Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 Dapatan Kajian
Bahasa basahan ialah bahasa yang bersifat percakapan atau basahan dan bukan bahasa
baku. Bahasa basahan juga dikenali sebagai bahasa pertuturan sehari-hari. Ia juga disebut
sebagai bahasa kolokial. Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana
kepentingannya yang berfokus kepada kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu,
bahasa ini tidak digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering
Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial
Cara penyampaian
Bahasa kolokial disampaikan secara lisan. Bahasa ini bersifat perhubungan secara terus
antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan
perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat
memahaminya.
Mewujudkan kemesraan
penutur yang menggambarkan nama atau gelaran sendiri dalam sesuatu perbualan.
Kemesraan dengan panggilan yang bersahaja serta intonasi yang menggembirakan dapat
Terdapat juga penutur yang menggunakan unsur ‘kan’ sebagai bukan dan ‘dah’ sebagai
Kan aku dah kata, jangan menyampuk. Kamu tu kan masih kecil lagi.
Penggunaan dialek
Dialek ialah bentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung dengan satu
kawasan geografi atau kumpulan masyarakat. Oleh itu, penggunaan dialek dalam bahasa
basahan wujud dalam perhubungan mereka. Keadaan ini wujud apabila penutur dan
pendengar datang dari tempat yang sama. Biasanya, perbezaan dialek ini adalah
berdasarkan kelas, latar belakang pendidikan, pekerjaan, tempat tinggal, status ekonomi
Penggunaan tatabahasa
kolokial. Bahasa ini menggunakan beberapa strategi seperti memendekkan kata serta
sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh
pendengar.
Percampuran kod
bahasa lain dalam pertuturan ini adalah disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Arab dapat dikesan dalam percakapan yang penuh dengan kemesraan. Keadaan ini dapat
dikesan terutamanya dalam kalangan orang Melayu dengan Melayu atau berlainan
keturunan. Golongan ini dilihat lebih mudah untuk menggunakan pemcampuran kod
Perbincangan dan perbualan dalam bahasa kolokial bergantung kepada penutur dan
pendengar yang terlibat. Kebiasaannya, mereka berbincang tentang perkara yang agak
ringan serta mudah untuk mencapai maksud yang diberikan. Keadaan ini adalah
disebabkan mereka berada dalam situasi yang tidak rasmi. Tajuk perbualan adalah
berkisar kepada perkara-perkara yang ringan apabila mereka bertemu. Keadaan ini wujud
adalah kerana kekerapan mereka berjumpa antara satu sama lain dan kemesraan telah
dilahirkan.
Perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan
b) Kependekkan kata
c) Perubahan bunyi
d) Ayat bersusunan mudah dan ringkas- pengguguran imbuhan dan kata sendi nama
kolokial merupakan bahasa yang diguna pakai atau digunakan dalam pertuturan seharian.
Terdapat beberapa ciri yang boleh dikenal pasti berkenaan dengan bahasa basahan iaitu
dari segi cara penyampaian, kewujudan kemesraan antara penutur, penggunaan dialek,
penggunaan tatabahasa, pencampuran kod serta bahasa yang diperkatakan. Dalam bahasa
basahan juga tidak mementingkan struktur ayat dan tatabahasa yang betul.
2) Mengenal pasti dan menyenaraikan bahasa basahan yang terdapat dalam filem
Masam-masam Manis
c) Perubahan bunyi
Fungsi penggunaan
Bahasa basahan digunakan oleh penutur dalam pergaulan harian. Dalam perhubungan ini
mereka tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa serta imbuhan. Hal ini dapat
dibuktikan dengan contoh yang terdapat dalam filem Masam-masam Manis seperti
Dalam aspek pemilihan kata pula, penggunaan kependekkan kata telah digunakan
secara meluas bagi tujuan menimbulkan kesedapan dan kefahaman serta menggambarkan
kemesraan antara anggota masyarakat. Keadaan ini berlaku lantaran kefahaman mereka
akan lebih mendalam kerana penggunaan kosa kata yang lebih mudah difahami. Dalam
penggunaan ayat pula, penggunaan ayat yang tidak mempunyai imbuhan seperti yang
terdapat dalam ayat tulisan adalah lebih diutamakan. Sehubungan dengan itu, hal ini telah
memudahkan mereka berhubung di samping dapat memudahkan mereka untuk
menyatakan maksud dengan lebih cepat dan pantas. Sebaliknya, penggunaan ayat yang
lengkap akan menjadikan situasi yang tidak mesra serta tidak menghidupkan suasana.
Maka, dalam penggunaan bahasa basahan ini, semua penutur yang terlibat adalah tidak
mementingkan struktur ayat serta sistem tatabahasa yang betul. Keutamaaanya adalah
lebih berfokus untuk mendapatkan makna supaya maksud perbualan dapat difahami
dengan segera.