Anda di halaman 1dari 13

[Year]

____________________________________________________________________

TAJUK HALAMAN
SENARAI KANDUNGAN 1
1.0) DEFINISI KESEJAHTERAAN 3
2.0) ENAM DIMENSI RODA 4
KESEJAHTERAAN BALLARD (2012)
3.0) IMPLIKASI KETIDAKSEIMBANGAN 6
DIMENSI KESEJAHTERAAN BALLARD (2012)
4.0) AMALAN GAYA HIDUP BERDASARKAN 10
RODA KESEJAHTERAAN AGAR SEIMBANG
5.0) REKA CIPTA RODA KESEJAHTERAAN 12
SENDIRI
BAHAN RUJUKAN 14

1
[Year]

___________________________________________________________________

Kesejahteraan merupakan suatu keperluan yang bersifat jasmaniah dan rohaniah.


Kesejahteraan merupakan hal yang sangat penting dalam mencapai kecemerlangan seorang
individu. (Zulkarnain, 2011).

Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke - Empat kesejahteraan merangkumi pengertian aman


dan makmur, senang dan tenteram, terpelihara daripada bencana kesusahan, gangguan dan
sebagainya.

Definisi kesejahteraan juga terdiri dari kesejahteraan fizikal dan kesejahteraan


psikologi. Kesejahteraan fizikal berkaitan dengan kesihatan jasmani manakala kesejahteraan
psikologi berkaitan dengan apa yang dirasakan individu dalam menjalani aktiviti sehari-hari.
Kesejahteraan psikologi ini juga dikenali sebagai Psychological Well-Being menurut Ryff dan
Singer di dalam Tenggara, Zamralita & Suyasa (2008).

Menurut Ballard (2012) di dalam laman sesawang


http://finishingitfitness.blogspot.com telah memperkenalkankan enam roda kesejahteraan di
dalam bentuk gambar rajah.

Ballard (2012) menyatakan bahawa kesejahteraan seseorang indivdu meliputi


kecergasan diri, berkepentingan di antara satu sama lain, menjaga kebersihan rumah, serta
mempunyai kepelbagaian ilmu pengetahuan. Ketidakseimbangan salah saltu dari aspek
kesejahterraan akan menganggu kehidupan seseorang.

Rajah 1.0 : Roda Kesejahteraan Ballard (2012) yang diperkenalkan.

2
[Year]

2.0) Huraian enam dimensi Roda Kesejahteraan Ballard (2012).

Bagi memastikan dimensi roda kesejahteraan tercapai, Ballard (2012) telah menggariskan
enam komponen penting yang perlu dikecapi iaitu dari segi intelektual, fizikal, emosional,
spiritual, sosial dan persekitaran.

2.1) Dimensi Intelektual

Dalam dimensi ini, seseorang individu yang memiiki kecerdasan intelek yang cukup tinggi
mampu menyerap berbagai ilmu pendidikan dengan penyerapan yang lebih cepat, serta mudah
memahami berbagai aspek tanpa mengalami kesulitan dalam proses kognitif semasa belajar.

Ballard (2012) dalam Verghese (2003) menerangkan bahawa individu yang mengalami
kesulitan dalam proses kognitif, permainan seperti sudoku, teka silang kata, membaca malah
menari dapat mengurangkan risiko penyakit dementia dan Alzhemir.

2.2) Dimensi Fizikal

Dimensi Fizikal merupakan aspek terpenting untuk melihat keadaan seseorang yang sihat
ataupun tidak. Penjagaan fizikal menekankan keadaan jasmani seseorang. Ballard (2012)
menyatakan bahawa kesejahteraan fizikal termasuklah makan makanan yang sihat, kekal aktif
dalam kehidupan seharian dan meningkatkan intensiti tubuh badan anda.

Kesihatan fizikal yang seimbang membolehkan seseorang individu tidak merasa letih
dan lesu setelah seharian melakukan aktiviti secara aktif. Kebanyakan penyakit yang kronik
menyerang seseorang individu secara senyap-senyap, tanpa dikesan oleh mata kasar kita
(Yahaya, 2002). Oleh itu, keadaan fizikal yang sihat adalah penting kerana semua organ tubuh
berfungsi secara normal atau tidak mengalami masalah kesihatan.

2.3) Dimensi Emosional

Perkataan emosi berasal dari bahasa latin iaitu emovere (bergerak menjauh). Emosi sebenarnya
melambangkan kecenderungan bertindak seseorang ke atas sesuatu perkara. Menurut Daniel
Goleman (2002) emosi merujuk pada suatu perasaan dan juga fikiran yang khas, suatu keadaan
biologi dan psikologi dan kecenderungan untuk bertindak.

Kebiasaannya dimensi emosi yang sejahtera membolehkan individu memberi reaksi


terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri individu. Sebagai contoh emosi gembira

3
[Year]
mendorong perubahan suasana hati seseorang, sehingga seseorang individu terlihat tertawa
ataupun emosi sedih mendorong seseorang berperilaku menangis serta mengalirkan air mata.

2.4) Dimensi Spiritual

Dimensi spriritual ini juga menjadi sebahagian aspek yang terpenting kerana ianya adalah fitrah
manusia dan merupakan sebahagian dari naluri seseorang. Pendekatan ini mampu mengelola
jiwa berlandaskan agama agar merjadi tenang dan taat kepada Tuhan mengikut kepercayaan
agama masing- masing.

Kenyataan di atas disokong oleh Mat Saat (2008) yang menyatakan bahawa keperluan
spiritual ialah akidah yang benar dan amal ibadat yang tulus ikhlas kepada Pencipta. Tuntutan
sebegini mempengaruhi kesihatan spritual sesebuah komuniti yang bermula dari individu dan
keluarga.

2.5) Dimensi Sosial

Dalam dimensi sosial ini, seseorang dilihat mempunyai kepekaan sosial yang tinggi. Sokongan
sosial ini memainkan peranan yang penting terutamanya di antara pasangan yang saling
memerlukan di antara satu sama lain (Amran Hassan, Fatimah Yusooff, Khadijah Alavi, 2012).

Kerangka sosial yang sihat merujuk kepada kualiti sesuatu perhubungan sama ada di
antara ahli keluarga, rakan, guru dan lain- lain. Tingkahlaku seperti mudah bergaul, mudah
beradaptasi, tidak mengalami krisis identiti merupakan bentuk dari keperibadian yang sihat
dalam dimensi sosial.

2.6) Dimensi Persekitaran

Dimensi kesejahteraan persekitaran didefinisikan sebagai memastikan persekitaran yang bersih


untuk kesejahteraan bersama. Merujuk kepada Ballard (2012), beliau menjelaskan seseorang
individu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa dengan cepat.

Sebagai contoh, sesetengan individu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran


kehidupan di bandar yang sibuk serta penih dengan metropolitan. Manakala bagi sesetengah
individu mereka lebih selesa dengan kehidupan di pinggir bandar yang lebih tenang.

3.0) Implikasi ketidakseimbangan Roda Kesejahteraan Ballard


(2012).

4
[Year]
Sebagaimana Roda Kesejahteraan Ballard (2012) terdiri dari enam dimensi. Oleh itu
ketidakseimbangan roda ini sudah pasti akan menyebabkan implikasi kepada seseorang
individu.

3.1) Ketidakseimbangan Intelek

Ketidakseimbangan intelek kepada seseorang individu akan mengundang kepada


masalah mental. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2011) individu yang mengalami
penyakit mental akan mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan
dan tingkahlaku mereka. Kewarasan seseorang individu juga akan terjejas

Kesan individu yang mengalami masalah mental ini akan mengurangkan produktiviti
kerja mereka. Individu ini berkemingkinan besar akan dibuang daripada kerja akibat daripada
ketidakseimbangan mental. Menutur Utusan Malaysia (2010), apa yang perlu dilakukan magi
individu yang mengalami masalah kesihatan mental, mereka hendaklah menangani segera
sebarang bentuk tekanan luaran mahupun dalaman, kemarahan, keganasan, dan kemurungan
pada diri.

3.2) Ketidakseimbangan Fizikal

Roda kesejahteraan Ballard (2012) telah menggariskan kepentingan fizikal individu


menjamin keharmoniaan kehidupan individu. Kesan ketidakseimbangan fizikal ini
termasuklah obesiti. Perubahan fizikal individu yang makin bertambah boleh mengundang
kepada masalah obesiti. Punca berlakunya maslaah obesiti berlaku apabila pengambilan kalori
berlebihan daripada jumlah temanga yang diperlukan (Azimah Ahmad, 2007).

Penjagaan kesihatan tubuh badan yang kurang juga akan menyebabkan seseorang
individu lebih cepat letih dan lesu menajalani kehidupan seharian. Hal ini kerana tubuh badan
lebih banyak menampung lebihan lemak jahat atau low density lipoprotein (LDL) menurut
laman sesawang medicastore.com. Kehadiran lemaak ini akan menyebabkan metabolisma
tubuh badan kurang berfungsi dengan baik.

3.3) Ketidakseimbangan Emosional

5
[Year]
Emosi manusia sebagai contoh, marah, kecewa, sakit hati, malu, suka, sayang dan
sebagainya adalah normal. Tetapi sekiranya seseorang indivdu mengalami perasaan yang
negatif seperti amarah yang teramat serta dalam tempoh yang panjang maka ia akan membawa
kepada gangguan emosi individu.

Kemurungan adalah perasaan tertekan yang melampau dan berpanjangan.. Akan Jika
perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu
serta menganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit
kemurungan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011). Kesannya, seseorang individu akan
mengasingkan diri dengan masyarakat.

Gangguan emosi seseorang individu berpunca daripada persekitaran kerja yang tidak
kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan jalan
raya ke tempat kerja. Menurut Dr Rusnani (2008) yang mendapati bahawa kesan emosi yang
negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka.

3.4) Ketidakseimbangan Spiritual

Spiritual individu tercermin semasa mengekspresikan rasa syukur, puji- pujian serta
kepercayaan terhadap sesuatu di luar alam fana ini, iaitu Tuhan Yang Maha Kuasa melihat dari
perspektif keagamaan seseorang. Manusia yang tidak percaya kepada kekuasaan ini, mereka
akan hidup tanpa pegangan agama atau lebih dikenali sebagai etheis (Oxford Dictinary, 2014)

Fryback (1992) mendefinisikan keyakinan terhadap kekuatan yang lebih besar, yang
memberikan seseorang kemampuan untuk mencintai. Dengan perkataan lain, keseimbangan
spiritual adalah penting bagi seseorang menjalankan ibadah dan semua keperluan agama yang
dianut mereka. Seseorang yang tidak seimbang secara spiritual tidak memiliki hubungan yang
baik dengan Penciptanya akan sering merasa terhukum. Malah kehidupan mereka hanyalah
untuk keseronokan dunia semata.

3.5) Ketidakseimbangan Sosial

6
[Year]
Hubungan seseorang individu dengan orang-orang di sekeliling anda selalu melibatkan
perasaan. Kesihatan sosial bukan hanya melibatkan orang-orang yang ada di sekeliling malah
termasuklah saudara mara, rakan sepejabat, dan pelbagai lagi. Individu yang tidak seimbang
dari segi sosial sudah tentu akan hidup bersendirian tanpa pertolongan daripada masyarakat.

Di antara punca seseorang individu kurang bersosial dalam kalangan masyarakat


berkemungkinan dari cara hidup yang gemar menyendiri serta sukar untuk mendekatkan diri
dengan masyarakat. Berdasarkan http://www.ikim.gov.my, individu yang mengalami
gangguan personaliti seperti personaliti antisosial atau avoidant personality atau gangguan
kebimbangan sosial turut mempunyai kekurangan dalam aspek keyakinan.

3.6) Ketidakseimbangan Persekitaran

Menurut Khairul Azhar (2012) faktor persekitaran seperti pendedahan yang kerap
dalam pergaulan positif sebenarnya mematangkan seseorang dan mendatangkan tahap
kemahiran sosial baik dalam interaksi mereka. Ketidakseimbangan faktor persekitaran boelh
dianggap sebagai seseorang yang kurang mesra atau sombong bagi persepsi masyarakat.

Perhubungan dengan masyarakat sekeliling seseorang individu akan terjejas sekiranya


kurang waktu rehat serta kurang melakukan aktiviti pada waktu senggang. Apabila seseorang
individu letih, tidak bermaya dan mengantuk, hal ini akan menyebabkan kehilangan mood
untuk berkomunikasi dengan orang lain (Borhan, Hasbullah dan Mohamed, 2013). Hal ini
akan juga akan menyebabkan seseorang individu sukar untuk mengadaptasi dengan
persekitaran kerja yang baru.

3.7) Rajah implikasi ketidakseimbangan Roda Kesejahteraan Ballard (2013)

7
[Year]
Implikasi ketidakseimbangan Roda Kesejahteraan ini dapat disimpulkan di dalam
jadual di bawah :

Roda
Kesejahteraan Implikasi ketidakseimbangan Roda Kesejahteran Ballard
Ballard
Intelektual - mengundang kepada masalah mental individu
- menjejaskan produktiviti kerja
- masalah kesihatan
Fizikal - mengundang obesiti serta penyakit lain mudah dijangkiti penyakit
- lebih cepat lesu dan letih semasa menjalani aktiviti seharian
Emosional - gangguan emosi ; cenderung kepada kemurungan
- kerap menjauhkan diri dengan orang sekeliling
Spiritual - kehidupan hanya untuk keseronokan di dunia semata.
- hidup tanpa pegangan agama (etheis)
Sosial - diasingkan daripada masyarakat sekeliling
- sukar mendapat pertolongan daripada masyarakat sekiranya ditimpa
musibah atau bencana
Persekitaran - sukar mengadaptasi dengan persekitaran baru
- orang di sekeliling akan menganggap tidak mesra/ sombong
Jadual 3.7 (a) : Implikasi keseluruhan ketidakseimbangan Roda Kesejahteraan Ballard (2012)

8
[Year]

4.0) Amalan gaya hidup Roda Kesejahteraan Ballard (2012) agar


seimbang.

Amalan gaya hidup yang sihat hagi seseorang individu Roda Kesejateraan Ballard
(2012) adalah selari dengan Pelan Strategik Lembaga Kesihatan Malaysia (2013) di mana
Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan memainkan peranan penting terhadap
kesihatan luaran dan dalaman seseorang individu.

Kesejahteraan dalam kalangan masyarakat amat dititikberatkan oleh pihak


Kementerian Kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggaris beberapa objektif
bagi mencapai tahap kesejahteraan individu antaranya adalah meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan masyarakat Malaysia tentang kesan gaya hidup yang tidak sihat dalam kehidupan
seharian masyarakat. Bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan amalan gaya hidup sihat,
pihak Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat bagi
mempromosikan kesihatan diri secara dalaman dan luaran. Hasil daripada perubahan-
perubahan tersebut, Kementerian Kesihatan berharap agar dapat menurunkan kadar morbiditi
berkaitan dengan gaya hidup.

Di Malaysia kempen gaya hidup sihat ini mula memberi tumpuan kepada perubahan
tingkah laku yang sihat agar rakyat Malaysia dapat mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.
Bertemakan ‘Sihat Sepanjang Hayat’, tumpuan diberikan kepada 4 elemen asas yang relevan
dan penting kepada konsep ‘gaya hidup sihat’ berikut:

i. Makan secara sihat dan seimbang

iii. Tidak merokok

v. Aktiviti fizikal

iv. Mengendalikan stress

Bagi setiap faktor risiko gaya hidup seperti tabiat pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti
fizikal, merokok dan tekanan mesej kesihatan yag terkini akan disebarkan kepada komuniti.
Pendekatan ini akan memberi pengetahuan dan memudahkan peningkatan kemahiran untuk
komuniti mengamalkan tingkah laku yang sihat.

9
[Year]
Roda Kesejahteraan Ballard (2012) yang mempunyai pelbagai aspek keseimbangan
individu juga terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPK Kementerian Pelajaran
Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (2001) menyatakan ;

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara."

Faktor pembentukan FPK terdiri daripada tiga faktor keseimbangan iaitu agama, emosi
dan individu Pertama ialah faktor kepercayaan agama yang dianuti oleh semua masyarakat di
Malaysia. Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di Malaysia. Pelbagai kepercayaan
lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang negara. Unsur agama tersebut
dapat dihayati di dalam pernyataan “...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan...”

Kedua ialah faktor keseimbangan sosial yang meliputi struktur masyarakat setempat
serta kebudayaan. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung kepada variasi amalan yang
mulia seperti sikap bertoleransi, bekerjasama, hormat menghormati dan banyak lagi demi
menghasiklan persekitaran sosial yang stabil. Tujuan ini jelas dinyatakan di dalam “...memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Selain dari itu, keseimbangan individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluan


individual seperti penyempurnaan kendiri, sahsiah, keperluan ekonomi seseorang. Potensi
individu boleh diperkembang melalui pendidikan yang meliputi segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

Oleh itu, Roda kesejahteraan Ballard (2012) merupakan salah satu garis panduan yang
dapat digunakan bagi setiap individu bagi mencapa kesejahteraan diri. Kesemua faktor diambil
kira bagi mencapai keseimbangan kesihatan mental dan keberfungsian positif dari Birren dan
Renner (Lianawati, 2008).

10
[Year]

5.0) Reka cipta Roda Kesejahteraan sendiri.

Roda kesejahteraan yang di tambah adalah keseimbangan individu dari segi sahsiah dan
ekonomi. Keseimbangan sahsiah menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sahsiah berasal dari
perkataan Arab yang bermaksud keperibadian atau peribadi. Manakala dari segi keseimbangan
ekonomi, Kamus Dewan Edisi ke-4 mendefinisikan satu sistem atau cara pengeluaran
(pembahagian dan penggunaan) harta atau barang-barang serta perkhidmatan.

Elemen keseimbangan sahsiah individu merupakan salah satu unsur yang penting
dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia tercapai. Dalam proses
transformasi kurikulum persekolahan rendah di dalam Kurikulum Standard sekolah rendah,
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi penekanan kepada pemupukan
kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Malah, sahsiah murid
turut dinilai melalui personaliti yang baik yang ada pada diri mereka.

Sebagai contoh, pihak kerajaan Malaysia tidak mahu pelajar di sekolah hanya
tinggi dari segi Inteligence Quotient (IQ) semata malah aspek sahsiah juga diutamakan. Oleh
itu, penerapan nilai-nilai yang positif tidak terhad kepada mata pelajaran Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, malah diterapkan melalui
semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, melalui aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan
kokurikulum (Nor Hashimah Hashim, 2000)

Keseimbangan dari segi ekonomi juga penting kerana menurut Preston dan Elo (1996)
pelajar dari keluarga yang berpendapatan yang rendah didapati lebih cenderung untuk gagal
atau bermasalah di sekolah berbanding dengan pelajar yang datang dari keluarga yang
berpendapatan tinggi atau baik. Pelajar ini jugalebih cenderung untuk terlibat dalam
tingkahlaku devian serta mempamerkan kualiti hidup yang rendah. Oleh itu, keseimbangan
ekonomi seseorang individu amat penting bagi menjamin keperluan kehidupan berkeluarga.

Di Malaysia, pihak kerajaan telah membantu sistem ekonomi individu dengan


memberikan pendidikan percuma pada peringkat persekolahan bagi murid sekolah rendah dan
menengah (Belanjawan 2012). Hal ini kerana pendidikan juga merupakan penyumbang yang
terbesar kepada pembangunan ekonomi sesebuah institusi keluarga.

11
[Year]
Rajah 5.0 (a) menunjukkan 8 roda kesimbangan yang telah diillustrasikan :

Rajah 5.0 (a) : 8 Roda Kesejateraan yang direka bentuk.

Hoyman (1962) menakrifkan kesihatan sebagai keadaan sihat yang optimum bagi
kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang
bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar).

KESIMPULAN

Kementerian Kesihatan Malaysia akan menggubal dasar awam untuk menyokong gaya
hidup yang sihat, memperhebatkan usaha promosi kesihatan dan memastikan dakwaan dan
iklan yang meragukan dihalang daripada sampai kepada orang ramai. Ini bermakna akses yang
lebih baik dan semakan maklumat kesihatan dalam bidang-bidang tertentu contohnya
pemakanan, anti merokok dan kesihatan mental

12
[Year]

13

Anda mungkin juga menyukai