Anda di halaman 1dari 9

2.

TALAK DARI SEGI PERSPEKTIF ISLAM

“Sesungguhnya iblis singgahsananya berada di atas laut. Dia mengutus para


pasukannya. Syaitan yang paling dekat kedudukannya adalah yang paling besar
godaannya. Di antara mereka ada yang melapor, “Saya telah melakukan godaan ini.”
Iblis berbalas, “Kamu belum melakukan apa-apa.” Datang yang lain melaporkan,
“Saya menggoda seseorang sehingga ketika saya meninggalkannya dia telah bepisah
(talak) dengan isterinya.” Kemudian iblis mengajaknya untuk duduk di dekatnya dan
berkata, “Sebaik-baik setan adalah kamu.” (HR. Muslim)

Di atas merupakan hadist Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam yang sesungguhnya


merupakan suatu peringatan tentang buruknya suatu perceraian kerana perceraian itu
adalah salah satu cita-cita terbesar dari iblis yang merupakan makhluk ciptaan Allah
SWT yang paling laknat, dimana dengan adanya perceraian akan dapat menimbulkan
pelbagai dampak seperti terputusnya keturunan mahu pun terputusnya tali silaturahmi.

Selain itu, perceraian juga dapat membuka jalan menuju perzinaan yang dapat
menimbulkan kerosakan dan mendatangkan dosa yang begitu besar. Oleh karena itu,
sebelum menikah akan lebih baik jika memilih calon pendamping hidup sesuai dengan
syari’at agama agar perkara-perkara yang dilarang agama tidak terjadi seperti
perceraian.Terlebih dengan cara yang Allah redha seperti ta’aruf.

Menurut ulama mazhab Hanafi dan Hanabi mengatakan bahawa talak adalah
perlepasan ikatan perkahwinan secara langsung untuk masa yang akan datang dengan
lafaz yang khusus.

Menurut mazhab Syafi’i,talak adalah perlepasan akad nikah dengan lafaz talak
atau yang semakna dengan itu.

Menurut mazhab Maliki,talak adalah suatu sifat hukum yang menyebabkan


gugurnya kehalalan hubungan suami isteri.

Perbezaan definisi di atas menyebabkan akibat hukum apabila suami


menjatuhkan talak Raj’i pada isterinya.Menurut Hanafi dan Hanbali,perceraian ini
belum menghapuskan seluruh akibat talak kecuali iddah isterinya telah habis.Mereka
berpendapat bahawa apabila suami jimak dengan isterinya dalam masa iddah maka
perbuatan itu dapat dikatakan sebagai penanda rujuknya suami.Ulama Maliki
mengatakan apabila perbuatan itu diawalkan dengan niat maka bererti rujuk.Ulama
Syafi’i mengatakan bahawa suami tidak boleh jimak dengan isterinya yang sedang
menjalani masa iddah dan perbuatan itu bukanlah penanda rujuk kerana menurut
mereka rujuk harus dilakukan dengan perkataan atau pernyataan dari suami secara
jelas bukan dengan perbuatan.

Perceraian menurut Islam atau yang biasa disebut sebagai talak berasal dari
bahasa Arab yang diambil dari kata thalaqa-yuthliqu-thalaqan yang bermakna dengan
kata thaliq yang bermakna al irsal atau tarku yang bererti melepaskan dan
meninggalkan.Talak adalah melepaskan atau mengurai tali pengikat perkahwinan
dengan lafaz talak dan sebagainya.

Makna dalil daripada al-Quran:

Ini dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 229.Firman Allah subhanahu


wa ta’ala:

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali.Sesudah itu bolehlah ia
(rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya ataupun
melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.”

Dalil daripada hadits:

“Perkara halal yang paling dimurkai oleh Allah subhanahu wa ta’ala adalah
talak.”

Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) berkata, “Saya mempunyai seorang isteri yang
saya cintai tetapi bapa saya membencinya.Bapa meminta saya menceraikannya tetapi
saya enggan.Dia membawa perkara itu kepada Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam dan
baginda kemudian bersabda, “Wahai Abdullah bin Umar ceraikan isterimu.”

2.1 Pembahagian Lafaz Talak

Lafaz atau sighah talak terbahagi kepada dua iaitu:


1. Talak yang sorih (jelas).
2. Talak secara kinayah (sindiran).

Lafaz Talak Yang Sorih (jelas)


Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talak atau cerai terhadap isteri.

Contoh:

Saya cerai engkau;saya talak engkau;atau


Saya ceraikan engkau;saya talakkan engkau;atau
Saya bebaskan engkau dengan talak satu,dua ataupun tiga.

Lafaz-lafaz di atas dikategorikan sebagai sorih (jelas) kerana lafaz-lafaz itu banyak
digunakan dalam syariat Islam dan berulang-ulang disebutkan dalam al-Quran dengan
makna talak.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah at-Talak ayat 1:

“Wahai Nabi; Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri
(kamu),maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya…..”

Firmannya lagi dalam surah al-Azhab ayat 28:

“...Dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-sebaiknya.”

Firmannya lagi dalam surah at-Talak ayat 2:

“...Atau lepaskan mereka dengan cara yang baik….”


Antara lafaz sorih adalah talak yang dilafazkan dalam bahasa selain bahasa Arab
jika penduduk setempat menggunakan lafaz itu hanya dapat menunjukkan makna
talak sahaja.

Penceraian yang dilakukan dengan menggunakan lafaz sorih (terang dan jelas)
seperti di atas jatuh talaknya sekalipun tanpa niat.Ini berdasarkan sabda Rasulullah
Shalallahu Alaihi Wassalam:

“Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu,Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam


bersabda, ‘Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap
bersungguh-sungguh dan yang dilakukan dengan cara bergurau senda (main-main
sahaja) juga dianggap bersungguh-sungguh iaitu nikah,talak dan rujuk.’ ”

(Riwayat Tirmizi)
Lafaz Talak Secara Kinayah
Lafaz umum yang dapat memberi maksud talak terhadap isteri atau maksud yang lain.

Contoh:

Engkau baliklah ke rumah ibu bapa kamu; atau


Saya bebaskan engkau; atau
Pergilah engkau cari hidup sendiri; dan sebagainya.

Lafaz yang diucapkan sebagaimana di atas tidak akan jatuh talaknya


melainkan dengan niat cerai.

Dalil penggunaan lafaz kinayah dalam talak, berdasarkan hadis Aisyah


Radhiyallahu anha:

Bintu al-Jun (iaitu Umairah binti an-Nu’man yang dikahwini oleh Rasulullah)
dihantar kepada Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam.Ketika baginda
menghampirinya dia berkata, “Aku berlindung dengan Allah daripada kamu.”
Nabi Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda, “Kamu telah meminta perlindungan
daripada Tuhan yang Maha Besar.Oleh itu baliklah kepada keluargamu.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab Talak,bab
Sesiapa yang Menceraikan Isterinya dan Bolehkah
Lelaki Menujukan Talak kepada Isterinya, no 4955)

2.2 Jenis-Jenis Talak Yang Dibolehkan Dalam Islam

Jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut:

1. Talak Raj'i

2. Talak Battah

3. Talak Bain

4. Menjatuhkan talak tiga sekaligus

5. Talak Sunni

6. Talak Bid'i

1. Talak Raj'i

Talak Raj'i membawa maksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam
iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis
pernikahan atau ijab dan kabul. Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'i
jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.

2. Talak Battah

Talak Battah adalah talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat
selama-lamanya, umpamanya perkataan suami kepada isterinya.

"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"

Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut
niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia
berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.

3. Talak Bain

Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:

1. Talak Bain Kubra

2. Talak Bain Sughra.


Talak Bain Kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut
sebanyak tiga kali. Iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali.
Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan
isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah.
Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia,
maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.

Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada
tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "Rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan
yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra
adalah:

1. Talak yang diputuskan oleh Hakam

2. Talak melalui Khulu'

3. Talak yang difasakhkan oleh Hakim

4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus

Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu
waktu dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu
Khattab ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak
sekaligus. Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu
masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.

Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes
pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya.

5. Talak Sunni

Talak Sunni adalah talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami
menceraikan isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu
suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.

6. Talak Bid'i

Talak Bid'i adalah talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan
berikut:

1. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).


2. Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.
Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah
bersatu dengannya.
3. PROSEDUR TALAK MENURUT ISLAM

Cerai adalah perkara harus yang paling di benci oleh Allah, oleh itu jadikan cerai
sebagai langkah terakhir menyelesaikan masalah.Saya nasihatkan agar Puan solat
istikharah mohon pertunjuk Allah untuk tabahkan hati untuk memohon perceraian,
jika cerai adalah baik bagi Puan, keluarga dan baik di sisi Islam mohonlah kekuatan
untuk Puan tabah mengusahakannya sebaliknya jika terus hidup bersama dengan
suami adalah yang terbaik di sisi Allah maka mohonkan kekuatan untuk menjadi isteri
solehah sehingga mampu memimpin suami agar menjadi suami soleh seterusnya
hidup bahagia seterusnya.Jika telah nekad ingin bercerai Puan boleh terus ke
Mahkamah Syariah berhampiran (di mana Puan tinggal). Contohnya, kalau Puan
tinggal di Putrajaya pergilah ke Mahkamah Syariah Putrajaya, jika di Shah Alam
pergilah ke Mahkamah Rendah Shah Alam.

Bagi tujuan pendaftaran kes, hanya Pemohon sama ada suami atau isteri perlu
hadir ke Mahkamah memandangkan ia hanya untuk mendaftarkan kes.
Dapatkan borang mohon untuk bercerai dan isi. Bawa bersama surat nikah, surat
beranak anak-anak, kad pengenalan dll yang berkaitan jika nak pasti apa perkara perlu
sila berhubung dahulu (telefon) mahkamah berkenaan.Selepas hantar borang
Tuan/Puan akan diberi tarikh panggilan ke mahkamah (sebutan/bicara) dalam tempoh
21 hari. Tuan/Puan juga boleh dapatkan khidmat rundingan dari Pegawai Sulh.
apabila di perlukan (kalau perlu kena mohon hadir majlis sulh). Biasanya terus
sebutan/bicara. Kalau suami setuju cerai biasanya kes ringkas dan diakhiri lafaz cerai,
namun jika tidak mungkin puan perlu pinda kes kepada mohon cerai taklik atau
fasakh mengikut alasan yang berkaitan. Alasan taklik ikut lafaz taklik di belakang
surat nikah, alasan fasakh lihat seksyen 52 Akta Keluarga .

Seksyen 52. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh

(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak
mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas
satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu:

(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh
lebih daripada satu tahun;
(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi
nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
(c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah,
kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
(e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi
sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati
pucuk;
(f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap
penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam
keadaan boleh berjangkit;
(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai
umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun,
dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
[Pin. Akta A902:s.16]
(h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain:

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh


kelakuan aniaya; atau
(ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut
pandangan Hukum Syarak; atau
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
(iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan
haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau
(v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau
amalan agamanya; atau
(vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri
yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak;
(i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi
oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;
(j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya
tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau
hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;
(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi
keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental, sama ada berterusan
atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31 tahun 1952] bagi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah
Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah daripada
suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin;
[Pin. Akta A828:s.5]
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan
atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak. (1A) Mana-mana orang yang
berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi
pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tidak
upaya yang menghalang persetubuhan.
[Mas. Akta A902:s.16]

(2) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) sehingga
hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun daripada
hukuman itu.

(3) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah
hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami
memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu
bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah
sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(4) Tiada apa-apa perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1)
jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa
adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah
bertingkah laku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami
mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu,
dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

3.1 Rukun Dan Syarat-Syarat Talak

Anda mungkin juga menyukai