Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS

Novel ini dikembangkan dengan pengutaraan peristiwa daruratpada tahun 1948. Salah satu tindakan yang
dibuat ialah pembesaranpasukan polis. Othman Yusof dan Kassim Berjaya mengikuti latihan diKuala Lumpur selama
enam bulan sebelum dilantik menjadi konstabelpolis. Sebelum menghadiri latihan, Othman ditunangkan denganLimah.
Mereka dinikahkan setelah Othman tamat latihan.
Limah menyertai suaminya yang bertugas di Pagoh. Pada suatuhari, Limah, Leha, dan Mek Mah menaiki bas ke
Muar. Bas yang dinaikimereka ditahan pengganas komunis. Harta benda penumpangdirampas, kemudian penumpang-
penumpang dipaksa menanggalkanpakaian; dan bas itu dibakar. Mangsa-mangsa itu pergi ke KampungRaja untuk
mendapatkan bantuan.
Lektuan di kawasan itu semakin agresif. Bukit Kepong tidakberkecuali. Penghulu Ali Mustapha memohon
anggota polisditempatkan semula di Bukit Kepong. Permohonan itu diluluskan.Sementara itu, Aziz Tompok, Saibun dan
Harun Nuik berjayamembunuh dua orang pengganas komunis yang cuba mengganggumereka di dalam hutan. Ekoran
peristiwa itu, Unit PengawalKeselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang ditubuhkan di BukitKepong. Penghulu Ali
berusaha keras menggagalkan dakyah komunisMelayu pimpinan Madera.
Sarjan Jamil mengetuai Balai Polis Bukit Kepong yang telahdinaikkan tarafnya. Wongli dan Tucksai serta orang-orang
mereka telahmengugut dan menyeksa ibu dan isteri Saibun. Rumah Saibun dibakar.Semua isi rumah itu terkorban.
Tindakan komunis berlaku serentakdengan gerakan kemerdekaan dan usaha Inggeris menyelamatkankepentingan
mereka. Banyak pembunuhan dilakukan.
Lans Koperal Jidin dan Othman mematahkan percubaan Ahlammenghantar makanan kepada komunis. Sebagai
akibatnya, isteriAhlam diseksa oleh Kwanpin. Kwanpin bergabung dengan Lektuan danChanfei untuk menyerang Balai
Polis Labis. Usaha itu digagalkan olehInspektor Chin, Inspektor Majid, dan Leftenan Brown. Lans Koperal Jidin, Othman ,
Yusof, EPC Ahmad Khalid dan EPCMohd Top ditukarkan ke Balai Polis Bukit Kepong. Limah, yang sedangmengandung,
dihantar ke kampung. Pada suatu petang, Othmanternampak akan beberapa tanda pelik. Ketika sedang minum di
sebuahkedai, Othman melihat seorang pemuda Cina memerhatikan balai polisyang dilawati OCPD Pagoh, Inspektor J.J.
Raj Jr. Pada masa itu, orangCina sedang menyambut Tahun Baru Cina.
Lektuan kembali dari mengintip. Strategi serangan dibincangkandengan Changfei, Lausan, dan Pengtuan. Tucksai
dan Ahmeng dihantarke balai polis untuk mengintip. Waktu sudah tengah malam. Ahmengmendakwa anaknya mati
kerana terjatuh ke dalam telaga. Suasanakecoh berlaku di tempat kawalan kampung. Isteri Awang Tui hendakbersalin.
Bidan terpaksa dicari. Salakan anjing menimbulkan tandatanya pengawal kampung. EPC Jaafar ternampak akan
lembagamanusia lalu menyuruhnya memperkenalkan dirinya. Bunyi tembakanberlaku. Lebih kurang 180 orang komunis
menyerang Balai Polis BukitKepong yang hanya mempunyai 18 anggota.
Pihak polis menentang musuh mereka dengan berani walaupunseorang demi seorang menemui ajal mereka.
Anak-anak buahPenghulu Ali gagal membantu kerana dipintas oleh pengganaskomunis. Apabila kekuatan polis
berkurangan, pengganas komunismemgeluarkan isteri-isteri dan anak-anak polis yang masih hidup.Kompleks polis itu
dibakar. Yusof Rono dan EPC Ahmad Khalid yangluka parah berjaya menyelamatkan diri mereka daripada
terbakar.Sebelum keluar dari bangunan yang terbakar itu, Othmanmemindahkan Lans Koperal Jidin ke tempat selamat.
Kaki dan tanganOthman terkena akan tembakan tetapi dia terselamat kerana sempatmenyorok di bawah lubuk sungai.
Setelah pengganas komunis meninggalkan kawasan itu, merekayang masih hidup mencari anggota keluarga
masing-masing. Jamilahmenjumpai ayahnya, Abu Bakar Daud yang luka parah. Anak-anakbuah Penghulu Ali tiba untuk
memberikan pertolongan. Tidak lamakemudian tiba pula anggota-anggota polis pimpinan Inspektor J.J. Raj Jr.Othman,
Abu Bakar, Yusof Rono, EPC Ahmad Khalid, Lans Koperal Jidindibawa dengan bot ke hospital Muar. Lans Koperal Jidin
meninggaldunia dalam perjalanan.
Limah, yang telah melahirkan seorang anak lelaki, menjadi gilaapabila diberitahu bahawa suaminya, Othman
telah dibunuh.Kepulangan Othman tidak memberi kesan kepadanya. Othmanditukarkan ke Alor Setar. Dia meletakkan
jawatan dan menjadi penorehgetah apabila penyakit Limah semakin buruk. Kaki Othman pulaterpaksa dipotong apabila
penyakit yang dideritai sebagai akibatserangan pengganas itu mula menular. Kekesalan terhadap layananyang diberi
kepada pejuang sepertinya daripada pelbagai pihakmendorong Othman menjadi manusia yang tidak mahu
bergantungpada orang lain

Tema
Novel ini mengungkapkan tema perjuangan dan keberanian anggota polis berserta penduduk kampungMukim Bukit
Kepong dalam mempertahankan kompleks polis serta Mukim Bukit Kepong daripadaserangan komunis sewaktu
berlakunya darurat di Tanah Melayu. Keistimewaan perjuangan dankeberanian mereka ini agak luar biasa. Keistimewaan
ini bukan sahaja terpamer menerusi keberanianluar biasa 18 anggota polis dan penduduk kampung Bukit Kepong, malah
terpamer menerusikekentalan semangat juang mereka. Hal ini terbukti apabila mereka mampu bertahan sehingga
empatjam dalam usaha mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.

Persoalan
Jasa yang tidak dihargai
Jasa dan pengorbanan Othman seakan-seakan tidak dihargai selepas peristiwa tragis itu.Semasa beliau berada di
hospital, hanya pada hari-hari permulaan sahaja beliau diziarahi, tetapipada minggu kedua tiada sesiapa yang
melawatnya.

Semangat kerjasama
Ini terbukti apabila kerjasama yang diberikan oleh polis dan penduduk Mukim Bukit Kepongdalam mendepani dakyah
dan kejahatan pengganas komunis. Dalam hal ini, penduduk MukimBukit Kepong telah menubuhkan Unit Pengawal
Keselamatan Kampung dan Unit ParangPanjang untuk mendepani karenah komunis. Mereka juga telah berusaha
membantu anggotapolis semasa komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

Sikap tidak prihatin


Ini dapat dilihat menerusi kesukaran Othman mendapatkan bantuan kaki palsu daripada pihak-pihak berwajib walaupun
beliau telah memberikan sumbangan yang besar terhadap keamanannegara. Othman juga mengalami kesukaran dalam
mendapatkan pekerjaan selepas berhentidaripada perkhidmatan polis. Permohonannya tidak diendahkan oleh pihak
swasta mahupunkerajaan. Akhir sekali, watak ini hidup merempat sementara menunggu saat-saat kematian.

Keberanian
Mereka bertempur selama hampir empat jam. Walaupun ada anggota polis yang terbunuh atautercedera, perjuangan
tetap diteruskan. Mereka lebih rela mati berjuang daripada menyerahkalah kepada pengganas komunis.Othman Yusof
dan rakan-rakannya yang berjumlah 18 orangtetap berani menghadapi serangan komunis yang berjumlah hampir 200
orang.

Othman Yusof
- Berasal dari Kulim, Kedah
- Anak kepada Pak Yusof dan Mak Piah serta tunang kepada Limah
- Bertubuh gempal, tingginya sederhana, dan berkulit cerah
- Bekerja sebagai penoreh getah sebelum berkhidmat sebagai seorang polis
- Seorang yang berdikari kerana dia tidak mengharapkan bantuan orang lain walaupun daripada
- anak kandungnya sendiri. Dia meneruskan hidupnya bersendirian sehingga akhir hayat.
Sedia berkorban nyawa demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Dia pasrah walaupun
sebelah kakinya kudung kerana terkena tembakan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong
- Memiliki semangat juang dan keberanian yang tinggi. Beliau bersama anggota polis serta warga Bukit Kepong telah
menafikan kemenangan mutlak pengganas komunis kerana banyak juga pengganas yang terkorbandan cedera.
- Seorang yang bertanggungjawab. Ini dapat dilihat apabila kesedarannya untuk menganggotai
pasukan polis demi menjaga keharmonian negara. Malah beliau bersedia untuk ditukarkan ke Bukit Kepong
- Othman juga seorang yang penyayang. Semasa berada di Bukit Kepong, beliau sering mengutus
surat kepada isterinya, Limahyang berada di kampung. Beliau juga amat mengambil berat tentang keadaan Limah ketika
Limah sedang mengandung.

Limah
- Limah merupakan anak kepada Mak Jah dan Lebai Karim
- Dia isteri Othman Yusof dan memiliki seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya
- Dia taat kepada suami. Contohnya, dia sanggup mengikut suaminya bertugas di Pagoh, Johor dan meminta izin
suaminya sebelum keluar dari rumah
- Pandai mengaji. Buktinya, dia mengajar anak-anak polis di berek itu mengaji ketika tinggal di
Pagoh.
- Dia juga seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjadi sasau dan menangis tidak henti-henti setelah mengetahui
tentang berita kematian suaminya.

Penghulu Ali Mustapha


- Wakil penduduk di Mukim Bukit Kepong
- Pemimpin yang dihormati di mukimnya dan juga oleh kakitangan pejabat kerajaan di Muar
- Seorang yang berani. Beliau mencabar pengganas komunis yang mahu mengembangkan ideology komunisme di
Bukit Kepong

Plot

Permulaan
Dimulakan dengan konflik keganasan komunis yang merampas wang, barang kemas, dan barang-barang dari
penumpang yang sedang dalam perjalanan pulang ke Pagoh. Mereka meminta semuapenumpang berbogel lalu
membakar bas tersebut.

Klimaks
Berlaku ketika pertempuran antara 18 anggota polis dan sebahagian warga Bukit Kepong dengan
pengganas komunis yang menyerang kompleks polis di Mukim Bukit Kepong.

Peleraian
Pihak polis dan warga Bukit Kepong mengalami kekalahan. Kompleks polis di Bukit Kepong musnahdan banyak anggota
polis yang terkorban. Kekalahan itu dianggap sebagai kekalahan dalamkemenangan kerana pengganas komunis terpaksa
berhempas-pulas untuk mengalahkan mereka.Malah, terdapat juga pengganas komunis yang cedera dan terkorban.
Cerita ini diakhiri dengan kisahkesengsaraan Othman Yusof yang hidup melarat kerana mengalami kecacatan di kaki
kirinya sebagaiakibat terkena akan tembakan sewaktu menentang pengganas komunis di kampung Bukit Kepong.

Teknik Plot

Unsur saspens
Unsur ini boleh diperhatikan ketika pertempuran antara 18 anggota polis berserta warga Bukit Kepongdengan
pengganas komunis. Peristiwa ini banyak mengundang kematian dan kecederaan di pihakanggota polis serta warga Bukit
Kepong. Bahagian ini dikatakan mengandungi unsur saspens keranapembaca solah-olah tidak sabar untuk mengetahui
pasukan yang menang dalam pertempuran itu danbagaimanakah nasib pejuang-pejuang yang terlibat dalam
pertarungan itu.

Latar Tempat

Kampung Keladi, Kulim.


Iaitu tempat kelahiran Othman.

Pagoh.
Tempat Othman mula-mula berkhidmat.

Rumah Pasung Sungai Petani.


Tempat ketika Othman menjalani temu duga dan akhirnya berjaya terpilih untuk mengikuti latihan kepolisian.
Sungai Muar.
Alat perhubungan utama penduduk mukim tersebut.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggi.


Mereka sanggup berjuang menentang pengganas komunis walaupun sedar akan bahaya yang akan menimpa mereka.

Masyarakat yang bekerjasama.


Pasukan pengawal kampung dan penduduk kampung bekerjasama memadamkan api , merawatmangsa yang cedera,
mencari mangsa yang terbakar, di samping menyediakan makanan sertaminuman.

Masyarakat yang terpengaruh dengan perjuangan komunis.


Kebanyakan anak muda Cina terpengaruh dengan perjuangan yang sia-sia.

Latar Masa
- Masa yang melatari novek ini ialah sekitar tahun 1948, iaitu pada zaman darurat
- Sepanjang Othman menjalani kursus polis
- Ketika bas yang dinaiki oleh Limah dari Pagoh di rompak oleh pengganas komunis
- Sewaktu peristiwa tragis berdarah berlaku di Balai Polis Bukit Kepong.

Nilai
Kasih sayang
Othman sangat menyayangi isterinya, Limah sehingga sanggup meletakkan jawatan
apabilasakit jiwa yang dialami oleh Lemah semain serius.

Kesabaran.
Othman tetap bersabar apabila menghadapi peristiwa yang meyayat hati, iaitu isterinya
menjadi gila kerana terkejut menerima berita “kematiannya”.

Keberanian.
Othman dan semua anggota di Rumah Pasung Bukit Kepong tetap berani menentang
pengganas komunis sehingga ke titisan darah yang terakhir, walaupun bilangan anggota polis
sedikit.

Tolong-menolong.
Orang kampung saling membantu dan menolong mangsa yang tercedera atau
yang mengalami kejutan akibat daripada serangan komunis.

Kerajinan.
Semasa menjadi penoreh, Othman menjalankan kerjanya dengan tekun dan semasa
menjadi polis, dia menjalankan tugasnya dengan rajin dan berdedikasi.

Berdirikari.
Sifat ini tergambar pada watak Limah. Dia yang selama ini tinggal bersama-sama
dengan ibu bapanya, dapat hidup secara berdikari di berek polis setelah menjadi isteri Othman.
Malah, dia mengajar kanak-kanak mengaji untuk mengisi masa lapangnya.

Pengorbanan.
Sebelum membenarkan Othman bercuti selama sebulan, OSPC Strathern telah
mengucapkan terima kasih atas pengorbanan Othman dan memberikan derma peribadi sebanyak seratus ringgit kepada
beliau.
Saling menghormati. Nilai ini boleh dilihat pada watak semua anggota polis di rumah Pasung
Bukit Kepong.
Anggota pangkat bawahan menghormati Sarjan Jamil sebagai ketua mereka
manakala Sarjan Jamil pula menghormati semua anak buahnya itu.

Ketaatan.
Nilai ini jelas terpancar pada watak semua anggota polis. Walaupun sibuk bertugas,
mereka tetap menunaikan solat.

Kebijaksanaan.
Apabila melihat ramai rakannya yang terkorban, Othman menyerang pengganas
komunis dengan menggunakan dua laras senjata, walaupun terpaksa berlari ke sana ke mari.
Tindakannya itu, adalah untuk mengelirukan pangganas komunis sehingga mereka menganggap
bahawa bilangan anggota polis masih banyak.

Semangat cint akan negara / Patriotik.


Semua anggota polis dan orang kampung memiliki sengat
nasionalisme yang tinggi sehingga mereka sanggup mengangkat senjata untuk menentang
pangganas komunis.

Pengajaran

Kita mestilah mempunyai semangat juang dan keberanian yang tinggi.


Anggota polis serta warga Bukit Kepong bertempur mati-matian walaupun terpaksa berdepan
dengan bilangan musuh yang berlipat ganda banyaknya.

Kita haruslah bersifat setiakawan.


Keserasian yang wujud antara mereka telah melambatkan kemenangan komunis. Malah, pihak
komunis juga gagal memproleh kemenangan mutlak kerana banyak juga antara pengganas tersebut yang tercedera dan
terkorban.

Kita haruslah bersedia berkorban dalam segenap aspek demi mewujudkan keamanan dan
kesejahteraan Negara.
Sebagai contoh, Othman sanggup meninggalkan kampong halamannya dan berhijrah ke Pagoh dan seterusnya ke Bukit
Kepong demi berkhidmat untuk negara.

Janganlah sesekali kita memperdagangkan tanah air kita untuk kepentingan peribadi.
Perbuatan
Madera dan Kandar yang telah memperdagangkan tanah air kita kepada pengganas komunis semata-semata untuk
memperoleh kepentingan peribadi adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral.

Kita mestilah menyuntik semangat nasionalisme yang tinggi ke dalam diri kita
Warga Bukit Kepong dan anggota polis memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga
sanggup mengetepikan kepentingan peribadi.

Anda mungkin juga menyukai