Hari : Jumaat
HADIR
1
31 Suraya binti Idris Ketua Panitia SK Toh Paduka Raja
32 Rohaya binti Muhd Salleh Ketua Panitia SK Tok Pelita
33 Haliza binti Maatan Ketua Panitia SK Pulau Juar
34 Mohd Hatta bin Adenan Ketua Panitia SK Bandar Tua
35 Noor Elina binti Mohamad Yusop Ketua Panitia SK Pasir Panjang Ulu
36 Hairol Sham bin Omar Ketua Panitia SK Suak Padi
37 Jamna binti Mgt. Ngha Ketua Panitia SK Pasir Kubu
38 M. Suhaime Sam Ketua Panitia Sk Bandar
39 Zurina binti Ismail Ketua Panitia SK Sungai Besar
40 Ida Rohayu binti Husin Ketua Panitia SK Kota Setia
41 Siti Nadzrah binti Mat Nayan Ketua Panitia SK Seberang Perak
42 Muhamad Kamal Shahrizal bin Ghazali Ketua Panitia SK Sri Changkat
43 Rozana binti Mohamad Ketua Panitia SK Seri Cempaka
44 Masniyatul Aishah binti Arshad Ketua Panitia SK Chenderong Kelubi
45 Muhd Zaki bin Abd Malek Ketua Panitia SK Sungai Perah
46 Haslina binti Kamardin Ketua Panitia SK Changkat Lada 2
47 Lalitha a/p Samugam Ketua Panitia SK Titi Gantong
48 Mazni binti Omar Ketua Panitia SK Seri Iskandar
49 Salina a/p Victor Sathianathan Ketua Panitia SK Iskandar Perdana
50 Regina Antoni Kursi Ketua Panitia SK Felcra Nasaruddin
51 Mariammal a/p Mahalingam Ketua Panitia SK Changkat Lada 3
52 Irene Rani Ketua Panitia SK Iskandar Shah
53 Yap Ching Xian Ketua Panitia SJKC Chung Hwa
54 Keshturi a/p Sivam Ketua Panitia SJKT Ladang Gleanealy
55 Kosila a/p Ayapan Ketua Panitia SJKT Ladang Serapoh
56 Kunasundari a/p Nallasamy Ketua Panitia SJKT Ladang Buluh Akar
TURUT HADIR
01 Encik Amjad Anas bin Abd Malek Pen. PPD Bahasa Inggeris (Rendah)
02 Puan Hjh. Shalina binti Abd. Majid Fasilinus Bahasa Inggeris PPD Perak Tengah
03 Puan Nurul Fitri binti Zamah Shaari Fasilinus Bahasa Inggeris PPD Perak Tengah
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
- Tiada -
4.1 Ucapan Penolong PPD Bahasa Inggeris (Rendah): Encik Amjad Anas bin Abd Malek
4.1.1 Encik Amjad Anas mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ketua
panitia walaupun di hari Jumaat. Beliau memohon maaf terpaksa mengadakan
mesyuarat pada hari Jumaat kerana kekangan masa dan tempat.
4.1.2. Beliau memperkenalkan barisan pengurusan panitia daerah sesi 2017.
4.1.3. Beliau menyatakan bahawa sebarang mesyuarat yang diadakan adalah
berpandukan kepada SPI Bil 4/1986 – SPI Bil 4/2016. Beliau berharap agar surat
pekeliling yang dinayatakan ada disimpan di dalam fail panitia di sekolah.
4.1.4. Encik Amjad Anas meningatkan kembali semua yang hadir tentang dasar dan
program Kementerian Pelajaran Malaysia. Antaranya:
a) MBMMBI (rujuk SPI 12/2011)
b) Common European Framework of References (CEFR) – melibatkan guru-guru
Tahun 1 dan Tahun 2 yang akan dipanggil berkursus dalam 2 fasa.
c) Highly Immersive Programme (HIP) – akan dilaksanakan secara menyeluruh
dan akan JU Kinta Utara akan diundang untuk memberi taklimat kepada guru-
guru.
d) ProELT – Perak Tengah tidak terlibat dengan ProELT bagi sesi 2017. Guru-
guru pula diminta untuk mengambil peperiksaan MUET jika nama tersenarai.
e) PBS
f) Linus 2.0 – KPI, tarikh saringan, rancangan mengajar
g) KSSR (semakan) – sejarah, asas pembangunan kurikulum, aspirasi murid,
pembelajaran abad ke-21, peruntukan waktu mengajar
4.1.5 Encik Amjad Anas membacakan sepintas lalu analisa dan post-mortem Bahasa
Inggeris Perak Tengah 2016.
a) GPMP : Pemahaman (2.76), Penulisan (3.04)
b) Kedudukan Perak Tengah : Pemahaman (6), Penulisan (7)
c) Sasaran UPSR 2017 : JPN (Top 5), PPD (219 calon dapat A)
d) OTI akan diadakan seperti yang elah dijadualkan
e) Sebarang program intervensi tidak akan diadakan pada hari Sabtu
Tindakan: Makluman
4.2 Ucapan JU Daerah Perak Tengah : Puan Nazrima binti Mohd Nazir
4.2.1 Puan Nazrima menyatakan bahawa mesyuarat panitia hendaklah dijalankan 4 kali
setahun. Minit mesyuarat yang akan dihantar ke PPD hendaklah di dalam Bahasa
Melayu memandangkan ianya bahasa rasmi manakala minit mesyuarat di sekolah
tertakluk kepada perbincangan bersama Ketua Panitia sama ada ingin dibuat
dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
4.2.2 Puan Nazrima meminta persetujuan semua tentang penyelarasan rancangan
3
pengajaran harian (rujuk lampiran):
a) Content standard – tulis nombor sahaja
b) Learning standard – tulis nombor sahaja
c) Objektif – mestilah mengandungi differentiated instructions bagi membezakan
objektif untuk murid arus perdana dan Linus (sekiranya kelas diajar
mengandungi murid perdana dan Linus)
d) Aktiviti – senaraikan sahaja aktiviti secara umum bersama remarks di bawah
menyatakan aktiviti yang dilakukan dengan murid Linus
e) Reflection – tidak boleh guna peratus sebaliknya menulis dengan jelas
bilangan
murid yang mencapai dan tidak mencapai objektif
4.2.3 Puan Nazrima memaklumkan tentang penggunaan bahan dalam daerah untuk
sesi 2017 iaitu Modul PPSMI, Modul Amanjaya, DEAR serta pembugaran modul
sedia ada.
4.2.4 Beberapa bengkel untuk guru-guru serta murid-murid Tahun 6 akan diadakan
pada tahun 2017 bagi membantu mempertingkatkan prestasi daerah. Bengkel-
bengkel ini hendaklah dilaksanakan di setiap sekolah. Antaranya ialah:
a) Bengkel Perkongsian Penandaan UPSR – bersama guru-guru Bahasa
Inggeris Tahap 2
b) CO
c) Kem Elit
4.2.5 Selain itu, Puan Nazrima juga menggalakkan sekolah-sekolah untuk menjalankan
program Selia-Bantu di sekolah yang berdekatan. Beliau juga meminta Ketua
Panitia untuk menyenaraikan nama guru bukan opsyen yang telah mengajar
kurang daripada 3 tahun untuk tujuan bantuan serta perkongsian.
4..2.6 Puan Nazrima juga turu berkongsi pelan tindakan daerah tahun 2017:
a) Mesyuarat Bahasa Inggeris Daerah (17 Februari, 20 Mac, Julai dan Oktober)
b) Bengkel Pengurusan Fail Panitia (April, Mei dan Ogos)
c) Bengkel Teknik Penandaan Kertas (Mac)
d) Bengkel Teknik Menjawab (April dan Julai)
Tindakan: Makluman
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru-guru diminta untuk mengadakan perkongsian atau peneyebaran ilmu untuk
mempertingkatkan prestasi sedia ada.
5.2 Sekolah yang mengalami pertindihan jadual program atau aktiviti akan diberi
kebenaran untuk beredar lebih awal atau menghantar wakil.
5.3 Puan Hjh. Shalina meminta guru-guru untuk membantu murid Linus Tahun 4. Beliau
juga meminta kerjasama guru-guru untuk menyenaraikan details murid Linus
terbabit.
5.4 Tuan Hj. Yaman menyatakan tentang istilah PdPc (Pembelajaran dan
Pemudahcaraan) yang menggantikan PdP (Pengajaran dan Pemebelajaran)
5.5 Puan Nazrima memaklumkan tentang Karnival Bahasa Inggeris yang akan
dijalankan serentak dengan HIP. Beliau memberi kelonggaran kepada guru-guru
yang terlibat dengan program HIP untuk bereda lebih awal untuk mengiring peserta
Karnival Bahasa Inggeris.
5.6 Puan Nazrima juga memaklumkan tentang acara Poetry Recitation yang akan
diadakan terus di peringkat daerah pada 1 April 2017 manakala peringkat negeri
pada 8 April 2017. Tema yang disediakan ialah Empathy, Humanity dan Love.
Jurulatih diminta untuk menghantar skrip melalui emel selewat-lewatnya selepas
cuti pertengahan semester.
Tindakan: Makluman
6 PENUTUP
6.1 Ucapan terima kasih daripada pengerusi mesyuarat di atas kerjasama semua ahli-
4
ahli mesyuarat yang terlibat.
6.2 Encik Amjad berharap agar pasukan Bahasa Inggeris Daerah dapat bergerak
dengan lebih baik bersama-sama.
6.3 Encik Amjad memberikan pujian kepada SK Chenderung Kelubi atas inisiatif
sekolah tersebut mewujudkan dasar panitia di sekolah.
6.4 Encik Amjad juga menyentuh tentang masalah kekuarangan guru opsyen Bahasa
Inggeris. Untuk mengatasi masalah ini, Encik Amjad mencadangkan untuk
mengadakan bengkel untuk melatih guru bukan opsyen untuk menampung masalah
kekurangan guru opsyen.
6.5 Pengerusi memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang
mesyuarat dijalankan.
Tindakan: Makluman
.................................................... ..........................................................
(FAIZURIN BINTI SALIM) (TUAN HJ. YAMAN BIN ABD RANI)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris
Daerah Perak Tengah Daerah Perak Tengah
Disahkan oleh:
..................................................................
(ENCIK AMJAD ANAS BIN ABD MALEK)
Penolong PPD Bahasa Inggeris (Rendah)
PPD Perak Tengah