Anda di halaman 1dari 3

MASIH ADAKAH LAGI….

Ali, Ah Chong dan Krishna berkawan baik sejak kecil lagi. Mereka hidup berjiran di sebuah
kampung, bersekolah di sekolah yang sama dan sentiasa melakukan segala aktiviti bersama-
sama.

Kisah bermula…apabila mereka mengenali Hanif seorang pemuda yang baru pulang menetap
semula dikampung. Hanif suka bergaul dengan budak2 kampung termasuk Ali, Ah Chong dan
Krishna, kerap berjumpa mereka dan mengajak mereka keluar. Kehidupan Hanif sangat mewah
walaupun semua orang kampung tahu, setakat mana kelulusan Hanif dan bagaimana kehidupan
dia sebelum dia berhijrah kebandar. Namun tiada sesiapa yang berani bertanya dari mana dia
mendapat kemewahannya.

Pada suatu hari…Hanif mengajak Ali, Ah Chong dan Krishna ke rumah rakannya di pekan.
Distulah bermulanya detik hitam dalam hidup Ali, Ah Chong dan Krishna. Hanif mengajak
mereka untuk mencuba. Ali, Ah Chong dan Krishna menolak dengan baik sebab mereka tahu
tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Namun begitu…

HANIF: ”Alaaaa…cuba2 je…sekali ni je. Lepas ni kita balik jangan ingat2 dah..” Hanif mula
memujuk sambil memberikan satu bungkusan kecil kepada mereka bertiga. Ali, Ah Chong dan
Krishna berpandangan. “

AH CHONG: Sikit saje ke?”… Ah Chong mula menunjukkan minat.

HANIF: Yes Ah Chong…Sikit je. Marilah. Buat macam ni (Sambil tersenyum dan membuka
bungkusan tersebut dan menyedutnya…dan dia tersenyum kepuasan..khayal..berada dalam
dunianya tersendiri)

Ah Chong mengambil bungkusan dari tangan Hanif, membukanya dan menyedutnya..dia


terbatuk dan sedikit terhoyong hayang. Dia mengulang kembali perbuatannya..dan dia
tersenyum, khayal dan ketawa kepuasan. Ali dan Krishna berpandangan..

AH CHONG: Waaa…Sangat sedap…(sambil terus ketawa..)

Hanif menghulurkan 2 lagi bungkusan kecil pada Ali dan Krishna. Melihatkan keadaan Ah
Chong yang kelihatan gembira dan bahagia dalam dunianya…Ali dan Krishna mengambil
bungkusan dari Hanif. Mereka juga melakukan aksi yang sama. Sekali…2 kali…dan akhirnya
mereka khayal bersama, ketawa dan hanyut dalam dunia yang mereka cipta sendiri. Hanif
tersenyum kepuasan. Syaitan menari dan bersorak kegembiraan. Namun Hanif masih belum
puas. Diambilnya alat suntikan yang ada di situ..dinyalakan api lilin, di letakkannya serbuk putih
diatas sudu dan dibakarnya di atas lilin. Ali, Ah Chong dan Krishna hanya memerhati dengan
penuh minat.

Sambil ketawa Hanif menerangkan


HANIF: cara sedutan atau hidu ni lambat. Sekejap je..10 20 minit je. Korang nak rasa lebih
bahagia? (Ali, Ah Chong dan Krishna berpandangan seketika, melihat dengan penuh minat
sambil menganggukkan kepala) Haaa…guna cara ni.. (Hanif menunjukkan cara Pengambilan
dadah melalui suntikan walaupun dia tahu risiko penggunaan cara ini boleh
menyebabkan 'overdose' atau keracunan dan boleh kerosakan urat saraf dan lebih malang lagi
boleh menyebabkan HIV dan AIDS. Namun apabila hasutan syaitan telah menguasai diri, tiada
siapa yang sedar, walaupun perbuatan itu mengundang bencana. Setelah menyuntik dirinya,
Hanif menyuakan jarum suntikan pada Ali, Ah Chong dan Krishna. Hanif terus ketawa dan
khayal.

Ali mengambil jarum suntikan dari tangan Hanif…melakukan aksi yang sama…dan…akhirnya..
Ali semakin khayal….(SEDIH…) Kini hanya Tinggal Ah Chong dan Krishna… yang masih
berpandangan sesama sendiri..Ali memberikan jarum suntikan kepada Ah Chong dan Krishna…
Dengan berat hati Krishna mengambilnya…Tapi…ternyata hasutan syaitan tidak mengira siapa.
Mereka juga kalah…kalah dengan pujuk rayu Hanif, kalah dengan pujukan rakan …mereka
khayal..bahagia di dalam dunia kehancuran ciptaan mereka sendiri.

Dan mereka terus khayal..hinggalah pada suatu hari….

(SETTING – Ali, Ah Chong dan Krishna baring di pentas…tubuh mereka ditutupi kain putih.
Ayah kepada Ali, Ah Chong dan Krishna..duduk di sisi anak masing2. Karektor kena sedih
sangat2…kalau boleh…menangis..jgn pandang penonton, usap kepala anak…wajah penuh
penyesalan)

(NARRATOR KELUAR BERCERITA).Siapakah yang bersalah dalam hal ini. Ibu bapa
mereka…guru-guru mereka…atau rakan-rakan? Inilah saatnya mereka saling menunding jari
sesama mereka. Inilah saatnya mereka cuba menutup kesalahan mereka dengan mencari
kesalahan orang lain. Seharusnya di saat ini…di ketika ini…mereka sama-sama
berbincang..sama-sama mencari jalan penyelesaian supaya tidak akan ada lagi generasi akan
datang yang senasib dengan Ali, Ah Chong dan Krishna dan tidak akan ada lagi generasi yang
akan datang seperti Hanif (HANIF MASUK DENGAN TANGAN TERIKAT DIIRINGI OLEH
POLIS. DUDUK DI TEPI PENTAS). Ingatlah DADAH musuh KITA. PENYALAHGUNAAN
DADAH MEMBAWA BENCANA. CUBAAN YANG PERTAMA…MEMBAWA
KEHANCURAN SELAMA-LAMANYA…

SEKIAN…TERIMA KASIH…

(Tunduk…tepuk sekali dan semua watak bangun ke hadapan)

Anda mungkin juga menyukai