Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
2. (Tahkim)
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Guru-guru,
AJK PIBG SK Sungai Nipah,
Para Ibu bapa, penerima-penerima anugerah, seluruh warga sekolah serta hadirin hadirat
sekalian.
Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.
- Terlebih dahulu, majlis mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada Yang
berbahagia, En. Abd Razak B. Muhd Ashari selaku perasmi pada hari ini, tetamu-tetamu
VIP, serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian atas kesudian untuk sama-sama memeriahkan
majlis pada hari ini.
- Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-
Nya, dapatlah kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang berbahagia ini, dalam Majlis
Hari Anugerah Cemerlang SK Sungai Nipah bagi tahun 2019.
- Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi
memberi penghargaan atas kecemerlangan dan kegigihan anak-anak murid SK Sungai Nipah,
bukan sahaja dalam bidang kurikulum tetapi juga kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah
sepanjang tahun 2019.
Bacaan Doa
4. (Tahkim)
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
- Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan,
mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Adik muhd wafiq b. nazaruddin. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
*******************************
- Amin…..amin….Ya Rabbal ‘Alamin…Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.
- Tanpa melengahkan masa lagi, marilah sama-sama kita mendengar ucapan daripada
Yang Berbahagia EN ABD RAZAK B MUHD ASHARI
PEN. PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH B. DATUK, UNIT PENILAIAN &
PEPERIKSAAN
, seterusnya merasmikan majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Sungai Nipah 2019. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
**********************
- Hadirin yang dihormati sekalian, dengan ini maka rasmilah sudah majlis kita pada hari
ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia EN ABD
RAZAK B MUHD ASHARI, atas kesudian menyampaikan ucapan, seterusnya
merasmikan majlis sebentar tadi. Dengan itu, sbg tanda terima kasih dan kenang-kenangan
daripada warga sekolah sg nipah majlis mempersilakan EN. KHAIRUL ANUAR B.
MOHD YUSOF bagi mengiringi EN. AZHAR B. MOHD HASHIM utk menyampaikan
cenderahati kepada perasmi, di persilakan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan En. Abd razak b. Muhd Ashari utk menerima
cenderahati
- Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada yang dihormati EN ABD RAZAK B MUHD ASHARI kerana sudi
meluangkan masa untuk menghadirkan diri dan merasmikan Majlis pada pagi ini.
- Dengan ini dijemput Tuan guru besar, YDP PIBG serta barisan jemputan bagi
mengiringi yang dihormati EN. ABD RAZAK B. MUHD ASHARI untuk
meninggalkan majlis
Persembahan 1
Tuan-tuan dan puan-puan majlis diteruskan dengan persembahan daripada murid-murid tahun 6. Mereka
akan mempersembahkan tarian dengan lagu iringan lemak manis.
///////////////
Terima kasih di ucapkan di atas persembahan td, untuk makluman murid-murid tadi di bimbing oleh Pn.
Intan suhana bt sabuti.
Seterusnya majlis mempersilakan murid-murid tahun 1 utk menyampaikan persembahan. Mereka akan
menyayikan 2 buah lagu bahasa inggeris. Di persilakan.
///////////////
Terima kasih di ucapkan kepada murid-murid tahun 1. Untuk makluman persembahan td adalah dibawah
bimbingan teacher Nur Fazliana bt. Md sayuti
8
Berkebaya batik berwarna merah
(Tahkim) Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran
- Majlis penyampaian anugerah pada hari ini akan dimulakan dengan upacara
penyampaian sijil kepada murid-murid pra-sekolah dan murid-murid tahun 6,
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan tadi. Utk makluman
persembahan itu td adalah di bawah pimpinan ust ropidah bt mohd nasir
Tuan-tuan & puan puan majlis kita di teruskan dengan Penyampaian Sijil Penghargaan
dan cenderahati kepada
-barisan Pengawas Sekolah,
-Pengawas Pusat Sumber sekolah………
-Pengawas koperasi
-Ketua Kelas Tahun 6
-Penolong ketua Kelas Tahun 6
Dan sijil nilam
Utk itu majlis majlis dengan sukacitanya menjemput Pn ruhayani bt zainal abidin,
Penolong Kanan Kokurikulum, SK Sungai Nipah bagi mengiringi Yang berusaha
en kosnin b. abd karim , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sungai Nipah, tampil ke
pentas bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil. Dipersilakan,
‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’
Terima kasih diucapkan kepada en kosnin b. abd karim atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi
**************************
Persembahan 3
9. (Rofidah) Sambil melihat sirama-rama
Terbang bebas di taman bunga
Waktu di tunggu terasa lama
Tibalah giliran persembahan ketiga
- Hadirin sekalian, majlis kita pada pagi ini akan diserikan pula dengan persembahan anak-
anak kecil dari kelas Pra sekolah.mereka akan mempersembahkan tarian bollywood Tanpa
melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
******************************
- Terima kasih diucapkan kepada murid-murid pra sekolah atas persembahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan tadi adalah di bawah bimbingan puan hjh
norasyikin dan pn normala ……………………………………………..
-majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn hjh zawiyah bt mat
munun kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi
****************************
- Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian Tuan guru besar,
en. Azhar b. mohd hashim kerana menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Persembahan 4
12. (Tahkim)
Dari Madinah ke pengkalan Jeddah,
Sarat bermuat buah pala,
Berucap sudah, penyampaian hadiah pun sudah,
Marilah kita berhibur pula.
Hadirin sekalian, majlis kita pada petang ini akan diserikan pula dengan persembahan koir
bahasa inggeris drpd murid-murid tahun 6. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan
*********************
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6 atas persembahan Koir sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan tersebut adalah di bawah bimbingan pn
ruhayani bt zainal abidin
13. (Rofidah) - Majlis Penyampaian Anugerah diteruskan, dengan penyampaian hadiah kehadiran
penuh dan juga anugerah khas
- Bagi menyampaikan anugerah, majlis menjemput En Azhar B mohamad hashim, Guru
Besar SK Sungai Nipah mengiringi ………………………………………….., naik ke
pentas untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan,
HADIAH KEHADIRAN PENUH
***********************************
Seterusnya……. Anugerah Kecemerlangan KO KURIKULUM
***************************
Anugerah Khas
(Tahkim)
Anugerah Khas 2
Di persilakan..
Penutup
Selaku pengacara majlis, saya memohon jutaan kemaafan sekiranya ada tersalah
kata, tersilap bicara sepanjang mengendalikan majlis pada hari ini ……..