Anda di halaman 1dari 5

2019

KERTAS KERJA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN


PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PENGEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID
Amalan Guru Penyayang

PENDAHULUAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus
kepada program dan aktiviti . Fokus pertama menjurus kepada fokus Pembangunan dan
pengembangan sahsiah diri murid. Fokus ke dua ke arah Peningkatan disiplin diri murid
Disamping itu, Pendidikan kerjaya murid juga diambil kira dalam fokus ke tiga. Fokus empat
pula melihat kepada Psikososial dan kesejahteraan mental murid . Dewasa ini,
Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid antara fokus yang perlu diambil
cakna bagi memastikan ianya menepati seperti mana yang diaspirasikan oleh Falsafah
Pendidikan Negara. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri
(character) . Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid mencakupi sikap
penyayang dan kepedulian, budi bahasa, konsep kendiri, kepimpinan, komunikasi,
kekemasan diri dan ketepatan masa. Melalui program dan aktiviti yang dilaksanakan
diharapkan dapat melahirkan perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji kerana kita
yakin bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara
optimum menerusi pengurusan menyeluruh Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi
melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta
beriman dan beramal soleh.

OBJEKTIF
1. Memastikan pelajar – pelajar merasai keselesaan, penghargaan dan
penerimaan serta rasa dipunyai melalui sambutan hari lahir dan
penganugerahan dalam aspek pencapaian pelajar.
2. Menyampaikan dan menghebahkan pelbagai maklumat penting sebagai
pengetahuan dan tindakan yang perlu diambil oleh pelajar bagi memastikan
pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid dalam landasan yang
betul
3. Mewujudkan satu keadaan yang kondusif dalam kalangan pelajar melalui
aktiviti kelompok dalam kelompok mentor mentee masing – masing
disamping mewujudkan rasa kekitaan dan persaudaraan dalam kalangan
mereka.

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH AGAMA MENENGAH PASIR PANJANG


1 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.
2019

BUTIR – BUTIR PELAKSANAAN


Tarikh : 3 Mei 2019
Hari : Jumaat
Masa : 10.00pg hingga 12.00tgh
Tempat : Dewan Besar Al Falah dan Sekitar Sekolah
Sasaran : Semua Pelajar
Atur Acara Program :

Majlis Perasmian Pelancaran


Program Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid Dan
Pelancaran Kempen Galakan Membaca
Sempena Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030

Atur Acara Majlis

10.00 pg : Pelajar Mengambil Tempat Di Dalam Dewan

10.15 pg : Majlis Pelancaran Kempen Galakan Membaca Sempena Dekad


Membaca Kebangsaan 2020-2030

10.35 pg : Ulasan Buku Oleh Tuan Pengetua

10.45 pg : Majlis Perasmian Pelanacaran Galakan Membaca sempena Dekad


Membaca Kebangsaan 2020 – 2030 dan
Pelancaran Program Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah
Diri Murid, Amalan Guru Penyayang 2019, Kempen Sarapan Pagi dan
Sentiasa Fit Di Bulan Ramadhan

11.00 pg : Penyampaian Anugerah dan Penghargaan Falak


: Penyampaian Kad Hari Lahir Oleh Tn. Pengetua ( Murabbi )
: Penyampaian Kad Hari Lahir Oleh Murabbi ( pelajar )

11.30 pg : Ceramah Oleh Pusat Kesihatan Daerah


Tajuk : Kempen Sarapan Pagi Dan Sentiasa Fit Di Bulan Ramadhan

12.00 tgh : Bersurai

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH AGAMA MENENGAH PASIR PANJANG


2 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.
2019

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Tn. Hj Mohd Yaziz bin Kasran


Tuan Pengetua

Naib Pengerusi I : Pn. Nor Azilina Binti Miran


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi II : Pn. Hjh. Fauziah binti binti Mohammed Saad @ Shaharom
Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi III : En. Hamam bin Wagiman


Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : En. Ismail Bin Kadari


Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa

Bendahari : Pn. Siti Armida Binti Hamdan


Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa

Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Penyelaras Program : Pn. Qarlena Mazri binti Shaari
Pelancaran Kempen Galakan Membaca Sempena
Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030

: En. Ismail bin Kadari


Pelancaran Program Pembangunan dan Pengembangan
Sahsiah Diri Murid, Amalan Guru Penyayang 2019

: Cik Siti Nurashikin binti Ahmad


Kempen Sarapan Pagi Dan Fit Di Bulan Ramadhan

: Pn. Zam Zalinah bt. Yusof


Penganugarahan dan Penghargaan Falak

Pengacara Majlis : En. Muhammad Izzuan bin Zulkifly


: Cik Nurul Asyikeen binti Saari

Buku Program : Pn. Nor Amalina binti Adnan


: Pn. Norasikin binti Muhidin

Persiapan Dewan : Ustazah Suraiya Binti Selamat


Dan Protokol : Pn. Zarina binti Hj. Mohd Ismail
: En. Mohammad Shahrul Azwan bin Mokhtar
: En. Abd Manaf bin Salleh

Pengurusan Pelajar : Tn. Hj Mohd Mizan bin Adenan


dan Disiplin : Pn. Siti Hajar Binti Mansor

PA System : En. Mohamad Azam bin Shariat


: En. Abd Fatah bin Sanusi

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH AGAMA MENENGAH PASIR PANJANG


3 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.
2019

Dokumentasi : Ustazah Fidatul Akhmar Binti Gosnon


: En. Muhamad Taufiq bin Saidan

Bacaan Doa : Ustaz Fadhlullah bin Sabri

IMPLIKASI KEWANGAN
Bil Pendapatan RM Perbelanjaan RM
1 PCG Kaunseling RM 604.60 Banner RM 175.00
Kad Ucapan Hari Lahir RM 429.60
2 SUWA ( Kantin ) RM 537.00 Jamuan Pelajar (358 org X RM1.50) RM 537.00
3 PIBG RM 100.00 Kad dan Jamuan (10org X RM 10) RM 100.00
4 Kelab Guru RM 357.00 Kad dan Jamuan (51 orang x RM 7) RM 357.00
5 Kon. Keselamatan RM 40.00 Kad dan Jamuan (4 orang x RM10) RM 40.00
6 Kon. Pembersih RM 50.00 Kad dan Jamuan ( 5 org x RM 10 ) RM 50.00
RM 1688.60 RM 1688.60

PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan berkesan. Pelbagai program dan pengisian
akan dijalankan, Justeru, jawatakuasa program berharap sepanjang program dijalankan
semua pelajar dapat mengikuti program seperti mana yang telah dijadualkan. Oleh itu
sokongan dan komitmen yang jitu dari semua ahli jawatankuasa khususnya dan warga
sekolah amnya amatlah diharapkan bagi memastikan kelancaran program dan aktiviti ini
berlangsung.

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH AGAMA MENENGAH PASIR PANJANG


4 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.
2019

Disediakan Oleh :

................................
ISMAIL BIN KADARI
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang

Disemak Oleh :

..................................

Disahkan Oleh :

.................................

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH AGAMA MENENGAH PASIR PANJANG


5 SEKINCHAN, SELANGOR DARUL EHSAN.

Anda mungkin juga menyukai