Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI MUTIARA

KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MELAYSIA (BSMM)

TAHUN 2017

TEMPAT:

KEM PERKHEMAHAN TELAGA BATIN,


KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TARIKH:

1-3 JULAI 2017

ANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM
SK SRI MUTIARA

1
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan ........................................................................ 4

2. Nama program .................................................................... 4

3. Matlamat ............................................................................. 4

4. Objektif ................................................................................. 5

5. Jawatankuasa induk ............................................................ 5

6. Ahli jawatankuasa ............................................................... 6

7.Senarai tugas ....................................................................... 7

8. Butiran perkhemahan .......................................................... 9

9. Sasaran penyertaan ............................................................ 10

10. Bayaran penyertaan .......................................................... 10

11. Anggaran penerimaan & perbelanjaan ............................. 10

12. Menu makanan & minuman .............................................. 11

13.Tentatif program ................................................................ 12

14. Penutup ............................................................................. 15

2
PERKARA TANDATANGAN/ULASAN
Disediakan Oleh:

Jazmina Fatin Binti Johari


Setiausaha,
Perkhemahan Unit Beruniform,
SK Sri Mutiara,
Kuala Terengganu, Terengganu.

Disemak Oleh:

En. Fakhrurazi b. Dzulkarnain,


Ketua Program Perkhemahan Unit
Beruniform,
Bulan Sabit Merah Malaysia,
Kuala Terengganu, Terengganu.

Disokong Oleh :

En. Sukardi bin Abdul Ghafar,


Guru Penolong Kanan Kokurikum,
SK Sri Mutiara,
Kuala Terengganu, Terengganu.

Disokong Oleh :

Pn. Khatijah Binti Othman,


Guru Hal Ehwal Murid,
SK Sri Mutiara,
Kuala Terengganu, Terengganu.

Diluluskan/Tidak Diluluskan Oleh:

Haji Ruslan bin Madon,


Guru Besar,
SK Mutiara,
Kuala Terengganu, Terengganu.

3
1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang
amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan
juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan
diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu
persekitaran baru. Di samping dapat memberikan satu rasa dengan menanam sifat
keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Pada tahun ini, akan
melibatkan murid tahap 2 iaitu Tahun 4, 5, 6 dari unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) SK Sri Mutiara. Selain itu, dapat meningkatkan pengetahuan dan pendedahan
mengenai aktiviti BSMM. Oleh itu, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya
dengan berkesan dan adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat
memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping
menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan
sesama murid dan juga guru-guru.

2.0 NAMA PROGRAM

Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), 2017, SK Sri
Mutiara, Kuala Terengganu, Terengganu.

3.0 MATLAMAT

Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:

i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
bersama-sama rakan dan jurulatih.

ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari ketika berada di dalam hutan dan
pendedahan aktiviti BSMM.

iii. Membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

iv. Menanam sikap gemar akan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah.

v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.

vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.

vii. Melahirkan perasaan kecintaan kepada Tuhan dan melihat keindahan alam sekitar.

4
4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan Tuhan.

ii. Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.

iii. Berdikari melalui kerja individu seperti mengurus diri sendiri.

iv. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti jungle tracking, night walk dan ikatan.

v. Mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari ketika di hutan dan bantuan kecemasan.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI :Tuan Haji Ruslan bin Madon (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI : En. Sukardi bin Abdul Ghafar (Guru Pen. Kanan Kokurikulum)

KETUA PROJEK : En. Fakhrurazi b. Dzulkarnain

PEN KETUA PROJEK : En. Yusof bin Mohd

SETIAUSAHA : Pn. Jazmina Fatin binti Johari

BENDAHARI : Pn. Wan Hasliza bt. Wan Hassan

KETUA PERKHEMAHAN :En. Jailani bin Mat Desa

PEN. K. PERKHEMAHAN :En. Fauzan bin Omar


En. Azeze bin Mohd. Yasir
En. Mohamad Nor Ehzam bin Ramlan

PENYELARAS
KOKURIKULUM :En. Rosli b. Juhari @ Zahari

PENYELARAS UNIT
BERUNIFORM : En. Mohamad Nor Ehzam b. Ramlan

KETUA UNIT BSMM :Pn. Che Hasmamizah

5
6.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA KECIL JABATAN/ UNIT BERTUGAS

1. Pn. Zainab bin Nan


URUSETIA
2. En. Kamarol bin Ismail

1. Pn. Izyani bt. Othman

2. Pn. Suruanbi bt. Sulaiman

MAKANAN DAN MINUMAN 3. Pn. Nur Diana Baharuddin

4. Pn. Normah bt. Yatim

1. Pn. Noraini bt. Misnan

PENGESAHAN PENDAFTARAN 2. Pn. Theresa anak Justine Bueng

3. Pn. Nor Rafida bt. Shamsuddin

1. En. Azeze bin Mohd. Yasir

PERALATAN 2. En. Shahidan bin Ismail

1. En. Jailani bin Mat Desa

AKTIVITI 2. En. Fauzan bin Omar

KESELAMATAN 1. En. Jailani bin Mat Desa

2. En. Fauzan bin Omar

DOKUMENTASI 1. Pn. Wan Noriza bt. Wan Ismail

2. Pn. Norizam bt. Daud

3. Cik Nazihah bt. Yusuf

DISIPLIN PESERTA 1. En. Muhd Muhsin bin Ahmad

6
2. En. Suhaimi bin Md. Rahim

3. En. Mohd. Azli Shahril bin Mohd. Supian

HADIAH & CENDERAMATA 1. Pn. Nik Maznah bt. Nik Man

2. Pn. Norazlin bt. Saharudin

PENGANGKUTAN 1. En. Panang anak Nyarapong

2. En. Abdul Hisyam b. Abdullah

IBADAH 1. En. Fakhrurrazi bin Dzulkarnain

2. En. Shauki bin Hj. Sepian

3. Pn. Noraini bt. Ahmad

7.0 SENARAI DAN BIDANG TUGAS

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


KETUA PROJEK a. Membentuk jawatankuasa
b. Mempengerusikan mesyuarat
c. Merujuk kepada penasihat

PENOLONG KETUA PROJEK a. Membantu ketua menjalankan tugas-


tugas ketua

7
SETIAUSAHA a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan
b. Urusan surat menyurat dan borang.

BENDAHARI a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan


penyata kewangan berkaitan program.
b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan
dengan lancar seperti yang sepatutnya.

PENOLONG DAN KETUA PERKHEMAHAN a. Merancang segala pengisian aktiviti.


b. Memastikan segala aktiviti berjalan
dengan lancar dan selamat.

PERALATAN a. Merancang dan menentukan peralatan


yang diperlukan untuk program.
b. Memastikan segala peralatan dibawa ke
tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke
sekolah dengan keadaan baik seperti asal.

KESELAMATAN a. Menyediakan peti pertolongan cemas


yang lengkap.
b. Memastikan keselamatan para peserta
terjamin disepanjang aktiviti.
c. Mengambil tindakan awal dengan pantas
sekiranya berlaku kecemasan.

MAKANAN DAN MINUMAN a. Merancang dan menentukan menu


makanan
b. Merancang jadual makan dan minum
peserta, guru dan jurulatih
c. Memastikan urusan semasa makan
berjalan dengan lancar.

DOKUMENTASI a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.


b. mengambil foto untuk setiap aktiviti.
c. Menyediakan laporan perkhemahan dan
dokumentasikan.

8
d. Berhubung dengan setiausaha untuk
mendapatkan bahan-bahan untuk
didokumentasikan.
IBADAH a. Memimpin para peserta solat berjemaah.
b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib.
c. Menyelaras dan menjalankan program
untuk slot keagamaan/kerohanian.

PENGANGKUTAN a. Menguruskan pengangkutan pergi dan


balik para peserta.
HADIAH DAN CENDERAMATA a. Menyediakan hadiah dan cenderamata
program
DISIPLIN PESERTA a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang
perkhemahan.
PENGESAHAN PENDAFTARAN a. Memastikan para peserta sudah berada di
dewan Blok B sebelum bertolak.
b. Semak kehadiran murid berdasarkan
nama yang akan diberikan oleh setiausaha.

8.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

i. Hari : Jumaat hingga Ahad

ii. Tarikh : 1, 2 dan 3 Julai 2017

iii. Tempat : Kem Perkhemahan Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu.

iv. Jurulatih : Jurulatih Wirajaya daripada Kem Telaga Batin, Guru-guru dari SK Sri
Mutiara, Terengganu

9
9.0 SASARAN PENYERTAAN

Program ini adalah mensasarkan kepada ahli unit beruniform PBSM tahun 4, 5 dan 6 dari SK
Sri Mutiara seramai 70 peserta.

10.0 BAYARAN PENYERTAAN

Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 90 (Sembilan Puluh Ringgit Sahaja)

Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti:

i. Aktiviti

ii. Pengangkutan

iii. Makan dan minuman

iv. Sewa tapak perkhemahan

v. Pengurusan perkhemahan

11.0 ANGGARAN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN


PENERIMAAN
1. Bayaran peserta RM 90 × 70 RM 6 300
peserta
2. Sumbangan unit kokurikulum RM 20 x 70 RM 1 400
3. PIBG sekolah RM 30 x 70 RM 2 100
RM 9 800
PEMBAYARAN
1. Pengangkutan RM 1 200
2. Bayaran Aktiviti RM 2 200
3. Makan & Minuman RM 3 800

4. Sewa tapak perkhemahan RM 1 000


5. Pengurusan perkhemahan RM 1 500 RM 9 700
BAKI RM 100

10
12.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN

*(Untuk tiga hari dua malam sepanjang perkhemahan)

JUMAAT 1 JULAI 2017 MENU


Minum Petang Air teh, biskut/roti & kuih

Makan Malam Nasi putih, ayam goreng, sayur campur, air sirap

SABTU 2 JULAI 2017 MENU


Sarapan pagi Mi goreng, air teh

Minum pagi Air Milo, kuih

Makan tengahari Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air oren

Minum petang Air teh, roti bun

Makan Malam Nasi putih, daging goreng, sayur, air sirap

AHAD 3 JULAI 2017 MENU


Sarapan pagi Air nescafe, nasi goreng, telur dadar

Minum pagi Air teh, kuih

Makan tengahari Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar, sayur

11
13.0 TENTATIF PROGRAM

Jumaat 1 Julai 2017

MASA PERKARA GURU BERTUGAS


1415 – 1500 Pengesahan pendaftaran AJK pengesahan
(dewan blok B) pendaftaran

1500 – 1600 Bertolak ke tapak AJK Pengangkutan


perkhemahan
1600 – 1730 Dijangka tiba Jurulatih Wirajaya
Taklimat oleh ketua
perkhemahan
Agihan kumpulan
Kawad
Ketua & pen
perkhemahan

1700 – 1730 Minum petang AJK Ibadah


Solat Asar

1730 – 1900 Game Station Jurulatih Wirajaya

1900 – 2030 Mandi, makan malam AJK makanan


Solat Maghrib AJK Ibadah
Solat Isyak

2030 – 2030 Modul 1 Jurulatih Wirajaya


i. Hubungan manusia dengan
manusia di muka bumi
LDK 1
i. Bersatu teguh bercerai
roboh

2030 – 0000 Night Walk Jurulatih Wirajaya


0000 – 0530 Tidur

12
Sabtu 2 Julai 2011

MASA PERKARA GURU BERTUGAS


0530 – 0600 Bangun tidur, kemas diri
0600 – 0700 Solat AJK Ibadah
0700 – 0800 Senaman pagi Jurulatih Wirajaya
0800 – 0830 Sarapan pagi AJK makanan
0830 – 1200 Modul 2 Jurulatih Wirajaya
Teori Dan Praktikal Balutan
dan Kegunaan
LDK 2
(Lakonan spontan
kecederaan ringan dan
balutan)

1200 – 1330 Makan tengahari AJK makanan


1330 – 1430 Asas pertolongan cemas Jurulatih Wirajaya
Ciri-ciri pertolongan cemas
LDK 3
i. Latihan kecemasan

1430 – 1630 Ikatan dan Simpulan Jurulatih Kem


LDK 4
Aplikasi ikatan dan Simpulan
1630 – 1700 Minum petang AJK Ibadah
Solat AJK makanan

1700 – 1900 Simulasi kebakaran dan Jurulatih Kem


bantuan kecemasan
1900 – 2000 Mandi dan makan malam AJK makanan
Solat Maghrib AJK ibadah

2000 – 2000 Latihan malam kebudayaan AJK Aktiviti


2000 - 2130 Solat isyak AJK Ibadah
2130-2330 Malam Kebudayaan AJK Aktiviti

13
2330 – 0030 Minum malam AJK makanan

0030 – 0530 Tidur

Ahad 3 Julai 2011

MASA PERKARA GURU BERTUGAS


0530 – 0600 Bangun tidur, kemas diri
0600 – 0700 Solat dan kuliah Subuh AJK Ibadah
0700 – 0730 Senaman pagi Jurulatih Kem
0730 – 0800 Sarapan pagi AJK makanan
0800 – 1030 Jungle tracking Jurulatih Kem
1030 – 1100 Minum pagi AJK ibadah
1100 – 1230 Refleksi Jurulatih Kem Semua guru

1230 – 1300 Makan tengahari AJK makanan


Majlis penutup Semua guru
Jurulatih Kem

1430 Dijangka tiba di sekolah

14.0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang
kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak
jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya.
Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri
dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah
diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan
kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman
serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu

14
atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih
baik.

DISEDIAKAN OLEH;

................................................

(JAZMINA FATIN BIBTI JOHARI)

Setiausaha,
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM),
SK Sri Mutiara,
Kuala Terengganu.

DISEMAK OLEH;

...................................................

(FAKHRURAZI BIN DZULKARNAIN)

Ketua Projek,
Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM),
SK Sri Mutiara,
Terengganu.

15

Anda mungkin juga menyukai