Anda di halaman 1dari 5

BANGSAWANX

FREE SIGNAL

ANALISIS
PASARAN
MINGGUAN
06 - 10 JANUARI 2020
AUD/USD

Berdasarkan pemerhatian terkini, pasangan matawang AUD/USD


pada minggu lepas menunjukkan penutupan candle hariannya di
atas EMA11. Ini menandakan bahawa harga semasa masih lagi
gagal membuktikan bahawa ia akan membuat trend Bearish pada
minggu ini. Oleh itu, jika candle harian pada hari isnin nanti di
buka di bawah garisan 2 EMA yang berada berdekatan candle
jumaat, ini menandakan penurunan boleh berlaku dan sasaran
awal kita adalah untuk harga bergerak dan mencari sokongan
kukuh harian yang di wakili oleh EMA200 dan MID BB iaitu
masing-masing di paras 0.69156 dan di paras 0.69006.

Sebaliknya, jika harga semasa di buka di atas paras 2 EMA seperti


di dalam carta berikut, maka harga semasa akan membuat
kenaikan dan akan cuba menguji dua paras rintangan harian yang
masing-masing berada di paras 0.70756 dan di paras 0.71805
EUR/USD

Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada jumaat lalu


menutup candle harian dalam kedaan bearish namun masih lagi
gagal membuat pelanggaran terhadap 2EMA yang menjadi
sokongan kukuh sekarang ini. Trend semasa masih lagi
menunjukkan bahawa harga semasa masih dalam keadaan
Bullish sekarang ini. Oleh itu, jika pada hari isnin nanti candle
harian di buka di bawah paras 2 EMA ini maka harga semasa akan
membuat penurunan dan menguji MID BB yang sekarang ini
mewakili paras sokongan kukuh di paras 1.11231.

Sebaliknya, jika candle harian di buka di atas paras 2 EMA ini maka
harga semasa akan meneruskan kenaikan kembali dan akan cuba
menguji paras rintangan terdekat di paras 1.12127. Melanggar
paras tertinggi minggu lepas ini akan membawa harga semasa ke
arah rintangan seterusnya di paras 1.12768
XAU/USD

Berdasarkan pemerhatian terkini, logam kuning menerima impak


yang paling tinggi terhadap berita pengeboman oleh tentera AS
terhadap komander tertinggi iran pada hujung minggu lalu. Akibat
dari berita ini, harga semasa telah berjaya membuat kenaikan
mingguan sebanyak 411pips. Harga semasa sekarang ini telah
pun melanggar UPPER BB yang menandakan extreme
buy/continue buy telah muncul. Oleh itu, jika pada hari isnin nanti,
harga semasa di buka di atas UPPER BB maka sasaran awal kita
adalah untuk harga semasa meneruskan kenaikan sehingga ke
arah rintangan seterusnya yang terletak di paras 1566.23.
Melanggar paras ini akan membawa harga terus melawat zon SBR
2011 iaitu di paras 1610.99.

Sebaliknya, jika harga semasa di buka di bawah UPPER BB, ini


menandakan akan ada sedikit retracement bakal berlaku
terhadap harga semasa dan jangkaan kita adalah untuk harga
semasa menyentuh kembali zon MID BB iaitu di paras 1516.08-
1493.26
TERUS BERSAMA KAMI
Terus bersama kami di dalam channel Percuma kami. Kami akan terus
menyediakan kelas,webinar,analisa pasaran, dan signal secara percuma
kepada anda semua

@bangsawanx.trader https://t.me/BangsawanxTrader +6010-5593428

Anda mungkin juga menyukai