Anda di halaman 1dari 6

2:7.

Allah letak penutup pada hati khatam mereka dan pada pendengaran mereka, dan
penudung pada penglihatan mereka, dan bagi mereka, azab yang besar.

2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit marodun , dan Allah tambah penyakit mereka, dan
bagi mereka azab yang pedih kerana mereka dustakan.

2:74. Kemudian hati kamu jadi keras khosat setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih
keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah
supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah
tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:88. Dan mereka berkata, "Hati kami tidak dikhatan ghulfun." Tidak, tetapi Allah laknati
mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang percayai.

2:260. Dan apabila Ibrahim berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana
Engkau hidupkan orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu percayai?" Dia
berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor burung, dan
jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit,
kemudian serulah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah
kamu tahu bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?"

3:7. Dia yang turunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang
menentukan). Itu ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang di
dalam hati mereka menyimpang, mereka ikut yang mutasyabihat daripadanya untuk inginkan
pertikaian, dan inginkan interpretasinya. Tiada yang tahu interpretasinya kecuali Allah. Dan
orang-orang yang dalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya
daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang ingat, kecuali orang-orang empunya minda.

3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah simpangkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan berikan kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang
Pemberi.

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah
belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia
satukan jinakkan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di
pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada
kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.

3:126. Allah tidak buatkan ini melainkan sebagai berita gembira bagi kamu, dan supaya hati
kamu tenteram dengannya, dan pertolongan hanyalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang
Bijaksana.

3:151. Kami akan lempar ke dalam hati orang-orang tidak percaya ketakutan yang amat
sangat, sebab mereka sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa; tempat
menginap mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang zalim!
3:159. Adalah dengan pengasihan Allah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka, dan
sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari sekeliling
kamu. Maka maafkanlah mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan berundinglah dengan
mereka dalam urusan. Apabila kamu sudah putuskan, tawakallah kepada Allah; sesungguhnya
Allah suka orang-orang yang tawakal.

4:155. Maka kerana pemecahan perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-
ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka,
"Hati kami tidak dikhatan ghulfun"; tidak, tetapi Allah telah tutup mereka kerana
ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak percayai, kecuali sedikit.

5:13. Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami laknatkan mereka, dan jadikan hati
mereka keras batu. Mereka kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan
mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan; dan kamu tidak akan
berhenti melihat pengkhianatan daripada mereka, kecuali sedikit antara mereka. Namun begitu,
maafkanlah mereka dan ketepikanlah; sesungguhnya Allah suka orang-orang buat baik.

5:113. Mereka berkata, "Kami hendak memakan daripadanya, dan hati kami jadi tenteram,
supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para
saksinya."

6:25. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, dan Kami letak penudung pada hati
mereka, supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka
lihat sebarang ayat pun, mereka tidak percayainya, supaya apabila mereka datang kepada kamu,
mereka bantah kamu. Orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng
orang-orang dahulu kala."

6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka rendahkan diri! Tetapi
hati mereka keras khosat, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa mereka buat.

6:46. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah ambil pendengaran kamu, dan penglihatan
kamu, dan letak penutup (khatam) pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah
yang datangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat!
Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.

7:100. Tidakkah ia satu petunjuk bagi orang-orang yang mewarisi bumi selepas orang-orang
yang mendudukinya bahawa, sekiranya Kami hendaki, tentu Kami timpa mereka kerana
kesalahan-kesalahan mereka, dengan menutupi hati mereka supaya mereka tidak dengar?

7:101. Bandaraya-bandaraya itu yang Kami ceritakan kepada kamu beritanya; Rasul-Rasul
mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka bukanlah yang
hendak percayai apa yang mereka telah dustakan dahulu; demikianlah Allah tutup hati orang-
orang tidak percaya.

8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan
turunkan kepada kamu air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan untuk hilangkan
daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk kuatkan hati kamu, dan untuk teguhkan kaki kamu
dengannya.

9:15. Dan Dia hilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa
Dia hendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.

9:45. Mereka yang minta izin kepada kamu hanyalah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari
Akhir, orang-orang yang hati mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke
sana sini.

9:87. Mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal, dan satu penutup
diletakkan pada hati mereka, maka mereka tidak faham.

9:93. Jalan hanyalah kepada orang-orang yang minta izin kepada kamu, padahal mereka orang-
orang kaya; mereka sangat puas hati berada bersama orang-orang yang tinggal; Allah letak satu
penutup pada hati mereka, maka mereka tidak tahu.

9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik
keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui,
Bijaksana

9:125. Tetapi bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia
menambahkan kotoran pada kotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang tidak
percaya.

9:127. Setiap kali sebuah surah diturunkan, mereka memandang kepada satu sama lain, "Adakah
seseorang melihat kamu?" Kemudian mereka berpaling. Allah palingkan hati mereka kerana
mereka adalah kaum yang tidak faham.

10:74. Kemudian Kami bangkitkan selepas dia Rasul-Rasul kepada kaum mereka, dan mereka
datangkan kepada mereka bukti-bukti yang jelas; tetapi mereka bukanlah orang-orang yang
hendak percayai apa yang mereka telah dustakan sejak dahulu. Begitulah Kami tutup hati
orang-orang yang mencabul.

10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya
perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka
sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan
keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang
pedih."

16:108. Mereka itu, Allah letak penutup pada hati mereka, dan pendengaran mereka, dan
penglihatan mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.

17:46. Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam
telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-
satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
18:14. Dan Kami kuatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami
ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak seru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami,
jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.

18:28. Dan sabarkan diri kamu dengan orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu
pagi dan petang, dengan hendakkan wajah (sokongan)-Nya, dan jangan mata-mata kamu
berpaling daripada mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan dunia; dan jangan taati orang
yang hatinya Kami lalaikan daripada peringatan Kami supaya dia mengikuti keinginannya,
dan urusannya melewati batas.

18:57. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang diingatkan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu
dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya dahulukan?
Sesungguhnya Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di
dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak
akan dapat petunjuk selama-lamanya.

21:3. Menghiburkan hati mereka. orang-orang buat kezaliman berbicara secara rahsia dengan
satu sama lain, "Tidakkah ini hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu? Apa, adakah
kamu terima sihir dengan mata-mata kamu terbuka?"

22:46. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati untuk memahami
dengannya, atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukanlah mata yang buta, tetapi yang
buta ialah hati yang di dalam dada.

22:53. Supaya Dia buatkan, apa yang syaitan lemparkan, satu cubaan bagi orang-orang di dalam
hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-
orang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.

23:63. Tidak, tetapi hati mereka dalam kekusutan mengenai ini, dan mereka mempunyai amalan-
amalan yang selain itu, yang mereka beramal.

24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada
Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari
apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.

24:50. Apa, adakah penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau
adakah mereka takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan Rasul-Nya?
Tidak, tetapi mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
26:89. Kecuali bagi orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."

33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu
bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada
penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

33:60. Sungguh, jika orang-orang munafik tidak berhenti, dan orang-orang di dalam hati
mereka ada penyakit, dan mereka yang buat kegemparan di kota, pasti Kami akan mendesak
kamu untuk menyerang mereka, kemudian tidaklah mereka jadi jiran kamu di situ, kecuali
sedikit.

37:84. Apabila dia datang kepada Pemeliharanya dengan hati yang bersih,
39:22. Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu
cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka
keras terhadap Peringatan Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

39:23. Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat)
dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara
mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu
petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah
sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.

40:35. Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah, tanpa sebarang kuasa yang datang kepada
mereka, amatlah besar kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang-orang yang percaya;
demikianlah Allah tutup setiap hati yang sombong, bongkak.

41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa kamu seru kami kepadanya, dan di
dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah
kamu; kami sedang beramal!"

42:24. Atau mereka berkata, "Dia ada-adakan dusta terhadap Allah"? Tetapi jika Allah hendak,
Dia letak satu penutup pada hati kamu; dan Allah hapuskan yang palsu, dan benarkan yang
benar dengan kata-kata-Nya; Dia tahu apa yang di dalam dada.

45:23. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan
Allah sesatkan dia atas satu pengetahuan, dan letak satu penutup pada pendengarannya, dan
hatinya, dan letak satu penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan beri petunjuk
kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?

47:16. Dan antara mereka ada yang dengarkan kamu, sehingga, apabila mereka keluar daripada
kamu, mereka berkata kepada orang-orang diberi pengetahuan, "Apakah yang dia kata tadi?"
Merekalah orang-orang yang pada hati mereka Allah letak satu penutup, dan mereka ikut
keinginan mereka.

47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian,
apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu lihat orang-
orang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang
ditutupi kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,

47:24. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati
mereka?

47:29. Atau, adakah orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit sangka Allah tidak akan
keluarkan kebencian mereka?
48:26. Apabila orang-orang tidak percaya letak di dalam hati mereka kebengisan, dengan
kebengisan jahiliah, lalu Allah turunkan ketenangan-Nya kepada Rasul-Nya, dan orang-orang
mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan
sewajarnyalah; dan Allah tahu segala sesuatu.

50:33. Sesiapa yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib, dan datang dengan hati
yang berkesesalan,
57:16. Tidakkah ia masanya untuk hati orang-orang yang percaya ditundukkan kepada
Peringatan Allah, dan yang Benar, yang Dia turunkan, dan mereka tidak jadi seperti orang-orang
yang telah diberi al-Kitab sebelumnya, dan tempohnya dirasakan terlalu panjang kepada mereka,
lalu hati mereka jadi keras, dan kebanyakan mereka orang-orang fasiq?

61:5. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, mengapakah kamu
menyakiti aku, walaupun kamu tahu bahawa aku adalah Rasul Allah kepada kamu?” Apabila
mereka menyimpang Allah menyimpangkan hati mereka; dan Allah tidak beri petunjuk kepada
kaum yang fasiq.

63:3. Itu kerana mereka telah percaya, kemudian mereka tidak percaya; maka satu penutup
diletakkan pada hati mereka, lalu mereka tidak faham.

74:31. Kami lantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan
mereka Kami buatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya, supaya orang-
orang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan,
dan supaya orang-orang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya
orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang tidak percaya berkata,
“Apakah yang Allah hendak dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah sesatkan sesiapa
Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan tiada yang tahu tentera
Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan peringatan bagi manusia.

Anda mungkin juga menyukai