Anda di halaman 1dari 10

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU

PENGANGGURAN BELIA DI MALAYSIA

GMGF 1013

EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

DISEDIAKAN UNTUK:

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

NO. MATRIK

PUSAT

BAHAGIAN 1

PENGENALAN DIRI
BAHAGIAN 2

2.1 PENGENALAN TAJUK PILIHAN

Pengangguran dalam kalangan belia pada hari ini semakin membimbangkan. Isu

pengangguran kian hangat diperkatakan memandangkan ekonomi dan taraf hidup pada masa

kini yang semakin meningkat. Persoalannya, apakah masalah sebenar yang telah berlaku

kepada belia yang tidak bekerja atau menganggur ini? Adakah mereka sengaja atau mereka

tidak diberi peluang untuk bekerja atau mungkin mereka terlalu melilih pekerjaan yang bena-

benar serasi dengan jiwa mereka?

Penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walaupun berusia dalam lingkungan orang

bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa (Slamon, J, 1999).

Isu pengangguran ini telah menjadi satu isu meluas secara global mengikut turun-naik seperti

mana yang sedang berlaku kepada ekonomi dunia yang mana kedua-dua isu ekonomi dunia

dan pengangguran ini boleh kita kaitkan antara satu sama lain.

Laporan berdasarkan statistik terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar

pengangguran pada Februari 2017 kekal pada tahap 3.5 peratus dengan pasaran buruh

meningkat 1.5 peratus tahun ke tahun kepada 14.9 juta. Namun demikian, walaupun kita lihat

peratusan pengangguran ini kekal namun kita juga harus memikirkan bahawa peranan belia

dalam pembangunan negara amat penting dan amatlah menggusarkan jika golongan belia ini

tidak dapat memberikan sumbangan kemahiran mereka dalam memenuhi perkembangan

ekonomi di negara kita.


Pengangguran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

2.1.1 Pengangguran geseran atau normal

Pengangguran ini berlaku untuk sementara waktu sahaja. Ini merujuk kepada pekerja

yang tidak berpuas hati dengan pekerjaan yang mereka ada sekarang dan sedang

berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik dan lebih memuaskan hati

mereka sendiri.

2.1.2 Pengangguran struktur

Pengangguran struktur berlaku oleh kerana struktur ekonomi dalam sesebuah Negara

sentiasa berubah. Sector pertanian suatu masa dahulu pernah memainkan peranan

penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada enaga buruh.

Dengan perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam

penyediaan peluang pekerjaan telah beralih kepada sektor tersebut. Oleh kerana

kurangnya tenaga mahir dan ketiadaan kelayakan untuk memenuhi sek

tor tersebut, maka, berlakulah pengangguran.

2.1.3 Pengangguran kitaran atau edaran

Pengangguran jenis ini berlaku akibat daripada berlakunya kemelesetan teruk dalam

permintaan agregat. Pengurangan permintaan agregat ini akan mengurankan

pengeluaran dan seterusnya akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh dalam

sector-sektor pekerjaan. Selain itu juga, kemerosotan permintaan agregat ini juga boleh

disebabkan oleh kemelesetan ekonomi da nada kemungkinannya berlaku inflasi yang


akan menyebabkan kuasa beli isi rumah merosot. Hal ini lebih merujuk kepada taraf

hidup masyarakat dan juga keadaan ekonomi semasa.

2.1.4 Pengangguran teknologi

Pengangguran teknologi merujuk kepada pengangguran yang berlaku di mana

penggunaan tenaga buruh dalam proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan

robot. Hal ini merujuk kepada perkembangan teknologi yang semakin hari semakin

meningkat dengan terciptanya mesin-mesin yang berteknologi tinggi yang dikawal oleh

sisitem computer semata-mata dan tidak memerlukan tenaga kerja manusia untuk

meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan kos penggajian tenaga kerja

manusia.

2.1.5 Pengangguran tersembunyi atau tidak ketara

Apabila terdapat lebihan penggunaan tenaga buruh dalam sesuatu ekonomi atau sector

pekerjaan, pengangguran tersembunyi atau pengangguran tidak ketara berlaku.

Pengangguran jenis ini biasanya berlaku dalam sektor pertanian yang mana kehadiran

tenaga buruh yang berlebihan ini tidak akan dapat menambahkan pengeluaran dan

ketiadaan tenaga buruh ini juga tidak kaan menjejaskan pengeluaran. Ini boleh

dikatakan dengan mudah bahawa ada atau tiada tenaga kerja, pengeluaran tetap dapat

diteruskan. Biasanya, pihak majikan akan mengurangkan pekerja dalam hal ini

berikutan mereka tidak mahu untuk menampung kos penggajian pekerja.

2.1.6 Pengangguran bermusim


Pengangguran bermusim berlaku meengikut peruabhan musim yang menghalang

tenaga buruh melakukan kegiatan ekonomi seperti contoh, pesaah padi yang bekerja

mengikut musim tertentu dan mereka hanya turun ke bendang selepas selesai musim

menuai dan terpaksa menunggu hingga musim menuai kembali semula. Contoh lain

yang boleh kita lihat adalah pekerjaan sebagai nelayan yang tidak akan turun ke laut

untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh. Mereka akan berdepan dengan

pengangguran pada musim tengkujuh kerana risiko yang terlalu tinggi jika sekiranya

mereka turun ke laut pada musim tersebut.

2.1.7 Pengangguran suka rela atau terbuka

Tenaga buruh sdecara sukarela enggan bekerja apabila ditawarkan sesuatu pekerjaan.

Hal ini merujuk kepada pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka biasanya tidak

memenuhi permintaan mereka. Mungkin dalam aspek ketidak suaian dengan

kelulusan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya dengan pekerja tersebut. Ini juga

booleh dikaitkan dengan tenaga buruh atau pekerja yang terlalu memilih pekerjaan.

2.2 IDEA DAN ANDAIAN

Isu penganggguran ini adalah berkait rapat dengan soal pembangunan sumber manusia.

Merujuk kepada Dasar Pembangunan Nasional (DPN), melalui Rangka Rancangan Jangka

Panjang iaitu memberi keutmaan yang jelas kepada pembangunan sumber manusia. Petikan

akhbar New Straits Times yang bertarikh 2 Julai 2003 yang mana pada masa itu, Menteri

Sumber Manusia, Dato’ Fong Chan Onn menyebut bahawa kerjaan mensasarkana sebanyak
35 peratus daripada tenaga kerja di negara ini akan mencapai pendidikan tertiary menjelang

tahun 2010. Akan tetapi, adakah sasaran yang diberikan itu dapat dicapai atau sebaliknya?

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dalam sidang akhbarnya awal minggu ini,

melahirkan kebimbangan terhadap masalah pengangguran terutama dalam kalangan belia.

Pengarah Eksekutif MIER, Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, ia berdasarkan kepada

statistik Kementerian Sumber Manusia yang menunjukkan 200,000 belia masih menganggur

daripada hampir setengah juta penganggur di Malaysia.

2.3 ISU-ISU YANG DAPAT DIPELAJARI

Sub-topik ini akan membincangkan dengan lebih lanjut beberapa isu yang dapat dikaitkan

dengan pengangguran dalam kalangan belia pada masa kini. Isu ini merujuk kepada punca-

punca pengangguran yangberlaku dalam kalangan belia pada masa kini. Perbincangan juga

akan lebih tertumpu kepada cara-cara yang boleh diambil sebagai langkah untuk mengatasi

masalah penagngguran dalam kalangan belia.

Pengangguran merupakan satu isu atau penyakit yang sering kali terjadi dalam era globalisasi

yang semakin menular di Negara kita. Setiap tahun Negara kita dikejutkan dengan isu

kegagalan belia untuk memperoleh pekerjaan. Malah, pengambilan tenaga-tenaga buruh

daripada luar seperti Bangladesh, Nepal, Indonesia dan sebagainya telah menjadi satu

kerisauan kepada hampir kesemua rakyat Malaysia selain berdepan dengan pendatang asing
tanpa izin (PATI) yang semakin hari semakin bertambah dan kelihatn mereka lebih ramai jika

dibandingkan dengan tenaga kerja kita sendiri.

Punca utama yang menjadi pendorong kepada pengangguran dalam kalangan belia ini adalah

berkaitan dengan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat

atau kilang terpaksa membuang pekerja kerana tidak mampu untuk menampung kos gaji

pekerja selain pengeluaran yang agak merudum. Para belia ini bukan sahaj dibuang kerja

malah ada dalam kalangan mereka yang sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang

terdekat akibat tiadanya akativiti ekonomi di Negara ini. Malah, ekonomi dunia bukan sahaja

memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih

seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an. Satu petikan akhbar atas talian

iaitu Kosmo dalam laporannya ada menulis berkaitan seramai 255 kakitangan Naza

Automotive Manufacturing Sdn. Bhd telah diberhentikan kerja selepas syarikat pengeluar

kereta berjenama Peugetot dam Kia di Malaysia itu berdepan dengan situasi kejatuhan jualan

kenderaan bermula sejak awal tahun 2015. Jumlah ini boleh dikatakan sebagai satu jumlah

pembuangan tenaga kerja yang agak ramai dan membimbangkan kerana tidak kesemua

antara mereka yang akan dapat memperoleh kerja lain denganmudah berikutan pekerjaan

padam asa kini adalah bergantung kepada kemahiran tenaga mahir individu itu sendiri.

Selain iu juga, pengangguran dalam kalangan belia juga turut berlaku disebabkan oleh sikap

belia itu sendiri yang suka membuat pemilihan dalam mencari kerja dan kekurangan

kemahiran dalam sesuatu pekerjaan yang dicari. Belia pada hari ini didedahkan dengan

konsep teori baik ketika di sekolah mahupun di universiti. Kesan kepada keadaan ini akan

dapat dirasa dan dilihat sewaktu mereka mencari pekerjaan yang sesuai kerana kurangnya

latihan amali dan latihan kerja sebenar. Belia pada hari ini boleh dikatakan mempunyai
kekurangan kemahiran berfikir, mengamalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa dan

mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan pada hari ini akan

memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama

penguasaan bahasa-bahasa asing serta pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT).

Faktor lain terhadap peningkatan jumlah pengangguran dalam kalangan belia ini juga dapat

dilihat berdasarkan sikap belia itu sendiri yang malas. Sikap belia yang hidup ketika era

pembangunan pesat ini menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Kebanyakan

daripada mereka tidak mahu berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri yang ada dan

hanya bergantung kepada nasib semata-mata. Mereka hanya bertindak apabila keadaan sudah

terlalu terdesak atau apabila keadaan sudah terlambat. Mereka juga beranggapan bahawa

pertumbuhan ekonomi negara akan terus maju tanpa sebarang masalah. Bantuan-bantuan

kerajaan seperti biasiswa dan sebagainya telah banyak mendorong kepada mereka untuk

tidak berusaha dengan gigih dan hanya mengharapkan bantuan daripada orang lain semata-

mata untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, kerajaan sentiasa peka dengan isu pengangguran dalam kalangan belia

ini. Antara usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi negara yang merudum,

kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih

banyak modal pelabur asing ke negara kita. Ini adalah untuk menarik minat ramai pelabur

asing untuk melabur dan membuka kilang-kilang dan pasaran di negara kita untuk

membolehkan peluang pekerjaan dibuka kepada belia-belia di negara kita atau mewujudkan

peluang pekerjaan kepada mereka. Kerajaan juga telah merancang beberapa projek mega

anataranya Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju Kuala Lumpur-
Singapura yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi selain mengurangkan pelbagai

cukai dan seterusnya membuka peluang pekerjaan.

BAHAGIAN 3

3.1 DAPATAN

3.2 CADANGAN

3.3 PENUTUP

3.4 RUJUKAN

IPPTN. (2003).Masalah pengangguran di kalangan siswazah. National Higher Education


ResearchInstitute (IPPTN).

Morshidi Sirat, Abd. Aziz Buang, Munir Shuib, Abd. Majid Mohd Isa, Rosni Bakar,Ambigapathy
Pandian, Rujhan Mustafa, Mohd Asri Abdullah, Shukran Abdul Rahman,Mohamed Dahlan
Ibrahim, Siti Zubaidah A. Hamid, Mohd Haflah Piei, Susie See Ching Mey,Molly N.N. Lee
& Wan Ahmad kamil Mahmood. (2004). Masalah Pengangguran di kalangansiswazah.
Pulau Pinang: National Higher Education Research Institute, USM.

MALAYSIA, Jabatan Perangkaan (2003). Buletin perangkaan sosial. Kuala Lumpur: Jabatan
Perangkaan Malaysia.

MALAYSIA, Jabatan Perangkaan (2003). Ciri-ciri ekonomi penduduk. Kuala Lumpur: Jabatan
Perangkaan Malaysia.

UiTM (2004). Kajian Pengesanan Graduan. Shah Alam: Pusat Perancangan Strategik

MALAYSIA, Jabatan Perangkaan (2001). Taburan penduduk dan ciri-ciri asas demografi. Kuala
Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia
Paul Borugine Jean-Pierrenadal (1999). Cognitive Economics Interdisciplinary Approach. Paris.
Edisi Keempat.

http://aina.wordpress.com/2008/04/15/pengangguran-siswazah (Atas talian pada 22/11/2017 jam


09.00 pagi)

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com (Atas talian pada 24/11/2017 jam 11.00


malam)

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kadar-pengangguran-8232-di-malaysia-dijangka-3-3-
1.473388 (Atas Talian pada 24/11/2017 jam 11.30 malam)

http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2015&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm (Atas talian pada 24/11/2017 jam
11.40 malam)

3.5 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai