Anda di halaman 1dari 7

BACAAN INTENSIF (MENDALAM)

 Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan


kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.
Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa,
meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam
konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan
bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Bacaan intensif melibatkan
telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya, ia dilakukan
berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa
kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai
sahaja yang digunakan, iaitu yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira
bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah
membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca
teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.
Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang menyangkut bahasa
ditegaskan. Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran
membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas.
Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan
jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga
harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini
latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada
asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan
mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan
kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-
latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada
guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid.

Konsep

(a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan
lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.

(b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai
struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan
kata.

(c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam
ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

(d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan


dan tulisan.
(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.

Tujuan

(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan,
intonasi, lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu
dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.

(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.
(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.

(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Aktiviti bacaan intensif

(a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-
pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk
latihan-latihan menulis.

(b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks
rujukan tatabahasa.

(c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya,
mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua ‘latihan perkamusan’,
hari ketiga ‘latihan meneka maksud mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan
laju’ dan sebagainya.

(d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk
objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis. (e) Segala
kajian harus dibuat secara mendalam.

Membaca Ekstensif –

Membaca ekstensif adalah membaca yang bersifat menjangkau secara luas. Dengan
membaca ekstensif, Anda tidak semata-mata mengetahui isi teks saja, tetapi Anda juga
akan menyerap pengetahuan yang lebih umum atau luas.demikianlah gambaran umum
dari membaca ekstensif. Anda pernah mendengar kelas akselerasi? Kelas akselerasi
adalah sekolah yang mengikuti proses percepatan dan diperuntukkan bagi siswa-siswa
berprestasi, artinya siswa mengikuti sekolah lebih cepat dari waktu yang ditentukan.
Dalam mencoba memahami apa itu membaca ekstensif, nari kita simak wacana dibawah
ini dengan tema kelas akselerasi. Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas
yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan
ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya
menitikbemtkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan
menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat
membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan
ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang
menimba ilmu pengetahuan.

KEMAHIRAN MEMBACA

2.0.1 Pengertian Dan Tujuan Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan
mengenal lambang – lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna
atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan
sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti
mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya. Bamberger pula
mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan simbol – simbol grafik (
tulisan ) kepada konsep – konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.
Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf –
huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat kepada
bunyi – bunyi yang mempunyai makna. Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan
satu cara untuk memahami pola – pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .
Daripada definisi – definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa
membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa
proses yang kompleks.

 Membaca mengabungkan beberapa kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan penglihatan


yang diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk – bentuk huruf ),
kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan
jelas, menyebut bunyi – bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula
memindahkan lambang – lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak )
untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya membaca memerlukan
gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang
itu belajar membaca dia mestilah mempunyai kemahiran – kemahiran asas di dalam lisan.
Bacaan ini boleh kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan
akaliah. Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca
ini adalah untuk membolehkan murid – murid mengenal huruf – huruf, menyebut nama
dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan – perkataan yang dibentuk melalui jalinan
huruf – huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara tidak
langsungnya membolehkan murid – murid membina kebiasaan menutur ayat – ayat yang
gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca oleh mereka.Juseru itu ianya
dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat memudahkan mereka untuk
meyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri
ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga membolehkan mereka mengerti an
memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekelilingnya. Masalah
Kemahiran Membaca Yang Dikenal Pasti. Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004
menunjukkan 18% daripada keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai
kemahiran membaca. Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR.
Kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana
bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam
penguasaan penulisan dan pengiraan. Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid
merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah
sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini
berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada
kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial. Mesyuarat memperkasakan Sekolah
Kebangsaan pada 22 November 2005 telah melaporkan tentang masalah kegagalan murid
untuk menguasai kemahiran asas membaca. Pada masa kini masih ramai lagi kalangan
pelajar kita yang belum lagi dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ini jelas terbukti
pada masa kini pihak Kementerian mengambil langkah yang derastik untuk mengatasi
masalah ini salah satu projek yang dijalankan oleh pihak Kementerian ialah Kelas
Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun
1. Ini disebab laporan mengenai ramai dikalangan murid sekolah rendah yang
menyambung pelajaran mereka ke sekolah menengah masih belum lagi menguasai
kemahiran membaca ini. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada : : •
Keupayaan berfikir yang rendah. • Tidak dapat memberi tumpuan yang lama. • Tidak
boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata. • Tidak memahami apa yang
dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna. • Terdapat segelintir bilangan pelajar belum dapat
mengenal dan membunyikan huruf. • Tidak dapat melihat perbezaaan di antara perkataan
dan gambar – gambar.

 • Murid belum dapat membezakan antara huruf dam himpunan huruf – huruf ( perkataan
). • Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi
pendengaran. • Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap
atau menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang
mempunyai masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul. •
Berkemungkinan terdapat murid tidak mempunyai kesedaran bahawa huruf – huruf itu
boleh dibunyikan dan sesuatu perkataan terdiri daripada gabungan beberapa huruf atau
bunyi. • Kebolehan mental murid – murid itu secara am, misalnya kebolehan dia
mengingat sesuatu dan boleh menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu.

2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar Menurut Kamus Rujukan Dewan
Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau
dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat
jelas; berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar
terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi. Menurut laporan di
akhir tahun – tahun 70an terdapat ramai murid sekolah rendah terutamanya yang tinggal
diluar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca atau cekap membaca
bahasa mereka sendiri ( bahasa Malaysia ). Masalah sebegini banyak memberi implikasi
terhadap murid itu sendiri dan juga negara. Di antara implikasinya ialah : • Negara kita
akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita akan menjadi negara
yang mundur di dunia ini. • Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak
mempunyai ilmu pengetahuan. • Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar
untuk bergaul dalam masyarakat. • Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana
masyarakat terutamanya terhadap pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan
buruknya sesuatu perkara. • Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang
berkeliber, justeru itu kita tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan. •
Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak berminat
untuk belajar. • Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid
itu tidak dapat menguasai kemahiran membaca. • Murid tidak dapat membina sikap yang
baik dan tidak mempunyai cita – cita dan fikiran yang ‘’ terbuka ‘’ dan ‘’ positif ‘’ . •
Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan yang
yang tinggi. • Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas
dan mengkritik apa yang dibaca dengan saksama. • Sukar bagi seseorang murid itu untuk
menyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri dan
masyarakat.

b ) Rancang dan bincangkan empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi
mengatasi salah satu masalah tersebut. Kaitkan jawapan anda dengan teori yang sesuai
serta penggunaan bahan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.

Konsep-KonsepBacaanEkstensif Seperti yang dinyatakan sejak awal lagi, bacaan


ekstensif merupakan satu kegiatan pelajar- pelajar di luar kelas tanpa adanya pengawasan
daripada guru. Bahan bacaan yang dibacaharuslah bersifat luas atau pun am. Bahan
bacaan bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaankatanya tetapi juga sesuai dengan
minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-citaseseorang pelajar itu. Bahan-bahan
bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza.

TujuanBacaanEkstensif

Ada beberapa tujuan bacaan ekstensif. Antara tujuan-tujuan tersebut ialah:

1. Supaya pelajar- pelajar boleh membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan
secaralangsung daripada orang lain.

2. Membolehkan pelajar- pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka
pelajari.

3. Untuk membolehkan merek a mendapat pengetahuan di samping dapat pula


menghiburkanhati

.4. Memperkayakan bahasa da n perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain- lain.

5. Memberi peluang kepada para pelajar terutamanya mereka yang cerdas untuk
meluaskan bacaannya dan membina daya kreativitinya.

6. Untuk menambahkan minat membaca dan juga membina daya berfikir serta mem
bentuk sikap yang baik di kalangan pelajar- pelajar.

7. Untuk mempertingkatkan mutu, dan kepantasan membaca.

8. Untuk memperluaskan da n mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa.


9. Membentuk tabiat gemar membaca dan menda patkan kebiasaan membuat rujukan
danmenggunakan perpustakaan.

10. Untuk mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa.

11. Untuk memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik dalam
bentuk prosa atau puisi.

Teknik Pengajaran Bacaan Ekstensif

Oleh kerana pelajar membaca tanpa bimbingan guru sepanjang masa, peranan pengajar
hanyalah sebagai perunding atau pembantu apabila dikehendaki. Pengajar harus
mengesyorkankepada pelajar- pelajar supaya memilih bahan bacaan yang sesuai.
Pengajar perlu jugamelatih mereka mengikut teknik yang berikut:

1. Mengkaji kandungan bahan: Pelajar kaji dahulu secara umum seluruh kandungan baha
n.Cuba dapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu.

2. Buat soalan: Buat sendiri soalan- soalan berdasarkan bahanyang dikajinya. Ini akan
membantunya membaca dengan lebih mendala m.

3. Baca: Lepas itu baca selaju yang boleh.

4. Menerangkan: Di akhir setiap bahagian, pelajar b uat kesimpulan dengan menerangkan


pada dirinya sendiri isi- isi penting, dengan tujuan untuk menyatukan semua maklumat
yangdibacanya itu.

5. Mengkaji semula: Setelah selesai tugasan membaca, pelajar- pelajar perlu


mengkajisemula seluruh bahan bacaan ekstensifnya supaya dia dia dapat mempastik an
dia tidak tertinggal apa-apa dalam menyatukan semua isi tadi.

6. SQ3R: Teknik SQ3R memerlukan pelajar-pelajar mengikut langkah- langkah berikut:

(a) Mengkaji kandungan bahan-bahan yang dibaca terlebih dahulu bagimendapatkan idea
keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandungdi dalam bahan bacaan tersebut.

(b) Menyediakan soalan-soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca. Selepas
membaca mereka harus dapat menjawab soalan-soalanyang telah disediakan.

 (c) Murid haruslah membaca berdasarkan haluan iaitu mengikut turutansoalan-soalan


yang telah ditentukan.

 (d) Selepas membaca murid-murid harus boleh membuat kesimpulan ataurumusan yang
menandakan mereka berupaya menyatukan semuamaklumat daripada pembacaan mereka.

 (e) Murid-murid diminta mengkaji atau meneliti dan mempastikan supayaisi-isi bacaan
tidak ada yang tertinggal.
 (f) Murid-murid diminta membincangkan, menerangkan atau melaporkanisi bacaan yang
telah diperolehi. Maklum balas daripada murid-muridadalah penting

 (g) Pelajar juga harus diminta membuat laporan bertulis tentang apa yangtelah dibacanya.

LangkahMempertingkatkanKemahiranMembaca

 Fahaman yang cukup hendaklah diberi kepada guru-guru tentang tujuan dan peraturan-
peraturan mengajar bacaan pada ke semua peringkat. Kursus-kursus ataupun pendedahan
melalui bahan- bahan bacaan hendaklah diadakan. Asas pelajaran bacaan hendaklah
didirikan dengan baik, dan segala penyelenggaraan berhubung dengannya hendaklah
diberi pandangan yangkhusus dan sokongan yang penuh. Kaedah yang digunakan untuk
mengajar bacaan di kelas permulaan hendaklah kaedah yang tetap yang ada
kesinambungan dari segi tujuan dan peraturannya. Pengelolaan di kelas-kelas rendah
terutama di kelas permulaan hendaklahdiperbaiki selalu. Aspek yang perlu diberi
penekananan aspek pengajarannya, susunan pelajarannya, perkakas- perkakas dan buku-
buku bacaan. Guru-guru yang ditugaskan mengajar dikelas permulaan hendaklah
daripada mereka yang mempunyai kelayakan, pengetahuan dankecekapan tentang teknik-
teknik mengajar kanak-kanak dan juga mempunyai semangat bekerjayang baik, rajin
membuat alatan mengajar serta gemar kepada kanak-kanak

Anda mungkin juga menyukai