Anda di halaman 1dari 15

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAN

HIS 224 : Institusi Kekeluargaan Islam

Prinsip-Prinsip Mengekalkan Keharmonian


Rumahtangga bagi perspektif seorang suami

Nama Pensyarah : Dr. Mohd Amir bin Wan Harun


Prof. Madya Dr. Jasni bin Sulong
Prof. Madya Dr. Atikullah bin Abdullah

Disediakan oleh :

Liyana bt Nordin (133318)


Nurul Najwa bt Mohamad Jani (134819)
Nur Hanan Qurratu’aini binti Abdul Rahman (131590)
Isi Kandungan

MUKA
BIL KANDUNGAN
SURAT

1. Pendahuluan 1

2. Isi Pertama: Menjaga solat dan berjemaah bersama isteri 1

3 Isi Kedua: Bersabar dengan bebelan dan kekurangan isteri 5

4 Isi Ketiga: Bertolak ansur dan bertimbang rasa 7

5 Isi Keempat : Bermesra dengan isteri 8

Isi Kelima: Bertanggungjawab Memberikan Nafkah


6 9

7 Penutup 12

8 Rujukan 13

9 Lampiran 14
1.0 Pendahuluan

Hidup bahagia di samping keluarga menjadi impian bagi seorang suami. Tiada guna
menjadi suami yang berjaya dalam hidup tetapi rumah tangga porak peranda.Bahtera yang
dibadai gelora dan masalah konflik dalam keluarga, akan dapat harungi dengan adanya ilmu
yang diamalkan mengikut landasan al-Quran dan sunnah. Dalam menjaga rumah tangga yang
bahagia dan penuh barakah, suami perlu menjaga setiap ahli keluarganya dari anasir yang boleh
mengundang kemurkaan Allah SWT. Allah SWT mengingatkan kepada hamba-Nya melalui
firman bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal
malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala
yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan. (At-Tahrim: 6). Rasulullah SAW diutuskan sebagai ikon ikutan ummah untuk
dicontohi termasuk model ikutan terbaik seorang suami. Baginda suami yang berjaya, malah
mempunyai ciri suami idaman seluruh wanita yang sentiasa peka terhadap semua permasalahan
berkaitan perasaan dan emosi isteri, walaupun perkara kecil dan dianggap remeh. Oleh itu ,
untuk menjadi suami yang baik , perlulah menjadikan Raulullah SAW sebagai contoh.

2.0 Isi Pertama : Menjaga Solat dan Berjemaah Bersama Isteri


Sesebuah rumah tangga itu akan menjadi harmoni apabila pasangannya mempunyai kasih
sayang dan persefahaman yang baik. Sebagai seorang suami, cara untuk mendidik hati yang
terbaik adalah dengan berikhtiar untuk menjadikan solat berjemaah bersama isteri sebagai rutin
harian. Walaupun tidak sempat untuk berjemaah lima waktu solat sekalipun kerana jadual yang
padat, cubalah untuk ambil pada waktu solat Maghrib dan Isyak. Secara zahirnya mungkin
manfaat yang diterima tidak dapat dilihat dengan jelas tetapi percayalah perkara ini dapat
membawa banyak kebaikan buat suami isteri dalam menikmati suasana rumah tangga yang
harmoni.

1
Jalinan yang dibina melalui solat bersama ialah kemesraan selepas solat. Usai solat
berjemaah, secara tidak langsung suami dan isteri saling bersalaman dan memohon ampun antara
satu sama lain. Hal ini dapat membantu mengurangkan salah faham dan perasaan buruk sangka
dalam hati isteri apabila masing – masing lebih bersifat terbuka untuk memohon kemaafan. Hati
juga akan sentiasa tenang dan jauh daripada segala anasir bisikan syaitan.

Selain itu, apabila solat berjemaah, sekaligus suami dan isteri dapat bersama-sama
membina jambatan ke syurga. Sesungguhnya, yakinlah kepada Allah untuk memberi pahala buat
suami dan isteri. Hadis Rasulullah S.A.W juga ada mengatakan bahawa sembahyang berjemaah
akan mendapat 27 darjat dari sembahyang bersendirian. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda,

َ ِ‫ص ََلةِ ْالفَ ِذ ب‬


‫سبْعٍ َو ِع ْش ِرينَ دَ َر َجة‬ َ ‫ص ََلة ُ ْال َج َما َع ِة أ َ ْف‬
َ ‫ض ُل ِم ْن‬ َ ً

“Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian dengan 27 darjat.”

[HR. Bukhari]

Seterusnya melalui solat berjemaah pasangan dapat mengekalkan rasa saling hormat-
menghormati yakni si isteri akan timbul rasa hormatnya terhadap suami. Hal ini kerana apabila
suami menjadi imam (ketua) ketika dalam solat, suami akan memimpin isterinya ketika
beribadah dan semasa berdoa juga diaminkan oleh isteri. Suami juga akan lebih memahami dan
yakin dengan peranannya sebagai seorang ketua keluarga apabila dihormati. Suami dan isteri
yang bersama – sama berusaha dalam menuntut keberkatan melakukan ibadah akan lebih
merasai kemanisan dan keharmonian dalam rumah tangga. Apabila lama tak solat berjemaah
bersama akan timbul rasa rindu. Sebagai seorang suami hendaklah menyuruh ahli keluarga untuk
solat seperti firman Allah S.W.T

‫ط ِب ْر َعلَ ْي َها ََل نَ ْسأَلُكَ ِر ْزقا ً نَّحْ نُ ن َْر ُزقُكَ َو ْال َعاقِبَةُ ِللت َّ ْق َوى‬
َ ‫ص‬ َّ ‫َوأْ ُم ْر أ َ ْهلَكَ ِبال‬
ْ ‫ص ََلةِ َوا‬

“Dan, perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam
mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi
rezeki kepadamu. Dan, akibat itu (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa.”

Surah Taha 20:132


3
Sebagai contoh, kita dapat melihat pada zaman Rasulullah SAW ketika berada dirumah,
baginda tidak menunaikan solat malam itu bersendirian, bahkan baginda akan membangunkan
isterinya untuk menunaikan solat malam bersama-sama.

Imam Abu Daud meriwayatkan hadis, daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahawa nabi
Muhammad SAW bersabda;

َ َ‫ت َوأَ ْيق‬


ْ ‫ظ‬
‫ت‬ ْ َّ‫صل‬
َ َ‫ت ِم ْن اللَّ ْي ِل ف‬ َّ ‫ض َح فِي َوجْ ِه َها ْال َما َء َر ِح َم‬
ْ ‫َّللاُ ا ْم َرأَة ً قَا َم‬ ْ َ‫ظ ا ْم َرأَتَهُ فَإ ِ ْن أَب‬
َ َ‫ت ن‬ َ َ‫صلَّى َوأ َ ْيق‬
َ َ‫ام ِم ْن اللَّ ْي ِل ف‬
َ َ‫َّللاُ َر ُج ًَل ق‬
َّ ‫َر ِح َم‬
‫ت فِي َوجْ ِه ِه ْال َماء‬ َ َ‫ًزَ ْو َج َها فَإِ ْن أَ َبى ن‬
ْ ‫ض َح‬

“Allah merahmati kepada lelaki yang bangun malam untuk menunaikan solat, lalu
membangunkan isterinya. Apabila isterinya enggan bangun, dia akan merenjis-renjiskan air
pada mukanya. Allah juga merahmati isteri yang bangun malam, lalu membangunkan
suaminya. Apabila suaminya enggan, dia akan merenjus-renjiskan air pada mukanya”

Namun hal yang demikian, kadangkala ada dari kalangan isteri baginda yang sedang
haid, menyebabkan baginda SAW tidak mengganggu mereka tidur. Walaupun dalam keadaan
begitu, baginda SAW tidak berjauhan dari mereka, sehingga menunaikan solat malam
bersebelahan dengan isteri tersebut.

Ini disandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari, daripada Maimunah R.Ha berkata:

‫ص ِلي َعلَى ْال ُخ ْم َرة‬ ْ َ‫س َجدَ قَال‬


َ ُ‫ت َو َكانَ ي‬ َ َ ‫ض َو ُربَّ َما أ‬
َ ‫صابَنِي ثَ ْوبُهُ ِإذَا‬ ٌ ِ‫ص ِلي َوأَنَا ِحذَا َءهُ َوأَنَا َحائ‬
َ ُ‫سلَّ َم ي‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َو‬ ُ ‫ً َكانَ َر‬
َّ ‫سو ُل‬
َ ِ‫َّللا‬

“Rasulullah SAW sentiasa menunaikan solat disisiku, padahal ketika itu aku sedang berhaid.
kadangkala ketika baginda sujud, pakaiannya terkenaku. Dia berkata (Maimunah), dia solat
di atas tikar”

Juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, bahawa Aisyah R.Ha berkata:

‫ط ِن قَدَ َم ْي ِه َوه َُو فِي ْال َمس ِْجد‬


ْ َ‫ت يَدِي َعلَى ب‬
ْ َ‫اش فَ ْالت َ َم ْستُهُ فَ َوقَع‬
ِ ‫سلَّ َم لَ ْيلَةً ِم ْن ْال ِف َر‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َو‬ َّ ‫سو َل‬
َ ِ‫َّللا‬ ْ َ‫شةَ قَال‬
ُ ‫ فَقَدْتُ َر‬: ‫ت‬ َ ِ‫ً َع ْن َعائ‬

“satu malam, Aku kehilangan Rasulullah daripada hamparan tidur. Lalu aku meraba-raba,
didapati tanganku menyentuh tapak kaki Rasulullah SAW yang sedang menunaikan solat”

4
Daripada ulasan–ulasan ini nyatalah kepada kita bahawa antara akhlak Nabi SAW adalah
tidak pernah mengabaikan isteri-isterinya dalam melakukan ibadat, lebih-lebih lagi dalam
menunaikan ibadat wajib dan ibadat sunat. Tambahan pula, kita juga dapat fahami bahawa dalam
menunaikan ibadat tersebut, tidak semestinya mesti berjauhan dengan isteri ketika dia sedang
berhaid. Sekiranya jika ditunaikan bersebelahan dengan isteri yang sedang tidur pun tidak
mengapa, bahkan ianya lebih baik kerana dapat menghindarkan dari timbul syak dalam hati isteri
dikala isteri sedar dari tidur.

3.0 Isi kedua: Bersabar dengan bebelan dan kekurangan isteri

Sebagai seorang suami, antara prinsip untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga
adalah dengan bersabar dengan isteri. Dalam rumah tangga, suami isteri memang perlu banyak
bersabar antara satu sama lain. Sudah menjadi lumrah, dalam menanam sifat kesabaran,
golongan wanita mahupun isteri mudah tewas kerana mereka mudah terpengaruh dengan emosi
sendiri. Jadi sebagai seorang pemimpin keluarga iaitu perlu untuk suami menjadi seorang yang
sabar ketika isteri beremosi dan marah-marah. Firman Allah SWT:

ۡ‫صبَ ُر ۤۡوا ِب َما الیَو َۡم َجزَ یت ُ ُہ ُۡم اِنِی‬


َ ۙ ۡ‫الفَآئِ ُزونَۡ ہ ُُۡم اَنَّ ُہم‬

Sesungguhnya pada hari ini Aku memberi balasan kepada mereka, karena kesabaran
mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.

Surah Al Mu’minuun 23:111

Suami haruslah bersabar dan melayan karenah dan kekurangan isteri tanpa pernah
merungut dan merasa bosan. Isteri adalah manusia biasa, maka sekiranya isteri melakukan
perbuatan yang tidak kita disukai, janganlah kita cepat menghukum dan memarahinya.
Sebaliknya haruslah menghadapinya dengan kesabaran dan kebijaksanaan kerana isteri itu perlu
dididik dengan kelembutan, maka isteri akan mudah menurutinya. Menggunakan kekerasan
hanya akan menyebabkan isteri menjauhi dan reaksinya juga akan menjadi keras seperti didikan
suami. Malah boleh membuatkan isteri memendamkan perasaan terhadap perilaku suami.
Justeru, Rasulullah SAW sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri
dengan sebaik-baiknya. Tidak dinafikan, manusia masing-masing ada kelemahan dan

5
kekurangan. Cara terbaik untuk mengatasi adalah bersabar dan tidak membesarkan kelemahan
itu.

Seterusnya bersabar ini perlu ada dalam sifat suami apabila menghadapi leteran isteri.
Isteri ini cenderung untuk berleter kerana mereka menguruskan hal rumah tangga dan hal anak-
anak. Kadang-kadang meleteri tentang hal kecil itu adalah perkara biasa kerana itu adalah cara
mereka untuk menlatih dan mengajar keluarga supaya menjadi lebih displin dan peka. Jadi suami
perlulah bersabar apabila isteri ini berleter dan tidak boleh menengking, memaki hamun atau
memukul isteri kerana tidak tahan dengan leteran tersebut.

Disini terdapat kisah apabila seorang lelaki mengunjungi Umar bin Khattab. Dia berdiri
di luar pintu menunggu Umar keluar untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Tiba-tiba dia
terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak membalas leteran
tersebut. Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya, "Jika beginilah keadaan Umar,
seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku? Selepas itu
Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar.

Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, "Wahai
Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka
berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda juga begitu juga. Lalu aku berkata kepada
diriku: Jika begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?
Umar berkata kepadanya, "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya
kerana dia mempunyai hak ke atas aku. Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun
roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak
diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram
(zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya. Lelaki itu menjawab, "Wahai
Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku. Umar pun berkata kepadanya: Maka bersabarlah
wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika." Jadi berdasarkan
kisah ini pihak suami perlulah mencontohi Umar bin Khattab dalam menangani situasi apabila
isteri berleter kerana isteri memainkan peranan penting dalam sesebuah perkahwinan itu.

6
4.0 Isi ketiga: Bertolak ansur dan bertimbang rasa

Bertolak ansur dan bertimbang rasa juga penting dalam mengatasi masalah perbezaan
pendapat yang akan sering terjadi dalam hubungan suami isteri. Perkara ini sering berlaku di
awal perkahwinan, semasa suami dan isteri masih lagi dalam proses mengenali sesama sendiri.
Biasanya pasangan suami isteri akan berbalah dan bertekak dalam membicarakan perkara yang
remeh-temeh dan masing-masing akan merasakan pendapat dan idea mereka lebih baik dan perlu
diikuti. Ini berlaku kerana sebelum berkahwin pasangan membuat keputusan sendiri tanpa perlu
mengambil kira pandangan orang lain, namun setelah berkahwin kebanyakan keputusan yang
dibuat perlulah dipersetujui bersama.

Perselisihan dalam keluarga di antara suami dan isteri hingga membawa kepada
penceraian adalah ditahap yang cukup membimbangkan, ianya berlaku setiap hari. Masing-
masing pihak bertegas dengan pendapat masing-masing hingga ruang perdamaian dan berbaik-
baik semula menghadapi jalan buntu, hinggakan hilang perasaan belas kasihan melihat anak-
anak terseksa kerana perpisahan ibu bapa mereka. Jangan kerana mahu mempertahankan ego
sebagai suami, semua beban kesalahan diletakkan kepada isteri sahaja. Ada masanya suami juga
perlu beralah dan jangan harapkan isteri sahaja. Jadi sebagai seorang suami perlulah mempunyai
sikap bertolak ansur untuk memastikan kehidupan berumah tangga dilalui dalam suasana aman.
Justeru, tidak salah jika suami berkongsi pendapat dan mendengar luahan hati isteri dengan
terbuka. Pendapat isteri perlu diambil kira bagi mengelakkan rasa tidak puas hati.

Sifat bertimbang rasa dan saling faham memahami memang tidak dinafikan sebagai sifat
yang baik, dalam Islam memang dituntut sifat-sifat terpuji ini. Sebagai seorang mukmin, sifat-
sifat ini sememangnya dituntut untuk ditunaikan apatah lagi sifat bertimbang rasa ini perlu hadir
dalam diri suami bagi menjaga keharmonian rumah tangga. Syariat juga menyuruh kita
bersimpati atau bertimbang rasa atau bertolak ansur pada orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W.
maksudnya :

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain."

[Hadis Riwayat Qudha'i dari Jabir].

7
Suami perlu bertimbang rasa terhadap isteri dengan tidak membebankan lagi isteri
apabila melihat keadaan isteri yang keletihan. Sebagai contoh, apabila melihat isteri keletihan
bekerja dan menguruskan rumahtangga, jangan mengharapkan layanan kelas pertama tanpa
memberi bantuan untuk melaksanakan secara bersama kerja-kerja rumah seperti memasak,
mengemas rumah, membasuh pakaian dan sebagainya. Rasulullah sendiri juga membantu dalam
melakukan kerja rumah. Al-Aswad pernah bertanya kepada Aisyah berhubung aktiviti Nabi
dirumah, Aisyah lalu menjawab:

‫ِ َكانَ َي ُكونُ ِفي ِم ْهنَ ِة أ َ ْه ِله‬

Iaitu beliau melakukan kerja-kerja rumah ahli keluarganya

[HR al-Bukhari].

Dalam riwayat Imam Ahmad, Rasulullah disifatkan menjahit bajunya sendiri, memperbaiki
kasutnya sendiri serta melakukan kerja-kerja rumah

ِ ‫ َو َي ْع َم ُل َما َي ْع َم ُل‬،ُ‫ف نَ ْعلَه‬


‫الر َجا ُل فِي بُيُوتِه‬ ُ ‫ِ َكانَ َي ِخي‬
ِ ‫ َو َي ْخ‬،ُ‫ط ثَ ْو َبه‬
ُ ‫ص‬

5.0 Isi Keempat : Bermesra dengan isteri

Mencium dan bermanja dengan isteri merupakan ibadah. Islam memandang, tindakan
tersebut tidak terlarang, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Sentuhan dan belaian
ialah satu keperluan emosi yang bukan sahaja diperlukan oleh seorang isteri tetapi juga pada
seorang suami. Pelukan dan ciuman juga ialah lambang kebersamaan dalam menghadapi
rintangan kehidupan. Lebih-lebih lagi, dengan ciuman itu akan membawa kepada bersetubuh.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka.Hati yang gundah,
bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan.

Dilihat kepada Nabi SAW, suri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama
Isteri. Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun.

Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis dengan katanya;

‫صا ِئم‬ َ ‫سلَّ َم يُقَ ِب ُل ِفي َر َم‬


َ ‫ضانَ َوه َُو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللاُ َعلَ ْي ِه َو‬ ُ ‫ِ َكانَ َر‬
َّ ‫سو ُل‬
َ ِ‫َّللا‬

8
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW
sedang berpuasa”

Rasulullah SAW juga tidak terkecuali daripada ujian rumah tangga, Namun, Baginda
tidak pernah membabitkan emosi. Ketika marah kepada Aisyah, Nabi SAW menyuruh isterinya
menutup mata hingga berasa cemas dan khuatir dimarahi, tetapi Baginda terus memeluknya
sambil menyatakan marah itu hilang setelah memeluknya.

Ini menunjukkan bahawa pelukan dan ciuman mampu mengeratkan hubungan suami
isteri. Fitrah seorang perempuan memang inginkan perhatian dan pujukan dapat menyejukkan
hati yang tengah membara. Selain itu , waktu yang sesuai seorang suami untuk memberi pelukan
dan ciuman kepada isteri ialah sebelum berangkat ke tempat kerja sangat membantu memberi
kekuatan dan keyakinan buat kedua-dua pasangan bagi menghadapi hari baru yang penuh dengan
cabaran. Ketika isteri sedang sibuk memasak di dapur, datangi dan rangkullah isteri dari
belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Isteri yang keletihan pasti akan rasa dihargai dan
akan merasa bahagia.

6.0 Isi Kelima: Bertanggungjawab Memberikan Nafkah

Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah
ditetapkan oleh Islam. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut
kemampuan suami.

Ini jelas berdasarkan Firman Allah:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita kerana
Allah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita),
kerana mereka (lelaki) menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”

Surah An Nisa 4:24

Rasulullah juga pernah ditanyakan mengenai apa hak isteri ke atas suami, lalu Baginda
menjawab:

9
“Memberinya makan apabila kamu makan, dan memberinya pakaian apabila kamu
berpakaian”

[Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

Hal ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan
oleh Allah kepadanya. Ianya merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang suami. Jika suami dapat menghayati maksud Sabda Rasulullah SAW ini, sudah
tentu masalah rumah tangga yang sering berlaku disebabkan perkara ini dapat dielakkan.
Rasulullah merupakan seseorang yang sangat mengutamakan nafkah buat keluarganya.

‫ودينار أنفقته على أهلك أعظمها أجرا الذي أنفقته على أهلك‬

Menurut riwayat Imam Muslim, baginda menjelaskan bahawa setiap sen yang dibelanjakan
untuk ahli keluarganya mengandungi pahala yang sangat besar.

Tugas suami ialah menjaga isteri dan mengawal isteri daripada melakukan perkara-
perkara yang ditegah oleh Islam, sekiranya suami berkahwin lebih dari seorang isteri, bermakna
suami perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan
kerana pada zaman ini, banyak kes di mana isteri pula yang diarah untuk mencari nafkah buat
keluarga, walhal suami goyang kaki sahaja di rumah. Menurut hadis Rasulullah, para suami yang
wajib menanggung perbelanjaan makan minum serta pakaian isteri dan juga anak-anak.

Terdapat juga satu kisah di zaman Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban di
mana Amru ibn Umayyah pernah menghadiahkan buat isterinya pakaian. Apabila ditanya oleh
sahabat Nabi yang lain, beliau menjawab aku hadiahkan pakaian buat isteriku (Sukhailah) dan
ianya adalah sama seperti pahala sedekah. Sahabat yang bertanya seakan terkejut lalu bertanya,
apakah hadiah buat isteri kita juga akan mendapat pahala bersedekah? Perkara ini disampaikan
kepada Rasulullah, baginda membenarkan tindakan Amru. Ini menggambarkan sumbangan atau
perbelanjaan kita buat keluarga, jika diniatkan dengan tujuan yang betul ia mengandungi pahala
yang sangat besar.

‫اء أ ُ ِجر‬
ِ ‫سقَى ا ْم َرأَتَهُ ِم ْن ْال َم‬
َ ‫الر ُج َل إِذَا‬
َّ ‫ًإِ َّن‬

Bahkan, air yang diberikan suami pada isterinya turut dinilai mengandungi pahala.
10
[Hadis diriwayat oleh Ibn Hibban]

Nafkah di sini juga membawa maksud menyediakan makan minum yang mengenyangkan
untuk isteri dan anak-anak. Tidak kira lah kalau hari-hari lauk yang sama kerana ianya tetap
dikira sebagai nafkah. Wang belanja harian juga perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang
sesuai mengikut kemampuan. Seorang suami yang tidak memberikan wang saku yang sesuai
kepada isteri tanpa sebarang sebab munasabah juga sudah dikira melakukan keganasan
kewangan kepada isteri, tambah-tambah lagi kalau isteri seorang suri rumah.

Sekiranya isteri merupakan seorang yang berkerja, mereka juga berhak mendapatkan
nafkah dua persalinan pakaian yang lengkap termasuk kasut, pakaian dalam, tudung, dan lain-
lain dalam setahun. Namun begitu, jika suami enggan memberi nafkah kepada isteri, isteri
berhak mengambil duit suami tanpa pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja keluarga.
Hal ini dibenarkan oleh syarak.

Dari Aisyah R.A, dia berkata, Hindun telah berkata kepada Rasulullah SAW,

“Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberikan
kecukupan nafkah padaku dan anakku, kecuali jika aku mengambil dari hartanya dengan
tanpa pengetahuannya.”

Lalu baginda bersabda:

“Ambillah dari hartanya sekadar untuk memenuhi keperluanmu dan juga anakmu.”

[Hadis diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari]

Apabila isteri berdepan dengan suami seperti ini, isteri boleh mengambil secara diam-
diam sejumlah wang yang sesuai bagi menampung perbelanjaan yang sewajarnya, malah si isteri
juga sudah meringankan beban dosa suami di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab pemberian nafkah daripada suami
kepada isterinya adalah menjadi perkara yang wajib, namun begitu masih ada lagi yang
mengambil perkara ini sambil lewa sahaja sedangkan ini adalah salah satu tuntutan di dalam
Islam.

11
7.0 Penutup

Kesimpulannya, perkahwinan adalah sunnah Nabi SAW. dan juga sunnah para Rasul.
Rasulullah SAW. bersabda dengan maksudnya :

“Empat perkara termasuk sunnah para Rasul ialah pemalu, suka berharum-haruman,
bersiwak dan bernikah.”

[Riwayat Ahmad dan Tarmizi]

Sesiapa yang menolak perkahwianan beerti menolak sunnah Nabi SAW. Seiapa yang menolak
sunnah Nabi, maka terkeluarlah dia daripada menjadi umat Nabi SAW. sebagaimana sabdaNya
yang bermaksud:

“Sesiapa yang membenci sunnahKu maka dia tidak termasuk umatKu”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Peranan suami amatlah besar dalam memastikan keharmonian dalam rumah tangga.
Suami merupakan ketua keluarga yang menjadi peneraju dalam keluarganya. Oleh itu, para
suami perlulah memimpin isteri serta anak–anak mereka ke arah jalan yang benar. Faktor agama
sentiasa menjadi asas kepada terbinanya sesebuah rumah tangga yang bahagia serta utuh.
Sekiranya agama tidak menjadi keutamaan, dikhuatiri sesebuah rumah tangga yang terbina akan
goyah apabila diuji dengan perkara–perkara yang tidak diingini. Apabila asas kepada
perkahwinan tersebut iaitu agama telah kukuh, maka prinsip lain akan dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah oleh kerana masing–masing sudah memahami dan mengetahui
tanggungjawab mereka sendiri. Islam telah mengatur hak, peranan, dan tanggungjawab suami
isteri dengan baik. Justeru kita sebagai umat Islam perlulah memainkan peranan masing–masing
agar berjaya membina sebuah tamadun yang berjaya. Sesungguhnya insitusi keluarga Islam yang
kuat dan harmoni dapat menyumbang ke arah pembinaan masyarakat dan tamadun yang mantap
lagi cemerlang.

12
8.0 Rujukan

1. Admin. (2017, November 29). 7 kisah Rasulullah SAW sebagai seorang suami. Diambil
dari https://muis.org.my/2017/11/7-kisah-rasulullah-saw-sebagai-seorang-suami/.

2. Ismail, F. (2016). Faktor keharmonian dan keruntuhan rumah tangga.

3. Jaapar, N. Z. H., & Azahari, R. (2011). Model keluarga bahagia menurut Islam. Jurnal
Fiqh, 8, 25-44.

4. "Jadilah Suami Yang Sabar Dengan Kerenah Isteri" Antara Tips Suami Perlu Ikut Untuk
Menjadi Seorang Penyabar. (n.d.). Diambil daripada
https://baituljannah.com/redaksi/4867-jadilah-suami-yang-sabar-dengan-kerenah-isteri-
antara-tips-suami-perlu-ikut-untuk-menjadi-seorang-penyabar.

5. Misraini, I. (2015). Perspektif Islam Tentang Kekerasan Suami Terhadap Isteri. Marwah:
Jurnal Perempuan, Agama Dan Jender, 14(1), 113. doi: 10.24014/marwah.v14i1.2598

6. Naim, M. (2019, July 21). Suami, Layan Dan Bersabarlah Dengan Karenah Isteri.
Diambil daripada https://akuislam.com/blog/renungan/karenah-isteri/.

7. Najoan, H. J. I. (2015). Pola Komunikasi Suami Istri Dalam Menjaga Keharmonisan


Keluarga Di Desa Tondegesan Ii Kecamatan Kawangkoan Kabupaten Minahasa. ACTA
DIURNA KOMUNIKASI, 4(4).

8. Yuniendel, R. K., & Nelwati, S. (2019). Meneladani Rasulullah SAW sebagai Pendidik
yang Memudahkan. Murabby: Jurnal Pendidikan Islam, 2(1), 1–12. doi:
10.15548/mrb.v2i1.324

9. Yusof, O. A. N. M. (2017, August 8). Sabar kunci kebahagiaan rumah tangga. Diambil
dari: https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/08/309855/sabar-kunci-
kebahagiaan-rumah-tangga.

13
10. Rahim, R. A. A., Ismail, P., & Dahlal, N. M. (1970). Reformasi Undang-Undang
Keluarga Islam di Malaysia: Satu Analisis Terhadap Gagasan Konsep Fiqh
Semasa. International Journal of Mechanical and Materials Engineering.

9.0 Lampiran

Maklumat responden

Nama : Muhd Syafiq Zulfaqar bin Abdul Rahman

Umur : 31 tahun

Asal Usul: Kedah

Pekerjaan: Penjawat awam

Nama Isteri : Nur Anita bt Zamri

Usia perkahwinan: 6 tahun

Bilangan anak: 2 lelaki 1 perempuan

14

Anda mungkin juga menyukai