Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKAR BATU

PERGERAKAN PENGACARA MAJLIS CATATAN


MASUK
MENGAMBIL Para Guru dan murid-murid diminta mengambil tempat di dalam dewan.
TEMPAT Majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.
KETIBAAN/ Mengumumkan ketibaan, Yang Berusaha, En Mohd TaUfik Bin Zainal,
PERARAKAN Guru Besar Sk Bakar Batu dengan diiringi barisan penolang-penolong
MASUK kanan.
PEMBUKA Irama beralun gendang dipalu,
MAJLIS Langkah diayun berpasang-pasangan,
6 dekat telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih junjung buat hantaran,
Hadirin hadirat selamat datang,
Ke majlis penutupan bulan kemerdekaan

Bismillahhirahmanirrahim. Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera Dan


Salam Kemerdekaan.

Yang Berusaha,
En Mohd Taufik Bin Zainal,
Guru Besar Sk Bakar Batu

Yang Dihormati,
Pn Dania Binti Ramli,
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati,
Pn Raziah Binti Yunus,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati,
En Mohd Fuazi Bin Razali,
Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.


PEMBUKA Hati-hati membuka peti,
MAJLIS 2 Peti puasaka zaman berzaman,
62 tahun bebas menikmati,
Malaysia merdeka penuh keamanan

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi


kerana dengan limpah rahmat-Nya pada harI yang penuh barakah ini, kita
diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi majlis Sambutan
Penutupan Bulan Kemerdekaan 2019 dengan penuh keamanan dan
kedamaian.

Keamanan dan kedamaian ini adalah sebagai tanda bahawa Negara


Malaysia berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi
muafakat untuk hidup bersama.

Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini dijalankan sebagai tanda


bahawa para guru dan murid sekolah ini seiring dan sederap melangkah
dengan penuh semangat yang berkobar-kobar dan beriltizam tinggi untuk
menjadi warganegara yang mempunyai semangat patriotik yang mendalam.

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis yang penuh bermakna pada hari ini, marilah kita
sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Al Fadil Ustaz Faiz Bin Hambali. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

……….BACAAN DOA……….

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al
Fadil Ustaz Faiz Bin Hambali atas bacaan doa itu tadi.
Pahlawan melayu gagah perkasa,
UCAPAN Musuh datang habis dibasmi,
PERASMIAN Tuan sudah diberi kuasa,
PENUTUPAN Sudilah kira pohon merasmi
BULAN
KEMERDEKAAN Hadirin sekalian,
DAN GIMIK Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, dengan sukacitanya dijemput
Yang Berusaha, En Mohd Taufik Bin Zainal, Guru Besar Sk Bakar Batu bagi
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Sambutan
Penutupan Bulan Kemerdekaan Sk Bakar Batu bagi tahun 2019. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

……….UCAPAN GURU BESAR……….

(*selepas ucapan, sebelum gimik perasmian, jemput semua dif kehormat


naik ke atas pentas)

Majlis juga menjemput Yang Dihormati, Pn Dania Binti Ramli, Yang


Dihormati, Pn Raziah Binti Yunus, Yang Dihormati, En Mohd Fuazi Bin
Razali untuk naik ke pentas bagi penyerahan jalur gemilang oleh Mohd Izat
Bin Ali selaku ketua pengawas sekolah sebagai tanda Penutupan
Sambutan Bulan Kemerdekaan Sk Bakar Batu 2019. Majlis dipersilakan.

……….GIMIK PERASMIAN……….

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada______atas


penyempurnaan gimik sebentar tadi.
PERSEMBAHAN Kini, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan koir yang akan
KOIR dipersembahkan oleh murid tahun 5 Pintar di bawah bimbingan En Mohd
Zuhairi Bin Mat, selaku guru kelas tahun 5 Pintar. Majlis dipersilakan.

……….PERSEMBAHAN KOIR……….

Demikianlah sebentar tadi persembahan koir daripada murid tahun 5 Pintar.


Untuk makluman para hadirin, kumpulan koir ini telah berjaya meraih Johan
dalam Pertandingan Koir sempena dengan bulan kemerdekaan Sk Bakar
Batu pada kali ini.
PERTANDINGAN Tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Untuk pengetahuan hadirin,
PAKAIAN pertandingan pakaian beragam ini merupakan salah satu program bulan
BERAGAM kemerdekaan anjuran Panitia Bahasa Sejarah dengan kerjasama Panitia
Bahasa Melayu.
Sebelum pertandingan dimulakan, izinkan saya memperkenalkan hakim
yang akan mengadili pertandingan ini iaitu:

1.
2.
3.

Dari Kedah Ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Pakaian beragam memeriahkan majlis,
Semua hadirin terhibur di hati

Untuk itu, majlis mempersilakan peserta pertama daripada murid tahap 1.


Seterusnya dipersilakan peserta dari tahun 1 Pintar iaitu (rujuk lampiran)

Mari kita saksikan pula pertandingan pakaian beragam bagi murid tahap 2.
Untuk itu, majlis mempersilakan peserta dari tahun 4 Pintar. Seterusnya
dipersilakan peserta dari (rujuk lampiran)

Begitulah tadi pakaian beragam sempena bulan kemerdekaan yang


bertemakan warna jalur gemilang.
PESERTA PAKAIAN BERAGAM BERTEMAKAN WARNA JALUR GEMILANG

Tahap Tahun/ Kelas Nama Murid


1 Pintar 1. Mohd Farhan Bin Halim
2. Siti Khadijah Binti Rahim
1 Bijak 1. Mohd Zaki Bin Idris
2. Siti Rahmah Bin Ali
1 Bestari 1. Mohd Fakhrul Bin Sharif
2. Siti Humaira Binti Soleh
2 Pintar 1. Adi Bin Khair
1 2. Siti Anis Bin Roslan
2 Bijak 1. Mohd Fadi Bin Fahim
2. Syazwani Bin Rozi
2 Bestari 1. Ahmad Bin Dali
2. Nur Anisa Binti Ghani
3 Pintar 1. Hadi Bin Jaiz
2. Rania Binti Hatim
3 Bijak 1. Mohd Sazali Bin Tahir
2. Nurul Hanis Binti Yatim
3 Bestari 1. Halim Bin Jali
2. Siti Rahimah Binti Johari
4 Pintar 1. Khair Bin Johari
2. Anis Hanesya Binti Daim
4 Bijak 1. Moh Firdaus Bin Fahim
2. Dalila Binti Wahib
2 4 Bestari 1. Haziq Wafiy Bin Faiz
2. Siti Faresha Binti Sharif
5 Pintar 1. Ajwad Bin Naim
2. Farzana Binti Ammar
5 Bijak 1. Hafiz Bin Hafiq
2. Fauziah Binti Yaakob
5 Bestari 1. Hatim Bin Mat
2. Rozila Binti Yudi

Anda mungkin juga menyukai