Anda di halaman 1dari 4

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI

Apa itu teknologi? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, teknologi merujuk
kepada:-

1. Aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan


praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, sains gunaan dan
lain-lain.

2. Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat


teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan
penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi
teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan
penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan
telekomunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt
penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai
teknologi: masyarakat ~ tinggi.

Kebaikan Teknologi:-
1. Memudahkan Kerja Seharian

Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin


basuh kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan kerja di
rumah dan hampir setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurang-
kurangnya mesin basuh kain dan peti ais. Para suri rumah tidak perlu lagi
membasuh kain dengan menggunakan tangan. Teknologi bukan sahaja telah
membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah malah di pejabat
juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan pekerja untuk
membuat salinan sesuatu dokumen . Disamping itu penggunaan applikasi
seperti Microsoft Word telah memudahkan pekerja dipejabat untuk membuat
laporan, menaip surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan
penggunaan mesin taip yang terpaksa menaip balik seluruh dokumen jika
terdapat sebarang kesilapan.

2. Menjimatkan Masa

Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. Perkembangan


pesat teknologi pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari
satu destinasi ke destinasi yang lain. Penggunaan LRT dan komuter menjadi
pilihan warga kota untuk pergi dan balik dari kerja. Ianya bukan sahaja
menjimatkan masa malah menjimatkan duit kerana penggunaan banyak
minyak petrol di dalam keadaan jalan yang sesak dan sekaligus dapat
mengurangkan tekanan kepada mereka yang memandu. Teknologi juga telah
banyak membantu petani dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah.
Jika dahulu tanah dibajak dengan menggunakan cangkul dan bajak besi, ianya
memerlukan banyak tenaga manusia dan memakan masa yang lama.
Penggunaan alat pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa
para petani.

3. Kemudahan komunikasi

Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan


komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya
perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger,
Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas
ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan
antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini
dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan
saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas.
Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan
masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga
untuk berhubung sesama mereka.

4. Teknologi perubatan membantu mengawal/mengubat penyakit

Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan


manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang lahir
tidak cukup bulan untuk terus hidup. Begitu juga dengan penggunaan
kimoterapi, ianya telah banyak membantu sesetengah pesakit kanser dalam
mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak semua pesakit kanser boleh
pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit harapan kepada
pesakit untuk terus hidup. Perkembangan teknologi pengimejan juga telah
membantu dalam mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat
dan mudah. Ianya sekaligus membantu untuk kenalpasti rawatan yang
diperlukan. Teknologi ini telah banyak membantu pengamal perubatan.

5. Meningkatkan pengeluaran

Teknologi telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan


pengeluaran. Penggunaan pelbagai jenis mesin dan peralatan telah berjaya
meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga buruh,
contohnya penggunaan mesin dalam penyediaan makanan, pembuatan kereta
dan sebagainya. Penggunaan mesian dan peralatan ini mampu mengurangkan
kebarangkalian dalam kerosakan sesuatu produk yang dihasilkan.

Keburukan Teknologi:-
1. Jenayah

Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya


jenayah siber, ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus,
penggodam , pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah
Siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk
dibendung. Kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak
yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di
samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan
jenayah contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam
kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak
digunakan oleh penjenayah.

2. Kurang Pergaulan

Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan


kurangnya pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya
berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan
kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul
dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas memberi kesan yang negatif kepada
individu tersebut. Perkembangan teknologi juga boleh melonggarkan
perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila masing-masing
sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing tanpa berkomunikasi antara
satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai
keluarga yang datang menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-
masing sibuk dengan alat komukasi masing-masing. Inilah yang berlaku pada
masa kini.

3. Mengancam Nyawa Manusia

Teknologi nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan


teknologi nuklear banyak memberi kebaikan kepada manusia, di samping
kebaikan, ianya juga boleh memberi keburukan kepada manusia. Tragedi di
Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine merupakan antara tragedi
nuklear yang paling teruk berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan banyak
nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu Belarus,
Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak yang buruk
kepada manusia di mana manusia boleh mendapat penyakit kanser dan
penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.
4. Menjejaskan kesihatan

Pada masa kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus
dimakan. Pernahkah kita terfikir, adakah makanan dalam tin selamat untuk
dimakan? Apakah bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan lama?
Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti
sulfur dioksida, asid benzoik da asid sorbik boleh menyebabkan penyakit
seperti kanser dan sesak nafas. Disamping itu juga, kenderaan yang
terlampau banyak di kota raya juga boleh menjejaskan kesihatan manusia
akibat daripada pelepasan asap dari kenderaan.

Anda mungkin juga menyukai