Anda di halaman 1dari 1

Contoh Soalan:

Tuliskan satu cerita berdasarkan maksud peribahasa 'hangat-hangat tahi ayam'.

Kehadiran Ahmad disambut mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan pelajar yang
berpindah dari sekolah lamanya kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar tempat kerja. Ahmad
menonjolkan sikap baik dan bersopan-santun agar tidak dipandang serong oleh rakan-rakan
baharunya. Ternyata, penerimaan Ahmad oleh teman-temannya tidak mengecewakan. Hari pertama
persekolahan lagi, dia sudah didampingi rakan-rakan menyebabkan dia tidak lagi kekok dengan
situasi di sekolah baharunya.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa


Malaysia, Sekolah Menengah Sri KDU, Kota Damansara telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari
Sabtu, 19 Mei 2012 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli
persatuan dan dua orang guru penasihat.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-
buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku
diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan
konsep lawatan sambil belajar.
Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan
para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah
semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah
rombongan kami bertolah dari sekolah.
Kami tiba di Dewan

Anda mungkin juga menyukai