Anda di halaman 1dari 1

LANGKAH BERJAGA-JAGA KETIKA JEREBU

Sejak beberapa hari lalu bacaan IPU di kebanyakan negeri mencecah kualiti
udara yang tidak sihat. Jerebu boleh didefinisikan sebagai kehadiran sebarang bahan
asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh
membawa kesan buruk kepada manusia. Jerebu boleh menyebabkan pelbagai jenis
penyakit terutama yang berkaitan dengan sistem pernafasan serta paru-paru. Ia
sangat berbahaya jika tidak ditangani dengan sebaiknya.

Ketahui tips yang betul untuk menjaga kesihatan ketika jerebu.

Pertamanya, minum air secukupnya. Minum air suam sebanyak mungkin.


Pastikan anda membawa botol air ke mana juga anda pergi. Ini untuk mengelakkan
tubuh anda dari kekurangan air.

Yang kedua, mandi dengan kerap. Kita harus sentiasa membasuh muka serta
kulit yang terdedah kepada jerebu. Kalau anda mandi dengan kerap, anda akan
mengelakkan dari kulit gatal.

Seterusnya, kurangkan aktiviti luar. Jangan melakukan aktiviti luar dengan


kerap. Sebaiknya anda duduk di dalam rumah dan pastikan pintu rumah tertutup untuk
mengelakkan udara tidak sihat.

Selain itu, kita perlu memakai penutup hidup atau lebih dikenali sebagai “mask”
semasa keluar dari rumah. Elakkan daripada menghisap asap jerebu secara terus.
Kita perlu mempercepatkan segala urusan di luar supaya tidak terjejas oleh asap
jerebu. Kita juga perlu membasuh tangan dan muka sebaik sahaja balik dari luar. Hal
ini adalah untuk mengurangkan kesan jerebu kepada badan kita sekali gus
membersihkan habuk dan kotoran yang terlekat pada badan. Oleh itu, jelaslah
bahawa kebersihan diri dan pencegahan amat penting sewaktu jerebu.

Kesimpulannya, kita harus mengambil langkah proaktif ketika menghadapi


jerebu. Sebagai rakyat negara jiran yang mengamalkan kaedah tebang dan bakar,
kita harus membuat persediaan awal seperti menyediakan topeng hidung supaya
dapat menghadapi masalah jerebu pada bila-bila masa sahaja bak kata pepatah
“sediakan payung sebelum hujan”. Kita perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga
kesihatan dan kebersihan diri agar masalah jerebu tidak memudaratkan kesihatan kita.
Kata orang,“kesihatan lebih penting daripada kekayaan”.

Anda mungkin juga menyukai