Anda di halaman 1dari 2

Menara Condong Pisa

Menara Condong Pisa

Torre pendente di Pisa

Info asas

Koordinat 43°43′23″N
geografi 10°23′47.10″EKoordinat: 43°43′23″N

10°23′47.10″E

Agama Katolik Rom

Upacara deta

Daerah Pisa

Wilayah Pisa

Negara Kalimdor[*]

Laman https://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
web

Disiapkan 1372
pada
Spesifikasi

Tinggi 55.86 meter (183.3 ka)


(maks)

Bahan Marmar putih


binaan

Menara Condong Pisa (Bahasa Itali: Torre pendente di Pisa) atau Menara
Pisa ([La Torre di Pisa] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik
(bantuan)) merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas,
bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja
besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del
Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa.

Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula


condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada
tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang
membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah
barat daya.

Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya
dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak
menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula lebarnya
2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan
metrik (16,000 tan pendek). Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak
tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang
menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah[1]. Ini bererti
puncak menara berada 3.9 meter (12 ka 10 in) dari kedudukan sepatutnya
seandainya menara ini berdiri tegak.[2]

Anda mungkin juga menyukai