Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1

1.0 PENDAHULUAN

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu
murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada
pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini
juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang,
pengalaman yang berbeza dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap
pencapaian yang hampir sama.

2.0 RASIONAL
1. Murid-murid yang masuk ke Tahun Satu datang dari pelbagai latar belakang yang
berbeza.
2. Menimbulkan banyak perbezaan di kalangan mereka yang boleh memberi kesan yang
berterusan. Antaranya:
a. Perbezaan umur antara murid Tahun Satu (1 hingga 11 bulan)
b. Kebolehan mereka memberi perhatian.
c. Kesediaan mereka memberi perhatian.
d. Kesediaan untuk belajar (perbezaan pengalaman pra sekolah, fizikal dan
latar belakang keluarga)
e. Pengetahuan dan kemahiran iaitu perbezaan sosio-emosi, perkembangan
(keyakinan diri, takut, bimbang serta rasa selamat).

3.0 TUJUAN PROGRAM TRANSISI


1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan
baru dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah dan meneruskan
pembelajaran tanpa menimbulkan banyak masalah di sekolah.
4. Murid-murid dapat mengembangkan kemahiran sosio-emosi yang baik supaya mereka
dapat menunjukkan kesedaran, penerimaan rakan-rakan yang berbeza serta mengucapkan
emosi dan perasaan mereka.
5. Murid-murid diberi peluang untuk menyelesaikan masalah, membina keyakinan diri dan
perasaan berdikari sehingga satu kelaziman.

4.0 VISI
Merealisasikan Program Transisi dan Guru Penyayang dengan berkesan

5.0 MISI
Menyusun pendekatan dan strategi yang paling berkesan berdasarkan kepada keperluan serta
kemampuan sekolah bagi mencapai kecemerlangan

6.0 TEMA
“ PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG”

7.0 SASARAN

Semua murid Tahun satu yang mendaftar Sekolah Kebangsaan Binjul bagi sesi persekolahan
2019.

8.0 PELAKSANAAN

Tempoh : 3 Minggu

Tarikh : 1 Januari 2020 – 16 Januari 2020

Masa : 7.45 am – 12.45 am

Tempat : SK Binjul

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


1. Fotostat bahan RM 60.00
2. Cenderahati pelajar ( 28 X RM3 ) RM 84.00
3.Alat Tulis RM 50.00
4. Sukaneka RM 30.00
JUMLAH RM224.00

10.0 SUMBER KEWANGAN


Yuran transisi (28 X RM8.00) RM224.00
PENUTUP

Diharapkan Program Transisi Tahun 1 pada tahun ini dapat dijalankan dengan baik. Pihak
sekolah berharap semua ibubapa/penjaga dapat menghantar anakanak mereka yang telah
cukup umur untuk daftar di kelas Pra sekolah untuk mendapat pendidikan secara formal.
Oleh yang demikian, segala perancangan yang telah dirancang oleh pihak sekolah dapat
dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

........................................................ .........................................
(PN. NORFAUZIAH BT ABD. RAHIM) (EN MOHD ZUKI BIN ABDULLAH)
SETIAUSAHA TRANSISI GURU BESAR
SEKOLAH KEBAGSAAN BINJUL
09310 KUALA KETIL
KEDAH

KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
2020

1 JANUARI 2020 – 16 JANUARI 2020

PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI


TAHUN 1 2020

Bil Aktiviti Tarikh Catatan

Mengadakan mesyuarat dengan


Guru Besar, PK 1, PK HEM,
PK KK, guru-guru Tahun Satu Guru Besar, PK 1, PK
1
termasuk guru pemulihan 5. 11.2019 HEM, PK KK, guru-guru
tentang Program Transisi Tahun Satu
Tahun Satu.

Perbincangan dengan guru-guru


Tahun Satu tentang rancangan
2 Guru-guru Tahun Satu
Program Transisi selama 2 12.11.2019
minggu.

Perbincangan tentang hasil


3 Program Transisi yang telah 29.12.2019 Guru-guru Tahun Satu
disediakan

Keceriaan Kelas Tahun Satu


4 • penyusunan meja dan kerusi Guru Kelas Tahun Satu
29.12.2019
• kebersihan kelas

5 Pendaftaran murid Tahun Satu 30.12.2019 Guru-guru SK Binjul

Pelaksanaan Program Transisi 1.1.2020 –


6 Guru-guru Tahun Satu
Tahun 1 16.1.2020

Anda mungkin juga menyukai