Anda di halaman 1dari 1

Membaca merupakan jambatan ilmu.

Tulis sebuah karangan kepentingan budaya membaca dalam kehidupan


setiap orang.

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat. Semua lapisan masyarakat haruslah
berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat
membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai
seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai- kedai berdekatan
rumah atau melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah dapat mengetahui perkembangan terkini dan menambah ilmu
pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan
di luar negara sama ada tentang ekonomi, politik, social dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu
karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan
menjadi lebih bijak.
Selain itu, membca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata.Orang yang selalu membaca akan
mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui
dan kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman
daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian. Oleh
itu, dapat mendorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan
ringan yang baik dan dapat menghibukan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harud
lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak
elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca.
Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat maju seperti
Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka. Oleh itu, kita harus amalkan sikap suka
membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebangaan guru-guru dan ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai