatif digunakan untuk memperoleh data tentang pencapaian akhir pelajar. Sebagai
contoh, guru menilai murid dengan melihat keputusan peperiksaan akhir persekolahan.
Manakala, penilaian formatif adalah untuk melihat keberkesanan proses pembelajaran,
apakah program yang disusun telah dianggap sempurna atau sebaliknya. Sebagai
contoh, guru mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas selepas menerangkan kepada
murid-murid dengan berhikmah tentang sifat Allah Qidam. Maka, jika murid berjaya
menjawab maka proses pembelajaran yang dibina adalah berjaya manakala jika ada
mmmuri-murid yang tidak berjaya menjawab maka proses tersebut perlu dibaiki dari
semasa ke semasa. Maka benarlah bahawa Jean Piaget mengatakan interaksi individu
dengan persekitaran mempengaruhi proses pemikiran individu. Murid boleh memahami
perkara yang berlaku di persekitaran. Mereka akan meneroka, menguji dan memerhati
serta menyusun maklumat yang didapati. Maka, penting bagi seorang guru
menunjukkan akhlak yang baik di hadapan murid kerana mereka akan memerhati apa
yang berlaku serta murid juga akan mengikuti apa yang guru lakukan. Oleh itu, untuk
menyantuni kanak-kanak guru harus bersabar, banyakkan memberi nasihat agar mereka
dapat menerima apa yang guru ajarkan untuk menerapkan sifat Qidam Allah dalam diri
mereka.

PENUTUP

Sebagai rumusan, isu ketidakmenjadian murid iaitu bersikap buruk terhadap guru adalah
disebabkan kerana mereka tidak diterapkan dengan akidah yang kukuh serta mereka
tidak memahami dan menghayati nama dan sifat Allah yang wajib bagi setiap islam
beriman dengannya. Kefahaman tentang nama-nama Allah SWT dan sifat-Nya
merupakan asas pencapaian ma‘rifatullah (Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhar,
2010). Iman dan akhlak adalah dua perkara yang seiring dan penting yang perlu ada
dalam diri murid. Dengan ini, pegangan akidah yang kurang mantap dalam diri pelajar
sehinggakan mereka mengabaikan akhlak mereka terhadap guru atau orang yang lebih

49
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

tua dari mereka, kita boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan Model
Kurikulum Tyler dan mendekati murid dengan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
untuk menyantuni kanak-kanak secara penuh berhikmah.

RUJUKAN

Ali Usmar. (2017). Model-Model Pengembangan Kurikulum dalam Proses Kegiatan


Belajar. Jurnal An-Nahdhah. Vol 11, No 2.
Alias Mahmud. (2015). Konsep dan Model Penilaian dalam Pelaksanaan kurikulum.
Dicapai pada 15 Ogos 2019 daripada
https://www.researchgate.net/publication/285421506_Konsep_Dan_Model_Pen
ilaian_Dalam_Pelaksanaan_Kurikulum.
Al-Quran Karim. Kuala Lumpur: Zafar Sdn Bhd.
Azizi Yahaya & Zainuddin Abu Bakar. (2014). Teori-Teori Perkembangan. Universiti
Brunei Darussalam. Dicapai pada 17 Ogos 2019 daripada
https://www.researchgate.net/publication/46405353
Chin Pek Lian, Low Li Chueen & Vivian Low Yen Yeong. (2015). Isu-isu masalah
disiplin pelajar : pendekatan dan penyelesaian. Fakulti Pendidikan UTM : Kuala
Lumpur . Dicapai pada 17 Ogos 2019 daripada
file:///C:/Users/Aspire/Downloads/Kertas%2018%20(1).pdf
Dian Andesta. (2018). Analisis Perkembangan Kognitif Anak Usia Dasar dan
Implikasinya dalam Kegiatan Belajar Mengajar. Journal Literasi. Volume 4, No
1.
Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan Kognitif: Teori Jean Piaget. Fakultas
Tarbiyah Dan Keguruan UIN Ar-Raniry. Vol 3, No 1. Dicapai pada 17 Ogos
2019 daripada file:///C:/Users/ADMIN/Downloads/Documents/.pdf
Kamal Insani. (2014). Sifat Basar. Dicapai pada 15 Ogos 2019 daripada
https://kalam-insani.livejournal.com/62500.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dicapai pada 17 Ogos 2019 daripada
https://sumberpendidikan.com/2017/04/25/dskp-pendidikan-islam-tahun-6-kssr
Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhar. (2010). Al -Asma Al- Husna Dalam
Wacana Akidah. Dicapai pada 15 Ogos daripada
file:///C:/Users/ADMIN/Downloads /5796-109-12849-1-10-20170823.pdf

50
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH BAQA’ DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TABA DAN TEORI MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Munawwirah binti Mohd Nor


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Secara umumnya, bagi melahirkan modal insan kelas pertama yang bersepadu serta
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, sistem pendidikan negara kita
amat mementingkan serta menekankan dasar pendidikan. Hal ini kerana, di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan jelas menuntut serta menyatakan bahawa pendidikan merupakan
dasar bagi membentuk kemenjadian murid. Oleh itu, untuk memastikan objektif
kemenjadian individu tercapai, pendidikan awal haruslah tertumpu kepada kanak-kanak
(Mohd Johdi Hj. Salleh, 2007). Dalam pendidikan masa kini, sering kali berlaku masalah isu
kemenjadian murid yang berpunca daripada kurangnya penerapan ilmu akidah yang kukuh
dalam diri kanak-kanak. Kesan daripada masalah tersebut, kanak-kanak mengabaikan
perkara fardhu seperti solat fardhu akibat kurangnya penghayatan ilmu agama dalam diri
mereka. Oleh itu, guru perlulah bertindak bagi memastikan kanak-kanak ini mengalami
proses pembelajaran yang menyantuni mereka bagi memantapkan akidah untuk menjadi
seorang insan yang lebih baik untuk masa akan datang. Penulisan ini menjurus kepada
penerapan sifat Allah Baqa’ bagi membentuk kemenjadian murid dengan menggunakan
model kurikulum Taba serta mengikut teori perkembangan moral Kohlberg dalam
menyantuni kanak-kanak.

DEFINISI

i Sifat Allah Baqa’

Murid-murid perlulah mempelajari serta menghayati tentang sifat wajib Allah dan
mempercayainya tanpa sebarang keraguan. Hal ini kerana, menurut Hasan al-Banna, akidah
adalah perkara yang berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati dan jiwa
dengan tenang, serta bersih daripada prasangka. Oleh itu, guru perlulah mengajar serta
menyantuni kanak-kanak tersebut tentang sifat wajib Allah kerana amat penting untuk kita
memantapkan ilmu akidah mereka sewaktu mereka masih muda. Terdapat 20 sifat wajib
yang ada pada Allah dan sifat tersebut perlu diketahui serta difahami oleh semua makhluk.
Dalam penulisan ini, akan membincangkan tentang menyantuni kanak-kanak dengan sifat
Baqa’ yakni sifat wajib Allah yang ketiga yang beerti kekal. Menurut Habsah Senin (2013),
sifat-sifat wajib yang ada pada Allah adalah sifat yang bersifatkan ketuhanan dan sifat
ketuhanan ini tidak boleh ada pada makhluk. Oleh itu, dengan memahami sifat-sifat Allah
ini akan membantu kanak-kanak menghindarkan diri mereka daripada melakukan perbuatan
syirik. Allah wujud adalah kekal dan wujudnya Allah tidak ada akhirnya. Kekal Allah
adalah kekal yang hakiki kerana Allah tidak bergantung kepada sesuatu untuk kekal.

51
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Sifat Baqa’ diterangkan dalam Al-quran

‫َيءٍ هَا ِلكٌ إِ ََّل َوجْ َههُ ْۚ لَهُ ْال ُح ْك ُم َوإِلَ ْي ِه‬
ْ ‫َّللاِ إِلَ ًها آ َخ َر ۘ ََل إِلَهَ إِ ََّل ُه َو ْۚ ُك ُّل ش‬ ُ ْ‫َو ََل تَد‬
َّ ‫ع َم َع‬
َ‫ت ُ ْر َجعُون‬
)88:28 ‫(سورة القصص‬
Maksud; ”Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah.
Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah”.
BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).

(Surah Al-Qasas; 28:88)

ii. Model Kurikulum Taba


Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, kurikulum adalah segala rancangan pendidikan
yang dikendalikan oleh pihak sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Selain itu,
menurut Inlow, 1976, dalam Mohd Asnawi Satmidin (2010), kurikulum juga merupakan
satu usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid
memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Model yang utama terbahagi kepada
tiga iaitu Model Objektif (Taba & Tyler) dan Model Proses Stenhouse dan Model Prinsip
Pendidikan Islam dan Timur, di mana ketiga-tiganya mempunyai cara perlaksanaan yang
berbeza. Di dalam penulisan ini saya memilih Model Taba di bawah Model Objektif. Taba
menekankan objektif adalah platform untuk melakukan aktiviti di sekolah. Hal ini kerana,
menurut Taba (1962) objektif akan memandu keputusan kurikulum seperti gaya
penyampaian, aspek yang perlu ditekankan, isi kandungan yang perlu dipilih dan lain lagi.
Model ini juga mengutamakan penyusunan bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Di dalam model ini, Taba mengesyorkan bahawa terdapat empat strategi
utama pengajaran yang akan membantu menggalakkan murid untuk berfikiran secara kritis.
Empat idea utama tersebut adalah penyusunan data, membentuk konsep, membentuk hukum
serta akhir sekali adalah aplikasi. Di dalam model ini juga terdapat tujuh langkah yang
digunakan dalam pengembangan kurikulum. Oleh itu, bagi mengatasi isu akidah dalam
kalangan kanak-kanak, guru bolehlah menerapkan sifat Baqa’ Allah dalam diri murid-murid
secara santun berpandukan model kurikulum Taba bagi membantu memantapkan lagi
pegangan akidah dalam diri kanak-kanak tersebut.

iii. Teori Moral Kohlberg

Perkembangan merupakan proses semula jadi dalam kehidupan manusia. Menurut, Faridah
et al. (2014), proses perkembangan dipengaruhi oleh dua faktor yang menjadikan setiap
manusia mempunyai perwatakan dan personaliti yang berbeza dengan individu lain. Bagi
memastikan sifat Baqa’ Allah dapat dimantapkan dalam diri kanak-kanak, guru perlulah
menyediakan bahan pengajaran yang selari dengan perkembangan mereka bagi memastikan
mereka dapat menerima dan memahami pengajaran tersebut. Di dalam teori ini, Kohlberg

52
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

berpendapat bahawa individu akan menyelesaikan konflik serta memberikan justifikasi


terhadap tindakan yang diambil.
Dengan memberikan justifikasi tersebut akan dapat menentukan kematangan moral
seseorang itu. Hal ini kerana, penaakulan moral seseorang itu berkait rapat dengan
perkembangan moral individu tersebut. Menurut Lawrence Kohlberg (1976) dalam Falsafah
Pendidikan di Malaysia, penaakulan moral terbahagi kepada tiga tahap yang mana setiap
tahap dibahagikan kepada dua peringkat. Tiga tahap utama adalah pra konvensional,
konvensional dan post-konvensional. Tahap pertama terdiri daripada peringkat orientasi
kepatuhan dan hukuman serta orientasi ganjaran peribadi. Pada tahap ini perlakuan individu
dikawal oleh faktor luaran. Tahap kedua pula terdiri daripada peringkat orientasi perlakuan
dan akur kepada sistem sosial dan etika peraturan. Untuk peringkat terakhir pula, terdiri
daripada peringkat etika kontrak sosial dan hak individu serta peringkat etika prinsip sejagat.
Oleh itu, teori ini penting bagi membantu guru menyantuni kanak-kanak serta memahami
tingkah laku mereka dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

iv. Santun
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, santun dari segi bahasa adalah halus budi pekertinya
serta beradab. Dalam penulisan ini, guru perlu menerapkan elemen santun semasa proses
pengajaran. Contohnya, guru perlulah mengajar kanak-kanak dengan penuh sabar dan kasih
sayang serta menegur dan membimbing mereka secara berhikmah. Bagi membentuk
kemenjadian murid serta memantapkan akidah mereka, guru perlulah menyantuni mereka
dengan menggunakan model kurikulum yang sesuai serta berpandukan teori perkembangan
kanak-kanak.

PENERAPAN SIFAT BAQA’ DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK


BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TABA DALAM TEORI
PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Model Kurikulum Taba merupakan model yang sesuai digunakan oleh guru sebagai panduan
untuk menyediakan bahan bagi menerapkan sifat Baqa’ Allah dalam diri kanak-kanak.
Langkah pertamanya adalah dengan mendiagnosis kepentingan kanak-kanak mempelajari
sifat Allah iaitu Baqa’. Sebelum guru memulakan sesi pengajaran, guru perlulah mengkaji
serta mengetahui apakah kepentingan serta mengapa kanak-kanak perlu mengetahui tentang
sifat Baqa’ Allah. Oleh itu, guru perlulah menyantuni mereka dengan menjelaskan apakah
kepentingan mengetahui sifat Baqa’ Allah. Kanak-kanak perlulah mempelajari sifat Baqa’
Allah supaya mereka mengetahui bahawa segala apa yang berada di muka bumi ini tidak
akan kekal melainkan Allah. Hal ini bermakna, segala makhluk di muka bumi ini akan
musnah dan binasa. Oleh itu, mereka akan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu,
melakukan amal kebaikan dengan mentaati perintah Allah dan menjauhi segala larangan-
Nya. Hal ini sejajar dengan Teori Kohlberg pada tahap dua, konvensional iaitu peringkat
empat. Di dalam teori ini, individu akan lebih memikirkan kesan terhadap orang lain
sekiranya mereka tidak patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh, sekiranya
mereka tidak menunaikan perintah Allah iaitu solat fardhu, maka kehidupan masyarakat
akan menjadi terumbang-ambing. Disebabkan itu, mereka akan melaksanakan perintah
tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dengan memahami dan
menghayati sifat Baqa’ Allah, kanak-kanak akan berasa takut untuk meninggalkan perintah-
Nya. Oleh itu, jelaslah di sini menunjukkan bahawa betapa pentingnya guru menyantuni
mereka dengan memantapkan akidah kanak-kanak mengetahui tentang sifat Baqa’ Allah.

53
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Perkara yang perlu dilakukan oleh guru setelah mengetahui kepentingan murid
mempelajari sifat Baqa’ Allah adalah mereka perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai.
Menurut Mohamad Johdi Hj. Salleh, objektif yang telah ditetapkan perlulah diketahui dan
dimaklumkan kepada murid supaya mereka bersedia untuk menerima segala pengetahuan
baru. Sebagai contoh, di akhir pembelajaran tajuk sifat wajib Allah Baqa’ ini, murid perlulah
mengetahui bahawa dengan memahami sifat Baqa’ Allah, mereka akan terhindar daripada
melakukan perbuatan syirik yakni perbuatan yang dimurkai oleh Allah. Hal ini kerana,
sekiranya kita memahami maksud Baqa’ itu, individu tersebut akan berusaha untuk
melakukan amal ibadah kerana takut akan perhitungan Allah di akhirat kelak.
Objektif tersebut selaras dengan Teori Kohlberg pada peringkat dua iaitu orientasi
kepatuhan dan hukuman. Menurut Kolhberg, pada peringkat ini, kanak-kanak beranggapan
bahawa setiap tingkah laku mempunyai ganjarannya. Oleh itu, mereka akan berusaha untuk
melakukan amal kebaikan bagi memperoleh ganjaran syurga daripada Allah. Selain itu,
dengan melakukan amalan yang baik, mereka akan mendapat pujian dan perkara tersebut
akan menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk kekal istiqamah dalam beribadah.
Sebagai contoh, sekiranya, mereka sudah sedia maklum bahawa dengan menunaikan
perintah Allah, mereka akan menjadi ahli syurga. Disebabkan penerapan akidah yang
menyantuni kanak-kanak, mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan
mereka berjaya menjadi ahli syurga dengan melakukan perintah yang ditetapkan oleh Allah.
Setelah objektif pembelajaran dibentuk, guru perlulah memilih isi kandungan yang
sesuai bagi memastikan ia selari dengan objektif tersebut, Menurut Abdul Raheym Ahmad,
(2012), pada peringkat ini, guru mestilah memastikan bahan pembelajaran yang dipilih
selaras dengan kandungan standard kurikulum. Pemilihan bahan-bahan pengajaran juga
harus menitikberatkan perkembangan para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras
dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan
dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Sejajar dengan teori
moral Kohlberg, pada peringkat ini kehendak kanak-kanak akan mendorong tingkah laku
mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek iaitu
pengetahuan dan nilai-nilai murni yang dipercayai dapat mewujudkan insan yang boleh
bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan
kepada pendidikan dan ke arah pembentukan individu yang menyeluruh serta bersepadu.
Selain itu, isi kandungan tentang sifat Baqa’ Allah perlulah selari dengan minat pelajar bagi
menyantuni mereka dan memastikan isi pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Tidak hanya bijak dalam memilih bahan pembelajaran, guru juga perlu mahir
dalam menyusunnya bagi memastikan sesi pengajaran berjalan dengan lancar dan
sistematik. Penyusunan yang dilakukan untuk isi kandungan pembelajaran yang dipilih
perlulah berpusatkan kepada murid. Oleh itu, guru mestilah mengambil kira kematangan,
pencapaian serta minat murid bagi membantu guru menjayakan proses pembelajaran
tersebut. Pada tahap ini, guru perlulah menyusun bahan pembelajaran daripada aras mudah
ke sukar bagi membantu murid dalam proses berfikir. Setiap kanak-kanak mempunyai
kelebihan serta kekurangan masing-masing. Oleh itu, setiap guru perlulah cakna dengan
keadaan serta perkembangan setiap murid. Selain mengaplikasikan konsep Allah bersifat
Baqa’ dalam diri kanak-kanak melalui pengajaran, guru juga boleh menggunakan konsep
role model, di mana guru menunjukkan contoh teladan yang baik seperti mengajak untuk
menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Hal ini kerana, menurut Kohlberg dalam
teorinya pada peringkat tiga, kanak-kanak akan mengikut contoh yang dilakukan oleh
sekelilingnya. Oleh itu, amatlah penting bagi guru untuk menunjukkan serta menonjolkan
sikap dan perbuatan yang menyantuni kanak-kanak. Hal ini kerana, pada peringkat ini,
kanak-kanak akan berkelakuan mengikut minat mereka. Oleh itu, bagi memastikan murid-

54
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

murid mengikut contoh yang baik, kita perlulah menarik minat serta perhatian mereka
dengan menyantuninya agar mereka dapat meletakkan kepercayaan untuk menjadikan kita
sebagai contoh teladan yang baik.
Dengan mengetahui pengetahuan sedia ada murid akan lebih membantu guru untuk
menilai dan mengetahui sama ada objektif yang ditetapkan itu sesuai ataupun tidak dengan
perkembangan kanak-kanak tersebut. Untuk topik sifat Allah Baqa’, pengetahuan sedia ada
murid adalah mengetahui bahawa suatu hari nanti kita akan mati dan kehidupan di dunia ini
tidak akan kekal. Sebagai contoh, kehidupan sebuah pokok adalah bermula dengan biji benih
yang kemudiannya tumbuh kepada batang, daun, buah dan sebagainya. Akan tetapi, pokok
tersebut tidak akan kekal lama kerana suatu masa pokok itu akan layu, rosak dan mati. Oleh
itu, murid akan diterapkan secara santun bahawa, setiap yang dicipta tidak akan kekal dan
akan binasa bila tiba masanya. Oleh itu, guru perlulah cakna bahawa pengetahuan dan
pengalaman tersebut mestilah selari dengan topik yang akan dipelajari. Hal yang demikian,
guru boleh memulakan pembelajaran dengan menguji pemahaman pelajar tentang maksud
kekal dengan bertanyakan apakah benda yang akan di dunia ini dan tidak binasa? Adakah
semua di muka bumi ini akan binasa? Untuk pengalaman yang lebih dekat, mungkin guru
boleh bertanyakan, siapakah yang masih mempunyai nenek atau datuk? Daripada situ, kita
boleh memastikan tahap pengalaman sedia ada setiap murid bahawa adakah mereka
memahami konsep Baqa’ atau kekal itu sendiri.
Untuk langkah seterusnya, adalah dengan mempelbagaikan gaya penyampaian
pengajaran yang berkesan. Dalam peringkat ini, guru perlulah memastikan pembelajaran
yang berjalan sewaktu itu disampaikan dengan menarik dan menyantuni kanak-kanak
tersebut. Oleh itu, guru boleh mengadakan pengajaran dan pembelajaran secara dua hala,
mengadakan aktiviti bagi mengelakkan murid bosan dan meransang pembelajaran mereka.
Selain itu, guru juga boleh bertukar atau mendengar pendapat murid-murid bagi meraikan
kefahaman mereka. Aktiviti tersebut jelas menunjukkan penghargaan seorang guru yang
menyantuni anak muridnya. Sehubungan dengan itu, kanak-kanak akan berasa gembira serta
bersemangat untuk mempelajari sifar Baqa’ Allah kerana situasi pembelajaran yang
menarik.
Dengan melakukan aktiviti seperti berikut guru dapat menilai sama ada murid dapat
mengaplikasikan sifat Allah Baqa ataupun tidak di dalam aktiviti seharian mereka. Penilaian
tersebut boleh dilakukan dengan melakukan ujian atau kuiz. Setelah berlakunya sesi
pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menguji kefahaman pelajar. Akan tetapi,
peperiksaan semata-mata tidaklah boleh dijadikan sebagai kayu ukur pemahaman individu
seseorang itu. Pada langkah ini, ianya selari dengan Teori Kohlberg yang berada pada tahap
tiga, di mana murid akan menilai prinsip yang perlu diamalkan dalam setiap keadaan. Pada
waktu ini, guru dapat melihat bagaimanakah pengaplikasian murid terhadap pemahaman
konsep Baqa’ dalam kehidupan seharian. Selain itu, pada masa ini juga guru dapat
mengetahui sama ada objektif pembelajaran tercapai ataupun tidak. Sekiranya, objektif
tersebut selaras dengan kurikulum pembelajaran, maka proses pencapaiannya akan menjadi
lebih mudah.

PENUTUP
Secara konklusinya, sistem pendidikan Islam perlu ditekankan bagi melahirkan modal insan
kelas pertama yang seimbang menerusi sifat wajib Allah iaitu Baqa’. Dengan menerapkan
sifat tersebut dalam diri kanak-kanak, maka terbuktilah kemenjadian murid yang mampu
menghadapi cabaran dan tentangan pada masa akan datang kerana tanpa akidah yang mantap
dalam diri kanak-kanak, semua itu tidak boleh dihadapi dengan mudah. Menurut Fitterman
(1994), pemilihan sesuatu model adalah berdasarkan kepada tujuan penilaian. Oleh itu, bagi

55
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlulah bijak dalam memilih dan
mengaplikasikan model kurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, isu
murid mengabaikan solat fardhu adalah berpunca daripada kurangnya penerapan ilmu
akidah dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, guru boleh mengatasi masalah tersebut
dengan menerapkan sifat Baqa’ Allah dengan menggunakan model kurikulum Taba serta
menyantuni kanak-kanak tersebut dengan berpandukan teori moral Kohlberg.

RUJUKAN

Abdul Raheym Ahmad. (2012). Model Taba. Dicapai pada 16 Ogos 2019 daripada
https://www.slideshare.net/abdulraheym/model-taba-kpd
Dewan Bahasa Pustaka. (t.t). Dicapai pada 18 Ogos 2019 daripada
http://prpm.gov.my/cari1?keyword=santun
Habsah Senin. (2013). Sifat Baqa’. Dicapai pada 16 Ogos 2019 daripada https://kalam-
insani.livejournal.com/50130.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun
Lima. Dicapai pada 17 Ogos 2019 daripada https://moe.gov.my
Mohd Asnawi Satmidin, Md Shufian Awang, Avelyn Siang & Nur Atiqah Basri. (2010).
Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum . Bincangkan pendapat dan pandangan
pakar-pakar tentang kurikulum. Dicapai pada 18 Ogos 2019 daripada
https://www.academia.edu/12007072/APAKAH_YANG_DIMAKSUDKAN_DENG
AN_KURIKULUM_. BINCANGKAN_PENDAPAT_DAN_PAKAR_TENTANG
KURIKULUM
Mohd Johdi Hj. Salleh. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif
Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Dicapai pada 17 Ogos 2019
daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mo
hdjohdiUIAMfp.pdf
Pengajian Islam. (t.t). Konsep Akidah. Dicapai pada 18 Ogos 2019 daripada
https://pengajian.pressbooks.com/chapter/konsep-akidah/
Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu. Dicapai pada 17 Ogos 2019 daripada
http://www.surah.my/28
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-
kanak. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd

56
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH MUKHALAFATUHU


LILHAWADIS DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN
MODEL KURIKULUM TYLER DAN TEORI MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Nadhratunnaim binti Azmi


Jabatan Agama Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, tugas membentuk akidah dalam diri pelajar amat
mencabar minda pentadbiran sekolah. Isu kemerosotan akidah merupakan isu yang hangat
diperkatakan oleh masyarakat. Selain daripada ibu bapa, guru juga merupakan individu yang
perlu mengambil berat tentang isu ini. Para pelajar perlu dididik supaya mengamalkan
akhlak yang baik kerana hanya dengan didikan yang betul daripada guru, mereka akan
berusaha untuk berkelakuan baik (Noor Hisham Md Nawi, 2011). Dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran, unsur seperti nilai-nilai murni sangat penting bagi membantu mereka
dalam menterjemah tingkah laku berasaskan nilai-nilai murni yang dipelajari di sekolah.
Bagi guru Pendidikan Islam, mereka boleh menerapkan kelebihan mengenali sifat wajib bagi
Allah dalam diri pelajar. Tambahan pula, guru-guru boleh menggunakan model kurikulum
Tyler dan teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran juga boleh dijadikan rujukan bagi memantapkan
proses PdP di dalam kelas. Intipati PPPM memfokuskan enam ciri murid yang menjadi
aspirasi negara iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran
memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan berkerohanian, serta mempunyai identiti
nasional. Di samping itu, dalam menangani isu kemerosotan akidah ini, guru mestilah
menyantuni kanak-kanak dalam setiap metodologi yang ingin dilakukan.

DEFINISI

i. Sifat Allah Mukhalafatuhu Lilhawadis

“‫”مخالفته للحوادث‬ yang bermaksud Allah berlawanan dan berbeza dengan makhluk.
Menidakkan menyamai akan sesuatu seperti jirim dan ‘arad. Berbeza dengan semua yang
baru (makhluk). Hukum mempercayainya adalah Wajib. Sifat mustahil-Nya
adalah: Mumasalatu lilhawadis yang bermaksud serupa dengan semua yang baru (makhluk).
Firman Allah SWT :

ٌ‫َولَ ْم يَ ُك ْن لَهُ ُكفُ ًوا أ َ َحد‬


(112:4 ‫اْلخَلص‬ ‫(سورة‬

Maksud: “Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia (Allah).”
(Surah Al Ikhlas; 112:4)

57
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Dari ayat di atas dapat dimaksudkan dengan tidak setara itu adalah tentang keagungan,
kebesaran, kekuasaan dan ketinggian sifat-Nya. Tidak satu pun dari makhluk-Nya yang
menyerupai-Nya.
Sifat 20 Allah Mukhalafatuhu lilhawadis akan diajar kepada murid-murid tahun 3
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam KSSR. Sifat ini menunjukkan bahawa Allah SWT
berbeza dengan hasil ciptaan-Nya. Allah Maha Sempurna, tetapi makhluk mempunyai
kelemahan dan kekurangan. Manusia boleh melihat, merasa dan mendengar tetapi terbatas.
Penglihatan dan pendengaran Allah tidak terbatas. Manusia memerlukan anggota dan
peralatan lain dalam melakukan sesuatu perkara.
Sifat Mukhalafatuhu lilhawadis diterangkan dalam Al-Quran

ُ ‫سمي ُع ْال َب‬


‫صير‬ َ ‫ْس َك ِمثْ ِل ِه‬
َّ ‫ش ْي ٌء َو ُه َو ال‬ َ ‫لَي‬
‫(سورة الشورى‬
)42:11
Maksud: “Tidak ada sesuatu pun yang sebanding dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha
Mendengar lagi Maha Melihat”
(Surah Asy-Syura; 42:11)

Berdasarkan DSKP Pendidikan Islam Tahun 3, murid-murid juga akan mempelajari tentang
faedah beriman dengan Mukhalafatuhu lilhawadis dan akibat tidak beriman dengan
Mukhalafatuhu lilhawadis. Antara faedah beriman dengan sifat ini adalah dapat mengesakan
Allah, sentiasa memohon rahmat Allah, mentaati perintah Allah, mengakui keagungan Allah
dan yakin dengan kekuasaan Allah. Di samping itu, akibat tidak beriman dengan sifat ini
adalah melanggar perintah Allah, mensyirikkan Allah, angkuh dan takbur, mementingkan
diri sendiri dan jauh daripada rahmat Allah.
Allah bukanlah jisim yang dapat digambarkan atau benda yang sangat terbatas oleh
ruang dan waktu. Allah Ta'ala tidak mempunyai tangan, mata, telinga dan lain-lain seperti
makhluk-Nya. Allah tidak menyerupai benda yang dapat diukur dan dapat dibahagi. Dalam
subjek Pendidikan Islam, guru mestilah mengenalkan Allah kepada murid dengan mengajar
topik sifat wajib bagi Allah. Sifat ini sangat sesuai dipelajari oleh murid tahun 3 kerana jika
mereka dapat mengenal Allah, sudah pasti isu kemerosotan akidah dapat dibendung sejak
awal lagi.

ii. Model Kurikulum Tyler

Menurut Tyler, kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah, dicapai, dikelola dan
dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan.
Tujuan sebenar pendidikan adalah untuk membawa perubahan dalam tingkah laku pelajar.
Menurut Tyler (1949), pendidikan ialah proses perubahan corak tingkah laku pelajar. Oleh
itu perubahan tingkah laku dalam diri pelajar adalah fokus utama untuk dikaji secara
menyeluruh. Guru merupakan insan terpenting bagi membentuk tingkah laku seseorang
pelajar. Guru mestilah mempunyai kemahiran untuk mendidik seseorang pelajar agar
menjadi insan yang berguna. Hamdan & Mohd Yasin (2010), menyatakan bahawa guru
sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dengan mendidik pelajar
sebaik-baiknya supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran yang diajar.

58
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Model Tyler menekankan beberapa aspek penting iaitu objektif, kandungan, kaedah
dan penilaian. Objektif yang dinyatakan oleh Tyler dalam modelnya bermaksud matlamat
yang hendak dicapai oleh guru terhadap pelajarnya. Kandungan kursus pula merupakan aras
kedua dalam pembentukan kurikulum Model Tyler. Kandungan kursus yang mantap
mestilah berdasarkan pemilihan dan perancangan pembelajaran oleh pendidik. Kaedah
dalam model Tyler berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah pengajaran yang dipilih
oleh seseorang guru. Aras keempat dalam Model Tyler ialah penilaian. Untuk melihat kesan
ketercapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya, maka
penilaian akan dilakukan. Model Tyler dipilih kerana ia mudah untuk diaplikasikan oleh
guru-guru di sekolah rendah. iii. Teori Perkembangan Moral (Lawrence Kohlberg).
Lawrence Kohlberg merupakan seorang pelopor utama dalam teori perkembangan
moral. Kohlberg (1958), bersetuju dengan teori perkembangan moral Piaget (1932) pada
dasarnya tetapi ingin mengembangkan ideanya. Oleh itu, teori yang dikemukakan oleh
beliau adalah lanjutan daripada teori Piaget. Teori perkembangan moral Kohlberg dipilih
kerana teori ini amat sesuai dengan isu kemerosotan akidah yang ingin diatasi dalam
kalangan pelajar sekolah rendah. Teori perkembangan moral Kohlberg dibahagikan kepada
tiga tahap dan setiap tahap mempunyai dua peringkat. Tahap pertama adalah tahap pra-
konvensional, tahap dua adalah tahap konvensional dan tahap tiga adalah tahap pos-
konvensional. Tahap yang digunakan dalam perkembangan kanak-kanak adalah tahap satu
dan dua.
Tahap pertama iaitu Pra-Konvensional merupakan tahap yang paling bawah dalam
penaakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang
akan diterima akibat perlakuan tersebut. Peringkat pertama merupakan orientasi kepatuhan
dan hukuman. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan
dendaan. Peringkat kedua pula ialah orientasi ganjaran peribadi. Peringkat ini lebih
menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau
buruk adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Sebagai contoh, apabila
kanak-kanak menolong ibunya di rumah, mereka akan mengharapkan ganjaran atau upah
daripada ibunya.
Tahap kedua ialah Konvensional. Ia merupakan tahap pertengahan di dalam teori
perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, individu sudah mula mengaplikasi
peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti.
Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem
sosial. Peringkat ketiga merupakan orientasi perlakuan baik. Individu pada tahap ini
menolong orang supaya beliau dianggap sebagai “orang yang baik”. Mereka amat
mengharapkan penghargaan dari orang sekeliling seperti ibu bapa, guru dan rakan-rakan.
Peringkat keempat pula ialah akur kepada sistem sosial dan etika peraturan. Individu pada
peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-
undang yang ada dan sanggup mematuhinya.

PENERAPAN SIFAT ALLAH MUKHALAFATUHU LILHAWADIS DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK BERDASARKAN MODEL KURIKULUM
TYLER DALAM TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Guru pendidikan Islam memainkan peranan penting bagi menyampaikan ajaran Islam
kepada para pelajar supaya isu kemerosotan akidah dapat diatasi. Melalui sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, guru dapat membentuk para pelajar dengan tingkah laku
yang baik di samping menyantuni kanak-kanak dalam setiap metodologi yang dilaksanakan.

59
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Sifat wajib Allah Mukhalafatuhu lilhawadis perlu diperkenalkan kepada para pelajar supaya
mereka mengenal siapa pencipta seluruh alam ini. Berdasarkan DSKP Pendidikan Islam,
murid akan mempelajari sifat Mukhalafatuhu lilhawadis pada Tahun 3. Ia amat bertepatan
dengan teori perkembangan Kohlberg kerana pada umur sembilan tahun, kanak-kanak
berada di peringkat konvensional. Mereka akan terdorong untuk melakukan perkara-perkara
yang baik. Sesuai dengan tahap umur sekolah rendah untuk mempelajari topik ini di dalam
subjek Pendidikan Islam.
Bagi seorang muslim, kita wajib mempercayai sifat Mukhalafatuhu lilhawadis.
Oleh itu, para pelajar mestilah diasuh sejak kecil untuk mempercayai dan meyakini sifat-
sifat wajib bagi Allah. Oleh hal yang demikian, berdasarkan model kurikulum yang dipilih
iaitu model kurikulum Tyler (1949), ia sangat sesuai bagi mencapai objektif yang diingini
iaitu mengatasi isu kemerosotan akidah murid dengan mengenalkan Allah kepada murid.
Jika seseorang guru dapat membentuk seseorang pelajar melalui dakwah yang disampaikan
di dalam kelas, maka isu kemerosotan akidah dapat diatasi. Model kurikulum Tyler
menekankan beberapa aspek bagi mencapai objektif. Langkah pertama adalah mengenal
pasti tujuan pendidikan yang seharusnya dicapai. Kedua, penyusunan kandungan dan aktiviti
pembelajaran. Ketiga, pemilihan pengalaman pembelajaran yang bersuaian. Akhir sekali
adalah penilaian yang tersusun.
Langkah pertama adalah mengenal pasti tujuan pendidikan yang seharusnya
dicapai. Guru mestilah mempunyai objektif pendidikan yang jelas sebelum memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pelajaran mestilah selaras dengan keperluan
pelajar. Menurut DSKP Pendidikan Islam Tahun 3, objektif yang ingin dicapai adalah sesuai
dengan tahap kemampuan pelajar iaitu “meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk
diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam
tindakan”. Tambahan pula, sifat Mukhalafatuhu lilhawadis adalah subtopik akidah yang
akan dipelajari dalam subjek ini. Dalam konteks sifat Mukhalafatuhu lilhawadis, perkara
asas yang wajib difahami oleh pelajar adalah pengenalan sifat ini. Dalam proses menyantuni
kanak-kanak, guru boleh bertanya kepada mereka apakah sifat-sifat Allah yang mereka tahu.
Oleh hal yang demikian, guru dapat mengetahui tahap pengetahuan pelajar dan seterusnya
memberikan mereka pengetahuan baru yang sebenar. Guru juga boleh memberi tunjuk ajar
dengan berhikmah dan lemah lembut supaya para pelajar dapat menghayati sifat
Mukhalafatuhu lilhawadis Allah dengan ikhlas. Menurut teori moral Kohlberg pula, kanak-
kanak pada tahap Pra-Konvensional akan takut untuk melakukan perkara buruk kerana tidak
mahu menerima hukuman. Jika murid dapat menghayati sifat Mukhalafatuhu lilhawadis
dalam kehidupan, kesannya adalah mereka tidak akan melakukan dosa kerana takut kepada
hukuman di akhirat kelak dan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai. Oleh hal yang
demikian, isu kemerosotan akidah dapat dibendung daripada terus berlaku.
Langkah kedua pula adalah penyusunan kandungan dan aktiviti pembelajaran.
Dalam penyusunan kandungan, Tyler menyarankan tiga prinsip utama yang perlu dijadikan
dasar iaitu prinsip kesinambungan, prinsip ketertiban dan prinsip kesepaduan. Untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum harus disusun
mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Isi
kandungan pembelajaran telah disusun dengan lengkap di dalam DSKP Pendidikan Islam
Tahun 3. Oleh itu, guru-guru perlu merujuk kepada DSKP dan mencipta aktiviti
pembelajaran yang kreatif supaya dapat menyantuni mereka dengan membuatkan mereka
lebih berminat untuk belajar. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar adalah amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar seterusnya
dapat meningkatkan prestasi mereka. Misalnya, guru boleh menjalankan aktiviti
berkumpulan yang dicadangkan dalam Pendidikan Abad ke-21 seperti “Gallery Walk”, “Hot

60
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Seat” dan sebagainya. Di samping itu, terdapat peringkat orientasi ganjaran peribadi dalam
teori perkembangan moral Kohlberg. Kanak-kanak pada peringkat Konvensional ini
cenderung untuk mendapatkan ganjaran dan penghargaan daripada orang sekeliling. Sebagai
contoh, guru-guru boleh menghadiahkan saguhati seperti alat tulis atau coklat kepada pelajar
yang berjaya menjawab soalan di dalam kelas atau dapat memahami topik sifat Allah
Mukhalafatuhu lilhawadis dengan baik. Oleh itu, para pelajar akan lebih berminat untuk
mempelajari ilmu yang disampaikan oleh guru. Seterusnya, isu kemerosotan akidah dalam
kalangan pelajar dapat diatasi apabila mereka dapat menguasai pembelajaran di dalam kelas
dan menjauhi perbuatan salah laku disiplin di sekolah.
Seterusnya, langkah ketiga ialah pemilihan pengalaman pembelajaran yang
bersesuaian dan kaedah pembelajaran. Langkah ini merupakan suatu yang sangat penting
kerana pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan akan
membawa kesan terbaik kepada pembelajaran pelajar. Guru boleh mengaitkan sifat
Mukhalafatuhu lilhawadis dengan pengetahuan sedia ada murid. Sebagai contoh, guru
bertanya apakah mereka sudah mengenal sifat Mukhalafatuhu lilhawadis Allah sebelum
mempelajari subjek ini. Oleh itu, guru dapat mengetahui tahap kemampuan dan pemahaman
pelajar. Guru juga perlu menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sifat Mukhalafatuhu
lilhawadis yang bermaksud Allah tidak sama dengan sesuatu yang baharu. Di samping itu,
guru mestilah menyantuni kanak-kanak dengan mengambil berat tahap kemampuan setiap
pelajar. Seterusnya, guru dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar supaya mereka lebih
faham dan dapat menghayati sifat wajib Allah dalam diri dan kehidupan seharian. Terdapat
pelbagai faedah yang akan diperolehi oleh pelajar jika mereka mengenal dan menghayati
sifat Mukhalafatuhu lilhawadis. Antaranya adalah dapat memantapkan akidah dalam diri dan
menjauhkan mereka dari akhlak yang buruk. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran
juga dapat dipelbagaikan jika setiap guru menggunakan kaedah yang kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yang diperoleh juga akan menjadi lebih
bermakna. Seterusnya, Kohlberg berpendapat bahawa pelajar pada tahap Konvensional ini
sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa,
guru dan komuniti. Oleh hal yang demikian, para pelajar akan lebih patuh dan mudah
menerima kaedah pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru dalam waktu PdP.
Bagi melengkapkan model kurikulum Tyler, langkah terakhir adalah penilaian
yang tersusun. Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Bagi melihat kesan
ketercapaian objektif dan matlamat kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya, maka
penilaian akan dilakukan. Terdapat pelbagai kaedah penilaian yang boleh dijalankan iaitu
penilaian secara formatif atau sumatif. Melalui penilaian, guru dapat mengenal pasti
kemajuan seseorang pelajar sama ada pada tahap yang memuaskan atau sebaliknya. Apabila
pelajar dapat memahami dan menghayati sifat Mukhalafatuhu lilhawadis dengan baik, maka
keputusan peperiksaan pasti berada pada tahap yang sangat memuaskan. Tambahan pula,
jika pelajar dapat memahami sifat Mukhalafatuhu lilhawadis Allah dengan baik, bermakna
dia dapat menjelaskan bahawa Allah tidak sama dengan yang baharu. Seterusnya, pelajar
tersebut akan melakukan perkara-perkara yang baik dan menjauhi perkara-perkara buruk
kerana menurut teori Kohlberg, murid pada tahap ini cenderung untuk melakukan kebaikan
kerana ingin dianggap sebagai “orang yang baik”. Di samping itu, penilaian ini juga dapat
memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran.
Melalui penilaian, guru dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran mahupun masalah akidah dalam diri. Oleh itu, guru perlu membimbing pelajar
tersebut dengan menyantuni mereka. Misalnya, guru sebagai individu yang penting dalam
menyelesaikan isu akidah ini perlu bersifat mendidik, bukannya bersifat menghukum.

61
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Seorang guru juga mestilah tidak “pilih kasih” terhadap para pelajar dan menghormati
kepelbagaian murid.

RUMUSAN

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berganding bahu dalam menangani isu kemerosotan
akidah dalam kalangan pelajar sekolah. Bak kata peribahasa, serumpun bagai serai, selubang
bagai tebu. Berdasarkan langkah-langkah yang dikemukakan oleh Tyler, guru merupakan
penggerak utama bagi mencapai objektif dan tujuan yang dikehendaki. Malahan, murid juga
perlu memainkan peranan penting bagi memastikan segala usaha guru adalah tidak sia-sia.
Menurut al-Nisywan (1992), pelajar perlu mengembangkan kefahaman, kemahiran dan nilai
dalam diri mereka melalui daya usaha mereka sendiri. Guru pula berperanan untuk
menyediakan konteks, aktiviti, bimbingan, dorongan dan teladan bagi membolehkan pelajar-
pelajarnya mengembangkan potensi diri secara bermakna. Melihat kepada pandangan al-
Nisywan, jelaslah bahawa kerjasama antara guru dan murid adalah sangat penting bagi
mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Guru boleh menggunakan model kurikulum Tyler
dan teori moral Kohlberg dalam sesi PdP bagi menerapkan sifat Mukhalafatuhu lilhawadis
dalam diri pelajar. Tambahan pula, setiap metodologi yang ingin dilakukan oleh guru
mestilah menekankan konsep menyantuni kanak-kanak. Akhir sekali, jika guru dan murid
saling bekerjasama menjalankan langkah-langkah tersebut, maka isu kemerosotan akidah
dapat diatasi dalam jangka masa terdekat.

RUJUKAN

Abd. Aziz, Kamarul Bakri. (1999). Konsep ilmu tauhid dalam kitab jawi / Kamarul Bakri
Abd. Aziz. Masters thesis. University of Malaya.
Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin, (2010) Penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor
Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Al-Nisywan, Yaaqub Hussain. (1992). Al-manhaj al-tarbawiyy min manzur al-Islami.
Amman: Darul Furqan.
Al-Quran Al-Karim. Surah al-Ikhlas, ayat 4.
Al-Quran Al-Karim. Surah ar-Syura, ayat 11.
Annisa Nurul Hasanah. (2019). Belajar Tauhid; Cara Meyakini Sifat Allah Al-Mukhalafatu
lil Hawaditsi. Bincang Syariah. Dicapai daripada
https://bincangsyariah.com/kalam/belajar-tauhid-cara-meyakini-sifat-allah-al-
mukhalafatu-lil-hawaditsi/
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Masters thesis.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Jaibin Mailap. Model Kurikulum Tyler Kekuatan dan Kelemahan. Dicapai daripada
https://www.academia.edu/5025980/Model_Kurikulum_Tyler_Kekuatan_dan_Kelemaha
n
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun
Tiga. Diperoleh daripada https://moe.gov.my.

62
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Mansor Dahlan & Faizuri bin Abd Latif. (2016). Konsep Penterjemahan Sifat Salbiyyah Dan
Ma`Ani Menurut Wan Ismail Alfatani (Pak Da Ail) Dalam Matan Bakurah Al-Amani.
Afkar Vol. 18: 199-234.
Muhammad Zaini Yahya, Zarina Mahyuddin, Muhamad Taufid Kasim & Zulhizam Umar.
(2012). Pendidikan Islam Tahun 3. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi Semula Kurikulum Pendidikan Islam.
Selangor: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Saul McLeod. (2013). Kohlberg's Stages of Moral Development. Simply Psychology.
Dicapai daripada https://www.simplypsychology.org/kohlberg.html.

63
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH QIYAMUHU BI NAFSIHI


DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL
KURIKULUM TABA DAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Nik Siti Syuairah binti Nik Asri


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat mementingkan pendidikan. Hal ini sudah
pasti bertujuan melahirkan rakyat yang berkualiti untuk negara, bangsa dan agama. Demi
melahirkan rakyat sedemikian, pendidikan yang diberikan mestilah mantap untuk membina
akhlak yang baik dalam diri setiap pelajar. Sebagaimana kita tahu, terdapat pelbagai isu
pendidikan yang negatif seperti gejala ponteng sekolah, mencuri dan sebagainya. Hal ini
perlu dibendung dengan segera demi melahirkan pemimpin yang brwibawa pada masa akan
datang kerana kanak-kanak yang meningkat dewasa akan memikul taklib sebagai hamba dan
khalifah (Nor Fauzian, 2015). Oleh itu, kemenjadian murid perlu dibentuk dengan
sebaiknya. Bagi membentuk kemenjadian murid, kemantapan akidah mesti dibentuk dalam
diri anak-anak sejak kecil. Hal ini kerana, penerapan modal insan berkualiti bermula dengan
memurnikan fitrah insan agar berasaskan keimanan sepenuhnya terhadap Allah SWT (Mohd
Syafiee Hamzah et.al, 2015). Justeru, semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat
bertanggungjawab memastikan setiap anak bangsa menerima pendidikan yang mantap di
awal usia mereka. Hal ini bertepatan dengan amanat yang disampaikan oleh yang berhormat
Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia, “Di kesempatan ini juga, saya meneyeru
semua pihak dari pelbagai bidang dan kemahiran untuk turut bersama-sama membantu
menjayakan amanah ini” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Perbincangan dalam
penulisan ini, menekankan cara untuk menyantuni kanak-kanak dengan menerapkan nama
Allah Qiyamuhu bi nafsihi menggunakan model kurikulum Taba mengikut teori
perkembangan kognitif Jean Piaget untuk membentuk kemenjadian murid.

DEFINISI

i. Sifat Qiyamuhu Bi Nafsihi Allah

Sifat Allah Qiyamuhu bi nafsihi bermaksud Allah berdiri dengan sendirinya. Hal ini
bermaksud Allah tidak memerlukan sebarang pertolongan apa atau sesiapapun. Sifat
Qiyamuhu bi nafsihi menafikan Allah SWT berhajat kepada pencipta (Abdul Rahman Saleh
Siregar, 2016). Qiyamuhu bi nafsihi ini lebih tepat dikatakan sebagai zat bukannya sifat
kerana sifat ini lebih sesuai digunakan kepada makhluk. Zat Allah ini sangat berbeza
dengan sifat berdikari manusia kerana manusia walau sehebat mana pun mampu berdikari,
mereka tetap memerlukan bantuan dari seseorang atau sesuatu perkara. Contohnya, manusia
memerlukan udara untuk hidup. Sifat Qiyamuhu bi nafsihi Allah ini dapat dibuktikan
dengan jelas lagi berdasarkan dalil naqli dalam surah al-Ankabut ayat 6 yang berbunyi:

‫ع ِن ْالعَالَ ِمين‬
َ ‫َّللاَ لَغَنِي‬
َّ ‫َو َم ْن َجا َهدَ فَإِنَّ َما يُ َجا ِهدُ ِلنَ ْف ِس ِه ْۚ إِ َّن‬
) 6 : 29: ‫(سورة اَلنكابوت‬

64
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Maksudnya:Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia


hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak
berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
(Surah al-Ankabut:29:6)

Bagi memastikan para pelajar betul-betul memahami dan meyakini Allah bersifat
Qiyamuhu bi nafsihi, penerangan yang diberikan mestilah jelas dan mantap serta disokong
dengan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith kerana akal fikiran manusia terbatas dan
memerlukan bimbingan.

ii. Model Kurikulum

Kurikulum ialah suatu rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi


memperoleh pelbagai tujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkait dengannya
(Saylor, Alexander, 1967). Merujuk definisi di atas, sesuatu yang dilakukan hendaklah
dimulakan dengan perancangan yang rapi demi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan.
Dalam aspek pendidikan, sangat wajar bagi para pendidik menjadikan model kurikulum
sebagai rujukan dalam merancang sesuatu proses PdP yang dijalankan. Terdapat dua jenis
model kurikulum yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pendidik iaitu, model
objektif dan model proses. Model objektif terdiri daripada model kurikulum Taba yang
dipelopori oleh Hilda Taba dan model kurikulum Tyler yang dipelopori oleh Ralph Tyler.
Manakala model proses terdiri daripada model kurikulum Stenhouse yang dipelopori oleh
Lawrance Stenhouse. Perbezaan antara kedua-dua model ini ialah, model objektif
berpusatkan murid manakala model proses berpusatkan guru. Selain dua jenis model itu,
terdapat juga model kurikulum lain iaitu, model kurikulum trend terkini (Emergent
Curriculum). Setiap model kurikulum yang dicipta boleh dijadikan sebagai panduan untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

iii. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Jean piaget merupakan seorang tokoh psikologi yang berpengaruh dalam bidang
perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Piaget mencadangkan empat konsep
utama dalam penyelidikan proses pembelajaran iaitu Skema, Asimilasi, Akomodasi dan
Ekuilibrasi. Menurut beliau juga, tahap-tahap perkembangan intelektual individu serta
perubahan umur sangat mempengaruhi kemampuan individu mengamati ilmu pengetahuan.
(Laura A. King. t.t:152). Oleh itu, beliau membahagikan tahap perkembangan kognitif
kepada empat tahap yang terdiri daripada peringkat sensori motor, peringkat praoperasi,
peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.
Pada peringkat operasi konkrit, kanak-kanak sudah cukup matang untuk
menggunakan pemikiran logikal atau operasi (Fatimah Ibda,2015). Peringkat ini merupakan
peringkat kanak-kanak menerima pendidikan secara formal di sekolah. Maka wajib bagi
para pendidik mengetahui tahap kanak-kanak yang dididiknya agar dapat mengenal pasti
cara terbaik proses PdP dijalankan. Pada peringkat ini juga, pemikiran intuitif kanak-kanak
digantikan dengan penaakulan logik. Oleh itu, kanak-kanak dapat memahami operasi
kebalikan dan mengklasifikasi sekali gus mampu untuk membuat penilaian tentang sesuatu
perkara dan dapat menerima pandangan orang lain.

65
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENERAPAN SIFAT ALLAH QIYAMUHU BINAFSIH DENGAN MENYANTUNI


KANAK-KANAK BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TABA DALAM TEORI
PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Mendiagnosis kepentingan mempelajari sifat Qiyamuhu bi nafsihi Allah merupakan langkah


utama yang dicadangkan dalam model kurikulum Taba. Mendiagnosis merupakan penilaian
yang dijalankan pada permulaan proses PdP berlangsung untuk mengetahui kesediaan
pelajar serta latar belakang subtopik yang akan diajarkan. Oleh itu, langkah ini akan
merungkai apa yang pelajar perlu memberi penumpuan. Dalam Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran (DSKP) yang disediakan oleh pihak berwajib, terdapat empat
subtopik bagi tajuk Qiyamuhu bi nafsihi iaitu, menyatakan pengertian, hukum mempercayai,
dalil serta menghuraikan faedah mempelajarinya. Berdasarkan DSKP, guru dapat membuat
penilaian tentang keperluan pelajar mempelajari sifat Allah. Terdapat juga objektif yang
dinyatakan bagi topik akidah iaitu, memahami dan meyakini asas aqidah sebagai pegangan
dan benteng dalam kehidupan, maka objektif ini boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk
menentukan cara aktiviti PdP dijalankan.
Topik Allah bersifat Qiyamuhu bi nafsihi perlu diajar kepada murid tahun tiga
sebagaimana yang telah ditetapkan dalam DSKP. Hal ini sangat bertepatan dengan teori
Piaget, menurutnya, pada usia ini, skema dibentuk (Fatimah ibda, 2015). Ketika kanak-
kanak dibentuk semasa mereka cuba memahami sesuatu dan dia akan bertindak mengikut
perkara yang dirasakan elok olehnya. Oleh itu, untuk membentuk skema yang baik maka,
pendidikan yang baik juga harus diberikan kerana skema kanak-kanak dibentuk semasa
mereka cuba untuk memahami sesuatu di persekitarannya. Tambahan pula, sekiranya
sepanjang proses PdP berlaku, guru menyantuni pelajar dengan lemah lembut serta penuh
kasih sayang, skema mereka juga akan terbentuk kearah positif. Pembelajaran tentang sifat
Allah Qiyamuhu bi nafsihi sangat bagus dipelajari kerana seandainya pelajar berjaya
meghayati sedalam-dalamnya maksud sifat Allah ini serta mengamalkannya dalam
kehidupan seharian, semestinya akhlak para pelajar akan menjadi baik sekali gus melahirkan
generasi muda Malaysia yang bermoral kerana, sekiranya mereka yakin dengan sifat Allah
yang maha bekuasa sudah pasti mereka takut melakukan kejahatan.
Setelah menganalisis keperluan pelajar, guru perlulah mula membina objektif yang
ingin dicapai. Objektif yang dibina mestilah bersesuaian dengan tahap perkembangan
kanak-kanak yang mempelajarinya. Pada tahap ini menurut Piaget, pelajar berupaya
mengaplikasikan logikal. Hal ini bermaksud, guru boleh meletakkan objektif yang perlu
dicapai sehingga tahap pelajar dapat mengaplikasikan kesan mempelajari sifat Allah dalam
kehidupan mereka. Bertepatan dengan objektif yang terdapat dalam DSKP iaitu, murid
dapat menjelaskan konsep akidah dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Guru
perlu meyakinkan pelajar bahawa Allah bersifat Qiyamuhu bi nafsihi iaitu tidak memerlukan
sebarang bantuan untuk melaksanakan sesuatu (Abdul Rahman Saleh Siregar,2016). Dalam
konsep kita sebagai manusia pula, juga perlu berdikari berdasarkan situasi-situasi tertentu
seperti bercakap di hadapan orang ramai tanpa ditemani oleh sesiapa pun termasuk rakan
sebayanya. Dalam konteks ini, guru perlu menyantuni pelajar dengan sentiasa memberi
dorongan dengan kata-kata yang positif agar mereka berkeyakinan untuk berdikari seperti
menyuruh mereka untuk bercakap di hadapan atau melantik pelajar untuk memimpin
sesebuah kumpulan. Hal ini akan melatih mereka untuk menjadi lebih berdikari sekali gus
dapat dijadikan sebagai bekalan apabila meningkat dewasa nanti.
Pemilihan kandungan yang sesuai sangat penting kerana pemilihan kandungan
merupakan perancangan utama sebelum PdP berlangsung. Sekiranya perancangan disusun
rapi maka proses PdP juga akan berlangsung dengan jayanya. Guru perlu memilih

66
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

kandungan sesuai dan relevan yang akan digunakan dalam proses PdP untuk mencapai
objektif yang ditetapkan. Kandungan yang dipilih mestilah bersesuaian dengan tahap umur
pelajar ini. Menurut Piaget, pada tahap ini kanak-kanak mula menggunakan penaakulan
logik dan mereka terikat dengan pengalaman deria yang dialami. Oleh itu, kandungan yang
disediakan mestilah logik diterima akal. Dalam tajuk Allah bersifat Qiyamuhu bi nafsihi,
kandungan yang disediakan mestilah maujud dan berlaku secara realiti agar pelajar dapat
memahaminya dengan baik. Sebagai contoh, menetapkan kandungan pembelajaran tentang
sifat berdikari manusia yang terbatas berbanding dengan sifat Qiyamuhu bi nafsihi Allah
yang tidak ada batasnya. Buktikan kepada para pelajar bahawa kita sebagai manusia
memerlukan bantuan antara satu sama lain dengan mengadakan aktiviti berkumpulan dan
dari situ mereka akan belajar untuk saling bantu-membantu sekali gus nilai kerjasama dapat
dipupuk dalam diri pelajar dan sifat sombong akan terhindar daripada mereka. Walaupun
pelajar itu seorang yang nakal, ego dan sombong, sebagai guru, kita perlu menyantuni
mereka dengan sentiasa memotivasikan mereka dengan menyatakan ganjaran yang bakal
diperoleh sekiranya berbuat baik dan berakhlak mulia.
Terdapat juga guru yang tidak tahu untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik sehingga boleh menjejaskan kefahaman murid-murid tentang
sesuatu topik. Sepatutnya setiap guru perlu mahir menguruskan perkara ini kerana proses ini
yang akan memperlihatkan dengan jelas hala tuju sesuatu kurikulum yang dirancang. Hal
ini sangat bertepatan dengan langkah yang keempat dalam model kurikulum Taba iaitu,
menyusun isi kandungan pembelajaran (Taba, 1962). Setiap guru perlu menyusun setiap
rancangan pembelajaran sejak mula masuk kelas sehingga berakhirnya sesi pembelajaran.
Dalam topik Allah bersifat Qiyamuhu bi nafsihi, guru perlu bermula dengan
memperkenalkan apa itu Qiyamuhu bi nafsihi dari segi maksudnya iaitu Allah mampu
berdiri dengan sendirinya (Abdul Rahman Saleh Siregar,2016). Nyatakan pengertiannya
dan berakhir dengan menyatakan iktibar yang boleh diamalkan oleh para pelajar. Proses
yang disusun mestilah mengikut kesesuaian tahap perkembangan murid.
Dalam topik ini, guru boleh membincangkan bersama pelajar tentang pengertian
Allah bersifat Qiyamuhu bi nafsihi, seterusnya, membincangkan tentang hukum,
membacakan dalil-dalil naqli serta membincangkan dalil-dalil aqli dan di akhir perbincangan
bincangkan tentang faedah, akibat serta implikasi beriman dengan sifat Qiyamuhu bi nafsihi
Allah. Proses ini akan memudahkan pelajar untuk memahami topik tersebut kerana pada
peringkat ini kanak-kanak banyak terikat dengan ‘operasi’. Hal ini bermaksud, PdP
disampaikan dengan mengadakan aktiviti yang kreatif seperti membuat teka-teki berkaitan
topik dan sebagainya. Dalam situasi ini, guru boleh menyantuni pelajar dengan memberi
penghargaan kepada pelajar yang berjaya menjawabnya. Situasi sebegini akan
menyebabkan pelajar lebih berusaha untuk mendapat ganjaran tersebut. Guru bukan sekadar
membacakan buku teks semata-mata yang boleh menyebabkan pelajar cepat bosan.
Pemilihan dan penyusunan pengalaman pembelajaran juga penting bagi
memastikan proses PdP berjalan dengan berkesan (Ali Usmar, 2017). Dalam langkah ini
guru seharusnya menyediakan aktiviti yang membolehkan pelajar menerima pengalaman
yang sangat bermakna dan akan memberi kesan kepada diri pelajar sehingga akan ada kesan
positif terhadap kelakuannya ketika dia meningkat dewasa sekali gus dapat menjamin
keamanan negara kerana kebanyakkan rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama
lain. Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah, mengadakan aktiviti secara
berkumpulan kerana melalui aktiviti berkumpulan, dapat menyedarkan pelajar tentang sifat
berdikari makhluk yang terbatas sesuai dengan topik yang dibincangkan tentang sifat
Qiyamuhu bi nafsihi Allah. Berdasarkan teori Piaget, peringkat ini juga, kanak-kanak dapat
memahami konsep “kebalikan”. Oleh itu, sebagai guru, perlu menyantuni kanak-kanak

67
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

dengan sentiasa memuji murid yang melakukan kebaikan kerana sekiranya mereka
mendapat pujian hasil daripada perbuatan mereka, mereka akan fikir berbuat baik adalah
perbuatan yang bagus dan mereka akan mengulanginya lagi.
Selepas selesainya aktiviti secara berkumpulan, tanyakan kepada pelajar tentang
apa yang diperoleh hasil daripada aktiviti itu. Pada peringkat umur ini, mereka sangat sesuai
dilatih untuk berkerja secara berkumpulan kerana menurut teori Piaget, kanak-kanak tidak
lagi bersifat egosentrik. Hal ini bermaksud mereka mula boleh menerima pandangan orang
lain. Maka di sini guru perlu mengambil kesempatan menerapkan nilai menghormati orang
lain dan tidak sombong kerana kita manusia tidak akan mampu berdikari sepenuhnya kerana
fitrah manusia perlu bersosial bertentang dengan sifat Qiyamuhu bi nafsihi Allah. Di sini
pelajar boleh disantuni dengan menasihati mereka secara baik agar menghormati antara satu
sama lain bukan dengan memarahi mereka. Mungkin mereka tidak tahu menghormati antara
satu sama lain sebelumnya, namun, sekiranya guru berjaya menerapkan nilai itu dalam diri
mereka, mereka akan menjadi insan yang berakhlak mulia.
Guru perlu melakukan penilaian pada akhir pengajaran namun, beliau tidak
menentukan jenis penilaian yang perlu dilakukan tetapi bergantung kepada kebijaksanaan
guru untuk menentukan jenis penilaian yang hendak dilakukan. Antara penialaian yang
boleh dilakukan ialah penilaian secara sumatif iaitu dilakukan sebelum bermulanya proses
PdP, ketika berlangsung dan sesudahnya. Melalui cara ini, pelajar akan menikmati proses
PdP yang berlaku tanpa merasakan sebarang tekanan. Pada pendapat saya, cara ini lebih
telus kerana pelajar dinilai tanpa mereka sedari dan sudah pasti hasil penilaian yang
diperoleh merupakan tahap pencapaian mereka yang sebenar berbanding dengan
peperiksaan bertulis yang dijalankan.
Pelajar boleh dinilai dari segi keberkesanan mempelajari sifat Allah Qiyamuhu bi
nafsihi. Bandingkan akhlak mereka sebelum dan selepas mempelajari sifat Allah ini. Hal
ini kerana, sekiranya guru telah berjaya dengan jayanya mendidik pelajar tentang sifat Allah
serta dapat meyakinkan mereka tentang kebenaran sifat yang dimiliki Allah, nescaya mereka
tidak berani untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik kerana yakin bahawa Allah
tidak memerlukan sebarang bantuan untuk menjatuhkan sesuatu hukuman. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa Allah Maha Berkuasa dan hanya Dia yang layak disembah ditaati
segala perintahnya termasuk meninggalkan segala larangan-Nya. Sekiranya pelajar tidak
mencapai tahap penilaian yang memuaskan, guru perlu berusaha untuk memastikan pelajar
dapat mencapai objektif yang ditetapkan bukan dengan memaksa mereka seperti memaki
dan sebagainya, bahkan guru perlu meyantuni murid dengan mendidik mereka penuh
kesabaran dan mengeluarkan kata-kata yang baik agar mereka sentiasa berminat untuk terus
belajar. Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Taha ayat 132 yang berbunyi:

‫الى اخر اية‬......‫وأمر اهلك بالصلوة واصطبرعليها‬


(132:20:‫(سورة طه‬
Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan
hendaklah engkau tekun dan sabar menunaikannya.
(Surah Taha:20:132)
PENUTUP

Kesimpulannya, jelaslah bahawa dengan mendalami sifat Allah Qiyamuhu bi nafsihi boleh
membentuk kemenjadian murid seperti berakhlak mulia, hormat-menghormati antara satu
sama lain serta gemar menolong orang yang memerlukan. Sekiranya guru berjaya

68
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

membentuk pelajar sedemikian, nescaya manfaat akan diperoleh oleh diri mereka serta
manusia sejagat. Model kurikulum Taba sangat sesuai digunakan sebagai panduan kepada
guru untuk menjalankan proses PdP dengan lebih tersusun dan efektif dengan mengambil
kira tahap perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget.
Jadi jelaslah bahawa, berdasarkan model kurikulum Taba dan teori perkembangan kognitif
Jean Piaget, guru dapat menyantuni murid agar terbentuknya kemenjadian murid di samping
menerapkan akidah yang mantap dalam diri pelajar tanpa membebankan mereka kerana PdP
yang dijalankan sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

RUJUKAN

Abdul Rahman Saleh Siregar. (2016). Mengenal sifat 20. Pustaka salam: Selangor.
Ali Usmar. (2017). Model-model pengembangankurikulum dalam proses kegiatan
belajar. jurnalAn-Nahdhah. Vol 11, No 2
Al-Quran Karim. Kuala lumpur:Zafar Sdn. Bhd.
Fatimah ibda (2015). Perkembangan kognitif:teori Jean Piaget. Intelektualita, 3 (1,), 27-38
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Teks ucapan sempena majlis amanat Menteri
Pendidikan 2019. Diambil daripada
https://www.moe.gov.my/index.php/en/menumedia/printed-media/speeches/5050-
amnat-ybm-2019
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Tahun Tiga. Diperoleh daripada https://moe.gov.my.
Mohd Shafiee Hamzah, Azli Fairuz Laki, Rahimah Embong & Nik Murshidah Nik Din.
(2015). Penerapan aqidah dalam dasar Pendidikan Malaysia: Analisis terhadap
falsafah Pendidikan negara dan islam hadhari. Jurnal islam dan masyarakat
kontemporarari. Fakulti pengajian kotemporariislam. Diambil daripada
file:///C:/Users/a%20d%20m%20i%20n/Downloads(79-291-1-PB%20(2).pdf
Muhammad Suhaimi Taat, Mohd Yusof Abdullah, Bahrom Mohamad, Roslee Talip,Abdul
Said Ambotang & Shukri Zain. (2014). Kemenjadian guru dan murid. Diambil
daripada http://eprints.ums.edu.my/8265/1/nc0000003820.pdf
Nor Fauzian Kasim. (2015). persahabatan dalam kalangan kanak-kanak menurut perspektif
islam. Diambil daripada
https://www.researchgate.net/publication/303381841_PERSAHABATAN_DALAM_
KALANGAN _KANAK-KANAK_MENURUT_PERSPEKTIF_ISLAM
R: Saylor, J. G. dan M. Alexander dan A. J. Lewis. (1981). Curriculum Planning for Better
Teaching and Learning. New York: Rinehart and Winston, Inc.
Taba, H. (1962). Curriculum development: theory and practice. New York, NY: Harcout,

69
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH WAHDANIAH DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TYLER DAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Nor Liyana Fatihah binti Mohammad Zaki


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting dan perlu diberi perhatian bagi
melahirkan sebuah negara yang berdaya saing dan maju. Bagi mencapai hasrat tersebut,
pelajar merupakan aset utama sesebuah negara. Oleh itu, sistem pendidikan di negara kita
sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi melahirkan pelajar atau insan yang dapat
melakarkan masa depan negara kelak. Dalam pada itu, unsur akidah turut diberi perhatian
dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Falsafah ini memberi implikasi kepada sistem
pendidikan negara melalui pendekatan bersepadu yang menekankan pengembangan potensi
insan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan ini bukan sahaja mampu
mendidik akal, tetapi juga hati sehingga modal insan tersebut mengiktiraf kewujudan
Pencipta, menundukkan sifat-sifat ego dan membolehkan mereka membangunkan sifat
kehambaan hanya kepada Pencipta (Nur Hafizoh & Rohana, 2013).
Maka, adalah amat penting penerapan akidah seperti pembelajaran sifat-sifat Allah
kepada murid agar dapat membentuk kemenjadian murid pada masa akan datang. Namun
begitu, bagi memastikan penerapan akidah ini berjaya konsep menyantuni kanak-kanak
merupakan kunci utama kerana kanak-kanak sukar menerima sesuatu pernyataan secara
abstrak. Isu berkaitan sikap pelajar yang tidak beradab dengan ibu bapa dan guru serta
meninggalkan solat adalah berpunca dari akidah yang tidak mantap apabila proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak berkesan . Peranan guru dalam situasi ini ialah
menjadi “role model” kepada murid dengan mempamerkan perwatakan dan akhlak yang
baik. Selain itu, guru juga perlu bijak dalam memenangi perasaan murid agar mereka mudah
menerima perkara yang diajar. Dalam penulisan ini, kupasan yang dibuat adalah menjurus
kepada penerapan sifat wahdaniah Allah dalam membentuk kemenjadian murid dengan
menggunakan model kurikulum Tyler bagi menyantuni kanak-kanak mengikut teori
perkembangan kognitif Jean Piaget.

DEFINISI

i. Model Kurikulum Tyler

Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma
dalam diri setiap individu serta memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif
yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Merujuk perkara di
atas, pernyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa kurikulum merupakan suatu perkara
yang penting dalam sistem pendidikan dan perlu diberi penilaian yang terbaik sebelum
mengaplikasikannya. Kurikulum merupakan suatu perkara yang amat penting dalam
pendidikan kerana melalui kurikulum ini penilaian bagi keberkesanan sesebuah kurikulum
dan penambahbaikan sistem pendidikan dapat dibuat. Hal ini sejajar dengan pernyataan
Dusenbury drk. (2003), iaitu beliau menyatakan bahawa dengan menjalankan kajian

70
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

terhadap pelaksanaan sesebuah kurikulum, kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab


kejayaan dan kegagalan mampu dikenal pasti serta diatasi pada masa yang akan datang.
Kurikulum terdiri daripada beberapa model kurikulum seperti Model Kurikulum Taba,
Model Kurikulum Tyler, Model Kurikulum Stenhouse dan sebagainya. Setiap model
kurikulum yang dicipta terdapat kelainan dan matlamat yang berbeza. Misalnya, Model
Kurikulum Tyler dan Taba merupakan model objektif manakala Model Kurikulum
Stenhouse merupakan model proses. Model Kurikulum Tyler dan Taba adalah serupa iaitu
model objektif, namun kedua-duanya berbeza dari segi konsep atau prinsip iaitu Model
Kurikulum Taba mempunyai tujuh konsep manakala Model Kurikulum Tyler mempunyai
empat konsep. Dalam penulisan ini, huraian yang akan dikupas adalah berdasarkan Model
Kurikulum Tyler. Model Kurilukum Tyler (1949) dalam Saedah Siraj (2008), kurikulumnya
adalah berasaskan kepada objektif. Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum and
Instruction, Tyler memberi definisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola
dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan.
Model kurikulum Tyler mempunyai empat asas kurikulum iaitu objektif pembelajaran,
kandungan pembelajaran, kaedah pembelajaran dan penilaian pembelajaran. Melihat isu
kanak-kanak pada masa kini seperti meninggalkan solat, tidak beradab dengan guru dan ibu
bapa membuatkan banyak pihak gusar akan akidah masyarakat pada masa akan datang. Oleh
itu, dalam menyantuni kanak-kanak kandungan kurikulum yang dirancang memainkan suatu
hal yang sangat penting. Hal ini adalah kerana kandungan yang disediakan adalah
bersesuaian dengan tahap murid dan guru akan menerapkan perkara tersebut hingga mereka
dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dalam penulisan ini, aspek akidah
yang akan ditekankan bagi membentuk kemenjadian murid adalah melalui sifat wahdaniah
Allah. Berdasarkan DSKP pendidikan Islam KSSR tahun 4, kepentingan mempelajari
wahdaniah adalah agar murid dibekalkan dengan konsep asas wahdaniah sehingga
berkebolehan menjadikannya sebagai asas dalam setiap tindakan yang dibuat.

ii. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Kehidupan manusia dapat didefinisikan sebagai satu proses perubahan yang berterusan
daripada bayi, ke dewasa dan sehingga ke akhir hayat manusia akan sentiasa berubah hasil
daripada pelbagai aspek antara fizikal, kognitif, bahasa sosioemosi, dan sebagainya.
Kepentingan penguasaan teori perkembangan kanak-kanak kepada guru ialah membantu
guru untuk merancang pengalaman pembelajaran dan membantu guru untuk menjadikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih sistematik. Personaliti dan
tingkah laku kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur (Thomas, 2002). Oleh
itu, adalah amat penting bagi seseorang guru mempelajari teori perkembangan kanak-kanak
agar proses PdP yang disampaikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Teori
perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada beberapa aspek berdasarkan tokoh tertentu.
Antaranya ialah perkembangan kognitif oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky, Robert
Havighurst perkembangan fizikal, Chomsky perkembangan bahasa dan seterusnya.
Dalam penulisan ini, perkara yang ditekankan ialah teori Piaget. Terdapat empat
peringkat dalam perkembangan kognitif oleh Jean Piaget iaitu peringkat pertama ialah
sensori motor, peringkat kedua ialah peringkat praoperasi, peringkat ketiga ialah peringkat
operasi konkrit dan yang terakhir iaitu peringkat keempat ialah peringkat operasi formal.
Peringkat ketiga iaitu peringkat operasi konkrit merupakan peringkat yang paling sesuai bagi
seseorang guru untuk memahami dan mengaplikasikan teori tersebut di dalam kelas. Hal ini
kerana, peringkat operasi konkrit adalah sejajar dengan umur murid sekolah rendah iaitu 7
hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak membuat penaakulan logik tetapi masih

71
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

terikat kepada objek yang konkrit serta memahami prinsip kekekalan, menguasai konsep
klasifikasi, seriasi dan kebalikan. Oleh itu, dalam menyantuni kanak-kanak seseorang guru
perlu menyantuni kanak-kanak dengan meraikan kepelbagaian murid iaitu dengan bertindak
menyampaikan ajaran secara kreatif dan kritis yang bersesuaian dengan semua murid
mengenai konsep sifat wahdaniah Allah dengan menyediakan Alat Bantuan Mengajar
(ABM) agar apabila murid melihat objek tersebut mereka akan lebih memahami. Bahan
pengajaran dan pembelajaran merangkumi teks, animasi, grafik, simulasi, video dan audio
(Koran, 2002). ABM yang disediakan perlulah bersesuaian dan diterima mengikut
kepelbagaian murid agar penyampaian ilmu terhasil.

iii. Sifat Wahdaniah Allah

Wahdaniah merupakan sifat ke-6 daripada sifat 20 Allah . Wahdaniah bermaksud satu, esa,
tiada dua dan tunggal. Dikatakan Allah itu satu kerana terbukti di dalam kalimah syahadah
yang pertama iaitu ‫ أشهد أن َل إله إَل هللا‬yang bermaksud "Aku bersaksi tiada tuhan yang
layak disembah melainkan Allah". Allah ialah Tuhan yang satu dan tiada tuhan lagi selain-
Nya. Meyakini Allah bersifat wahdaniah ialah beriktiqad dalam hati, diucapkan dengan
lidah, dan dibuktikan dengan perbuatan. Maksud di sini ialah kita yakin bahawa Allah
bersifat Esa pada zat, sifat dan perbuatan. Pengertian Allah bersifat Esa pada zat ialah Allah
tiada perkongsian dalam mentadbir dan memerintah alam, segala urusan dilaksanakan oleh
Allah tanpa bantuan sesiapa, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang kelancaran
pentadbiran dan kehendak-Nya. Esa pada sifat bermaksud Allah bersifat dengan sifat
kesempurnaan iaitu tidak sama dengan makhluk-Nya.
Esa pada perbuatan ialah Allah berkuasa melakukan apa sahaja tanpa perlu
pertolongan daripada makhluk-Nya dan tiada seorang pun boleh menyerupai perbuatan
Allah, Allah sahaja yang boleh menentukan rezeki, siang, malam dan sebagainya. Apabila
kita beriman dan meyakini sifat wahdaniah Allah S.W.T, kita akan menjauhi dari melakukan
perbuatan syirik dan khurafat Selain itu, kita juga akan melakukan pekerjaan dengan ikhlas
hanya kerana Allah. Hal ini kerana apabila kita meyakini sifat wahdaniah Allah kita akan
meletakkan sepenuhnya pengharapan dan kebergantungan kita terhadap Allah SWT. Oleh
itu, bagi murid yang mempelajari sifat wahdaniah mereka akan terdorong untuk tidak
melakukan larangan Allah dan berusaha mengubah ke arah kebaikan. Hal ini sekali gus
dapat membentuk kemenjadian murid pada masa akan datang. Dengan itu, isu akidah dapat
diatasi.

PENERAPAN SIFAT ALLAH WAHDANIAH DENGAN MENYANTUNI KANAK-


KANAK BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TYLER DALAM TEORI
PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Dalam penulisan ini, saya akan menghuraikan hal pembelajaran berkaitan nama atau sifat
Allah iaitu Wahdaniah kepada murid berdasarkan Model Kurikulum Tyler dan teori Piaget.
Antara konsep yang ditekankan dalam model kurikulum Tyler ialah menyediakan objektif
pembelajaran. Beliau menegaskan bahawa dalam mencapai objektif pembelajaran guru
harus memastikan objektif pelajaran yang dipilih selaras dengan keperluan pelajar dan tahap
mereka. Menurut Tyler juga ada tiga aspek yang harus dipertimbangkan sebagai sumber
dalam penentuan tujuan pendidikan iaitu keinginan pelajar sebagai individu, masyarakat dan
berpusat pada bahan pelajaran. Tyler juga menyatakan bahawa objektif pelajaran hendaklah
merangkumi dua aspek yang berkaitan iaitu perkembangan tingkah laku kendiri pelajar dan
isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar.

72
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa Tyler amat menekankan pembelajaran


yang secara tidak langsung dapat mendidik tingkah laku kanak-kanak dengan baik. Baginya,
pembelajaran yang mendatangkan kesan terhadap kemenjadian murid dan tingkah laku
murid merupakan suatu proses pembelajaran yang berjaya. Isu di Malaysia, peratusan hasil
pembelajaran kini semakin merosot dari segi akademik dan juga tingkah laku yang semakin
tidak disenangi masyarakat. Oleh hal yang demikian, penerapan sifat Allah seperti sifat
wahdaniah Allah adalah sangat penting. Berdasarkan teori Piaget pada peringkat operasi
konkrit ini mereka dapat membuat penyelesaian mental dari maklumat yang baru. Pada
waktu ini guru perlu memainkan peranan untuk menerangkan secara menyeluruh tentang
sifat wahdaniah Allah agar pelajar dapat memahaminya untuk jangka masa yang panjang.
Berdasarkan objektif yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP), objektif yang ditetapkan dalam bidang akidah ialah meyakini dan
merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam
kehidupan harian serta asas dalam tindakan. Hal ini sejajar dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadikan akidah sebagai sebuah langkah dalam
membentuk kemenjadian murid pada masa akan datang. Seperti yang kita lihat, masalah
popular dalam kalangan murid-murid pada hari ini ialah murid lalai dan terpengaruh dengan
“trend” berfesyen iaitu pakaian kini yang banyak menyerupai pakaian barat dan
mendedahkan aurat sedangkan menutup aurat merupakan kewajipan sebagai seorang
muslim.
Oleh itu, guru perlulah bersedia dengan merancang objektif tentang perkara yang
ingin dicapai pada akhir pembelajaran serta aktiviti yang dirancang perlulah dapat
menyantuni murid melalui pengajaran yang berasaskan sifat wahdaniah Allah. Contohnya,
guru perlu mempamerkan akhlak yang baik selaras dengan perkara yang diajarkan kepada
murid. Sebagai seorang guru adalah penting untuk kita menjaga adab berpakaian agar murid
dapat mencontohi guru. Adalah seperti yang kita ketahui, murid akan cenderung mengikut
perkara yang mereka lihat dan perkara yang diajar. Jadi, dengan mempelajari sifat
wahdaniah mereka akan merasa gerun untuk melakukan perkara yang dilarang dalam syariat
dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Namun begitu, apabila guru turut memakai
pakaian yang sopan murid tidak akan mempertikai nasihat diberikan, malah akan
mencontohi keperibadian guru tersebut.
Kandungan pembelajaran ialah intipati pembelajaran atau perancangan aktiviti
seseorang guru bagi memastikan objektifnya tercapai pada akhir pembelajaran.
Pengetahuan tentang peringkat perkembangan kanak-kanak dapat membantu seseorang guru
untuk mengenali dan mengecam tindak balas murid-muridnya terhadap sesuatu isi
kandungan pelajaran. Hal ini dapat dibuktikan kerana seseorang guru akan mengadakan
kandungan pembelajaran setelah mereka mengenal pasti perkembangan kognitif dan
pemahaman pelajar terhadap topik tersebut. Tyler menerangkan bahawa isi kandungan yang
dirancang oleh seseorang guru perlulah sesuai dengan keperluan masyarakat, harus realistik
dan sejajar dengan aras kebolehan, latar belakang murid, serta minat murid. Rasional bagi
pernyataan tersebut ialah seseorang guru perlu merancang pembelajaran yang bersesuaian
dengan norma masyarakat di tempat guru tersebut mengajar. Misalnya, jika guru tersebut
mengajar di kawasan luar bandar, guru tersebut perlulah merendahkan aras pembelajaran
manakala, jika seseorang guru mengajar di kawasan bandar, maka aras pembelajarannya
hendaklah standard sesuai dengan usia mereka. Hal ini adalah bagi memastikan murid
tersebut faham akan perkara yang disampaikan.
Piaget mengatakan bahawa perkembangan skema kognitif disebabkan oleh hasil
interaksi seseorang individu dengan persekitaran fizikal dan sosialnya. Oleh itu,
pengalaman, persekitaran dan latar belakang seseorang murid mempengaruhi tentang

73
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

pemahamannya terhadap pembelajaran. Dalam hal ini, peranan seseorang guru dalam
menyantuni murid-murid ini ialah dengan tidak mengeluarkan percakapan yang kasar dan
menyentuh latar belakang kanak-kanak tersebut semasa mengajar agar mereka dapat
menerima pengajaran yang disampaikan dan memberikan tumpuan. Dalam hal ini, bagi
merangka kandungan pembelajaran seorang guru haruslah melakukan kajian seperti
menanyakan pada anak muridnya tentang sifat wahdaniah Allah. Jawapan yang dikemukan
oleh murid merupakan satu titik tolak untuk seorang guru menganalisis aras pengetahuan
murid-muridnya tentang sifat wahdaniah Allah. Dengan itu, guru dapat merancang
kandungan pembelajaran yang berkesan dan aktiviti yang dapat memahamkan murid tentang
sifat wahdaniah Allah.
Selain itu, bagi merangka suatu pengajaran yang sistematik seorang guru dapat
merancang pengajarannya berpandukan atau merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi
dan Dokumen Standard Kurikulum. Di Malaysia dokumen tersebut ialah Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Melalui dokumen tersebut guru dapat mengetahui
perkara yang perlu difahamkan kepada murid pada peringkat umur mereka. Contoh yang
terdapat dalam DSKP ialah guru perlu menerangkan pengertian wahdaniah, menjelaskan
maksud meyakini Allah bersifat wahdaniah, menghubungkaitkan kesan meyakini Allah
bersifat wahdaniah dalam kehidupan seharian dan sebagainya. Dengan itu, kemenjadian
murid dapat dibentuk dan masalah akidah dalam kalangan murid juga dapat diatasi kerana
iman dan ilmu mereka berkaitan keesaan Allah telah bertambah sekaligus dapat dijadikan
pedoman dan panduan dalam setiap tindak tanduk yang akan dilakukan.
Menurut Tyler kaedah pembelajaran adalah berfokus kepada set-set kaedah mengajar
yang dipilih oleh guru. Guru merupakan seorang yang arif dan mengetahui kebolehan
dirinya dalam mengajar serta turut mengetahui prestasi anak muridnya. Maksud wahdaniah
ialah Maha Esa serta Allah ialah Tuhan yang satu dan tiada tuhan lagi selain-Nya. Dalam hal
ini, kaedah yang sesuai bagi seorang guru untuk menerangkan pengertian wahdaniah kepada
murid ialah dengan memberikan penceritaan tentang sifat ini dengan logik dan memberikan
penerangan serta konsep yang dapat membuatkan mereka berfikir bahawa ada rasionalnya
Allah itu bersifat wahdaniah. Hal ini bertepatan dengan teori Piaget yang mengatakan pada
peringkat umur 7 hingga 11 tahun ini kanak-kanak berada pada peringkat operasi konkrit
iaitu pada peringkat ini pemikiran pemusatan telah berkurang dan dapat berfikir secara
rasional serta dari pelbagai sudut.
Oleh itu, dalam proses menyantuni kanak-kanak guru perlu menggalakkan pemikiran
rasional agar murid dapat menerima kelogikan pengetahuan yang diberikan. Contohnya,
apabila guru mengajarkan murid bahawa Allah itu Esa dan tiada makhluk yang dapat
menyerupai dan setanding Allah, dengan itu murid yang nakal seperti selalu meninggikan
suara dan bersikap biadab terhadap ibu dan gurunya akan mula memikirkan secara rasional
bahawa Allah itu Esa dan berkuasa terhadap segala yang ada di bumi dan dilangit. Melalui
penerapan sifat wahdaniah ini, murid dapat berfikir secara rasional bahawa Allah itu betul-
betul bersifat wahdaniah dan akan menimbulkan perasaan takut dalam diri mereka untuk
melakukan segala perkara yang dimurkai Allah seperti tidak beradab dengan ibu bapa dan
guru.
Oleh itu, setiap maklumat yang disampaikan perlulah jelas dan mudah difahami.
Dalam pada itu, antara cara yang dapat dilakukan bagi memberi kefahaman ialah meminta
mereka berfikir jika Allah itu tidak bersifat Esa sudah pasti Tuhan-tuhan juga mempunyai
pendapat yang berbeza dalam setiap penciptaan-Nya. Jadi, Tuhan akan bertelagah sesama-
Nya. Selain itu, Allah juga bersifat Esa kerana jika Allah itu berbilang pastinya Allah itu
turut bersifat lemah. Oleh itu, Allah bersifat Esa dan tidak berbilang. Disamping itu, antara
kaedah lain yang dapat dilakukan ialah guru boleh menayangkan filem atau video yang

74
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

berkaitan dengan sifat wahdaniah Allah. Misalnya, guru tersebut mempamerkan filem
berkaitan alam cakerawala kemudian menyuruh mereka berfikir siapa yang menciptakan
alam ini.
Peranan seorang guru pada waktu ini ialah menyampaikan secara berhikmah bagi
membetulkan fahaman dan menambah pengetahuan pelajar tentang sifat wahdaniah Allah.
Kaedah guru tersebut mempamerkan filem tersebut adalah agar murid tertarik untuk
mengetahui penerangannya selanjutnya serta memahami dan mengingati akan hal yang
dipelajarinya. Hal ini sejajar dengan kelebihan pengunaan video iaitu dapat menarik
perhatian pelajar kerana memaparkan isi kandungan pelajaran yang mudah difahami dan
diserap oleh pelajar (Hartsell, T. & Yuen, S., 2006). Piaget mengatakan bahawa pada
peringkat operasi konkrit kanak-kanak masih belum dapat berfikir secara abstrak. Jadi, guru
perlu menyediakan bahan-bahan konkrit untuk mencabar pemikiran secara logik tentang
permasalahan yang mereka hadapi.
Sebuah pusat pendidikan seperti sekolah merupakan tempat utama dalam membentuk
kemenjadian murid. Isu masalah akidah seperti murid meninggalkan solat, tidak berpuasa
pada bulan ramadan, akhlak yang tidak baik dan sebagainya dapat diatasi dengan salah satu
cara iaitu penerapan nilai akidah seperti sifat-sifat dan nama Allah. Menurut Radhashyam
(1996), kurikulum, aktiviti, peraturan, disiplin sekolah, personaliti guru besar, personaliti
guru dan persekitaran sekolah memainkan peranan menyeluruh terhadap pengaruh
perkembangan moral pelajar. Hal ini dapat dikaitkan dengan kaedah guru dalam usaha
memastikan kemenjadian murid pada masa hadapan. Dalam proses menyantuni kanak-
kanak, guru perlu memberi peneguhan seperti motivasi, ganjaran dan pujian kepada murid
supaya mereka lebih semangat dan tertarik untuk beriktiqad dengan keEsaan Ilahi.
Contohnya, guru-guru perlulah menyediakan persekitaran dan peraturan yang sesuai dengan
tujuan membentuk kemenjadian murid seperti menggalakkan mereka solat dengan solat
berjemaah bersama-sama di sekolah sebelum pulang ke rumah. Apabila murid istiqamah
dengan persekitaran itu mereka akan berasa gerun untuk meninggalkan solat setelah
mempelajari sifat wahdaniah Allah serta mereka akan berasa bersalah dan berdosa kerana
semua orang solat termasuk guru di sekolah.
Penilaian pembelajaran adalah melihat sama ada objektif tercapai atau tidak
berdasarkan perancangan dan kaedah yang dilaksanakan. Dalam hal ini, kemenjadian murid
akan terhasil jika mereka betul-betul memahami maksud sifat wahdaniah Allah.
Kemenjadian murid dapat dilihat apabila murid menjadikan sifat wahdaniah Allah sebagai
peransang dan panduan dalam kehidupannya. Misalnya, murid berfikir Esa bermaksud
tunggal, jadi Allah yang melakukan segala-galanya tanpa bantuan sesiapa. Jadi, murid
memikirkan bahawa di dunia ini hanya terdapat seorang sahaja dirinya dan tiada orang yang
sama seperti dirinya, lalu murid akan muhasabah dirinya dengan menilai kebaikan dan
keburukan yang pernah dilakukannya di dunia ini. Proses muhasabah yang ditekankan dalam
model ini adalah penting bagi menggalakkan pengurusan, pembangunan dan penilaian yang
berterusan berlandaskan kepada prinsip ketuhanan (Mazilan et al., 2003).
Dengan itu, murid akan berusaha menampung dan membaiki segala kesalahan dan
kelemahan yang pernah dilakukan dan menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya di
jalan Allah. Hal ini kerana mereka akan berfikir sesungguhnya Allah Maha Esa dan Allah
mengetahui apa yang dilakukan lalu murid tersebut akan menanam sifat di hatinya bahawa
akan menjadi hamba Allah yang taat kerana Allah yang menciptakan dirinya. Selain itu,
murid juga akan takut melakukan kesalahan kerana Allah itu Maha Esa jadi kita perlu ikut
mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Berikutan pernyataan di atas, kaedah
menyantuni kanak-kanak yang perlu digunakan oleh guru ialah guru perlulah tidak terburu-
buru menghukum kesalahan murid dan menasihati mereka dengan penuh berhikmah.

75
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Tuntasnya, jika tingkahlaku murid bertambah baik ini bermakna mereka memahami tentang
sifat wahdaniah Allah yang telah diajarkan oleh guru mereka. Dengan itu, jelaslah bahawa
sifat wahdaniah Allah dapat menjamin kemenjadian murid.

PENUTUP

Kesimpulannya, kemenjadian murid dapat dibentuk dengan penerapan nilai akidah yang
mantap. Dengan menggunakan model kurikulum Tyler dan teori perkembangan kognitif
Jean Piaget penerapan akidah dalam diri murid akan menjadi lebih mantap dan kukuh. Hal
ini sejajar dengan perkaitan-perkaitan yang telah dijelaskan di atas, model kurikulum dan
teori perkembangan dapat membantu guru menghasilkan suatu kaedah pembelajaran yang
strategik serta murid dapat memahaminya dengan lebih jitu. Selain itu, murid juga dapat
memahami dengan baik sifat wahdaniah Allah dan akan sekaligus dapat membentuk
kemenjadian murid dan menghindari masalah-masalah disiplin dan masalah akidah dalam
kalangan pelajar. Sebagai umat yang beriman, kita perlulah yakin bahawa Allah itu bersifat
wahdaniah dan sentiasalah melakukan segala suruhannya serta meninggalkan segala
larangannya. Segala amalan ini perlu diterapkan kepada murid-murid sejak mereka masih
kecil agar mereka tidak terpesong kelak. Guru memainkan peranan penting dalam
memahamkan murid tentang wahdaniah Allah. Guru juga perlu bijak memilih kaedah
pembelajaran yang berkesan dan sesuai dengan murid. Jenis pengajaran yang berkesan dapat
menjamin kemenjadian murid. Dalam hal ini, maka jelaslah bahawa sifat wahdaniah Allah
akan lebih berkesan dalam membentuk kemenjadian murid jika seseorang guru dapat
menyantuni mereka secara berhikmah. Tuntasnya murid tidak hanya mengetahui bahawa
Allah itu bersifat wahdaniah, tetapi mereka betul-betul memahaminya sehingga memberi
kesan dalam tingkahlaku mereka. Pencapaian ini tidak akan tercapai tanpa sistem pendidikan
yang baik iaitu sistem pendidikan yang berlandaskan Model Kurikulum dan begitu juga teori
perkembangan yang membantu guru memahami murid dan dapat melakukan pembelajaran
berlandaskan teori tersebut.

RUJUKAN

Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin dan Mahani Razali.
(2008). Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Den’y Enggak Cengill. (t.t). Sifat Wahdaniyah. Dimuat turun pada 13 Ogos 2019 daripada
https://www.scribd.com/doc/87334561/Sifat-Wahdaniyah
Dusenbury, L., Brannigan, R., Falco, M. & Hansen, W. (2003). A review of research on
fidelity of implementation: implications for drug abuse prevention in school settings.
Health Education Research 18: 237–256
Hartsell, T. & Yuen, S. (2006). Video Streaming in Online Learning. Jurnal, 14(1), 31-43.
Dimuat turun pada 13 Ogos 2019 daripada
http://digitalvideooverview.weebly.com/uploads/2/0/1/9/2019204/article_6152.pdf
Koran, J. K. C. (2002). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di
Sekolah-Sekolah Malaysia. Dimuat turun pada 14 Ogos 2019 daripada
www.tutor.com.my/tutuor/pix
Mazilan Musa, Mokhtar Abdullah, Nik Mustapha Hj. Nik Hassan, & Nooreha Husain.
(2003). Essay on Islamic management and organizational performance measurement.
Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia.

76
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Nur Hafizoh Idris& Rohana Hamzah. (2013). Nilai Profesionalisme Bakal Guru
Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 60, 31-37.
Nur Hazirah Binti Wahid. (2015). KPF 3012 Model Tyler. Dimuat turun pada 10 Ogos 2019
daripada https://youtu.be/3JvgEbRM9i0
Ornstein, Allan C., Hunkins, Francis P. (2009). Curriculum: foundations, principles, and
issues. United States. Pearson.
Radhashyam Sarangi . (1996). Moral Education in Schools: Bases and Implications. New
Delhi: Deep & Deep Publications.
Thomas, L. (2002). ‘Student Retention in Higher Education: The role of institutional
habitus’, Journal of Education Policy vol. 17, no. 4, pp. 423-432.
Utusan Online. (2018). Aspek Kemenjadian Murid menjadi fokus utama-Maszlee. Dimuat
turun pada 12 Ogos 2019 daripada https://www.utusan.com.my/berita/nasional/aspek-
kemenjadian-murid-jadi-fokus-utama-maszlee-1.780518
Saedah Siraj. (2008). Kurikulum masa depan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

77
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH QUDRAH DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TYLER DAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Norul Hana Binti Yusoff


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENGENALAN
Dunia macapada kini menyaksikan pelbagai isu yang timbul terutamanya dalam kalangan
pelajar sekolah. Isu pelajar tidak menjaga solat kian menular yang disebabkan oleh
kurangnya didikan dan penghayatan ilmu agama oleh para guru dan ibu bapa. Jadi, sistem
kurikulum masa kini memberi penekanan terhadap pendidikan sebagai wadah dalam
menghasilkan ‘produk’ terbaik kepada agama, bangsa, dan negara. Selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam membentuk kemenjadian murid secara
holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek, guru sebagai agen perubahan mestilah
menyediakan rancangan pengajaran yang berkesan kepada murid-murid bagi membentuk
keperibadian mulia melalui hubungan makhluk dengan Pencipta sebagai tunjang utama agar
segala tindakan dapat diterima sebagai ibadah oleh Allah SWT (Ab Aziz et al, 2017).
Menurut Imam Ghazali (1980) dalam Rohana et al (2017), dalam pengisian kurikulum ini
seharusnya memberikan kebebasan kepada manusia untuk menggunakan daya berfikir,
kreativiti dan usaha untuk membina kegemilangan tamadun bertunjangkan kepada
kesepaduan antara ilmu, iman dan amal.
Oleh itu, pendekatan terhadap akidah yang mantap perlulah diterapkan dalam
kalangan murid-murid di sekolah rendah lagi kerana “melentur buluh biarlah dari
rebungnya” di mana otak kanak-kanak pada masa ini sangat aktif dalam menerima sebarang
maklumat yang diperoleh. Murid akan disemai dengan nilai-nilai murni agar mereka
membesar sebagai insan yang dipenuhi dengan pelbagai moral serta sikap yang dapat
membentuk mereka menjadi insan berjaya kelak, kata Maszlee Malik dalam Utusan Online
(2018). Justeru, keperluan guru dalam membentuk kemenjadian murid perlunya kepada
menyantuni kanak-kanak secara berhikmah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) iaitu sentiasa sabar, saling menasihati, dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada
mereka. Konsep kesantunan ini merangkumi pemilihan kata yang sesuai dengan situasi,
topik perbincangan, dan hubungan antara penutur-pendengar dalam penyampaian maklumat
secara berkesan (Ayuni et al, 2019). Antara pendekatannya ialah melalui pengenalan kepada
mentauhidkan Allah berdasarkan model kurikulum yang sesuai selaras dengan teori
perkembangan kanak-kanak agar mereka dapat menanam sifat rasa cinta agung kepada
Allah Yang Maha Esa. Dalam penulisan ini akan menjelaskan secara mendalam terhadap
pengenalan sifat qudrah Allah berdasarkan model kurikulum Tyler menggunakan teori
perkembangan kognitif Jean Piaget.

DEFINISI
i. Sifat Allah Qudrah
Penerapan akidah dalam diri pelajar perlu dititikberatkan bagi membentuk kemenjadian
murid melalui pendekatan ilmu ketuhanan mestilah dipupuk dengan baik dan sabar agar
matlamat yang dikehendaki tercapai. Antara caranya ialah pengenalan terhadap nama-nama
dan sifat-sifat Allah SWT. Dalam penulisan ini menerangkan tentang sifat qudrah Allah iaitu

78
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Allah Maha Berkuasa. Segala yang berlaku di muka bumi ini merupakan kekuasaan-Nya.
Allah berhak mengadakan dan mentiadakan sesuatu sesuai dengan kehendak-Nya. Kejadian
alam, penciptaan langit dan bumi, sihat, sakit, kaya, miskin, berjaya, gagal, itu semua adalah
kekuasaan dan kehendak Allah. Kita sebagai makhluk tiada hak dalam menentukannya
melainkan dengan hanya bertawakal dan berusaha memohon pertolongan. Allah tidak
memerlukan kepada pertolongan dan penyembahan dari makhluk-Nya bahkan makhluk-Nya
itu sendirilah yang memerlukan pertolongan dan kuasa-Nya dalam menjalani kehidupan
seharian.
Meyakini dengan sifat qudrah iaitu mustahil Allah bersifat lemah walau sedikit pun
kerana kalau Allah itu lemah sudah tentu alam semesta ini tidak wujud dan tidak mampu
menciptakan makhluk-Nya. Lemah itu sifat makhluk, menyamai sifat Allah dengan makhluk
itu syirik. Sebagai contoh, Allah berkuasa menciptakan dan mematikan manusia melalui
proses kemenjadian manusia bermula daripada proses kelahiran sehingga kematian.
Perkembangan manusia bermula dari rahim ibu yang semakin membesar sehingga diizinkan
oleh-Nya untuk keluar ke dunia menjadi khalifah Allah. Kejadian manusia merupakan salah
satu bukti Allah Maha Berkuasa menciptakan sesuatu tanpa memerlukan sebarang
sokongan. Sifat qudrah diterangkan dalam al-Quran

َ‫غي ِْر ُمخَلَّقَ ٍة ِلنُبَ ِين‬َ ‫ضغَ ٍة ُمخَلَّقَ ٍة َو‬ ْ ‫علَقَ ٍة ث ُ َّم ِم ْن ُم‬ ْ ُ‫ب ث ُ َّم ِم ْن ن‬
َ ‫طفَ ٍة ث ُ َّم ِم ْن‬ ٍ ‫"فَإِنَّا َخلَ ْقنَا ُك ْم ِم ْن ت ُ َرا‬
‫شدَّ ُك ْم َو ِم ْن ُك ْم‬ ُ َ ‫س ًّمى ث ُ َّم نُ ْخ ِر ُج ُك ْم ِط ْفَل ث ُ َّم ِلت َ ْبلُغُوا أ‬
َ ‫األر َح ِام َما نَشَا ُء ِإلَى أ َ َج ٍل ُم‬ ْ ‫لَ ُك ْم َونُ ِق ُّر ِفي‬
"‫ش ْيئًا‬ َ ‫َم ْن يُت ََوفَّى َو ِم ْن ُك ْم َم ْن ي َُردُّ ِإلَى أ َ ْرذَ ِل ْالعُ ُم ِر ِل َكيَْل َي ْعلَ َم ِم ْن بَ ْع ِد ِع ْل ٍم‬
)5:22; ‫(سورة الحج‬

Maksudnya: “Maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari
setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna
kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan
dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian
Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah
kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu
yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun
yang dahulunya telah diketahuinya”
(Surah Al-Hajj; :5)

Oleh itu, menyantuni kanak-kanak dengan sifat Allah ini dapat memberi kesedaran
terhadap kekuasaan Allah SWT yang tiada tandingan dengan bukti-bukti kekuasan-Nya.
Guru bertanggungjawab dalam menyantuni mereka dengan hikmah supaya mereka dapat
menghayati dan memahami dengan sifat qudrah Allah sebagai pegangan akidah yang utama
dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

ii. Model Kurikulum Tyler

79
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Hilda Taba mengatakan bahawa kurikulum ialah sebuah rancangan pembelajaran yang
disusun dengan mempertimbangkan berbagai-bagai hal mengenai proses pembelajaran serta
perkembangan individu. Menurut Inlow (1976) dalam Asnawi et al (2010), kurikulum juga
merupakan suatu usaha yang dirancang bagi membimbing murid memperoleh hasil
pembelajaran yang berkesan dan sistematik. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa sistem
pendidikan yang sistematik mestilah berpandukan kurikulum yang ditetapkan bagi
memudahkan proses pembelajaran secara berterusan. Model kurikulum terbahagi kepada
tiga bentuk iaitu Model Objektif (Taba & Tyler), Model Proses Stenhouse, serta Model
Kurikulum Pendidikan Islam dan Timur. Bagi membentuk kemenjadian murid, guru
perlulah merujuk kepada model kurikulum yang ditetapkan sebagai panduan mengajar agar
matlamat yang ingin dicapai terlaksana.
Dalam penulisan ini akan menjelaskan tentang Model Kurikulum Tyler. Tyler
berpendapat bahawa kurikulum merupakan segala proses pembelajaran yang dikelola,
dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan yang
ditetapkan. Dapat disimpulkan bahawa, Model Tyler merupakan satu kaedah yang
digunakan bagi membantu guru untuk merancang bagi mencapai matlamat utama
pembelajaran. Segala perancangan tidak melibatkan para pelajar dan guru sebagai pemerhati
murid-murid dalam usaha memastikan hipotesis kurikulum berkesan kepada pelajar atau
tidak. Penekanan terhadap penggunaan objektif digunakan sebagai suatu medium dalam
memperkembangkan kurikulum. Kaedah ini merangkumi empat komponen utama iaitu
objektif, kandungan, pengurusan, dan penilaian.

iii. Teori Kognitif Jean Piaget

Menurut Slavin Robert E (2011) dalam Eka Suastini, Jean Piaget merupakan pakar psikologi
yang paling berpengaruh dalam sejarah psikologi. Beliau menjelaskan lagi bahawa
perkembangan kanak-kanak berdasarkan kepada pengaruh persekitaran luar serta
menginterpretasikan sesuatu objek bagi mencapai kefahaman suatu perkara. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), kognitif ialah perkara yang berkaitan dengan kognisi dan
kefahaman intelektual. Dalam proses menyantuni kanak-kanak, guru mestilah menerapkan
ilmu akidah dengan menyediakan bahan pengajaran yang sesuai berdasarkan tahap
perkembangan kognitif supaya mereka faham dengan jelas tentang sifat qudrah Allah untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Perkembangan mereka berdasarkan pencapaian dalam setiap peringkat yang dilalui
seterusnya membentuk perkembangan skema kognitif dari semasa ke semasa. Dalam teori
kognitif terdapat empat peringkat perkembangan iaitu Sensori Motor (0-2 tahun), Praoperasi
(2-7 tahun), Operasi Konkrit (7-11 tahun), dan Operasi Formal (11-dewasa). Dalam
penulisan ini berfokus kepada peringkat Operasi Konkrit iaitu berumur antara 7 hingga 11
tahun di mana tahap ini mereka berupaya berfikir secara logik serta mampu menguasai
operasi mengklasifikasi, seriasi dan kebalikan tetapi masih terikat kepada situasi yang
konkrit. Jika dipersembahkan dalam bentuk abstrak, mereka akan mengalami kekeliruan
untuk memahaminya. Justeru, penggunaan teori ini sangat penting kepada guru untuk
menyantuni kanak-kanak sesuai dengan tahap perkembangan agar segala ilmu yang
diperoleh dapat difahami dan diterima dengan baik.

PENERAPAN SIFAT QUDRAH DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK


BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TYLER DALAM TEORI
PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

80
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Penerapan ilmu terhadap sifat-sifat Allah SWT diberi penekanan selaras dengan Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam Tahun 4. Saya memilih Model
Kurikulum Tyler bagi membantu guru dalam membentuk kemenjadian murid menggunakan
kaedah sesuai bagi mengatasi isu akidah murid iaitu mengabaikan solat menggunakan
beberapa prinsip asas berdasarkan teori kognitif Jean Piaget.
Prinsip pertama ialah dengan menentukan objektif pembelajaran. Para guru perlu
tahu apakah keperluan yang hendak dicapai oleh pihak sekolah dalam setiap mata pelajaran
yang disampaikan. Objektif yang ingin dicapai mestilah selaras dengan keperluan
masyarakat berdasarkan tahap kebolehan pelajar. Dalam konteks sifat Allah, perkara asas
yang perlu ditekankan ialah pengenalan sifat qudrah selari dengan Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Tahun 4 iaitu tahap pertama yang bersesuaian dengan
prinsip Tyler iaitu menerangkan objektif utama iaitu pengertian qudrah. Pada umur
lingkungan 7-11 tahun ini, kanak-kanak mengalami kekeliruan dalam memahami perkara
yang abstrak. Justeru, guru perlu menyantuni mereka dengan mengaitkannya dengan
persekitaran secara jelas. Apabila murid berfikir, mereka akan memberi jawapan
berdasarkan pengetahuan yang sedia ada seperti kejadian siang dan malam, penciptaan
makhluk di muka bumi ini dan sebagainya. Dengan ini, mereka dapat memahaminya dengan
baik sekaligus guru dapat merasionalkan pengetahuan mereka yang sedia ada dengan lebih
mantap. Seiring dengan kata-kata Jean Piaget bahawa kanak-kanak akan mengubah dirinya
berdasarkan persekitaran yang dialaminya. Jadi, pengalaman yang sedia ada dapat diubah
suai dengan membentuk skema baharu yang dinamakan sebagai Asimilasi. Maka,
tercapailah objektif pembelajaran iaitu murid tahu serta meyakini bahawa Allah SWT
bersifat qudrah iaitu Maha Berkuasa.
Selain itu, kandungan kurikulum berdasarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
mengikut DSKP. Setelah objektif pembelajaran tercapai, guru perlu mengetahui apakah
bahan atau aktiviti yang sesuai dilaksanakan sesuai dengan tahap kematangan murid supaya
penerimaan murid terhadap topik yang dibincangkan berkesan. Pemilihan bahan ini boleh
ditentukan dengan penyusunan bahan kurikulum secara deduktif iaitu pembelajaran dari
mudah kepada kompleks. Dalam konteks pembelajaran sifat qudrah, guru boleh
menggunakan kaedah deduktif dengan menghubungkaitkan sifat Allah dalam kehidupan
seharian murid-murid berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui. Contohnya, guru
bertanyakan murid tentang bagaimana cara untuk meyakini sifat qudrah Allah dalam
kehidupan seharian antaranya kejayaan dan kegagalan yang dialami dalam peperiksaan.
Perkara ini selari dengan DSKP dalam menghubungkaitkan sifat qudrah Allah dalam
kehidupan seharian. Bagi peringkat operasi konkrit ini menggalakkan guru untuk
perbanyakkan pertanyaan soalan yang mencabar pemikiran secara logik. Hal ini sebagai
langkah dalam memberi kefahaman bagi meluaskan pengetahuan yang sedia ada dalam
menghadapi pembelajaran seterusnya.
Setelah mengadakan interaksi bersama murid-murid barulah guru boleh
menerangkan secara mendalam mengenai perbincangan yang dijalankan berdasarkan sifat
qudrah Allah iaitu menjelaskan bahawa kejayaan dan kegagalan yang diperoleh merupakan
aturan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Seseorang yang berjaya tidak melambangkan
kehebatan manakala kegagalan yang dikecapi tidak melambangkan kelemahan mereka
bahkan semua ini sebagai pedoman untuk terus memohon pertolongan Allah. Allah SWT
telah menjanjikan bahawa sesiapa yang mengerjakan solat dia akan memperoleh kejayaan.
Hal ini dibuktikan dengan potongan ayat daripada laungan azan

"‫ي على الفَلح‬


َّ ‫ ح‬.‫ي على الصَلة‬
َّ ‫"ح‬

81
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Penjelasan ini sedikit sebanyak membantu perkembangan asimilasi murid dalam


mengintegrasikan maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada. Penerangan ini
membantu guru untuk menyantuni kanak-kanak dengan berfikir bahawa jika seseorang itu
solat sudah pasti mereka akan meperoleh kejayaan yang cemerlang sekaligus boleh
mendorong mereka untuk mengerjakan solat secara berterusan. Guru tidak perlu memarahi
murid yang tidak solat malah merasionalkan mereka tentang kelebihan jika mengikut
perintah Allah SWT. Selaras dengan DSKP tahap ketiga dan keempat iaitu menjelaskan dan
menganalisis kefahaman konsep sifat qudrah yang dijadikan sebagai pegangan dalam
kehidupan seharian.
Seterusnya, penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai bagi membantu murid
memahami tajuk pembelajaran dengan lebih mantap. Kaedah pengajaran yang berkesan
sangat ditekankan supaya objektif pengajaran dapat dicapai. Contohnya, menjalankan
aktiviti di dalam bilik darjah seperti tayangan video berkenaan kejadian manusia dari rahim
ibu sehingga kelahiran, sesi soal jawab mengenai ciptaan Allah SWT, dan sebagainya.
Aktiviti di luar bilik darjah pula seperti proses pertumbuhan tumbuh-tumbuhan. Sangat
penting kepada guru dalam membekalkan penggunaan objek maujud atau aktiviti secara
‘hands-on’ kepada murid-murid kerana pada tahap operasi konkrit ini, pemikiran mereka
terbatas kepada objek konkrit. Jika dipersembahkan dalam bentuk abstrak mereka mungkin
mengalami kekeliruan dan menimbulkan ketidakfahaman walaupun pada dasarnya mereka
berkeupayaan untuk berfikir. Aktiviti yang dijalankan mestilah berdasarkan pengetahuan
sedia ada murid bagi mengintegrasikan pengetahuan baharu dengan yang sedia ada sekaligus
dapat membetulkan kesalahan konsep. Sebagai contoh, guru membuat aktiviti perbandingan
antara buah-buahan asli dengan replika buah. Jadi, mereka akan menganalisis objek tersebut
dengan mengaitkannya dengan sifat qudrah Allah.
Apabila mereka melihat sesuatu yang maujud, maka tercapailah kefahaman mereka
terhadap suatu perkara iaitu kuasa Allah SWT tidak dapat ditandingi oleh mana-mana
makhluk di muka bumi ini. Aktiviti interaksi dua hala ini dapat melatih murid-murid
menggunakan daya pemikiran yang tinggi secara logikal dan analitikal. Dengan ini, guru
dapat menyantuni mereka dengan sifat qudrah Allah dalam menerapkan nilai kesedaran dan
perasaan rendah diri sebagai hamba-Nya dalam mentaati segala perintahNya sekaligus
membuat implikasi terhadap kesan jika mengingkari sifat-Nya. Selaras dengan prinsip
perkembangan yang membentuk asimilasi dan akomodasi dalam meluaskan skema kognitif
sedia ada atau membina skema baharu semasa menerima maklumat berdasarkan DSKP
tahap keempat iaitu iltizam dalam menganalisis konsep qudrah Allah untuk dijadikan
sebagai pegangan dalam kehidupan seharian.
Akhir sekali, keberhasilan dalam pencapaian objektif utama dalam proses
pembelajaran sama ada berjaya atau tidak perlu dilakukan dengan membuat penilaian secara
keseluruhan sama ada melalui ujian formatif dan sumatif ataupun kuiz berdasarkan isi dan
pengalaman pembelajaran yang disampaikan sebelum ini. Penilaian inilah menampakkan
usaha guru sama ada berjaya menyampaikan ilmu dengan baik ataupun tidak. Menurut Raths
(1978) dalam Rohana et al (2017), kurikulum penilaian berkonsepkan kepada bentuk kajian
saintifik di mana pembolehubahnya kandungan dan pendekatan pembelajaran diubah suai
dan hasilnya akan diuji untuk menentukan keberkesanannya. Jadi, pada tahap ini guru-guru
boleh lihat kebolehan murid sama ada ekuilibrasi ataupun disequilibrium. Sekiranya murid-
murid dapat merumuskan secara keseluruhan mengenai sifat Allah dan mampu
mengaplikasikan sifat-Nya dalam kehidupan seharian, maka tercapailah ekuilibrasi. Tetapi,
sekiranya disequilibrium guru perlu memperbaiki kaedah pengajarannya supaya murid-
murid lebih faham apa yang mereka belajar. Ekuilibrasi boleh dicapai jika mereka
menggunakan banyak tenaga kognitif yang akhirnya membentuk skema baharu. Oleh itu,

82
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

perlunya guru untuk bersikap kreatif dalam mencipta medium penilaian bagi melihat sejauh
mana pencapaian murid tersebut.
Pencapaian berdasarkan DSKP tahap lima dan enam iaitu penghayatan dan
pentabiatan dapat dilihat dengan merumuskan kefahaman tentang sifat qudrah Allah sebagai
asas dalam kehidupan seharian. Dari segi penghayatan, guru boleh menilai murid melalui
perubahan tingkah laku harian selepas menjalani proses PdP. Sekiranya murid tersebut
menunjukkan minat untuk melakukan solat sunat seperti solat sunat dhuha pada waktu rehat,
ini menandakan bahawa keberkesanan guru dalam menerapkan sifat qudrah Allah berjaya.
Hal ini kerana menurut Jean Piaget, proses pemikiran kognitif individu dipengaruhi oleh
hasil interaksi dengan persekitaran. Jika mereka terkesan dengan sifat Allah sudah tentu
mereka akan berasa takut untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.
Kesannya, murid sentiasa berusaha untuk melakukan ibadah solat walau di manapun mereka
berada.
Dari segi pentabiatan pula, murid tersebut dapat memperoleh kefahaman dengan
mendalam terhadap sifat qudrah Allah dan dijadikan sebagai panduan hidup sekaligus
mampu membimbing rakan lain untuk mengerjakan kebaikan bersama. Jadi, dari perspektif
ini juga dapat dinilai sejauh mana keberkesanan proses PdP terlaksana kepada murid-murid.
Jadi, perlunya guru untuk menunjukkan teladan dan tunjuk ajar kepada mereka kerana guru
ibarat role model yang menjadi pemerhatian murid-murid dalam melakukan sesuatu perkara.
Sifat sabar, lemah lembut serta memberi ganjaran pujian dalam menyantuni mereka akan
memberi reaksi positif untuk terus melakukan amalan kebaikan walaupun sekecil-kecil
perkara.

PENUTUP
Kesimpulannya, jelaslah dapat dilihat bahawa penerapan ilmu akidah mantap dapat
membentuk kemenjadian murid yang berakhlak mulia serta berketerampilan bukan sahaja
kepada diri individu malah kepada masyarakat dan negara. Lahirnya pelajar yang bersahsiah
adalah kerana hasil tangan seorang insan yang bergelar guru. Menurut Abd. Ghafar dalam
Wan Ezelia (2014), guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses
transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang
intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai
sejagat. Oleh itu, pembentukan kemenjadian murid dapat dilaksanakan dengan
menggunakan model kurikulum yang relevan berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak
yang sesuai dengan tahap kematangan murid-murid. Dengan ini, isu murid dalam
melaksanakan rukun Islam kedua ini dapat diatasi dengan baik dalam usaha menyantuni
kanak-kanak secara berhikmah.

RUJUKAN

Ab Aziz Yusof & Mutiara Dwi Sari. (2017). Pembangunan Modal Insan daripada
Perspektif Islam: Impak kepada Pengurus. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan,
(2), 40-53. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/316787673_
Pembangunan_Modal_Insan_daripada_Perspektif_Islam_Impak_kepada_Pengurus
Abu Isma’il Muslim al-Atsari. (2019). Sifat Qudrah (Berkuasa) Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Diperoleh daripada https://almanhaj.or.id/11261-sifat-qudrah-berkuasa-allah-
subhanahu-wa-taala.html
Ayuni Mohamad Bakari & Rohaidah Kamaruddin. (2019). Prinsip Kesopanan dalam
Kesantunan Bahasa Drama Zahira. International Journal of the Malay World and

83
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Civilisation, 7(1) 15-26. Diperoleh daripada


http://journalarticle.ukm.my/12543/1/jatma-2019-0701-02.pdf
Eka Suastini. (t.t). Teori Jean Piaget. Diperoleh daripada
https://www.academia.edu/24316217/Teori_jean_piaget
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun
Empat. Diperoleh daripada https://www.moe.gov.my/index.php/muat-
turun/penerbitan-dan-jurnal/dskp-kssr
Mohd Asnawi Satdimin, Md Shufian Awang, Avelyn Siang, & Nur Atiqah Basri. (2010).
Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum. Bincangkan pendapat dan pandangan
pakar-pakar tentang kurikulum. Diperoleh daripada
https://www.academia.edu/12007072/APAKAH_YANG_DIMAKSUDKAN_DENG
AN_KURIKULUM._BINCANGKAN_PENDAPAT_DAN_PANDANGAN_PAKA
R-PAKAR_TENTANG_KURIKULUM
Pejabat Murfti Wilayah Persekutuan. (2018). TASHIH AL-MAFAHIM #5: Kewajipan
melazimi Ahli Sunnah wal-Jamaah. Diperoleh daripada
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tashih-al-mafahim/2831-tashih-al-mafahim-5-
kewajipan-melazimi-ahli-sunnah-wal-jamaah
Rohana Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zuraina Ali, & Nur Qistina Abdullah.
(2017). Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal bagi
Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan: Satu Kerangka
Konseptual. Jurnal Antarabangsa Teknologi Kemanusiaan dan Ketamadunan, (2),
50-61. Diperoleh daripada
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20165/1/Pembangunan%20Model%20Penilaian%
20Kurikulum%20Berteraskan%20Nilai%20Universal%20bagi%20Program%20Pend
idikan%20Berasaskan%20Teknologi%20&%20Kejuruteraan-
%20Satu%20Kerangka%20Konseptual.pdf
Surah al-Hajj ayat 5
Utusan Online. (2018). Aspek Kemenjadian Murid Jadi Fokus- Maszlee. Diperoleh daripada
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/aspek-kemenjadian-murid-jadi-fokus-
utama-maszlee-1.780518
Wan Ezielia Wan Aziz. (2014). Pelaksanaan pengurusan kurikulum dalam kalangan guru-
guru sekolah menengah kluster daerah Johor Bahru. Diperoleh daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/48562/1/WanEzieliaBintiWanAzizMFP2014.pdf

84
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH IRADAH DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TABA DAN TEORI MORAL KOHLBERG

Nur Afifah binti Rusli


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Pada hari ini, pendidikan merupakan tunjang dalam segala hal termasuklah dalam
memantapkan akidah pelajar. Terdapat beberapa isu pendidikan dalam kalangan pelajar
telah membantutkan usaha cemerlang menjadikan sistem pendidikan di Malaysia sebagai
antara yang terbaik. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia sewajarnya dapat
diformulasikan semula dan menitikberatkan keseimbangan perkembangan pelajar dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual sejajar seperti yang telah dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Isu keruntuhan akhlak telah meningkat secara mendadak sama ada dalam kalangan
pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Perkara ini terjadi kerana mereka tidak
mempunyai pegangan akidah yang utuh menyebabkan mereka mudah terjebak dalam
aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti berzina. Pada tahun 2015, terdapat sebanyak 3,980
kes iaitu 28.8 peratus daripada 13,831 remaja yang mengandung anak luar nikah berusia
sekitar 10 hingga 19 tahun (Kementerian Kesihatan, 2016). Perkara ini jelas menunjukkan
kepentingan memasukkan elemen penerapan Asma wa Sifat Allah dalam proses
pembelajaran berdasarkan model kurikulum yang sesuai. Hal ini kerana akidah merupakan
dasar utama dalam pembinaan modal insan yang cemerlang. Selain itu, sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dijalankan juga sepatutnya diajar secara selari mengikut teori
perkembangan yang telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh tertentu supaya kanak-kanak dapat
mengikutinya secara berperingkat (Shahabuddin Hashim, 2015).
Dalam penulisan ini, saya memilih model kurikulum Taba untuk dijadikan panduan
menerapkan sifat Iradah mengikut teori pilihan saya iaitu Teori Perkembangan Moral
Kohlberg dalam menyantuni kanak-kanak sebagai langkah awal memantapkan akidah dalam
kalangan pelajar. Model kurikukum Taba dipilih untuk dijadikan panduan kerana model ini
lebih memberi keutamaan kepada pencapaian objektif dan lebih bersistematik dengan tujuh
langkah yang telah disediakan oleh Taba. Manakala Teori Moral Kohlberg pula dipilih
untuk menganalisis perkembangan moral kanak-kanak secara berperingkat dalam usaha
untuk meningkatkan akhlak mereka dengan cara yang lebih santun.

DEFINISI
i. Sifat Allah Iradah

Menurut Abd. Latif dan Rosmawati (2014), Iradah merupakan sifat Allah yang beerti Allah
bersifat berkehendak. Semua yang terjadi di alam ini adalah atas kehendak Allah semata-
mata. Tidak ada sebarang sesuatu yang berlaku di luar kehendak Allah. Allah menghendaki
sebahagian hal dari segala kemungkinan yang wujud di dunia. Contohnya, Allah
menghendaki manusia yang pada awalnya tidak ada, tapi kemudian Allah menciptakan
manusia dan menjadikannya ada. Inilah tanda bahawa Allah berkehendak dan tidaklah
Allah terikat oleh apapun dan siapa pun. Allah memiliki kehendak yang sangat luas sama
ada menghendaki seseorang kaya ataupun tidak, kuat atau tidak dan lain-lain. Pengertian

85
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

berkehendak disini merujuk kepada semua ciptaan Allah merupakan kehendak dari Allah
(Latif dan Rosmawati, 2014). Sifat Iradah diterangkan dalam Al-quran,

ٌ ُ‫غف‬
‫ور‬ َ ُ‫َّللا‬ ِ ‫ت َو َما فِي ْاأل َ ْر‬
ُ ‫ض ْۚ يَ ْغ ِف ُر ِل َم ْن يَشَا ُء َويُ َعذ‬
َّ ‫ِب َم ْن يَشَا ُء ْۚ َو‬ ِ ‫س َم َاوا‬ َّ ِ
َّ ‫وَّللِ َما فِي ال‬
‫َر ِحي ٌم‬
)129:3; ‫( سورة آل عمران‬
Maksud; "Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi. Dia mengampunkan
sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

(Surah Ali-Imran; 3,129)

Selain itu, dalil akal juga ada mengatakan bahawa jika Allah tidak bersifat
berkehendak, Allah mesti bersifat lawannya iaitu sifat terpaksa atau dipaksa. Jika Allah
bersifat terpaksa atau dipaksa, maksudnya sifat Allah sama dengan sifat makhluk. Perbuatan
menyamakan Allah dengan makhluk adalah syirik. Maka, wajiblah Allah bersifat
berkehendak dan mustahil terpaksa atau dipaksa. Selain itu, kejadian-kejadian yang berlaku
yang di luar jangkaan atau di luar usaha manusia seperti kematian, kemalangan, bencana
semuanya menunjukkan adanya suatu kehendak yang menyebabkan kejadian-kejadian itu
berlaku. Mustahil sesuatu itu berlaku tanpa ada yang mengkehendakinya berlaku (Abdul
Rachman, 2016).

ii. Model Kurikulum Taba

Kurikulum dapat didefinisikan sebagai isi kandungan sesuatu mata pelajaran sama ada di
sekolah ataupun institusi pendidikan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Merujuk
kepada definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan
untuk mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu
kurikulum adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu
kurikulum tersebut (Tyler. R, 1990 dalam Ahmad Dahlan, 2016).
Kurikulum terbahagi kepada beberapa bentuk model. Antaranya ialah model
objektif dan model proses. Penekanan utama model objektif ialah bergantung kepada hasil
pembelajaran berbanding dengan pembinaan pengalaman pembelajaran (Sheehan,1986
dalam Ali Usmar, 2017). Antara ahli teori yang terlibat dalam model ini ialah Tyler (1949),
Bloom (1956), Mager (1962), Gagne (1967), Krathwohl (1969). Model ini memberi
keutamaan kepada pencapaian objektif dan lebih bersifat sistematik kerana mempunyai
langkah-langkah pelaksanaan tertentu ke arah pencapaian tujuan pendidikan yang telah
ditentukan. Taba menekankan kurikulum seharusnya direkabentuk oleh pengguna program
iaitu guru yang seharusnya memulakan proses pembangunan kurikulum dengan membina
unit pengajaran dan pembelajaran khusus untuk pelajarnya. Selain itu, guru sewajarnya
mengambil pendekatan induktif dalam membangunkan kurikulum bermula dari yang
spesifik menuju kepada reka bentuk yang umum. Taba mengusulkan terdapat tujuh langkah
dalam mengembangkan sesuatu kurikulum.

86
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

iii. Teori Perkembangan Moral Kohlberg

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran dan tingkah laku terhadap nilai
kebenaran atau kesilapan. Kohlberg merupakan tokoh yang mengkaji tentang
perkembangan moral seseorang individu. Menurut Kohlberg, seseorang menghadapi dan
menyelesaikan masalah serta memberikan justifikasi terhadap tindakan yang dilakukan
(Shahabuddin Hashim, 2015). Teori perkembangan moral Kohlberg terbahagi kepada
beberapa tahap. Namun, dalam mendalami perkembangan moral pada peringkat kanak-
kanak berumur tujuh hingga sebelas tahun hanya meliputi perkembangan pada tahap satu
dan dua.
Tahap satu dikenali sebagai pra konvensional dan terdiri daripada dua peringkat iaitu
peringkat kepatuhan dan hukuman, dan peringkat kedua pula lebih menekankan tentang
ganjaran peribadi. Seterusnya, tahap kedua pula dikenali sebagai konvensional apabila
seseorang mula bertindak berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Maka pada
peringkat ketiga ini adalah berorientasikan perlakuan baik atau lebih dikenali sebagai
peringkat “budak baik”.

iv. Menyantuni Kanak-Kanak

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), menyantuni membawa maksud menaruh
belas kasihan ataupun melontarkan kata-kata yang halus dan berbudi bahasa kepada
seseorang. Perkataan santun juga dapa ditakrifkan sebagai melayan dengan cara yang baik.
Kanak-kanak merupakan golongan yang terpenting dan perlu disantuni oleh orang sekeliling
mereka termasuklah ibu bapa dan para guru.
Menurut Shafiee Hamzah, Azli Fairuz Laki Rahimah Embong & Nik Murshidah,
2015, pendidikan anak-anak hendaklah dimulai dengan cara yang positif dan mempamerkan
kelembutan. Ibu bapa, guru dan tokoh masayarakat perlulah menunjukkan contoh yang baik
agar dapat menjadi teladan dan ikutan anak-anak yang sedang membesar. Golongan-
golongan ini perlu menyantuni kanak-kanak dengan penuh berhikmah, memberikan nasihat,
memberi tunjuk ajar, memberi pandangan dan menggunakan kata-kata baik bahkan mereka
tidak boleh menyalahkan kanak-kanak sekiranya mereka mempunyai pengalaman yang
negatif dalam kehidupan mereka. Perbuatan menyantuni kanak-kanak merupakan perkara
yang penting dalam kehidupan dan proses perkembangan mereka. Hal ini kerana, jika
mereka dibesarkan dalam didikan yang tidak sihat dan tidak penuh dengan kesantunan,
justeru akan mempengaruhi perkembangan pendidikan kanak-kanak tersebut.

PENERAPAN SIFAT IRADAH DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK


BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TYLER DAALM TEORI
PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Peringkat menganalisis keperluan adalah langkah pertama dalam Model Kurikulum Taba
untuk mempelajari sifat Iradah Allah. Guru memulakan proses dengan mengenalpasti
keperluan pelajar yang menjadi sasaran kurikulum yang dirancang. Antara keperluan
mempelajari sifat Iradah Allah adalah kerana setiap individu cenderung dan berkehendak
untuk melakukan sesuatu perkara sama ada perbuatan yang bermoral ataupun tidak (Shafiee
Hamzah, et. al, 2015). Seperti yang kita sedia maklum, isu pendidikan terkini sangat berkait
rapat dengan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah gejala buli, merokok dan ponteng
sekolah. Ini menunjukkan guru memainkan peranan besar dalam membimbing anak murid

87
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

untuk bertingkah laku berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan dalam menjaga hubungan
sesama manusia dan kehidupan yang lebih teratur. Mengikut Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam, pembelajaran sifat Iradah Allah adalah pada tahun
lima dan perkara ini bertepatan dengan prinsip Kohlberg iaitu kanak-kanak pada seusia
begini lebih berusaha untuk mempamerkan perlakuan baik. Pada peringkat ini, sifat utama
yang ditunjukkan ialah sifat alturistik iaitu berkehendak menolong orang lain yang berada
dalam kesusahan. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai
orang yang baik. Dengan itu, telah menjadi peranan guru untuk menyantuni kanak-kanak
dengan memenuhi keperluan mereka dengan menerangkan sifat iradah Allah sejelasnya
dalam membantu mereka memperkembangkan moral dalam diri mereka. Penyampaian sifat
Iradah mestilah dilaksanakan dengan pelbagai kaedah dan penuh berhikmah dalam usaha
menyantuni kanak-kanak menerapkan sifat Iradah ke dalam diri mereka.
Setelah mengetahui keperluan pelajar mempelajarinya, langkah Taba seterusnya
adalah seseorang guru perlu memformulasi objektif pembelajaran. Beliau seharusnya
menyatakan objektif yang ingin dicapai mengikut kematangan kanak-kanak. Objektif
pengajaran adalah suatu pernyataan yang menjelaskan hasil pembelajaran yang diharapkan
dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir pembelajaran (Ahmad Dahlan, 2016).
Objektif pembelajaran sifat Iradah adalah membentuk murid-murid yang dapat memenuhi
kehendak Allah menciptakan manusia iaitu melahirkan insan yang dapat mengamalkan
konsep amar makruf dan nahi mungkar. Apabila individu dapat melakukan perbuatan yang
baik, maka Allah akan memberi ganjaran kepada individu tersebut. Perkara ini selaras
dengan teori yang dinyatakan Kohlberg, 1975 dalam Shahabuddin Hashim, 2015, kanak-
kanak mengikut kehendak Allah dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu sebagai
ganjaran. Perkara ini boleh dikenali sebagai orientasi ganjaran baik. Individu yang
melaksanakan kebaikan akan mendapat ganjaran pahala dan syurga. Sebagai contoh
terdekat, sekiranya didapati terdapat pelajar yang menawarkan diri untuk menolong guru
tersebut, maka sebagai guru yang baik kita mestilah menyantuni mereka dengan
memberikan ganjaran kepadanya. Antaranya adalah dengan memberikan gula-gula sebagai
ucapan terima kasih. Bukan itu sahaja, pemberian guru juga menunjukkan bahawa guru itu
menyantuni perbuatan kanak-kanak supaya mereka berasa seronok untuk menolong orang
lain pada masa akan datang. Namun, jika seseorang guru gagal untuk meletakkan objektif
pembelajaran sudah pasti tidak dapat membantu guru dalam membuat pemilihan kaedah
pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai
digunakan (Shahabuddin Hahim, 2015). Ini menunjukkan bahawa guru tersebut gagal
mempamerkan tingkah laku yang baik untuk dijadikan teladan kerana tidak mampu
menyatakan objektif sebagai garis panduan sebelum pengajaran.
Setelah seseorang guru dapat mengformulasi objektif pembelajaran Iradah, maka
dapat diteruskan dengan pemilihan isi kandungan (Ali Usmar, 2017). Objektif yang
diformulasikan akan memberi garis panduan berhubung dengan pengisian kurikulum.
Bukan sahaja objektif dan isi kandungan perlu sesuai bahkan kepentingan isi kandungan
yang dipilih juga perlu ditentukan (Ahmad Dahlan, 2016). Isi kandungan yang dipilih
sewajarnya memenuhi kehendak murid sejajar dengan apa yang dinyatakan oleh Kohlberg,
maka kanak-kanak akan lebih berminat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam
(Shahabuddin Hashim, 2016). Namun, jika isi kandungan yang dipilih sama sekali tidak
mengikut seperti apa yang dikehendaki pelajar, sudah tentu mereka tidak berminat untuk
mengikuti sesi pembelajaran yang dilaksanakan. Isi kandungan yang tidak relevan dengan
objektif dan minat pelajar akan menyebabkan sesi pembelajaran tidak berkesan. Mengikut
DSKP, antara isi kandungan yang dapat dimuatkan dalam pembelajaran sifat Iradah Allah
termasuklah pengertian Iradah, hukum mempercayai dan kesan-kesan mempelajarinya. Isi

88
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

kandungan tersebut adalah relevan dan bersesuaian untuk dimuatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana pelajar tahun lima telah dianggap lebih matang untuk mempelajarinya
pada aras yang lebih tinggi (Wan Ezielia Aziz, 2014). Maka ini membuktikan bahawa para
guru sentiasa berusaha menyantuni perkembangan kanak-kanak dengan memilih isi
kandungan yang bersesuaian dengan umur mereka dan menerapkan sifat Iradah ke dalam
diri kanak-kanak supaya murid mengetahui bahawa Allah itu Maha Berkehendak ke atas
setiap apa yang terjadi ke atas muka bumi ini. Dengan itu seseorang guru perlu banyak
bersabar serta perbanyakkan memberi nasihat agar mereka dapat menerima apa yang guru
ajarkan untuk menerapkan sifat Iradah Allah ke dalam diri mereka.
Menurut Taba, penyusunan atau organisasi isi kandungan perlu dilakukan setelah
membuat pemilihan isi kandungan yang sesuai. Menurut Wan Ezielia Aziz, 2014, isi
kandungan kurikulum perlu disusun mengikut urutan-urutan tertentu dengan mengambil kira
kematangan, pencapaian akademik dan minat pelajar. Urutan ini mestilah bermula daripada
aras rendah dan diteruskan ke arah yang lebih tinggi secara berperingkat. Perkara ini
penting bagi memastikan proses PdP berjalan secara sistematik dan teratur. Dengan itu,
perbuatan menyantuni kanak-kanak jelas ditunjukkan apabila isi kandungan telah
diorganisasi dengan baik dan memudahkan mereka untuk memahami sesuatu subtopik
daripada aras rendah ke arah yang lebih tinggi dengan lebih jelas. Misalnya, isi kandungan
yang diorganisasikan adalah bermula dengan memberi kefahaman tentang pengertian Iradah
dengan cara berhikmah. Seterusnya guru perlu menganalisis kesan pembelajaran sifat
Iradah ke dalam diri pelajar. Hal ini bertepatan dengan Prinsip Kohlberg yang menyatakan
bahawa kanak-kanak tahun lima telah berada pada tahap konvensional iaitu tahap pemikiran
mereka telah meningkat ke aras yang lebih tinggi berbanding pada peringkat pra
konvensional. Penaakulan moral adalah berkait rapat dengan perkembangan kognitif
seseorang individu, akan tetapi kadang-kadang tahap pemikiran kognitif sahaja tidak dapat
menjamin penaakulan moral individu tersebut (Shafiee Hamzah, et. al, 2015). Oleh sebab
itu, walaupun mereka telah mencapai usia matang, namun masih perlu diberikan bimbingan
berdasarkan penyusunan isi-isi kandungan berkaitan Iradah untuk mengelakkan mereka
daripada keliru tentang pembelajaran mereka.
Langkah Taba setelah mengorganisasikan isi kandungan adalah guru perlu
membuat pemilihan pengalaman pembelajaran. Peringkat ini melibatkan pemilihan kaedah
pengajaran yang dapat menyampaikan isi kandungan secara berkesan. Pengalaman
pembelajaran murid adalah mengenai pengetahuan sedia ada murid. Dalam konteks
pembelajaran sifat Iradah, antara pengetahuan sedia ada murid adalah mereka dapat
membezakan antara perbuatan bermoral dengan yang tidak bermoral. Namun, terdapat
sesetengah pelajar yang masih tidak dapat membezakannya. Hal ini kerana menurut teori
Kohlberg, kanak-kanak mengkategorikan sesuatu perbuatan itu sebagai bermoral
berdasarkan keperluan melakukannya terhadap individu terbabit (Shahabuddin, 2015).
Sebagai contoh, seorang pelajar meniru rakannya dalam peperiksaan dengan harapan
mendapat keputusan yang cemerlang. Menurut Kohlberg, kanak-kanak cenderung
mengatakannya sebagai tingkah laku yang baik kerana keperluannya untuk berjaya dan
membanggakan ibu bapa. Jadi sebagai guru, kita perlu bertindak menyantuni kanak-kanak
dengan tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak mengunakan nada tinggi. Guru
sepatutnya menjelaskan perbuatan meniru itu salah dengan cara berhikmah. Oleh kerana itu,
guru berperanan untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pelajar sekiranya kita
berkehendak untuk mendapatkan sesuatu, maka kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Kehendak manusia dan kehendak Allah berlainan kerana kehendak manusia perlu disertakan
dengan usaha yang berterusan tanpa melibatkan perbuatan yang tidak bermoral (Abd. Latif
dan Rosmawati, 2014).

89
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran adalah langkah seterusnya yang


dicadangkan oleh Taba. Penyusunan aktiviti-aktiviti pembelajaran biasanya ditentukan oleh
isi kandungan yang ingin disampaikan dan menyesuaikan pengalaman pembelajaran yang
telah dipilih dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan cara penyampaian supaya lebih
menarik dan berkesan (Wan Ezielia Aziz, 2014). Kaedah tersebut hendaklah melibatkan
pelajar dalam aktiviti yang pelbagai bagi pengalaman bermakna kepada murid agar mereka
tidak bosan untuk lebih fokus terhadap proses pembelajaran yang dijalankan. Antara aktiviti
yang dapat dijalankan semasa proses PdP termasuklah pendekatan sumbang saran oleh
pelajar mengenai kesan pembelajaran sifat Iradah terhadap kehidupan pelajar seperti
keyakinan terhadap sifat Iradah Allah pasti akan meningkatkan keimanan seseorang.
Dengan bertambahnya iman, maka seseorang pasti akan sabar menghadapi cabaran dalam
liku-liku kehidupan. Setelah selesai aktiviti, selari dengan teori perkembangan Kohlberg
guru perlu memberi penghargaan ataupun kata-kata pujian. Kata-kata pujian yang
dilontarkan merupakan salah satu cara guru menyantuni kanak-kanak supaya mereka rasa
lebih dihargai. Teori Kohlberg menyatakan kanak-kanak pada peringkat ini berusaha untuk
bertingkah laku baik untuk mendapatkan penghargaan daripada orang sekeliling. Antara
penghargaan yang dapat diberikan kepada kanak-kanak ialah dengan memberi kata-kata
pujian seperti “Wah, hebat! Awak boleh menjadi contoh kepada murid yang lain”.
Walaupun ayat ini nampak ringkas tetapi sebenarnya sangat mempengaruhi emosi mereka
(Shahabuddin Hashim, 2015). Seterusnya kata penghargaan ini akan menjadi satu tunjang
yang menyebabkan mereka lebih bersemangat.
Untuk melihat sama ada penerapan Iradah ke dalam jiwa anak murid berhasil
dengan jayanya atau tidak, proses penilaian merupakan kayu ukur yang utama dalam Model
Kurikulum Taba. Kaedah penilaian perlu dilakukan sama ada melalui ujian bertulis ataupun
dengan menilai tindakan pelajar sewaktu proses PdP berjalan. Strategi pembelajaran waktu
kini tidak lagi berorientasikan peperiksaan, malah murid-murid tahap satu akan dinilai dari
semasa ke semasa sewaktu proses pembelajaran dilaksanakan. Antara contoh penilaian
untuk menilai sama ada objektif pembelajaran itu tercapai atau tidak adalah dengan melihat
tindakannya selepas menerima keputusan peperiksaan. Jika seseorang itu redha terhadap
keputusan dengan menerima kegagalan dan tidak menyalahkan orang lain atas kegagalan
kita. Maka ini menunjukkan bahawa individu tersebut percaya dengan sifat Iradah Allah.
Sekuat dan sebanyak mana pun usaha kita dalam mencapai sesuatu, namun jika Allah tidak
mengizinkannya perkara itu pasti tidak akan berlaku (Abd. Latif dan Rosmawati, 2014).
Setiap perkara yang ditentukan Allah ada hikmahnya yang tersendiri. Berdasarkan teori
perkembangan moral Kohlberg, kanak-kanak pada usia ini telah berusaha sehabis baik
dalam mempamerkan perbuatan baik. Mereka mula menerapkan nilai moral yang telah
ditetapkan oleh ibu bapa atau guru. Sebagai pembimbing, kita berperanan untuk menyantuni
kanak-kanak dengan pelbagai kata-kata positif walaupun keputusan mereka tidak cemerlang
(Yu'timaalahuyatazaka. (2016). Antaranya adalah “ Awak hebat, dan akan jadi lebih hebat
jika sentiasa berusaha untuk mencapai kehendak awak untuk berjaya pada masa akan
datang”. Kata-kata seperti ini dapat merangsang semangat mereka dalam pembelajaran
seterusnya.

KESIMPULAN

90
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Kesimpulannya, penerapan sifat Iradah ke dalam diri pelajar merupakan perkara utama
dalam memantapkan akidah dalam kalangan pelajar, membentuk kemenjadian modal insan
yang terbilang serta memenuhi kehendak pembelajaran yang bercirikan Islam. Kefahaman
asas tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah merupakan perkara asas dalam menangani isu
keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Model kurikulum Taba lebih sesuai untuk
dijadikan landasan kepada para guru untuk memantapkan akidah pelajar kerana langkah-
langkah yang dibentuk oleh Taba adalah lebih sistematik dan teratur. Dalam pada masa
yang sama, teori perkembangan moral yang telah ditetapkan oleh Kohlberg banyak
membantu guru-guru untuk menjalankan sesi PdP yang mengikuti perkembangan pelajar
secara berperingkat. Dengan itu, para guru dapat menjalankan aktivit-aktiviti yang dapat
menarik minat pelajar seiring dengan perkembangan mereka untuk menyantuni kanak-kanak
dengan penuh berhikmah dan bermakna. Akhir sekali, isu keruntuhan akhlak dalam
kalangan pelajar dapat diatasi sekiranya pelajar-pelajar dapat menerapkan sifat Iradah ke
dalam diri mereka berdasarkan pembelajaran mereka mengikut model kurikulum Taba dan
teori perkembangan moral Kohlberg.

RUJUKAN

Abd Latif Muda & Rosmawati Ali. (2014). Pengantar ilmu tauhid. Kuala Lumpur : Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Abdul Rachman Saleh Siregar. (2016). Mengenal sifat 20. Pustaka Salam : Selangor.
Ahmad Dahlan. (2016). Model pengembangan kurikulum Hilda Taba dan identifikasinya
dalam kurikulum Pendidikan Islam. Jurnal Manajemen Pendidikan Islam. Vol 4, No
2.
Ali Usmar. (2017). Model-model pengembangan kurikulum dalam proses kegiatan belajar.
Jurnal An-Nahdhah. Vol 11, No 2.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Shafiee Hamzah, Azli Fairuz Laki, Rahimah Embong & Nik Murshidah Nik Din.
(2015). Penerapan akidah dalam dasar pendidikan Malaysia : analisis terhadap
falsafah pendidikan negara dan Islam hadhari. Jurnal Islam dan masyarakat
kontemporari 9(1). Dimuat turun pada 6 Ogos 2019 daripada
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/79
Shahabuddin Hashim. (2015). Psikologi pembelajaran dan personaliti. Pahang : PTS
Publications Sdn. Bhd.
Utusan Online. (2016). 3,980 remaja hamil anak luar nikah. Dicapai pada 8 Ogos 2019
daripada https://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-980-remaja-hamil-anak-
luar-nikah-1.380841.
Wan Ezielia Aziz. (2014). Pelaksanaan pengurusan kurikulum dalam kalangan guru-guru
sekolah menengah kluster daerah Johor Bahru. Dicapai pada 10 Ogos 2019 daripada
file:///C:/Users/ADMIN/Downloads/WanEzieliaBintiWanAzizMFP2014.pdf.
Yu'timaalahuyatazaka. (2016). Model pengembangan kurikulum Hilda taba dan
identifikasinya dalam kurikulum pendidikan Islam. Jogjakarta, Indonesia : Universiti
Ahmad Dahlan Jogjakarta. Diperoleh pada 5 Ogos daripada
https://journal.iaingorontalo.ac.id › article › download.

91
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI NAMA ALLAH AL-‘ILM DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TABA DAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Nur Afina binti Khairuddin


Jabatan Pengajian Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENGENALAN
Era globalisasi kini, isu pendidikan berkaitan keruntuhan akhlak seperti gejala ponteng
sekolah di kalangan pelajar berada pada tahap kritikal. Hal ini menjadi lebih serius apabila
pelajar sekolah rendah yang berada pada lingkungan umur tujuh hingga sebelas tahun juga
terpalit dalam masalah ini. Keruntuhan akhlak yang berlaku adalah berpunca daripada
mereka kurang mendapat pengisian dan tidak mempunyai pegangan akidah yang mantap
memudahkan mereka terjerumus dalam masalah ini. Hal ini bercanggahan dengan teras
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menginginkan pembangunan insan,
pembangunan intelektual, pembangunan kerohani dan emosi serta pembangunan jasmani
atau fizikal (Saharia, 2015) dalam diri pelajar agar dapat merealisasikan kemenjadian murid
pada masa kini.
Oleh itu, dalam proses pendidikan, guru perlu menekankan aspek-aspek yang
berkaitan akidah bagi membentuk kemenjadian murid sejajar dengan kehendak FPK dan
menyampaikan hasrat Pelan Pelaksanaan Pendidikan Malaysia Tahun 2015-2025 (PPPM
2013-2025) iaitu pembentukan sahsiah diri unggul murid melalui kemenjadian murid. Guru
juga perlu menyantuni kanak-kanak dalam proses Pengajaran dan Pelajaran (PdP) agar dapat
menimbulkan keinginan mereka untuk terus mengikuti pembelajaran, terutamanya dalam
bidang akidah. Sikap santun guru yang melayani pelajar dengan baik dengan tidak bertindak
melulu jika mereka melakukan kesalahan, mampu membantu pelajar sedikit sebanyak dalam
proses kemenjadian murid ini. Demikian itu, penulisan ini akan menekankan penerapan
akidah dengan menerapkan sifat Allah al-‘Ilm dalam diri pelajar menggunakan Model
Kurikulum Objektif Taba dan teori kognitif oleh Jean Piaget bagi membentuk kemenjadian
murid. Perkaitan antara pendidikan juga dapat dilihat dari segi pemilihan corak pendidikan
yang tepat bersesuaian dengan peringkat umur.

DEFINISI
i. Sifat Allah Al-‘Ilm
Allah mempunyai banyak sifat-sifat yang berlainan dengan makhluk bagi menggambarkan
Keagungan-Nya, Kebesaran-Nya dan segala ilmu yang merangkumi alam semesta serta
wajib diimani oleh umat Islam yang beriman dan bertakwa. Menurut Abdul Majid Az-
Zindani (2008), siapa yang mengenal sifat Allah Ta’ala dan nama-nama-Nya, luaslah
pengenalannya dengan Allah yang memiliki tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Oleh
yang demikian, ulama menggariskan 20 sifat Allah yang diberi penekanan termasuklah sifat
al-‘Ilm Allah. Al-‘Ilm membawa maksud sifat Allah yang Maha Mengetahui, iaitu Allah
tahu akan sesuatu perkara yang terjadi ke atas makhluk-Nya termasuklah alam semesta.
Menurut Abdulfatah (2008), Al-‘Ilm bermaksud Maha Mengetahui iaitu Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu, tidak suatu pun tersembunyi daripada pengetahuannya. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘Maha’ bermaksud yang teramat, sangat, amat, manakala
‘mengetahui’ berasal daripada perkataan ‘tahu’ yang diletakkan imbuhan awalan ‘me-‘ dan

92
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

imbuhan akhiran ‘-i’ serta membawa maksud tahu akan sesuatu dan memaklumi sesuatu
kejadian. Ilmu-ilmu yang diajarkan tidak wujud seandainya tiada tunjang yang
mengajarkannya dan Maha Mengetahui tentang segala ilmu dilangit dan dibumi secara
mendalam sehingga perkara yang sekecil zarah juga dapat Allah ketahui.
Sebagaimana Firman Allah,

‫يف ْال َخبِير‬


ُ ‫أ َ ََل يَ ْعلَ ُم َم ْن َخلَقَ َو ُه َو اللَّ ِط‬
)67:14 ‫(الملك‬
Maksudnya: Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-
galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan pentadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam
pengetahuan-Nya.
(Al-Mulk 67:14)

Demikian itu, jelaslah bahawa sifat al-‘Ilm Allah meliputi seluruh kejadian makhlu-
Nya dan tiada satu yang terlepas dari pengetahuan-Nya.

ii. Model Kurikulum Taba

Model Kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam panduan dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) agar dapat dijalankan secara sistematik dan dapat difahami dengan
mudah serta menentukan corak pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak. Model
Kurikulum yang sering digunakan di Malaysia ialah Model Kurikulum Objektif dipelopori
oleh Ralph Tyler dan Hilda Taba dan Model Kurikulum Proses pula diperkenalkan oleh
Stenhouse. Oleh itu, kerja kursus pada kali ini saya memilih Model Kurikulum Objektif
oleh Hilda Taba. Model ini bersifat induktif dan menyusun langkah-langkah dalam PdP
yang melibatkan teori dan praktik (Yu’timaalahuyatazaka, 2016).
Definisi kurikulum oleh KPM ialah kurikulum merupakan segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk
mencapai matlamat pendidikan (Mohd Asnawi, Md Shufian, Avelyn, & Nur Atiqah, 2010).
Definisi Kurikulum menurut perspektif Islam pula berasal daripada perkataan ‘manhaj’ atau
‘minhaj’ yang asal kata dasarnya ‘nahaja’ yang bermaksud mengikuti jalan atau menyata
dan menjelaskan sesuatu (Noor Hisham, 2011). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
mentakrifkan maksud model iaitu ragam dalam pakaian, fesyen, jenis dan reka bentuk
tertentu. Kurikulum pula bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran
disekolah, senarai kesemua mata pelajaran, kursus pengajian dan lain-lain. Objektif pula
bermakna sesuatu yang khusus ingin dicapai, matlamat, dan tujuan. Oleh itu, Model
Kurikulum Objektif membawa maksud reka bentuk tertentu dalam skop mata pelajaran di
sekolah yang bermatlamat. Model Kurikulum Objektif Tyler mengandungi empat langkah
dalam proses menyampaikan pendidikan. Manakala, Taba pula mengandungi tujuh langkah
yang lebih sistematik.

iii. Teori Kognitif Jean Piaget

Teori kognitif merupakan salah satu teori dalam proses perkembangan kanak-kanak. Teori
kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget mengandungi beberapa peringkat bersesuaian
dengan umur iaitu Peringkat Sensori Motor (0-2 tahun), Praoperasi (2-7 tahun), Operasi
Konkrit (7-11 tahun) dan Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa). Namun, bagi kerja

93
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

kursus kali ini saya memilih Teori Kognitif Piaget dan memberi keutamaan pada Peringkat
Operasi Konkrit iaitu diantara umur 7 hingga 11 tahun.
Teori menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud pendapat iaitu pandangan
yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya, prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yang
menjadi dasar pembentukan. Manakala, kognitif secara dasarnya merujuk proses
perkembangan keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku seiringan sosioemosi, fizikal
dan penguasaan kemahiran berbahasa (Wong, Mohammad Isa, & Rafidah, 2016). Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat pula, kognitif merupakan perkara yang berkaitan dengan
kognisi dan kefahaman intelektual.

iv. Menyantuni Kanak-kanak

Menyantuni berasal daripada perkataan ‘santun’ yang ditambahkan awalan imbuhan ‘me’
dan imbuhan akhiran ‘i’ dan membawa maksud menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
iaitu, menaruh belas kasihan dan suka menolong. Maksud dari kata dasarnya iaitu santun
pula ialah, halus budi bahasa dan budi pekerti beradab dan bersopan. Dalam erti kata lain,
santun bermaksud berasa kasihan terhadap orang lain dan suka menghulurkan bantuan.
Manakala, kanak-kanak pula bermaksud individu dalam lingkungan umur dua hingga dua
belas tahun. Menurut Shahrin Hashim, Yusof Boon, Rohaty Mohd. Majzub dan Abu Bakar
Nordin dalam Sofiah Mohamed dan Kamarul Azmi Jasmi (2017), perkembangan kanak-
kanak secara semula jadinya berterusan mengikut perkembangan yang sama tetapi dengan
kadar yang berbeza.
Oleh itu, menyantuni kanak-kanak dalam proses pendidikan dapat memberikan kesan
yang mendalam kepada mereka dan mempengaruhi minda mereka untuk menerima cara
penyampaian yang bersesuaian dengan mereka. Sikap guru yang menepati elemen
kesantunan kepada kanak-kanak akan mempercepatkan proses pembelajaran mereka dan
meningkatkan keinginan mereka untuk terus menimba ilmu. Sebagai contoh, guru
memberikan ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk memberikan pendapat dan
meluahkan perasaan terhadap sesuatu yang tidak mereka sukai. Berlawanan pula dengan
cara guru yang tidak fleksibel dan menggunakan pendekatan yang tidak relevan seperti tidak
mengendahkan mereka dalam memberi pandangan. Natijahnya, kanak-kanak tidak tertarik
untuk belajar dengan guru itu mahupun subjek yang pernah diajar olehnya.

PENERAPAN SIFAT ALLAH AL-ILM DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK


BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TABA DALAM TEORI KOGNITF JEAN
PIAGET
Bagi menyempurnakan kerja kursus ini, saya memilih untuk mengaplikasikan Teori Kognitif
Jean Piaget berdasarkan model kurikulum yang dipilih bagi menerapkan sifat al-‘Ilm dalam
kalangan pelajar serta mengaplikasikannya ke dalam Model Kurikulum Objektif Taba yang
mengandungi tujuh langkah dalam proses pendidikan. Tujuh langkah yang diperkenalkan
oleh Hilda Taba ini merupakan langkah yang diolah oleh Hilda Taba daripada Model
Kurikulum Ralph Tyler (1949) agar lebih sistematik untuk dipraktikkan. Hal ini dapat
memenuhi kehendak pendidikan yang menginginkan proses kemenjadian pelajar berlaku
dalam kalangan penuntut ilmu dan menyelesaikan isu keruntuhan akhlak iaitu gejala
ponteng sekolah sekaligus membantutkan proses kemenjadian murid.
Antara langkahnya ialah, mendiagnosis kepentingan pembelajaran. Langkah ini
merupakan langkah yang utama iaitu guru-guru perlu mengetahui tentang keperluan pelajar.
Guru menilai permasalahan pelajar melalui analisis tentang jurang iaitu masalah dalam
belajar yang dihadapi, latar belakang dan kekurangan serta kelebihan yang dimiliki.

94
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Menurut teori kognitif Piaget (Wong et al., 2016), kanak-kanak di antara umur tujuh hingga
sebelas tahun berhadapan dengan masalah kekeliruan, terutama terhadap perkara yang
abstrak. Model Kurikulum Pendidikan Islam telah menggariskan dalam Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 iaitu peringkat pertama yang bersesuaian dengan
langkah model Taba ialah murid menyatakan konsep asas sifat al-‘Ilm. Di mana murid perlu
mendiagnosis sifat-sifat Allah dan menerapkan kedalam diri mereka. Permasalahan utama
yang dihadapi mereka ialah tidak dapat menggambarkan sesuatu yang tidak wujud. Kerana
Allah telah berfirman:

‫ح ِم ْن أ َ ْم ِر َر ب ِ ي َو َم ا أ ُو ت ِ ي ت ُ ْم ِم َن‬
ُ ‫ك عَ ِن ال ُّر وح ِ ۖۡ ق ُ ِل ال ُّر و‬َ َ ‫َو ي َ سْ أ َل ُ و ن‬
ً ِ‫الْ ِع لْ ِم إ ِ ََّل ق َ ل‬
‫يَل‬
‫( اْلسراء‬
( 17:85
Maksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk
urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".
(Al-Israa’ 17:85)

Maka, ketika menerangkan perkara abstrak tentang sifat al-‘Ilm Allah guru perlu
menyantuni pelajar dengan berimaginasi bersama mereka. Secara umumnya, apabila kanak-
kanak merasakan jiwa mereka serasi dengan pendekatan yang digunakan mereka akan
mudah untuk memahami apa yang diajarkan kepada mereka. Akhirnya mereka akan takut
untuk melakukan kesalahan kerana percaya bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala hal
sedangkan pengetahuan makhluk lainnya terbatas. Natijahnya, objektif untuk mencapai
kemenjadian murid berhasil kerana kefahaman mereka yang jitu mengenai sifat al-‘Ilm
Allah ini.
Langkah kedua dan ketiga iaitu membentuk objektif tingkah laku murid dan memilih
bahan pembelajaran yang sesuai. Selepas mengenal pasti permasalahan yang dihadapi
pelajar, guru perlu membentuk objektif dalam kurikulum yang jelas dan komprehensif
seperti pencapaian di akhir pembelajaran, iaitu murid dapat memberi respon tindak balas
terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Setelah membentuk objektif
pembelajaran, guru perlu memilih bahan atau aktiviti yang mengikut kesesuaian penerimaan
pelajar untuk digunakan dan dijalankan bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan pada
langkah kedua tadi, pemilihan perlulah bersesuaian dengan peringkat kematangan pelajar.
Bertepatan dengan teori kognitif Piaget yang menerangkan bahawa kanak-kanak pada
peringkat ini menggunakan penaakulan logik dalam proses pemikiran. Menurut Piaget
penguasaan penaklukan logik terikat kepada pengalaman deria dan motor yang konkrit
sahaja. Oleh itu, antara aktiviti yang sesuai dilakukan ialah aktiviti objek wujud atau hands-
on bagi memberikan gambaran sempurna kepada pelajar (Wong et al., 2016). Apabila
pelajar dapat memahami sesuatu mata pelajaran, objektif yang ditentukan dapat mencapai
matlamat yang dikehendaki. Seperti objektif yang dikehendaki dalam DSKP Kurikulum
Pendidikan Islam Tahun 5 mengenai sifat al-‘Ilm Allah iaitu meyakini dan merumuskannya
untuk diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam
tindakan (DSKP Tahun 5).
Oleh itu, bagi menerapkan sifat ini ke dalam diri mereka, guru perlu melakukan aktiviti
secara amali contohnya murid menerangkan sifat Allah al-‘Ilm menurut kefahaman mereka
dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka sebagai amalan. Sebagaimana
panduan dalam DSKP Tahun 5 menunjukkan bahawa amalan murid dalam memahami sifat

95
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

al-‘Ilm Allah dan berusaha menerapkan dalam kehidupan akan membantu mereka untuk
menghindari sifa-sifat keji dengan melaksanakan ibadah seperti solat. Firman Allah:

َ ‫ك ِم َن الْ ِك ت َا بِ َو أ َق ِ ِم ال صَّ ََل ة َ ۖۡ إ ِ َّن ال صَّ ََل ة‬ َ ْ‫ي إ ِ ل َ ي‬ ِ ُ ‫ا ت ْ ُل َم ا أ‬


َ ‫وح‬
‫ت َنْ َه ى عَ ِن الْ ف َ ْح شَا ِء َو الْ ُم نْ كَ ِر ۗ َو ل َ ِذ كْ ُر َّللاَّ ِ أ َكْ ب َ ُر ۗ َو َّللاَّ ُ ي َ عْ ل َ مُ َم ا‬
‫ص ن َ ع ُ ون‬ ْ َ‫ت‬
‫( العنكبوت‬
) 29:45
Maksud: Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan
dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan
mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya
dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Ankabut 29:45)

Kanak-kanak pada peringkat ini lebih tertarik dengan perkara yang menyeronokkan.
Demikian, guru perlu menyantuni mereka dengan tidak memarahi mereka sekiranya mereka
tidak dapat melaksanakan solat dengan sempurna, ada baiknya guru menjadikan solat itu
aktiviti terbaik contohnya memberi sedikit ganjaran kepada murid yang berjaya solat penuh
lima waktu selama seminggu dan menjelaskan bahawa ganjaran yang diperolehi disisi Allah
lebih bernilai. Ini akan menarik minat mereka untuk melakukannya sekaligus dapat
membentuk kemenjadian murid dan mengelakkan mereka daripada melakukan gejala
ponteng sekolah. Hal ini kerana mereka percaya bahawa Allah mengetahui keberadaan
mereka walau di mana mereka berada.
Langkah keempat ialah menyusun bahan pembelajaran. Ketika menyusun atur bahan
pembelajaran, beberapa aspek perlu diambil kira seperti tahap kematangan pelajar,
pencapaian lepas pelajar dan minat pelajar. Susun atur yang dibuat perlulah jelas dan teratur
bagi memudahkan setiap turutan pembelajaran serta isi kandungan dapat disampaikan
kepada pelajar dengan jelas dan tepat. Seterusnya, memilih pengalaman pembelajaran yang
menarik dan melibatkan pelajar dalam isi kandungan. Dengan kata lain, guru perlu
mengaitkan pengalaman pembelajaran sedia ada pelajar seperti topik yang lalu atau
pengalaman yang lepas dengan pembelajaran baharu. Terdapat empat jenis aktiviti
kekekalan yang dijalankan oleh Piaget untuk mengukur pemikiran dalam kalangan kanak-
kanak antaranya, kekekalan isi padu cecair, kekekalan pepejal, kekekalan nombor,
kekekalan ruang dalam Wong et al., (2016). Kekekalan merupakan teori homeostatik iaitu
naluri manusia yang seringkali ingin kembali melakukan perkara yang konsisten. Menurut
Arkes dan Garkes (1982), “Manusia sering berusaha mencapai ketekalan atau konsistensi.
Apabila kognisi individu dalam keadaan bercanggah atau tidak konsisten, maka terhasil
satu motif bagi mengurangkan percanggahan dan kembali kepada keadaan konsisten.”
(Azizi, Asmah, Zurihanmi, & Fawziah, 2005).
Menurut Piaget dalam Wong et al., (2016), kanak-kanak pada peringkat ini sudah
menguasai konsep kebalikan ‘reversibility’ dan mula menolak sifat egosentrik dan menerima
pandangan orang lain. Sebagai contoh aktiviti kekekalan isi padu, guru akan menyediakan
tiga buah gelas, dua daripadanya mempunyai ketinggian dan kelebaran yang sama, manakala
sebuah lagi mempunyai ketinggian dan kelebaran berbeza. Seperti rajah di bawah (Wong et
al., 2016) dan bertanya soalan seperti dalam rajah:

96
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Rajah 1: Aktiviti kekekalan isipadu

Kanak-kanak peringkat ini akan memberi jawapan berpandukan konsep kebalikan sekaligus
memberikan tumpuan kepada permasalahan di atas dengan mengambil kira dua ciri serentak
iaitu ketinggian dan isipadu. Dalam proses kemenjadian murid konsep kebalikan dapat
dipraktikkan untuk menerapkan sifat al-‘Ilm dalam diri pelajar seperti yang dinyatakan
dalam DSKP Tahun 5 iaitu kemahiran iltizam. Murid-murid dapat menghuraikan
kefahaman sifat al-‘Ilm dan menjadikannya sebagai pegangan hidup. Maka, apabila mereka
memahami sifat al-‘Ilm Allah dan mengasimilasikannya bersama konsep kebalikan akan
menyedarkan mereka bahawa setiap perkara buruk itu mempunyai balasannya. Seperti itu
juga sekiranya ponteng sekolah dan melakukan perkara ynag meruntuhkan akhlak mereka,
pasti akan ada kifarahnya kelak.
Analoginya bertepatan dengan aktiviti kekekalan isipadu Piaget di mana kanak-kanak
peringkat tujuh hingga sebelas tahun yang menghayati sifat al-‘Ilm Allah dan
mengaplikasikannya menjadi pegangan hidup tidak akan berubah ketetapan hati dan
kepercayaan mereka walau di mana pun mereka berada. Contohnya seperti air di dalam
gelas yang dipindahkan ke dalam gelas yang berbeza kelebaran dan ketinggian. Walaupun
dipindahkan, isipadunya tetap sama dan tidak berubah sedikit pun. Sekiranya mereka
ditawarkan untuk memasuki kelab kongsi gelab, mereka dapat merasionalkan akal fikiran
mereka dan berpegang kepada kepercayaan serta keimanan mereka daripada menerima
ajakan tersebut. Akhirnya, pelajar dapat menyelamatkan diri dari terjerumus melakukan
jenayah. Begitu jugalah kepercayaan dan pegangan mereka dalam menerapkan sifat al-‘Ilm
ini yang akhirnya dapat membentuk keperibadian mereka menjadi insan berguna.
Guru juga perlu menyantuni mereka dengan mengingatkan tentang ganjaran-ganjaran
baik yang diterima sekiranya konsisten dalam melakukan perkara kebaikan dan menegur
kesalahan mereka secara berhemah. Apabila mereka pernah melakukan kesalahan, santuni
mereka dengan memberikan teguran dan nasihat yang membina tanpa kekasaran melampau
sepertimana Rasulullah memperingatkan kita “Maka hendaklah bersabar atas mereka”
(Harun & Abu Azka, 2013). Melalui pengalaman inilah mereka mula belajar membina
akhlak dan jati diri yang mulia. Natijahnya, apabila kanak-kanak tahu akan kesalahan
sekaligus sudah terbiasa dengan perkara kebaikan akhirnya mereka akan konsisten dan tidak
lagi berani ponteng sekolah atau melakukan aktiviti yang melanggar peraturan sekolah.
Langkah keenam dan langkah terakhir pula ialah menyusun pengalaman pembelajaran
dan menentukan bahan pembelajaran yang akan dinilai dan cara untuk menilai. Ketika ingin
menyusun pengalaman pembelajaran, guru perlu untuk menyesuaikan pengalaman belajar
yang lepas dengan aktiviti yang bakal dilakukan oleh mereka. Berikutan, pelajar perlu
terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Seterusnya, penilaian dibuat dengan
mengenal pasti objektif yang ingin dicapai. Penilaian boleh dilakukan dengan mengadakan
ujian atau kuiz. Walau bagaimanapun, guru dinasihatkan agar lebih kreatif dalam
membentuk alat pengujian dalam menilai hasil aktiviti yang dijalankan. Tambahan pula,

97
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Taba tidak menggariskan secara khusus kaedah penilaian yang harus dilakukan dan
bergantung kepada kebijaksanaan guru (Qaisara, 2019). Oleh itu, dalam penyusunan
pengalaman pembelajaran, Piaget menggariskan konsep kebalikan, ‘reversibility’ yang
menyatakan bahawa naluri manusia ingin kembali terhadap perkara konsisten (Azizi et al.,
2005). Piaget juga mengatakan bahawa perkembangan yang berlaku pada peringkat operasi
konkrit ialah menurut kaedah operasi. Ini menunjukkan dalam konsep kebalikan murid
sedang mengoperasikan keseimbangan berfikir dan mencuba kaedah cuba jaya terhadap
soalan yang diberikan.
Kemahiran murid-murid dalam penghayatan sifat al-‘Ilm dan pentabiatan mereka untuk
menganalisis serta merumuskan kefahaman mereka tentang sifat ini bertepatan dengan teori
Piaget di mana konsep kebalikan diguna pakai dalam PdP. Pada kemahiran penghayatan,
guru dapat menyusun pembelajaran yang bersesuaian dengan minat, tahap kematangan dan
mengukur tahap penerimaan murid melalui penilaian yang lepas. Apabila guru dapat
mengesan kelemahan mereka dalam pembelajaran, pasti guru memilih pembelajaran yang
sesuai dan menyusunnya dengan baik sehingga mencapai objektif yang dikehendaki. Guru
menggunakan konsep kebalikan dalam aktiviti kelas dengan melihat kematangan mereka
menjawab soalan yang diterbalikkan. Sebagai contoh, dalam pembelajaran terdahulu, guru
mengemukakan soalan 2 x 5 = 10 kemudian guru menukar kedudukan 5 dan 2 menjadi 5 x
2, dan meminta pelajar memberikan jawapan. Kanak-kanak tujuh hingga sebelas tahun
dapat menjawab dengan pantas dan tepat. Hal ini kerana, mereka mengaplikasikan konsep
kebalikan yang bersifat konsisten dalam kefahaman mereka. Adakalanya, kanak-kanak akan
memberikan jawapan yang berbeza dan salah, pada peringkat ini, guru perlu menjadi kawan
serta menyantuni mereka dalam mendidik dengan bersabar dan tidak melabel serta
menghukum pelajar. Guru yang gemar meletakkan hukuman kepada pelajar akan
menyebabkan murid-murid berjauh hati dengan guru dan mata pelajaran yang diajar oleh
guru tersebut. Hal ini seterusnya menyebabkan mereka memilih untuk duduk bersama
golongan liar dan membentuk peribadi yang buruk kelak.
Manakala, kemahiran pentabiatan pula merupakan tahap penilaian yang boleh
dilaksanakan oleh guru. Penilaian yang dibuat boleh dilakukan sama ada secara langsung
atau tidak langsung yang ditunjukkan melalui tingkah laku murid-murid. Hal ini memberi
petunjuk bahawa, kanak-kanak peringkat tujuh hingga sebelas tahun berjaya menghayati dan
mengamalkan sifat Allah al-‘Ilm sekaligus menjadikan pegangan dalam menerapkan sifat ini
dalam kehidupan serta membentuk kemenjadian murid dalam diri mereka sendiri. Konsep
ini juga sesuai dalam menerapkan sifat al-‘Ilm dalam diri kanak-kanak. Sepertimana
disebutkan tadi, apabila kanak-kanak melakukan kesalahan dan diberi teguran mereka pasti
tidak akan mengulangi kesalahan tersebut pada masa akan datang. Maka, dapat dilihat
bahawa konsep kebalikan sudah digunakan dengan sebaiknya dalam diri mereka dan
menjadi kebiasaan atau tabiat dalam kehidupan seharian mereka. Kanak-kanak yang
mengaplikasikan sifat ini dalam kehidupan mereka dapat membezakan perkara mahmudah
dan mazmumah. Oleh itu, mereka dapat mengklasifikasikan perbuatan tersebut bersama
kesannya. Secara tidak langsung mereka telah melakukan penilaian terhadap perbuatan
mereka sendiri dan dapat menghindari kelakuan yang meruntuhkan akhlak mereka.
Kesannya, kemenjadian murid dapat dicapai sekaligus mengurangkan masalah isu
pendidikan iaitu ponteng sekolah kerana mereka mengetahui bahawa setiap tindak - tanduk
yang dilakukan berada dalam pemerhatian Allah semata-mata.

98
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENUTUP
Kesimpulannya, jelas sekali pemantapan akidah yang kukuh dapat membentuk kemenjadian
murid dan membina sahsiah unggul murid seperti hasrat kerajaan dalam FPK serta dapat
memberikan manfaat kepada diri sendiri, bangsa, agama dan masyarakat sekeliling.
Tambahan pula, pemilihan kurikulum yang tepat dan relevan membantu guru dalam
melaksanakan hasrat ini dan menggunakan teori Piaget yang bersesuaian dengan peringkat
dan tahap kematangan kanak-kanak. Hal ini dapat dibuktikan dengan pendapat dari al-Attas
dalam Noor Hisham (2011), iaitu hanya kefahaman yang tepat tentang makna ilmu dan sifat-
sifatnya dapat membantu penggubal membina tujuan pendidikan yang sah. Akhirnya,
pemilihan dan pengaplikasian sifat al-‘Ilm Allah di dalam proses pendidikan dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya dengan menggunakan model Taba dan teori Piaget sejajar
dengan sifat Allah al-‘Ilm yang mempunyai persamaan iaitu mengarahkan manusia kearah
yang lebih baik dari satu peringkat ke peringkat seterusnya.

RUJUKAN
Abdul Majid Az-Zindani (2008). Al-Iman. Al-Alim (Maha Mengetahui). Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.
Abdul Raheym Ahmad (2012). Model Taba. Diperoleh daripada:
https://www.slideshare.net/abdulraheym/model-taba-kpd
Abdulfatah Haron Ibrahim (2008). Allah antara tasawuf dengan akidah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Akhmad Shihabuddin (2019). Konsep pengetahuan dalam islam. Diperoleh daripada:
https://www.academia.edu/9803983/KONSEP_PENGETAHUAN_DALAM_ISLAM
Al-Quran: Al-Ankabut 29:45
Al-Quran: Al-Israa’ 17:85
Al-Quran: Al-Mulk 67:14
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, & Fawziah Yahya (2005). Aplikasi
kognitif dalam kehidupan. Bentong, Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kamus Dewan (Edisi Keempat, 2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Asnawi Satdimin, Md Shufian Awang, Avelyn Siang, & Nur Atiqah Basri (2010).
Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum. Bincangkan pendapat dan pandangan
pakar- pakar tentang kurikulum. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Jabatan Kemahiran Hidup, Fakulti Teknik Dan Vokasional.
Noor Hisham Md Nawi (2011). Konsepsualisasi semula kurikulum Pendidikan Islam.
Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkuflu Mahayudin, & Zakiah Noordin (2016).
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

99
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Penterjemah: Harun Arrasyid Haji Tuskan & Abu Azka al-Madani (2013). Pendidikan dan
psikologi Rasulullah S.A.W. Batu Caves, Selangor: Crescent News (K.L.) Sdn. Bhd.
Qaisara Din (2019). Kekuatan dan kelemahan Model Tyler dan Model Taba. Diperoleh
daripada:https://www.academia.edu/4903392/TAJUK_KEKUATAN_DAN_KELEM
AHAN_MODEL_TYLER_DAN_MODEL_TABA
Saharia Hj. Ismail (2015). Pembangunan insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Melaka: Kolej Universiti Islam Melaka. Diperoleh daripada:
Http://Journal.Utem.Edu.My/Index.Php/Jhcd/Article/Download/2087/1247
Sofiah Mohamed & Kamarul Azmi Jasmi (2017). Penerapan potensi murid dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam di prasekolah. Diperoleh daripada:
file:///C:/Users/User/Downloads/50-Article%20Text-187-1-10-20180830.pdf
Wong Kiet Wah, Mohamed Isa Azis, & Rafidah Ruhani (2016). Perkembangan Kanak-
kanak (Edisi kedua). Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Yu’timaalahuyatazaka (2016). Model Pengembangan Kurikulum Hilda Taba dan
identifikasinya dalam Kurikulum Pendidikan Islam. Jogjakarta, Indonesia:
Universiti Ahmad Dahlan Jogjakarta. Diperoleh daripada:
https://journal.iaingorontalo.ac.id/index.php/tjmpi/article/download/448/356/

100
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH AL-HAYY DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TYLER DAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Nur Amirah Farisah Binti Mohd Azmi


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan suatu mekanisme penting bagi pembangunan sesebuah negara.
Tanpa sistem pendidikan yang sempurna dan mantap, sudah tentu akan terhasilnya bentuk
pendidikan yang mempunyai pelbagai corak serta tidak sempurna sifatnya. Bertepatan
dengan hal tersebut, sistem pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) telah memberi penekanan untuk menjana perkembangan modal insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Pendidikan yang
dilaksanakan adalah untuk memastikan kemenjadian murid serta melahirkan insan yang
baik, berperibadi mulia yang boleh dijadikan contoh dan bukannya tertumpu kepada
kementerian.
Oleh itu, akidah merupakan aspek yang penting dalam membentuk kemenjadian murid
bagi mendepani arus cabaran pada masa kini bagi melahirkan modal insan yang berbudi
pekerti mulia. Pemerkasaan modal insan bermula dengan memurnikan fitrah insan agar
kembali kepada akidah Islamiyyah iaitu Tauhid yang berasaskan kepada keimanan kepada
keesaan Allah (Mohd Shafiee Hamzah et al., 2015). Bertepatan dengan hal tersebut, akidah
menjadi elemen penting yang perlu diterapkan dalam semua aktiviti pembelajaran di
sekolah. Guru juga perlu untuk menyantuni kanak-kanak secara berhikmah sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi menarik minat mereka untuk terus memberi
perhatian khususnya dalam bidang akidah. Ekoran daripada itu, isu ketidakmenjadian murid
seperti mencuri yang semakin berleluasa dapat dibendung sekiranya akidah dalam diri
kanak-kanak dimantapkan. Oleh yang demikian, dalam penulisan ini, saya akan
menekankan tentang bagaimana untuk menerapkan sifat Allah al-Hayy dalam kehidupan
dengan menggunakan model kurikulum Tyler dalam menyantuni kanak-kanak berdasarkan
teori kognitif Jean Piaget dalam membentuk kemenjadian murid.

DEFINISI
i. Sifat Allah Al-Hayy

Al-Hayy membawa maksud Allah Maha Hidup. Sifat al-Hayy ialah sifat yang
membenarkan pada sifat berkuasa, berkehendak, mengetahui, mendengar dan melihat.
Sekiranya Allah tidak bersifat dengan sifat al-Hayy, sudah tentu sifat yang lima itu tidak
akan wujud. Sifat wujud Allah adalah kekal abadi tanpa ada mula dan akhir. Sifat al-Hayy
diterangkan dalam Al-quran
‫هللا َل اله اَل هو الحى القيوم‬
(255:2;‫البقرة‬ ‫(سورة‬

101
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Maksud: Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang hidup dan kekal.
(Surah al-Baqarah; 2:255)

Bukti Allah bersifat al-Hayy ialah Allah yang menghidupkan dan mematikan manusia.
Allah juga yang mengawal pertukaran siang dan malam serta Allah yang mengatur
pergerakan matahari, bulan dan cakrawala (Mohd Zaini Yahya et al., 2013). Hidupnya
manusia dan makhluk-makhluk lain tidak sama dengan hidupnya Allah. Allah Hidup
selama-lamanya dan Dia wujud sejak dahulu dan kekal sampai bila-bila. Sedangkan
manusia tidak wujud sebelum mereka diciptakan dan kehidupan manusia akan tamat apabila
tiba ajalnya. Guru mestilah menyantuni kanak-kanak dengan menerapkan nilai yang baik
serta akidah yang mantap dalam diri murid melalui kefahaman tentang sifat Allah al-Hayy
supaya mereka mudah untuk dibentuk secara holistik kerana hati mereka ibarat bekas
kosong yang perlu diisi dengan keimanan yang dapat memandu mereka ke jalan yang benar.
Oleh itu, pelajar yang dahulunya tidak melaksanakan perintah Allah SWT seperti solat akan
mula melakukannya apabila mereka meyakini akan sifat al-Hayy.

ii. Model Kurikulum Tyler

Kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah


sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Model kurikulum
dikelaskan berdasarkan teori berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan juga turut
menggariskan pendekatan, kaedah dan prosedur untuk membuat suatu penilaian dan
implementasi (Mohd Asnawi Satdimin et al., 2010). Terdapat beberapa model kurikulum
yang boleh digunakan oleh guru seperti model objektif yang dikemukakan oleh Tyler dan
Taba, model proses oleh Stenhouse, model kurikulum Islam dan Timur, model kurikulum
Stuflebeam dan sebagainya. Dalam penulisan ini, saya akan menekankan kepada satu model
sahaja iaitu model objektif yang dikemukan oleh Tyler. Hal ini kerana, model ini dijadikan
sebagai rujukan serta panduan kepada guru untuk mengajar dan melaksanakan aktiviti bagi
mencapai suatu objektif atau matlamat yang telah ditetapkan. Melalui model Tyler ini juga,
guru mampu untuk mengatasi isu ketidakmenjadian murid yang suka mencuri melalui
penerapan sifat Allah al-Hayy agar dapat melahirkan murid yang berperibadi mulia,
seimbang dari jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sekaligus dapat membentuk
kemenjadian murid. Terdapat empat perkara yang dikemukakan dalam model Tyler ini iaitu
objektif, kandungan, kaedah dan penilaian.

iii. Teori Kognitif Piaget

Perkembangan melibatkan perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif (Santrock, 2014;
Cook & Cook, 2009). Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan
berterusan dan berkait rapat dengan proses kematangan dan pembelajaran kanak-kanak
dalam persekitaran. Perkembangan kanak-kanak terdiri daripada beberapa teori seperti teori
perkembangan fizikal, teori kognitif dan bahasa, teori sosioemosi dan moral serta lain-lain
lagi. Dalam penulisan ini, saya akan tertumpu kepada teori kognitif daripada John Piaget
yang merupakan tokoh psikologi yang amat berpengaruh dalam kajian perkembangan
kognitif. Teori pembelajaran Piaget adalah berlandaskan kepada premis bahawa setiap
kanak-kanak umpama saintis yang aktif untuk meneroka dunianya untuk mencapai
kefahaman. Menurut Piaget dalam (Mukhlisah AM, 2015), terdapat empat peringkat
perkembangan kognitif seperti peringkat sensori motor (lahir hingga 2 tahun), peringkat
praoperasi (2 hingga 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan peringkat

102
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

operasi formal (12 hingga dewasa). Penulisan ini hanya berfokus kepada peringkat operasi
konkrit iaitu pada peringkat kanak-kanak kerana sifat Allah al-Hayy termasuk dalam silibus
pendidikan Islam tahun lima yang mana murid-murid ini masih memerlukan bimbingan
secara konkrit dan mereka tidak boleh menerima penerangan secara abstrak daripada guru.
Melalui teori Jean Piaget ini, murid dapat memahami prinsip kekekalan, menguasai konsep
klasifikasi, seriasi dan kebalikan kerana mereka terikat dengan objek atau peristiwa yang
konkrit. Oleh itu, teori ini memainkan peranan yang penting bagi seorang guru dalam
menyantuni kanak-kanak agar mereka dapat memahami sifat Allah al-Hayy dengan jelas.

PENERAPAN SIFAT AL-HAYY DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK


BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TYLER DALAM TEORI
PERKEMBANGAN KOGNITIF
Al-Hayy atau Allah Maha besar merupakan salah satu sifat Allah SWT yang wajib diketahui
oleh semua umat Islam tidak kira peringkat usia sama ada tua mahu pun muda. Sifat Allah
ini wajib diterapkan dalam diri kanak-kanak untuk membentuk akidah yang kukuh bagi
mengharungi arus perdana kini. Model kurikulum Tyler yang dibina menjadi antara
pemangkin utama transformasi sikap dan jati diri pelajar dalam mengenal sifat Allah
terutamanya sifat al-Hayy berdasarkan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) sekaligus dapat menyantuni kanak-kanak berdasarkan teori kognitif
Piaget.
Tyler telah mencadangkan empat langkah utama yang harus dirangkumi dalam
kurikulum sekolah. Langkah yang pertama ialah guru hendaklah membentuk suatu objektif
pelajaran yang dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar dapat menjadi panduan
kepada guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar pada akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP). Guru berperanan sebagai penilai kurikulum berdasarkan kepada
model ini untuk menentukan objektif yang mana telah dicapai oleh pelajar dengan melihat
kepada perubahan tingkah lakunya (Rohana Hamzah et al., 2017). Objektif yang dibentuk
mestilah bertepatan dengan kandungan kurikulum dan tahap kebolehan pelajar. Bagi
subtopik al-Hayy iaitu Allah SWT Maha Hidup, guru mestilah menetapkan objektif yang
akan dicapai oleh pelajarnya seperti “murid dapat mengetahui, memahami dan menjadikan
sifat al-Hayy sebagai asas dalam kehidupan harian”. Demi mencapai objektif itu, guru
mestilah berpandukan kepada DSKP untuk menerangkan kepada murid tentang maksud
meyakini bahawa Allah bersifat al-Hayy dan dalil-dalil yang membenarkannya. Sekiranya
kanak-kanak tidak meyakini bahawa Allah bersifat al-Hayy, sudah tentu mereka akan
melakukan kesalahan seperti meninggalkan solat kerana mereka tidak mempercayai bahawa
ada yang tengah memerhati segala perbuatan mereka.
Teori Piaget pada peringkat operasi konkrit yang dirujuk ada menyatakan bahawa guru
mestilah menyediakan peluang untuk kanak-kanak membuat penerokaan dan penemuan
konsep yang dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran mereka. Pelajar pada
peringkat ini lebih gemar kepada pembelajaran yang memerlukan mereka untuk melihatnya
secara konkrit kerana dengan cara ini kognitif mereka dapat berkembang secara pesat.
Sebagai contoh, guru boleh menayang video Tsunami yang pernah berlaku di Aceh pada
suatu ketika dahulu dan video kejadian manusia dari segumpal darah. Melalui video
tersebut, guru boleh bertanya kepada pelajar apa yang mereka tahu mengenai video yang
ditunjukkan dan membuat perkaitan dengan tajuk yang diajar. Hal ini dapat menunjukkan
bahawa kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah atau pertanyaan yang melibatkan
peristiwa atau objek yang konkrit (Azizi Yahaya & Zainuddin Abu Bakar, 2014). Untuk
menyantuni kanak-kanak, pertanyaan yang diajukan itu mestilah secara berhikmah, lemah
lembut, tidak memaksa murid untuk menjawab dan sekaligus akan menggalakkan pelajar

103
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

untuk berfikir secara logikal dan analitikal. Apabila mereka sudah jelas mengenai makna
sifat al-Hayy iaitu Allah Maha Hidup dan Dia yang menghidupkan dan mematikan manusia,
mereka yakin bahawa kehidupan mereka mempunyai tempoh hadnya dan mereka akan
sentiasa melakukan kebaikan kerana pada bila-bila masa sahaja nyawanya akan dicabut.
Langkah kedua yang dikemukan oleh model kurikulum Tyler ialah kandungan.
Kandungan kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan dan perancangan
pembelajaran yang disusun oleh pendidik. Menurut Imam Ghazali (1980) dalam Rohana
Hamzah et al., (2017), kandungan kurikulum seharusnya memberikan kebebasan kepada
murid untuk menggunakan daya berfikir, kreativiti dan usaha untuk membina kegemilangan.
Perancangan kurikulum yang dirangka seharusnya mengambil kira aspek pengalaman sedia
ada murid supaya sifat Allah al-Hayy yang ingin disampaikan itu mudah difahami dan
diaplikasikan. DSKP merupakan salah satu kandungan kurikulum yang boleh dijadikan
rujukan oleh guru untuk menjalankan proses PdP agar apa yang ingin disampaikan itu
bersesuaian dengan tahap murid. Contohnya dalam DSKP ada menyatakan bahawa murid
perlu menghubungkaitkan sifat al-Hayy dengan kesan jika meyakini bahawa Allah bersifat
al-Hayy dan analisis akibat yang akan diperoleh sekiranya mereka tidak meyakini Allah
bersifat al-Hayy. Berdasarkan DSKP tersebut, teori Piaget ada menyatakan bahawa pada
peringkat operasi konkrit, cara pemikiran pelajar perlu dicabar sebagai langkah untuk
memaksa mereka meluaskan pengetahuan sedia ada. Pemikiran mereka perlu dicabar
supaya dapat mencetuskan proses asimilasi dan akomodasi, seterusnya membolehkan skema
kognitif baharu dibina sekaligus dapat memudahkan mereka mengintegrasikan pengetahuan
baharu dengan yang sedia ada dan seterusnya murid dapat membetulkan konsep-konsep
yang salah.
Guru mestilah memainkan peranan dalam menyantuni kanak-kanak dengan
menyampaikan pengetahuan itu secara lemah lembut, berperwatakkan baik, bersabar dan
melayani mereka dengan kasih sayang agar murid itu dapat membentuk peribadi secara
holistik dengan akidah yang utuh. Apabila mereka sudah memahami makna al-Hayy, sudah
tentu mereka akan mengetahui kesan sekiranya tidak meyakini sifat tersebut kerana sifat
tersebut adalah mustahil bagi manusia. Sebagai contoh, apabila murid melakukan kesalahan
seperti mencuri iaitu isu tingkah laku yang merupakan salah satu daripada isu pendidikan
yang merupakan isu paling popular dalam kalangan pelajar sekolah. Sekiranya murid itu
meyakini dengan sifat Allah al-Hayy, sudah tentu mereka tidak akan melakukan perkara
tersebut kerana akan berfikir bahawa Allah Maha Hidup dan Dia sentiasa memerhatikan
tindak tanduk umatnya dan sekaligus akan membuatkan murid tersebut berasa takut untuk
meneruskan perbuatan mencuri itu.
Kaedah pula merupakan langkah ketiga dalam model kurikulum Tyler. Kaedah ini
berfokus kepada pemilihan set-set dan kaedah pengajaran yang dipilih oleh guru. Pemilihan
kaedah merupakan salah satu perkara yang sangat penting kerana kaedah yang bersesuaian
dengan isi kandungan yang disampaikan akan memberi impak yang positif kepada
pembelajaran dan perkembangan pelajar. Guru mestilah memilih kaedah pembelajaran yang
sesuai untuk diajar kepada murid semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
(Ali Usmar, 2017). Bertepatan dengan teori Piaget yang mana kanak-kanak pada peringkat
operasi konkrit masih belum dapat berfikir secara abstrak dan guru perlu menyediakan
bahan-bahan konkrit untuk menguji idea mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak pada
peringkat ini ingin melihat dengan matanya iaitu aktiviti hands-on yang melibatkan
pengalaman langsung berbanding apa yang dikatakan oleh gurunya sendiri kerana itu lebih
memudahkan mereka untuk memahaminya. Sekiranya murid diterangkan secara konkrit,
sudah semestinya proses PdP akan berjalan dengan lancar kerana itu merupakan apa yang
dikehendaki oleh mereka dan turut akan merangsang tahap kognitif mereka.

104
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Kaedah yang digunakan oleh guru mestilah bersesuaian dalam menyantuni kanak-kanak
iaitu tidak memarahi murid sekiranya mereka lambat untuk memahami, bersabar dalam
melayani mereka, lemah lembut dan sekaligus dapat memberi impak positif kepada pelajar
agar dapat menjadikan mereka seorang insan yang baik dan berperibadi mulia. Sebagai
contoh, guru boleh menunjukkan kepada murid satu pokok yang hidup dan satu lagi pokok
yang telah mati. Melalui pokok itu, mereka akan sedar bahawa semua benda di dunia ini ada
yang menciptanya dan mematikannya apabila sudah tiba masanya serta pencipta itu Maha
hidup. Berdasarkan kaedah tersebut, murid semakin jelas mengenai konsep sifat Allah al-
Hayy kerana kaedah yang digunakan oleh guru itu dalam bentuk objek maujud, lebih jelas,
relevan dan mereka boleh menaakulnya. Jadi, dari kaedah itu murid akan mula membentuk
akhlak yang baik kerana Allah sentiasa ada memerhati tingkah laku mereka dan sekaligus
dapat merealisasikan hasrat guru untuk membentuk kemenjadian murid.
Langkah yang terakhir bagi model kurikulum Tyler ialah penilaian. Menurut
Stufflebeam (2000), penilaian bertujuan untuk melihat pencapaian serta mendapatkan
alternatif yang boleh membantu dalam membuat keputusan. Bagi melihat kesan
ketercapaian objektif kurikulum sama ada berjaya atau sebaliknya, maka penilaian mestilah
dilakukan. Penilaian terbahagi kepada dua iaitu penilaian secara formatif atau sumatif
(Ornstein, Allan. C., Hunkins & Francis. P, 2009). Penilaian formatif ialah penilaian
berterusan yang dilakukan setelah tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran manakala
penilaian sumatif pula ialah penilaian akhir. Pada zaman sekarang, penilaian bukan lagi
dilakukan pada akhir sesi pembelajaran, tetapi penilaian sudah ada pada set induksi lagi
melalui pentaksiran bilik darjah. Bagi bidang akidah iaitu sifat Allah al-Hayy, guru mestilah
menilai sama ada murid itu mengaplikasikan atau tidak keyakinan terhadap sifat Allah al-
Hayy dalam kehidupan seharian seperti mana yang terkandung dalam DSKP. Akidah
berkaitan sifat Allah al-Hayy yang tersemat kukuh dalam diri murid akan menggerakkan
seluruh anggota pancainderanya untuk menterjemahkan secara praktikal seluruh arahan
Allah yang perlu dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan.
Menurut teori Piaget, kanak-kanak sekolah rendah perlulah dibekalkan dengan objek
maujud supaya mereka tidak mengalami masalah dalam memahaminya kerana konsep yang
abstrak hanya akan mengakibatkan mereka mempunyai masalah untuk menyelesaikan
masalah dan memahami sesuatu perkara. Guru perlulah menyantuni kanak-kanak dengan
sentiasa memberi mereka nasihat, baik hati dan sebagainya agar mereka mudah untuk
dipengaruhi dengan sesuatu yang baik serta dapat menerima apa yang diajari oleh guru.
Contohnya, di dalam bilik darjah, guru boleh melihatkan akhlak pelajar adakah sudah
semakin berubah ataupun masih berada pada takok yang sama. Sekiranya sudah mempunyai
perubahan, guru boleh memberikan penghargaan seperti pensil, coklat dan sebagainya agar
perubahan itu berterusan dan tidak berhenti di tengah jalan. Hal ini menunjukkan bahawa
apabila mereka mendapat sesuatu benda yang wujud, mereka akan faham bahawa akhlak
yang baik itu yang diinginkan oleh semua orang dan menyebabkan mereka akan berusaha
dengan bersungguh-sungguh dalam menghayati sifat Allah al-Hayy agar mereka akan
memperolehinya lagi. Oleh itu, pentingnya teori Piaget ini dalam membentuk tingkah laku
positif murid agar mereka dapat berterusan dalam melakukan sesuatu kebaikan apabila
mereka mengetahui bahawa ada ganjaran yang akan diperolehinya.

PENUTUP
Kesimpulannya, kurangnya penghayatan terhadap sifat Allah al-Hayy akan menyebabkan
berlakunya isu murid mencuri kerana mereka tidak sedar bahawa setiap tindak tanduk
mereka diperhatikan. Oleh itu, jelaslah bahawa keyakinan kepada Allah bersifat al-Hayy

105
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

akan menjadikannya seorang insan sentiasa melakukan sesuatu tindakan berasaskan


keyakinan diri terhadap prinsip-prinsip akidah yang dipegangnya dan sangat penting dalam
membentuk kemenjadian murid bagi menghasilkan modal insan yang seimbang serta
mampu untuk memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara. Justeru itu, model
Tyler yang bersesuaian dengan peredaran zaman bagi mendepani cabaran globalisasi yang
semakin mencabar digunakan untuk mengenalkan sifat Allah al-Hayy dalam diri kanak-
kanak serta untuk menangani isu murid mencuri berdasarkan kepada teori kognitif Piaget di
mana murid dapat berfikir dalam melakukan sesuatu perkara serta dapat menyantuni mereka
secara berhikmah dan berkesan dalam membentuk suatu keyakinan akidah yang utuh dalam
diri mereka terhadap Allah bersifat Maha hidup. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan
model Tyler dan teori Piaget dalam mengenalkan sifat Allah al-Hayy mampu untuk
melahirkan insan yang berperibadi mulia serta berakhlak baik dan mampu untuk menjadi
teladan kepada orang lain serta dapat membentuk kemenjadian murid.

RUJUKAN

Ali Usmar. (2017). Model-Model Pengembangan Kurikulum dan Proses Kegiatan Belajar.
Jurnal An-Nahdhah. Vol 11, No 2.
Alkahfi. (2018). Apakah Maksud Nama Allah Al-Hayyu dan Al-Qayyum. Dimuat turun pada
13 Ogos 2019 daripada https://alkahfi.com.my/apakah-maksud-nama-allah-al-hayyu-
dan-al-qayyum/.
Azizi Yahya & Zainuddin Abu Bakar. (2014). Teori-Teori Perkembangan. Universiti Brunei
Darussalam. Dimuat turun pada 14 Ogos 2019 daripada
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori_teori_Perkembang
an.
Cook, J.L. & Cook, G. (2009). Child Development: Principles and Perspectives. Boston:
Pearson.
Imam Ghazali. (1980). Ihya ulumiddin (jiwa agama). Indonesia: Toko Buku Menara Kudus
Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Tahun
Lima. Dimuat turun pada 13 Ogos 2019 daripada https://moe.gov.my.
Mohd Asnawi Satdimin, Md Shufian Awang, Avelyn Siang & Nur Atiqah Basri. (2010).
Apakah yang Dimaksudkan dengan Kurikulum. Bincangkan Pendapat dan
Pandangan Pakar-Pakar Tentang Kurikulum. Diperoleh daripada
https://www.academia.edu/12007072/APAKAH_YANG_DIMAKSUDKAN_DENG
ANKURIKULUM._BINCANGKAN_PENDAPAT_DAN_PANDANGAN_ PAKAR
-PAKAR TENTANG_KURIKULUM.
Mohd Shafiee Hamzah, Azli Fairuz Laki, Rahimah Embong & Nik Murshidah Nik Din.
(2015). Penerapan Akidah Dalam Dasar Pendidikan Malaysia: Analisis Terhadap
Falsafah Pendidikan Negara Dan Islam Hadhari. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kotemporari 9(1). Dimuat turun pada 14 Ogos 2019 daripada
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/79.
Mohd Zaini Yahya, Zulhazim Umar @ Mohd Soleh & Afendi Sahi. (2013). Pendidikan
Islam Tahun 5: Buku Teks Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mukhlisah AM. (2015). Pengembangan Kognitif Jean Piaget Dan Peningkatan Belajar Anak
Diskalkulia: Jurnal Kependidikan Islam. Vol 6, 2. Dimuat turun pada 13 Ogos 2019
daripadahttp://staffnew.uny.ac.id/upload/198503112008121002/pendidikan/Teori +
perkembangan+Kognitif+ Piaget+1.pdf.
Ornstein, Allan C., Hunkins, Francis P. (2009). Curriculum: foundations, principles, and
issues. United States. Pearson.

106
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Rohana Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zuraina Ali & Nur Qistina Abdullah.
(2017). Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal bagi
Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan: Satu Kerangka
Konseptual. International Journal of Humanities Technology and Civilization. Vol 2,
No 1: 50-61.
Utusan Online. (2015). Akidah Dijulang Ummah Gemilang. Dimuat turun pada 14 Ogos
2019 daripada https://www.utusan.com.my/mega/agama/akidah-dijulang-ummah-
gemilang -1.151614.
Santrock, J.W. (2014). Child Development. New York: McGraw Hill.
Stufflebeam. D.L. (2000). Lessons in Contracting for Evaluations. American Journal of
Evaluation, 21, 293-314.

107
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH SAMA’ DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TABA DAN TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Nur Asyiqin binti Ilias


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Semua guru sekolah rendah perlu memastikan murid-murid berada pada tahap yang baik
dengan menyantuni kanak-kanak tersebut melalui didikan yang terbaik supaya mereka dapat
menghayati ilmu yang dipelajari serta diamalkan dalam kehidupan seharian. Pendidikan ini
bertujuan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat
Malaysia berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, pendidikan perlu diterapkan dari
sekolah rendah supaya murid menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.
Kemenjadian murid boleh dibentuk dengan menerapkan pendidikan Islam dalam diri murid
terutamanya bidang aqidah bagi memastikan murid mempunyai asas pegangan yang kukuh
sejak di bangku sekolah untuk menghadapi cabaran akan datang.
Guru boleh merujuk kepada model kurikulum yang bersesuaian dengan subjek yang
diajar supaya dapat membantu guru membuat tindakan yang sepatutnya untuk menjadikan
pembelajaran itu berkesan. Perkembangan murid dapat dilihat melalui hasil pembelajaran
yang dicapai oleh murid dan guru dapat mengesan tahap perkembangan murid itu
berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak serta guru dapat membantu murid yang
mengalami masalah dalam pembelajaran untuk membentuk kemenjadian murid supaya
menjadi lebih baik. Misalnya, murid yang suka mengeluarkan kata-kata yang tidak elok
apabila bercakap dengan rakannya. Justeru itu, bidang aqidah ini perlu diterapkan dengan
begitu mendalam untuk mengenalkan murid kepada Allah SWT dengan cara menyantuni
murid-murid itu agar mereka mempraktikkan dalam kehidupan seharian supaya membentuk
kemenjadian sahsiah yang lebih baik. Penulisan ini akan menerangkan dengan lebih lanjut
tentang sifat Sama’ untuk mendidik murid-murid berdasarkan Model Kurikulum Taba untuk
menyantuni kanak-kanak mengikut teori perkembangan kognitif Jean Piaget.

DEFINISI

i. Sifat Sama’

Sifat Sama’ bermaksud Allah Maha Mendengar yang mana sifat ini merupakan qadim iaitu
sedia ada yang tidak dimulai dengan apa-apa penciptaan. Lawan sifat Sama’ ialah Summun
bermaksud tuli. Sifat tuli ini adalah sifat mustahil bagi Allah SWT kerana jika mempunyai
sifat ini, Allah SWT tidak akan dapat memperkenankan doa-doa dan permohonan hamba-
Nya yang meminta. Keupayaan manusia yang boleh mendengar itu adalah karamah
daripada Allah SWT kepada manusia yang dipinjamkan sementara sahaja sedangkan sifat
Allah Maha Mendengar itu adalah kekal sehingga hari kiamat. Oleh itu, umat Islam perlu
percaya dan meyakini bahawa Allah SWT bersifat Sama’ iaitu Maha Mendengar kerana
memang tidak terlepas daripada pengetahuan Allah SWT termasuk apa yang tersimpan
dalam hati manusia waima hanya lintasan hati.

108
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Guru menerapkan sifat Sama’ ini kepada murid tahun enam berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang telah ditetapkan dalam silibus
pembelajaran bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Guru dapat memberi
penerangan tentang sifat Sama’ ini kepada murid dengan jelas disertakan dengan dalil naqli
dan aqli. Penerapan sifat Sama’ ini penting untuk membentuk kemenjadian murid supaya
lebih menjaga pertuturan serta mendengar perkara-perkara yang baik untuk kesejahteraan
diri kerana yakin dan percaya bahawa Allah SWT sentiasa mendengar dan mengetahui
setiap perbuatan hambanya.
Antara dalil yang dapat menguatkan keyakinan serta membuktikan bahawa Allah SWT
bersifat Sama’ ialah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 127:

‫س ِمي ُع ْالعَ ِلي ُم‬


َّ ‫إِنَّكَ أ َ ْنتَ ال‬
)127:2 ‫(سورة البقرة‬
Maksud : … “Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

(Surah al-Baqarah, 2:127)

Firman Allah yang lain dalam surah al-Mujadalah ayat 1:

َّ ‫او َر ُك َما ْۚ إِ َّن‬


َ‫َّللا‬ ُ ‫َّللاُ يَ ْس َم ُع ت َ َح‬ َّ ‫َّللاُ قَ ْو َل الَّتِي ت ُ َجا ِدلُكَ فِي زَ ْو ِج َها َوت َ ْشت َ ِكي إِلَى‬
َّ ‫َّللاِ َو‬ َ ‫قَ ْد‬
َّ ‫س ِم َع‬
‫ير‬
ٌ ‫ص‬ ِ َ‫س ِمي ٌع ب‬ َ
)1:58 ‫(سورة المجادلة‬
Maksud; “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan
kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah
mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat”.

(Surah al-Mujadalah, 58:1)

ii. Model Kurikulum

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2013, kurikulum merupakan segala


rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan
untuk mencapai matlamat pendidikan. Menurut Mastura Badzis (2008), kurikulum
pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri
setiap individu dan kurikulum ini juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan
deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Kurikulum yang ingin dicapai
perlulah berdasarkan model kurikulum yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kurikulum ini, terdapat beberapa buah model kurikulum yang dijadikan sebagai
teras kepada sistem rancangan pembelajaran pendidikan. Antara model kurikulum
termasuklah model objektif dan model proses. Model objektif ini dipelopori oleh Hilda
Taba dan Ralph Tyler, manakala model proses pula dipelopori oleh Stenhouse. Setiap
model kurikulum yang dibentuk itu terdapat objektif, rasional dan kelebihan masing-masing.

109
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Dalam penulisan ini, model kurikulum objektif oleh Hilda Taba dipilih kerana
mempunyai objektif yang spesifik dan tujuan yang ingin dicapai dalam program yang
dijalankan. (Alias Mahmud, 2015). Jadi, model ini sesuai untuk menerangkan sifat Sama’
Allah kepada murid. Model kurikulum Taba ini sering disebut sebagai model terbalik
kerana model ini merupakan cara lazim yang ditempuh secara deduktif sehingga sifat model
ini menjadi lebih induktif. (Yu’timaalahuyatazaka, 2016). Model kurikulum Taba juga
dikenali sebagai model pembangunan konsep dan mengutamakan penyusunan bahan-bahan
pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model ini dijadikan sebagai satu
terjemahan kajian pendidikan kepada gerak kerja pendidikan. Model Taba ini mempunyai
tujuh langkah yang ditekankan agar proses pembelajaran dapat dijalankan.

iii. Teori Perkembangan Kognitif (Jean Piaget)

Perkembangan kognitif merujuk kepada proses perkembangan keupayaan untuk berfikir dan
menaakul apa yang berlaku di sekeliling seiring dengan perkembangan lain seperti
perkembangan sosio-emosi dan moral serta perkembangan berbahasa. Menurut Berk
(2006), proses kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan minda yang membawa
kepada pengetahuan. Jadi untuk menghasilkan pengetahuan itu perlulah berdasarkan
pengalaman, komunikasi dengan orang sekeliling serta melakukan aktiviti mental yang
berkaitan dengan pengalaman yang berlaku bagi menghasilkan pengetahuan baharu seperti
mengingat, menyelesaikan masalah, daya imaginasi dan berkhayal. Tujuannya adalah untuk
memperkembangkan kognitif kanak-kanak.
Dalam penulisan ini, teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Jean Piaget telah
dipilih. Teori ini sesuai untuk dikaitkan bagi sifat Sama’ untuk membantu perkembangan
murid dengan baik. Teori Jean Piaget ini menekankan empat konsep utama yang
diperhatikan dalam proses pembelajaran. Konsep tersebut terdiri daripada skema, asimilasi,
akomodasi dan ekuilibrasi. Dalam teori Piaget ini mengklasifikasikan kepada empat
peringkat. Jadi bagi peringkat sekolah rendah dari umur 7-12 tahun berada pada peringkat
operasi konkrit yang mana pada peringkat ini melibatkan banyak operasi untuk memastikan
perkembangan kognitif kanak-kanak itu berlangsung dengan baik.

PENERAPAN SIFAT ALLAH SAMA’ DENGAN MENYANTUNI KANAK-KANAK


BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TABA DALAM TEORI
PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Berdasarkan model kurikulum Taba, penerapan sifat Sama’ dapat diterapkan mengikut
beberapa langkah dalam model ini. Ketika proses dijalankan, guru dapat memerhati
perkembangan yang berlaku terhadap murid-murid dan membuat perbandingan tahap
prestasi murid yang dahulu dan terkini. Langkah pertama berdasarkan Model Kurikulum
Taba ialah mendiagnosis kepentingan pembelajaran yang mana guru menitikberatkan
keperluan pelajar sebagai permulaan dalam mengembangkan kurikulum berdasarkan kepada
tajuk yang telah ditetapkan untuk diajar mengikut tahun supaya selari dengan kemampuan
murid. Menurut Abdullah Idi dalam Ali Usmar, (2017) bahawa mendiagnosis keperluan
murid merupakan perkara yang sangat penting. Tujuannya untuk memastikan kognitif
murid dapat menerima apa yang akan dipelajari. Guru memberitahu kepada murid bahawa
penting kepada mereka untuk mempelajari Sifat Sama’ kerana boleh dijadikan teladan dalam
kehidupan. Murid akan menetapkan kepentingan mempelajari sifat ini.

110
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Guru perlu memberi penekanan terhadap kepentingan mempelajari bidang aqidah


bagi sifat Sama’ ini kepada murid supaya skema pemikiran murid telah menetapkan bahawa
perlu mempelajari tajuk sifat Sama’ ini untuk membentuk perilaku murid supaya menjadi
lebih baik serta membantu murid untuk mendengar perkara yang baik dan mengelak
daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat kerana itu merupakan perbuatan yang tidak
baik. Guru dapat memberitahu kerangka kasar kepada murid supaya skema yang merupakan
struktur kognitif asas yang mewakili pengetahuan mental dapat memahami dan menyusun
maklumat baharu yang disampaikan berdasarkan teori Piaget yang mana mendengar perkara
yang baik ini diberi ganjaran pahala kepada pendengar. Pembelajaran sifat Sama’ ini boleh
dirujuk berdasarkan DSKP untuk membantu guru mengajar di dalam kelas. Guru perlu
memastikan peringkat awal pembelajaran bahawa murid dapat memberi pengertian Allah
bersifat Sama’ serta perkara berkaitan sifat ini. Guru perlu menyantuni kanak-kanak dengan
mengajar dan mendidik mereka dengan baik supaya mereka terdorong untuk membuat
kebaikan berdasarkan sifat Sama’ ini.
Seterusnya ialah membentuk objektif tingkah laku dalam Model Kuriklum Taba.
Pembelajaran yang dijalankan perlu mempunyai objektif supaya pembelajaran dijalankan
secara bermatlamat dan komprehensif. Tujuannya adalah untuk membantu guru bagi
mencapai target yang dikehendaki. Guru perlu mengadakan aktiviti yang melibatkan
penglibatan murid secara individu atau berkumpulan bagi melihat keadaan kognitif murid
sama ada murid berjaya menghadapi aktiviti yang dijalankan itu berdasarkan kerja
berkumpulan atau individu. Bagi memastikan murid mencapai objektif bagi bidang aqidah
di bawah tajuk sifat Sama’ ini, guru perlu menerapkan objektif yang ingin dicapai oleh
murid supaya murid berjaya untuk memenuhi standard pembelajaran dalam DSKP tahun
enam iaitu murid dapat menganalisis kesan meyakini Allah bersifat Sama’ dalam kehidupan
seharian.
Guru perlu memastikan murid dapat menghayati sifat Sama’ ini dengan cara
menjelaskan perkara asas berkaitan sifat Sama’ serta murid dapat memberikan dalil naqli
serta hujah yang bernas. Jadi, bagi mencapai objektif ini menurut Jean Piaget, aktiviti yang
disediakan guru perlu bersifat konkrit supaya skema murid dapat dikembangkan lagi
berdasarkan asimilasi iaitu murid mengintegrasi maklumat dan pengalaman baharu ke dalam
skema yang sedia ada. Tindakan yang murid lakukan dalam aktiviti membantu murid ke
arah perkembangan operasi dan seterusnya ke arah perkembangan struktur. (Ratna Wilis
Dahar dalam Fatimah Ibda, 2015). Murid akan menjadi waswas dan ragu-ragu untuk
membuat perkara yang tidak baik seperti berkata buruk tentang orang lain kerana murid
telah diasimilasikan oleh guru tentang dalil naqli berkaitan dengan sifat mendengar.
Kesannya murid akan membuat pilihan yang tepat untuk membuat perkara yang benar atau
perkara yang salah.
Langkah ketiga dalam Model Kurikulum Taba ialah memilih bahan pembelajaran yang
sesuai. Bahan pembelajaran perlulah disesuaikan mengikut tahap pemikiran murid
mengikut tahun. Pemilihan bahan kurikulum yang diajar perlu didasarkan kepada langkah
kedua iaitu untuk mencapai objektif dan tujuan kurikulum. Bahan pembelajaran yang
dipilih perlu bersesuaian dengan tahap murid tahun enam supaya dapat membantu mereka
untuk mengembangkan lagi pengetahuan tentang sifat Sama’ serta menjadikan murid untuk
berfikir bagi mencari jalan untuk menghayati sifat Sama’ ini. Guru perlu mengajar murid
tentang sifat Sama’ ini dengan memberitahu teori tentang Allah bersifat Sama’ seterusnya
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian. Tujuannya supaya murid
dapat mengingat serta mengaplikasikan dalam kehidupan apa yang dipelajari berdasarkan
BBM yang digunakan serta guru dapat menyerap nilai murni dalam diri pelajar tentang sifat
Sama’ untuk menimbulkan kesedaran dalam diri. Guru perlu menentukan bahan

111
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

pembelajaran yang sesuai kepada murid seperti menggunakan kertas warna untuk murid
mencatat nota tentang sifat Sama’ supaya murid dapat lebih memahami tentang konsep
Sama’ dan lebih mudah untuk mereka mengingatinya.
Dalam peringkat operasi konkrit menurut teori Piaget, kanak-kanak pada tahap ini sudah
dikira matang untuk menggunakan logik akal tetapi hanya kepada objek yang dapat dilihat.
Namun, sekiranya perkara yang abstrak dijelaskan kepada murid, mereka tidak dapat
memahami maksud sebenar yang disampaikan kerana keupayaan murid masih belum sampai
kematangan kognitif yang lebih tinggi. Oleh itu, guru perlu memberi penerangan yang jelas
kepada murid supaya mereka tidak tersalah tafsir dan memastikan proses asimilasi dan
akomodasi terus berlaku dalam pembelajaran bagi menghasilkan perubahan yang positif
terutama kepada sikap murid.
Langkah keempat dalam model kurikulum Taba ialah menyusun bahan pembelajaran.
Penyusunan isi kandungan perlulah disusun mengikut urutan yang betul bagi memastikan
tujuan kurikulum yang dirancang dapat dilihat dengan jelas. Pembelajaran sifat Sama’
berdasarkan turutan subtopik membantu kemampuan murid untuk mengingati perkara yang
dipelajari. Kesannya, murid dapat mengesan kronologi pembelajaran tentang sifat Sama’
untuk membantu mereka supaya mengubah sedikit demi sedikit sahsiah untuk menjadi lebih
baik serta menjaga tutur kata supaya berkata hanya perkara yang baik sahaja. Guru perlu
menjadi perancang dan pengurus pembelajaran (Kamarul & Halim, 2019) untuk menyantuni
kanak-kanak bagi menyokong pembelajaran murid supaya mereka dapat melakukan kerja
dengan baik berdasarkan bahan pembelajaran serta aktiviti yang dijalankan. Hasil
pembelajaran, murid dapat memberi idea dan fikrah sendiri tentang kesan meyakini Allah
bersifat Sama’ dalam kehidupan berdasarkan bimbingan daripada guru.
Murid akan berfikir berdasarkan logik akal untuk mencari kebenaran dalam menghayati
sifat Sama’. Justeru itu, guru perlu membimbing murid ketika proses pemikiran itu berlaku
supaya tidak bercanggah dengan landasan yang betul. Menurut teori Piaget berdasarkan
interaksi sosial antara murid dan guru, murid dapat menambahkan lagi unsur kognitif dalam
diri serta meningkatkan peranan bahasa kepada murid dengan menambah kosa kata yang
baharu bagi menghasilkan ayat yang gramatis dan betul. Pembelajaran yang tersusun ini
membantu murid mengintegrasikan maklumat baharu dengan maklumat yang sedia ada
kerana maklumat lama murid telah hadam dan fahami, jadi dengan penambahan maklumat
baharu memudahkan murid memahami tentang sifat Sama’.
Seterusnya ialah memilih pengalaman pembelajaran berdasarkan Model Kurikulum
Taba. Dalam langkah ini, pengalaman murid atau guru sangat diperlukan demi mencapai
tahap kurikulum yang cemerlang. Pembelajaran yang terhasil berdasarkan model Taba
membantu memudahkan murid untuk mencapai objektif kurikulum sebenar. Guru perlu
menjadi seorang mu’allim untuk membentuk kemenjadian murid berdasarkan kisah teladan
serta pengalaman untuk mengaitkan sifat Sama’ bagi memudahkan murid untuk lebih
memahami sifat Allah ini. Kesannya, murid dapat membuktikan keyakinan Allah bersifat
Sama’ melalui tindakan seperti menjaga lisan dan pertuturan serta melakukan perkara yang
baik.
Menurut Piaget, apabila murid mendapat bimbingan daripada orang yang lebih berilmu,
murid dapat menyelesaikan masalah dengan penyelesaian yang logik. Justeru itu, apabila
murid mendapat bimbingan dan motivasi daripada guru serta melakukan latihan penulisan
secara berterusan, perkembangan kognitif murid akan menjadi terus berkembang serta dapat
mengukuhkan sifat Sama’ dalam pemikiran murid serta mampu menyelesaikan persoalan
yang timbul dalam diri murid serta meneroka tentang sifat Sama’ dengan lebih mendalam.
Kesannya, murid dapat mengaplikasikan pembelajaran bagi sifat Sama’ dalam kehidupan

112
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

seharian. Perkembangan kognitif murid dan pemahaman terhadap sifat Sama’ adalah
berdasarkan kesungguhan murid untuk mengetahui perkara tersebut.
Seterusnya ialah menyusun pengalaman pembelajaran bagi Model Kurikulum Taba
untuk memerhati tahap perkembangan murid (Ali Usmar, 2017). Perkembangan murid
boleh diperhatikan berdasarkan penyampaian guru tentang isi kandungan bagi tajuk sifat
Sama’. Kaedah pengajaran yang diusulkan dalam model Taba berdasarkan autonomi guru
(Fawiz Bakri, 2018) yang mana mengikut kebebasan cara guru mengajar. Guru perlu
mengadakan aktiviti yang kreatif untuk menarik minat murid tentang tajuk sifat Sama’ untuk
membantu murid mengingati fakta dengan mudah. Kesannya pengalaman pembelajaran ini
membantu murid untuk lebih menguasai sifat Sama’ ini.
Guru perlu memastikan murid dapat memberi komitmen yang penuh ketika
menjalankan aktiviti. Hal ini kerana, terdapat segelintir murid yang tidak mahu mengikut
arahan yang guru berikan. Justeru itu, guru perlu memupuk dan menanam sifat kerjasama
dalam diri murid supaya bersama-sama menyelesaikan kerja dalam satu kumpulan.
Kesannya, murid dapat mengaplikasikan semangat kerjasama dalam kumpulan pada masa
akan datang. Perkembangan kognitif murid akan menjadi lebih terangsang secara positif
apabila murid melakukan kerja secara berkumpulan kerana murid dapat berkongsi pendapat
serta membuat penerokaan terhadap aktiviti yang dijalankan berdasarkan maklumat yang
diberi mengikut pemikiran mereka. Menurut teori Piaget, kanak-kanak mengadaptasi
maklumat yang diperoleh untuk melakukan proses penyesuaian skema dalam merespon
maklumat yang diperoleh (Fatimah Ibda, 2015). Walaupun, terdapat sesetengah tanggapan
murid itu salah, guru perlu membimbing murid supaya memperbetulkan tanggapan tersebut
supaya dapat membentuk ekuilibrasi antara asimilasi dan akomodasi bagi menambahkan
pemahamannya tentang sifat Sama’.
Langkah terakhir dalam model kurikulum Taba ialah menentukan bahan pembelajaran
yang akan dinilai dan cara untuk menilainya. Pengujian yang dilakukan ini perlu dilakukan
mengikut kesesuaian kandungan pembelajaran, pengalaman belajar serta cara belajar.
Penilaian yang dilakukan adalah bergantung kepada kebijasanaan serta kekreatifan guru
untuk menilai kefahaman murid tentang sifat Sama’. Guru dapat menilai murid sama ada
berdasarkan kuiz, peperiksaan mahupun soal jawab. Hasil pembelajaran murid yang
memberangsangkan menunjukkan bahawa murid tersebut telah menguasai sifat Sama’
keseluruhannya kerana mampu untuk merumuskan kefahaman tentang Allah bersifat Sama’
dan dijadikan sebagai asas tindakan untuk melakukan kebaikan serta boleh dijadikan sebagai
contoh atau role model. Murid akan mempraktikkan sifat Sama’ dalam kehidupan dengan
tidak menggunakan kata-kata yang tidak elok apabila bercakap dengan rakan.
Menurut Piaget, pengetahuan berasal dari tindakan. (Mukhlisah AM, 2015). Jadi,
berdasarkan pengetahuan itu akan membentuk tindakan daripada murid menjadikan murid
itu lebih cerdas dalam perkembangan kognitif murid-murid. Kesannya, perkembangan
kognitif yang bertambah menjadikan proses mental menjadi hebat. Murid akan dapat
menilai tentang perkara baik dan buruk sebelum membuat sesuatu perkara. Justeru itu, guru
juga perlu memastikan aktiviti yang dilaksanakan bersesuaian dengan murid agar dapat
mencapai ekuilibrasi kogntif yang ingin dicapai.

RUMUSAN

Penerapan keimanan kepada Allah berdasarkan sifat Sama’ Allah dapat membentuk
kemenjadian murid supaya menjadi insan yang berakhlak dan patuh pada perintah Allah
SWT. Penerapan sifat Sama’ melalui Model Kurikulum Taba untuk menyantuni kanak-
kanak mengikut teori kognitif Jean Piaget sangat sesuai diadunkan menjadi satu cetusan idea

113
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

yang baharu bagi memudahkan guru untuk menilai kemenjadian serta perkembangan murid.
Model Kurikulum Taba menjadi rujukan asas kepada guru untuk menetapkan objektif serta
kandungan pembelajaran yang sesuai dan berkesan mengikut tahap murid. Penerapan ini
perlu dilaksanakan dengan penuh kesantunan kerana umur murid sekolah rendah masih
boleh dilentur untuk menjadi umat Islam yang baik dan patuh pada perintah agama. Guru
perlu menguasai psikologi pendidikan untuk memahami tingkah laku murid di dalam kelas
iaitu seolah-olah menjadi rakan kepada murid untuk membantu murid dalam membantu
kemenjadian murid. Apabila aqidah murid telah kukuh dan tekal di dalam hati, guru akan
dapat melahirkan murid sebagai orang yang hebat pada masa akan datang demi kemajuan
agama, bangsa dan negara.

RUJUKAN

Ali Usmar. (2017). Model-model pengembangan kurikulum dalam proses kegiatan belajar:
Jurnal An-Nahdhah. 11(2), 1-12. Dicapai daripada:
file:///C:/Users/HP/Downloads/107-430-1-PB.pdf.
Alias Mahmud. (2015). Konsep dan model penilaian dalam pelaksanaan kurikulum. Dicapai
pada 2019 Ogos 17, daripada:
https://www.researchgate.net/publication/285421506_KONSEP_DAN_MODEL_PE
NILAIAN_DALAM_PELAKSANAAN_KURIKULUM.
Berk, L. E. (2006). Child Development (6th ed.). Boston. Allyn & Bacon.
Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan kognitif: teori Jean Piaget: Intelektualita. 3(1), 27-38.
Dicapai daripada:
file:///C:/Users/HP/Downloads/Fatimah%20Ibda%20j%20piaget.pdf.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2019). Pendidikan Islam: kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia. UTM Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t). Dokumen standard kurikulum pentaksiran tahun
enam. Dicapai daripada:
file:///C:/Users/HP/Documents/PIMK3013/kk/DSKP%20KSSR%20PAI%20Thn%20
6.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-
2025 (pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya, Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mastura Badzis (2008), Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan
Kurikulum yang Integratif: Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.
Muhammad Fawiz Bakri & Zulkifli Osman. (2018). Pembinaan semula kurikulum asas
bahasa Melayu bagi pelajar antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris:
penilaian dari aspek peruntukan masa pembelajaran: International Journal of
Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL). 8(2), 27-37. Dicapai
daripada file:///C:/Users/HP/Downloads/document.pdf.
Mukhlisah AM. (2015). Pengembangan kognitif Jean Piaget dan peningkatan belajar anak
Diskalkulia: Jurnal Kependidikan Islam. 6(2), 118-143. Dicapai daripada:
file:///C:/Users/HP/Downloads/38-72-1-SM.pdf.
Mushaf al-Amin: al-Quran al-Karim.
Yu’timaalahuyatazaka. (2016). Model pengembangan kurikulum Hilda Taba dan
identifikasinya dalam kurikulum pendidikan Islam: Jurnal manajemen pendidikan
Islam. 4(2), 138-148. Dicapai daripada: file:///C:/Users/HP/Downloads/448-
Article%20Text-1330-2-10-20180827.pdf.

114
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SIFAT ALLAH AL-BASAR DENGAN


MENYANTUNI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN MODEL KURIKULUM
TYLER DAN TEORI MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Nur Athirah binti A Hadarle


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

PENDAHULUAN

Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma
dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan
deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Jelas bahawa
pendidikan dilihat sebagai suatu medium utama untuk membentuk insan menjadi seorang
yang berkualiti bukan sahaja di Malaysia malahan juga di seluruh negara. Jika dilihat,
bidang akidah dalam kurikulum pendidikan Islam secara holistiknya tidak dapat
dilaksanakan dengan baik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Disebabkan akidah yang
lemah dalam kalangan murid-murid, mereka mula terjerumus ke dalam perkara negatif
seperti meninggalkan solat ataupun mencuri. Jadi, akidah mereka perlu dimantapkan
terutamanya melalui mata pelajaran pendidikan Islam khususnya bidang akidah. Dalam
penerapan akidah, model yang perlu dilaksanakan ialah model kurikulum Tyler kerana
model ini melihat sesuatu perkara itu sebagai satu objektif yang perlu dicapai. Misalnya,
objektif untuk menghayati sifat dan nama Allah. Teori yang saya gunakan dalam
menyantuni kanak-kanak pula adalah teori perkembangan moral Kohlberg. Hal ini kerana
teori ini memberikan penekanan kepada aspek moral dan secara universalnya kesan daripada
teori ini, proses aqidah tentang sifat Basar Allah dapat dihayati secara mantap dalam diri
murid-murid.

DEFINISI

i. Sifat Allah Al-Basar

Untuk mencapai kemenjadian murid, murid-murid perlu memiliki sifat kerohanian yang
tinggi iaitu dengan menghayati sifat-sifat dan nama-nama Allah seperti Basar. Menurut
Kamus Al-Jadid Arab Melayu, Basar bermaksud melihat. Allah bersifat Maha Melihat dan
cara Allah melihat tidak sama dengan cara mahluk melihat. Allah melihat sesuatu dengan
sifat ketuhanannya. Kita sebagai hamba Allah dilarang untuk memikirkan bagaimana cara
Allah melihat sesuatu benda itu. Sebaliknya, kita sebagai umat Islam wajib iktikadkan di
dalam hati bahawa Allah melihat tidak melalui perantaraan atau pancaindera seperti mata.
Keduanya, Allah melihat meliputi segala yang nyata, ghaib, jauh, dekat, besar, kecil, terang,
gelap, zahir dan batin seperti malaikat, syurga dan neraka. Ketiga, Allah melihat semua
perkara dengan jelas dan terang serentak dalam satu masa. Keempat, Allah melihat sesuatu
secara berterusan tanpa henti, mula dan akhir. Sifat Basar diterangkan di dalam Al-Quran,

َ‫ير ِب َما ت َ ْع َملُون‬


ٌ ‫ص‬ َّ ‫َو‬
ِ َ‫َّللاُ ب‬
)49:18 : ‫)سورة الحجرات‬

115
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

Maksud: “Dan Allah maha melihat segala yang kamu kerjakan.”


(Surah Al-Hujurat;49:18)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa semua perkara yang dilakukan oleh mahluk
di atas muka bumi ini dapat dilihat oleh Allah secara jelas walaupun kita bersembunyi
dikukuhkan lagi dengan dalil aqli iaitu Allah memiliki segala sifat kesempurnaan dan
kemuliaan. Oleh itu, mustahil bagi Allah bersifat kekurangan seperti tidak melihat.
(Pendidikan Islam Tahun 6, 2015).

ii. Teori Perkembangan Kohlberg

Lawrence Kohlberg merupakan salah seorang profesor di Universitas Chicago serta


Universitas Harverd. Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui
kajian yang telah dijalankan di Pusat Harvard untuk Pendidikan Moral. Menurut Kohlberg,
perkembangan moral adalah di mana individu itu menyelesaikan konflik dan memberikan
justifikasi terhadap tindakan penyelesaian yang diambil. Kohlberg menyatakan lagi bahawa
cara individu memberikan justifikasi terhadap tindakan yang diambil menentukan
kematangan. Perkembangan moral sebenarnya melibatkan perubahan pemikiran dan tingkah
laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia juga melibatkan regulasi dalaman dalam
diri seseorang individu serta cara mereka berinteraksi dengan orang sekeliling mereka.
Menurut Kohlberg juga, penaakulan moral terbahagi kepada tiga tahap dan setiap tahap
mengandungi dua peringkat. Tahap pertama iaitu prakonvensional untuk kanak-kanak yang
berumur sifar hingga sembilan tahun. Terdapat dua peringkat pada tahap ini iaitu orientasi
kepatuhan dan hukuman serta orientasi ganjaran peribadi. Tahap kedua iaitu konvensional
untuk individu berumur sembilan hingga 20 tahun. Terdapat dua peringkat pada tahap ini
iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial dan peraturan. Saya memilih
teori ini kerana ia berkait rapat dengan emosi, kognitif, tingkah laku serta perkembangan
moral murid-murid di sekolah rendah.

iii. Model Kurikulum Tyler

Menurut Inlow (1976) dalam Mohd Asnawi Satdimin et al., (2010), kurikulum juga
didefinisikan sebagai usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk
membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Menurut
Stufflebeam dan Shinkfield (2007), terdapat lebih 40 model penilaian kurikulum seperti
seperti Model Penilaian Objektif Tyler, Model Kontinen Stake, Model Penilaian Illuminatif,
Model KIPP (Context, Input, Process and Product) dan Model Penilaian Responsif (Rohana
Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zurainah Ali & Nur Qistina Abdullah, 2017).
Dalam penulisan akademik ini, saya akan memberikan penekanan kepada model objektif
Tyler yang mengutamakan objektif ataupun tujuan dalam pelaksanaan sesuatu perkara.
Model Tyler dapat didefiniskan sebagai bagaimana sesuatu pengajaran itu dapat dirancang
dengan tujuan yang sesuai untuk pembelajaran. Dalam model kurikulum Tyler, penggunaan
objektif dalam perkembangan kurikulum dan pendidikan dianggap sebagai alat untuk
mencapai sesuatu tujuan. Menurut Tyler lagi, penekanan yang perlu dititikberat dalam
proses pendidikan ialah pembentukan tingkah laku. Tingkah laku merupakan suatu
komponen penting yang akan dinilai oleh guru bagi memastikan keberkesanan
pembelajaran. Dalam masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan tingkah laku yang
baik sewaktu bergaul dengan murid-murid bagi menghayati konsep menyantuni kanak-
kanak. Semasa mencipta kurikulum, beliau mementingkan empat perkara asas kurikulum

116
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

iaitu objektif pengajaran, kandungan kurikulum, kaedah pengajaran dan penilaian


pembelajaran.

PENERAPAN SIFAT AL-BASAR DENGAN MENYANTUNI KANAK- KANAK


BERDASARKAN MODEL KURIKULUM TYLER DALAM TEORI
PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Objektif merupakan langkah pertama dalam pembentukan kurikulum Model Tyler. Tyler
(1950) menyatakan bahawa bahawa objektif bermaksud matlamat yang hendak dicapai oleh
guru terhadap pelajarnya (Rohana Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zurainah Ali
& Nur Qistina Abdullah, 2017). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang
guru perlu menetapkan matlamat dan objektif yang diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran
yang dilaksanakan. Tyler menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif, seseorang
guru harus memastikan bahawa objektif pelajaran yang dipilih mestilah selaras dengan
keperluan pelajar di samping isi kandungan yang sesuai dengan keperluan masyarakat.
Hal ini selaras dengan Dokumen Standard dan Pentaksiran kerana di dalamnya
mengandungi objektif pengajaran bagi setiap bidang utama. Dalam bidang aqidah, guru
perlu memastikan murid-murid dapat meyakini dan merumuskan asas-asas aqidah untuk
diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian. Guru juga perlu
menerangkan kepada murid bahawa semua perbuatan manusia di dunia ini dapat dilihat oleh
Allah yang bersifat Basar iaitu maha melihat. Jadi, objektif model Tyler dan DSKP dikira
tercapai sekiranya murid-murid dapat mengamalkan sikap mahmudah ini dan sentiasa
berjaga-jaga dalam setiap tindakannya.
Guru hendaklah menyampaikan pengajaran kepada murid dengan berlemah-lembut,
sopan serta menggunakan bahasa yang sopan. Guru juga hendaklah menegur murid
sekiranya mereka melakukan kesalahan. Hal ini selaras dengan peringkat orientasi dan
kepatuhan di dalam teori Kohlberg. Menurut Kohlberg, pada waktu ini kanak-kanak hanya
mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman dan beranggapan tingkah laku yang tidak
bermoral ialah tingkah laku yang boleh menyebabkannya dihukum. Misalnya, sekiranya
guru menegur perbuatan murid yang menarik kerusi rakannya yang hendak duduk, murid
tersebut akan merasa bersalah dan tidak akan melakukan perbuatan itu lagi serta
menganggapnya sebagai tingkah laku yang tidak bermoral.
Kandungan kurikulum merupakan langkah kedua dalam pembentukan kurikulum
Model Tyler. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, penyusunan bahan kurikulum
harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke aras yang lebih
kompleks. Hal ini bertujuan bagi menghasilkan penerimaan pengajaran yang seoptimanya
daripada seseorang guru. Murid-murid akan merasa seronok untuk belajar sekiranya mereka
berjaya memahami dan mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh gurunya. Guru perlulah
mengajarkan kepada anak murid mereka satu subtopik sahaja pada satu hari itu supaya
mereka lebih mudah untuk fokus dan faham. Guru juga perlulah sabar dalam melayan
karenah murid dan menjawab soalan yang diajukan oleh murid dengan baik dan sopan.
Hal ini selaras dengan DSKP bidang aqidah sendiri di mana standard kandungan dan
standard pembelajarannya disusun kepada unit-unit yang kecil. Misalnya, di bawah tajuk
Allah bersifat Basar, terdapat beberapa pecahan subtopik kecil seperti pengertian, dalil naqli,
dalil aqli dan kesan meyakini sifat Basar ini. Di dalam subjek ini, guru perlu menerapkan
sifat Basar di dalam diri murid sehingga mereka merasakan kehadiran Allah dan takut untuk
melakukan kesalahan. Dengan ini, murid-murid tidak akan berani untuk melanggar
peraturan sekolah kerana meyakini sifat Basar Allah. Kesannya, sekolah tersebut akan sifar

117
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

daripada sebarang kes salah laku serta disiplin dan semua warga sekolah dapat menjalankan
tugas dengan sebaik mungkin.
Hal ini bertepatan dengan peringkat orientasi perlakuan baik di dalam teori Kohlberg.
Pada waktu ini, kanak-kanak akan bertingkah laku baik untuk mendapatkan penghargaan
dari keluarga, guru dan rakan sebaya. Misalnya, kanak-kanak akan menolong ibu bapa
mereka mengemas rumah kerana suka akan pujian daripada ibu bapa mereka. Mereka juga
mula mengaplikasikan nilai moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa atau guru seperti
beradab, rajin dan berbuat baik dengan semua orang (Agus Abdul Rahman, 2010). Guru-
guru juga perlulah sentiasa memberikan pujian kepada anak murid mereka sekiranya mereka
membantu guru-guru mengangkat barang ataupun sewaktu mereka membersihkan kelas.
Hal seperti ini dapat menaikkan semangat kepada anak murid untuk berbuat baik kepada
semua orang.
Kaedah pengajaran merupakan langkah ketiga dalam pembentukan kurikulum Model
Tyler. Menurut Tyler (1950), pemilihan kaedah pengajaran merupakan suatu yang sangat
penting kerana pemilihan kaedah yang bersesuaian dengan isi kandungan yang disampaikan
akan membawa kesan yang baik terhadap pembelajaran murid-murid (Rohana Hamzah,
Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zurainah Ali & Nur Qistina Abdullah, 2017). Jadi, guru-
guru perlulah memilih buku-buku rujukan yang sesuai di samping bahan bantu mengajar
yang menarik bagi menghasilkan impak yang terbaik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru-guru perlulah bijak dan kreatif dalam menggunakan bahan bantu
mengajar agar murid dapat memahami suatu topik itu dengan lebih mudah. Sekiranya ada
segelintir murid yang masih tidak memahami subtopik yang dipelajari, guru-guru perlulah
bersabar untuk menerangkan kepada mereka sehingga mereka faham.
Di dalam kelas, guru-guru boleh melakukan aktiviti permainan yang berkaitan dengan
sifat Basar Allah seperti melabelkan dadu dengan pecahan subtopik yang terdapat dalam
subjek ini seperti maksud, kesan dan dalil. Semua murid perlu melemparkan dadu itu,
sekiranya mereka memperoleh bahagian maksud pada dadu tersebut, mereka perlulah
memberikan maksud Basar Allah seperti mana yang telah dipelajari tanpa merujuk buku. Di
akhir permainan, guru boleh memberikan hadiah kepada mereka yang dapat menghabiskan
permainan dengan jayannya. Guru juga perlulah membuat rumusan bahawa kita janganlah
melakukan kejahatan sebaliknya kita perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
untuk memperolehi syurga Allah.
Hal ini selaras dengan peringkat orientasi ganjaran peribadi dalam dalam teori
Kohlberg. Kanak-kanak akan mengikut peraturan dan arahan yang telah diberikan bagi
mendapatkan hadiah daripada guru mereka. Guru-guru perlulah bersikap pemurah dan
mesra kepada anak murid dengan kerap memberikan mereka hadiah ataupun gula-gula. Hal
ini bertujuan untuk menambahkan lagi kemesraan antara murid dengan guru. Seterusnya,
sekiranya kanak-kanak suka berbuat baik dan menolong semua orang, mereka akan
memperolehi ganjaran pahala dan ketenangan jiwa sewaktu hidup di dunia. Hal ini selaras
dengan Lichona (t.t) yang mengatakan bahawa didikan moral dapat membangunkan kualiti
perwatakan yang lebih positif dan bernilai (Agus Abdul Rahman, 2010).
Penilaian pembelajaran merupakan langkah keempat dalam pembentukan kurikulum
Model Tyler. Untuk melihat objektif yang dirancang itu sama ada berjaya dicapai atau
tidak, maka penilaian perlu dilakukan. Penilaian yang dilakukan adalah berbentuk formatif
dan sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian secara berterusan yang dilakukan
selepas selesai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran manakala penilaian sumatif ialah
penilaian penilaian akhir tahun seperti peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan umum
seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Guru seharusnya tidak memarahi murid sekiranya
mereka tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dan kuiz dengan baik. Sebaliknya, guru

118
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

perlulah memberikan sokongan dan kata-kata yang membina sekiranya murid mereka gagal
dalam peperiksaan. Guru juga harus menilai apakah ada perubahan tingkah laku dalam diri
pelajar selepas proses pembelajaran.
Bagi memastikan objektif bidang akidah yang dirancang itu dapat dicapai atau tidak,
penilaian harus dijalankan terutamanya dari segi perubahan tingkah laku. Selepas
mempelajari sifat Basar dalam bidang akidah ini, murid-murid akan menjadi seorang
mukmin yang bertaqwa dalam mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.
Misalnya, murid-murid tidak akan sesuka hati menghina atau mengumpat seseorang kerana
itu merupakan perbuatan yang dilarang oleh Islam. Murid-murid juga tidak akan mengambil
barang orang sesuka hati sekiranya menjumpai barang yang tiada pemiliknya kerana mereka
yakin bahawa Allah melihat semua perbuatan hambanya. Kesannya, murid-murid akan
menjadi seorang yang berhati-hati dalam melakukan setiap tindakan dan berfikir dahulu
sebelum bertindak.
Hal ini selaras dengan peringkat akur kepada sistem sosial dan etika peraturan dalam
teori Kohlberg. Pada peringkat ini, pandangan kanak-kanak dalam lingkungan 10 hingga 12
tahun tidak lagi hanya tertumpu kepada diri mereka sahaja tetapi mula berfikir tentang
kesejahteraan orang lain. Jadi, anak-anak akan berfikir dahulu sebelum hendak melakukan
perkara negatif seperti ponteng sekolah. Hal ini kerana mereka sudah memikirkan tentang
kesusahan ibu bapa mereka mencari duit untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini
sesuai dengan Turiel (2006) yang mengatakan bahawa untuk memahami perkembangan
moral yang ada pada suatu masyarakat, kita perlulah memahami dahulu cara kehidupan
masyarakat tersebut (Agus Abdul Rahman, 2010). Guru haruslah prihatin tentang keadaan
anak muridnya dengan mengambil tahu latar belakang keluarganya ataupun sebab anak
murid tidak hadir ke sekolah. Guru juga haruslah lebih mendekati murid yang mempunyai
masalah keluarga seperti masalah kewangan dan cuba untuk menyelesaikannya sebaik
mungkin.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, model, teori dan kurikulum bidang akidah ini boleh dilaksanakan secara
serentak bagi melahirkan murid yang berminda kelas pertama untuk mencapai kemenjadian
murid serta dilaksanakan secara kesantunan kepada anak murid. Model kurikulum Tyler
dan teori perkembangan moral Kohlberg sangat berkait dengan aspek tingkah laku murid.
Kedua-dua model dan teori ini sangat mementingkan penilaian di akhir sesi pembelajaran
sama ada penilaian dari segi peperiksaan ataupun perubahan tingkah laku pelajar tersebut.
Sekiranya murid-murid masih berkelakuan buruk sama seperti dahulu ataupun tiada
perubahan baik pada tingkah lakunya, ini bermakna pengajaran itu tidak mencapai
objektifnya. Hal ini kerana murid-murid masih belum menghayati dan mengamalkan lagi
nilai-nilai daripada sifat-sifat Allah yang dipelajari. Kurikulum dalam bidang aqidah pula
iaitu sifat Basar Allah dapat mendekatkan lagi murid-murid kepada penciptanya dan dalam
masa yang sama dapat mengenal penciptanya dengan mengetahui sifat-sifat Allah. Kaedah
pengajaran yang digunakan juga sangat sopan, menyeronokkan dan lebih memudahkan
murid-murid untuk faham. Maka benarlah, model kurikulum Tyler, teori perkembangan
moral Kohlberg dan kurikulum Pendidikan Islam dalam bidang aqidah sangat menepati
konsep menyantuni kanak-kanak di mana ketiga-ketiga perkara ini berjalan selaras dengan
tumbesaran kanak-kanak dan secara tidak langsung untuk menjadikan kanak-kanak seorang
yang berguna di dunia dan akhirat.

119
Penulisan Akademik Santuni Kanak-Kanak Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Pendidikan Islam 1 Ambilan Jun 2019, Semester 1

RUJUKAN

Agus Abdul Rahman. (2010). Teori Perkembangan Moral dan Model Pendidikan Moral.
Jurnal Ilmiah Psikologi , Vol. III, No.1: 37 - 44. Diperolehi daripada
https://www.researchgate.net/publication/323610627_TEORI_PERKEMBANGAN_
MORAL_DAN_MODEL_PENDIDIKAN_MORAL pada 15 Ogos 2019.
Ishak Abbas. (t.t). Kamus Al-Jadid Arab Melayu. Shah Alam: Penerbitan Seri Mahkota.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Tahun Enam. Dimuat turun daripada https://www.moe.gov.my/menumedia/media-
cetak/penerbitan/dskp-kssr/1265-dskp-kssr-pendidikan-islam-tahun-6/file pada 1
Ogos 2019.
Mastura Bazdis (2008), Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan
Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.
Mohd Asnawi Satdimin, Md Shufian Awang, Avelyn Siang & Nur Atiqah Basri. (2010).
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kurikulum. Bincangkan Pendapat dan
Pandangan Pakar-Pakar Tentang Kurikulum. Jurnal Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-Kanak Negara. Diperolehi daripada
https://www.academia.edu/12007072/APAKAH_YANG_DIMAKSUDKAN_DENG
AN_KURIKULUM._BINCANGKAN_PENDAPAT_DAN_PANDANGAN_PAKA
R-PAKAR_TENTANG_KURIKULUM pada 1 Ogos 2019.
Pendidikan Islam Tahun 6. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rohana Hamzah, Zulfadly Othman, Hasnah Hussiin, Zurainah Ali & Nur Qistina Abdullah.
(2017). Pembangunan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal bagi
Program Pendidikan Berasaskan Teknologi & Kejuruteraan: Satu Kerangka
Konseptual. International Journal of Humanities Technology and Civilization.
Diperolehi daripadabhttp://umpir.ump.edu.my/ 20165/1/Pembangunan%20 Model
%20Penilaian%20Kurikulum%20Berteraskan%20Nilai%20Universal%20bagi%20P
rogram%20Pendidikan%20Berasaskan%20Teknologi%20%26%20Kejuruteraan-
%20Satu%20Kerangka%20Konseptual.pdf pada 1 Ogos 2019.

120

Anda mungkin juga menyukai