Anda di halaman 1dari 26

KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

JALAN MELATI, 35800 SLIM RIVER


PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL
PROGRAM’S CODE & INSTALLATION AND MAINTENANCE
NAME
TAHAP DAN SEMESTER
1 ( SEMESTER 1 )
LEVEL AND SEMESTER

KOD DAN TAJUK KURSUS


ETE 1013 : SINGLE PHASE DRAWING
CODE AND COURSE TITLE

1.01 IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATION AND


REQUIREMENT
NO. DAN TAJUK 1.02 CARRY OUT LAYOUT DRAWING
KOMPETENSI 1.03 CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM
NO. AND COMPETENCY DRAWING
TITLE 1.04 CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING
1.05 INSPECT SINGLE PHASE DRAWING
NO. KOD KSKV
ETE 1013 /P(1/3)
KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1
NO. KOD NOSS Drp / of : 26
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
NOSS CODE NO.

TAJUK: PENGENALAN KEPADA LUKISAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai lukisan elektrik fasa tunggal.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 2
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

PENERANGAN :

1. Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik

Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan


kedudukan alat lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang
digunakan dan kadar arus perlindungan litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan
memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik Lukisan elektrik juga
dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan dan
anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik.

2. Lakaran

Lakaran digunakan untuk membantu kita dalam menghasilkan idea yang hendak
disampaikan sebelum kerja-kerja lukisan akhir dilakukan. Ia dapat memberikan gambaran
sebenar sesuatu objek. pada permulaan rekabentuk, lakaran dibuat secara agakan tanpa
mengikut skala objek. Biasanya lakaran dilukis dengan menggunakan garisan secara
tangan bebas. Garisan ini akan menghubungkan titik-titik pada laluan yang betul

3. Gambarajah lukisan pemasangan elektrik

Terdapat berbagai jenis gambarajah yang diperlukan dalam kerja pemasangan elektrik.
Diantaranya adalah:-

3.1. Gambarajah Plan Tapak / Lokasi. (Location Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan kedudukan sebenar sesebuah premis


di sesuatu kawasan. Ia juga dapat menunjukkan topografi tanah, kemudahan
perhubungan ketapak projek dan kedudukan bangunan serta perkhidmatan-
perkhidmatan lain yang terlibat dengan projek ini. Dengan ini ia dapat memberi
kemudahan kepada jurutera projek, juruteknik atau pembekal mesin dan peralatan
menentukan kedudukan tapak pemasangan. Tujuan utama plan tapak dan lokasi
adalah:-

i. Untuk menentukan kedudukan lampu jalan atau lampu kawasan.


ii. Untuk menentukan laluan kabel ketapak pemasangan.
iii. Untuk menentukan saluran longkang atau peparitan agar laluan talian kabel
perkhidmatan dapat dirancang dengan sempurna.
iv. Membantu pihak pembekal tenaga elektrik menentukan kedudukan pencawang
dan membuat anggaran kos pembinaan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 3
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

Lukisan ini biasanya dilukis pada skala 1:100, 1:500 dan 1:1000.

Rajah 1 – Gambarajah Tapak /Lokasi

3.2 Gambarajah Plan Bangunan (Building Plan Diagram)

Gambarajah ini merupakan lukisan senibina. Ia menentukan jenis bangunan (kayu/


bata/ kerangka besi) dan kedudukan pintu, tingkap dan sebagainya. Dengan ini
permulaan kerja pemasangan elektrik serta kedudukan peralatan dan perkakasan
elektrik dapat ditentukan.

Rajah 2 – Gambarajah Plan Bangunan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 4
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

3.3 Gambarajah tegak dan keratan (Sectioning Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan ketinggian sesuatu premis. Dengan ini
ketinggian dan kedudukan peralatan seperti lampu, soket-alir-keluar, kipas dan
sebagainya dapat ditentukan. Gambarajah ini sangat mustahak sekiranya melibatkan
pemasangan lampu dan kipas. Suruhanjaya Tenaga telah menetapkan peraturan
bagi menentukan ketinggian minima pemasangan peralatan elektrik (dari aras lantai
kebahagian bawah peralatan) iaitu:-

i. Kipas gantung di siling 240 sm


ii. Kipas melekat didinding. 205 sm
iii. Kotak fius agihan. 205 sm
iv. Suis 145 sm
v. Soket-alir-keluar (permukaan) 145 sm
vi. Soket-alir-keluar (tersembunyi) 30 sm

Rajah 3 – Gambarajah Tegak

Rajah 4 – Gambarajah Keratan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 5
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

3.4 Gambarajah Susunatur (Layout Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan


peralatan pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar
bangunan. Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan
peralatan elektrik yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek
bagi sesuatu bangunan. Ia dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan)
pada skala yang sesuai dengan menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang
biasa digunakan dalam plan susunatur ini ialah 1:100.

Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang


dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan
diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan
peralatan di masa hadapan.

Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah


dilukis dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan
bangunan agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim
digunakan adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah
lengkap dan tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-
akhir dan sebagainya.

Rajah 5 – Gambarajah Susunatur


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 6
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

3.5 Gambarajah Pendawaian (Wiring Diagram)

Gambarajah ini menunjukkan bentuk kumpulan dan sambungan kabel pendawaian


yang sebenar. Bentuk perjalanan kabel dan kedudukan komponen perlulah
dikekalkan sama dengan keadaan sebenar. Tujuan gambarajah ini adalah untuk
memberi kemudahan kepada pekerja pendawaian melakukan kerja serta menyurih
nya untuk mencari kerosakan litar atau membuat tambahan litar. Gambarajah litar
pendawaian lampu dan soket alir keluar (SAK) tidak perlu disediakan dalam
pemasangan rumah dan industri kerana ianya mudah dilakukan. Diantara litar-litar
pendawaian ini ialah:-

i. Litar lampu dengan kawalan suis sehala, suis dua hala dan suis pertengahan.
ii. Litar SAK 13A (litar jejari)
iii. Litar SAK 13A (litar gelang)
iv. Litar SAK 15A.
v. Litar penghawa dingin.
vi. Litar pemanas air.

Rajah 6 – Gambarajah Litar Pendawaian Lampu

Tetapi bagi litar pendawaian yang rumit dan kompleks seperti pemasangan panel
kawalan penghidup motor atau kawalan lampu yang rumit, gambarajah pendawaian
perlu disediakan. Tanpa bantuan gambarajah ini, sambungan litar tidak dapat
dilakukan dengan baik dan kemungkinan akan berlaku kesilapan sambungan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 7
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

Rajah 7 – Gambarajah litar pendawaian kawalan motor

3.6 Gambarajah Satu Garisan (Single Line Diagram)

Gambarajah ini digunakan untuk menunjukkan susunan turutan asas unit kawalan
dan pengagihan bekalan kepada beban-beban dalam sesuatu pemasangan elektrik.
Setiap blok akan mewakili satu litar beban.Pada pemasangan elektrik, gambarajah
ini diperlukan bagi merancang keperluan pendawaian terutamanya pada
pemasangan yang besar dan mempunyai panel kawalan. Umumnya, gambarajah ini
merupakan gambaran asas yang ringkas bagi menunjukkan kawalan dan
pembahagian sesuatu litar elektrik kepada beberapa unit agar mudah di fahami. Ia
juga dapat menunjukkan laluan perjalanan sesuatu system pendawaian. Dengan ini
panjang dan saiz kabel yang digunakan dapat dianggarkan dengan tepat.Ketika
melukis gambarajah ini, anak panah arah aliran perlu dilukis dengan nama atau
tugas setiap bahagian dicatitkan.

Rajah 8 – Gambarajah satu garisan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 8
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

Rajah 9 – Gambarajah Satu Garisan Pepasangan Litar Motor

3.7 Gambarajah Skematik (Schematic Diagram)

Gambarajah ini digunakan bagi menunjukkan sambungan sesuatu litar elektrik


secara urutan logik dan mudah. Ia juga menunjukkan kaedah pengagihan dan
perpindahan tenaga elektrik dari peringkat awal hingga kepada pengguna atau
beban.Sambungan beban perlulah ditulis dalam bentuk yang mudah difahami.
Contoh:-

i. 3 – 1 x 36w (P) diertikan sebagai 3 bilangan pencahaya pendaflour 1 x 36w dan


P menunjukkan pencahaya yang digunakan dari jenis pendaflour.
ii. 2 – 1 x 60w (T) dimana ia mengandungi 2 bilangan pencahaya tungsten 1 x 60w.
iii. (M) – menunjukkan lampu dari jenis mercury/ raksa.

Gambarajah ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menganggar keperluan


arus litar, saiz kabel, kadar alat perlindungan dan kadar arus peralatan pada
pemasangan elektrik.

Aturan melukis gambarajah skematik hendaklahmengikut garis panduan yang telah


ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

i. Semua alat lengkap dan komponen perlulah dilukis dalam bentuk simbol piawai
pada ukuran yang sesuai.
ii. Nama dan kadaran setiap alat lengkap atau komponen perlulah ditulis
berhampiran dengannya.
iii. Jarak diantara alat lengkap atau komponen adalah 2 – 3 sm, berdasarkan saiz
kertas yang digunakan.
iv. Setiap litar kecil akhir perlulah ditulis nombor.
v. Setiap alat perlindungan perlulah ditulis kadarannya dengan jelas berhampiran
dengannya.
vi. Jumlah fius atau pemutus litar akan menentukan saiz kotak agihan yang
digunakan.
vii. Nama kotak agihan, bilangan kutub, bilangan hala dan jenis binaannya
hendaklah ditulis berhampiran kotak.
viii. Setiap kabel perlulah ditulis saiz dan jenisnya
ix. Setiap litar-kecil-akhir perlu ditulis beban, kadaran arus / kuasa dan bilangan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 9
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

Rajah 10 – Gambarajah skematik

4. Petunjuk Lukisan (Drawing Legend)

Petunjuk digunakan bagi membantu melaksanakan tugas dengan sempurna. Petunjuk


digambarkan dengan menggunakan simbol-simbol elektrik yang lengkap dengan
keterangan dan kuantiti.

Rajah 11 – Petunjuk Lukisan


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 10
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

5. Skala Lukisan.

Lukisan boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut keperluan. Bandingan antara saiz
sebenar projek dengan lukisan ditentukan oleh skala lukisan.Skala lukisan dinyatakan
dalam suatu nisbah, umpamanya 1 : 50.Ini bermaksud saiz sebenar sesuatu projek adalah
1 / 50 daripada saiz yang digambarkan oleh lukisan. Dengan menggunakan pembaris
berskala, saiz sebenar sesuatu projek/ binaan dapat ditentukan.

6. Simbol Elektrik

Dalam sesebuah lukisan elektrik simbol akan digunakan bagi menunjukkan lokasi
peralatan yang digunakan. Penggunaan simbol yang standard dapat mengelakkan
kekeliruan untuk mentafsirkan sesebuah lukisan.

Simbol-simbol pendawaian yang digunakan dalam pepasangan elektrik ditunjukkan dalam


Jadual 1.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 11
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

Jadual 1 – Simbol Grafik Elektrik


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 12
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 13
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 14
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 15
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 16
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 17
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 18
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 19
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 20
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 21
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 22
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 23
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 24
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 25
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

SOALAN :
1. Senaraikan empat (4) jenis lukisan dan gambarajah dalam bidang elektrik:
i. ________________________________________________________
ii. _________________________________________________________
iii. _________________________________________________________
iv. _________________________________________________________

2. Apakah yang dimaksudkan dengan lukisan pelan susunatur?


___________________________________________________________
___________________________________________________________

3. Nyatakan sifat gambarajah skematik:


___________________________________________________________
___________________________________________________________

4. Berikan perbezaan diantara gambarajah litar dan gambarajah pendawaian:


___________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

5. Apakah tujuan simbol-simbol piawai diwujudkan?


___________________________________________________________
___________________________________________________________
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page: 26
EE-320-2:2012-C01/P(1/3)
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of: 26

RUJUKAN:

1. Nota CIBD: Pemasangan Pedawaian Bangunan (BWI) – Lukisan Elektrik.


2. Nota Giat Mara: Mereka Bentuk Lukisan Elektrik Satu Fasa.

3. MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN


KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU SDN. BHD., ISBN
978-967-950-307-4

Anda mungkin juga menyukai