Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih tuan/puan pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah rabbil alamin wassolatuwassolamu ala


ashrafil anbiyar iwar nursolin waala alihi wasibihi aj’main.

Assalamualaikum wb.t. dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana
dengan limpah hinayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul meraikan majlis nan
berbahagia pada pagi ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan sekalung bunga terima
kasih kepada pihak sekolah ini yang sudi mengundang saya bagi merasmikan majlis
ini.

Ambil puan letak di para,


Puan berisi emas sekati,
Budi tuan saya tak lupa,
Tetap tersemat di lipatan hati.

Hadirin yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas kepada semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber
Sekolah (PSS), pengawas SPBT dan pengawas Koperasi yang bakal menerima
watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin, setiap antara mereka yang
terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih
ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi membimbing
rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding bahu bersama-sama guru
melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan. Justeru,
saya menyeru supaya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan sentiasa
mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Amanah, jujur,
ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati dalam sanubari. Itulah resepi pengawas
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat, sentiasalah memberi
kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Patuhilah segala peraturan dan
pesanan guru agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha membangunkan
infrastruktur dan fasilitas sekolah serta peningkatan akademik bagi meletakkan
kecemerlangan sekolah pada platform yang lebih tinggi.

Hadirin sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini menasihatkan semua murid sekolah ini
mengutamakan pelajaran. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang
terpuji sahajalah kehidupan masa akan datang akan terjamin. Sesungguhnya
‘pengetahuan itu kuasa’ (knowledge is power).
Pengetahuan sedia ada boleh memudahkan kita membezakan perkara yang baik dan
buruk. Berdisipin ketika belajar harus dijadikan amalan.
Saya berdoa semoga SMK Tun mutahir ini sentiasa mendapat kerahmatan dan diberi
perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan berguna yang boleh
dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, para pentadbir dan
guru-guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan usaha menbetuk nilai-nilai
insan dalam diri setiap murid. Kepada murid-murid juga saya mendoakan supaya
berjaya dalam setiap peperiksaan yang dijalani.

Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini cemerlang dalam
segala aktiviti akademik, kokurikulum dan mungkin menjadi sekolah contoh di dalam
negeri Melaka ini.

Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan Majlis Pelantikan


Pemimpin Murid SMK Tun Mutahir bagi tahun 2016. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai