Anda di halaman 1dari 14

PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA CEMPAKA


BANDAR BARU NILAI
71800 NILAI NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PENGELOLAAN
PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH
PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1

2 - 3 APRIL 2018

PUSAT KOKURIKULUM DAERAH SEREMBAN


LENGGENG

1
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) peringkat daerah Seremban merupakan


aktiviti tahunan yang disertai oleh kadet KRS sekolah sekolah di Seremban 1.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan


seseorang pelajar tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para
pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan diri, pekerti
mulia dan berkebolehan dengan era globalisasi.

Perkhemahan ini merupakan satu wadah dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang
bersifat global, elite dan profesional dalam melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan.

Ciri ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli KRS bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati
sepanjang perkhemahan ini.

Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai


pemuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan
yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat’.

2.0 RASIONAL

2.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum,
disiplin yang tinggi dan menjana etika berkerjasama dalam menjayakan sesuatu
kerja.
2.2 Perkhemahan ini dapat melatih anggota kadet bersemangat yang kental dan
bersungguh-sungguh dalam segala usaha yang dicurahkan.
2.3 Perkhemahan yang dijalankan dapat mendidik kadet berfikiran positif dan
matang untuk membuat keputusan tentang sesuatu tugasan yang diberikan

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan anggota kadet yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk
memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan
kurikulum
3.2 Untuk member pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli KRS tentang
aspek perkhemahan secara menyeluruh.
3.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan
motivasi dan keyakinan diri peserta.
3.4 Untuk menggalakan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan
yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing
3.5 Melaksanakan ujian kenaikan pangkat bagi yang layak.

2
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

4.0 PELAKSANAAN

4.1 TARIKH
2 April hingg 3 April 2018

4.2 TEMPAT PERKHEMAHAN


Pusat Kokurikulum Daerah Seremban, Lenggeng

4.3 PERASMI MAJLIS PENUTUPAN


YM Tengku Adnan Bin Raja Daud
Pengetua Sek.Men. Keb. Desa Cempaka

5.0 SENARAI JAWATANKUASA

1.0 PENDAFTARAN ,URUSETIA,DATA DAN STATITIK

- Pegawai Data Daerah Seremban 1


Leftenan Muda (KRS) Nor Asmah binti Paiman
- 1 orang guru Sek.Men. Keb. Desa Cempaka

2.0. MAKANAN KADET, TEKNIKAL DAN GURU PENGIRING

- Pegawai Helwa Daerah Seremban 1


Leftenan Muda (KRS) Nur Farihah Ghazali
Leftenan Muda (KRS) Sulaini Mohamad Samin
- 1 orang gururSek.Men. Keb. Desa Cempaka

3.0. SEKRETARIAT UJIAN KEMAHIRAN DAN JURULATIH

Penyelaras :: Leftenan (KRS) Hartini binti Abdul Mutalib


Aktiviti

Pegawai data : Mejar (KRS) Norshariman Pearl bin Hashim


: Leftenan Muda (KRS) Nor Asmah binti Paiman
Teknikal ujian

1. Kawad kaki : Mejar (KRS) Rosnawati binti Haji Rasli


: Leftenan Sakinah binti Sahludin
: Mejar (KRS) Norhaniza binti Rejab

2. Bantu mula : Leftenan Muda (KRS) Nurshahida binti Rabani


: Leftenan Muda (KRS) Ridhuan bin Abdullah Sani

3
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

3. Gajet : Mejar (KRS) Norshahriman Pearl bin Hashim


: Leftenan (KRS) Nur Farihah binti Ghazali

4. Masakan : Leftenan Muda (KRS) Salziah binti Salim


Rimba : Leftenan Muda (KRS) Ahmad Yasir bin Mustafa Bakri

5. Kerohanian : Leftenan Muda (KRS) Fazeerul Akmar bin Ahmad


: Leftenan Muda (KRS) Wan Mohd Ariff bin Wan Mohamad

5.2 JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN

5.2.1 PERASMIAN PENUTUP DAN JURU ACARA

- 2 orang guru Sek.Men. Keb Desa Cempaka


( 1 orang juruacara dan 1 orang guru hadiah )

5.2.2 JEMPUTAN, PENYAMBUT TETAMU DAN PROTOKOL

- Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum


Sek.Men. Keb. Desa Cempaka.
- Pegawai Tadbir Daerah Seremban 1
( Kapt (KRS )Hartini binti Abdul Mutalib - SMS Tuanku Munawir)

5.2.3 SEKRETARIAT PERKHEMAHAN AKTIVITI


(PERTANDINGAN DAN INTEGRASI) DAN JURULATIH

Komandan Kem : Kapt (KRS ) Hartini binti Abdul Mutalib


Penyelaras Aktiviti : Kapt (KRS) Sakinah binti Sahludin
Penyelaras : Mejar (KRS) Rosnawati binti Haji Rasli
Kejurulatihan : Mejar (KRS) Norshahriman Pearl bin Hashim
: Kapt (KRS) Riduan
: Kapt (KRS) Kamarul Nizam
Peg. data : Left( KRS) Nor Asmah binti Paiman
Perkhemahan
Peg Istiadat : Left. Muda ( KRS) Fazeerul Akmar bin Ahmad
perkhemahan : Left. Muda ( KRS) Wan Mohamad Ariff
Peg. HELWA : Leftenan ( KRS) Nur Farihah binti Ghazali
Perkhemahan : Leftenan Muda ( KRS) Suliani Mohamad Samin
Ahli jawatankuasa :Jurulatih KRS Daerah Seremban 1 dan 2,
Jurulatih KRS Teknikal Negeri Sembilan
QM - 10 orang
5.2.4 KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

- Pegawai Helwa Daerah Seremban 1


Leftenan Muda (KRS) Nur Farihah Ghazali
- QM 2 orang

4
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

5.2.5 BUKU PROGRAM/DOKUMENTASI/FOTOGRAFI


- 2 orang guru Sek.Men.Keb. Desa Cempaka
-QM 1 orang

5.2.6 SIJIL, HADIAH DAN CENDERAMATA

- 3 orang guru Sek.Men.Keb. Desa Cempaka

6.0 SASARAN

6.1 Setiap sekolah di daerah Seremban 1 perlu menghantar sejumlah 3 kadet


putera dan 3 kadet puteri bersama dengan seorang guru pengiring
6.2 Kategori pemilihan peserta :
6.2.1 Peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada ahli KRS
yang bergiat cergas dan aktif dalam kegiatan yang dijalankan di
peringkat sekolah
6.2.2 Peserta berkebolehan dalam melakukan aktiviti

7.0 AKTIVITI PERKHEMAHAN

7.1 Pertandingan
7.1.1 Kawad Kaki
7.1.2 Masakan Rimba Integrasi
7.1.3 Gajet Integrasi
7.1.4 Bantu mula dan Ikatan / simpulan

8.0 JADUAL

Rujuk lampiran

9.0 KONSEP PEMARKAHAN

9.1 Setiap aktiviti akan menyumbang mata kepada platun integrasi yang dibentuk
pada awal perkhemahan
9.2 Pemenang kadet terbaik akan dikira berdasarkan jumlah mata terkumpul dari
pertandingan
9.3 Jika jumlah mata yang terkumpul adalah sama banyak, pertandingan kawad
kaki menjadi penentu.

10.0 MAJLIS PENUTUPAN

5
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

10.00 PAGI Peserta mengambil tempat dan ketibaan Dif-dif jemputan

Ketibaan Pengetua Sek. Men.Keb. Desa Cempaka

Pemeriksaan Kawalan Keselamatan oleh Pengetua

Nyanyian lagu KRS

Bacaan doa

Ucapan alu-aluan Timbalan Pengerusi Pengelola

Ucapan Perasmian Penutupan oleh Pengetua Sek. Men.Keb.


Desa Cempaka

Penyampaian Hadiah dan sijil

Bersurai

11. PENGINAPAN

MASS 1 Kawasan Penginapan Pegawai Teknikal dan Perhubungan


Negeri

MASS 2 Kawasan penginapan jurulatih

AREA 1 Kawasan perkhemahan peserta puteri

AREA 2 Kawasan perkhemahan peserta putera

12.0 PENGANGKUTAN

Disediakan oleh sekolah masing-masing

13.0 MAKAN MINUM

Pihak pengelola akan menyediakan makan dan minum sepanjang perkhemahan.

14.0 PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PESERTA

14.1 PEGAWAI Pakaian No 2, No 3 dan No 4 serta separuh uniform

14.2 PESERTA Pakaian No 4 dan Tshirt hijau KRS

14.3 AKTIVITI T-shirt Hijau KRS atau putih sahaja

6
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

14.4 TUDUNG Berwarna hijau, hitam atau putih sahaja

14.5 KASUT Bewarna hitam atau putih sahaja

14.6 RAMBUT Nombor 2

*Pegawai dan peserta dikehendaki mematuhi tatacara pemakaian di atas.Pegawai


Teknikal daerah dikehendaki memastikan tatacara pemakaian di atas.

15.0 PETI BANTU MULA

Setiap sekolah mesti membawa minimum satu peti bantu mula/ pertolongan cemas

16.0 BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA

16.1 Setiap sekolah perlu mengisi borang penyertaan pegawai dan peserta
perkhemahan
16.2 Setiap sekolah berdaftar hendaklah menyerahkan perkara berikut semasa
pendaftaran
a) Maklumat borang peyertaan
b) Salinan kebenaran waris
c) Borang maklumat status kesihatan

17.0 BORANG KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

17.1 Setiap sekolah perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk
setiap peserta yang menyertai perkhemahan seperti LAMPIRAN
17.2 Setiap sekolah perlu memastikan setiap pegawai dan peserta mempunyai tahap
kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik

18.0 PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

18.1 SEKOLAH
1.1.1 peti pertolongan cemas
1.1.2 borang pendaftaran yang lengkap ( bercetak)
1.1.3 surat kebenaran waris
1.1.4 Tali ikatan 1 meter setiap peserta
1.1.5 Pisau
1.1.6 Kain anduh

18.2 PESERTA
18.2.1 pakaian No 4
18.2.2 seluar dan Tshirt KRS secukupnya
18.2.3 pakaian riadah/ sukan termasuk kasut
18.2.4 pakaian ibadah
18.2.5 Peralatan peribadi

7
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

18.2.6 ubatan peribadi


18.2.7 Buku log

19.0 HADIAH DAN SIJIL

19.1 KADET PUTERA TERBAIK


19.2 KADET PUTERI TERBAIK
19.3 JOHAN, NAIB JOHAN DAN KETIGA (KATEGORI PUTERA/PUTERI)
BAGI SETIAP PERTANDINGAN
19.4 SIJIL PENYERTAAN
19.5 SIJIL PEMENANG

20.0 PERATURAN PERKHEMAHAN

20.1 ARAHAN UMUM


20.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti sepanjang
perkhemahan.
20.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem komandan/ timbalan kem komandan/
pihak urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada
keperluan semasa perkhemahan
20.1.3 Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
sebaik sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/tamat perkhemahan.
20.1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan
selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari pengurus pasukan
atau pegawai perubatan yang bertugas.
20.1.5 Peserta perlu mengikuti arahan disetiap lokasi dalam kumpulan masing-
masing dan dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran
atauupun arahan dari pihak urusetia.
20.1.6 Bagi peserta islam, solat ikut pada waktunyadan dinasihatkan untuk sentiasa
berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti
kerohanian.
20.1.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan
hormat diutamakan
20.1.8 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faaham
20.1.9 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi silaturrahim di sepanjang
perkhemahan

21.0 URUSETIA

21.1 Terdiri daripada pegawai-pegawai Teknikal KRS negeri dan Daerah


21.2 Urusetia secara bersama menyediakan perkhidmatan perubatan dan
pertolongan cemas “ LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA
URUSETIA DENGAN SEGERA’

22.0 KOMUNIKASI/ALAT KOMUNIKASI

8
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

22.1.1 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar


diputuskan
22.1.2 Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya
dibenarkan selepas mengisi borang yang disediakan.
22.1.3 Peserta tidak dibenarkan membawa ‘hand phone’ semasa perkhemahan

22.2 BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA


PERKHEMAHAN
22.2.1 TETAMU- mengikut protoKol/panggilan hormat ( CTH DATO’/DATIN)
22.2.2 URUSETIA DAN JURULATIH – TUAN, PUAN
22.2.3 QUARTERMASTERS – ENCIK/CIK/QM
22.2.4 PESERTA- SAUDARA/SAUDARI

22.3 KESELAMATAN ‘UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANNG


MASA’
22.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua .
22.3.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta
diikuti dengan arahan/arah pergerakan
22.3.3 PERHATIAN : patuhi arahan/arah pergerakan yang telah ditetapkan

22.4. AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB


22.4.1 Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan
dalam khemah peserta ( perlu disimpan di bawah penyeliaan pegawai
kontigen daerah)
22.4.2 Semua bentuk perbuatan sumbang atau mencolok mata
22.4.3 Kawasan perkhemahan puteri adalah kawasan larangan bagi peserta putera
dan sebaliknya
22.4.4 Tindakan keras dan tatatertib akan dikenakan yang ditangkap atau didapati
melanggar amaran di atas sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

22.5. KERJASAMA PENGURUS PASUKAN DAN PEGAWAI TEKNIKAL


DAERAH
22.5.1 Memeriksa peserta sebelum menaiki kenderaan dari sekolah masing-masing
22.5.2 Memeriksa kali kedua sebelum memasuki kawasan perkhemahan
22.5.3 Semasa perkhemahan, pengurus pasukan dikehendaki berada di dalam
jawatankuasa Urusetia memantau aktiviti

22.6. KETETAPAN MASA/ PERGERAKAN ANGGOTA


22.6.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti
yang telah ditetapkan
22.6.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan
22.6.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
22.6.4 Pesrta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan
kem/seumpamanya
22.6.5 Tiada pergerakan keluar platun selepas jam 12 tengahmalam (0000H)
sehinggga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebaraang kecemasan.

9
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

22.7 Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar


diputuskan
22.7.1 Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya
dibenarkan selepas mengisi borang yang disediakan.
22.7.2 Peserta tidak dibenarkan membawa ‘hand phone’ semasa perkhemahan

22.8 PERATURAN PERBARISAN (TEPATI MASA)


22.8.1 3 Bentuk perbarisan
Perbarisan keseluruhan anggota
Perbarisan komponi
Perbarisan Platun

i. Berbaris mengikut aktiviti yang telah ditetapkan


ii. Perbarisan pagi/sebarang aktiviti utama dikelolakan oleh Kem
Komandan mengikut kaedah
Doa
Lagu KRS
Melapor ( ketua platun melaporkan kekuatan anggota kepada
pegawai bertugas)
Jurulatih mengambil tempat dan seterusnya menjalankan tugas

22.9 PERATURAN KEBERSIHAN


22.9.1 Kawasan luar/dalam khemah mestilah sentiasa berkeadan bersih dan teratur
22.9.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
22.9.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh jawatankuasa kebersihan
22.9.4 Dilarang menebang, mencanbtas atau mematahkan sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
22.9.5 Tempat solat hendaklaah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
22.9.6 Kumpulan bertugasa hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan
teratur sebelum solat bermula
22.9.7 Sila pastikan tandas dan bilik air dala keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaan ramai dan bersama.
22.9.8 Bagi kaum wanita, sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum di
buang ke tempat sepatutnya.

22.10 PERATURAN KELUAR MASUK


22.10.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumenkan / dicatatkan
22.10.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari
kawasan kem.
22.10.3 Para peserta kem dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai
dokumen dan tujuan sah dari ketua kontinjen masing masing.

23. PENUTUP

10
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

Adalah amat diharapkan agar perkhemahan Perdana Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah
Seremban dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi.
Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk
menjayakan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan.

PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJA PERKHEMAHAN KRS


PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2017
Setiausaha

1 Melantik AJK
2 Menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola dan ahli-ahli
3 Bekerjasama dengan jawatankuasa jemputan, penyambut tetamu, protoKol untuk urusan
surat jemputan
4 Membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta
5 Bekerjasama dengan JK buku program
6 Menguruskan teks kata kata aluan dalam buku program
7 Bekerjasama dengan jawatankuasa penutup
9 Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja
10 Menghadiri semua mesyuarat dan membentangkan laporan
11 Memaklumkan kelulusan kepada pihak pihak berkuasa seperti polis, TNB dan hospital
12 Sentiasa ada kakaitangan di bilik operasi dan berfungsi setiap masa
13 Menyediakan anggaran perbelanjaan

Pendaftaran dan Urusetia

1 Melantik AJK
2 Menyediakan tempat pendaftaran yang sesuai
3 Menguruskan pendaftaran peserta dan pegawai
4 Memantau perjalanan program supaya sentiasa berjalan lancar

Makanan dan sajian

1 Melantik AJK
2 Menyediakan kertas cadangan
3 Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat
4 Melantik pembekal makanan
5 Memastikan tahap kualiti yang tinggi
6 Memastikan makanan yang disediakan mencukupi
7 Memastikan makanan yang disediakan pada masa yang ditetapkan
8 Menentukan menu harian
9 Menentukan menu bagi kumpulan tertentu (vegetarian)
10 Mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan
11 Menentukaan lokasi pengambilan makanan
12 Menyediakan aggaran perbelanjaan

11
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

Perasmian Penutupan dan Juruacara

1 Melantik AJK
2 Menyediakan kertas cadangan
3 Menyediakan backdrop
4 Mengadaakan raptai perasmian penutup
5 Menyusun aturcara penutup
6 Menyusun peralatan di khemah VIP dan tetamu
7 Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa
8 Bekerjasama dengan jawatankuasa siarayaa, JK hadiah dan urusetia
9 Menentukan tempat
10 Mengemas semula selepas upacara
11 Menyediakan angggaran perbelanjaan

Jemputan, Penyambut Tetamu dan Protokol

1 Melantik AJK
2 Menyediakan kertas cadangan
3 Menyedia dan membuat urusan pos, surat kad jemputan kepada tetamu
4 Menyediakan penyambut tetamu
5 Menyediakan senarai jemputan
6 Mendapatkan maklum balas kehadiran tetamu yang dijemput
7 Menyediakan teks ucapan majluis perasmian penutup- jk teks ucapan
8 Menentukan te pat duduk VIPtetamu dan jemputan
9 Bekerjasamna dengan jawatankuasa buku program dan perasmian penutup
10 Menyediakan anggaran perbelanjaan

Sekretariat Perkhemahan /Aktiviti dan Jurulatih

1 Melantik AJK
2 Menyediakan kertas cadangan
3 Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas
4 Menyelaaras dan memantau urusetia/petugas bahagian danb perjalanan aktiviti
sepaanjang perkhemahan
5 Menyediakan boraang pertndingan dan keputusan
6 Menetapkan tempat pertandingan
7 Berurusan dengan Pusat Kokurikulum untuk aktiviti/jurulatih berkaitan
8 Menyediakan format/syarat pertandingan
9 Menentukan jumlah hakim pertandingan
10 Melantik panel jawatankuasa rayuan
11 Mengatur taklimat untuk penngurus-pengurus pasukan dan jurulatih
12 Menyediakan anggaran perbelanjaan

Keselamatan Dan Pertolongan Cemas

12
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

1 Melantik AJK
2 Menyediakan kertas cadangan
3 Memaklumkan kepada Hospital/pusat kesihatan
4 Memohon pihak kesihaatan membuat fogging kawasan
5 Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku kecemasan
6 Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas
7 Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa setiap aktiviti yang
dijalankan
8 Memastikan petugas mahir dengan pertolongan cemas
9 Merekod rawatan pesakit
10 Menyediakan anggaran perbelanjaan
11

Buku Program, Rakaman Foto dan dokumentasi

1 Melantik AJK
2 Menyediakan kertas cadangan
3 Membuat rakaman foto keseluruhan program
4 Memastikan semua aktiviti di luar tapak perkhemahan didokumentasikan dan
menyerahkan kepada urusetia
5 Menyediakan anggaran perbelanjaan
6 Menyediakan “dummy” isi kandungan
7 Mencetak buku program mengikut bilangan yang diperlukan
8 Bekerjasama dengan urusetia untuk menngemaskini buku program
9 Mendapatkan kata kata aluan daripada jawatankuasa protocol/ jemputran untuk
penyediaan buku program
10 Menyediakan anggaran perbelanjaan

Hadiah dan cenderamata

1 Melantik AJK
2 Menyediakan kertas cadangan jawatankuasa
3 Menyusun tempahan hadiah
4 Menguruskan cenderamata VIP dan hakim
5 Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pertandingan dan sijil pemenang
(johan, naib johan dan ketiga)
6 Menyediakan keperluan alatan untuk penyampaian hadiah
7 Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada Jk pertandingan dan kontijen
8 Menyediakan petugas untuk penyampaian hadiah
9 Memastikan penerima bersiap sedia awal
10 menyediakan anggaran perbelanjaan

ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM)

13
PERKHEMAHAN KRS DAERAH SEREMBAN 2018

BIL PERKARA UNIT KOS JUMLAH


A Pendapatan Peserta 149 x RM40 5 960.00
dijangka

B Perbelanjaan

Makan

1. - Peserta 170 orang 170 X RM 25.00 4250.00

Sijil
- Penyertaan 138
- Pemenang 32 200 X RM 0.50 100.00
2. - Penghargaan 30

3. Hadiah 62 62 X RM 5.00 310.00


4. Bahan Basah
Tepung gandum 13 bungkus RM 1.35 x 13 17.55
Tepung beras 13 bungkus RM 1.90 x 13 24.70
Garam 5 bungkus RM 0.65 x 6 3.90
Mancis 2 kotak RM 2.50 x 2 5.00
Minyak masak 14 bungkus 32.00
Ikan selayang sebungkus 20.00
5. Air Mineral 10 kotak RM 10.00 x 7.90 78.98
6. Aluminium Foil 1 RM 29.9. x 1 29.90
7. Kayu api dan buluh 5 ikat 130.00
8. Khemah 4 orang 3 Rm250 x 3 750.00
9. Ink printer 4 Rm25 x 4 100.00
JUMLAH 5852.03
BAKI 107.97

14