Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KERTAS KERJA
BENGKEL PENGACARAAN &
PENGURUSAN MAJLIS
Anjuran:
Unit Disiplin & Pengawas Sekolah dan
Pusat Sumber Sekolah
SK Sentosa, Kampar
KERTAS KERJA
BENGKEL PENGACARAAN & PENGURUSAN MAJLIS
SK SENTOSA 2019
1.0 PENDAHULUAN
Bengkel pengacaraan dan pengurusan majlis merupakan satu bengkel untuk memberi
pendedahan kepada badan pengawas tentang protokol dan etiket sesuatu majlis serta tunjuk cara
yang berkesan. Hal ini penting untuk melahirkan juruacara yang berketerampilan dalam
mengendalikan sesuatu majlis. Pengurusan dan pelaksanaan majlis dengan sempurna bukan
sahaja dapat mencapai matlamat dan objektifnya, tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran
masa, kos dan tenaga. Malah, ia turut memberi gambaran positif terhadap organisasi dan
penganjur serta individu yang terlibat dalam mengendalikan sesuatu majlis.
2.0 MATLAMAT
2.1 Dapat melahirkan para pengawas yang serba boleh termasuklah dalam aspek pengacaraan
dan pengurusan majlis.
2.2 Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid sebagai pengacara majlis yang
boleh diketengahkan.
3.0 OBJEKTIF
Beberapa objektif telah digariskan melalui pelaksanaan Bengkel Pengacaraan ini. Antara objektif
yang ingin dicapai adalah seperti berikut:
3.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan dalam pengendalian pengacaraan dengan lebih jitu
dan sistematik.
3.2 Mewujudkan dan mengembangkan potensi dalam diri para pengawas yang ingin menjadi
pengacara dalam sesuatu majlis.
3.3 Memberi kefahaman mendalam tentang cara melaksanakan tugas pengacaraan majlis
dengan sempurna mengikut amalan 2rotocol semasa.
3.4 Meningkatkan imej dan keyakinan diri para pengawas dalam berkomunikasi di hadapan
khalayak ramai sebagai pengacara majlis.
3.5 Memberi pendedahan kepada para pengawas berkenaan peranan dan tugas setiap
jawatankuasa program.
4.0 PENGANJUR
Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah SK Sentosa
5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 40 orang murid terdiri Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber (Tahun 5 dan 6) SK
Sentosa.
B) PERBELANJAAN
BIL PERBELANJAAN JUMLAH
Makan Minum Peserta
1. RM 120.00
(40 orang x RM 3.00)
10.0 PENUTUP
Besarlah harapan penganjur agar program ini mampu mencapai segala matlamat dan objektif
yang telah ditetapkan. Segala kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak amat
diharapkan dan dihargai. Semoga program ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.