Anda di halaman 1dari 5

6.

0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

6.1 Demografi Responden dan Informen

Responden kajian terdiri daripada 20 orang penduduk Taman Selasih. Bilangan


lelaki mengatasi bilangan perempuan pada kadar 12-8 orang. Kebanyakan responden
berbangsa Melayu. Dari segi kumpulan umur, kebanyakan responden berumur antara
10 tahun ke bawah. Informen kajian pula terdiri daripada seorang penduduk Taman
Selasih.
6.2 Mengenal Pasti Aktiviti-aktiviti Di Taman Permainan Yang Boleh Memupuk
Perpaduan Dalam Kalangan Penduduk Di Taman Selasih.

Bilangan responden yang ada melakukan aktiviti di taman permainan melebihi


bilangan responden yang tidak melakukan aktiviti di taman permainan. Dari segi
kelainan gender, untuk orang yang ada dan tidak melakukan aktiviti di taman
permainan, bilangan responden lelaki mengatasi bilangan perempuan.

Dari segi etnik, responden berbangsa Melayu paling banyak melakukan dan
tidak melakukan aktiviti berbanding denagan bangsa lain.

Responden yang ada melakukan aktiviti di taman permainan kebanyakan


berada dalam lingkungan umur 10 tahun ke bawah.

Jenis aktiviti yang kerap dilakukan oleh responden adalah melakukan aktiviti
dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan, bersenam, berjoging
dan berbual-bual. Kebanyakan penduduk menggunakan kemudahan-kemudahan yang
disediakan semasa melakukan aktiviti di taman permainan.
Waktu yang dipilih oleh responden untuk melakukan aktiviti ialah pada waktu
pagi dan petang. Kurang responden memilih waktu malam untuk melakukan aktiviti
di taman permainan.

Responden paling kerap melakukan aktiviti di taman permainan dalam tempoh


masa lebih daripada 1 jam, kurang daripada 30 minit dan 30 minit hingga 1 jam.

Kebanyakan responden melakukan aktiviti di taman permainan 2-3 kali


seminggu. Responden yang melakukan aktiviti 5-6 kali seminggu didapati kurang.

6.3 Mengkaji Kebaikan Taman Permainan Memupuk Perpaduan Di Taman


Selasih, Kulim, Kedah.

Kebaikan mengeratkan hubungan erat sesama jiran; memupuk perpaduan dalam


kalangan penduduk; menemani rakan sebaya atau ahli keluarga; mengisi masa lapang;
mengenali lebih banyak kawan telah dikemukan. Daripada kajian yang dilakukan,
majoriti responden setuju dan sangat setuju bahawa kebaikan mengendali lebih bantak
kawan dan menemai rakan sebaya atau ahli keluarga. Faktor-faktor lain menvatat kan
darjat persetujuan yang hampir sama.

Majoriti responden menganggap kebaikan memupuk perpaduan dalam kalangan


penduduk mendorong mereka melakukan aktiviti di taman permainan.
Kebaikan-kebaikan lain tidak menjadi pilihan utama responden.
Daripada temu bual dengan seorang informen yang ada melakukan aktiviti di
taman permainan, didapati kebaikan memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk
merupakan kebaikan yang paling mendorongnya untuk melakukan aktiviti di taman
permainan.

Faktor yang kesibukan; keselamatan tidak dijamin; kekurangan rakan sebaya;


kerosakan kemudahan-kemudahan; lemah kemahiran berkomunikasi; kemunculan
gajet teknologi telah dikemukakan. Kebanyakan responden bersetuju dengan faktor
kerosakan kemudahan-kemudahan. Persetujuan responden terhadap faktor-faktor lain
berbelah bahagi.

Dari segi faktor yang paling mempengaruhi responden tidak melakukan aktiviti di
taman permainan, faktor kerosakan kemudahan-kemudahan muncul sebagai faktor
yang paling dominan. Faktor-faktor lain tidak mendatangkan pengaruh yang besar.

6.4 Kesimpulan Kajian

Kesimpulannya, taman permainan telah mendatangkan pelbagai kebaikan bagi


masyarakat kita. Taman permainan bukan sahaja membolehkan orang ramai
menyihatkan tubuh badan mereka, malah semangat perpaduan di negara kita juga
dapat dipupuk. Oleh hal yang demikian, infrastruktur taman permainan patut dijaga
dan dihargai supaya dapat dinikmati oleh orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai