Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan sukan

September 12, 2017

Rata-ratanya, begitu ramai masyarakat di Malaysia mahupun dinegara luar sangat meminati sukan.
Menyedari hakikat bahawa kerajaan telah mengeluarkan kos perbelanjaan yang begitu banyak untuk
menyediakan infrastuktur sukan kepada orang ramai. Sebagai bukti, pada hari ini kita dapat melihat
padang permainan, dewan badminton, gelanggang olahraga, dan kemudahan sukan lain yang
terbina terutamanya di kawasan bandar kerana lebih mendapat tumpuan orang ramai. Ini adalah
salah satu agenda kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa, sukan bukan
sahaja mendatangkan manfaat kepada individu tetapi juga memberikan sumbangan ke arah
pembangunan negara.

Sejak azali lagi, pakar - pakar kesihatan telah mengakui bahawa aktiviti sukan penting untuk
kesihatan yang sempurna. Hal ini kerana, semasa bersukan, organ dalaman akan menjadi aktif dan
pengaliran darah yang lancar. Selain dari itu, jantung juga akan berfungsi dengan baik dan
seterusnya pembakaran lemak yang mendadak juga akan berlaku. Jadi, sudah terang lagi bersuluh
bahawa dengan bersukan, kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit penyakit merbahaya
terutamanya obesiti. Kesihatan fizikal mempengaruhi kesihatan mental individu. Masyarakat yang
sihat dari segi fizikal dan mental mampu menjalankan tugasan dengan baik seterusnya membantu
pembangunan negara.

Seterusnya, masa lapang seseorang dapat dimanfaatkan dengan bersukan kerana aktiviti sukan
lazimnya dilakukan pada waktu yang terluang. Dengan cara yang sedemikian, masyarakat akan lebih
meluangkan masa dengan perkara yang lebih berfaedah. Oleh itu, remaja tidak ada kesempatan
untuk melepak, melibatkan diri dalam jenayah dan seterusnya melarat sehingga penyalahgunaan
dadah. Sungguhpun begitu, ibu bapa juga harus mengambil peranan dengan mengawal aktiviti anak-
anak dengan tegas bagi tidak membiarkan 'nasi menjadi bubur' dinasihatkan bahawa ibu bapa
hendaklah mendedahkan anak-anak terhadap aktiviti sukan sejak kecil lagi. Bertepatan dengan
peribahasa yang berbunyi 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' tegasnya, aktiviti sukan dapat
mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak muda, malah melahirkan anak Malaysia yang sihat,
cerdas serta berkualitii yang mampu memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara.

Di samping itu,sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di
sesebuah negara dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan negara yang
makmur. Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai
kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat,
iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, akan timbulnya perasaan kekitaan atau espirit
de corp dalam kalangan mereka. Semangat satu pasukan akan lebih membara jika kita bermesra
antara pemain dengan pemain. Bak kata pepatah, 'bersatu kita teguh bercerai kita roboh'. Hal ini
juga penting untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dinegara kita. Selain itu, penonton juga
akan merasai perpaduan antara satu sama lain kerana mereka menyokong pasukan yang sama dan
saling merasakan kehangatan debaran ketika menunggu keputusan kemengan. Nilai perpaduan ini
menjadi landasan untuk rakyat membangunkan lagi negara.

Selain itu, apabila sesebuah negara terpilih sebagai tuan rumah bertaraf antarabangsa, pastinya
negara tersebut akan didatangi oleh pemain, pegawai,wartawan dan penyokong dari pelbagai
negara. Mereka sudah tentu mengekuarkan wang untuk berbelanja. Hal yang sedemikian serba
sedikit telah mendatangkan keuntungan kepada negara. Mereka juga akan dipromosikan tempat
tempat yang menarik untuk dikunjungi. Situasi ini dapat memajukan lagi industri pelancongan di
negara yang berkenaan.

Kesimpulannya, aktiviti sukan penting bukan sahaja untuk melahirkan anggota masyarakat yang
berkualiti tetapi, ianya juga membantu pembangunan negara seterusnya meningkatkan lagi imej
sesebuah negara. Menyedari kepentingan inilah, setiap anggota masyarakat seharusnya
menjinakkan diri dengan sukan yang sesuai dengan minat, kebolehan dan keupayaan. Sehubung
dengan itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersukan hendaklah
dilaksanakan dari semasa ke semasa. Matlamaf ini akan tercapai seandainya kita menghayati cogan
kata 'majulah sukan untuk negara'.,

SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan dan kemahiran dalam sesuatu permainan.
Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan
malahan di peringkat global. Acara sukan serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat
penting dan wajib di adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan, empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak
daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituan rumahkan oleh
Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata untuk memartabatkan sukan di mata masyarakat.

Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya berbibawa dan mampu menjadi
ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancar membanggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti
Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang
kita yang telah banyak menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain
menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing. Selain itu, bagi
menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang apabila atlet sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini
haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.

Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan
Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia
menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket
bagi setiap acara dalam kejohanan juga mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh
digunakan sebagai dana untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing
dengan negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih banyak
memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara.

Kesimpulanya di sini, sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam mempamilkan skil-skil permainan dan
kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah,
manfaat dan kebaikannya. Oleh sebab itu, wajarlah sesebuah masyarakat dunia mengambil berat terhadap pembagunan
sukan dan perkembangannya berbaloi bagi sesebuah negara yang sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai
pelaburan jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan meningkatkan
taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.

Anda mungkin juga menyukai