Anda di halaman 1dari 9

SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018

CUE ANN EMCEE

Dari Raub kita ke Kuantan EMMA


PERARAKAN Terus pula ke Kuala Perlis
MASUK Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

Diminta semua hadirin berdiri....


Mengumumkan perarakan masuk yang diraikan serta dif-dif kehormat.

Hadirin dipersilakan duduk....

Bismillah….. FADHLI
KATA-KATA ALUAN
Kompang bergema pusaka bangsa,
Merbah berkicau di hujung muara,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira

Yang Berusaha,
Puan Hajah Norlijah bt Mohd Arop
Guru Besar Sk Ayer Molek

Yang dihormati,
Encik Mohd Hanif bin Abdullah
Selaku Yang Dipertua PIBG Sk Ayer Molek

Yang dihormati
Pn Che Rusmani bin Che Yusof
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati
Cik Nurul Huda bt Malek
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

1
-Bulanbumi2018-
SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018
Yang Dihormati,
Pn Shariza Azrina bt Sa'ari
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Sk Ayer Molek, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pibg, Para Guru,


Ibubapa, Para Pelajar Yang Diraikan Dan Hadirin Hadirat Sekalian.

Assalamualaikum w.b.t Dan Selamat Sejahtera.

Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiringi restu Ilahi

Para Hadirin Yang Dihormati,

Alhamdulillah...Kita Diberi Kesempatan Untuk Bersama-Sama Meraikan


Murid-Murid Tahun 6 serta semua penerima anugerah cemerlang pada
Majlis Apresiasi Tahun 6 dan Hari Anugerah Cemerlang 2018 di hari yang
serba indah ini.

EMMA
NYANYIAN Para Hadirin Sekalian,
BANGSA JOHOR & Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor. Diminta Semua
MUAFAKAT Hadirin Berdiri Dan Menyanyikan Dengan Penuh Semangat.
JOHOR
~~~~~~~Nyanyian Lagu~~~~~~

Terima Kasih Diucapkan..Hadirin Sekalian Dipersilakan Duduk

2
-Bulanbumi2018-
SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018
Hadirin sekalian, sebelum memulakan acara, marilah kita sama-sama FADHLI
PERSEMBAHAN menikmati persembahan Tarian Zapin yang terdiri daripada murid-murid
TARIAN ZAPIN Tahun 2 dan 3, Sk Ayer Molek . Dipersilakan.
~~~~~~~~~~~Tarian Zapin~~~~~

Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu menarik itu
tadi. Persembahan mereka itu tadi adalah dibawah bimbingan Encik Mohd
Syafik bin Zaine
EMMA
Bagi Memberkati Majlis Ini, Marilah Sama-Sama Kita Menadah Tangan
BACAAN DOA
Kehambaan Dengan Penuh Keinsafan, Semoga Allah Memberi Ruang
Dan Peluang Bagi Kelancaran Majlis Pada Hari Ini. Untuk Itu, Majlis
Mempersilakan En Mohammad Norazham bin Ismail Bagi Memimpin
Bacaan Doa……..Dipersilakan.

~~~~~Bacaan Doa ~~~~~

Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada En Mohammad


Norazham bin Ismail Atas Pimpinan Bacaan Doa Itu Tadi,
Mudah-Mudahan Majlis Kita Akan Mendapat Rahmat Dan Hidayah
Sehingga Ke Penghujungnya.
UCAPAN GURU FADHLI
BESAR Sidang Hadirin Yang Dihormati,

Indah Nian Pucuk Bidara

Indah Lagi Bunga Setanggi

Ucapan Puan Penerus Bicara

Silakan Bonda Yang Kami Sayangi

Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah


Norlijah bt Mohd Arop Selaku Guru Besar Sk Ayer Molek Untuk
Menyampaikan Ucapan Alu-Aluan. Majlis Mempersilakan Dengan Segala
Hormatnya.

3
-Bulanbumi2018-
SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018
~~~~~ Ucapan 1(Guru Besar) ~~~~~

Pihak Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Puan Hajah


Norlijah bt Mohd Arop Atas Kesudian Menyampaikan Ucapan Alu-Aluan
Sebentar Tadi.
Emas tempawan buatmu puteri, EMMA
UCAPAN Busana indah buat rupawan,
PERASMIAN Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan

Seterusnya majlis mempersilakan Yang dihormati, Encik Mohd Hanif


bin Abdullah, Selaku Yang Dipertua PIBG Sk Ayer Molek bagi
menyampaikan ucapan perasmian Majlis Apresiasi Tahun 6 dan Hari
Anugerah Cemerlang 2018.. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan,
~~~~~~~Ucapan Wakil ~~~~~~~
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Hanif bin
Abdullah atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

TAYANGAN VIDEO Hadirin sekalian, sebelum kita ke acara utama….marilah kita sama-sama FADHLI
KORPRAT menyaksikan terlebih dahulu tayangan video korporat yang telah
disediakan oleh pihak sekolah…..dipersilakan…..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~tayangan video~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demikianlah tadi tayangan perjalanan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan


di Sekolah sepanjang tahun….diharapkan semua hadirin yang hadir telah
menikmati tayangan video tersebut….
EMMA
Para Hadirin Yang Dihormati,
PENYAMPAIAN
SIJIL TAMAT Berkebaya batik berwarna merah,
SEKOLAH TAHUN
Diserikan dengan permata berlian,
6

Tibalah masa penyampaian anugerah

4
-Bulanbumi2018-
SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018
Penerima teruja menunggu giliran..

Kini tibalah kita ke upacara penyampaian Sijil Tamat Sekolah Rendah


Tahun 6

Untuk Itu Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan En Mohd


Hanif bin Abdullah, YDP PIBG Sk Ayer, Diiringi Oleh Yang Berusaha
Puan Hajah Norlijah bt Mohd Arop, Guru Besar Sk Ayer Molek Bagi
Menyempurnakan acara.

~~~~~~ Penyampaian Sijil ~~~~~

Penerima sijil tamat sekolah rendah Murid tahun 6


2018...Dipersilakan...…

(Baca Nama)

….…………………………………………………………………………………

Demikian Tadi, Berakhirnya Majlis Penganugerahan Sijil sesi pertama.


Pihak Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada En. Mohd Hanif
bin Abdullah dan Puan Hajah Norlijah bt Mohd Arop Kerana Sudi
Menyempurnakan Upacara Tersebut.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian dari wakil pelajar FADHLI
tahun 6 yang akan menyampaikan lagu bertajuk Hikayat Ben Ladin..
dipersilakan.
PERSEMBAHAN 2
~~~~~~~~~~~~Nyanyian Ben Ladin~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid lelaki tahun 6 atas
persembahan yang begitu memukau itu tadi.
Ikan sembilang, sepat dan kelah, EMMA
Guna bubu biasa dihujung,
PENYAMPAIAN
Pencapain cemerlang dapat hadiah,
HADIAH
Petanda ilmu sentiasa dijunjung
KEDUDUKAN
KELAS
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian pencapaian
akademik terbaik mengikut tahun.

5
-Bulanbumi2018-
SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018
Dengan ini majlis mempersilakan Pn Hajah Norlijah bt Mohd Arop, Guru
Besar Sk Ayer Molek, dan diiringi oleh Pn Che Rusmani bt Che Yusof,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, untuk menyampaikan hadiah
kepada para penerima anugerah.

Seterusnya pencapaian akademik terbaik…


Bagi Tahun 1:
Tempat ketiga: ____________________________
Tempat kedua:_____________________________
Tempat pertama:

Teruskan baca bagi tahun 2 hingga 6. Rujuk senarai nama pemenang


FADHLI
Penyampaian hadiah bagi anugerah pencapaian terbaik bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan
Pendidikan Islam.

Bagi Tahun 1:
1)Penerima yang pertama ialah__________bagi pencapaian terbaik
dalam mata pelajaran ________________-
2)Seterusnya dipersilakan _________________ memperoleh pencapaian
PENYAMPAIAN terbaik bagi mata pelajaran_______________
HADIAH MATA 3)Dipersilakan ______________________dengan pencapaian terbaik
PELAJARAN bagi mata pelajaran
TERBAIK 4)Seterusnya dipersilakan ___________________dengan memperoleh
keputusan cemerlang bagi matapelajaran __________________.
5)Dan yang terakhir bagi Tahun 1 ialah______________ dengan
pencapaian terbaik bagi mata pelajaran ____________

Teruskan baca bagi tahun 2 hingga 6. Rujuk senarai nama pemenang


________________________________________________________
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Hajah Norlijah bt
Mohd Arop atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima
anugerah cemerlang.

6
-Bulanbumi2018-
SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018
Sehabis merah daun yang sihat,
Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis anugerah mohon berehat,
Persembahan pelajar kita saksikan..

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, sebelum majlis diteruskan dengan acara seterusnya, kita
TAHUN 6 hayati dulu persembahan Tarian Bollywood ‘ yang akan dipersembahkan
oleh murid-murid perempuan tahun 6.. Majlis mempersilakan
~~~~~~~~~~~Tarian Bollywood~~~~~~~~~

……………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6 atas persembahan


sebentar tadi.
EMMA
Terbang tinggi siburung helang,

Berkicau kenari sambil berterbangan,

Insan cemerlang negara terbilang,

Anugerah diberi tanda kecemerlangan

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi anugerah khas.


Untuk itu, majlis menjemput sekali lagi Pn Hajah Norlijah Bt Mohd Arop
PENYAMPAIAN
diiringi oleh Cik Nurul Huda bt Malek , Guru Penolong Kanan HEM
HADIAH BAGI
untuk menyampaikan hadiah.
ANUGERAH KHAS
NILAM DAN Anugerah seterusnya ialah ANUGERAH KHAS NILAM. Anugerah ini
TOKOH diberikan khas kepada murid murid tahun 6 kerana telah dapat
memenuhi tahap Jauhari sepanjang mereka bersekolah di sekolah
rendah.:

Penerima bagi anugerah emas… dipersilakan….

Penerima bagi anugerah perak…dipersilakan…

Dan penerima bagi anugerah gangsa….dipersilakan

Seterusnya dipersilakan penerima anugerah Guru Aktif NILAM bagi


tahun 2018 iaitu Cik Safiah bt Saidon untuk menerima sijil dan plak
7
-Bulanbumi2018-
SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018
penghargaan daripada pihak Pusat Sumber Sekolah SKAM.

….………………………………………………………………………………….

Bagi Anugerah Kedatangan Penuh bagi tahun 2018,

Dipersilakan

Tahun 6 (rujuk senarai nama)

Tahun 5 (rujuk senarai nama)

Tahun 3(rujuk senarai nama)

….………………………………………………………………………………….

Seterusnya Bagi Anugerah Tokoh Murid Cemerlang 2018, majlis


mempersilakan ____________ untuk menerima anugerah.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajah Norlijah bt Mohd Arop Atas


Kesudian untuk menyempurnakan acara penyampaian anugerah
sebentar tadi.

FADHLI
Hadirin hadirat sekalian,

Selesai sudah segala anugerah….Sebelum majlis menutup tirai, kita


saksikan dahulu persembahan khas daripada murid-murid tahun 6.

Persembahan istimewa ini ditujukan khas kepada semua warga Sekolah


Kebangsaan Ayer Molek yang mana telah banyak menyaksikan suka

PERSEMBAHAN duka, jatuh bangun sepanjang mereka berada di sini.

TAHUN 6 Persembahan ini juga untuk santapan jiwa ibu bapa yang mana telah
bersusah payah membesarkan mereka dengan didikan yang sempurna
dari kecil sehingga kini…

Tanpa membuang masa…terimalah persembahan nyanyian lagu yang


berjudul `Bahagia’.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang mengasyikkan itu


sebentar tadi.

8
-Bulanbumi2018-
SKRIP HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018
EMMA
Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh dihujung taman,

Kalungan budi junjungan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman

PENUTUP Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Terima kasih diucapkan

NYANYI LAGU kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada para penerima anugerah.

NEGARAKU Di sini saya memohon kemaafan sepanjang mengendalikan majlis pada


hari ini. Yang kurang itu daripada kelemahan diri kami, yang baik itu
datang daripada Allah.

Diminta semua hadirin dan hadirat berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku.

Assalamualaikum w.b.t

Majlis bersurai

9
-Bulanbumi2018-